Tuesday, September 6, 2011

GEMPAR!!! Jenazah Mat Indera berbau wangi, kubur bersih ditaburi bunga kemboja - Penjaga Kubur

TAIPING – Secara tiba-tiba nama Mat Indera menjadi sebutan selepas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu mengangkat pejuang gerila itu sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau dikatakan terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama meminta polis menyerah diri kepada komunis.

Rentetan peristiwa itu, Mat Indera menjadi buruan polis dan berjaya ditangkap pada 14 September 1952 sebelum dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak.

Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Wartawan Sinar Harian berkunjung ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri kubur berusia lebih separuh abad itu.

Menurut penduduk, walaupun sudah lama tidak dikunjungi oleh sanak saudaranya, namun kubur berkenaan sentiasa bersih dan ditaburi bunga kemboja putih yang gugur dari pohon berhampiran.

Batu nisan jenis lama itu kelihatan agak usang dan hampir sukar untuk dibaca namun disahkan milik Mat Indera oleh penjaga kubur, Yaacob Din, 63, atau lebih dikenali sebagai Pak Akob.

Menurut Pak Akob, kubur Mat Indera tidak ditanda atau diletakkan kapok (pagar kecil) bagi mengelakkan perbuatan khurafat.

“Memang saya jaga baik kubur ni. Tapi saya sengaja tak letak sebarang tanda tertentu kerana bimbang ada yang salah gunakan untuk tujuan tidak elok,” katanya.

Menurutnya, keluarga Mat Indera sebelum ini sering menziarahi kubur berkenaan tetapi sejak tiga tahun kebelakangan tiada waris yang datang membersihkannya.

“Banyak cerita yang saya dengar tentang Mat Indera ni daripada orang tua-tua dulu, tapi saya sendiri tak berani nak beritahu sebab nanti orang cakap saya membohong,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan kisah-kisah yang pernah didengar, ketika meninggal dunia, jenazah Mat Indera berbau harum dan kulitnya begitu lembut.

“Mat Indera dipercayai mempunyai keupayaan keluar masuk dari penjara untuk membeli makanan. Bagaimanapun, kebenaran kisah yang diceritakan itu tidak dapat dipastikan kerana tiada orang lama yang boleh mengesahkannya. Mereka sudah meninggal dunia.

Pak Akob berkata, terdapat tujuh kubur anggota polis yang terkorban ketika menentang komunis di Grik, Perak ketika zaman darurat di tanah perkuburan berdekatan.SH

Read more ...

Mat Sabu cabar Muhyiddin berdebat, beranikah Muhyiddin?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMgcZhIr2Blpz0NJCpm9P5-3-06jdaaOxs2cTMiOB-R1pisjevfQOc1wCWa-fwXCK5axP1gKr0WPUvJuzSj0UP3qqYBMegDEnQ67f6bxrK9DR_lihvI9RbCnvbWL-vKk6rKYQAwDR-gX0/s320/mat-sabu1-june13.jpgKUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedia berdebat dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pejuang kemerdekaan, khususnya peristiwa Bukit Kepong.

Beliau berkata, selepas isu kontroversi ucapannya di Tasek Gelugor, 27 Ogos lalu, Muhyiddin banyak ‘menyerang’ beliau dalam ucapannya termasuk meminta supaya ‘bertaubat dan bertakwa’.

“Jadi eloklah saya bertemu dengan beliau sendiri. Tidak kiralah sama ada mahu berdebat, berdialog, atau berbincang, terpulang,” katanya pada sidang media, semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu naib presiden, Sala­huddin Ayub, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali dan ketua penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, walaupun Khairy Jamaluddin mencabar beliau berdebat tetapi Ketua Pemuda Umno itu tidak banyak mengecamnya, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Muhyiddin adalah Ahli Parlimen Pagoh, yang mana kawasan itu berdekatan dengan Bukit Kepong.

“Saya pun mahu tanya dia (Muhyiddin) juga, di mana unsur saya perlu bertaubat. Sebab saya nak belajar juga dari tokoh ulama macam Muhyiddin Yassin,” sindir Mohamad.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata beliau akan menghantar surat jemputan berdebat kepada Muhyiddin pada minggu ini juga.

