Wednesday, September 12, 2012

KANTOI AKHIRNYA!!!Towkey Ikan Bakar Sekinchan merayu jangan diboikot

Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami, Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua.

Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .

KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.

Janganlah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.




Newsletter - 11 Sept 2012 Promosi Makan Tengah Hari Lunch Set for 2 - RM35.00 Promosi Set 4 orang - RM59.90.


Itulah bunyinya rayuan Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Bandar Puteri, Puchong.


Membuktikan suara rakyat suara keramat, kuasa rakyat membawa akibat!!!


Merayu bantuan untuk bangkit semula sedangan towkeynya terus menerus mengambil sikap angkuh dan sombong kepada rakyat.



Mamat nie dah angkat tangan...Wa rasa bagi lah dia peluang kerana dia telah lakukan Tranformasi Sikap dan sudi mohon maaf....Kedahkini

Read more ...

INI DIA MUKA SEKUPANG DUA!!! Blogger UMNO yang kena buat aku janji tidak akan fitnah Nga Kor Ming sampai bila-bila

Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya (gambar), menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.

Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.

Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah

Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.

 Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. 

Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.

Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “ penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. 

Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.

Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.

Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia.

ngakorming.com

Read more ...

SYAITAN YANG DIKENALI!!! Tabur fitnah Tok Guru Nik Aziz 'merajuk' lalu keluar awal mesyuarat Syura


Mengapa Tok Guru Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS?


Media propaganda nombor satu Malaysia iaitu TV3 Suku memberitahu bahawa sebabnya ialah kerana Tok Guru merajuk kerana agenda tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin tidak masukkan. Jurucakap yang mengulas itu isu siapa? Wan Ismail Wan Ahmad, bekas calon PAS tahun 80an yang sewaktu dalam PAS dulu tak sudah-sudah mengkafirkan UMNO. Pasai apa pulak setelah bukan jadi ahli PAS nak jadi jurucakap bagi pihak PAS pulak? Gilababi punya TV3 suku...


Dalam isu Ustaz Nasha ni, media propaganda 'Syaitan Dikenali' memang sudah bersedia untuk spin fikiran rakyat dengan situasi tertentu. Mari kita tengok...

JIKA isu Ustaz Nasha dijadikan agenda, dibincang dan diambil tindakan. TV3 Suku akan kata: PAS tunduk kepada Anwar dan DAP.


JIKA isu Ustaz Nasha tidak dibincang dan tidak diambil tindakan. TV3 Suku akan kata: Puak Anwarinas dalam PAS ditolak, Nik Aziz merajuk, kecewa, hubungan Pakatan semakin retak.


Dan itulah isu yang mereka gunakan untuk spin pemikiran rakyat sekarang. Mereka hanya melaksanakan kerja syaitan iaitu berusaha memecahbelahkan jamaah Islam. Alhamdulillah PAS dari pucuk pimpinan hingga ahli paling bawah tidak melatah isu Ustaz Nasha. DAP dan PKR pun akur. Akhirnya UMNO serta puak2 Syaitan Dikenali yang meroyan sendirian siang malam.


Berbalik kepada soalan mengapa Tok Guru Nik Aziz keluar awal dari pengerusikan mesyuarat Majlis Syura.. jawapannya sudah diberikan, sebab beliau kurang sihat waktu itu! Adapun sebab2 yang lain seperti merajuk dan sebagainya adalah sebab yang direka oleh para Syaitan yang dikenali, maka tak usah percayalah akan propaganda bodoh itu. Sekian.Kedah La

Read more ...

AMARAN POLIS!!! Sebelum polis buru , 3 pencacai UMNO kencing gambar pemimpin PAS jangan bersembunyi sila serah diri

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.

"Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita.

"Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi.

NONESemalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam saspek kejadian.

Kejadian itu merupakan kejadian kedua selepas bas yang sama dipecahkan cerminnya dan turut disimbah cat sewaktu singgah di Kota Bharu pada 1 September lalu.

Dalam sidang medianya pagi ini, Bakri Zinin turut menggesa supaya suspek dalam menghina gambar pemimpin PAS supaya tampil membantu siasatan polis.

Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini.

Bakri juga berkata polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada sekurang-kurangnya lapan individu berhubung kes melibatkan seorang pengawal peribadi ketua umum PKR yang didakwa mengeluarkan pistol dikhalayak umum dalam satu kejadian di Melaka Sabtu lallu.

"Siasatan masih berjalan. Kita masih giat menyiasat kes berkenaan," katanya.

Read more ...

KRISIS NAJIB Vs MUHYIDDIN!!! Khabar angin yang bakal menjadi realiti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMlWKWNK6rwlPTZM67LJjYrDsYvxoKavkkql_SqkVtWttv_CAchOsnrr2FqVQ2IO5V7zRxszpzc8dpGQQesJ9nmS_wSmiOdy6aSWKjnpU5kQg6-nVrSZXtwfVERQhEgbBvshkQrEVdFms/s1600/ibumi.jpgJika dilihat kehadiran Najib bersama Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam, seolah-olah tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua. Perdana Menteri dan timbalannya ini bagaikan gandingan erat yang sentiasa seia sekata serta sehati sejiwa.

Tetapi beberapa minggu sebelum itu, bertaburan poster-poster di Johor yang mahukan Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU 13 ini bagi menyelamatkan UMNO dan BN berikutan Najib dilihat masih gagal untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.


Meskipun UMNO Johor dan UMNO Pagoh menafikan poster itu diterbitkan oleh mereka dan menyifatkan ianya taktik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merenggangkan hubungan kedua pemimpin itu, hakikatnya jika pun wujud masalah antara Najib dan Muhyiddin, ia juga bukanlah sesuatu yang pelik dan di luar kebiasaan.


Selain watak dan pendekatan keduanya jelas berbeza, mereka juga berbeza pendapat dalam beberapa isu. Dalam Akta Keterangan yang baru diluluskan misalnya, suatu ketika Najib setuju ia dikaji semula setelah adanya pelbagai bantahan tetapi Muhyiddin mempertahankannya, termasuk bertindak memanggil dua timbalan menteri yang sebelum itu agak keras membantah akta itu.


Beberapa lama sebelum itu, di ketika Najib bangga dengan 1Malaysianya, Muhyiddin pula tetap meletakkan dirinya sebagai Melayu dahulu, kemudian baru diikuti sebagai rakyat Malaysia. Pendekatan yang jelas amat bertentangan dengan 1Malaysia.


Dalam beberapa isu lainnya pula, Muhyiddin juga dilihat tidak berapa bersungguh mempertahankan Najib seperti yang dapat dilihat dalam isu remaja menayang punggung dan memijak gambar Najib.


Sementara dalam UMNO pula, suara-suara yang merasakan Najib lebih sesuai memimpin UMNO dan kerajaan dalam suasana politik kritikal seperti sekarang ini sudah lama kedengaran. Najib, dengan watak sebagai anak bangsawan dilihat hanya sesuai menjadi pemimpin UMNO di ketika parti itu tidak bermasalah dan rakyat tidak berpecah.


Dalam keadaan UMNO berjuang antara hidup dan mati, UMNO tentunya memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan kurang retorik. Muhyiddin sebaliknya telah terbukti berjaya menangani krisis UMNO Johor dan perpecahan Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor berikutan perletakan jawatan Musa Hitam pada 1986 dulu. Najib tidak ada rekod seperti itu dan baru disedari oleh banyak pihak beliau tidak sesuai menjadi pemimpin ketika ini.


Bertompoknya masalah dan isu yang tidak selesai sekarang ini sebahagaiannya adalah kerana daya kepimpinan Najib yang dilihat lemah, tidak tegas, tiada keberanian serta kurang kebijaksanaan.


Saya sendiri sudah mendengar perkara ini diperbualkan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat sudah lama dan sudah pun menulisnya dalam buku Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum ini. Hakikatnya arus yang berkehendakan Muhyiddin berbanding Najib adalah sesuatu yang benar dan nyata.


