Tuesday, August 7, 2012

BERITA TERKINI!!! Lagi pemimpin Sabah keluar BN sokong Pakatan


Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pimpinan BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.


Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.


John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS.


“Saya bersetuju dengan kenyataan Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.


“Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah,” kata John dalam satu kenyataan.


Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu.


Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu.


Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan bekas Pengerusi BN Tuaran.


APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.


Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan.


Pairin mewakili kedua-dua kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah.JP

Read more ...

MAI TENGOK!!! Bukti sah gambar UMNO adalah United Myanmar Nepal Organization



Sekadar maukan jawapan ikhlas demi pencerahan minda dan merungkai kebenaran.

Admin telah dikirim masuk dalam kotak FB dengan pengirim bertanyakan kepada admin.


ADAKAH KEDUA MEREKA INI WARGA MALAYSIA?...JIKA DILIHAT DARI TULISAN POSTER YANG DIPAMIRKAN BUKANNYA BAHASA TAMIL TETAPI BESAR KEMUNGKINAN BAHASA URDU ATAU NEPAL?


MENUNJUKKAN UMNO KINI SUDAH TERDESAK.. TERPAKSA GUNA PAKAI WARGA LUAR UNTUK MENERJAH PAKATAN RAKYAT.


Mau tahu juga.. Apakah yang mereka berdua ini tidak puas hati dengan YB Tian Chua, YB Azmin Ali dan YB Khalid Samad?OMAK KAU

Read more ...

NOH OMAR TERKANTOI!!! Terpalit Skandal Kolam Udang!


DAP mendedahkan dokumen yang didakwa membuktikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam satu perusahaan kolam ternakan udang di Tanjung Karang, Selangor.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini menunjukkan satu salinan akuan sumpah bertarikh 11 Januari 2011 dan satu dokumen permohonan kaveat bertarikh sama ke atas tanah yang disewa syarikat itu daripada Noh Omar.


"Saya ada dokumen Syarikat Pristine Agrofood yang dalam akuan sumpahnya menyatakan syarikatnya ada usaha sama dengan Noh bin Omar.


"Surat kaveat yang saya ada, syarikat ini (juga) bersetuju mengusahakan tanah itu bersama Noh Omar.


"Ini (adalah) usaha sama. Beliau tak nafikan akuan sumpah ini," kata Ng selepas mengetuai satu demonstrasi di satu kawasan berhampitan tapak projek tersebut pagi ini.


Menurut Ng, kaveat berkenaan bertujuan untuk menghalang Noh daripada menjual tanah berkenaan selama perjanjian itu berkuatkuasa.


Noh pada 14 Julai lalu dilaporkan mengakui mempunyai pegangan dalam satu perniagaan penternakan udang di Tanjong Karang, dan menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian.


Akhbar Sin Chew Daily pada hari itu melaporkan, Noh mendakwa masih belum dilantik sebagai menteri ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak itu dimilikinya.


Bagaimanapun, dua hari kemudian beliau menafikan mempunyai sebarang pegangan kewangan dalam projek penternakan udang di Tanjung Karang yang diuruskan oleh Pristine Agrofood Sdn Bhd.


"Pegangan" yang dimaksudkannya, seperti dilaporkan Sin Chew, jelas Noh, tidak lebih daripada bermaksud tanah yang dipajakkannya kepada syarikat.


Isu berhubung projek ternakan udang tersebut pertama kali dibangkitkan Ng ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan.


Malaysiakini sedang mendapatkan komen susulan daripada Noh.

Read more ...

BN TERDESAK!!!Iklan 'Saya Pilih Mengundi' propaganda ajak undi BN!


Kempen iklan ‘Saya Pilih Mengundi’ menampilkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan artis tempatan melambangkan begitu terdesaknya Umno BN meraih undi rakyat pada pilihan raya umum nanti, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.

“Iklan itu walau tidak secara langsung berkempen untuk BN, tapi mesejnya jelas, dengan warna biru BN, menggunakan pula Mahathir dan blogger Umno sebagai jurucakap, mengajak rakyat untuk mengundi BN,” katanya ketika dihubungi.