“Perlu ikut taraf, Timbalan Presiden Umno lawan Timbalan Presiden Pas. Jemputan itu akan diberikan dalam masa terdekat ini dan akan diserahkan kepada Ketua Penerangan Umno,” katanya.

Mengulas hasrat Kelantan untuk menganjurkan debat dengan Khairy, Mohamad berkata, beliau setakat ini belum menerima sebarang makluman.

Read more ...

DEDAH !!! Azeez Putera UMNO kantoi berbohong


Bakal Ketua Pemuda UMNO Cawangan Somalia?

Sebahagian dari berita yang dipetik dari Malaysiakini.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keselamatan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia, yang mengorbankan seorang petugas media Malaysia pada Jumaat lalu, dikawal sepenuhnya oleh pasukan bersenjata negara berkenaan.

Pasukan berkenaan merupakan anggota polis dan tentera Somalia dan bukan pasukan bersenjata upahan, katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Abdul Azeez, yang mengetuai misi berkenaan, menjelaskan bahawa beliau juga telah mematuhi sepenuhnya arahan serta prosedur operasi standard yang ditetapkan Somalia.

Beliau juga mematuhi nasihat yang diberikan pasukan berkenaan bahawa anggota misi berkenaan tidak perlu memakai jaket kalis peluru.

Jelasnya, anggota daripada misi yang disertai VIP serta NGO beberapa negara Arab lain termasuk Turki, Qatar dan Sudan juga tidak memakai baju kalis peluru.

"Ada juga media daripada negara mereka datang buat liputan. Tak ditembak pun. Tapi ini takdir Ilahi," katanya lagi.

Selain itu, anggota misi berkenaan ditetapkan supaya sering menukar kenderaan dan tidak meletakkan sebarang tanda di kenderaan berkenaan supaya tidak dikenalpasti sebagai sasaran serangan, kata Abdul Azeez lagi.

TIDAK MELETAK SEBARANG TANDA DIKENDERAAN??

Hmm.. korang tengoklah sendiri gambar-gambar kenderaan yang digunakan dalam Misi Mengejar Publisiti UMNO ini.. Betul atau tidak apa yang Mamak Azeez tu kata iaitu tiada sebarang tanda diletakkan dikenderaan..










Semua kenderaan dilekatkan dengan gambar Najib, Rosmah dan Bendera Malaysia.. Gambar bendera Malaysia tu aku tak kisah sangat, tapi gambar Bik Mama dan Najib tu tempek buat apa kalau ikhlas membantu atas nama negara Malaysia??



SATUUUU... MALAYSIAAAAA.. err betoi ka?

Lagi gambar-gambar kenderaan yang tidak dilekatkan sebarang tanda korang tengoklah di MINAQ JINGGO.

Read more ...

Cendekiawan ada kepentingan tak layak membuat pengadilan moral peristiwa sejarah

http://jiwokelate.files.wordpress.com/2011/09/bukumatinderayayasanwarisanjohor.jpgKUANTAN, 6 Sept: PAS Pahang menggesa agar cendekiawan Melayu dan ahli-ahli akademik tidak mudah terpengaruh dengan propaganda Umno atau cuba mengampu dengan memutar belitkan sejarah.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata golongan tersebut sepatutnya bersifat merdeka dan tidak tenggelam bersama Umno yang hanya menggunakan mereka apabila terdapat kepentingan kepada parti itu.

Beliau mengulas kenyataan editor buku 'Pengukir Nama Johor', Prof Datuk Abu Bakar Hamid dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang menggunakan fakta buku tersebut dalam isu Mat Indera.

Akhbar tersebut memetik katanya "dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataan (Mohd Sabu), sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera."

Menurut Suhaimi, beliau meneliti baris demi baris ayat dalam buku Pengukir Nama Johor. Perenggan akhir rencana berkaitan Mat Indera mencatatkan:

“Dia rela mempertahankan nyawa demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajah. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan nama sebagai pejuang bukan petualang”.

