Thursday, August 4, 2011

Liwat Fasa 2: Mengapa Najib dan Rosmah takkan datang mahkamah??

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/08/najib-rosmah-saiful.jpg?w=240&h=140Terdapat suatu hal tentang mahkamah yang menakutkan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Kenapa?


Kerana di dalam mahkamah undang-undang, apa saja yang anda katakan akan direkodkan sebagai rekod awam dan anda tidak akan berani berbohong di mahkamah terbuka, kecuali dengan sengaja berbuat demikian.


Justeru, apabila wujud isu untuk pasangan ‘pertama’ tersebut dipanggil ke kandang saksi dalam perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, kedua-dua Najib dan Rosmah mengambil jalan mudah – tunjukkan kami sapina (perintah mahkamah untuk hadir perbicaraan)!


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu mereka telah enggan untuk bekerjasama.


Temubual biasanya dijalankan untuk menentukan sama ada seseorang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.


"Mereka telah menolak untuk datang ke mahkamah, bagi ditemuramah oleh pihak pembelaan melainkan jika mereka telah disampaikan sepina," Peguam Cara Negara II Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah.


Kemungkinan besar, Najib dan Rosmah telah diberi taklimat oleh Peguam Negara, yang memberi jaminan kepada pasangan ‘pertama’ bahawa segalanya berjalan dengan baik untuk bersembunyi di sebalik perkara teknikal.


Kedua-dua suami isteri tersebut didakwa menetaskan tuduhan liwat terhadap Anwar dalam usaha untuk mencemar dan menjejaskan kerjaya politiknya.


Sapina atau saman ini dikeluarkan oleh mahkamah bagi mengkehendaki seseorang itu menjadi saksi di mahkamah. Ia diperuntukkan di bawah Seksyen34 (1) Akta 593 Kanun Acara Jenayah.


Najib dan Rosmah bersembunyi di sebalik perkara teknikal ini.


Kedua-duanya tidak diwajibkan untuk hadir ke mahkamah sehinggalah apabila hakim menandatangani perintah saman tersebut.


Kehakiman terkongkong sejak tahun 80an


Sedikit perkara berkenaan teknikal ini memperkuat hakikat bahawa Badan Kehakiman di Malaysia berada dalam keadaan lemah bahawasanya undang-undang dan peraturan ditentukan oleh beberapa kerat elit yang memegang jawatan tertinggi di negara ini.

Krisis perlembagaan Malaysia (juga dikenali dengan krisis kehakiman 1988) merupakan siri peristiwa yang bermula dengan perhimpunan agung parti United Malay National Organization (Umno) pada tahun 1987 dan berakhir dengan penggantungan serta seterusnya pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas daripada jawatannya.

Mahkamah Agung pada tahun-tahun menjelang tahun 1988 telah semakin bebas daripada campur tangan cawangan-cawangan lain dalam kerajaan.

Kemudian muncul perkara-perkara yang menjadi persoalan di fikiran bilamana Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.


Dia amat percaya kepada ketuanan cawangan eksekutif (pelaksana dasar dan undang-undang) dan cawangan legislatif (cawangan pembuat dasar dan undang-undang).


Ramai yang melihat pemecatan Salleh Abas dan dua orang hakim Mahkamah Agung sebagai penamat kebebasan kehakiman di Malaysia. Tindakan-tindakan Mahathir pada ketika itu dikutuk diperingkat antarabangsa.


Sejak tahun 1988, terdapat desakan berterusan untuk tinjauan semula secara rasmi terhadap tindakan kerajaan sepanjang krisis tersebut.


Pada tahun 2008, Menteri Undang-undang Zaid Ibrahim berkata kerajaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada hakim-hakim yang dipecat, menyebut tindakan kerajaan semasa krisis tersebut sebagai “tidak wajar”.


Tidak lama kemudian, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memanggilnya sebagai suatu krisis negara yang tidak pernah pulih, lantas mengumumkan bayaran pampasan ex gratia kepada para hakim yang dipecat dan digantung tugasnya itu.


(Ex gratia merupakan istilah Latin yang merujuk si pembayar tidak perlu menanggung tanggungjawab dan bebanan undang-undang)


Meskipun kesemua hal yang diatas telah dilakukan oleh pemimpin sebelum Najib, ia tidak mengembalikan kehakiman kepada keadaan asalnya.


Malah, Najib sendiri telah berjaya memanipulasi mahkamah agar tidak dipanggil sebagai saksi – meskipun penglibatannya dalam kedua-dua kes Scorpenes dan Liwat II amat ketara.


Asas yang kuat memanggil pasangan ‘pertama’


Anwar Ibrahim memiliki asas yang kuat untuk memanggil Najib dan Rosmah untuk tampil sebagai saksi.


Ini kerana ianya akan mendedahkan apa yang dibincang dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri kepada Saiful, apabila dia bertemu Najib di pejabatnya, tiga hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.

Najib pada peringkat awalnya menafikan bahawa dia mengenali Saiful, sepertimana juga dia mengaku tidak kenal dengan gadis cantik Altantuya, berusia 28 tahun, yang dibunuh dua orang pengawal peribadinya pada tahun 2006.

Hanya apabila keluar gambar yang menunjukkan Saiful dengan pembantu peribadi Najib di pejabatnya, maka Najib menarik balik kata-katanya dan menyatakan dia bertemu Saiful serta menawarkan nasihat bagi tindakan Saiful yang seterusnya.

Najib juga terlibat dengan kes rasuah kapal selam Scorpene, yang berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya.

