Wednesday, September 7, 2011

PATUT LA PUN!!! Khoo Kay Kim rupanya Canselor Kolej milik UMNO, ikut bos la


Patutlah profesor sejarah yang dibanggakan Umno-APCO, Khoo Kay Khim ini bermati-matian mempertahankan parti "Komunis Melayu" terbesar di dunia ini.

Semuanya kerana pangkat dan darjat.


Rupa-rupanya,beliau ni bukan setakat kang kong sejarah dari universiti yang kita semua kenal.


Sekarang dah jadi Canselor!!


Canselor!!


Canselor di Kolej Universiti Damansara Utama (KDU University College) sejak awal tahun ni!!


(Sila klik pautan ini untuk ke laman web KDU di
www.hr.kdu.edu.my/staff-directory.html )

Lihat??


Akibat pertahankan kedudukan, disiplin ilmu dan maruah diri dilacurkan semata-mata untuk terus berkhidmat dengan Umno-APCO!


Dari seorang ilmuwan yang terkenal dari Universiti Malaya dengan khazanah fakta sejarah, beliau kini ibarat kupang tembaga yang bakal dibuang Umno-APCO apabila sudah tidak berguna lagi.


KDU University College dimiliki oleh kroni Umno-APCO melalui syarikat Paramount Corporation Berhad (PCB) yang banyak memperolehi projek pembinaan terutamanya di Kedah.


Jadi tidak hairanlah beliau ni "sekapal" dengan kang kong lain seperti Ramlah Adam, Zainal Kling dan Ahmad Atory melacurkan ilmu masing-masing untuk kepentingan peribadi.


Kesian mahasiswa yang pernah dengar kuliah malaon ni, dulu dah tak sama dengan sekarang!


JALAN PULANG



PAS Johor mempersoalkan tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera - atau Mat Indera - seorang pengganas tanpa membuat sebarang kajian berkaitan.


"Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain," kata Ketua PemudanyaSuhaizan Kaiat.


Sehubungan itu, Suhaizan mempersoalkan kenapa gelaran negatif terus digunakan kepada Mat Indera sedangkan ia diberikan oleh British.


"Ini keputusan British.


"Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap pun dia ludah orang British," katanya yang diberi kepercayaan oleh timbalan presiden PAS berdebat dengan Pemuda Umno dalam isu itu.


Sementara itu, mengulas kesahihan fakta berhubung Mat Indera dalam buku terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ), Suhaizan tidak menjawab secara langsung sebaliknya membacakan satu persatu nama ahli akademik terkenal yang menjadi anggota jawatankuasanya.


"Adakah dia (YWJ) sendiri terbitkan dokumen yang salah? Ini bukan dokumen diterbitkan individu. Ini dokumen rasmi yayasan bawah kerajaan Johor," katanya.


'Umno Johor beza pandangan'


Media arus perdana hari ini melaporkan Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dalam Buku Pengukir Nama Johor walaupun namanya disenaraikan.


Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada seorang pengganas komunis atau pejuang.


Suhaizan juga yakin pandangan dalam buku itu selari dengan pandangan Umno Johor dan pemimpinnya di peringkat negeri.


"Saya cabar Umno Johor cakap mereka setuju dengan keputusan British bunuh Mat Indera.


"Saya hendak tengok macam mana mukanya."


Suhaizan berkata, beliau yakin pemimpin Umno Johor mempunyai pandangan berbeza dengan pimpinnya di peringkat pusat. berdasarkan pendirian terdahulu dalam perbagai isu sebelumnya.


Isu tersebut, antaranya dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan penolakan terhadap usaha memperkenalkan judi bola sepak, tambah Suhaizan.

Read more ...

Dr. Burhanuddin ‘lebih popular’ banding Onn Jaafar dan Tunku

http://homeoint.org/photo/a/alhelmy01.jpgKUALA LUMPUR, 8 Sept — Mohamad Sabu yang berhadapan dengan siri kritikan sejak dua minggu lalu menimbulkan beberapa persoalan baru mengenai fakta kemerdekaan malam tadi, antara lain menekankan bahawa Burhanuddin al-Helmy sudah pasti menjadi pilihan rakyat sebagai pemimpin mereka jika satu referendum telah diadakan sebelum kemerdekaan.

Timbalan Presiden PAS (gambar) berkata Burhanuddin yang dilahirkan di Kota Baru dan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) lebih diterima berbanding Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Onn Jaafar sendiri.


Onn menubuhkan Umno dan beliau digantikan oleh Tunku Abdul Rahman, yang merupakan Bapa Kemerdekaan dan perdana menteri yang pertama.



“Kalau British telah mengadakan referendum (sebelum memberi kemerdekaan) antara Burhanuddin, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin, saya fikir rakyat pilih Burhanuddin,” kata beliau pada forum bertajuk Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

“. . . beliau telah disumbat (dimasukkan ke dalam penjara . . . Ahmad Boestamam (sekali) . . . kalau diadakan referendum, (rakyat) akan pilih Burhanuddin,” kata beliau sambil menambah, dari awal lagi kesemua pertubuhan dan organisasi telah diharamkan kecuali Umno oleh British semasa mengisytiharkan Darurat.

