Tuesday, May 4, 2010

Tuntut tuduhan bunuh ke atas polis













SHAH ALAM, 4 April : Peguam keluarga remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah , Karpal Singh menuntut anggota polis yang terlibat dengan kes berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh.

SHAH ALAM, 4 Mei : Peguam keluarga remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah , Karpal Singh menuntut anggota polis yang terlibat dengan kes berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh.

Menurut Karpal, peguam negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah melawat lokasi kejadian di Seksyen 11 Shah Alam hari ini.

"Saya akan menulis surat kepada peguam negara untuk mendapatkan apakah pendirian beliau, dan menggesa beliau, berdasarkan keterangan saksi utama, supaya pendakwaan perlu dibuat atas tuduhan bunuh," katanya.

Menurut Karpal, polis yang terlibat dalam kejadian itu juga berhak untuk menyampaikan cerita mereka, tetapi hak keluarga mangsa tidak boleh diketepikan.

Beliau menyifatkan kes tersebut sebagai kes prima facie berikutan tindakan polis dalam kejadian berkenaan.

"Saya rasa polis bertindak melampaui batas yang ditetapkan ke atas mereka.

"Sekiranya (benar) apa yang saya diberitahu dan apa yang saya dapati, saya rasa ini jelas merupakan satu kes pembunuhan.

"Saya difahamkan (siasatan) kes ini telahpun diklasifikasikan sebagai (kes) bunuh," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga akan meminta supaya diberikan salinan rakaman kenyataan oleh saksi.

"Saya difahamkan ada dua kenyataan," kata Karpal.

Ujarnya, mahkamah yang mengendalikan kes ini juga perlu diberikan garis panduan yang membolehkan polis melepaskan tembakan.

"Malangnya, standing order oleh ketua polis negara ini diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

"Namun dalam apa-apa keadaan, apabila kes ini ke mahkamah, kami perlu dapatkan ruling atas keadaan-keadaan yang perlu oleh polis untuk melepaskan tembakan," katanya lagi.

Karpal sebelum itu meluangkan masa kira-kira lima minit bersama saksi, Azamuddin Omar, untuk bertanyakan beberapa butiran mengenai kes tersebut.

Karpal antara lainnya menanyakan berapakah jumlah kereta polis yang mengejarnya pada malam kejadian.

Azamuddin turut disoal, bilakah polis mula melepaskan tembakan dan bilakah tembakan itu mengenai Aminulrasyid.

Karpal turut menyoal saksi tersebut bagaimanakah beliau keluar daripada kenderaan berkenaan dan sama ada beliau terus pulang ke rumah selepas keluar daripada kereta yang dipandu mangsa.

Azamuddin yang kelihatan tenang ketika menjawab soalan-soalan itu berkata, terdapat dua atau tiga buah kereta polis yang mengejar mereka ketika kejadian.

Katanya lag
i, polis mula melepaskan tembakan ketika mereka memasuki Jalan Tarian, kira-kira 300 meter daripada tempat kereta yang dipandu Aminulrashid itu berhenti.

Tambahnya, ketika kereta masih bergerak, polis masih melepaskan tembakan walaupun mangsa sudahpun meninggal dunia.

"(Aminulrashid) sudah meninggal tapi kaki dia masih lagi tekan minyak," kata Aminuddin ketika ditemubual Karpal Singh.

"(Cermin) tingkap sudah retak pada masa itu... Saya terjun keluar," katanya lagi. Malaysiakini

Read more ...

Najib ceroboh sempadan moral



KOTA BHARU, 4 Mei : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan pihak Istana Selangor.

“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” katanya dalam blognya.

Nik Aziz menjelaskan sudah menjadi kelazimannya, apabila hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang diamalkannya adalah tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan.

Katanya lagi, prinsip yang sama dipegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

“Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya 'orang beragama' dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,” kata Nik Aziz.

Kenyataan Najib itu disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan dengan tajuk “Pembangkang ingkari Sultan”.

Antara petikan artikel itu - “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”

“Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan,” kata Nik Aziz.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata pandangan Najib yang dirasainya paling tidak bermoral apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua dengan tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”

“Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.

“Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai 'melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor' adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page),” katanya.Malaysakini

Read more ...

Pemuda PAS mesti jadi duta penyelamat


TAIPING, 4 Mei : Pimpinan pemuda PAS di setiap peringkat serta ahli ahlinya mesti menjadi penyelamat kepada seluruh pemuda di negara ini agar mereka dapat didampingi dan memahami perjuangan PAS sekaligua menyokong Pakatan Rakyat.

'Di luar sana masih ramai pemuda pemuda khususnya pemuda pemuda Melayu yang masih berumbang ambing dan leka dengan keseronokan, mereka ini perlu disedarkan dan tugas ini adalah peranan pemuda PAS, jangan biarkan mereka terus hanyut,"

Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Jerai yamng juga Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Firdaus Jaafar sewaktu merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak di Markaz Tarbiyah PAS Perak di Air Kuning 2 Mei lalu.

Menurutnya pemuda pemuda PAS dan Pakatan Rakyat mesti menjadi pemimpin kepada seluruh pemuda di negara ini, kerana itu pemuda pemuda PAS mesti sanggup duduk bersama pemuda pemuda tersebut, berbincang untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi mereka sekaligus menarik mereka mebdekati perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

TUgas ini bukannya mudah tetapi pemuda pemuda PAS mesti melakukannya demi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, sekiranya ini mampu dilakukan oleh pemuda pemuda PAS, masa depan PAS dan Pakatan Rakyat akan lebih cerah dalam usaha menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang.

"Selagi kita gagal menyelamatkan mereka selagi itulah mereka tidak yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS dan Pakaran Rakyat, ini pastinya merumitkan tugas kita untuk menumbangkan BN pada pilihanraya umum akan datang," tegasnya.

Pemuda pemuda PAS juga mesti menjadi duta penyelamat kepada pemuda pemuda seluruhnya, kerana itu pemuda pemuda PAS mestilah mempunyai keperibadian yang baik, berakhlak mulia kerana dengan cara ini pemuda pemuda PAS dapat menarik pemuda pemuda yang lain untuk mendampingi PAS.

Beliau turut mengingatkan pemuda pemuda PAS di negeri ini agar tidak patah semangat dengan jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi mereka mesti mempunyai daya juang yang tinggi dan bertekad akan berusaha bersunggug sungguh bagi merampas kembali negeri ini dari Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang.

Sebelum itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husein ketika berucap mengingatkan seluruh pemuda agar mereka mempunyai integriti dan tidak terbabit dengan sebarang bentuk skandal kerana Umno menang mencari apa juga kesalahan untuk tujuan kepentingan politik mereka.

"Umno tidak kira dosa dan pahala, mereka akan bongkar apa juga kesilapan kita termasuk mengaibkan kita, kerana itu pemuda pemuda PAS mesti bersih dari sebarang bentuk skandal," tegasnya.JJ Anak Desa



Read more ...

Kenyataan Musa Hassan dikutuk



PETALING JAYA, 4 Mei : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk keras kenyataan tidak bertanggungjawab Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang bersedia untuk mengarahkan anggota Polis DiRaja Malaysia supaya tidak lagi mengawal keamanan negara jika itu adalah kehendak rakyat.

Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata Suaram memandang kenyataan KPN sebagai suatu yang bersifat ugutan dan cuba melepaskan diri daripada kritikan terhadap PDRM yang diterajuinya sejak September 2006.

"Ini adalah satu kenyataan yang paling tidak profesional dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PDRM," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Heng Lung berkata, Suaram mengingatkan KPN bahawa tugas dan tanggungjawab utama PDRM adalah untuk menjaga keamanan rakyat dan negara.

Jelas beliau, sekiranya tanggungjawab ini gagal dilakukan oleh polis, KPN harus sedar bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengkritik dan memberikan pandangan terhadap keberkesanan polis dalam menjalankan tugas mereka.

"Kenyataan KPN ini menunjukkan bahawa beliau tidak menerima sebarang kritikan yang ditujukan kepada PDRM dan dengan itu tidak mahu bertanggungjawab ke atas pelbagai kes salahguna kuasa polis.