Siasatan setakat ini berada pada tahap terakhir dan pendengaran kes di mahkamah terbuka akan bermula dalam bulan September.


Selaku Menteri Pertahanan yang meluluskan urus niaga dengan DCN, firma penjual senjata Perancis itu, maka dia perlu dipanggil sebagai saksi di mahkamah Perancis.


Jika Najib memilih untuk tidak mempedulikan perintah mahkamah tersebut, akibatnya dia boleh didakwa kerana melanggar perintah mahkamah.


Berbeza dengan kehakiman Malaysia, mahkamah Perancis tidak akan menyapu keingkarannya di bawah karpet.


Namun, bagi kebanyakan rakyat Malaysia, adalah amat menghairankan dan timbul persoalan kenapa untuk Najib dan Rosmah tidak mahu membuktikan mereka tidak bersalah di mahkamah undang-undang.


Mungkin ia disebabkan hakikat bahawa di mahkamah Malaysia, pertimbangan tidak bersalah itu diletakkan pada bahu yang tertuduh.


Seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan kesalahannya.


Oleh kerana kedua-dua Najib dan Rosmah menolak untuk hadir ke mahkamah, bolehkah sesiapapun menyalahkan rakyat Malaysia daripada memikirkan hal yang paling teruk – bahawa mereka sememangnya bersalah!!JP

Read more ...

TERKINI!! Bursa saham seluruh dunia menjunam, dunia berdepan krisis ekonomi!!



Indeks-indeks petunjuk utama bursa saham seluruh dunia menjunam teruk menyusuli kejatuhan pasaran saham di Wall Street semalam.

Krisis ekonomi dunia yang cuba dielak berpunca daripada keputusan had hutang Amerika Syarikat yang diluluskan kelmarin sebanyak USD14.2 trilion (RM42.3 trilion) turut tidak mampu mengubah keadaan.


Pagi ini setakat pembukaan sesi dagangan bursa saham utama di Asia turut menyaksikan kejatuhan paling dahsyat selepas 2008 ekoran krisis sub-prima di Amerika Syarikat.


Di Jepun, Indeks Nikkei menjunam 4.09 peratus atau 395.09 mata kepada 9264.09 mata, paras terendah dalam tempoh 5 bulan.


Di Australia, Indeks S&P/ASX200 merudum 174 mata kepada 4,102 mata, paras terburuk dalam tempoh dua tahun dan di Singapura, Indeks Straits Times hilang 88.07 mata kepada 3,108.94 mata.


Pasaran saham di negara Amerika Syarikat jatuh dengan teruk pada sesi penutup semalam, 4 Ogos 2011 akibat kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi dunia.


Index Dow Jones menjunam lebih 500 mata dan kali terakhir ianya jatuh lebih 500 mata adalah pada bulan Disember 2008.


Setakat jam 940 pagi tadi inilah kedudukan terkini indeks saham utama di Asia yang menakutkan para pelabur yang bimbang krisis ekonomi dan hutang Greece dan Portugal serta kelemahan Euro berbanding Dolar Amerika akan mengheret dunia kepada satu lagi episod runtuhnya sistem kapitalis dan pemulihan ekonomi dunia terencat.


INDEKS UTAMA BURSA ASIA


JEPUN - NIKKEI 225 - 9264.09
-395.09
AUSTRALIA - S&P/ASX200 - 4102 -174
SINGAPURA - STRAITS TIMES - 3108.94 -88.09
HONG KONG - HANG SENG - 20860.35 -1024.39
KUALA LUMPUR - FBM/KLCI - 1525.43 -21.46

JALAN PULANG




Asian stock markets plummeted in early trade on Friday following carnage in the US and European markets amid fears the world was heading towards another financial crisis.


Major markets in Japan, Australia and South Korea tumbled by at least four percent in the opening minutes of trade as already-fragile investor confidence was hammered by the eurozone debt crisis and more weak US economic data.


"It's going to be very ugly end to an even uglier week," IG Markets analyst Ben Potter said in Sydney, adding that all sectors were expected to take a battering.


Australia's benchmark S&P/ASX 200 was 174 points lower at 4,102, while in Tokyo the Nikkei index plunged 395.09 points, or 4.09 percent, to stand at 9,264.09.


In Seoul, the benchmark KOSPI index fell 81.30 points, or 4.0 percent, to 1,937.17 -- the lowest level since March.


The winds of fear blew into Asia overnight from the United States, where the Dow Jones Industrial Average suffered its worst one-day drop since December 2008 to close 4.3 percent lower at 11,383.68, erasing all this year's gains.


The broader S&P 500 dropped 4.8 percent to end the day at 1,200.07, while the tech-heavy Nasdaq Composite dived 5.1 percent to 2,556.39.


London's benchmark FTSE 100 index fell 3.43 percent, retreating to levels last seen in September 2010 while in Frankfurt the DAX fell 3.40 percent, and France's CAC 40 dropped 3.90 percent.


"We're seeing the erosion and now the loss of confidence, confidence in the economy, confidence in the market, confidence in the policy makers. It's all showing up," said US-based Hugh Johnson, of Hugh Johnson Advisors.JP

Read more ...

Imej Rosmah Mansor kini hancur selumat-lumatnya!!

Rosmah Mansor mencatat sejarah sebagai isteri Perdana Menteri PERTAMA
paling berkuasa berbanding suaminya sendiri!

“Kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor memang penuh dengan kontroversi” - Itulah ungkapan yang dilaporkan media Indonesia, KOMPAS.com hari ini dalam satu artikel mengulas mengenai kontroversi isu pembelian cincin berlian bernilai US24 juta yang dinafikan Rosmah minggu lalu.

“Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia?


“Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan,” tanya KOMPAS dalam laporannya hari ini.


Memetik laporan-laporan dalam negeri dalam kontroversi isu pembelian cincin berlian, KOMPAS melaporkan bahawa Rosmah telah menyatakan bahawa kontroversi tersebut hanyalah satu fitnah dan ‘menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya (untuk) dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu’.


Namun, penafian tersebut tidak menghalang artikel tersebut untuk menyifatkan kehidupan isteri Perdana Menteri Najib Razak ini sememangnya penuh dengan kontroversi.


“Perimekar Sendirian Berhad diketahui Parlimen Malaysia telah menerima wang komisyen sebanyak 100 juta euro (sekitar Rp 1.2 trilion) atas pembelian kapa selam Scorpenen buatan Perancis.


Pada pertengahan Julai, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia yang mengugat Perimekar Sdn Bhd atas dakwaan suap dan korupsi dalam kes pembelian kapal selam Scorpene telah ditahan Imigresen Malaysia lalu dihantar pulang ke negara beliau.


Tindakan itu telah memicu protes daripada pergerakan hak asasi di Malaysia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram),” tulis artikel tersebut.


Pada 23 Julai yang lepas., William yang berada di negara untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang setelah memberikan taklimat kes tersebut di satu makan malam anjuran Suaram di Pulau Pinang.


Kementerian Dalam Negeri telah memberikan alasan bahawa William telah menyalahi kegunaan visa beliau ketika dalam negara, walaupun umum mengetahui bahawa rakyat Perancis tidak memerlukan sebarang visa untuk memasuki negara Malaysia.


Menurut laporan KOMPAS lagi, krisis pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia dan senjata-senjata pertahanan yang lain didakwa telah mengakibatkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaarribuu pada bulan April 2006.


“Altantuya, puteri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui mempunyai hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat peribadi Perdana Menteri Najib Razak.


Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan beberapa bahasa asing, menurut pihak pembangkang, juga memahami betul selok-belok pembelian senjata yang digunakan oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia.


“Kerana menuntut terlalu banyak (komisen), akhirnya dia ditembak mati, lalu tubuhnya diletupkan,” tulis laporan itu lagi, sambil menambah bahawa dua orang, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya.


“Namun, auktor intelektualis dan dakwaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan (di mahkamah) sehingga pihak pembangkang Malaysia mengemukakan tuntutan di Mahkamah Paris, Perancis (kes Suaram),” tambah laporan itu lagi.


Kontroversi lain yang melingkupi Rosmah, kata laporan tersebut adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan.


“Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia.


Maira Nazarbayev kerap keluar bersama Datin Rosmah,” tambah laporan itu lagi.


Akibat kontroversi-kontroversi tersebut, kini terdapat sumber yang menyatakan bahawa satu gerakan yang kuat dan serius telah berlangsung di dalam Umno untuk menyingkir Najib dan Rosmah kerana mereka berpandangan bahawa suami-isteri tersebut telah menjadi liabiliti terbesar kepada Barisan Nasional menjelang pilihanraya ke 13.


"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.


"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang akhbar hari ini.


Di samping itu, blogger Mohd Sayuti Omar telah juga melaporkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara yang sama bahawa terdapat satu pergerakan untuk menjatuhkan Najib yang didakwa sumbernya diketuai Penawar, Persatuan bekas-bekas Ahli Parlimen Umno.


“Ceritanya Penawar katanya telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.


Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara.


Isu kelembapan ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabur ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.


“Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas.


Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, cerita sumber itu,” tulis beliau dalam blognya.


Hari ini, kata Sayuti, Penawar akan mengadakan mesyuarat sekali lagi mengenai isu tersebut, namun dijangkakan persatuan tersebut akan menafikan dakwaan bahawa terdapat satu pergerakan untuk menumbangkan Najib.


“Adalah dipercayai Penawar akan mengambil keputusan dalam mesyuarat berkenaan berhubung apa yang dicatatkan oleh saya dalam posting beberapa hari lepas.


Dijangkakan satu kenyataan akhbar selepas mesyuarat itu akan dikeluarkan.


Isi kenyataan itu besar kemungkinan Penawar akan membuat penjelasan apa sebenarnya berlaku dan akan menafikan bahawa persatuan itu hendak mengemukakan apa-apam cadangan khususnya meminta Najib Razak berundur.


“Dalam masa sama Penawar akan menyiasat sumber yang membocorkan maklumat berkenaan,” tambah beliau.JALAN PULANG

Read more ...

La ingatkan DAP rupanya MCA rakan baik UMNO yang pertikai Sijil Halal

http://media1-cdn.malaysiakini.com/288/866e50592829e8f94d156e904cecdd77.gifKUALA LUMPUR - Semua sampel produk yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihantar untuk tujuan analisis ke Jabatan Kimia Malaysia yang sudah mendapat akreditasi bagi skop pengujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Pengarah JAKIM, Osman Mustapha, berkata dalam melaksanakan ujian bagi sesuatu produk oleh sesebuah makmal, faktor seperti kaedah pengujian, tahap pengesanan, peralatan yang digunakan, juru analisis dan akreditasi terhadap skop pengujian, memainkan peranan yang penting dan pada masa sama mempengaruhi keputusan ujian.

