Wednesday, March 16, 2011

Umno Terengganu jemput Umi Hafilda hadapi Himpunan 'PAS Ganti Umno'

http://buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu2b.JPGBESUT - Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali ke-2 (PGU2) yang diadakan di Jerteh, Besut 18 dan 19 Mac ini bakal menyaksikan sekali lagi kebangkitan rakyat Terengganu untuk menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Pengarah Persiapan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata persiapan bagi menyediakan semua prasarana bagi PGU2 sudah masuk ke peringkat akhir dan InsyaAllah dapat diselesaikan petang esok, Khamis, 17 Mac.

(Gambar kanan - Ustaz Wan Azhar berbaju biru, sedang berbincang sesuatu dengan petugas, dihadapan pentas utama PGU2)

Menurutnya, walaupun cuaca agak 'muram' sejak beberapa hari lalu, namun para petugas turun padang bagi memastikan semua kelengkapan disiapkan dan akan dapat menampung kehadiran sekurang-kurang 15,000 pengunjung.

"AlhamduliLlah, semua persiapan sudah masuk ke fasa akhir, lapangan himpunan, sebuah pentas utama, 30 buah khemah untuk peserta berteduh, InsyaAllah sudah dibangunkan, sekarang sedang menyiapkan 80 tapak gerai, yang masih lagi tidak putus-putus perminaannya,"ujarnya ketika ditemui skuad BO

Menurutya, sebagaiman tentatif yang telah diedarkan, PGU2 akan bermula dengan ceramah Pra-PGU2 dengan penceramah-penceramah handalan; haji Mohamad Sabu, Dato' Husam Musa dan YB Saifuddin Nasution.

http://buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu2a.JPGOleh itu, beliau berkata, segala-galanya yang berkaitan kemudahan untuk pengunjung akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pagi Jumaat, 18 Mac, kerana ceramah Pra-PGU2 yang akan diadakan sebelah malamnya.

Selaku tuan rumah, Ustaz Wan Azhar yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Terengganu yang bersedia untuk membuat perubahan 'PAS ganti Umno' dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Walaupun PGU2 akan mendapat saingan sengit dengan Umno Besut membawa 'wanita upahan' Umi Hafilda berceramah diseberang sana (bandar Jerteh), tetapi InsyaAllah, abangnya Azmin bersama kita,

"kita (PAS Besut) semua untuk hadir dan bersama-sama kita berhimpun, terutamanya bagi pihak Panitia Induk, saya jemput semua sekali untuk bersama-sama makan tengah hari dalam 'Jamuan Rakyat' pada Sabtu, 19 Mac, dari jam 12 tengahari hingga jam 2 petang,"jelasnya.

Katanya, sebanyak 20 ekor lembu akan ditumbangkan untuk dijadikan lauk jamuan rakyat.


Lagi gambar-gambar persiapan di Blog Buletinonline

Read more ...

Umno khianat terhadap bangsa Melayu

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/niamar.jpgKUALA NERUS - Parlimen Hulu Selangor dan Labis di Johor, adalah contoh bagaimana Umno khianati orang Melayu yang menjadi majoriti dalam kedua-dua Parlimen tersebut,

Hulu Selangor diberikan kepada parti MIC untuk bertanding, manakala parlimen Labis telah diberikan kepada parti MCA, selain 28 kerusi yang lain seumpamanya di seluruh negara.

"tengok kerusi di Parlimen, ada lebih kurang 30 kerusi di parlimen diseluruh Malaysia yang mana pengundinya majoriti orang Melayu, tetapi Umno beri kepada MCA bertanding, beri kepada MIC bertanding (dan) beri kepada Gerakan bertanding,

"contohnya (parlimen) Hulu Selangor baru-baru ini, yang bertandingnya Kamalanathan, (sedangkan) pengundi Hulu Selangor majoritinya (adalah) orang Melayu,"jelas Dato' Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Kelantan ketika berucap di Kampung Banggol Binjai, dekat sini Ahad, 13 Mac.

Menurutnya, negeri-negeri majoriti penduduk Melayu telah memohon untuk ditambahkan bilangan kerusi Parlimen, tetapi di tolak oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammad yang juga Presiden Umno.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berakata, tetapi apabila Umno-BN kalah di banyak kerusi parlimen pada Tsunami politik pada pilihanraya ke 12 tahun 2008, pemimpin Umno mendakwa kuasa Melayu tergugat, sedang Umno yang memberikan 30 kerusi kepada bukan Melayu.

"Dia (Umno) tak ingat 30 kerusi itu, dia (Umno) yang berikan kepada bukan Melayu, inilah jenayah politik yang besar yang dbuat oleh Umno, dahlah orang Melayu kurang, kerusi Melayu diberikan kepada bukan Melayu,"tegas Nik Amar BO

Read more ...

54 tahun merdeka : Kroni Umno semakin kaya , rakyat semakin miskin

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/Idris%20Ahmad1.jpgBetapa untungnya rakyat Malaysia bila pembangkang kuat, maka manfaat akan melimpah kepada rakyat bawahan. Pembangkang yang kuat ia akan menjadi kuasa pengimbang kepada kerajaan BN.

Terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10 000 rumah orang susah dengan setiap rumah diberikan peruntukan RM5000, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM50 juta.

Ini adalah agenda untuk menyantuni rakyat sebagai halwa pilihanraya yang semakin hampir. Alangkah baiknya jika dana untuk rakyat digunakan dengan baik, maka tidak timbul peruntukan untuk 10 000 rumah yang daif perlu dibaiki.

Kesemuanya ini terjadi kerana wang dana orang miskin RM32 juta lesap di telan oleh taukeh cina Ooi Kee Siang seorang tauke pokok orked di zaman Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Begitu juga saham bumi putera RM52 bilion lesap di tangan penguasa yang rakus sehingga rakyat menjadi susah. Kayu ukurnya hampir 54 tahun merdeka kehidupan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak seperti 10 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun hasil mahsul di perut bumi begitu kaya.

Memang pemimpin umno suka rakyat miskin, supaya senang menjadi umpan pilihanraya. Sepatutnya pemimpin umno kena malu kepada rakyat, walaupun hampir 54 tahun merdeka masih terdapat 10 000 rumah yang daif yang perlukan bantuan untuk di perbaiki.

Pengalaman saya berada di Miri melihat kawasan perumahan di Kampung Pasir, terletak di belakang pejabat Petronas Cari Gali Miri. Penduduk yang tidak ada letrik terpaksa menggunakan generator sendiri dengan kos setiap bulan melebihi seratus ringgit setiap rumah.

Kawasan yang diduduki hampir 30 tahun, majoriti mereka ialah masyarakat Iban. Saya dimaklumkan setiap kali pilihanraya maka dijanji bermacam-macam oleh calon BN, selepas menang muka tidak nampak. Inilah watak yang diskimakan dalam budaya kepimpinan BN seluruh negara iaitu memperalatkan kemiskinan.

Pas mengharapkan supaya rakyat yang diberi bantuan untuk membaiki rumah jangan ada diskriminasi politik kepartian dan jangan ada unsur ugutan supaya memangkah BN. Berilah kepada yang berhak, bukan diberikan kepada kroni BN semata-mata. Pas mengharapkan seluruh jentera parti Pakatan rakyat akan pantau projek ini supaya tidak wujud pilih kasih, kerana wang ini ialah wang rakyat bukan wang umno BN.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Read more ...

