Friday, November 2, 2012

BN SARAWAK DEMAM!!! Saksikan sambutan rakyat Sarawak kepada Anwar


BIAR GAMBAR BERBICARA!!!
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Sarawak, semalam, 2hb Nov 2012, mengundang demam kepada para pemimpin Sarawak dan UMNO/BN.

Kawasan pendalaman yang terkenal sebagai fixed deposit dan kubu kuat Barisan Nasional sudah retak dan menunggu pecah berderai pada PRU 13 nanti.

Rumah panjang yang dulu terlalu sukar pemimpin PR nak membuat ceramah kini di rumah panjang Udam, Kanowit telah membuktikan yang warga Sarawak dari pendalaman sudah maukan satu perubahan besar berlaku dalam pemerintahan negara demi menjaga masa depan mereka.

Begitu juga sambutan di Kabong Saratok, Sarawak. Ribuan penduduk tempatan keluar beramai-ramai mendengar ceramah DSAI.

Kini rakyat disana sudah mula sedar, parti mana yang mampu membela nasib mereka.

TANYA SAMA NAJIB.. MENGAPA KAU GOYANG... NANTI JAWAB NAJIB.. SARAWAK NAK HILANGGGGGGGGGG.

UMNO REBAH.. RAKYAT MENDAPAT FAEDAH....UMNO TUMBANG RAKYAT SENANG...UMNO TIADA.. RAKYAT DIBELA.OMAK KAU

Read more ...

TIADA HARAPAN DI PERAK!!! Najib dah tak turun Perak, selamat tinggal Zambry Kadir?


Sudah hampir pasti menteri besar haram Perak, Zambry Kadir tidak akan dipilih sekali lagi menerajui negeri yang pernah bergolak ekoran rampasan kuasa secara haram oleh Barisan Nasional (BN) yang didalangi timbalan perdana menteri ketika itu yang kini perdana menteri, Najib.


Walaupun hampir sah Zambry akan diletakkan semula di kerusi DUN Pangkor yang diwakilinya sekarang, veteran Umno sendiri pun tidak yakin kepimpinan Zambry menepati hasrat rakyat negeri itu yang mahukan lebih daripada seorang jurucakap semata-mata.

Pengumuman Zambry yang mendahului hasil kajian menyeluruh yang dilakukan Jabatan Geologi dan Mineral berkenaan penemuan emas di negeri yang kaya dengan bijih timah satu ketika dahulu tidak cukup untuk menyelamatkan kedudukannya sendiri.

Sebaliknya pemimpin Pakatan Rakyat negeri terus membidas tindakannya kerana kajian tersebut belum selesai sepenuhnya terutama kesan alam sekitar terhadap projek yang akan dimulakan dalam tempoh enam bulan itu.

Satu lagi faktor ialah Zambry sendiri yang bukannya dari 'kem Najib' sebaliknya dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang berjaya memintas calon Najib sendiri, ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman.

Berdasarkan kedudukan semasa, Perak masih berpeluang dirampas Pakatan Rakyat dengan majoriti kerusi antara tujuh ke 11 kerusi berbanding BN.

April lalu, kiraan Pakatan Rakyat menunjukkan mereka mendahului BN dengan kiraan 35 kerusi berbanding 24 untuk BN.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan 24 kerusi parlimen.

Untuk kerusi parlimen pula, Pakatan Rakyat dijangka menang antara 11 ke 15 kerusi berbanding hanya 11 yang dimenangi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

Antara kerusi parlimen yang dikatakan berpotensi dimenangi Pakatan Rakyat ialah Lumut, Pasir Salak, Kampar dan Tanjong Malim.

Dengan perkiraan itulah Najib sudah berhenti mengunjungi negeri itu setelah lebih daripada enam kali melakukan lawatan sejak awal tahun ini, terakhir ketika sambutan di Lumut, tiga minggu lalu.

Ahli parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi dan ahli parlimen Tambun, Ahmad Husni Hanadzlah saling berlumba-lumba merebut kedudukan tersebut dari Zambry selain masalah dalaman Umno negeri turut menyukarkan peluang BN untuk terus berkuasa di negeri itu.