Darurat diisytiharkan pada 1948 dan berlarutan sehingga 1960.

“Jadi, dia (Umno) sahaja yang tinggal,” katanya yang menimbulkan bahawa tiada persaingan politik ketika itu.

Dua anggota panel forum malam tadi lain ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Adik Mat Indera, Baharom Shah Indera juga hadir sebagai tetamu khas pada forum itu.

Mengikut fakta sejarah, PKMM menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris dan Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan “kesatuan politik” Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.

Kepimpinan PAS berpindah tangan kepada Burhanuddin pada 1956.

Beliau digambarkan sebagai seorang “nasionalis radikal dan pemikir Islam” dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1965.

Beliau juga pernah ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura dan memenangi kerusi Parlimen Besut pada pilihan raya umum 1959.

Dalam ucapannya, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menimbulkan persoalan sama ada ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang mengetuai serangan yang membawa kepada kematian Sir Henry Gurney wajar dianggap sebagai pengkhianat negara.

Gurney, pesuruhjaya tinggi British ditembak mati pada 6 Oktober 1951 di Bukit Frazer dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat.

“Chin Peng (yang mengetuai PKM) yang membunuh Henry Gurney . . . jadi antara Chin Peng dan Henry Gurney, siapa pejuang dan pengkhianat? Saya tak mahu cakap, anda fikir sendirilah... kalau saya cakap kan, nanti mereka kata (saya penyokong komunis) . . . ,” kata beliau yang kini berhadapan dengan siasatan polis berhubung kenyataannya tentang tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu.

Semalam, polis Pulau Pinang berkata pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad yang didakwa berkata pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan.

Mohamad turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat. Sehingga kelmarin sebanyak 266 laporan polis terhadap Mohamad telah diterima di seluruh negara.

Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Malah kata beliau ucapannya mengenai Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad Indera itu juga disokong oleh buku dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor dengan judul “Pengukir Nama Johor”.

Read more ...

Khoo Kay Kim persoal asal usul Mat Indera, apa dia rasa kalau orang persoal asal usul beliau?


Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.

Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu “tidak elok”.


“Asal usul ini tak payah sebutlah.


Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana?


Tak eloklah.


"Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah,” kata Mohamad.


Semalam, PAS Johor juga mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.


Khoo sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.


Sebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.


Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.


Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari "kedua-dua belah gabungan politik" dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah.


Sementara itu, aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais berkata, pendirian Khoo yang “tidak sana dan tidak sini” dilihatnya sejak tahun 1974 apabila menuntut jurusan sejarah di fakulti tempat Khoo mengajar di Universiti Malaya (UM).


Katanya, ketika beliau menganjurkan forum membincangkan gerakan rakyat Vietnam melawan Amerika Syarikat, dua lagi pemforum dikenakan tindakan keras – termasuk seorang profesor Amerika Syarikat dihantar pulang – Khoo tidak dikenakan sebarang tindakan.


“Sejak dulu lagi dia tidak sana, tidak sini. Tarik balik gelaran profesornya. Kalau di luar Malaysia sudah sudah lama dipecat.


“Tetapi di Malaysia profesor kangkung dan 'kongkang' terus memperbodohkan rakyat,” katanya sambil menyifatkan kesalahan sebegitu sebagai “jenayah” dalam akademik.JALAN PULANG

Read more ...

Kerana UMNO, Ghani sanggup tipu rakyat Johor

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, berkata pihaknya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semalam yang mendakwa dia bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Bagaimanapun keluarga itu menegaskan, mereka tidak berputus asa dalam pendirian mereka mahukan kerajaan membersihkan nama Mat Indera.


“Saya kecewa dengan apa yang dikatakan (oleh Menteri Besar Johor), tetapi kami tidak akan berundur daripada mendesak kerajaan membersihkan nama abang kami,” kata adik Mat Indera, Baharom Shah, kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada forum bertajuk “Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, malam tadi.



“Itu pandangan beliau. Usaha kami, kami akan terus desak, kami mahu nama Mat Indera dibersihkan,” kata bekas kakitangan Kementerian Pertahanan ini.

Semalam, Ghani memberitahu pemberita di Johor Baru bahawa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen Ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf dan PKM telah diharamkan

“Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno),” katanya.

Ghani menambah, “bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.”

Pendirian Ghani itu diulangi menerusi rencana khas beliau yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini.

Pada satu sidang media tengah hari ini semalam di ibu negara, Baharom berkata, keluarganya mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera agar tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Baharom berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” katanya yang turut berpegang pada kandungan buku “Pengukir Nama Johor”, yang prakatanya disampaikan oleh Ghani sendiri.

