DILULUSKAN OLEH MAJLIS PENGAMPU NEGARA
Pada hari Jumaat 25 hb yakni
semalam, khutbah2 Jumaat di masjid2 utama negara (yang mendapat teks
dari JAKIM) membicarakan tentang hari belia dan khutbah di tempat aku
mengenakan tajuk "Melahirkan Belia Patriotik".
Sejujurnya, letaklah
tajuk apa pun - semuanya menjurus kepada memuji muja perancangan
kerajaan UMNO BN menganjurkan Himpunan
Jutaan Belia di Putrajaya pada ketika ini.
Kononnya tindakan ini - yang
bertemakan "jutaan peluang penuh keriangan" ini merupakan antara
langkah murni kerajaan menyantuni golongan belia yang dilihat sebagai
aset masadepan negara yang akan menerajui Malaysia ini pada satu hari
nanti.
Bagi aku, secara asasnya Himpunan Belia ni ada kebaikannya.
Diwujudkan karnival mencari kerja dan ruangan utk para peniaga untuk
berniaga dan mempromosikan barangan depa. Kita lupakan sejenak yang
Himpunan ini merupakan salah satu cara UMNO BN untuk meraih sokongan
belia.
Lupakan sejenak betapa pelbagai penyalahgunaan jabatan dan
kementerian awam dalam penganjuran dan promosi Himpunan Belia ini.
Lupakan,
jika boleh, bahawa ini merupakan satu cara Najib untuk melawan
pengaruh PR dalam menganjurkan perhimpunan terutamanya selepas himpunan
UMNO di Bukit Jalil tak "menjadi".
Lupakan juga betapa pelajar2
sekolah diarahkan oleh kementerian pelajaran menerusi sekolah masing2
untuk hadir memeriahkan suasana agar tercapai target "jutaan belia"
hadir.
Cuma, yang aku kesalkan MENGAPAKAH PERLU DISELITKAN perkara2
yang HARAM seperti konsert K Pop untuk menarik minat belia menghadiri
himpunan ini? Mengapa mesti disajikan persembahan yang langsung tak
membawa apa2 pengisian baik dari segi jasmani mahupun rohani ini?
Malah, yang dibawa bukanlah artis tempatan pun tetapi disumbatnya
artis2 Korea dan Jepun! Patriotik apa namanya ni kalau bab menyanyi pun
kena import? Artis2 kita ni layak buat opening act je ke? Menyentil
populariti orang lain? Inilah yang benar2 buat aku pelik.
Apa
kaitannya konsert K Pop untuk melahirkan generasi yang cakna dan
berwawasan? Adakah ada pengisian dari segi memantapkan akidah? Ada ke
modul untuk mencambahkan rasa cinta terhadap Jalur Gemilang? Ada?
Yang
ada hanyalah anak2 muda yang majoritinya melayu (tak perlu ambil kira
org2 luar negara) terkinja2 menjerit2 memuji muja penyanyi2 K Pop
kesayangan depa, sampai ada yang sanggup menconteng muka dan tangan
dengan pewarna untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang depa terhadap
artis2 kafir itu.
Malah kalaulah berpeluang, remaja2 ini - perempuan
majoritinya dan ada yang bertudung pun - pastinya akan memeluk cium
artis2 pujaan depa ni tak nak lepas2! Inikah pengisian yang ingin
dibawa oleh UMNO BN?
Pada tahun lepas, ketika himpunan yang sama
berjalan (dan sekali lagi artis K Pop dijemput menyanyi), ada puak2
yang menembak aku dengan menyatakan "kenapa tak kutuk konsert di I
City" dan seumpamanya.
Kali
ini, depa nak jawab apa lagi - 2 tahun berturut2 hiburan maksiat serba
lagha ini dianjurkan sedangkan kerajaan negeri Selangor TIDAK LAGI
MENGADAKAN KONSERT LAGHA SECARA BESAR2AN, dan pada kali ini situasinya
jauh lebih biadab - sanggup membatalkan tauliah mengajar kepada seorang
Ustaz supaya kuliahnya di Putrajaya dibatalkan kerana bertembung
dengan aturcara program Himpunan Belia ini, yakni konsert K Pop
tersebut.
Inilah hakikatnya - konsert K Pop diutamakan berbanding
Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus. Konsert maksiat serba lagha
didahulukan, pengajian ilmu akhirat diketepikan. Inikah transformasi
yang dicanangkan oleh pentadbiran Najib? Men"transform"kan belia negara
daripada hanyut kepada SESAT LARAT?
Apakah satu dosa kiranya
penganjur menyelitkan kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus ini sebagai
salah satu agenda program utama? Alang2 dia dah ada kat Putrajaya kan?