Beberapa kerusi yang dimenangi tetapi penyandang kerusinya yang keluar dan menjadi 'mesra BN' seperti parlimen Bagan Serai, DUN Changkat Jering, DUN Jelapang dan DUN Behrang hampir pasti boleh dimenangi calon Pakatan Rakyat.

Status kesemua mereka termasuk Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohsin Fadzli Samsuri dan Hee Yit Foong disifatkan sebagai 'gugur' kerana calon BN sudah dikenal pasti untuk bertanding menentang calon Pakatan Rakyat.

MCA dan MIC sebagai sekutu kuat Umno masih belum pulih daripada tsunami politik yang membadai negeri ini kerana jentera pilihanraya masing-masing dikatakanmasih belum digerakkan sepenuhnya, dipercayai masih menunggu 'habuan' yang dijanjikan sebelum memulakan gerak kerja pilihanraya.

Di satu sudut lain, ini bermakna peluang mereka merampas semula kerusi yang tewas di tangan calon Pakatan Rakyat dianggap tipis walaupun mengharapkan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) sedikit sebanyak mampu memancing undi yang diperlukan untuk kemenangan BN.

Entah apa puncanya habuan yang dijanjikan belum lagi tiba kerana mungkin kemenangan yang diharapkan Najib semakin jauh dari pandangan.

Zambry nampaknya kini boleh mengucapkan selamat tinggal buat kerusi yang disayanginya kerana calon pilihan Najib sudah bersedia menggantikannya, itu pun jika rakyat negeri ini yang masih terkesan dengan rampasan kuasa BN pada 4 Februari 2009, tergerak hati untuk mengundi mereka sekali lagi.

JALAN PULANG

Read more ...

UMNO & FITNAH ADALAH SINONIM!!! Mai tengok video jawapan kepada fitnah UMNO tentang isu penjualan arak dan judi

http://shahraza.files.wordpress.com/2010/10/37134_157802334244269_100000435097160_371526_1923541_n.jpgUMNO sentiasa mendabik dada dan bongkak mendakwa mereka adalah parti Melayu yg memperjuangkan Islam. Islam UMNO berlainan dari versi Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Islam mengharamkan arak dan judi tetapi UMNO menghalalkannya. 

Kilang arak di Petaling jaya dan Shah Alam menjadi mercu tanda 1 Malaysia bahawa inilah negara Islam versi UMNO. Malah Malaysia adalah antara negara yg hebat dari segi penggunaan arak. 

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan melalui statistik bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia....

UMNO dan judi adalah sinonim. Loteri Kebajikan Masyarakat yg diwujudkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman kekal sehingga skrg walaupun dgn penjenamaan semula spt 4 Nombor Ekor, Sports Toto dan sbgnya. UMNO telah menganugerahkan kpd Lim Goh Tong tanah di Genting Highland utk industry judi yg terbesar di Asia Tenggara. Hasil negara sebahagiannya adalah dari hasil judi....

Take Note !!! : Umno mengunakan undang- undang utk sembunyikan kejahilannya disamping melebarkan dakyah fitnahnya bg meracuni pandangan rakyat kononya PAS menjadi pak turut DAP dlm isu arak dan judi..

[ Realisasikan Amar Makruf Nahi Mungkar ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Read more ...

PECAH BERITA!!! Wisma Putra arah Nazri Aziz letak jawatan ?

KETAWA KERANA 1MALAYSIA KENA TIPU DENGAN DIA!

KUALA LUMPUR - by @tiewnama
dari sumber maklumat dalaman UMNO wisma putra, nazri aziz bakal di gantung oleh najib razak kerana najib mahukan kesemua MP dan ADUN BN bersih dari sebarang skandal yang buruk dan tuduhan hitam, 

dari maklumat yang era pasca terima, nazri aziz akan di gantung minggu hadapan oleh tim najib sebagai menteri undang undang dan ahli parlimen bagi membersihkan namanyaatas tuduhan menerima rm 3 juta dari kes penggubahan wang haram rm 40 juta umno sabah.
 