Justeru kata beliau, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang menggerakkan usaha membantu keluarga Mat Indera pula berkata, Ghani tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan buku tersebut sendiri dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Pada pandangan kami, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sendiri, sebaliknya terima kandungan buku itu dan mengadakan satu debat mengenai hasil penemuaan, bukan terus kata Mat Indera sebagai komunis,” katanya sambil menambah, pihaknya akan mengambil tindakan susulan untuk membetulkan fakta sejarah membabitkan Mat Indera.

Buku itu diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor.

The Malaysia Insider

Read more ...

KANTOI!!!Rakyat Sabah pasti termuntah baca penipuan Utusan

KALAU diimbas kembali, sebelum ini sudah berpuluh kali didedahkan pembohongan media-media propaganda Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin untuk memperbodohkan rakyat.

Tapi media-media propaganda Umno ini masih tak serik-serik dan terus juga melaporkan berita-berita dan propaganda palsu.

Kali ini satu lagi pembohongan Utusan Malaysia dibongkarkan. Negeri Sabah yang satu masa dulu merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia, kini terus berada di tangga paling corot (paling miskin) di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Namun, demi menutup kelemahan pemerintahan Barisan Nasional di Sabah, sebuah artikel propaganda (propaganda kantoi) untuk menaikkan nama Barisan Nasional direka cipta tanpa secebis rasa bersalah.

Dengan menggunakan gambar sebuah bangunan Bank HSBC, Utusan melaporkan kononnya ada sebuah pekan Kiulu di Sabah yang kini sudah maju hasil limpahan nikmat merdeka melalui pembangunan yang berterusan [Utusan].


Pembaca Utusan Malaysia dari semenanjung barangkali mudah ditipu melalui artikel ini. Namun untuk pengetahuan anda, rakyat Sabah terutama yang tinggal di Kota Kinabalu termuntah-muntah kerana berasa jijik dengan cerita bohong ini.

Buat pengetahuan anda semua, gambar yang digunakan Utusan ini sebenarnya bukanlah gambar sebenar Pekan Kiulu, sebaliknya adalah gambar sebuah bank HSBC di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Rujuk gambar di bawah ini sebagai bukti, sila rujuk link ini juga untuk mengesahkannya sila klik [sabah.gov.my]


Malangnya tidak ramai orang yang membaca maklumat ini di MiLo SuaM. Masih ramai orang-orang kampung, makcik dan pakcik di luar bandar tidak sedar bahawa selama ini mereka diperbodohkan kerana tidak menerima maklumat sebenar.


ReJaM© "Lebih malang, ada juga golongan yang rela malah bangga ditipu Utusan..."


Read more ...

Ramlah Adam, Kang Kong kesayangan UMNO sejak zaman Mahathir minta Mat Sabu baca buku tulisan ahli sejarah Inggeris

http://www.pribumiperkasa.com/wp-content/uploads/2011/01/proframlahadam2a.jpgApa yang nak dipertahankan oleh Professor UMNO ini entahlah.. mungkin mempertahankan periuk nasi nya agaknya..

Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sepatutnya membaca bahan sejarah tulen sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan sejarah negara.

Ramlah turut mencadangkan agar Mat Sabu membaca penulisan Ronald Bradle dalam 1940an berkenaan isu ini. Bradle merupakan peguam kerajaan negeri Johor ketika itu.


Apa dia cakap ni?? Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950, yang diserang ialah anggota Polis yang berkhidmat untuk penjajah British tapi Proffesor ni mencadangkan supaya Mat Sabu membaca tulisan Ronald Bradle dalam 1940an?

Bagaimana pula Ronald Bradle yang menulis dalam tahun 40an itu boleh menulis tentang sejarah yang berlaku pada tahun 50an? Kalau yang menulis itu adalah Inggeris takkanlah dia nak menulis bahawa bangsa yang dijajahnya itu baik-baik belaka..

Selain Profesor ini,Profesor Khoo Kay Kim turut berkata seperti ayat dibawah ini..

“PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British.”

“Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota.”

Faham betul-betul.. mereka berkata Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British, jika tidak ditakluk oleh British mengapa pula Tunku Abdul Rahman dan rombongannya ke London untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu?

Kalau tak pernah ditakluk kenapa pula Tunku perlu melaungkan kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1957 dulu dan kenapa pula kita perlu menyambut Hari Kemerdekaan Negara pada setiap 31 Ogos?

Tanah Melayu kan tak pernah dijajah… Alahai Profesor…

Apakah kerana kenyataan Mat Sabu bahawa Mat Indera itu Pejuang Sebenar maka sejarah Tanah Melayu perlu ditulis dan diperkenalkan semula kesekolah-sekolah dengan mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah..

Dan sambutan hari Kemerdekaan akan dimansuhkan bagi membuktikan kepada semua memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah?

Apa lagi kata Profesor ni korang bacalah dibawah, kemudian komenlah..

Patutlah ranking UM makin munurun…


Mat Sabu hanya baca bahan sejarah lisan

PETALING JAYA: Sejarahwan Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sepatutnya membaca bahan sejarah tulen sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan sejarah negara.

