Sebentar tadi Addin mengikuti program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube.
Najib kelihatan berjoli sakan semata-mata untuk promosikan mempromosikan program tersebut.
Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan mengiklankan di Google.
Ianya dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda. (rujuk sini).
Najib seolah-olah cuba menandingi Anwar Ibrahim yang sebelum ini
mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama
di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.
Namun malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi
kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau
nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga internet.
Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas
program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605
undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat
sendiri klik [
YouTube]
|
gambar-milosuam |
Namun, tak sampai setengah lepas tu video YouTubetersebut telah
diprivatekan (kata mudah, padam). Sungguh memalukan, setelah pelbagai
usaha di buat untuk promosi program tersebut berakhir dengan kegagalan.
Lihat di bawah dan klik sini.
Manakala di Twitter #TanyaNajib, Najib teruk di belasah oleh
pengikutnya. Pelbagai soalan yang tak logik tetapi ianya menggambarkan
warga internet sudah bosan dengan Najib. Maka medan inilah menjadi
tempat melepaskan ketidakpuasan hati terhadap Najib dan pentadbirannya.
Kesimpulannya, apa yang di buat oleh Najib dan pentadbirannya di tolak
kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan permainan mereka.
Rakyat hanya tak sabar untuk mengundi pada PRU13 bagi menumbangkan Najib dan gerombolannya.Addin