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.

"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.

Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.

"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.

Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.

Read more ...

Suspek pemancit tayar kereta berjaya diberkas, Umno tak mengaku ahli



ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah diibaratkan kejadian sabotaj terhadaap kenderaan pengunjung semasa ceramah sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera apabila seorang suspek ditahan semalam.

Dia berjaya ditahan sekumpulan petugas semasa dipercayai sedang melakukan lagi sabotaj keatas kenderaan pengunjung.

Menurut seorang petugas, suspek ditahan ketika cuba melakukan sabotaj yang sama. Apabila disoal, suspek mendakwa sedang menukar tayar kereta sedangkan tiada peralatan membuka tayar yang ditemui bersamanya dan dia mengaku kereta tersebut bukan miliknya.

Suspek akhirnya ditahan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dalam ceramahnya turut menyentuh tentang kejadian sabotaj yang berlaku malam sebelumnya. Dalam kejadian tersebut, lebih 40 buah kenderaan telah dipancitkan tayar ketika hadir ke program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera.

Read more ...

Saifuddin tak gentar, bukti dah ada

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail tidak gentar dengan amaran Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan untuk menyamannya RM12 juta.

Ahli Parlimen Machang itu berkata pendedahan beliau sebelum ini bahawa Gobala dibayar RM1.4 juta untuk meninggalkan KEADILAN, berasaskan fakta.

“Beliau berhak berbuat apa-apa sahaja (untuk menyaman saya) kerana itu haknya. Kita biar mahkamah tentukan. Sama ada saya perlu membayar (RM12 juta) atau tidak, kita akan tahu kelak, ” kata Saifuddin.

Saifuddin juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada Gobala berhubung pendedahannya itu.

“Kenapa saya perlu minta maaf? Dan saya perlu minta maaf untuk apa? Saya sudah nyatakan, fakta saya berkenaan urus niaga itu. (Dan) Gobala kelihatannya menggelabah,” kata Saifuddin.

Beliau mempunyai bukti Gobala terlibat secara peribadi dalam urus niaga berkenaan dan ia tidak melibatkan ahli keluarga beliau seperti didakwa Gobala.

Lanjutan itu, beliau bersedia berhadapan dengan Gobala di mahkamah.

“Saya akan berhadapan dengan beliau di mahkamah. Beliau berbohong. Biarkan dia ‘berjuang’. Saya akan jumpa dia di mahkamah,” katanya dalam laporan MalaysiaKini.

Minggu lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai Gobala mebayat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.

Hutang itu dijelaskan Embun Megah Sdn Bhd, syarikat milik Gobala kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd.

Read more ...

Rakyat Kedah dah boleh menilai kebaikan PAS dan pembohongan Umno

3 tahun Kedah Sejahtera, rakyat makin matang

Oleh Nasir Zakaria

http://mynewshub.my/bm/files/2011/02/umno-dan-pas-565x376.gifRakyat Negeri Kedah Darulaman sedang berada melewati tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat yang ber’Menteri Besar’kan pemimpin daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 50 tahun Kerajaan Negeri Kedah dipimpin oleh Perikatan kemudiannya Barisan Nasional yang diterajui oleh Pekembar ataupun Umno.

Saya ingat, perlu ada beberapa catatan untuk menunjukkan ada beberapa perubahan dan anjakan paradigm rakyat negeri Kedah yang jumlahnya sudah mencecah 1.9 juta. Saya gembira untuk berkongsi pengalaman demokrasi dan cita-cita saya untuk melihat perubahan berlaku baik secara politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan lain-lain sekitar saya dan seputar negeri saya.

ORDE LAMA DAN PERUBAHAN

1. Sepanjang sejarah Negeri Jelapang Padi ini, dipasakkan di dalam pemikiran rakyat bahawa hanya Barisan Nasional sahaja mempunyai kemampuan untuk memerintah Kedah dan Negara. Satu khurafat dan takhayyul yang memundurkan. Sihir dan mentera ini berlangsung dan diimani begitu lama. Segala seruan ke arah perubahan berjaya ditepis dan BN terus memerintah. Pakatan Rakyat datang dan memberi harapan baru kepada perjalanan demokrasi negara.

2. Keadaan was-was berlegar dan disebar di kalangan rakyat adakah kerajaan baru boleh berkhidmat dan bertahan. Beberapa dongeng beredar di kalangan masyarakat bahawa kerajaan akan tumbang dalam masa beberapa bulan. Dah tiga tahun dah. Rakyat pun dah boleh fikir.

3. Pemikiran dan pandangan yang dibawa oleh BN dan Umno banhawa pembangkang tidak betul dan hanya pandai membangkang sudah mula sirna. Peranan pembangkang sebagai check and balance kepada sistem demokrasi mula difahami. Era "I know everything" dan "I always right" sudah berakhir.

4. Ratib umno dan BN yang mendakwa pembangkang hanya PAS dan lain-lain parti sekarang sudah berbalik kepada diri sendiri. UMNO dan BN yang diajar oleh rakyat dalam PRU sedar pengertian menjadi pembangkang di dalam sistem demokrasi. Walaupun kadang-kadang BN dan UMNO masih merasa diri merasa kerajaan. Berlagak dan tak sedar diri masih mengusai BN dan UMNO; pemimpin dan ahlinya.

5. Rakyat mula sedar bagaimana pembangkang yang selalu didiskriminasi tanpa sebarang peruntukan untuk membangunkan negara. Ahli Parlimen pembangkang atau ADUN yang selama ini menang dalam pilihanraya tetapi partinya kalah di peringkat negeri atau persekutuan biasanya tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan projek atau apa-apa program kecuali melalui gaji atau usaha sendiri.

6. Rakyat sudah mula menyedari peranan agensi-agensi kerajaan yang selama ini peranannya diambil alih oleh ahli politik. Manakala ahli politik termasuk Ahli Parlimen dan ADUN yang peranan dan tanggungjawab mereka lebih besar dalam membahas dasar-dasar negara tidak dilaksanakan. YB-YB menjadi welfare officer, manakala pegawai kerajaan menjadi pegawai kepada ahli politik.

7. Sistem kehakiman yang sepatutnya tempat menegakkan keadilan kepada semua sudah mula difahami oleh rakyat bahawa selama ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan elit politik. Pemisahan kuasa yang menjadi konsep besar sistem demokrasi di Malaysia mula mengambil peranannya.

8. Rakyat mula sedar bagaimana setiap sen yang mereka belanjakan atau mereka membayar setiap sen cukai kepada negara adalah hak mereka sendiri dan perlu dipulangkan kepada mereka. Pemikiran bahawa semua duit atau pembangunan yang berlaku adalah dari BN atau Umno sudah tidak relevan. Slogan bahawa "BN Menang, Kedah Senang" adalah slogan sampah.

9. Billboard yang tertulis seperti "Projek Kerajaan oleh Barisan Nasional", "baja subsidi Kerajaan Barisan Nasional" sudah mula difahami dan di’gelak’kan oleh oleh rakyat.