“Bukankah penutup ini sudah cukup jelas menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan?” soalnya.

Justeru, beliau mencadangkan Prof Datuk Abu Bakar membaca kembali baris demi baris setiap tokoh dalam buku itu terutama Mat Indera.

“Jangan hanya sekadar mencari glamour meletakkan nama sebagai editor tanpa membaca buku tersebut. Jangan jadi cendikiawan yang gila publisiti untuk mendapat nama dalam buku ilmiah tanpa meneliti dan membaca buku tersebut.

“Kajian ilmiah sejarah adalah milik rakyat dan negara ini, ia mesti pertahankan. Mempertikaikan bahan sejarah yg dieditorkan oleh diri sendiri adalah jenayah akademik. Pakar sejarah tak sepatutnya melacurkan sejarah sehingga ia dilihat hina oleh rakyat,” katanya.

Beliau menyeru supaya jadilah ahli akademik yang merdeka dan tidak tenggelam bersama kebodohan Umno.

Tambah Suhaimi, sebelum ini Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air mengatakan Mat Indera bukan anak tempatan dan berasal dari Indonesia.

Namun selepas itu, adik Mat Indera yang masih hidup mengesahkan Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Sementara itu, Suhaimi turut menemui artikel bertajuk ‘Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera’ yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 13 Disember 2010 yang mengesahkan Mat Indera bukan pengkhianat bangsa sebagaimana didakwa Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.

Artikel tersebut boleh dilayari di alamat: http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

Read more ...

Prof. Khoo Kay Kim kata negara tidak dijajah , jadi 31 Ogos itu tarikh apa?

Aziz Bari: ‘Secara teknikal tidak, pada hakikat British jajah kita’

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigGsZs9mU4RyaNjbPz6IEJs138dovRbZzxh7JRWigkWM7nC1E4Ezf5I52bXiymbzG0svntEeAG2HUZ4YGlRrHhN6indFjCHm6zhVMncNE26HZeqUuMK9iGQzXRulxccbgb9YtvzrRGpsJz/s1600/Khoo+Kay+Kim.jpgKUALA LUMPUR, 6 Sept — Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah “dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal” oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu.

“Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British,” kata beliau dalam reaksi kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Secara teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah,” kata beliau.

Bagaimanapun menurut ahli akademik ini, negeri-negeri Melayu bukan negeri yang bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar.

“Raja-raja, contohnya, dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak dijajah.

“Selain itu meskipun di sisi undang-undang, yakni secara teknikalnya, mereka berdaulat kita semua tahu dasar dan undang-undang semuanya ditentukan oleh British,” kata beliau sambil menambah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tidak harus membesar-besarkan kedudukan teknikal itu sehingga menafikan hakikat yang berlaku ketika itu.

Aziz (gambar) mengulas mengenai kritikan beberapa pihak ekoran pandangan tokoh sejarah itu bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya berada di bawah naungan negara Eropah itu.

Khoo melahirkan pandangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar arus perdana kelmarin ketika kontroversi berkaitan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperkatakan sehingga ada yang mahu fakta sejarah diteliti semula.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 bersama hari pembentukan Malaysia — buat julung kali pada 16 September ini.

Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Khoo berkata: “Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja.”

Katanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.

“Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government’,” katanya lagi.

Kata beliau, dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu ‘de jure’ dan ‘de facto’.

“Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Raja masih ada banyak autonomi.

“Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden Umno yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga Umno untuk menentukan sistem lebih sesuai,” kata Khoo lagi dan menambah, “akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan.”

Mengulas lanjut, Aziz berkata, Khoo perlu faham beza antara kedudukan teknikal dan formal dengan kenyataan atau hakikat, yakni sesuatu yang benar-benar berlaku.

“Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?” kata beliau lagi.

Read more ...

PANAS!!! Luahan Wartawan terhadap misi Kelab Putera 1Malaysia yang gila publisiti

Oleh: bashery

http://www.nst.com.my/articles/03bury-2/single"RASANYA kalau sudah terlebih2 sangat Kerajaan BN cuba mencabar minda dan kewarasan rakyat, maka dgn sendirinya rasa tercabar akan timbul, lebih2 lagi bagi kaum wartawan.