“Mat Sabu sepatutnya baca bahan yang ‘authentic’ kerana terdapat banyak bahan yang berdasarkan sejarah lisan.

“Ini realiti sejarah berdasarkan fakta. Sejarah lisan pula hanya berdasarkan ingatan,” kata Dr Ramlah ketika mengulas isu Mat Indera yang ditimbulkan oleh orang kuat PAS tersebut.

Mat Sabu mengemukakan bukti berasaskan buku bertajuk Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor.

Utusan Malaysia melaporkan pada bulan lepas dakwaan Mohamad Sabu, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, bahawa Ahmad @ Mat

Indera yang memimpin kumpulan komunis dan menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 merupakan pejuang kemerdekaan sebenar.

Ramlah turut mencadangkan agar Mat Sabu membaca penulisan Ronald Bradle dalam 1940an berkenaan isu ini. Bradle merupakan peguam kerajaan negeri Johor ketika itu.

Selain Bradle, sejarahwan tersebut mengesyorkan Mat Sabu agar membaca penulisan Lt Kol (B) Mohd Azam Mohd Haniif Ghouse berkenaan dengan perjuangan menentang komunis.

Mengulas lebih lanjut, Dr Ramlah turut menolak konotasi bahawa Mat Indera dan Parti Komunis Malaya memperjuangkan kemerdekaan negara.

“Mereka memilih untuk masuk hutan dan meneruskan serangan selepas kemerdekaan,” kata Dr Ramlah.

Darurat diisytiharkan pada 16 Jun 1948 dan Malaya merdeka dalam bulan Ogos 1957.

Ramlah turut mendakwa bahawa serangan komunis adalah kerana pertentangan ideologi antara British dan komunisme.

‘PKM mahu negara komunis merdeka’

“PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British.”

Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota.

Ramlah yang pernah berjumpa dengan pemimpin PKM Rashid Maidin memberitahu FMT bahawa Rashid hanya senyum sahaja apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk keluar dari hutan setelah perjanjian perdamaian ditandatangani antara PKM dan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

“Ini membuktikan bahawa mereka hanya mahu menubuhkan kerajaan komunis, bukannya mahu kemerdekaan,” kata bekas pensyarah sejarah Universiti Malaya itu.

Berkenaan Mat Indera pula, Ramlah berkata bahawa Mat Indera tidak boleh dianggap pejuang kerana di dalam PKM sendiri Mat Indera hanya pemimpin peringkat bawahan.

Sebelum ini, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim turut menafikan bahawa Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan.

Di samping itu, beliau turut mempertahankan rakyat Tanah Melayu pada ketika itu yang bekerja sebagai anggota keselamatan di bawah pentadbiran British.

“Mereka bukan tali barut British sebaliknya menjadi anggota keselamatan kerana percaya ini negara mereka dan mahu mempertahankannya dari komunis,” kata Ramlah yang juga pernah menjadi rektor Kolej Yayasan Melaka.


Free Malaysia Today

Read more ...

TERIMA KASIH MAT SABU!!! Wang pencen Polis Bukit Kepong akhirnya diselesaikan setelah tidak diterima sejak 1962



ALOR SETAR, - KENANGAN ... Gambar Syed Omar Syed Yasin (empat, kanan) anggota Polis yang telah meninggal dunia pada 1962 tidak pernah menerima wang pencen ketika menjalani latihan Polis di Kuala Lumpur.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyelesaikan masalah pencen Syed Omar dalam tempoh seminggu bagi membolehkan wang pencen itu diserahkan kepada balunya Sharifah Aminah Syed Ali.

Sharifah Aminah Syed Ali (kanan) mengatakan sesuatu mengenai arwah suaminya Syed Omar Syed Yasin kepada Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA, Datuk Yeow Chin Keong (kiri) ketika kunjungan JPA di Taman Nakishah di sini, hari ini.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Yeow Chin Keong (dua, kiri) menerangkan mengenai prosedur penerimaan pencen kepada balu Syed Omar Syed Yasin, Sharifah Aminah Syed Ali (kanan) ketika ditemui di Taman Nakishah di sini, hari ini

Sharifah Aminah Syed Ali tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual pemberita di kediamannya di Taman Nakisah di sini, hari ini. Dia bersyukur apabila Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Yeow Chin Keong memberi jaminan akan menyelesaikan masalah anggota Polis Syed Omar Syed Yasin yang tidak menerima pencen sejak kematiannya pada 1962 dalam tempoh seminggu.

Hebat!. Itu saja yang boleh diucapkan kepada JPA. Selepas 49 tahun kematian Syed Omar. Hari ini JPA berjanji akan menyelesaikan masalah itu dalam masa SEMINGGU. Itupun selepas Mat Sabu berucap menyentuh kes serangan Mat Indera di Bukit Kepong. So kepada siapa harus diucapkan terima kasih?. JPA, Mat Sabu atau...Rosmah?.

Read more ...