10. Rakyat sudah mula fahami makna pembangunan bukan sekadar membina bangunan. Bangunan boleh dibina termasuk oleh Komunis dan Kapitalis. Pembangunan lestari, pembangunan insan; roh, mental, fizikal mula berkumandang.

11. Kejayaan Kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat di Kedah seumpama membina institusi pengajian tinggi, peruntukan kepada sekolah-sekolah, petuntukan kepada belia termasuk membina pusat belia Kedah, peruntukan kepada setiap kaum, proses men"sifar"kan rasuah, proses membebaskan KCS dari belenggu politik. Bagi sarjana ia adalah merupakan satu kejayaan dan perubahan yang sangat besar. Hasil kebangkitan rakyat.

12. Kejayaan menambahkan pendapatan daripada sumber asli negeri, balak, batuan, sumbangan dan GLC yang diakui oleh Ketua Audit Negara membuka mata rakyat dan pengkaji politik. Ia juga menimbulkan tandatanya kepada ahli-ahli UMNO sendiri disebabkan sumber dan keluasan yang sama namun hasilnya amat minimum.

13. Kegagalan projek seumpama Marina Harbour, Pusat Akuatik, Lapang Sasar dan lain-lain projek kerajaan negeri mula diperkatakan rakyat. Pembelian temasuk pen untuk hadiah dengan harga yang tidak munasabah oleh Menteri Besar, pembayaran anak syarikat kerajaan negeri (wang rakyat) kepada UMNO (parti politik) menimbulkan tandatanya besar. Rakyat sudah mula berani persoalkan wang mereka.

14. Projek-projek segera untuk berdepan pilihanraya seumpama membina rumah-rumah rakyat yang kemudiannya membuat tuntutan kepada kertajaan selepas pilihanraya berleluasa sehinggakan mendedahkan kontraktor kepada hutang dan kemungkinan bankruptcy.

15. Kerja-kerja menempah poster untuk pilihanraya yang dibuat melalui anak kerajan negeri seumpama tuntutan yang dibuat terhadap Seri Temin selepas BN dan UMNO kalah selepas pilihanraya terhadap pengurusan baru amat memalukan.

16. Kegagalan menyiapkan projek-projek kerajaan pusat seperti 8 jambatan Naka-Nami, projek oleh kementerian pendidikan seperti kuarters-kusrters guru, sekolah-sekolah yang tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran amat menjijikkkan. Semua ini adalah hasil pendedahan yang berjaya dikemukan kepada rakyat selepas perubahan.

17. Sistem kerajaan, pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan mula difahami oleh rakyat, peranan kerajaan pusat dan negeri, hubungan simbiosis antara keduanya mula difahami oleh awam.

18. Penerusan semua projek kerajaan dahulu kecuali yang membazir memberikan satu persepsi bahawa menukar kerajaan bukanlah seperti menerbalikkan bumi.

19. Politik pembangunan dan perkauman yang dijaja oleh BN dan parti sekutunya sudah ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Lagu lama yang cuba diputar kembali itu sudah mula mereputkan mereka.

20. Kematangan rakyat untuk memilih pemimpin dan bebas menentukan kerajaan sendirihubungan antara kaum dan agama yang selama ini selalu diragukan oleh BN dan UMNO dengan penukaran kerajaan sudah mula berakhir. Sikap saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan masing dalam pembangunan negara membuktikan bahawa ada bertukarnya kerajaan hanya seperti kita menukar pengurus pasukan bola. Dah asyik kalah tukarlah pengurus dan jurulatih. Bukannya pi racun pemain sampai mati atau bubarkan pasukan!!!

Apapun perubahan ini adalah sepatutnya kembali kepada rakyat. Rakyat yang matang dan bijak perlu menilai dan membuat pilihan. Rakyat yang bodoh hanya menjadi pak turut. Pengalaman tiga tahun masih terlalu muda untuk membuat penilaian objektif. Kelemahan tetap ada untuk diperbaiki. Rakyat yang bijak akan terus memberi pandangan kedua kepada kerajaan.

Read more ...

Lensa ceramah Bob Lokman

Fuhhh.."Diminta Rosmah Dan Najib Bertaubat." - Bob Lokman

Ramainya orang beb...kalau Utusan,dia tulis
dalam 50 org saja..Hampehh..

Memang kelakar brader bob ini..manakan tidak,semasa sedang
berceramah.Tiba-tiba petugas menghulurkan sekeping kertas
untuk di umumkan,lalu dengan spontan brader bob mengumumkan
"Diminta Najib beserta Rosmah segera bertaubat" diikuti gelak tawa
para hadirin...inilah kelebihan ceramah brader Bob,dengan joke
selambanya yang dapat menarik para hadirin.

Dulu masa glamour orang panggil saya BOB..kini pun orang
panggil juga saya BOB tetapi lain maksud,iaitu Bulan Oh Bulan.

Satu lagi,anak saya tanya..nak sekolah mana??saya jawab..ayah
akan bagi sekolah special kat kamu,kalau sekolah biasa..sekolahnya
besarr..masjidnya kecil..tetapi kali ini,ayah masukkan kamu ke sekolah
di mana Masjidnya besar sekolah pulak kecil..itu la sekolah
Tahfizzz..di sambut sekali lagi dengan gelaktawa para hadirin.


Ribuan hadirin yang terpegun dengan
ceramah bersahaja brader Bob..


Pemuda Gerakan Islam...Petugas yang istiqomah dengan
tugas-tugas mereka..Hebattt...

Kakak ni sedang khusyuk mendengar....

Kehadiran para muslimat menyerikan lagi ceramah tersebut...

From Lensa Karat E-jau

Read more ...

Kecoh isu DNA (Datuk Najib Altantuya )

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli hari ini membawakan kisah Nabi Yusof a.s yang dituduh mencabul Siti Zulaikha dengan mengaitkannya dengan isu pembuktian dalam kes Fitnah II.

Pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, Hatta menceritakan kembali kisah yang terkandung dalam al-Quran mengenai Nabi Yusuf yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf, terkoyak.

Kisah itu dianalogi untuk menjelaskan persamaan dalam kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau isunya m**n belakang, kenapa belah depan (seluar Saiful Bukhari Azlan) ada air mani, itu yang pelik,” katanya dipetik dari Harakah Daily sambil mengingatkan semua pihak, sebarang bukti yang dibawa ke mahkamah harus diteliti supaya tidak tersalah membuat keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, mendengar keterangan seorang pakar dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong yang mengakui menemui kesan air mani di bahagian depan seluar panjang hitam milik Saiful Bukhari Azlan, pengadu yang mendakwa diliwat.

Dalam perbahasan itu, Hatta juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

“Riuh satu negara demonstrasi sana-sini. Itu menghina mahkamah. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

“Sekarang siapa beruk dan monyet ini…oh DNA, DNA,” katanya.

Perbahasan Hatta juga hangat apabila beliau menyentuh kempen KEADILAN sebagai respons kepada isu kes Fitnah II bertemakan DNA: Datuk-Najib-Altantuya.

“Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke macamana. Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak adalah sampai ke situ.

“Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut,” katanya.

Azan Ismail (KEADILAN-Indera Mahkota) kemudian bangun mencelah dan bertanya, “Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu DNA yang disebut Ini, DNA yang baru Ini makna apa?”

Lalu dijawab Hatta: “Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata ‘Datuk Najib Altantuya’.

