Sunday, February 12, 2012

HAIRAN BIN AJAIB!!!! Bila masa UMNO Padang Terap tiba-tiba jadi peniaga pekan nat

(100% ahli UMNO... sorang pun bukan peniaga pekan nat)

Oleh: Halia bin Lada

Kecoh pasai demonstrasi haram di Naka kelmarin, kononnya para peniaga pekan nat Naka marahkan PAS kerana larang mereka berniaga atas arahan YB Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap kerana kononnya YB PAS berniat jahat sengaja mahu menzalimi para peniaga Melayu.

Halia pun hairan bin ajaib jugak, takkanlah dalam dunia ni ada YB gila macam tu saja-saja nak bagi rakyat marah dekat dia demi untuk memenangi pilihanraya.


Setelah Halia pi siasat rupanya arahan penutupan pekan nat tu bukan ada kena mengena dengan YB Nasir pun, jauh sekali PAS. Ia adalah atas arahan MDPT dan Jabatan Kesihatan yang memantau pasar malam itu dari segenap aspek.

Antaranya ialah aspek kebersihan yang tidak diambil peduli oleh sebilangan peniaga sehingga menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya ialah merebaknya wabak kencing tikus.


Kes penutupan sementara macam ni adalah tindakan standard yang dilakukan oleh kerajaan tempatan di seluruh negara sejak berpuluh tahun dah.

Tiba2 untuk kes di Padang Terap ni, isu kesihatan itu telah dipolitikkan oleh puak2 terdesak lapar undi dan lapar kuasa iaitu UMNO.



Maka UMNO pun berhimpun beramai-ramai dengan muka tak malu macam kain terpan lori mengaku jadi peniaga pekan nat... mengangkat sepanduk mengutuk PAS dan YB Nasir.

Bila foto mereka tersebar seluruh negara maka penduduk Padang Terap khususnya Pekan Naka pun gelaklah berguling2 melihat orang UMNO jadi peniaga pekan nat.


Sudah2lah UMNNO, kalau kering isu pun janganlah sampai semua isu nak dipolitikkan. Halia dok bayangkan bila BN jadi pembangkang lepas PRU13 nanti maka penuhlah negara ini dengan demonstrasi.. antaranya kerana polis buat sekatan saman pesalah trafik, polis tangkap PATI, pihak kesihatan saman pembiak nyamuk Aedes, pejabat agama tangkap orang khalwat sebab bagi UMNO semua tindakan yang dibuat itu menyusahkan rakyat..kah kah kah.


Woi UMNO Padang Terap pimpinan Mahdzir Kholid hangpa dah gila kaa? kah kah kah.Kedah La

Read more ...

TU DIA!!! Dulu hantaq To'kong Sayuq..kali ni nak tumpang angkat Kavadi pulak ka...

Oleh : PUTERI BULAN


Suka benar Puteri tengok gambar Tok Bashah bersama tok-tok wakil India meraikan Thaipusam...hebat betul Tok Bashah ni....mula tu Puteri ingatkan hero Tamil datang dari India nak sambut Thaipusam sama-sama..tapi belek punya belek rupakan ketua Perhubungan UMNO haprak Kedah...hahahah...agaknya bila tukar?

Dulu antaq tokong sayuq...sama-sama bertungkus lumuih raikan kepulangan tokong sayuq kelangit...sekarang ni sama-sama nak raikan dewa-dewa Hindu pulak...minta restu ke Tok Bashah..


Ish...ish..cukup-cukuplah..Tok Najib dan kak Semah dikalongkan dengan bunga malai diberi penghargaan kerana sudi meraikan Thaipusam di batu cave....ni pula tok Bashah nak ambil part.

Kasaq kalau Puteri kata Tok Bashah kurang pengetahuan dalam bidang agama tapi lu pikirlah sendiri...atau sendiri mau pikir....kalau dulu antaq tokong sayuq..dah berbuih mulut bagitau ...orang Islam tak boleh terlibat dengan upacara keagamaan..takkan tok Bashah masih bebal dan samar lagi...Thaipusam tu perayaan apa...agama ke budaya...ish....takkan itu pun Tok Bashah tak tau....kalau itu pun tak tau..letak je jawatan sebagai wakil rakyat tu...