Syabas diucapkan kpd wartawan2 tsb. yg berani menulis dari hati nurani sebenar berdasarkan realiti sedia ada, dan syabas juga diucapkan kpd The Star yg berani mencetak komentar2 mereka walaupun kolum2 tersebut hanya pada m.s. 27, 28, 29 dan 30.

Cuba baca komen wartawan2 The Star (6 Sept. 2011) :

Shahanaaz Habib, The Price of Getting the Truth (Harga untuk Mendapatkan Suatu Kebenaran),

Mergawati Zulfakar, Failure to Listen Cost a Life (Kengganan Mendengar Nasihat Menyebabkan Kehilangan 1 Nyawa)

Karim Raslan, Grabbing Graft by the Horns (Secara Terus Menentang Rasuah)

Md Ashan Ahmad, (Ikim Views) Right Education Can Stop Graft (Pengajaran yg Benar dapat menghapuskan Gejala Rasuah)

Antara lain, Shahanaaz menulis,

"Kematian jurukamera TV Bernama Noramaizul Mohd Nor membuatkan aku merasa sedih, marah, dan bersalah. Sedih kerana kehilangan seorang teman sejawat, anak kpd seorang ibu, seorang suami dan juga seorang bapa. Aku marah kpd African Union, atau pemberontak, atau siapa saja yg memuntahkan peluru tersebut, tetapi marahku lebih bertumpu kpd Kelab Putera 1Malaysia kerana membawa rombongan yg terlalu besar, 55 orang ke negara yg amat merbahaya, dgn latihan yg amat terhad tanpa peralatan keselamatan."

Mergawati Zulfakar pula menulis,

"Pasukan pemerhati awal telah mengesyorkan agar misi ini ditangguh, tetapi tidak diendahkan, dan hasilnya, satu famili, sahabat2 dan rakan2 sejawat meratapi kehilangan yg sia2."

Beliu menulis lagi,

"3 hari sebelum sukarela2 Putera 1Malaysia berangkat, sekumpulan peninjau 7 orang yg terdiri dari Pegawai2 Kerajaan, seorang pegawai atasan ATM, dan beberapa wakil media, sampai di Somalia. Tujuan mereka adalah untuk me recce keadaan keselamatan disana dan memastikan keselamatan para sukarelawan dalam misi nanti. Tujuan menghantar wakil2 media bersama kumpulan itu ialah supaya mereka dapat memberikan maklumat terbaik pd rakan2 sejawat yg akan bersama misi itu nanti.

Keputusan yg diambil dari recce tsb adalah misi itu merbahaya. Mereka memaklumkan Putrajaya keadaan tsb. dan mengesyorkan agar misi itu ditunda sehingga lepas Raya tetapi arahan yg mereka terima ialah mereka harus tinggal disana untuk menunggu kedatangan sukarelawan M'sia.

Lagi satu keputusan yg diambil oleh pasukan recce tsb ialah Dato Azeez hanya perlu menumpukan kpd satu tempat yg dipilih untuk mendirikan klinik, tetapi nasihat ini tidak diendahkan, dan dgn berpindah randah, risiko bencana untuk sukarelawn2 tsb bertambah.

Karim Raslan menulis tentang korupsi yg sedang berleluasa di negara2 Asia termasuk Malaysia,

"Korupsi adalah halangan terbesar kepd kematangan demokrasi di Asia. Pemimpin2 mesti menyedari bahawa kuasa tidak akan ujud tanpa tanggungjawab. Sekiranya pemimpin2 M'sia berfikir bahawa mereka lebih mengetahui dan mengjangkakan bahawa hanya mereka yg layak meneraju negara dari kemusnahan yg tidak dijangkakan, mereka sepatutnya bangun dari tidur, terutama dalam isu korupsi."

Md Ashan Ahmad pulak menulis,

"Korupsi adalah kemerosotan nilai integriti (keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar...), kemuliaan dan prinsip moral. Ia adalah berlawanan dgn fitrah iaitu suci dan haq.