Jawapan itu mengundang kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). keadilan daily

Read more ...

Jika begini punya cepat bantu rakyat, Umno tok sah mimpi nak rampas Kedah

Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri ganti segera bumbung rumah

http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_2975.jpg

ALOR SETAR – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan YB Dr Ismail Salleh melawat mangsa ribut di Taman Wira Blok B untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa bagi memastikan kerugian yang dialami.

Ribut pada 13 Mac telah menyebabkan 36 rumah serta surau mengalami kerosakan dan ianya perlu dibaiki segera untuk mengelakkan daripada dimasuki air hujan.

Menurut YB Dr Ismail, Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan serta merta bagi menggantikan bumbung rumah yang rosak.

http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_2965.jpg
“Sejurus selepas kejadian, pihak Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan pantas dengan melantik kontraktor bagi membaiki bumbung dengan serta merta, dan kerja-kerja ini turut dibantu oleh penduduk setempat,” ujar beliau yang juga ADUN Angkat Bakar Bata.

Seorang penduduk, Fatimah Ahmad, 46, berkata, sewaktu kejadian, beliau bersama ibu, anak-anak dan cucu sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.

“Sedang kami tonton televisyen, tiba-tiba ada bunyi kuat di atas bumbung rumah, tengok-tengok, bumbung di ruang tengah rumah dah tak ada.

“Kami semua berasa takut, ibu saya yang berumur 86 tahun duduk dalam ketakutan di hujung rumah sambil menutup kepalanya dengan bakul kain, manakala anak saya lari lintang pukang bawa anaknya yang berusia enam bulan,” jelas beliau.

Manakala Jaafar Ismail, 64, sehari selepas kejadian, rumah beliau bagaikan ‘banjir’ disebabkan hujan lebat dan bumbung rumah beliau masih belum berganti.

“Ribut hari Ahad, hari Isnin hujan lebat, jadi air masuk dalam rumah, barang-barang pun basah, bumbung rumah kami tak sempat digantikan pada hari Ahad,” ujar beliau.

Read more ...

Demo anjuran Umno, Perkasa, GAPS, Ghani Jiman sahaja dibenarkan

Demo bantah DNA, Ketua, Timbalan AMK Pulau Pinang ditahan polis



NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan timbalannya yang dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini.

Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah.





“Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis,” kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.

Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan Anwar dari manipulasi bukti mahkamah
Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak ‘disentuh’ polis.




Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.

Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti.





Berita dari : Keadilandaily
Gambar dar : Facebook Zulmamak

Read more ...

Tanah wakaf untuk umat Islam bukan untuk Umno

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mendakwa Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyalahgunakan tanah wakaf apabila membiarkan Umno Bahagian Titiwangsa menggunakannya sebagai bilik gerakan.

Lo' Lo' berkata, sebagai tanah wakaf yang diamanahkan kepada Jawi, kementerian berkaitan tidak seharusnya membiarkan perkara itu berlaku kerana ianya satu amanah kepada Jawi apatah lagi bil air dan elektrik dibiayai oleh Jawi.

Menurutnya, tanah yang terletak di Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu dahulunya digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara namun diberikan kepada Umno Titiwangsa beberapa tahun dahulu.

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada menteri yang menjaga hal ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, ada satu tanah di Keramat yang dulunya pernah menjadi pejabat pendaftaran dan saya difahamkan tanah itu kepunyaan Jawi dan kemungkinan besar adalah tanah wakaf.

"Saya difahamkan Umno tak bayar sewa sedangkan kalau ini adalah tanah wakaf ia adalah satu amanah kepada Jawi untuk memastikan untuk dapat sewaan. Air dan elektrik dibayar oleh Jawi," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, perkara itu pernah diadukan kepada Jawi tetapi pihak Jawi tidak melakukan apa-apa tindakan.

"Saya pernah bangkitkan kepada pengarah Jawi dan Menteri yang bertanggungjawab. Mereka kata apa salahnya mereka (Umno) guna, tak apalah sesama Islam," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membangunkan pasar Chow Kit yang sudah usang.

"Saya mohon kerajaan buktikan kepada rakyat dengan bangunkan pasar Chow Kit. Pasar Chow Kit itu daripada dahulu macam itulah rupanya.

"Kalau jumlah RM20 juta boleh diberi kepada Masjid Jamek saya minta jumlah saya diberi untuk pembangunan Chow Kit.

"Buktikan kalau serius nak bangunkan kawasan perniagaan, bangunkan Chow Kit, jangan sampai orang nampak seperti pasar koboi," katanya

Read more ...

Tipu ahli PAS sertai Umno, bukti Umno semakin gerun kepada PAS di Sabah

PAS Sabah nafi ahli sertai Umno

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjftxPqzumyTklMEF5wz4d-ZHBhlaSXp_q1hyW5ufj2G5g69_Cjyg5imjx0edS_ifJH7AWQ5zzERKlftPB0YzOaPR-iZFuLJ6BUwd5qM9r08M8RJRE6Yk8dh8rS-UDIb_cLx12wHT3dO0c/s400/UMNO_liar.jpgKUALA LUMPUR, 16 Mac: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah ingin merujuk kepada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh pada 16 Mac 2011 pada muka surat 2 yang bertajuk “PAS guna masjid, surau sebar politik kata Jumat”.

“Ingin ditegaskan bahawa PAS Sabah tidak pernah mempunyai ahli yang bernama Ag Hanafi Pg Tajudin dan cawangan PAS Kampung Rampayan serta ahli berjumlah 50 orang.

“Oleh yang demikian kenyataan bahawa ahli PAS keluar parti dan cawangan dibubar adalah tidak benar sama sekali,” ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Muhamad Abdullah dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, PAS negeri juga ingin menafikan ada menubuh Sekolah Tahfiz di Bandar Sierra Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa.

Tegasnya lagi, PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sekolah tersebut.

Berhubung tuduhan PAS menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik, katanya PAS ingin mencabar Umno dengan memberi bukti-bukti bahawa Umno tidak terlibat langsung dan tidak langsung menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik bagi kepentingan parti itu.

Beliau menambah, PAS Sabah akan terus berjuang membela nasib dan hak-hak rakyat negeri itu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi negeri Sabah yang tercinta.

“PAS menyeru kepada rakyat negeri ini agar membuat perubahan politik dan seterusnya menafikan Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional,” ujarnya.

Read more ...

Fitnah ADUN PAS beromen dalam wad, blogger Umno kantoi lagi

Bongkar fitnah video ADUN kantoi beromen dalam wad!

Sejak 10 Mac 2011 yang lalu, geng pencacai gerombolan songkok tinggi bersungguh-sungguh menyebarkan sebuah klip video kononnya seorang ADUN PAS Kelantan kantoi beromen di dalam wad bersama dengan perempuan simpanannya.

Mereka bagaikan sekumpulan beruk-beruk yang menyerang tanaman orang kampung melancarkan taktik serangan "hit and run" di dalam facebook, dan blog-blog pro Barisan Nasional dengan slogan ciptaan mereka "Ingat PAS ingat zina".

Fitnah ini berpunca dari sebuah video klip yang diupload pada 10 Mac 2011 oleh seorang blogger pro gerombolan songkok tinggi. Lihat gambar di bawah [YouTube].