Hukum tu haram..tok Bashah..takkan tak ada sahabat handai kompenan BN yang beragama Hindu pi sebagai tok wakil dalam program tu...atau ke Tok Bashah nak cari publisiti murahan..pancing undi kaum India...I help u...u help me...sampai ketepikan hukum agama...


Tapi Puteri tak hairanlah sebab UMNO haprak mana pernah fikir tentang haram halal...kira main redah je...matlamat menghalalkan cara....jangan sampai Tok Bashah tarok tande...nak bikin kasi serupa...rasa-rasanya ada juga macam muka MGR...tak pun macam Rajni khan....


Tok Najib pun tak boleh nak komen apa-apa...katanya..kita serupa...hahhaha..


So..kepada pengundi Dun Bakaq Bata...macamni ka Tok Wakil hampa...semuanya dia redah..sapu bersih...pikiaq-pikiaqlah noooo....


Puteri : tunggu Krismis nak mai ni...kut-kut Tok Bashah nak jadi Santa Clous pulak...Kedah La

Read more ...

RM 250 JUTA!!! Bukan Shahrizat tapi UMNO yang kena bayar balik

Bila Najib bagi kata dua kepada Shahrizat, barulah pemimpin tertinggi UMNO tumpang sekaki

Dulu bila Najib pertahan Shahrizat, puak-puak ni juga berlumba-lumba nak pertahan Shahrizat

Malah , Brahim Ali Perkasa pun cuba nak cari isu bagaimana nak pertahan Shahrizat

Tahniah kepada dua tiga orang pemimpin pertengahan UMNO yang berani belasah Shahrizat macam Ketua UMNO Cheras

Bila pemimpin tertinggi UMNO mula belasah Shahrizat, nak tunggu la apa pula kata Muhyidin, Khairy dan Noh Omar

Ketiga-tiga ni sebenarnya ada kaitan dengan isu NFC. Muhyidin kerana dia la Menteri lulus projek, Khairy kerana zaman bapa mertuaku punya projek, Noh pula Menteri pantau projek masa la

Terkini, Nazri suruh bayar balik RM 250 Juta. Boleh suruh ja la, RM 250 Juta tu dah dibelanja sampai kondo lembu dibeli.

Yang pastinya duit rakyat RM 250 Juta tak perlu diharap lagi. Shahrizat dan keluarga tak akan mampu bayar balik.

Rakyat kena tuntut UMNO bayar balik RM 250 Juta kerana UMNO lah punca lesap duit rakyat ini. Namun, UMNO mana nak bayar, curi duit rakyat lagi ada.

Habis macam mana rakyat nak buat. Rakyat kena ajar parti rasis ini dalam pilihanraya umum akan datang. Itulah bayaran baliknya....admin


KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.

Sinar Harian

Read more ...

HASAN ALI!!! Dulu gila meroyan la depa kata gila nombor pulak dah, betul ka?

Sejak Dr Hasan Ali dipecat dari PAS dan digugurkan jawatan dari barisan exco kerajaan Selangor,beliau semakin popular di usung kehulur kehilir oleh UMNO dalam ceramah roadshow-nya.

Ini membuatkan Hasan Ali berasa dirinya sudah menjadi bertambah glamour sejak akhir-akhir ini.

Aku ikut tweet Dr Hasan sejak beberapa minggu lalu dan mendapati Hasan Ali sekarang sudah berjangkit suatu virus atau perasit dari UMNO didalam kiriman Tweetnya.