Lebih dari itu, dalam sejarah perjalanan politik UMNO pula, krisis atau hubungan tak sebulu antara PM dan timbalannya bukanlah perkara yang pelik. Ia sudah kerap berlaku. Tun Mahathir berbalah dengan Musa Hitam, kemudian melantik Ghafar Baba sebagai pengganti tetapi kemudiannya merestui Ghafar Baba disingkirkan oleh Anwar. Mahathir kemudiannya berbalah dengan Anwar sehingga memecatnya walaupun sehari sebelum itu, pada 1 September 1998, keduanya dilihat begitu mesra ketika Mahathir mengumumkan tentang langkah kawalan mata wang negara.


Kemesraan Mahathir dan Anwar ketika itu tidak jauh bezanya dengan kemesraan Najib dan Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam.


Mahathir hanya tidak berbalah ketika Pak Lah menjadi timbalannya tetapi setelah Pak Lah menjadi PM dan Mahathir terus mengganggu-gugatnya, perbalahan mereka akhirnya berterusan hingga kini.


Pak Lah dengan Najib pula tidak terlihat krisisnya tetapi apabila gelombang penolakan semakin kuat terhadap Pak Lah, Najib juga akhirnya menjadi tidak sabar untuk segera menjadi Perdana Menteri.


Yang jelasnya, kerenggangan hubungan antara pemimpin nombor satu dengan pemimpin nombor dua bukanlah sesuatu yang janggal dan di luar kebiasaan. Apatah lagi dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, selain beberapa perbezaan yang ketara dapat dilihat, Muhyiddin juga diketahui sebagai pemimpin yang bercita-cita tinggi dan tidak pernah menyatakan rasa puas hati sekadar menjadi orang nombor saja.


Selain itu, para penyokong Muhyiddin pula tentunya tidak pernah pudar keinginannya untuk melihat boss mereka itu menjadi Perdana Menteri pula.


Krisis Najib dab Muhyiddin ini boleh meletus bila-bila masa saja. Jika ianya dapat ditutup erat sebelum pilihanraya ini, ia mungkin sukar dipertahankan selepas keputusan pilihanraya nanti. Lebih-lebih lagi jika keputusan itu nanti tidak sebaik yang diharapkan.


Yang menariknya dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, kedua-dua mereka tidak pernah memberi komen mengenainya. Berbeza dengan Mahathir dulu, semua krisis dengan timbalannya dinafikannya tetapi akhirnya semua menjadi kenyataan.


Semua krisis itu pula bermula dengan khabar angin dan cakap-cakap orang bawahan. Namun terbukti kebanyakan peristiwa politik sememangnya bermula dengan khabar angin. Ini kerana kadang-kadang khabar angin itu sengaja dicipta untuk menjadikan ia kenyataan yang tidak terlalu mengejutkan suatu hari nanti.


Jika dulu ada pepatah, takkan pokok bergoyang tanpa angin tetapi pokok juga sebenarnya bergoyang jika ada kera yang sengaja menggoyangnya. Tambah pula dalam politik, kera boleh diupah untuk menggoyang pokok.


Krisis dan perbalahan antara pemimpin nombor satu dan pemimpin nombor dua secara realitinya memang sukar dielakkan kerana meskipun keduanya saling melengkapi dan perlu memerlukan antara satu sama lain, mereka sebenarnya hanya bersahabat dalam berpolitik tetapi sentiasa bermusuh dalam kuasa. (SH 12/09/2012)

Read more ...

NAH KO!!! Berjumpa dah dengan samseng UMNO baling cat bas Merdeka Rakyat



Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan. 

Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (baca sini.)
 
Dikatakan samseng Umno nih  menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-

Nama : Sharidan bin Shaharan
Umur : 29 tahun
Tarikh lahir : 25 Mei 1983
No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395
Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.


 

Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat  melalui tulisannya.

Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!!SiasahKini

Read more ...

APA CERITA NI!!! Polis pun ada dalam kumpulan samseng serang bas Merdeka Rakyat




KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.
Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.


Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.

Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.“Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,” katanya.

Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.“Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan,”
katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama. Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.


Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan
.KedahKini

Read more ...