ReJaM© secara peribadi memang sudah masak dengan fitnah beruk-beruk belaan geng songkok tinggi ini, mereka memang gemar membuat fitnah begini. Kali ini, fitnah mereka sekali lagi dibongkar. Video klip asal sebenarnya bertajuk "Kantoi suami ada perempuan simpanan dekat wad" yang diupload lebih awal di facebook oleh individu yang menggunakan nama samaran Baik Punyer.

Klip video tersebut berjaya dibuktikan telah diupload lebih awal berdasarkan komen pertama yang diterima pada video itu bertarikh 9 Mac 2011, pukul 11:06 pagi [Facebook].



Blogger gerombolan songkok tinggi jelas sekali dengan sengaja mengubah tajuk video tersebut kepada "ADUN PAS kelantan kantoi beromen dalam wad", dengan niat untuk menyebarkan fitnah.

ReJaM© "Ingat UMNO, ingat Fitnah...."

Read more ...

10 tahun tunggu rumah PPRT tak dapat-dapat, kena tunggu YB mati dulu kot

KUBANG PANJANG, GONG KIAT – Seorang penduduk meluahkan rasa kecewanya apabila penantiannya lebih 10 tahun untuk mendapat rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), belum ditunaikan meskipun pelbagai janji ditabur pihak tertentu.

Penduduk terbabit, Siah Jusoh, 52, kesal dengan proses permohonan itu kerana rumah yang didiami kini semakin uzur dan tidak selamat terutama musim hujan kerana atap bocor dan beberapa masalah lain yang tidak dapat dielakkan.

“Air hujan masuk dalam rumah sebab atap bocor, ruang dapur dan bilik air pun tidak dapat bertahan lama memandangkan ia sudah terlalu uzur.

“Kalau dibiarkan lebih lama, mungkin ia akan roboh dan kami tiada tempat untuk berteduh lagi,” itu luahan hati Siah yang sedih melihat keadaan rumah yang didiaminya.

Dia yang mengalami tekanan jiwa setelah kematian suami, Wan Sulong Wan Mahmud pada 1993 akibat demam panas, kini tinggal bersama anak bongsunya, Wan Mohd Firdaus, 25 yang hanya melakukan kerja kampung.

“Saya sedih mengenangkan nasib kami kerana seolah-olah merempat di negeri sendiri tanpa dipedulikan.

“Mentang-mentanglah saya pernah menghidap sakit jiwa, dibiarkan tinggal di rumah yang menanti rebah bersama anak tanpa mendapat simpati atau bantuan kediaman yang lebih selesa,” katanya dengan nada sedih apabila Sinar Harian berkunjung meninjau keadaannya.

Siah yang mendapat rawatan sebulan sekali berhubung penyakit dihidapi, kini buntu memikirkan nasibnya kerana tidak tahu di mana silapnya menyebabkan dia belum mendapat bantuan PPRT, sedangkan sebelum ini dia pernah dimaklumkan akan mendapat bantuan kediaman itu.

“Kadang-kadang bila dikenangkan kembali, janji-janji yang pernah ditabur untuk menyedapkan hati, rasa sakitnya (dalam hati), Tuhan sahaja yang tahu bagaimana peritnya menanggung semua ini,” katanya dengan linangan air mata.

Menurutnya, rumah sekangkang kera yang didiami sekarang adalah ihsan daripada keluarga dan saudara-mara yang simpati dengan nasibnya kerana tinggal dalam keadaan yang terlalu daif.

“Makan, minum, tidur, semua dilakukan di dalam rumah kecil ini walaupun kurang selesa, tambah pula kalau musim hujan, tidur pun tidak lena memikirkan keselamatan diri dan anak.

“Kalau angin kencang, kami terpaksa menumpang di rumah jiran untuk bermalam,” katanya.

Namun dalam keperitan itu, Siah tetap bersyukur kerana menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan kerana dia bergelar ibu tunggal.

“Saya bukan minta lebih, cuma rumah PPRT untuk tempat tinggal yang lebih selesa,” katanya.

Read more ...

Kuat sangat belasah, sekarang blogger Umno belasah sesama sendiri

Sensasi: Gara-Gara Kebajikan Mereka Tidak Di Jaga, Maka Blogger Pembela Negara (BPN) Dan Unit Media Baru (UMB) UMNO Akhirnya Bertempur Di Alam Siber


Terkadang kami rasa simpati dengan nasib yang menimpa Blogger Pembela Negara (BPN), iaitu satu kumpulan blogger "hardcore" yang kerjanya menyokong apa saja kerja buat Kerajaan UMNO BN tanpa menggunakan otak dan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Mereka menyokong secara membuta tuli segala yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN hatta merasuah, menipu rakyat, menyeleweng wang rakyat dan menindas rakyat.

Malah, kalau ditanya kepada blogger-blogger ini, bagi mereka hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini sehingga ke hari kiamat.

Iman dalam dada mereka terlalu nipis
untuk melihat kebenaran. Mereka lebih rela menerima hakikat bahawa "pakatan karat"Unit Media Baru UMNO"tak bermaruah" di kedua-dua kawasan itu.

Puak-puak BPN kecewa kebajikan mereka tidak dijaga sedangkan sebelah pihak lagi "ditatang bagai minyak yang penuh". Sedangkan, bagi mereka BPN telah menjalankan tugas lebih baik dari UMB itu sendiri.

Kekecewaan itu tambah berpanjangan hingga ada sikap tidak puas hati dan kecewa dengan perjuangan "mata pena"
mereka selama ini. itulah yang patut memimpin negara ini biarpun tahu bahawa sejak akhir-akhir ini mereka sendiri tertipu dengan segala janji-janji manis oleh pemimpin UMNO BN itu sendiri.

Terbaru, krisis diantara bloggers dengan (UMB) yang berlarutan sehingga menyebabkan berlakunya cabar mencabar dan tuduh menuduh antara satu sama lain.

Bagi BPN mereka kecewa kerana tidak mendapat layanan istimewa seperti UMB setiap kali berlakunya pilihanraya. Terbaru, di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan BN menang

Malah, paling menarik mereka bukan sahaja bergaduh sesama sendiri tetapi juga sanggup menyerang pemimpin UMNO sedia ada sekarang.

Antara pemimpin yang terus diserang oleh BPN ialah Ketua Pemuda,
Khairy Jamaluddin dan terbaru Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdulah (Ahli Parlimen Temerloh).

Berbagai tuduhan dibuat kepada pemimpin terbabit kononnya mereka adalah
"Kuda Trojan PKR" dalam UMNO dan mendesak PM memecat Saifuddin daripada kabinetnya.

Maknanya, kumpulan ini akan menentang mana-mana pemimpin UMNO yang cuba untuk menyatakan kebenaran seperti apa yang berlaku kepada Saifuddin yang banyak mempertahankan hak-hak dan kebebesan Mahasiswa dan mahu
Akta Universiti Kolej & Universiti (AUKU) dikaji semula selasa dengan perkembangan semasa.

Maka, Saifuddin dituduh pengkhianat hanya kerana hadir dalam satu majlis forum mahasiswa bersama
Nurul Izzah Anwar di Universiti Malaya baru-baru ini.PDO

Read more ...

