Di sebalik pelbagai khabar angin yang sedang bertiup mengenai politik
UMNO dan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri, kedudukan Muhyiddin
sama ada mencabar Najib sebagai Presiden UMNO atau hanya mengekalkan
jawatan Timbalan Presidennya dalam pemilihan parti hujung tahun ini,
terus menjadi tanda-tanya.
Jika sebelum ini ramai golongan pengampu, pembodek dan tukang kipas
tampil dengan satu demi satu alasan agar jawatan Presiden dan Timbalan
Presiden tidak dipertandingkan tetapi sejak Muhyiddin sendiri enggan
memberi ulasan mengenai perkara itu buat masa ini, ia semacam reda
seketika.
Muhyiddin minggu lalu ketika di Pagoh hanya berkata, beliau akan memberi
komen mengenai pertandingan dalam UMNO atau mengenai kedudukan dirinya
sama ada bertanding atau tidak di suatu masa yang sesuai nanti.
Read more ...
Gambar menunjukkan bahagian atas Menara Umno selepas antena komunikasi terjatuh akibat ribut.
GEORGETOWN - Pemilik bangunan Menara Umno Pulau Pinang, JKP Sdn Bhd
akan menjalankan kerja-kerja menurunkan rasuk yang tergantung selepas
rod penebat kilat di atas menara berkenaan tercabut dan jatuh dalam
kejadian ribut petang semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzmi Ariffin berkata, pihaknya kini
sedang menunggu ketibaan sebuah kren bagi melakukan kerja-kerja
penurunan rasuk itu.
"Kren itu dijangka tiba dalam masa sejam dan selepas itu kerja-kerja
pembersihan akan dijalankan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian
di sini, hari ini.
Adzmi berkata, pihaknya juga menjangkakan bangunan berkenaan akan
dibuka semula selewat-lewatnya Isnin ini dan kesemua penyewa di bangunan
berkenaan dilindungi insurans.
Katanya, pihak JKP juga akan mempertimbangkan bantuan untuk mangsa yang terlibat dalam kejadian petang semalam.
Bangunan 21 tingkat yang tingginya 93.6 meter turut menempatkan Pejabat
Perhubungan Umno Negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang semalam, seorang maut
manakal lapan cedera selepas rod penebat kilat yang ditempatkan di
menara itu tercabut dan terjatuh.
Rod penebat yang jatuh itu, turut manyebabkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang sarat muatan tong gas rosak.
Difahamkan, mangsa yang maut, Jahir Hussain Sulaiman, 40 pemandu lori
berkenaan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Perak
selepas solat Jumaat nanti.SH
Rupa-rupanya menara UMNO Pulau Pinang yang antena runtuh semalam
mengakibat seorang terkorban dan beberap lain cedera parah dan berpuluh
kenderaan rosak bukannya milik UMNO tetapi JKP Sdn Bhd yang di
pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato'
Zainal Abidin Osman.
Rakyat punya wang tetapi UMNO Pulau Pinang ambil nama!!!!
Read more ...