Tuesday, November 20, 2012

UMNO OH UMNO!!! Buat laporan murtad , baju tersembul lambang Salib.....

KOTA BAHARU, 20 Nov -- Kira-kira 15 anggota Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan tampil ke Ibupejabat Polis Daerah Kota Baharu bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu murtad pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di sini, hari ini.
Kumpulan itu diketuai oleh pengerusinya, Mohd Noor Deris (empat kiri).


Konon nak cari publisiti dalam isu yang mereka sendiri putar belitkan,susah payah cai-cai UMNO buat report polis isu murtad konon-nya. Semua mereka ni konon-nya 15 orang dari Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan...tapi salah sorang dari mereka pakai baju ada tertera logo salib...


Adakah yang memakai baju tersebut bukan Islam...??


Inilah berkat doa " Ko BN ", segala tindak tanduk puak UMNO semakin menuju kahancuran...!!!!


Haram Memakai pakaian ada Lambang Salib, Syaitan dan jenama arak
KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
 
Orang ni

Read more ...

RUPANYA!!! Malaysia tak iktiraf Hamas sebagai Kerajaan sah Palestin


KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER: Kerajaan Malaysia digesa mengiktiraf HAMAS sebagai kerajaan sah Palestin sebagaimana keputusan pilihanraya negara itu pada 2006.

Setiausaha Antrabangsa DAP, Liew Chin Tong dalam satu wawancara berkata, bahawa Amerika Syarikat dan komuniti antarabangsa seharusnya kembali kepada keputusan pilihanraya tahun 2006 dan mengiktiraf kerajaan yang dipilih warga Palestin.

Bagi beliau, pengiktirafan antarabangsa terhadap kerajaan sah pimpinan HAMAS itu akan memberi ruang dan peluang kepada Palestin untuk wujud sebagai negara yang berdaulat serta membolehkan solusi dua negara beroperasi.


Bercakap selepas sidang tergempar Dewan Rakyat yang mengecam serangan Israel terhadap wilayah Gaza di Palestin, Chin Tong berkata, pengiktirafan terhadap HAMAS sebagai kerajaan sah Palestin adalah penting supaya HAMAS tidak lagi dilayan seolah-olah sebuah kumpulan pengganas.

Read more ...

HINA AHLI PAS!!! Ahli UMNO Haji Alfaiezeen Hamat memohon maaf




Akhirnya Haji Alfaiezeen minta maaf secara terbuka setelah menghina ulama dan ahli Pas serta mempersendakan kalimah syahadah . 

Setelah dikecam dengan hebat dilaman sosial dan blog  Haji Alfaiezeen Hamat terpaksa tunduk dan MEMOHON MAAF kerana keceluparan kata katanya yang menghina ulama serta  mempersendakan kalimah syahadah.

Moga diampun dosa serta di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah kepada Haji Alfaiezeen.

Read more ...