Sabotaj, fitnah, bohong itulah kerja puak-puak tu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBDWTT0XdErgpcPqtMpW8M1kcLHxmYr9yPmtG1V2kAvNo435rCtAJcKuCi68846PousTEKMeixDleExWxsEKw7t7cTYW3F9UB2UIGCISMjsbuoGzulEgcBC-FBZ7bheLDWMwRClH51Ec0/s400/ahmadyakob.jpgKOTA BHARU - Kerajaan Negeri menyifatkan isu Ladang Rakyat yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak sepertimana yang dilaporkan media kini seolah-olah mempunyai unsur sabotaj.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahamad Yakob berkata, isu yang didakwa telah lama selesai dan dipersetujui oleh semua pihak, namun dibangkitkan kembali seolah-olah tiada sebarang rundingan dengan masyarakat terbabit.

“Sedangkan pihak yang terdahulu membuat tuntutan telah mendapat bahagian masing-masing dalam kawasan yang direntah,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kira-kira 100 bantahan yang dibuat oleh penduduk Kampung Serian Gua Musang kelmarin yang menyatakan kebimbangan ladang getah bersama dusun buah-buahan milik mereka akan dirampas bila-bila masa oleh membangunkan projek Ladang Rakyat.

Mengulas itu tersebut, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah berkata, laporan yang menyatakan 880 hektar tanah di Kampung Serian akan diambil untuk membangunkan Ladang Rakyat buat kali kedua adalah tidak tepat.

“Perbincangan sudah dibuat dengan penduduk sebelum projek ini dimulakan lagi iaitu sejak 2006 di Masjid Kampung Baru Batu 11 yang mana penduduk setempat memberikan kerjasama untuk menunjuk kawasan terbabit tidak terkena dengan kawasan yang akan dibangunkan untuk Ladang Rakyat.

“Setelah mengambil kira kawasan yang ditunjuk oleh penduduk tersebut, pelan kawasan kemudiannya dibuat oleh pihak juruukur yang dilantik oleh Kerajaan Negeri secara pelan pra-hitungan.

“Seterusnya, semasa pihak juru ukur membuat ukur halus dan menanam batu sempadan, terdapat beberapa bantahan daripada penduduk setempat dan bantahan dibuat beberapa kali,” katanya.

Beliau berkata, bantahan itu dijalankan peringkat pentadbir tanah Gua Musang dan peringkat Timbalan Menteri Besar di mana kaedah menang-menang dicapai.

Menurutnya, melalui kaedah itu, pihak Ladang Rakyat bersetuju mengeluarkan lebih daripada 3,500 ekar daripada kawasan asal Ladang Rakyat untuk diserah kepada penduduk setempat dan mereka setuju untuk tidak lagi mengganggu pemajuan Ladang Rakyat di kawasan terbabit.

“Baki daripada kawasan yang diserahkan itu dipersetujui penduduk setempat untuk dimajukan oleh Ladang Rakyat dan bertitik-tolak dari situ, kerja ukur halus dan penanaman batu sempadan disambung semula dan disiapkan. Kini, kawasan itu dikeluarkan hak milik di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan,” katanya.

Ahmad berkata, penduduk setempat setelah mendapat tahu hak milik dikeluarkan di atas nama perbadanan, mereka didapati bertindak membuat bantahan awal seolah-olah tidak pernah ada perundingan.

“Pihak Ladang Rakyat banyak bertolak-ansur dengan mereka sehinggakan ladang asalnya berkeluasan hampir 11,000 ekar kini hanya berkeluasan 7,000 ekar sahaja.

“Usaha ini seolah-olah ada perancangan untuk mensabotaj Program Ladang Rakyat di kawasan ini kerana isu yang sekian lama selesai dan dipersetujui semua pihak dibangkitkan semula,” katanya.

Read more ...

Pencarut Umno dan Perkasa diam isu judi

http://dppkelantan.pas.org.my/v2/images/stories/abdlatif.jpgKOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu judi yang sedang dibangkitkan kini.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, DPPNK kesal dengan sikap membisu segelintir ulama UMNO dan Perkasa yang sebelum ini sering melabelkan Pas sebagai kuda tunggangan DAP dan mempertikaikan pendirian Pas.

“Akhir-akhir ini banyak pihak yang mempertikai langkah kerajaan Kelantan yang memperkenalkan larangan menjual tiket loteri dan sebarang bentuk amalan perjudian di negeri ini, walaupun pada hakikatnya, langkah ini telah diperkenalkan sejak 1990 lagi ketika Kerajaan Kelantan mula diterajui Pas.

“Bagaimanapun apabila isu judi ini dibangkitkan, kenapa ulama-ulama UMNO dan Perkasa berdiam diri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Latiff berkata, pendirian tersebut perlu dinyatakan dengan jelas agar dapat dikenal pasti siapa yang betul-betul mempertahankan nilai- nilai Islam.

Read more ...

Umno cakap tak serupa bikin

Benarlah sebagaimana andaian penulis sebelum ni dan telah dijangka banyak pihak bahawa Kerajaan UMNO-BN terpaksa tunduk kepada desakan MCA dan pelbagai pihak supaya melepaskan penahanan Injil dalam bahasa melayu untuk edaran di Semenanjung serta Sabah, Sarawak.

Nampaknya terkedu segala pencacai UMNO-BN serta bloggers mereka apabila selama ini Pas & PR yang jadi mangsa tuduhan dan fitnah mereka.


Meskipun pembicaraan Kalimah Allah belum lagi selesai tetapi demi kelangsungan nyawa BN khususnya sebelum menghadapi pilihanraya Sarawak, Injil berbahasa melayu ini perlu dilepaskan untuk edaran.

Meskipun PM atau TPM tidak mengumumkan bahkan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Hisyamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri terpaksa tekup batu… Datuk Idris Jala, seorang kristian Sarawak mengumumkan bagi pihak UMNO-BN yang malu-malu kucing. Kot-kot orang melayu dan penganut Islam marah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang, Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam satu kenyataan berkata, langkah kerajaan ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya," katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan mengangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah "Allah". "Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut," katanya. Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan. Idris, yang merupakan penganut Kristian berasal dari Sarawak, juga telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak Kerajaan.

Hah! Menteri yang jaga hal ehwal Islam kat mana? Bukankah UMNO-BN yang mempertahankan kedaulatan Islam, bangsa dan bahasa melayu. Islam sebagai agama rasmi Negara dan meskipun agama lain boleh diamalkan tetapi tidak boleh menyebarkan agama lain dikalangan rakyat tempatan.

Nampaknya, dinegara Islam sebagai agama rasmi, mengimport buku agama Islam lebih sukar kerana ditapis pihak kerajaan dan terpaksa diluluskan JAKIM dahulu berbanding import bahan dakwah kristian. Nak mengajar agama Islam lebih sukar kerana memerlukan permit pejabat agama berbanding membawa penceramah paderi atau tok sami dari Sri Langka. Nak buka pusat pengajian Islam lebih payah dengan kerenah birokrasi Pejabat agama berbanding buka pusat karaoke.