Menurut Prof. Syed Naguib, pemimpin yg korup akan timbul didalam masyarakat yg korup. Mereka adalah pemimpin2 palsu yg tidak layak untuk memegang tanggungjawab yg diamanahkan kpd mereka.

Kita perlu memastikan yg Universiti2 kita tidak menjadi pusat pembiakan pemimpin2 yg korup, tanpa integriti intelek dan moral.

Professors yg tidak mampu menyemai integriti, bahkan keberadaan mereka hanya sebagai wakil ahli2 politik, tidak seharusnya dibiarkan mengajar di Universiti2 kita kerana mereka hanya akan menambahkan bilangan siswa2 yg penakut dan bermuka2." (IH)

Read more ...

BN Sabah bergolak : Rumah terbuka Musa Aman dipulau?

http://kinabalusabahtimes.files.wordpress.com/2010/02/google_image_shafie_apdal3.jpgKOTA KINABALU 5 Sept. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak hairan kenapa pemimpin-pemimpin kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) tidak menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini.

Katanya, lebih menghairankan apabila pemimpin kanan parti itu dapat pula menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negeri dan rumah terbuka Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang jauh di Semporna, kemudian bersama-sama ke Papar menghadiri rumah terbuka ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail.

"Adakah mereka ini terlalu sibuk dengan komitmen lain atau sengaja boikot acara Ketua Menteri dan kerajaan negeri. Kalaulah sengaja boikot, ia sesuatu yang amat mendukacitakan kerana tidak memberi penghormatan kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri,” katanya.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. - Bernama

Read more ...

Tuduhan UMNO popularkan Mat Sabu

SHAH ALAM 6 SEPT : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Mat Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu menganggap pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dikenakan ke atasnya berhubung isu Mat Indera tidak sama sekali menjejas kedudukannya dalam bidang politik, sebaliknya lebih meningkatkan popularitinya.

Menurut beliau, sejak isu Mat Indera yang disifatkannnya sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, beliau menerima pertambahan sokongan dari kalangan blogger yang menyokong pendiriannya itu.

Menyentuh mengenai gesaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein agar sesiapa yang merasa tersinggung dengan kenyataan Mat Sabu berhubung tragedi serangan Balai Polis Bukit Kepong lebih 60 tahun lalu, Mat Sabu berkata, beliau sedia menerimanya.

“ Tak ada masalah, kalau mereka nak saman itu hak mereka, kita pun sudah menawarkan peguam untuk mereka kalau mereka nak tuntut pampasan dari kerajaan British. Kita sanggup menyediakan peguam.

"Ada peguam yang sanggup membela mereka tuntut pampasan daripada kerajaan British , mereka dulu bukan dalam kerajaan Malaya, kerajaan British,"katanya kepada Tv Selangor.

Hishamuddin semalam berkata, tindakan saman di mahkamah mungkin antara yang boleh dilakukan oleh pihak yang tersinggung terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis.

"Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa.

"Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu, dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn (Jaafar) terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu. lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah," katanya kepada pemberita semalam.

Dalam pada itu, muka tujuh Utusan Malaysia hari ini turut menyiarkan berita bertajuk “Persatuan Bekas Polis Malaysia Kuantan labelkan Mat Sabu sebagai komunis era baru".

Mengulas laporan akhbar itu, Mat Sabu menerimanya dengan hati terbuka dan sekali lagi menegaskan, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya.

Bahkan katanya, PAS sendiri pernah dicop sebagai komunis oleh mantan Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“ Mereka cop (PAS), tak ada masalah, Tuan Guru Bakar Bakir dulupun dicop komunis. Dr Burhanudin mereka tuduh komunis. Itu bukan perkara baru,ulang siaran daripada British,"tambah beliau.

Menyentuh soal debat berhubung isu ini, Mat Sabu berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya pun tak tau kalau (saya kena) debat dengan Khairy (sebab) selama ini Khairy bukannya maki saya,tetapi yang maki saya Timbalan Perdana Menteri, kalau nak debat pun biarlah dengan dia,"tambah beliau lagi.