"Berdasarkan faktor ini, JAKIM sehingga kini hanya bergantung kepada keputusan analisis Jabatan Kimia sebagaimana juga yang diamalkan jabatan kerajaan yang lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya dalam satu kenyataan berikutan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, semalam yang mendakwa JAKIM bersikap keterlaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal.


Chua juga bertanya mengenai standard yang ditetapkan JAKIM, sama ada ia diterima di peringkat antarabangsa atau sebaliknya.

Osman berkata, dalam pelaksanaan sijil halal, pengambilan sampel produk atau bahan ramuan untuk diuji didasarkan kepada dua faktor iaitu berasaskan keraguan atau aduan mengenai sesuatu produk atau bahan ramuan.

Katanya, keraguan yang dimaksudkan adalah seperti penemuan positif DNA babi dalam sesuatu produk yang tidak diiktiraf, produk yang seumpamanya juga akan diuji secara rawak bagi mengelakkan keraguan dalam pemberian sijil halal.

Osman juga menjelaskan bahawa isu kekeliruan terhadap perbezaan status halal produk Golden Churn Butter antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak tidak timbul kerana ujian yang dilakukan membabitkan sampel dari pengimport berbeza.

Beliau berkata, dalam melaksanakan ujian kandungan DNA babi dalam sesuatu produk, beberapa faktor perlu diambil kira seperti nombor kelompok keluaran produk yang diambil, pembungkusan, tempat pengambilan sampel dan faktor lain yang mungkin berlaku semasa pengeluaran produk berkenaan dikilangkan.

"Pada masa itu faktor kemungkinan berlaku kontaminasi di peringkat tertentu juga perlu diambil kira.

"JAKIM ingin memaklumkan bahawa kedua-dua sampel yang diambil oleh JAKIM dan JAIS diambil daripada nombor kelompok dan pembungkusan yang berbeza termasuk perbezaan pengimport dan tempat pengambilan sampel," katanya.

Katanya, walaupun terdapat dua pandangan yang berbeza, JAKIM tidak menyanggahi penemuan DNA babi dalam sampel produk berkenaan yang diambil oleh JAIS kerana faktor yang sudah dinyatakan dan umat Islam di Sarawak wajar mematuhi keputusan yang dibuat oleh JAIS.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusof, pula berkata JAKIM sentiasa menyediakan peluang untuk pengusaha berkomunikasi bagi urusan mendapatkan persijilan halal tetapi pada masa yang sama kepentingan Islam dan umat Islam tidak dikompromi sama sekali.

"Tidak ada isu sebenarnya yang dikatakan enam bulan baru boleh memohon sijil lain. Apa yang kita tetapkan ialah dengan memperbetulkan keperluan menghasilkan produk mengikut syariat dan ajukan semula kepada kami dalam tempoh enam bulan.

"Kalau pengusaha boleh menghantar permohonan dengan sudah diperbetulkan itu sebelum tempoh enam bulan itu berakhir, kita akan proses segera. Jika selepas enam bulan itu tamat, mereka perlu pohon mengikut prosedur dari awal," katanya. - Bernama

Read more ...

Pakatan Kedah tunai janji buat UMNO sakit hati

ALOR SETAR, 4 OGOS – Semenjak mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tiga tahun lalu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah telah menunaikan manifesto Kedah Sejahtera dengan lebih 80 peratus daripadanya telah dilaksanakan.

Malah, usaha tambahan yang tidak terkandung di dalam manifesto itu juga dilaksanakan, termasuk pelancaran Skim Kafalah, pembinaan Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, penubuhan Majlis Ketua Kampung/Komuniti serta mewujudkan Tabung Tunku Mahmud untuk bantuan pendidikan di Kedah.

Selain itu, toleransi dan sifat penerimaan antara kaum juga bertambah positif, berbanding ketika pemerintahan UMNO dan BN.

Exco Kanan Negeri Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Kedah telah memberi impak positif kepada rakyat.

Dengan itu, katanya, tidak mustahil Pakatan akan kekal sebagai keajaan di Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, masyarakat di negeri ini juga sudah mengamalkan toleransi yang kuat antara kaum dan agama.

“Bagaimana pun, kerajaan sentiasa berhati-hati agar isu-isu sensitif seperti tempat penyembelihan babi, dan kuota perumahan di sini tidak dimanipulasikan oleh UMNO-BN,” katanya kepada Roketkini.

Menurut Phahrolrazi, siatuasi di Kedah agak berlainan berbanding negeri Pakatan lain kerana mentaliti masyarakat di Negeri Jelapang Padi ini agak sensisitif berkaitan isu-isu yang berkaitan dengan agama.

“Di Kedah lain sedikit dari negeri Pakatan yang lain. Contohnya di Pulau Pinang, (Lim) Guan Eng boleh selesaikan isu masalah babi tanpa rungutan oleh semua kaum, tetapi di Kedah agak sukar untuk menerangkan kepada rakyat, walau pun sebenarnya tujuan pemindahan pusat penyembelihan babi itu ialah berkaitan pencemaran, bukan kebencian atau sensisitiviti terhadap babi,” katanya.

Tambahnya lagi, ini adalah kerana BN telah menanam sifat sebegini sejak 50 tahun dahulu lagi ke dalam pemikiran rakyat.

“Bagaimana pun, perubahan untuk mengubah persepsi itu makin menaik hari ke hari dan secara rata-ratanya, rakyat dan pegawai-pegawai awam sudah dapat menerima corak budaya baru bawaan Pakatan,” katanya. – Roketkini.com

Read more ...