Nak harapkan siapa? Nak harapkan pemimpin UMNO dan geng songkok tinggi? Hah! Ya. Satu demontrasi akan diadakan hari ini… nak bantah Naskah Kitab Injil ke? Tidak. Tetapi nak tutup isu pelepasan pengedaran injil ini dengan isu DNA Anwar Ibrahim. Mahalnya nilai dan harga air mani Ketua Pembangkang ni sehingga terpaksa mengerahkan 300 NGO dan demontrasi seluruh Negara, nakkan setitik air mani Anwar Ibrahim.

300 NGO berhimpun hari ini
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 15 Mac – Gabungan NGO Malaysia (GNM) yang mewakili 300 pertubuhan akan mengadakan perhimpunan dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela. Setiausaha gabungan itu, Mohd. Jurit Ramli berkata, perhimpunan yang akan diadakan di Hotel Grand Season di ibu negara esok itu bertujuan menegakkan keadilan untuk semua pihak yang terlibat dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.''Rakyat Malaysia ingin mendapatkan penjelasan daripada Anwar kenapa masih enggan menyerahkan sampel DNA sekiranya beliau tidak bersalah. ''NGO di Malaysia juga mahu memastikan keadilan ditegakkan untuk semua pihak terutamanya Mohd. Saiful Bukhari, insan kerdil dan tidak mampu berbuat apa-apa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sekarang isu yang memalu dan memualkan yang dijaja oleh UMNO-BN. Wanita & Puteri UMNO berdemo nak tuntut underware, air mani atau bulu Anwar Ibrahim. Perkara taboo dan masyarakat kini diangkat menjadi isu Keselamatan Negara. Nak cakap pun geli gelemang... kini jadi isu nasional.

Dunia dok sibuk isu tsunami dan isu radiasi nuklear… UMNO dok usung isu nak bulu! nak underware :) ... Lawak! Lawak!


ustsaifulbahri

Read more ...

Bila buat fitnah Umno cabar saman, sekarang Umno dicabar saman

Pulau Jerejak: Guan Eng cabar BN saman jika mahu

http://www.malaysiasite.nl/images/jerejak2.jpgGEORGE TOWN, 15 Mac — Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) Negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung isu pembangunan semula Pulau Jerejak.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek itu, yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu, telah mengalami defisit RM30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mencetak kira-kira 150,000 risalah untuk memaklumkan kepada rakyat mengenai kerugian itu dan menggesa pentadbiran terdahulu supaya mengembalikan wang berkenaan.

“Jika kami tidak memberitahu perkara yang benar kepada penduduk Pulau Pinang, mereka (pentadbiran terdahulu) seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kami,” kata Lim (gambar) kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai yang baru.

Lim berkata kerajaan negeri berpendapat tiada gunanya untuk meneruskan projek yang mengalami defisit besar dalam fasa pertamanya.

Akhbar hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan mendakwa Lim menyalahgunakan kedudukannya dan menggunakan dana awam untuk mencetak risalah itu.

Lim berkata kos mencetak dan mengedar risalah berkenaan ialah beberapa ribu ringgit.

Risalah itu menyenaraikan defisit RM30 juta sebagai RM10.6 juta dalam bentuk premium tanah yang belum dilunaskan kepada Pentadbir Tanah Pulau Pinang, kos pelaburan RM15.44 juta dan pinjaman belum dijelaskan sebanyak RM3.6 juta daripada Tropical Island Resort.

Dalam majlis penerahan tugas itu, Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated Maimunah Mohd Shariff, 50, mengambil alih jawatan Yang Dipertua daripada Mokhtar Mohd Jait, 55, yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri. — Bernama

Read more ...

Malaysia semakin tidak bebas

Indeks kebebasan akhbar 2010 bagi Malaysia yang mengejutkan

Oleh: ZULKIFI YAHAYA

Indeks kebebasan akhbar adalah kedudukan tahunan bagi setiap negara di dunia ini mengenai kebebasan akhbar yang wujud di negara itu. Ia dibuat dan diterbitkan oleh kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders, RWB) berasaskan penilaian organisasi terhadap rekod kebebasan media. Negara paling kecil sekalipun, seperti Andorra juga termasuk dalam penilaian tersebut.

Laporan dibuat berdasarkan soal selidik yang dihantar kepada pertubuhan yang menjadi rakan kerjasama RWB (14 kumpulan organisasi dari lima benua) serta 130 koresponden di serata dunia yang terdiri dari wartawan, penyelidik, pengamal undang-undang serta aktivs hak asasi manusia.

Soalan kajiselidik bertumpu pada aspek serangan langsung terhadap bidang kewartawanan dan media sepertimana tekanan sumber tidak langsung lain terhadap kebebasan media. RWB amat berhati-hati dalam mencatat indeks kerana penumpuan hanya terhadap aspek kebebasan akhbar dan bukan mengukur kualiti jurnalisme.

Apa yang paling mengejutkan dalam laporan tersebut bagi tahun 2010 ialah kedudukan Malaysia jatuh merudum ke tempat 141 dari 178 negara yang dibuat penilaian. Jika dihitung kedudukan Malaysia dari bawah, maka negara kita menduduki tempat 38; merupakan pencapaian ‘cemerlang’ bagi kalangan negara yang sangat tebal kongkongan medianya.

Angka paling kecil dijadikan indeks paling baik tahap kebebasan akhbarnya, manakala paling besar sebagai paling buruk. Maka bagi tahun 2010 Malaysia memperolehi 50.75, merupakan indeks tercorot dalam tempoh lapan tahun. Catatan indeks Malaysia adalah seperti berikut; 2009 (44.25), 2008 (39.50), 2007 (41.00), 2006 (22.25), 2005 (33.00), 2004 (39.83), 2003 (32.00) dan 2002 (37.83).

Di Malaysia, penilaian yang dibuat tentulah kepada semua akhbar, tidak terhad kepada akhbar berbahasa Malaysia sahaja yang hampir keseluruhannya dibawah kongkongan kerajaan BN. Akhbar berbahasa Cina, sekalipun masih terkongkong di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tetapi mereka masih mempertahankan sikap bebas, menyiarkan laporan seimbang terhadap semua pihak.

Jika indeks kebebasan akhbar dibuat terhadap akhbar berbahasa Melayu sahaja (yang berat sebelah) yang lebih besar pengaruhnya terhadap kaum majoriti negara ini, maka catatan indeks akan lebih buruk dan mungkin setanding dengan Burma, Korea Utara dan Eritrea.

Apa yang mengejutkan ialah kedudukan indeks kebebasan akhbar Malaysia jauh lebih buruk dari Mesir, Algeria dan Jordan yang sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat kini. Antara rakan dalam kelompok Malaysia ialah Libya dan Tunisia, juga dua buah negeri yang karam dalam kebangkitan rakyat.

Maka timbul persoalan sekarang, apakah azam untuk menawan Putrajaya masih terdapat cahaya harapan di hujung terowong dalam keadaan semua media utama (khususnya media berbahasa Melayu) di negara ini tidak bebas, sentiasa berat sebelah dengan memihak kepada BN seratus peratus dan tidak pernah memberi ruang kepada pembangkang barang sepicing pun?

Penilaian terhadap parti politik di mana-mana pun dalam sistem demokrasi di dunia ini ditentukan oleh persepsi. Persepsi pula ditentukan oleh maklumat yang diterima. Oleh kerana rakyat Malaysia keseluruhannya dimomokkan oleh versi sebelah pihak sahaja, maka secara logiknya BN akan terus mendapat mandat sampai bila-bila selagi persoalan kebebasan media tidak dibetulkan.