INI DIA!!! Muslimat PAS yang cabar Khairy, ada berani

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/276646_266265423390283_1053555_n.jpgKUALA LUMPUR, 7 Sept: Selepas Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Muslimat pula hari ini ingin menyahut 'keberanian' Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berdebat berhubung isu pejuang kemerdekaan.

Bagi ketua penerangannya Aiman Athirah Al-Jundi, muslimat PAS bersedia berada sepentas dengan Khairy berdebat isu itu malah akan menghantar surat jemputan dalam masa terdekat.

"Semalam dia (Khairy) heboh menghentam Timbalan Presiden PAS (Mohamad Sabu) sebagai penakut la, bacul, tiada maruah la.

"Sekarang Muslimat pula nak cabar dia berdebat isu yang sama, kita nak tengok dia nak terima atau tidak," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Rembau itu semalam yang menyifatkan Mohamad sebagai bacul dan tiada maruah ekoran tidak mahu berdebat dengannya.

Mengulas lanjut, Aiman berkata penolakan timbalan presiden PAS itu dibuat kerana debat tersebut bukan anjuran PAS Pusat malah hanya inisiatif kerajaan negeri Kelantan.

Lebih dari itu katanya, gandingan Mohamad dengan Khairy juga dilihat bukan padanan setara kerana Mohamad adalah Timbalan Presiden PAS manakala Khairy hanya Ketua Pemuda Umno yang dipinggirkan.

"Dia (Mohamad) tolak sebab lihat pemuda, bagi la dengan pemuda, timbalan presiden dengan timbalan presiden la," katanya.

Debat tersebut sebelum ini dicadang oleh kerajaan negeri Kelantan yang mahu mempertemukan timbalan presiden PAS itu dengan Khairy berhubung isu pejuang kemerdekaan.

Mohamad dalam kenyataannya semalam bagaimanapun, menyerahkan kepada Dewan Pemuda PAS untuk berdebat dengan Khairy sebagai 'lawan yang sama padan'.

Menurut Mohamad, beliau hanya bersedia berdebat dengan lawan seangkatan iaitu Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang menyerang beliau termasuk menggesanya "bertaubat dan bertakwa" ekoran ceramahnya berhubung isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat berharap Khairy sedia menyahut cabaran debat mereka jika beliau tidak mahu dilihat betul-betul penakut dan bacul seperti yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS.

Read more ...

Punca serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong


Isteri Kau, Isteri Aku
Sejak Mat Indera popular dikalangan buruh sehingga diangkat menjadi pemimpin mereka, kerajaan British sudah mula memusuhi Mat Indera. Apatah lagi apabila Mat Indera bergerak di bawah Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad.

Matlamat mereka ialah untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan Angkatan Pemuda Insaf (API).

Pada 20 Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara dan semua gerakan dan partai gerakan kiri telah diharamkan.

Pada masa ini revolusi bergema di serata tempat. Mat Indera telah memimpin belasan pemuda memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British.

Mat Indera kemudiannya dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya.


Mat Indera adalah seorang kader penyusun gerak yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di pelbagai daerah negeri Johor adalah hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu.

Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau wujud di pelbagai kawasan terutama di Muar, Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mat Indera bersama gerakan Kaum Mudanya telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan ramai pekerja khasnya kaum tani.


Hubungan beliau dengan masyarakat bagai isi dengan kuku. Mat Indera sangat mengambil berat kehidupan masyarakat pelbagai bidang.

Masyarakat pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan.

Banyak kampung telah disusun dan menjadi asas untuk menyokong perjuangan bersenjata mereka. Tambahan pula kesan kemasukan tentera Gurkha dan Fiji British ketika era perang terhadap Jepun mula mendatangkan masalah kepada penduduk kampung.


Tentera Gurkha di Tanah Melayu

Inilah antara punca kepada peristiwa penyerangan Bukit Kepong. Menurut Pak Johan, masyarakat kampung ketika itu banyak diganggu oleh askar-askar upahan penjajah ini.

Perangai dan tingkahlaku buruk yang ditunjukkan oleh tentera Gurkha dan Fiji ini semakin menyusahkan masyarakat kampung sejak Jepun keluar dari Tanah Melayu. Mereka lebih gemar berjudi dan mabuk, seterusnya mengganggu orang kampung.

Askar Fiji pula lebih teruk lagi apabila tidak boleh melihat perempuan. Tidak kira
anak dara atau isteri orang, jika mereka suka mereka akan mendapatkannya.

Pernah terjadi satu peristiwa seorang kampung menetak dengan parang seorang lelaki yang sedang mengendap isterinya di dapur. Rupa-rupanya lelaki yang mengendap itu adalah tentera Fiji.

Walaupun tentera Fiji ini bersalah, dan hanya tercedera di lengan namun lelaki ini lebih malang lagi kerana dipenjarakan sehari di atas tindakannya itu.

Bak kata Pak Johan,
"Lagak askar Fiji ini dengan perempuan, tidak peduli. Jika mereka sudah suka, isteri kau..isteri aku.". Lebih malang lagi pengaruh buruk tentera-tentera upahan British ini turut mempengaruhi sebahagian anggota Polis melayu yang berkhidmat untuk British.