"Kes-kes salahguna kuasa polis di bawah pimpinan Tan Sri Musa adalah terlalu banyak termasuklah kematian dalam tahanan, A Kugan, mangsa tembakan polis, Norizan Salleh dan yang terkini mangsa Aminulrasyid yang berumur 14 tahun. Apakah jawapan KPN kepada semua kes ini?" soalnya.

Sehubungan itu, Suaram dengan tegas meminta agar KPN bertanggungjawab ke atas segala kejadian di atas dan dengan segera memberikan jawapan kepada keluarga mangsa yang telah dianiayai oleh polis selama ini.

Suaram juga menegaskan bahawa kuasa polis tidak sekali-kali lebih tinggi daripada undang-undang.

"Isunya adalah pihak polis tidak mempunyai satu mekanisme akauntabiliti yang telus dan selaras dengan piawaian hak asasi manusia untuk memastikan bahawa kesemua pihak polis bertanggungjawab ke atas segala tindakan yang dilakukan.

"Sekiranya pihak polis mempunyai mekanisme akauntabiliti yang lebih telus, anggota polis akan lebih bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas mereka sekaligus mengurangkan ruang untuk pencabulan hak asasi manusia.

"Malangnya kegagalan pimpinan PDRM dan kerajaan Malaysia di dalam mendisplinkan dan memastikan akauntibiliti anggota polis telah menyebabkan PDRM sebuah badan yang semakin tidak dihormati dan dipercayai oleh rakyat Malaysia," ujar Leng Hung lagi.

Justeru, Suaram sebagai sebuah pertubuhan hak asasi manusia mendesak Musa supaya meletak jawatan serta merta disebabkan kegagalannya memahami dan menjalankan tugasnya sebagai KPN serta disebabkan rekod pencabulan hak asasi manusia oleh PDRM yang semakin teruk.

Read more ...

Persembahan kesenian tiga kaum serikan perasmian karnival


TANJUNG PIANDANG, 4 Mei : Persembahan kesenian tiga kaum menyerikan majlis perasmian Karnival Penerangan Pakatan Rakyat yang diadakan di Dataran Pakatan Rakyat, Tanjung Piandang.

Menurut Timbalan Pengarah karnival Abdul Razak Teridi, perasmian karnival ini disempurnakan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin.

“ Sungguhpun berlangsung dalam keadaan hujan lebat , majlis ini tetap menarik kehadiran orang ramai yang ingin menyaksikan majlis perasmian dan mendengar ucapan Dato’ Dato’ Seri Nizar Jamaludin dan Adun Pantai Remis Nga Khor Meng.

“ Rakyat pelbagai kaum hadir pada malam ini membuktikan sokongan kepada Pakatan Rakyat tetap kukuh walaupun baru menerima kekalahan di Hulu Selangor” katanya

Abdul Razak berkata, orang ramai juga begitu terpegun dengan gimik pelancaran karnival yang menampilkan persembahan kesenian tiga kaum.

“ persembahan tarian naga mewakili orang Tionghua, persembahan gendang mewakili orang India dan persembahan hadrah mewakili orang Melayu.

“ Perasmian karnival malam ini adalah satu usaha Pakatan Rakyat menghapuskan fahaman perkauman sehingga ke akar umbi dan seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat” katanya

Menurutnya, Pakatan Rakyat Parit Buntar telah menyambut saranan Pakatan Rakyat Perak agar mengatur banyak program untuk menambahkan lagi sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Perak.

“Kami juga membuktikan kesepaduan di kalangan tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Parit Buntar, suatu contoh terbaik yang wajar dihargai dan diteladani” katanya


Ucapan perasmian oleh Dato' Seri Nizar

Persembahan kompang dari anak muda PAS Cawangan Sg. Betul.

Persembahan permainan alat muzik kaum India

Persembahan tarian singa dari kaum Cina

Read more ...

