Saturday, May 8, 2010

' POLIS BARUA UMNO ' sebabkan Suhaizan ditangkap













JOHOR BHARU, 9 Mei : Gara-gara menggunakan perkataan “polis barua Umno”, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat ditahan dalam lokap sepanjang malam tadi.

Beliau dilepaskan tengah hari ini selepas ditahan lebih sembilan jam di Balai Polis Johor Baru Utara.

Segala-galanya tercetus selepas beliau mempertikaikan tindakan polis membuat sekatan jalan di Taman Dahlia, Kempas Johor Baru malam tadi ketika ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengapa perlu begitu ramai anggota polis membuat sekatan jalan raya di sini?

“Adakah kerana yang memberi ceramah itu pembangkang maka mereka (polis) membuat sekatan jalan raya?” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut beliau, kehadiran sebegitu ramai anggota polis di kawasan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sesak selain mengganggu perjalanan ceramah.

“Sebelum ini kita pernah buat ceramah di kawasan ini tetapi tidak ada pula begitu ramai anggota polis yang mengawal, mengapa keadaan itu berlaku sekarang?” katanya.

Beliau berkata, sekatan jalan raya itu bermula pada pukul 7 petang dan ia melibatkan laluan-laluan utama di Taman Dahlia.

“Sepatutnya mereka (polis) kekang jenayah bukannya penceramah.

“Kalau dulu sekatan ini digunakan untuk menghalang komunis daripada masuk kampung untuk mendapatkan bekalan.

“Tapi itu semua sudah berlalu dan sudah tidak perlu lagi dibuat pada zaman sekarang kecuali untuk menangkap penjenayah,” katanya.

Suhaizan berkata, berang dengan kehadiran sebegitu ramai anggota polis beliau telah melabelkan mereka sebagai “barua” Umno dalam ucapannya.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan situasi tersebut dan dalam ucapan saya memanggil polis seperti barua Umno.

“Tindakan saya itu menyebabkan lapan anggota polis naik ke pentas lalu menangkap saya sebelum masukkan saya ke dalam lokap di Balai Polis Johor Baru Utara malam tadi,”
katanya yang telah dilepaskan kira-kira pukul 12 tengah hari ini dengan jaminan polis.

Tambahnya, ketika ditahan kira-kira sembilan jam beliau mendapat kerjasama yang baik dengan anggota polis.KG

Read more ...

Polis tembak lagi



SEREMBAN, 8 Mei :
Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Osman berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.

Bapa terkilan

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya.Malaysiakini

Read more ...

Perkasa tidak tahu perundangan - Zaid



SHAH ALAM, 8 Mei : Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengakui bahawa beliau telah diberi amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung artikel yang ditulis dalam blog peribadinya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan masjid bagi tujuan politik.

Katanya, pengerusi Mais, Mohamad Adzib Mohd Isa telah menasihatkannya menerusi sepucuk surat bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang mempertikaikan atau mengengkari titah yang dikeluarkan oleh baginda.

Bagaimanapun Zaid berkata beliau tetap mempertahankan pendiriannya serta tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah adalah kuasa mutlak tanpa perlu dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya berpendapat kuasa yang diberi kepada kerajaan negeri di bawah Artikel 74 yang dibaca bersama-sama dengan Artikel 80 Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan dalam hal ehwal agama Islam itu diberi kepada pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa negeri pada hemat saya ialah DUN.

“Jik
alau kuasa membuat perintah dan arahan dalam hal-hal agama Islam itu boleh dibuat oleh Raja Melayu tanpa merujuk kepada DUN dan berkuat kuasa serta merta tanpa diwartakan maka bererti kita kembali ke zaman Khalifah,” katanya ketika pada sidang medianya di kediamnannya di Tropicana Golf and Country Resort hari ini.

Namun, menurut Zaid, beliau bersedia menghadap Sultan Selangor (kanan) bagi menjelaskan maksud artikel yang ditulisnya.

Pada artikelnya itu, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencetuskan kontroversi apabila menulis bahawa titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik bukan satu arahan.

