MARAN - Bekas ketua kampung dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian
Maran antara 174 individu yang menyerahkan borang keahlian Parti
Keadilan Rakyat (PKR) pada majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Maran, di
sini.
Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi
Rahman yang turut melancarkan penubuhan empat ranting PKR Maran iaitu
Bandar Maran, Taman Sri Keramat, Kampung Senggora dan Taman Maran
Impian.
Bekas ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Senggora, Hairi Dahalan
berkata, keputusan keluar dari Umno dan menyertai PKR bukan kerana
kecewa sebaliknya demi kemajuan Bandar Maran.
Read more ...
KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI: Atas semangat ‘wasatiyyah’, kerajaan
UMNO-BN yang baru saja mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0
baru-baru ini mengambil pendekatan memalukan dengan memuji diri sendiri
menggunakan ‘bots Twitter’.
Puluhan ribu ‘Bots Twitter’ daripada pelbagai akaun laman sosial itu
mengeluarkan tweet dengan tulisan sama yang berbunyi ‘duit #BR1M dapat
cover duit tol untuk setahun, xpercaya, trylah, terbaik! bukti
kebijaksanaan PM @NajibRazak’.
Manakala satu lagi tweet pula menyatakan ‘lega beb, duit #br1m tu lah aku guna utk top up belanja aku bulan ni’.
Read more ...
SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa
yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan
anggap rakyat kini tidak bermaklumat, demikan menurut Ketua Penerangan
Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai
kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji
pembangkang.
Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan
dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut
belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan.Oleh itu tambahnya, PRK Dun
Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap
memungkiri janji BN itu.
"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.
Read more ...