arahan ini bagi membuktikan UMNO telus dalam kes RASUAH! nazri akan di jadikan
kambing hitam terbaru bagi umno untuk memenangi pilihanraya umum ke 13.

berikut adalah jawapan nazri aziz yang semakin tertekan dengan tekanan dalaman dari kem umno wisma putra,  

nazri Aziz hari ini mengakui mengenali Michael Chia tetapi menafikan tuduhan bahawa beliau membersihkan nama Cukong balak itu berkenaan dakwaan rasuahnya, Nazri menerangkan bahawa beliau menjawab soalan mengenai Chia yang didakwa menyeludup wang rm 40 juta dari hongkong untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya sebagai menteri undang undang, 

Saya menteri saya tidak ada kepentingan peribadi dan saya tak tahu saya ada kepentingan, apa kepentingan saya ada - nazri aziz 

pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pagi ini menuduh beliau mempunyai kepentingan mempertahankan Chia kerana anaknya Nedim telah menggunakan kenderaan mewah didaftarkan atas nama Chia, Menteri itu berkata beliau tidak hairan dengan tuduhan Rafizi sambil menggelarkan pemimpin PKR tersebut sebagai bukan siapa siapa seperti hanya gigitan nyamuk dan perasan, 

nazri azizi mengingatkan Rafizi bahawa jawapan beliau di dalam Parlimen dalam kontroversi itu kerana ia datang dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dan Jabatan Peguam Negara agensi yang menangani kes tersebut, Nazri menegaskan kedua dua badan tersebut ''bebas'' dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk menutup kes, 

Saya tidak ada kuasa dalam SPRM jadi saya tak boleh menutup kes, mereka bebas jadi bagaimana saya nak dirasuah jika saya tidak ada kuasa? - nazri aziz 

nazri aziz baru baru ini memberitahu Dewan Rakyat kerana Chia tidak ditahan 
di Hong Kong dengan 16 juta dolar Singapura RM 40 juta dan beliau mengetahuinya bila pegawainya memberitahu, 

Saya pun tidak tahu bahawa Chia tidak ditahan, Chia didakwa mempunyai kaitan dengan Musa Aman pada April lalu oleh Sarawak Report yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura. 

Dalam sidang media Rafizi hari ini berkata bahawa ICAC badan pencegah rasuah 
di Hong Kong menutup kesnya selepas tidak dapat kerjasama dengan SPRM. 
 
Bagaimana saya boleh mempengaruhi mereka? Saya tak boleh, Jawapan mereka bukan jawapan peribadi

HANTU SABAH dan CUKONG BALAK
BERGELAK KETAWA KERANA 1MALAYSIA
RAKYAT KENA BODOH DENGAN MEREKA BERDUA.


KATA BAPAKNYA, NEDIM KAYA HASIL USAHANYA SENDIRI.
KERETA HUMMER RM 500 RIBU ITU KERETA PINJAM KEJAP SAJA
DARI CUKONG BALAK UMNO MICHEL CHIA .


HUMMER INI CHIA SURUH NEDIM BAWA PERGI REPAIR
ITU SAJA, BUKAN BAGI PINJAM, TAPI SURUH BAWA PERGI
TUKAR TAYAR SEBAB TAYAR DAH BOTAK MACAM KEPALA NAZRI 

by @tiewnama - laporan terkini dari kebocoran kem wisma putra, UMNO sudah siasat kes yang mendakwa nazri terima rm 3 juta dari chia minggu lepas, nasib menteri undang undang ini bakal sama senasib dengan bekas menteri jaga masyarakat. kahkahkahkah.
 
Erapasca

Read more ...

UMNO BELA MELAYU!!! Buktinya 1014 hektar tanah hutan simpan diserah kepada bos MCA N.Sembilan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvpnP1g11tnQKQmJw7qVQsie2CCrYGa4aiQ6NBXQgtZZIOktdAvx5R0KzcTNdfvDZ811AfXMw-n4kuiPudmQsW5Nrfdqq26ABlyF_4D2J0zixcoHsCdM4nuGTZbc8C8lqzsDeXxOjoprU/s1600/162038_156603044396080_348576_numno+khianat+melayu.jpgPETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Mac 2004 meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Beliau turut menunjukkan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang menyatakan kelulusan itu.