Mari tengok senarai pembaziran Ro$mah bini Najib

Akhbar Suara Keadilan 27 bertarikh 2 Ogos mendakwa bahawa Najib-Rosmah memboroskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Antaranya ialah :-

1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta

2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta

3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun

4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta

5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam

6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99

7) Cincin berlian - RM24 juta

8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta

9) Gelang tangan - RM1.65 juta

Jika dakwaan di atas tidak benar kita minta Najib-Rosmah membuat penafian dan menyaman akhbar milik PKR ini.

Read more ...

Adakah Najib akan rombak kabinet untuk kurangkan pengaruh Muhyidin?


Rombakan kabinet mungkin diadakan sedikit masa lagi mungkin sebelum Pilihanraya Umum ke 13. Perkara ini tidak mustahil kerana Najib sendiri mengumumkan baru-baru ini bahawa Presiden MIC, G.Palanivel akan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan kaum India mendapat 2 menteri penuh dalam kabinet.

Maknanya kemungkinan besar rombakan ini akan berlaku bila-bila masa sahaja. Ianya penting sebagai persediaan untuk Najib merancang dan menentukan strategi bagi kesinambungan BN dan dirinya sendiri. Beliau mungkin akan mencantas sesiapa sahaja yang dilihat 'menentang' nya.

Ada pihak menjangkakan bahawa selain Palanivel beberapa menteri dan timbalan menteri juga mungkin terlibat. Lebih parah lagi jika Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sendiri terlibat.

Ianya mungkin berlaku jika Najib berasa tergugat lantaran desakan supaya beliau meletakkan jawatan semakin hangat sekarang. Mungkin Muhyiddin dilihat sebagai orang yang terlibat secara tidak langsung dengan gerakan mendesak Najib meletakkan jawatan kerana dikatakan menjadi liabiliti kepada Umno/BN.

Sebuah NGO baru yang terdiri dari bekas-bekas wakil rakyat Umno yang dinamakan Penawar secara terang-terang mahukan Najib berhenti. Penawar diketuai oleh bekas Setiausaha Politik Mahathir yang juga bekas Menteri.

Kemungkinan untuk Muhyiddin dicantas tetap ada jika Najib benar-benar terancam atau jika Najib mula mencurigai Muhyiddin.Mutaligat

Read more ...

Gerakan Mahathir dan Muhyiddin untuk jatuhkan Najib!

SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM, bahawa ada gerakan mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan berikutan imej dan kepimpinannya semakin tidak diyakini [Penawar desak Najib Letak jawatan]

Portal Free Malaysia Today, FMT mengukuhkan lagi berita tersebut, malah turut menamakan siapakah gerangan orang di belakang gerakan mendesak Najib melepaskan jawatannya itu.

Menurut FMT, di sebalik tanggapan umum yang menggambarkan sokongan terhadap Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin dengan restu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir secara senyap melakukan gerakan ini [FMT].


Sebuah organisasi yang dianggotai oleh bekas ahli-ahli parlimen Umno telah menyuarakan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletak jawatan.

Organisasi yang dimaksudkan ialah, Penawar yang diketuai oleh bekas menteri kabinet Aziz Shamsuddin yang juga bekas setiausaha politik Tun Mahathir sejak 1981 hingga 2002.

Salah seorang ahli Penawar yang tidak mahu dikenali berkata, organisasi tersebut telah mengadakan satu mesyuarat minggu lalu bahawa sudah tiba masanya Najib melepaskan jawatannya.

"Ianya terpulang kepada Najib, Jika beliau sayangkan negara dan orang-orang Melayu, beliau harus letak jawatan secepat mungkin".

"Jika dia bukan seorang yang pentingkan diri, maka dia harus letak jawatan" menurut salah seorang ahli penawar seperi dilaporkan oleh FMT.

Jelas sekali Najib bakal menerima nasib yang sama seperti yang dilalui oleh Imam Hadhari sebelum ini. Masih segar di ingatan, bagaimana Tun Mahathir sanggup keluar Umno, malah mengadakan "road show" ke seluruh negara semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.


ReJaM© "Berhati-hati, kerana tikus akan mengeluarkan sebusuk-busuk kentut sebelum mati..."


Read more ...

Tukar warganegara: Penjelasan JPN meragukan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS mempersoalkan kenapa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil masa sehingga 7 bulan mengemaskini data barunya yang melibatkan pertukaran status penduduk tetap kepada warga negara.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, adalah sangat mencurigakan apabila begitu lama masa diambil JPN mengemaskini datanya apatah lagi berlaku sekaligus terhadap ribuan penduduk tetap semalam

"Macamana sudah 7 bulan, sistem baru update. Bukan satu pulak tu, beribu data sekaligus.

"Tak kan semua datang ambik kad sama-sama pada satu masa. Ini sesuatu yang meragukan," katanya yang juga Pengerusi Pemulihan dan Mobilisasi Pemuda PAS.

Beliau mempersoal demikian sebagai membidas penjelasan Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said berhubung pendedahan pertukaran status individu bernama Mismah, daripada penduduk tetap kepada warganegara hanya dalam masa empat jam.

Jariah dalam kenyataannya semalam berkata, Mismah sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982 dan telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011.

Namun yang mengejutkan banyak pihak semalam apabila Mismah yang dikesan berstatus penduduk tetap dalam senarai JPN didaftar sebagai pengundi di Ijok.