“Ini menandakan BN makin terdesak, sampai terpaksa buat iklan yang menelan jutaan ringgit untuk berkempen. Persoalannya dari mana datangnya wang untuk buat iklan itu?” tegas beliau.


Bermula bulan lepas, iklan tersebut muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada waktu perdana di semua saluran televisyen utama.


Sim turut mempersoal individu atau organisasi yang bertanggungjawab dalam pembikinan iklan tersebut.


“Sampai sekarang tiada siapa mengaku bertanggungjawab atas pembikinan iklan itu, termasuk Menteri Penerangan, Dr Rais Yatim sendiri,” katanya.


“Jika benar kerajaan yang bertanggungjawab membuat iklan tersebut, mereka juga boleh dikira telah melanggar undang-undang kerana berkempen sebelum pilihan raya diumumkan,” jelas Sim.


“Justeru saya menyeru artis dan atlet yang terlibat agar jangan jadi alat Umno untuk berkempen, anda adalah artis Malaysia, bukan artis Umno,” katanya.


Selain iklan di televisyen, kempen turut berjalan di laman peminta facebook ‘Saya Pilih Malaysia’ oleh Media Umno Malaysia yang jelas menunjukkan kempen itu ada kaitan dengan kerajaan.


Bagaimanapun, kempen iklan itu berakhir dengan ‘Saya Pilih Malaysia’.JP

Read more ...

MASA UNTUK BELASAH DUIT RAKYAT!!!Saman trafik RM2,000, K’jaan ambil kesempatan rakyat musim raya

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/540299_395207123861214_1310163184_n.jpgKUALA LUMPUR 7 Ogos: Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

“Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. 

Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu.

“Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja.

“Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana,” katanya lagi.

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani ‘akujanji’ untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya.

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34055

Read more ...

BUSUK PERUT UMNO!!!SYABAS cuba sabotaj ekonomi Selangor pula.


Adakah ini antara agenda Najib dalam usaha mahu merampas semula Selangor negeri yang punya hampir RM2 Billion simpanan tunai dari Pakatan Rakyat?


Dalam hal ini SYABAS yang bertanggungjawab mengurus rawatan air mentah dan mengagihkan air terawat di seluruh Selangor diperkudakannya..

Dengan mendakwa ada masalah kekurangan bekalan air terawat pihak SYABAS telah menolak atau menangguhkan permohonan dari 234 pemohon dari pelbagai bidang industri di Selangor.


Tindakan menolak atau menangguhkan permohonan ini adalah merupakan satu sabotaj kepada ekonomi Negeri Selangor oleh SYABAS.


Baca apa kebimbangan dan rungutan daripada beberapa komuniti perniaga di Selangor yang menghadapi masaalah ini..


Uncertainty hits hundreds of Selangor projects after water denial

SHAH ALAM, Aug 7 — Manufacturers and developers in Selangor are complaining that they have been left high and dry after being denied water service from the state’s sole water distribution company and say that the ongoing uncertainty could have an economic fallout.

This comes after the power struggle between Selangor and the state government over the state’s water assets resurfaced recently with another round of finger pointing on both sides over who is responsible for the current impasse on the restructuring of the critical water industry in the state.


Businesses said at a forum organised by Selangor today that the uncertainty of not having water could have significant repercussions and in some cases have cost money to their respective companies.
A representative from rubber glove manufacturer Top Glove said Syabas rejected its application for water to be connected to its new headquarters.

“The repercussions to the state are obvious,” he said. “The effect (of water shortage) on businesses in Selangor will be severe.”


According to Nor Azme Diron, who is deputy director of the Selangor state economic planning unit, 234 projects have had their applications for water service “postponed” by Syabas.


No officials from Syabas were available to respond at the forum.


A representative from consumer goods manufacturer
F&N said it suffered a five-day period with no water at its new RM300 million factory in Pulau Indah, a shortage which had cost the company “a lot”.

He noted that the company continues to use its factory in Petaling Jaya because Syabas was able to supply water to the older location although it was not able to supply to Pulau Indah.


“Pulau Indah is very crucial,” he said.