Walaupun tidaklah seteruk hingga merogol isteri orang, namun budaya minum dan mabuk ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan ramai anggota polis yang bekerja dengan British ketika itu.



Sdr Awang (kiri) bersama bapanya Yahya. Pak Yahya adalah anak kepada Pak Sanib.

Oleh kerana maklumat terperinci perjuangan Mat Indera ketika di dalam hutan tidak begitu diketahui oleh Pak Johan. Saya bersama SAMM berjaya menjejak anak kepada rakan baik Mat Indera iaitu Sanib Jasmani.

Sanib Jasmani adalah merupakan Ketua Kompeni Rejimen Ke-10, juga berasal dari Johor, dan pernah sama-sama berjuang bersama Mat Indera. Kami berjaya menjejakkan kaki ke Jeram, Muar untuk bertemu anak kepada arwah Sanib Jasmani iaitu Pak Yahya yang berusia 68 tahun.


Menurut Sdr Awang, iaitu anak Pak Yahya yang pernah bertemu sendiri dengan Pak Sanib semasa hidupnya, telah dimaklumkan tentang keburukan perangai tentera dan polis Britih ketika itu yang berlaku zalim dan penindasan terhadap penduduk kampung.

Namun apalah daya penduduk kampung ketika itu. Handak diharapkan kepada Polis melayu, mereka juga bekerja dengan British. Hendak melawan mereka tidak bersenjata.


Sanib Jasmani @ Masin merupakan anggota pasukan Melayu Johor.

Ketika inilah Mat Indera menjadi harapan masyarakat kampung untuk membela nasib mereka yang ditindas dan dizalimi oleh anjing-anjing British ini.

Menurut Awang juga, Mat Indera yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung di Muar hanya menggunakan Komunis untuk mendapatkan bekalan senjata bagi melawan polis dan tentera penjajah ini.

Pak Sanib akhirnya pulang kembali ke Malaysia selepas perjanjian damai hatyai pada 1989. Beliau telah meninggal dunia di Gunung Senyum di Jengka, Pahang beberapa tahun lepas.


Keluarga MAT INDERA Di Buang Negeri

Sejak Mat Indera menjadi buruan kerajaan British. Keluarga Mat Indra yang ketika itu tinggal di Bakri sentiasa mendapat penghinaan. Pak Johan turut menceritakan pengalamannya melalui zaman persekolahan ketika itu.

Penghinaan terhadap keluarganya yang dikatakan menjadi penyokong komunis dan pengganas sudah ditanamkan oleh propaganda kerajaan British ketika itu.

Propaganda itu turut menyerap dikalangan guru dan rakan-rakannya di sekolah ketika itu. Beliau sentiasa dicemuh oleh semua guru di sekolahnya sebagai keluarga komunis.

Kecuali seorang guru agama, Haji Hitam yang sentiasa memberi sokongan dan meminta Pak Johan supaya bersabar. Perkara ini tidak sukar difahami kerana, kebanyakan guru ketika itu adalah merupakan lepasan sekolah Inggeris, melainkan guru agama yang mempunyai kefahaman agama yang lebih.

Tambahan pula Mat Indera sendiri adalah seorang guru agama yang terkenal di Muar sebelum masuk berjuang di dalam hutan.


Hanya seorang guru agama sahaja yang tidak menghina dan mengutuk saya di sekolah sebagai Komunis dan pengkhianat - Pak Johan

Kemuncak tekanan kerajaan British kepada keluarga Mat Indera ialah mereka diusir dari bumi Johor. Keluarganya di arah untuk keluar dalam tempoh masa 3 bulan.

Jika mereka engkar mereka sekeluarga akan dipenjarakan. British memberikan kepada keluarga mereka 3 pilihan tempat untuk berpindah iaitu di Pulau Pinang, Singapura atau Melaka.

Akhirnya Pak Johan dan keluarganya memilih untuk berpindah ke Singapura.

Mereka sekeluarga tinggal di Singapura selama 5 tahun.

Sepanjang tempoh lima tahun di Singapura ini, mereka tidak mengetahui khabar berita tentang Mat Indera. Mereka hanya mendengar khabar berita tentang Mat Indera daripada berita serangan di Bukit Kepong dan Mat Indera ditangkap ketika mereka berada di Singapura.Pulak Dah

Read more ...

Umno tercedera dengan senjatanya sendiri

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara.

Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya.

"Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan.

Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain, nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno.

Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapkah Mat Indera sebenarnya)

Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara.

"Malang dalam situai ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah.

Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan.

Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang.

"Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0, kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly.

Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan.

Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58).

Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.

"Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya.

Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu.

Read more ...

JAIS kubu UMNO di Selangor

SHAH ALAM, 7 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno dalam usaha menyekat pergerakan PAS.

Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau.

Khalid yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas beliau itu.

“Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS.