Selepas Malaysiakini melaporkan isu tersebut pada pagi semalam, semakan sebelah petang ke atas nama Mismah menunjukkan status beliau sudah bertukar menjadi warganegara.

"Ini yang kita ragui dengan penggunaan sistem biometrik. Data JPN tidak diupdate dan SPR terima bulat-bulat," kata Suhaizan lagi.

Sehubungan itu juga Dewan Pemuda PAS mahu mana-mana individu yang mengenali Mismah yang bernombor kad pengenalan 640704715238 dan mengudi di Dun Ijok, agar dapat menghubungi mereka.

Kediaman Mismah beralamat di No 12A, Desa Coalfields, Tuan Mee, ijok, Kuala Selangor.

Selain Mismah, 52 lagi kes serupa di kesan oleh PAS Titiwangsa.

Mereka pagi semalam mahu menyerahkan memorandum kepada JPN ekoran mendapati 52 penduduk tetap didaftar sebagai pengundi.

Ketika sampai ke JPN, kesemua nama yang dilampirkan itu bagaimanapun telah bertukar status menjadi warganegara.

Selain kes itu, PAS juga mendedahkan 1,597 lagi pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di laman web JPN sebagai penduduk tetap.

Read more ...

Kanister: Polis baca tajuk, tak baca kandungan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Editor dan wartawan akhbar Suara Keadilan hari ini disiasat di bawah seksyen 505(b) berikutan menyiarkan berita bertajuk ‘FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN – Shuhaimi Shafiei.’

Berita itu diterbitkan pada 19 Julai oleh Keadilan Daily, portal berita versi Suara Keadilan.

Editor, Fazallah Pit dan wartawan Ahmad Fadli Mohd Nazari diambil keterangan kira-kira 20 minit secara berasingan di Balai Polis Dang Wangi, dekat sini petang tadi.

Mereka ditemani peguam Latheefa Koya, Fadiah Nadwa Fikri dan N. Surendran.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Latheefa yang merupakan orang pertama mendedahkan mengenai kanister pemedih mata yang digunakan dalam himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu berkata, polis langsung tidak menyiasat mengenai apa yang didakwanya sebaliknya orang yang menulis dan menyiarkan berita pula disoal siasat.

Beliau juga kesal dengan pihak polis yang seolah-olah tidak menyiasat langsung kandungan berita tersebut.

"Saya bukan persoalkan dari mana datangnya kanister itu.Tidak kiralah dia dikeluarkan di Israel, Afrika atau sebagainya tapi yang harus dilihat ialah kandungannya yang nyata membahayakan manusia.

"Polis hanya baca tajuk artikel, tapi tak baca isi kandungannya, nampak mereka tidak membuat persediaan langsung," katanya.

Fadiah pula berkata, tujuh soalan yang ditanya pihak polis langsung tidak menjurus ke arah siasatan mengenai kanister yang boleh membunuh nyawa tersebut.

"Soalan-soalan yang ditanya berkisar mengenai bidang tugas editor contohnya adakah awak mengedit berita, apa tugas awak dan sebagainya yang tidak menyentuh mengenai dakwaan kanister itu," katanya.

Sementara itu, Fazallah berkata, pihaknya tetap mempertahankan kredibiliti berita yang disiarkan itu meskipun tidak memenuhi kehendak polis dan kerajaan.

"Kami buat semakan sebelum menyiarkannya berita itu, bukan siar membuta tuli dan Suara Keadilan tetap mempertahankan berita itu," katanya.

Kanister yang digunakan pihak polis untuk menyuraikan himpunan Bersih 2.0 turut digunakan oleh askar Israel.

Syarikat pengeluarnya telah tiga kali disaman kerana menyebabkan kematian orang awam.

Read more ...

TERKINI!! Ibu bakal menantu Najib rupanya ada kaitan dengan "Mafia Russia"!!



Sebuah akhbar berpengaruh di Indonesia, Kompas dalam laporan terbaru menyebut bahawa ibu kandung bakal menantu Perdana Menteri Malaysia, Najib Altantuya kini dikaitkan dengan kumpulan mafia dari Rusia!

Kompas mempersoalkan mengapa Rosmah Mansor sebagai "penasihat paling rapat" Najib Altantuya membiarkan kontroversi sebegini berterusan, seterusnya membiarkan "perubahan lanskap demokrasi di Malaysia".


Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev mempunyai TIGA orang isteri, yang dipercayai isteri pertamanya, Sara Nazarbayev adalah isteri Nurusultan yang dimaksudkan Kompas.


JALAN PULANG




Indonesia’s top newspaper alleged today that the Kazakh mother of Datuk Seri Najib Razak’s and Datin Seri Rosmah Mansor’s future son-in-law is linked to the Russian mafia.


Kompas, the most widely-read newspaper in Indonesia, published a column today that also questioned whether the controversies surrounding Rosmah would lead to “change and democratisation in Malaysia.”


The newspaper did not substantiate its claims, but the column today was published amid a tussle between Najib and Datuk Seri Anwar Ibrahim for influence in Indonesia following the Bersih rally last month.


Umno had despatched its secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Mansor to Jakarta last month to explain Putrajaya’s crackdown on Bersih activists after Indonesian media criticised Malaysia.


Last week, Anwar also made a trip to Jakarta.


In the column, the newspaper described Rosmah’s ties with soon-to-be in-law Maira Nazarbayev as close although it provided no evidence to back its claims.


“Maira Nazarbayev, who lives a lifestyle ala Imelda Marcos supposedly has links to the Russian mafia,” the paper said.