Setiap kali ada ceramah Dr Hasan Ali akan tweetkan jumlah kehadiran dalam ceramahnya ..ada yang 1500 orang,5000 orang dan semalam paling hebat yang membuatkan Hasan Ali amat gembira kerana angka kehadiran yang di keluarkan oleh blogger UMNO Sungai Rapat Online iaitu seramai 15 000 orang hadir dan Hasan Ali pun tweetkan [ Mlm semalam di Bt Gajah Perak.Kehadiran mencecah 15k. Satu rekord ]

Record apa kah ini..??? Mungkin record dalam maksud JATI = Jumlah Angka Tipu Islam.

[Klik imej untuk lebih jelas]

Lambang apa bawah bendera Malaysia tu, itulah sebenarnya lambang JATI

Dalam 4 ceramah saja Hasan Ali dan berjaya kumpul angka hampir 30ribu...hahaha..

Itu baru 4 ceramah...kalau 4 bulan. ceramah..??

Tak dapat bayangkan banyaknya jumlah angka yang dikumpul Hasan Ali....heheh..

JATI

Jumlah Angka Tipu Islam

Hasan Ali sejak tahun 1999 rupanya sudah gila nombor. Kemudian jika buat ceramah,jika dia datang kena bagi persen.

Hasan Ali bukan sekadar gila talak,gila meroyan ,tapi mutakhir ini,gila nombor! Orang ni

UTUSAN MELOYA PUN TUMPANG TIPU NOMBOR JUGA

Dulu sejak tahun 1998 apabila Hasan Ali Akidah mengadakan ceramah atas pentas PAS, akhbar Utuseks Meloya sama ada tidak melaporkan atau memutar belitkan angka yang hadir...sekiranya yang hadir puluhan ribu ditulis sekitar ratusan saja.. Kini sudah terbalik....angka ratusan sudah diputar menjadi belasan ribu..
Pssssssst....KALAU BENAR KEHADIRAN MENCECAH 15,000 ORANG MENGAPA TAK SIAR GAMBAR PARA HADIRIN....
MENGAPA DISIARKAN HASAN ALI AKIDAH BERSALAM DENGAN BEBERAPA KERAT ORANG RAMAI....kwah kwah kwah....
MENEMPELKAN JUMLAH YANG BESAR HADIRLAH MAMPU MEMIKAT DAN MEMUKAU PARA PEMBACA....kwah kwah kwah....
NAMPAK SANGAT PEMBOHONGNYA AKHBAR MILIK UMNO NI WEH!!!!..KWAH KWAH KWAH..
OPPPSS SEBELUM TERLUPA... RAKYAT NAK TANYA PADA HASAN ALI YANG SIBUK PUSING MALAYSIA CERITA PASAL AKIDAH NI... TS MUFTI PERAK KATA HJ AH JIB GOR DAH GADAI AKIDAHNYA PASAL SAMA-SAMA MERAI DAN MERAYAKAN HARI THAIPUSAM...MENGAPA SAMPAI SEKARANG KAMU MASIH DIAM MEMBISU?????
SESAH DAN SEBATLAH PASAL AKIDAH HJ AH JIB GOR KALU BENAR-BENAR ANDA IKHLAS... KWAH KWAH KWAH....OMAK KAU

Read more ...

JKKK UMNO RAMPAS TANAH!!! Penduduk buat demo, Adun UMNO cabut lari?

Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah.

Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar.

Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu.

Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera.

Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari.

Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.

Papan tanda pembinaan anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK

Peserta demo berarak ke pejabat Adun Paka

Memorandum yang nak diserahkan tetapi YB lari ke Residen Resort berhampiran

Pelajar muslimat juga turut serta

Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!


Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup.

Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran.

Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!

Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said.

Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu “Datuk” Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB.

Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.

Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam.

Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?

Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???Ust. Saiful Bahari

Read more ...

PERKEMBANGAN TERKINI!!!PAS Terengganu yakin menang PRU13

PASIR PUTIH, 12 Feb: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut cukup yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, ini bakal berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya, berdasarkan senario semasa politik negara hari ini, Terengganu juga akan dimenangi oleh PAS pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, kerajaan PAS pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali iaitu pada pilihan raya pertama tahun 1959 dan PRU10 tahun 1999.