"Enakmen yang diguna pakai oleh mereka adalah yang digubal semasa pemerintahan mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat membuat apa yang mereka suka lebih-lebih lagi apabila sudah hampir dengan pilihanraya,” jelasnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya di Kuala Terengganu mendakwa Umno terlibat di belakang operasi memeriksa yang dibuat Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama.

Ekoran itu, Umno Selangor mahu menyaman beliau dan Mustafa menjawab beliau akan memberikan buktinya dalam mahkamah nanti.

Dalam pada itu, Khalid tidak menolak Jais bukan sahaja menyekat pergerakan PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Jelas kerana semuanya bermotifkan politik dan Umno berada dalam ketakutan, mereka bukan sahaja ingin menghalang PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Sepatutnya Intitusi ini bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang Islam tetapi sekarang semuanya telah berubah mereka pula yang menghalang.

“Selama tiga tahun kita telah cuba mencorak Jais dengan pendirian Islam memerintah bukannya diperintah tetapi Jais tetap berkeras dengan pendirian lama mereka yang mahukan pentauliahan jika ingin menyampaikan tazkirah kecuali di rumah sahaja,” katanya lagi.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Saya akan terus lawan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa hilang keistimewaan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan dengan kesalahan tersebut.

“Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup kehilangan segala-galanya dalam mencari keadilan kepada gadis Melayu sebelum ini kenapa kita ingin takut untuk menegakkan Islam.

“Dari sudut undang-undang saya akan beri kerjasama sepenuhnya dan akan bersuara jika tindakan tersebut bertentangan dengan apa yang Islam inginkan,” sambungnya lagi.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Read more ...

Duit zakat bina menara 15 tingkat,, malanglah nasib orang fakir dan miskin

SEREMBAN, 7 Sept: Di tengah-tengah masyarakat membincangkan peranan institusi zakat dalam membantu umat Islam yang memerlukan bantuan untuk hidup, tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mahu membina menara 15 tingkat sudah tentu mendapat bantahan.

PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan jenteranya untuk membantah tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mainn) yang bercadang untuk membina menara 15 tingkat kerana ia bukan keperluan umat Islam sekarang.

"Umat Islam di negeri ini sekarang memerlukan bantuan Mains untuk membebaskan golongan asnaf penerima zakat dan bukannya menara yang tinggi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani (gambar) kepada Harakahdaily.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin mengumumkan Mains akan membina sebuah menara 15 tingkat yang akan dikenali sebagai sebagai Kompleks Mains bertujuan akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.

Bagi Taufek, golongan asnaf (orang yang layak menerima zakat) sangat memerlukan bantuan dari Mains untuk menerukan kehidupan mereka.

Menurut Taufek, beliau pernah membawa isu ini di DUN Negeri Sembilan namun Menteri Besar menjelaskan, wang yang akan digunakan bukan wanag zakat tetapi wang keuntungan dari projek yang dibuat oleh Mains.

"Namun bagi saya, wang Mains semuanya berasal dari wang zakat
rakyat, ia patut kembali terus untuk membantu asnaf zakat ini," kata beliau.

"Apa salahnya, Mains membantu golongan asnaf ini dengan memberikan bantuan modal untuk berniaga kecil-kecilan, misalnya menjual goreng pisang, menjual buah atau menjual burger misalnya daripada berfikir untuk membina menara 15 tingkat.

"Tambahan lagi ketika umat Islam berbincang soal ada antara mereka terpaksa menerima bantuan dari pihak lain termasuk gereja untuk hidup, apa rasionalnya Mains mahu membina menara," kata Taufek kepada Harakahdaily.

Beliau mengganggap, buat masa ini tidak ada keperluan untuk Mains membina menara itu kerana di Negeri Sembilan sekarang ini kerana kegiatan hartanah di ini belum sampai ke peringkat keperluan untuk projek seumpama itu.

Ekoran itu, beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan tindakan bersama.

"Di samping itu, saya akan meminta pihak Lajnah IT kita membina prasarana termasuk Facebook untuk menjelaskan isu ini," kata beliau lagi.

Tidak wajar

Sementara itu, Badrul Hisham Shahrin (gambar) atau chegu Bard dalam satu kenyataannya berkata, Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau pada satu peringkat bersetuju dengan pembinaan menara 15 tingkat yang akan bukan saja memberikan imej positif kepada institusi pengurusan Agama Islam di negeri ini tetapi secara umumnya akan menjadi kebanggaan negeri ini secara amnya.

"Namun sedikit kegusaran muncul apabila memikirkan benarkah Mains memerlukan pembinaan menara ini sekarang ? Adakah ia merupakan satu 'perlaburan' bijak Mains pada ketika ini?" kata beliau dalam satu kenyataan.

Kegusaran ini sudah tentu tak boleh dielakkan apabila melihat pelaburan Mains sebelum ini mengakibatkan kerugian dan tidak begitu berjaya seperti Bazaar Mains Seremban.

Kompleks Bazaar Mains mula beroperasi pada tahun 2005. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban iaitu di Jalan Dato Abdul Rahman.