Maira is the former wife of Kazakhstan President Nursultan Abishuly Nazarbayev’s brother Bolat Nazarbayev.


Nooryana Najwa, the 22-year-old daughter of Rosmah (picture)and Najib, was recently betrothed to Maira’s son, Daniyar, who was her college sweetheart.


According to claims on the Internet, Maira has had several run-ins with the law in Kazakhstan.


The Kompas article today also highlighted recent allegations that Rosmah had purchased a multimillion ringgit diamond ring from world-renowned jeweller Jacob & Co, whose founder, Jacob Arabo, has also tangled with the law in the US for money laundering activities.


“Will this USD$24 million (RM71.15 million) ring open the doors to change and democratisation in Malaysia? Only Malaysians can decide,” Kompas said.


Last week, Rosmah denied that she bought the RM24 million Jacob & Co diamond ring but her public denial has thrown a spotlight on the jeweller’s alleged money-laundering activities.


Questions have now arisen as to whether the name of the wife of Najib had been used without her knowledge by criminal elements as part of illegal activities.
JALAN PULANG

Read more ...

Kenali 'Geng UMNO' dalam UNISEL

Kisah di Sebalik Perletakan Jawatan Naib Cancelor Unicel

http://mbaedge.files.wordpress.com/2011/06/rosti.jpgUtusan Meloya bersemangat memainkan isu perletakan jawatan Dr Datuk Dr Rosti Saruwono dari jawatan Naib Cancelor Universiti Selangor (Unisel).

Alasan yang diberi oleh Dr Rosti adalah:

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:

1.0 Pendaftar, Rokmaa Mat,
2.0 Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3.0 Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Apa yang tidak dilapurkan oleh Utusan Meloya adalah Rokmaa Mat adalah Mak Saudara kepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalaah moral.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber dalaman kerajaan Selangor sendiri.

Bayangkan berapa kali Nurul Izzah tidak dibatalkan program beliau di Unisel. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Dr Rosti meneruskan penguasaan UMNO ke atas Unisel melalui Rokmaa Mat.

Dan dalam setiap pentadbiran UMNO, mesti ada korupsi. Atas sebab2 ini juga ketiga-tiga di atas mahu dipecat.

Tak hairanlah Utusan Meloya bersungguh-sungguh mempertahankan beliau.

Faktanya adalah Dr Rosti tidak mahu memecat beberapa nama yang salah seorangnya mak saudara Khir Toyo.

Hairan juga. Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Maka, apabila beliau kata pemecatan itu "tanpa sebab dan tidak mengikut proses" jelas beliau BERBOHONG. Sudah ada JK Khas yang ditubuh Exco bagi menyiasat ketiga-tiga orang ini.

Jelas, perletakan Dr. Rosti adalah kerana beliau tidak sanggup menghapuskan legasi UMNO dalam Unisel. Itu sahaja. Mungkin beliau rasa beliau akan khianat pada UMNO kalau ketiga-tiga orang ini dipecat.

Tulang Besi

Rosti Resigns As Unisel Vice-chancellor
SHAH ALAM, Aug 2 (Bernama) -- Datuk Dr Rosti Saruwono has resigned as Universiti Selangor (Unisel) vice-chancellor, effective tomorrow, after giving 24-hour notice.

He confirmed his resignation from the post via SMS to Bernama after being asked about the news.

"There was a decision that I was not willing to make, that was, to terminate the services of three Unisel officials without the due process," he said as among the reasons for him to quit the post.

Hailing from Klang, Rosti had once been deputy president of Petronas' Education Division and was the first rector of Universiti Teknologi Petronas before being appointed Unisel vice-chancellor on March 2, 2009.

He replaced Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus who vacated the post in July 2008.

When newly appointed to the post, Rosti had said that he would not be a "Pak Turut" (lackey) to any quarters and would ensure that the state government-owned university would not be used to serve anyone's political interest.

According to sources, Rosti was ordered by the Unisel leadership to terminate the services of its registrar Rokmaa Mat, dean of the Business Faculty Prof Dr Khalifah Othman and director of marketing and corporate communication, Halid Hasbullah.

-- BERNAMA / TB

Read more ...

Hantu ditemui untuk menangkan Najib di Pekan

Ini dari Pekan, Pahang.. Tiada MyKad tapi berdaftar sebagai pengundi..


Menurut seorang sahabat dari Pahang ini adalah sebahagian kecil atau senarai permulaan dari jumlah besar yang mereka kesan di Kawasan Parlimen Pekan, iaitu kawasan Najib.

Menurutnya, beliau cuma ingin berkongsi maklumat, dan maklumat ini beliau perolehi dari rakannya yang sekarang ini masih mengumpul maklumat-maklumat lain.

Maklumat ini adalah berkaitan dengan senarai nama Pengundi yang berdaftar di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang tetapi No MyKad dan Nama Pengundi tersebut tiada di dalam Pencarian di JPN.

Maksudnya, nama ada di dalam Web Carian SPR, tetapi tiada di dalam carian JPN atau pengundi yang boleh mengundi melalui MyKad yang dikeluarkan oleh SPR bukannya JPN..

Menarik bukan.. demi mengekalkan kuasa UMNO/BN, SPR sebuah badan yang tugasnya hanya berkaitan pilihanraya boleh mengeluarkan MyKad pula..

Pengarah Pilihanraya N10 kata..”depa buat kerja lepas office hour, pasai tu SPR ada no MyKad, JPN tak ada..”

Tengoklah...

Di SPR ada no MyKad..