Ujarnya, Umno kini menggali lubang sendiri dan akhirnya akan memakan diri sendiri dalam usaha menguburkan karier politiknya.

“ Makan diri.. mereka sedang gali lubang. Macam dalam kes Mat Indera dia telah kalah. Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang oleh negeri Johor.

“ Memanglah, Umno itu pengampu British. Orang menghentam British duduk dalam penjara, orang Umno tidak dipenjarakan kerana dia pengampu,"katanya lagi.

Read more ...

Khairy bukan taraf Mat Sabu, biar Pemuda PAS berdepan dengan Khairy


SHAH ALAM 5 SEPTEMBER : Sebaik sahaja Ketua Pemuda Umno menyatakan kesanggupannya untuk berdebat mengenai kebenaran fakta sejarah kemerdekaan negara, kali ini Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat pula menyatakan kesediaanya untuk berdebat dengan Kahiry Jamaluddin.

Suhaizan menegaskan, pemimpin tertinggi PAS seperti Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu tidak perlu melayan cabaran Khairy sebaliknya cukup sekadar dirinya yang berdepan dengan Ahli Parlimen Rembau itu.

"Saya menegaskan disini, jika sekadar isu ‘Mat Indera’ ini yang menjadi modal ‘pentas patriot’ Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan ‘selesaikan’ perkara ini," kata Suhaizan.

Beliau berkata, Mohammad Sabu dan pimpinan tertinggi yang lain mempunyai banyak misi nasional untuk dipantau termasuklah isu lapan tuntutan BERSIH 2.0 terhadap penambahbaikan sistem pilihan raya negara, kenaikan harga barang, peningkatan tarif elektrik, kontroversi komisyen pembelian Scorpene, dan sebagainya.

Suhaizan berkata pihaknya akan menyediakan pentas dan mengesyorkan sesi debat itu diadakan di daerah Muar, Johor tempat dimana terjadinya tragedi Bukit Kepong.

"Isu ini berlaku di Johor (Bukit Kepong). Mat Indera kami angkat sebagai hero kemerdekaan anak Melayu dari Johor dalam perjuangan menyingkirkan penjajah. Saya sendiri orang Johor. Jika Khairy anak jantan, turun ke Muar Johor, kita akan sediakan pentas debat untuk cari kebenaran sejarah ini!," tegas Suhaizan.

Debat itu penting bagi merungkai kontroversi yang menyelubungi Mohammad Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat yang ditomah media arus perdana kononnya mereka mendewakan fahaman Komunis dan tidak menghargai jasa serta pengorbanan pejuang kemerdekaan.

Sejak 27 Ogos bulan lalu sebanyak 49 laporan polis dibuat diseluruh negara, menggesa polis melakukan siasatan dan media arus perdana berhempas pulas menyerang Mohammad Sabu tanpa langsung memberikan peluang untuknya membela diri.

Selain itu, Suhaizan memberi jaminan akan menggerakkan seluruh jentera Pemuda PAS Johor untuk mengadakan pentas-pentas penerangan bagi memastikan kebenaran fakta berkaitan Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong ini sampai ke pengetahuan rakyat khasnya rakyat di negeri Johor.

Suhaizan berkata, Pemuda PAS arif dengan modus operandi Umno yang bertindak membangkitkan isu Komunis demi mengalih pandangan rakyat daripada terus mempersoalkan pendirian kerajaan pemerintah bersabit banyak isu termasuk jawapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan pimpinan Najib berhubung lapan tuntutan BERSIH 2.0.

Tidak kurang juga pegangan kabinet Perdana Menteri Najib Razak berhubung komitmen Jawatankuasa Khas Parlimen yang ditubuhkan untuk mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya negara.

Dan terbaru, apakah jawapan Najib akan ketiadaannya di Malaysia tatkala rakyat menyambut kemerdekaan yang ke- 54 dan keseriusannya dalam membela nasib rakyat apabila besenang- lenang bercuti di Perth, Australia dikala rakyat mengikat perut merayakan Aidilfitri dalam keadaan harga barangan asas semakin meningkat.

Read more ...