“Kita (PAS) di Terengganu pernah menang dua kali. Kita menang Pilihan Raya Pertama tahun 1959 dan menang kali kedua tahun 1999 dan Insya’Allah, kita (PAS) hendak menang kali ketiga (PRU13) ini,” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum PAS Kawasan Besut.



Majlis Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Sweet Beach Resort, Semerak Pasir Putih, Kelantan, semalam.


Namun kata Abdul Wahid, kemenangan tersebut perlu diperolehi bukan kerana kelemahan Umno dan Barisan Nasional tetapi atas kekuatan PAS sendiri.


Menurutnya, seluruh jentera parti hari ini sedang bekerja ke arah mencapai kemenangan tersebut.


“Kita (PAS) hendak menang bukan atas kelemahan Barisan Nasional tetapi atas kekuatan PAS sendiri. Kita (PAS) sedang bekerja ke arah untuk mencapai kemenangan pada PRU13, Insya’Allah,” ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendakwa PAS negeri telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya (PRU13) sejak bulan November 2011.


Katanya, Umno-BN tidak berani untuk mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini kerana parti itu hilang sokongan rakyat.


Menurutnya, seluruh rakyat terutama di kalangan pengundi Tionghua (Cina) dan India sepakat menolak Umno dan kerajaan BN.


“Umno-BN tidak berani hendak buat pilihan raya dalam masa terdekat ini. Kita (PAS) telah siap sedia sejak bulan November 2011 lagi.


“Kita (PAS) juga bersiap untuk pilihan raya jika bulan Mac 2012 ini. Mereka (BN) telah kehilangan sokongan rakyat secara umum terutama orang (pengundi) Cina dan India,” jelasnya.


Katanya, banyak faktor yang menyebabkan Umno-BN tidak berani mengadakan pilihan raya tersebut seperti kes Dato’ Seri Anwar, Laporan Audit Negara, projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan banyak lagi.


Antara pimpinan PAS yang hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, Setiausaha Muslimat PAS Terengganu, Raja Endut Raja Abdul Rahman dan Adun Limbungan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat.

Read more ...

ANWAR JUMPA KHALID MASHAL!!! Adakah UMNO nak tuduh Hamas juga pro Israel?

Oleh Musli Oli

Dalam lawatan ke luar negara minggu lalu Datuk Seri Anwar telah mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin HAMAS, Khaled Mashal dan Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi. Khaled Mashal adalah pengerusi HAMAS.
HAMAS ialah kumpulan Palestin yang terbesar menentang keganasan Israel di Tebing Barat dan Gaza. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 itu mempunyai matlamat jangka pendek mengusir tentera Israel dan penempatan Israel di kawasan tanah Palestin yang diduduki mereka

BERSAMA DENGAN SHEIKH YUSUF AL-QARDAWI


HAMAS kerap melakukan serangan ke atas tentera Israel dan kawasan-kawasan yang dijadikan kawasan penempatan baru.

Pertemuan Ketua Umum PKR, menepis segala fitnah kerajaan bahawa Anwar menyebelahi negara Israel. Sebaliknya kerajaan BN melantik syarikat dari Israel APCO sebagai perunding menaikkan imej Najib dan kerajaan.

Kegiatan APCO terdedah lagi dengan pengumum syarikat penyiaran terbesar dari Britian iaitu syarikat BBC.

BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia kerana berkompromi integriti editorialnya melalui "skandal penetapan berita".

Semalam akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf dibawah program "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.

BBC mengakui dan mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar 17 juta pound atau RM81.4 juta untuk menaikkan imej Najib yang terjejas.

Skandal itu melibatkan APCO dan subsidianya APCO - FCB Media (UK) syarikat perunding yang dilantik dan dibayar kerajaan Malaysia sebanyak RM77 juta dua tahun lalu.

Sekali lagi Najib bukan sahaja menipu rakyat Malaysia malah masyarakat antarabangsa dengan membazirkan wang rakyat membayar ratusan juta kepada syarikat milik Yahudi!!

Read more ...