Kompleks Bazaar Mains ini adalah merupakan bangunan dua tingkat terdiri dari 52 lot kedai yang menempatkan 31 lot kedai di tingkat atas dan 21 lot kedai di tingkat bawah.

Projek Baazar Mains yang ingin mengangkat idea Pekan Rabu (Alor Setar) ini menelan belanja besar tetapi sehingga kini pulangan tidak berbaloi.

Malah peniaga yang berniaga di situ juga mengeluh kerana tumpuan orang ramai yang tidak memberansangkan ke kompleks tersebut.

Sehinggalah ada blogger di negeri ini mengenengahkan keluhan peniaga di kompleks itu baru ada sedikit perhatian.

Malah bloghttp://bazaarmains.blogspot.com/ telah diwujudkan secara sukarela oleh seorang blogger tempatan untuk mempromosikan kompleks tersebut setelah kesian melihat keadaan peniagaan di kompleks tersebut.

Parti Keadilan Rakyat Rembau, kata Cikgu Bard, mengesa satu kajian secara menyeluruh harus dilakukan sebelum meneruskan niat membina menara 15 tingkat ini.

Malah pembiayaan dan perbelanjaan projek ini juga harus diumumkan untuk memastikan ketelusan dalam projek ini, katanya.

Read more ...

Keluarga tuntut kerajaan bersihkan nama Mat Indera

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kerajaan BN diminta membersihkan imej Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara kerana beliau ternyata seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Sehubungan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula memandangkan sejarah yang ada kini terdapat terlalu banyak penyelewengan dari fakta yang sebenar.

Adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, berkata, fakta sejarah perjuangan sebenar mengenai abangnya sememangnya terlalu banyak yang diselewengkan dan amat perlu dikaji semula oleh ahli-ahli sejarah.

Menurut beliau, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

Katanya, namun abangnya telah dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak British ketika menjajah negara kita dulu dan ia perlu dikaji semula bagi membersihkan imej dan nama baik ahli keluarganya.

"Dalam hal ini, para pemimpin Umno perlu bersikap jujur terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ahli-ahli sejarah juga perlu mengkaji semula fakta-fakta sejarah yang telah diselewengkan itu dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja.

"Bagaimana abang saya boleh dituduh pengkhianat, sedangkan beliaulah yang telah menyelamat salah seorang anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar, anak kepada anggota polis Merin di Bukit Kepong," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, terdapat ramai lagi mangsa yang telah diselamatkan oleh abangnya dalam tragedi di Bukit Kepong.

Read more ...

APA CERITA!!! UMNO kata benci sangat komunis tapi kerajaan beri RM8000 kepada setiap komunis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMb1GdaReQAy_PRB_CxUAB0rs0hvWn1zMI-tFyfhboX95QjuRjiMFjrw-jSSKNDSm9sHzWltx1Vz1t_RJG_RTVGasCuFyLoosxcZyajJIwoyhMDqDtWULVnqg_u49B-aY0umRorK-H0Kw/s1600/20091130_chin_peng_09.jpgTarikh 2 Disember 1989 harus diingat oleh semua rakyat Malaysia. Ini ialah tarikh dimana komunis membuat perjanjian dengan kerajaan Malaysia.

Komunis tidak menyerah kalah atau dikalahkan, mereka hanya melupuskan senjata mereka dan menghentikan aktiviti militan.

Komunis diberi pilihan untuk menetap di Malaysia dengan diberi wang sebanyak RM 8,000.00 seorang serta wang saraan hidup sebanyak RM 300.00.


Adakah manafaat, tawaran serta ganjaran lain diberikan kepada komunis selepas 2 Disember 1989?

Apakah tawaran yang diberikan kepada pasukan keselamatan yang terkorban, kudung tangan dan kaki selepas 2 Disember 1989?

********************
PELAKSANAAN PERJANJIAN HAADYAI

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.

Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Damai_Haadyai_1989

When the Communist bloc in Europe collapsed in the late 1980s, the MCP had accepted the fact that they did not have any chance to form a communist government in Malaya.

After a series of negotiations between the Malaysian Government and the MCP, with the Thai Government as the mediator, the MCP finally agreed to sign a Peace Accord in Haadyai, Thailand on the 2 December 1989.

The peace accord did not require the MCP to surrender; it only required that the MCP cease their militant activities.

With the signing of the Haadyai Peace Accord, the MCP agreed to disband their armed units and destroy all of their weapons.

They also ‘pledged their loyalty’ to His Majesty the Yang di Pertuan Agong of Malaysia. This date marked the end of the MCP insurgency in Malaysia.

At the end of the peace accord, it was estimated that there were about 1,188 MCP members still on the active list. Some of them chose to return to their states in Malaysia and the rest selected to stay in a “Peace Village” at the Thai border. The Malaysian Government had paid them all some compensation money. First RM 3,000 was paid on their immediate return, and another RM 5,000 was paid three years after their return.

Read more ...