Dakwanya, pada zaman khalifah mereka boleh melaksanakan undang-undang tanpa perlu merujuk pihak lain, namun dalam sistem raja berpelembagaan kuasa raja hanya boleh diguna pakai secara sah jika mengikut kehendak dan dalam kaedah yang dibenarkan perlembagaan persekutuan dan negeri.

“Fung
si penggubalan undang-undang terletak di tangan wakil yang dipilih rakyat, Perkara ini saya ingin ketengahkan dalam tulisan saya. Jika kuasa yang ada di bawah enakmen itu sah dan boleh diguna pakai, maka itu bererti tafsiran saya salah dan silap,” katanya.

Mengenai desakan pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan (NGO), khususnya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang mahu beliau memohon maaf kerana tindakannya itu dianggap biadap, Zaid berkata:

"Saya tidak akan sesekali tunduk kepada desakan PERKASA selain menyifatkan badan itu sebagai tidak tahu perundangan dan perkataan biadap sudah tidak diguna pakai pada zaman ini."Malaysiakini

Read more ...

Muslimat diberi 4 S - Senyum,Salam,Sentuh dan Sayang






TAIPING, 8 Mei : Hajah Mumtaz Md Nawi Senator PAS dari Kelantan telah merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Perak di Markas Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning.

Hajah Mumtaz dalam ucapan perasmiannya mengharapkan muslimat PAS Perak membuat persiapan dari segala segi terutama suara dan minda

" menjaga Allah iaitu aqidah,hidupkan Allah dihati. Personaliti mesti meyakinkan,cara dengan masyarakat,berdoa kepada Allah' katanya

Beliau telah memberikan empat tips penting berdakwah kepada muslimat iaitu Senyum,Salam,Sentuh dan Sayang.

Turut memberi ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Perak,Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain

Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapannya mengharapkan muslimat Perak mencontohi perjuangan Asma' Abu Bakar seorang wanita muda yang berani.

"Muslimat mesti memiliki kreativiti,kemahiran,kekuatan mental dan fizikal .Muslimah baru mesti dilatih ,digarap dan dibina dalam meneruskan perjuangan ini" katanya

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas Perak Ustazah Hajah Bariah Alang Sapri telah menyampaikan ucap utama dengan tajuk 'Memimpin Perjuangan Yakini Janji Allah'


Alunan Wahyu dari adik comel ini,Adik Amirah Hj Alias.

Ucapan Pesuruhjaya PAS Perak,Al Fadhil Ustaz Abu Bakar

Pemerhati dari DMP Pusat Puan Mariam menerima cenderahati dari Ketua Muslimat Perak.

Ketua Muslimat Tambun,Puan Zuhairah menerima cenderahati penghargaan iaitu cawangan muslimat yang terbanyak dan mempunyai AJK cawangan yang penuh.

Datin Seri Fatimah Taat ,penaung Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat menerima cenderahati .

Ustaz Abu Bakar menerima cenderhati dari Ustazah Bariah.

Antara pemerhati2 yang datang untuk mendengar dan melihat perjalanan muktamar.

Barisan kepimpinan DMP Perak bersama para tetamu khas di atas pentas utama.
Pentas dihias cantik dengan rona batik dan warna kebanggaan hijau,serta para AJK bertudung putih serta blazer hijau tua,yang menyerlahkan lagi suasana muktamar.
Para perwakilan yang memenuhi ruang dewan untuk mendengar amanat2 dari pimpinan negeri dan Pusat.

Tetamu jemputan dari PKR dan dari JIM turut bersama dalam acara perasmian muktamar.

Read more ...

Kickdefella alat BN untuk gugat Kelantan











SHAH ALAM, 8 Mei : Dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz bahawa PAS membelanjakan wang kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM4 juta kononnya bagi tujuan Operasi Perang Saraf adalah tidak berasas serta bertentangan dengan realiti.

"Syed Azidi telah memberi gambaran lima orang terlibat bersamanya dan memberikan dana RM4 juta dalam bentuk wang, peralatan, bangunan dan sebagainya.

"Jika dibandingkan dengan ahli PAS, saya boleh mengaitkan seorang ahli yang telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli sebuah bangunan untuk kegunaan yayasan dan wang yang digunakan adalah wang ahli itu sendiri.

"Dari mana pula datangnya fitnah PAS membelanjakan wang rakyat?" tanya Khalid pada sidang media di pejabat beliau Khamis lalu.