Aku yakin, jika penganjur buat mcm ni sudah pastilah depa akan mendapat
segenap pujian dari semua pihak dan dari segi political mileage, ini
adalah satu benda yang amat hebat untuk populariti depa.
Even kalau tak
jemput Ustaz Azhar Idrus pun atas alasan beliau ini agak cenderung ke
PAS, buatlah program2 seperti diskusi agama bersama ulama muda UMNO.
Payah sangat ke? Tetapi depa memilih untuk terus melaghakan belia
negara.
Depa memilih untuk terus menjahilkan belia2 masa depan negara
ini. Depa mahu menarik minat belia, tetapi depa memilih cara yang
haram. So yang datang pun semuanya yang mcm haram la. Aku menaip
bukanlah marahkan depa yang datang. Budak2 ni jahil.
Hijab minda tak
terbukak lagi jadi golongan sebegini perlu kita didik dan tuntun dengan
baik serta mengikut landasan agama agar depa tidak terpesong. Ustaz
Azhar Idrus - yang amat mengagumi Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri
Hadi Awang dan Mursyid al Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz - telah melakukan
tugas yang amat menakjubkan apabila berjaya menarik minat pelbagai
golongan termasuklah golongan muda, kaki lepak, kutu rayau, mat rempit,
artis malah golongan mat pit untuk menggali isi kuliahnya.
Berapa
ramai budak2 remaja yang mengikuti dengan tekun kuliah2 Ustaz Azhar -
dan aku temui - mula berubah fikrah depa iaitu lebih ke arah keIslaman?
Depa tetap remaja - lepak, main bola, main gitar tepi tembok, merempit
tetapi depan mata aku sendiri, lagi 10 minit nak maghrib depa pun
brsurai dari melepak - "weh, nak maghrib ni. blah blah blah. lambat lak
nak pi surau sat gi".
Inilah impak yang amat positif! Alangkah
indahnya kalau SEMUA belia kat negara ni berjaya dituntun ke arah ini!
Malah, jika depa benar2 didedahkan dengan Islam dan Iman, depa akan
jadi lebih kuat dan kukuh kesetiaan dalam hati dan ini termasuklah
kecintaan dan kesetiaan kepada negara sebab Islam sememangnya mengajar
kita agar setia dan berkorban untuk negara dengan ditunjangi ruh
Islami.
Inilah asas utama melahirkan belia patriotik. Yang menjadi
sasaran kemarahan aku adalah penganjur. Penganjur yang berterusan
mencambahkan bibit2 lalai dan maksiat dalam diri anak2 muda kita.
Meminjam
kata2 Najib, inilah "HARAM JADAH"! Alhamdulillah, walaupun tempat
kuliah terpaksa diubah demi memberi laluan kepada "pengisian ala-UMNO",
Masjid As-Salam di Puchong Perdana tadi tetap penuh sesak menerima
kehadiran belasan ribu umat manusia - 60% daripadanya belia - yang
dahagakan curahan ilmu dan tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus.
Gambar2
yang dikongsi di laman Facebook rasmi UAI membuatkan aku terfikir,
"alangkah bodohnya UMNO BN!" Nak buat mcm mana, depa mmg bodoh.
Mendahulukan maksiat banding rahmat. Dan ini kot "Islam Wasatiyyah" ala
UMNO.
Mana geng ILMU, fathul bahri dan orang-orang agama dlm UMNO?. Itulah hakikat sebenar kerja mereka, hanya menjadi "ilmuan terompah" yg "dirasuah" untuk menzahirkan kefasiqkan dan kemaksiatan sebagai satu amalan mulia pimpinan mereka. Dipakai oleh pimpinan mereka hanya apabila saat diperlukan. Laknatullah alaih!. -Ikhlaskanlah dengan ilmu Allah, jangan perniagakannya. - [Gambar di atas menyatakan bahawa program tersebut mendapat restu dan redha ilmuan agama yg mengaku islam dlm UMNO - anda nilaikan]
Mana geng ILMU, fathul bahri dan orang-orang agama dlm UMNO?. Itulah hakikat sebenar kerja mereka, hanya menjadi "ilmuan terompah" yg "dirasuah" untuk menzahirkan kefasiqkan dan kemaksiatan sebagai satu amalan mulia pimpinan mereka. Dipakai oleh pimpinan mereka hanya apabila saat diperlukan. Laknatullah alaih!. -Ikhlaskanlah dengan ilmu Allah, jangan perniagakannya. - [Gambar di atas menyatakan bahawa program tersebut mendapat restu dan redha ilmuan agama yg mengaku islam dlm UMNO - anda nilaikan]