Demontrasi NGO jahil


ALOR SETAR, 4 Mei : Tindakan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa memohon ampun kepada Sultan Kedah disifatkan sebagai kelompok yang jahil.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya berkata, NGO yang mengadakan demonstrasi tanpa memahami perkara asas itu dilihat cuba menjadi pengampu Barisan Nasional (BN) kerana soalan yang dikemukakan oleh ADUN Kubang Rotan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 26 April lalu sama sekali tidak mempertikaikan kedudukan Sultan Kedah.

Menurutnya, sekiranya NGO mahu mengadakan demonstrasi bagi menyatakan pendirian mereka, mereka perlu meneliti terlebih dahulu perkara sebenar yang berlaku dan bukan mengadakan demonstrasi tanpa mempunyai sebarang alasan kukuh.

“Mereka boleh mengadakan demonstrasi kerana negara kita mengamalkan demokrasi namun perlulah merujuk perkara yang sebenar agar tidak menonjolkan kebodohan mereka sendiri.

“Jika mahu membangkitkan sesuatu isu, biarlah mempunyai asas yang kukuh, bukannya mengelirukan,” katanya.

Ahmad berkata, jika benar NGO yang mengadakan demonstrasi mahu memberi sokongan kepada BN, mereka perlu belajar untuk memberikan sokongan dengan mengadakan demonstrasi yang diselitkan beserta bukti kukuh agar tindakan itu berkesan.

Menurutnya, Pas dan Pakatan Rakyat (PR) adalah pembangkang di peringkat Kerajaan Persekutuan namun setiap bantahan yang dibuat adalah diselidik terlebih dahulu dan setiap perkara dibangkitkan mempunyai asas yang kukuh.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan oleh NGO dengan mengadakan demonatrasi tanpa asas itu juga secara tidak langsung telah memperlihatkan sikap mereka kepada masyarakat luar.

“Masyarakat kini sudah bijak menilai dan mereka tidak akan menerima sesuatu perkara tanpa sebarang alasan atau tanpa asas yang kukuh,” katanya.

Read more ...

Najib perlu jelaskan fakta sebenar


KOTA BHARU , 4 Mei : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mendedahkan butiran mengenai keputusan kabinet melepaskan kedaulatan Malaysia yang mengandungi dua blok telaga minyak kepada Brunei.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebelum ini rakyat hanya mengetahui hal berkenaan melalui sebuah syarikat yang menguruskan operasi di medan minyak tersebut, Murpy Oil selepas konsesinya terbatal akibat penyerahan yang dibuat oleh kerajaan.

“Perdana Menteri sendiri tidak pernah berterus terang dengan keputusan ini dan tidak mengambil langkah menjelaskan kepada umum sampai hari ini,” katanya ketika dipetik surat yang dihantar kepada Perdana Menteri semalam.

Kontroversi berhubung dua blok minyak itu timbul apabila Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya pada Khamis lalu, mempersoalkan kenapa Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia dan mendakwa keadaan itu menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira US$100 bilion (RM320 bilion). Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Badawi, telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran kepada Limbang.

Dalam pada itu, Husam yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata, terdapat banyak keraguan yang timbul di sebalik pendedahan yang dibuat oleh syarikat minyak tersebut.

“Seperti disebut dalam kenyataan Tun Abdullah, ia adalah ‘overlapping area’(kawasan bertindih). Jika ia kawasan bertindih bagaimana lain seperti kawasan :JDA, (Kawasan Pembangunan Bersama): dan CCA (Kawasan Aturan Komersial), mengapa Malaysia dengan mudah melepaskannya.

“Jika kita tidak mempunyai hak ke atasnya sama sekali, bagaimana Brunei boleh mengizinkan kita terlibat sama dalam perkongsian pengeluaran bagi kedua-dua blok itu dalam tempoh 40 tahun?” katanya.

Dalam masa yang sama, Husam turut mempersoalkan adakah penyembunyian fakta ini ada kaitan semata-mata untuk menyenangkan hati Perdana Menteri di waktu itu dan seluruh kabinet menerima keputusan ini walaupun ia merugikan negara.:

Read more ...