“Lebih memalukan syarikat ini hanya ada modal keseluruhan sebanyak RM10, dan Yeow hanya miliki pelaburan berjumlah RM5 sahaja,” jelasnya sambil menunjukkan salinan maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Rafizi berkata, walaupun nama syarikat itu seolah-olah menggambarkan ia adalah usahasama dengan YNS, carian rasmi di SSM mengesahkan ia dimiliki oleh Yeow.

Menurut salinan maklumat SSM yang turut dilampirkan, ASLI-YNS juga dimiliki Chan Ah Meng dengan pelaburan RM2 dan Yong Ing Kiat pula RM3.

Pendedahan terbaru ini menyangkal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan tempoh hari bahawa tanah hutan simpan tersebut dimiliki YNS dan hanya dipajak kepada pihak swasta.

http://www.keadilandaily.com/?p=38789

Read more ...

IKUT KEPUTUSAN PARTI!!! Presiden PAS sedia hadapi Presiden UMNO di parlimen Pekan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6oIECZQDFb06anVFIsR3j8hR4Kw15FNHQrOz6hHh9rF_SmBkxnHVXN6BBEQvNZAEmfo0o-N0B-gC7bwr3gR8AX3qu_QSV-DbEdHlPvLo-Lo5S_qc4YTSgEx2XoMeEPoNCIKG0uD0nFC2x/s1600/Gambar+TG+Haji+Hadi+5.jpgRUSILA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Read more ...

KO DENGAR RAHMAN DAHALAN!!! Audit ikut piawaian antarabangsa bukan ikut kepala otak UMNO


GEORGETOWN - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, Jabatan Audit Negara (JAN) merupakan sebuah badan yang bebas daripada kuasa politik dan semua urusan pengauditan dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa.

Beliau berkata setiap tugasan secara spesifik merujuk kepada tajuk sesuatu projek dan bukan melihat kepada pihak yang melaksanakannya.

"Kita tidak tengok kepada kerajaan 'A' atau kerajaan 'B', kami 'colour blind', setiap negeri atau jabatan yang diaudit disusuli dengan laporan, boleh lihat kepada laporan itu.

"Sebab itu, setiap laporan yang dikeluarkan mesti dibaca keseluruhannya kerana ada terdapat pandangan dan pendapat daripada jabatan atau agensi yang diaudit, diakui memang ada terdapat kelemahan tetapi sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia.

Ambrin berkata memandangkan proses pengauditan adalah panjang, pihaknya sudah melakukan persiapan untuk tahun depan, dan apa yang dilakukan ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan urusan pilihan raya.

Beliau juga berkata proses pengauditan dilakukan berdasarkan fakta yang diperoleh sebelum semakan dibuat, dan tugas itu biasanya dilaksanakan sebelum sesuatu projek selesai sepenuhnya.

"Kita tidak tunggu sehingga sesuatu projek itu habis atau selesai baru nak buat audit, kita masuk ketika projek itu sedang dijalankan, niat kita untuk perbetulkan kesilapan yang terdapat dalam pelaksanaan sesuatu projek," katanya.


Selain itu, Ambrin berkata orang ramai yang ingin mengetahui laporan berhubung sesuatu agensi atau jabatan yang diaudit boleh membaca terus di laman web jabatan tersebut, dan laporan berkenaan boleh dianggap sebagai saluran maklumat untuk kegunaan mereka.

 
"Menerusi perolehan maklumat itu, orang ramai boleh berperanan dalam usaha mengekang pemborosan, pembaziran dan penyelewengan (3P) sesebuah jabatan atau agensi, seterusnya ia juga boleh digunakan sebagai usaha untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ekonomi," katanya.

Beliau juga berkata status Unit Audit Dalaman (UAD) perlu dimartabat untuk mempertingkat tahap kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan sesebuah agensi kerana jika terlalu rendah, ia akan berdepan kesukaran menarik perhatian peringkat pengurusan.- Bernama

Read more ...