Harus diingat bahawa itu baru persoalan kebebasan media. Belum lagi bicara soal jentera kerajaan yang diperkudakan, rasuah untuk pengundi dihalalkan dan manipulasi oleh SPR sebagai pengadil yang berat sebelah.

Sebahagian besar masalah dan ‘kelemahan’ dalaman Pakatan Rakyat adalah angkara manipulasi media. Mereka sangat berkuasa dalam membuli PR kerana kerana tiada media konvensional yang menjadi alternatif kepada PR. Masalah kecil berkaitan PR diperbesarkan, manakala jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan digelapkan. Kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju DAP digambarkan sebagai anti Melayu/Islam tetapi penjelasan balas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap semua isu yang dibangkitkan tidak pernah disiarkan. 30 orang penyokong BN berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor disiarkan di semua media, walhal lebih 30 ribu pemuda PAS berhimpun di Kota Sarang Semut tidak disiarkan oleh media tersebut, walaupun dengan gambar sebelah kaki.

Maka cabaran terbesar PR untuk menghadapi PRU 13, bukannya isu tetapi bagaimana mempastikan isu dan maklumat sampai ke setiap pemikiran rakyat secara langsung dan pantas. Himpunan Bersih ke dua baru di peringkat ugutan. Setengah juga rakyat Malaysia pernah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 2007. Apabila PR berjaya menawan lima buah negeri, Bersih pun menyepi sekian lama, walhal tiada satu pun tuntutan bersih yang ditunaikan oleh kerajaan yang memerintah.

Himpunan Bersih 2 yang dirancangkan adalah antara langkah membersihkan negara dari pelaksanaan demokrasi yang tidak bersih. BN pasti takut jika rakyat berjaya menggerakkan demonstasi besar seperti itu kerana mutakhir ini banyak kerajaan-kerajaan tua di dunia tumbang melalui demonstrasi jalanan.

Oleh kerana sukarnya untuk menumbangkan BN dalam suasana demokrasi tidak bersih, maka kerja membersihkan demokrasi adalah lebih aula dari menyertai pilihanraya dalam keadaan yang kotor.

Read more ...

400 penghuni tidak puas hati arahan pindah

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Jawatankuasa Bertindak Penangguhan Perpindahan Kuarters Kerajaan Kawasan Cochrane menuntut Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bahagian Pengurusan Hartanah menangguhkan arahan perpindahan sehingga pihak JPM menyediakan kuarters ganti.

Mereka turut menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan kuarters baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam, Sungai Besi yang lebih dekat dengan PPR asal, bukan di PPR Kampung Muhibbah, Jalan Klang Lama.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali membawa masalah berkenaan ke Parlimen hari ini.

Menurut Lo' Lo', kira-kira 400 penghuni kuarters berkenaan telah menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap cara kerajaan memaklumkan berkenaan arahan berpindah itu.

Notis berkenaan hanya dimasukkan ke dalam peti surat pada waktu malam tanpa bersemuka dengan mereka sendiri.

Ini menimbulkan tekanan kepada penghuni yang kesuntukan masa untuk berpindah kerana terpaksa menguruskan persekolahan anak-anak dan perkara-perkara lain.

Dalam sidang media di lobi Parlimen, Lo' Lo' mempersoal notis berkenaan yang menyatakan ianya merupakan pemutihan setinggan sedangkan kuarters berkenaan dibangunkan kerajaan.

"Kenapa notis yang diberikan itu menyatakan pemutihan setinggan sedangkan ini kuarters kerajaan, bukan setinggan," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau juga mahu kerajaan prihatin terhadap nasib kakitangan kerajaan dan membuat keputusan yang sewajarnya.

Terdahulu Lo' Lo' menyerahkan memorandum lima muka surat itu kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Read more ...

Ikhwan terus berjuang kembalikan hak rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Ikhwan Muslimin Mesir berikrar akan terus berjuang bagi mengembalikan hak dan kebebasan seluruh rakyat negara itu yang sejak sekian lama telah dinafikan oleh rejim Mubarak.

Ikhwan turut berjanji akan memberikan pembelaan kepada semua penganut agama termasuk penganut Kristian di Mesir, di samping melindungi dan memberikan hak kepada mereka, bersesuaian dengan keadilan yang terdapat dalam Islam sendiri.


Jurucakap Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Essam El-Eryan menegaskan, partinya kini sedang mengatur persiapan bagi meghadapi pilihanraya Presiden dan telah mendaftarkan sebuah parti baru, iaitu ‘al-Hurriyat wal Adalah’ (Parti Kebebasan dan Keadilan) untuk turut terlibat secara demokratik dalam pilihanraya Mesir.


Menurut beliau, perkembangan tersebut sejajar dengan nafas dan udara kebebasan yang dapat dirasakan dengan baik di seluruh Mesir kini, setelah rakyat berjaya menumbangkan rejim Mubarak dengan revolusi rakyat 25 Februari lalu.


Katanya, kini di seluruh Mesir sudah dapat dirasakan ruang kebebasan dan rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan kritis, tanpa sebarang ancaman atau ugutan untuk ditangkap oleh pihak polis.


"Suasana baru ini akan dimanfaatkan oleh Ikhwan bagi membangunkan semula negara Mesir bersesuaian dengan ciri-ciri yang lebih bersifat demokratik," katanya.


Beliau yang juga salah seorang bekas Ahli Parlimen Ikhwan menegaskan, memahami keadaan di Mesir kini, Ikhwan ingin mengajak semua lapisan masyarakat Mesir untuk bersama-sama membangunkan negara serta membebaskannya dari sebarang bentuk pemerintahan kuku besi serta elemen salah guna kuasa dan korupsi yang berleluasa selama ini.


Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, perkara itu diberitahu sendiri secara tegas oleh Dr Essam kepadanya dalam kunjungan singkatnya ke Mesir baru-baru ini
(gambar).

Dalam pertemuan di pejabat Ikhwan itu, Dr Syed Azman sempat bertukar maklumat dengan Dr Essam yang secara kebetulan baharu sahaja dibebaskan dari tahanan, setelah dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah tentera di bawah regim bekas Presiden Hosni Mubarak.


Menurut Syed Azman, dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta menegaskan sokongan penuh PAS terhadap perjuangan rakyat Mesir bagi membebaskan negara mereka dari pemerintahan kuku besi bekas Presiden Mubarak.


"Begitu juga dengan sokongan PAS kepada seluruh kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang sejak sekian lama telah diharamkan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik oleh pemerintah Mubarak," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.


Dalam pertemuan tersebut, Dr. Syed Azman juga tidak lupa melahirkan rasa gembira seluruh rakyat Malaysia melihat perkembangan yang berlaku di Mesir kini, sehingga menjadi sebagai sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia bagi memperjuangkan hak dan kebebasan mereka, bersesuaian dengan ciri-ciri demokrasi yang sedang diamalkan di Malaysia.


Kedua-dua pemimpin itu turut bersetuju agar ditingkatkan kerjasama serta hubungan politik dua hala antara PAS dan parti baru yang ditubuhkan oleh Ikhwan itu, bagi saling mempelajari pengalaman politik di negara masing-masing.

Read more ...