PR sedia gempur Bagan Datoh


SUNGAI SUMUN , 4 Mei : Pakatan Rakyat (PR) melalui gabungan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sedang merangka strategi serta memperkuatkan jentera pilihan raya mereka untuk menawan Parlimen Bagan Datoh bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup selain mempertahankan DUN Hutan Melintang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Misbahul Munir Masduki berkata, gerak kerja akan dimulakan sebaik sahaja hubungan ketiga-tiga komponen PR diperkukuhkan dan menyelaras koordinasi bagi ketiga-tiga parti itu.

Menurutnya, PR akan turun ke peringkat akar umbi untuk menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas tentang kehendak sebenar pengundi.

“Kita akui jentera Barisan Nasional (BN) kuat dan strategi yang mereka gunakan juga begitu memberikan cabaran tetapi kita ada strategi tersendiri untuk memastikan ketiga-tiga kawasan ini milik PR.

“Pendekatan yang kita gunakan melalui sentuhan perasaan dan mendekati pengundi dengan lebih rapat khususnya kaum Melayu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Konvensyen PR Parlimen Bagan Datoh di Perkarangan Rumah Ariffin Hussin, Parit 1, di sini, kelmarin.

Hadir sama membentangkan kertas kerja dan menyampaikan pidato pada konvensyen itu, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Kapten (B) Usaili Alias; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming; Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, S Kesavan; Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, Madzi Hasan dan Ketua DAP Bagan Datoh, Lee Chu Soi.

Misbahul berkata, bagi meningkatkan undi Melayu di Bagan Datoh agak sukar tetapi yang pasti PR akan mengekalkan undi kaum itu sedia ada selain memastikan pengundi Cina dan India memihak kepada mereka.

Sementara itu, Madzi berkata, PR perlu bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka akan diadakan dalam masa tujuh bulan lagi.

Menurutnya, kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya kecil, baru-baru ini tidak boleh menjadi penanda aras bahawa sokongan BN sudah meningkat.

“Pada PRU 13, PR yakin akan mendapatkan Parlimen Bagan Datoh dan DUN Rungkup selain mempertahankan DUN Hutan Melintang melalui gerak kerja bersama ketiga-tiga komponen PR,” katanya.

Manakala, Chu Soi berkata, PR Bagan Datoh kini semakin kuat dan perwakilan yang turut serta dalam konvensyen itu akan bekerja keras untuk memastikan BN tewas di Bagan Datoh.SH

Read more ...

Lagi desakan Musa Hassan letak jawatan

 
IPOH , 4 Mei : Pemuda Sosialis DAP Perak (Dapsy) mendesak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan meletak jawatan serta-merta berhubung kes Aminulrashid Amzah, 15 yang ditembak oleh polis di Seksyen 11, Shah Alam pada 26 April lalu.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, KPN perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan pegawai dan anggotanya yang melalukan kesilapan sehingga menimbulkan keraguan terhadap pasukan itu.

“Terlalu banyak insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini menyebabkan kematian dan kecederaan yang melibatkan anggota polis dengan pemuda dan remaja.

“Banyak kes berlaku melibatkan polis seperti kes kematian A Kugan, Aminulrashid Amzah dan terbaru kejadian petang semalam yang melibatkan seorang pelajar kolej swasta di Shah Alam yang cedera di muka dan tangan apabila motosikal yang ditunggangnya disepak anggota polis,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua DAPSY negeri, V Sivakumar dan Adun kawasan Tebing Tinggi (ADUN), Ong Boon Piow.

Menurutnya, rakyat sebenarnya tahu fungsi pasukan polis yang bertindak mengikut arahan dari pihak atasan.

“Adakah apa-apa arahan dari pihak atasan untuk mengejar mana-mana kereta dan tanpa usul periksa menembak mati. Dalam kes ini, satu perkara sangat jelas, polis tidak nampak mangsa sebelum melepaskan tembakan,” katanya.

Kah Woh berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh KPN untuk menarik balik anggotanya dari menjaga keselamatan awam disifatkan sebagai angkuh, dalam kes ini.

“Itu satu kenyataan kontroversi yang boleh membahayakan keselamatan negara. Kenyataan itu menunjukkan sikap beliau yang angkuh dan mencemar nama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.SH

Read more ...