Khalid menerangkan siasatan awal parti menunjukkan lima individu yang dituduh oleh penulis blog itu sebagai kroninya merupakan beberapa individu yang mempunyai reputasi yang baik di arena politik.

"Mereka sentiasa memberikan sumbangan daripada wang mereka sendiri yang digunakan untuk membeli pelbagai kegunaan dan juga untuk kebajikan masyarakat," kata beliau.

Menurut Khalid lagi, salah seorang peguam yang digambarkan oleh Syed Azizi hampir sama seperti rakan sepejuangannya di dalam PAS dan rakannya hanya menunggu sahaja untuk blogger itu mengungkitkan namanya.

"Sebaik sahaja Syed Azidi menyebut namanya, dia akan terus mendakwa Syed Azidi di mahkamah kerana menburukkan namanya," tambah Khalid.

Menurut Khalid, dakwaan Syed Azidi bertujuan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dan menyoalsiasat pemimpin Kelantan dan memburukkan nama mereka.

Insiden ini, katanya, sama seperti apa yang berlaku di Perak semasa Pakatan Rakyat memerintah di mana Umno-Barisan Nasional menuduh dua anggota Dewan Undangan Negeri KEADILAN menyalahguna dana dan memperbesarkan isu ini sehingga menyebabkan KEADILAN kehilangan dua ADUN kepada BN.

Peristiwa ini menyebabkan Pakatan Rakyat Perak hilang majoriti dan terpaksa menyerahkan Perak kepada BN.

"Yang peliknya bagaimana tuduhan yang dibuat oleh SPRM kepada dua bekas ADUN KEADILAN itu hilang begitu sahaja apabila mereka menyertai BN.

"Ini jelas menunjukkan salah satu taktik kotor BN yang digunakan untuk merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak," jelas beliau.

Suara-Keadilan

Read more ...

Sukaneka belia dapat sambutan



PARIT BUNTAR, 8 Mei : Pada sebelah petang hari Sabtu 1 Mei 2010, karnival Pakatan Rakyat di Tanjung Piandang dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara dan aktiviti.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah mengendalikan sukaneka belia-belia sekitar Tanjung Piandang.

Menurut Penyelaras sukaneka Sharin Mat Daud, pelbagai acara disediakan diataranya gusti lengan, sepak raga bulatan dan terompah gergasi.

" Sambutan amat menggalakkan sehingga perlu ada acara saringan bagi beberapa acara. Acara yang paling mendapat sokongan dan sambutan adalah acara gusti lengan. Acara gusti lengan menampilkan ramai orang kuat sekitar Tanjung Piandang" katanya.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh YB Yunus dan YDP PAS Kawasan Parit Buntar Tn.Hj. Harun b. Hashim.


Acara gusti lengan yang mendapat sambutan hangat

Acara sepak raga bulatan




Terompah kayu gergasi

ADUN Kuala Kurau menyampaikan hadiah kepada pemenang
acara gusti lengan

Read more ...

Mufi kena keluar kenyataan berkaitan judi bola

KOTA BHARU, 8 Mei: Para mufti di negara ini diminta mengulas dan menyatakan hukum berhubung cadangan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 khususnya dari sudut agama Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa, berkata sekiranya terdapat seorang mufti mengulas dari sudut hukum terhadap calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim, yang pernah meminum arak sebelum ini sebagai haram, PAS dan rakyat meminta mufti mengulas dari sudut yang sama berhubung perkara itu.

Katanya, mufti jangan berdiam diri dalam soal itu kerana sudah jelas dan nyata Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui ayat yang sama bahawa minum arak dan berjudi adalah haram dan dosa besar.

Katanya lagi, keputusan kerajaan itu telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ianya telah disiarkan oleh televisyen.

Kelmarin, Awang Adek dilaporkan berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Tambahnya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

“Saya sebenarnya tidak menonton televisyen, sudah hampir 10 tahun saya tidak menontonnya, saya mengetahuinya melalui satu sms.

