Datuk Chua Jui Meng
MUAR - Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Ming akan bertanding bagi kerusi Parlimen Segamat pada pilihan raya umum ke-13 ini, umum Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
  
Pengumuman itu dilakukan selepas ceramah PKR di Pekan Tangkak malam tadi sekaligus menamatkan spekulasi kononnya Chua merajuk dengan pucuk pimpinan PKR dan mahu kembali ke pangkuan MCA.
  
Chua sebelum ini menghilangkan diri beberapa ketika setelah dikatakan kecewa kawasan yang menjadi rebutannya dengan Pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau iaitu kerusi Parlimen Gelang Patah diambil Penasihat DAP Lim Kit Siang.
  
Pada majlis yang sama, Anwar turut mengumumkan enam calon PKR untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di Johor, menjadikan jumlah keseluruhan yang akan ditandingi PKR sebanyak 19 kerusi.