An assistant manager from the Mewah group, which also has a factory in Pulau Indah, said its previously approved application for water for its
expanded factory there was cancelled in July. 

“Our construction is ongoing,” he lamented.


One developer said he had “quite a number” of applications for water rejected by Syabas.


“As developers we feel jittery,” he said. “We are in a dilemma. Once we commit to deliver and if there is no water once a project is completed, we will be in deep trouble.”


“We are unsure what to do,” he added.


Selangor state officials maintain however that there is no need for water rationing as there is sufficient supply of treated water and a special water committee has been formed by the state that meets with Syabas daily to resolve disputes and issues.


Nor Azme noted that usage was currently well below Syabas’ distributive capacity — at 2,944 million litres per day (MLD) versus 4.34 MLD respectively.


The “gap” of 1.34 MLD or 32 per cent of the total was either wasted water through leakage or stolen water.


He said that several mitigation projects such as boosting capacity at the Sungai Labu treatment plant were currently under way.


Pakatan Rakyat, which helms the state, has accused the Barisan Nasional federal goverment of “manufacturing” a water crisis.


Observers however have said that the current stalemate was due to politics, with neither side willing to budge.


Selangor state executive councillor Teresa Kok said today that there has still been no response from the federal government, which has its own committee to look into the issue, to overtures made by the state to return to the bargaining table.


“The people and industries are facing problems,” she told reporters. “We urge the deputy prime minister (who chairs the federal committee) to sit down with Selangor.”


She also said that it was not that the state was opposed to the Langat 2 treatment plant per se, but the plant had to be part of a holistic restructuring of the state’s water industry.


Selangor is Malaysia’s richest and most developed state.


A lack of progress on restructuring the water industry could not only hit the state’s residents and industries but also that of the nation’s capital Kuala Lumpur which is also covered by Syabas - The Malaysian Insider

Meskipun tindakan SYABAS ini akan membantutkan perkembangan ekonomi Selangor yang akhirnya juga akan membantutkan cukai yang perlu dibayar oleh pihak Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat itu semua tidak menjadi hal bagi UMNO dalam merealisasikan impian Najib untuk kembali merampas Selangor.

Apa yang penting bagi mereka RM2 Billion simpanan tunai yang ada itu perlu dijarah dan dibahagikan sesama mereka..


Oleh itu apa yang menjadi keperluan rakyat dipergunakan mereka untuk menimbulkan rasa kurang senang rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri yang ada..


Padahal merekalah dalang sebenar yang menjadikan ianya sebagai masaalah..ASD

Read more ...

TU DIA!!! Mai tengok, UMNO atau PAS yang bawa masuk orang kafir masuk masjid


Oleh Kakitaboh

"UMNO kalau bukak kandang babi dalam masjid pun tak salah..." itu kata kawan Kakitaboh. Aku urut belakang dia, "istigfar banyak banyak bro... jaga tutur kata bulan posa ni."

Awat yang kawan aku marah sangat? Rupanya pasai kapiaq harbi MCA yang tak mandi junub dan tak basuh pungkok dijemput oleh UMNO masuk dalam masjid. 


Isunya bukan pasai kita bantah depa nak masuk tu cuma geram dengan kelaku hudoh UMNO, waktu Cina DAP berada cuma dipinggir masjid depa ganyang sampai bertahun-tahun isu tu, guna radio, tv3 suku, utusex meloya... exploit sentimen Melayu anti Cina untuk burukkan PAS kononnya mencemarkan Islam. 

Macam2 hukum merapu meraban sesat barat depa reka untuk mengharamkan bukan Islam masuk masjid. 

Tapi bila mai time depa jemput pelakon video sex Chua Soi Lek, YB MCA serta pemimpin kapiaq BN lain masuk masjid... TAK HARAM LAA PULAK! Betulla UMNO ni... berpegang kepada fiqah ALHARAMMUWALHALALKU.

Krek Krek Krek..Kedah La






Read more ...

SEPTEMBER!!! Jangka PRU 13, Pakatan siap sedia



PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya.

"Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.

"Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif.

"Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu.

"Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya.

Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS.

"Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut.

"Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi.

Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR.


harakahdaily/-

Read more ...