“Antara yang terkandung dalam sms itu, apa sudah jadi Datuk? Awang Adek dah lulus lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010, kononnya tidak mahu adanya aktiviti judi haram tanpa lesen,” ujar Husam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga seterusnya membertahu, malang sekali rakyat Kelantan khususnya sekiranya masih memberi undi kepada Awang Adek sehingga tidak tahu perjudian tetap haram biarpun berlesen.

Sambungnya, perkara yang sedemikian (haram dianggap halal) akan berlaku dan terus berlaku sekiranya Umno memisahkan agama dengan politik.

“Adakah rakyat di negara ini masih memandang remeh terhadap keputusan kerajaan ini apa lagi ianya membabitkan soal agama, tak rasa sensitif dan jijik ke terhadap tindakan itu?

“Malang sungguh kita sekiranya membiarkan perkara ini berlaku,”ujarnya lagi.

Husam memberitahu, berikutan keputusan kerajaan meluluskan lesen tersebut, ada seorang wanita Cina menghubunginya supaya bertindak menahan agar lesen tersebut tidak berjaya dilaksanakan.

Katanya, menurut wanita Cina itu lagi, masyarakatnya akan lebih kemaruk sekiranya aktiviti itu dibiarkan sehingga akan berlaku huru hara dalam keluarga.

“Kalau orang Cina boleh berfikiran sedemikian, kenapa kita orang Islam memandang remeh serta turut menyokong apa yang dibuat oleh kerajaan BN,” ujarnya lagi.HRKH

Read more ...

Laporan polis kerana Azhar menghasut



GEORGETOWN, 8 Mei : Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan berbaur hasutan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim persidangan DUN ke-12.

Koordinator program sekretariat itu, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis membuka kertas siasatan terhadap Azhar.

“Walaupun Azhar telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri, kami masih mahu polis menyiasat perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Lebuh Pantai, di sini.

Beliau berkata tindakan patut diambil terhadap Azhar kerana ia merupakan perkara serius yang boleh menganggu-gugat keharmonian antara kaum di negara ini.

Turut mengiringi Syed Mikael untuk membuat laporan itu ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Faruk Abdul Rahman dan wakil rakyat DAP, Teh Yee Cheu dan Koid Teng Guan.

Sementara itu, Azhar ketika dihubungi berkata, jika PR boleh buat laporan polis kononnya beliau mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam sidang DUN, UMNO juga akan berbuat demikian kerana wakil rakyat PR turut membangkitkan perkara serupa.

“Ramai wakil rakyat PR yang sejak dari awal lagi, terutama ADUN Seri Delima, RSN Rayer sejak persidangan DUN pada 2008 mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dan perkauman.

“Cuba ingat balik, siapa yang banyak membangkitkan perkara mengenai perkauman, hasutan atau tuduhan melulu. UMNO atau PR. Jangan cuba berselindung kerana semua orang tahu keadaan sebenar,” katanya, semalam.SH

Read more ...

Azhar berbohong kerana gagal berhujah



GEORGETOWN, 8 Mei : Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan ada menyebut UMNO sebagai samseng atau rasuah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan kenyataan itu, beliau berkata Azhar cuba memutarbelitkan kenyataan dengan menyalahkannya apabila semua hujahnya dapat ditangkis oleh wakil Kerajaan Negeri.

“Saya juga tidak pernah menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak atau pemimpin Kerajaan Pusat lain dalam DUN. Itu adalah urusan Pusat dan kita tidak pernah menimbulkannya kerana lebih tertumpu kepada isu berkaitan Pulau Pinang.

“Mungkin Azhar tidak dapat membalas hujah saya apabila menimbulkan soal tender untuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri,” katanya pada sidang media di pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sini semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya mengeluarkan tender yang berada dalam bidang kuasanya dan memberi kepada kontraktor yang layak.

“Kita akan tentukan siapa yang layak jika tender itu kita yang punya. Kalau peruntukan Kerajaan Pusat, sudah pasti mereka yang akan mengeluarkan tender,” katanya.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Azhar yang cuba mencetuskan suasana ketakutan dengan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan, Guan Eng berkata Ketua Pembangkang tidak wajar menimbulkan isu tentera dan kejadian 13 Mei dalam DUN. SH

“Saya juga meminta agar Najib dapat mengarahkan Azhar menarik balik kenyataannya itu dan meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kata-katanya itu,” katanya.

Read more ...