PARIT BUNTAR : Tuan Haji Harun Hashim mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar apabila menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat agung PAS Kawasan Parit Buntar kali ke 59 pada 14 September lalu yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong
Turut mengekal jawatan tanpa bertanding ialah Abdul Bahrin Desa sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar.
Pengerusi Urusetia Mesyuarat Agung Azhari Hadi berkata, jawatan Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan Ulama telah diisi oleh muka baru iaitu Ustaz Muhammad Yaakob dan Ustaz Shafie Ismail yang masing-masing menang tanpa bertanding
" Seramai dua puluh orang telah bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar.
“ Setelah pengundian dibuat untuk memilih seramai enam belas orang sahaja, kebanyakan pemenangnya adalah ahli jawatankuasa yang lalu" katanya
Menurut Azhari , enam belas Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih ialah Fakhrurrazi Haji Khalid, Dr. Abdul Rahman Abu Bakar , Adnan Abd Rahman ,Hamdan Fadel Ahmad, Norijan Omar , Khairulzami Muhammad , Ahmad Azhar Shahrin, Hairulnizam Ishak, Hosni Mokhtar, Redhuan Osman, Ustaz Qori Yunus, Haji Muhammad Abdullah, Hajah Salmiah Muhammad, Ustaz Ahmad Ismail, Haji Hayat Mokhtar dan Haji Ahmad Bahtiar
Read more ...