KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER: Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri
Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.
“Dia ditahan di
sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak,” kata Ketua
Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan
Daily.
Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu
seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.
Badrul
Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu
bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan
politik.
“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil.




Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato'
Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk
menutup mulut dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan bermula 27hb November ini.
Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang
berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi.
Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana
ia boleh melemahkan parti dalam mengahadapi pilihanraya yang akan datang ini.