Tapi JPN tiada no MyKad



Di SPR ada no MyKad

JPN tiada MyKad



SPR ada No MyKad..

JPN tiada..




Siapa yang keluarkan MyKad ni?? SPR atau JPN??

Patutlah Najib tak kisah.. di Pekan pun ada pengundi hantu rupanya..

Info dari Pahang ini datangnya dari SINI

Read more ...

TERKINI!! Skandal "Mismah-Gate": Rancangan jahat Umno-APCO rampas Pulau Pinang!!



Selepas Selangor Darul Ehsan, kini "Mismah-Gate" menyerang Pulau Pinang pula!

Lebih 32 RIBU pengundi baru didaftarkan hanya dalam TIGA BULAN!!


Umno-APCO memang gila nak menang pilihanraya, walau dengan menggadaikan kedaulatan dan keselamatan negara sekalipun!!


JALAN PULANG



Berikutan dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.


Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.


Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.


Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.


Pada masa lalu, kata Lim, biasanya akan ada pertambahan kira-kira 10,000 pengundi baru, tetapi peningkatan tiga kali ganda itu "mencurigakan" dan menimbulkan kebimbangan "mungkin berlaku penipuan".


"Pilihan raya umum semakin hampir.


Jika pertambahan pengundi adalah 200 hingga 400, ia boleh diterima, tetapi kini terdapat pertambahan sebanyak tiga kali ganda (jumlah tersebut).


Macam mana nak menang?" soalnya.


Hantu lapar undi


Lim berkata pertambahan jumlah pengundi berlaku dalam tempoh tiga bulan, sambil menyentuh tentang dakwaan mengenai 'Mismah' dan lebih 1,500 penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi.


"Dalam dunia ini, kita telah mi segera, tetapi di Malaysia, kami mempunyai pengundi segera," kata Lim berseloroh.


"Bulan ini adalah bulan hantu lapar untuk orang Cina, tetapi apa yang kita lebih takut ialah pengundi hantu," katanya.


Lim mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana keengganannya untuk menyiasat kes-kes tersebut atau mengambil tindakan.

Read more ...

Enggan ke mahkamah: Najib, Rosmah takut konspirasi terbongkar

KUALA LUMPUR: Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor enggan ke mahkamah sebagai saksi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang konspirasi mereka terbongkar.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Najib dan Rosmah tidak mungkin dapat menyembunyikan penglibatan mereka dalam kes itu, sekiranya dipanggil ke mahkamah.

Ini kerana bukti menunjukkan Najib berjumpa dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, dua hari sebelum pengadu itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Anwar. Selain itu Saiful juga bertemu Datuk Mumtaz Jaafar iaitu pembantu khas kepada Rosmah.

Kenyataan Najib dan isterinya turut direkodkan oleh Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira sepertimana yang diberitahu pegawai polis itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac lalu.

“Dalam dua-dua latar belakang ini, Najib dan Rosmah ada peranan penting dalam keseluruhan kes fitnah ini. Kalau mereka disoal siasat, saya tidak yakin mereka boleh sembunyikan konspirasi ini.

“Ia akan mengesahkan pendapat rakyat bahawa mereka terlibat dalam keseluruhan konspirasi fitnah ini.

“Kita tahu di mahkamah, soalan akan ditanyakan secara khusus, sebab itu mereka tidak berani tampil sebagai saksi,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.

Tambahnya lagi, Najib sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk membersihkan imejnya dengan hadir ke mahkamah, namun ternyata mengelak berbuat demikian.

“Kalau betul Najib tak terlibat dia boleh hadir sebagai saksi kerana ia baik untuk imejnya dan Rosmah. Lebih baik tampil di mahkamah berikan keterangan yang betul,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kes itu hanya mengulangi semula skrip pada 1998 dengan beberapa watak masih dikekalkan.

“Kaedahnya sama dari segi cara , malah watak-watak dari 1998 juga adalah orang yang sama seperti Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Rodwan Yusof (bekas Ketua Polis Melaka).

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa Najib dan Rosmah,akan hanya ditemubual jika mereka disepina dengan alasan mereka bukan saksi utama.

Ia termasuk juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof.

Justeru mahkamah akan memutuskan Isnin ini sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah dibenarkan atau sebaliknya.Keadilan Daily

Read more ...

PANAS!! Muhyiddin sudah sedia ganti Najib


Muhyiddin dikhabarkan sedang mempersiapkan diri memegang tampuk
pemerintahan Putrajaya andai kes kapal selam Scorpene berjaya mengheret

Najib Altantuya "bercuti panjang" di Paris!!

Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat menyeru agar berlaku perubahan dalam kerajaan.

Ramai yang bersependapat bahawa Najib Razak patut undur untuk mengelakkan Malaysia lebih dimalukan di persada dunia.


Walaupun penyokong UMNO merasa kecewa terhadap Najib dan Rosmah, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain.


Dengan kredibilitinya yang hancur akibat kesilapan dalam menangani beberapa isu semasa, terutamanya perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bebas, agak menghairan jika Najib dibenarkan untuk mengetuai BN dalam usaha mendapatkan mandat baru rakyat melalui Pilihanraya Umum ke 13.


Namun demikian, Najib sebenarnya boleh saja bertahan selama mana yang diinginkannya sama ada melalui pilihanraya atau tidak, asalkan dia pandai menjaga hati 2700 orang ahli perwakilan UMNO.


Inilah kebenaran disebalik demokrasi ala Malaysia.


Rakyat Malaysia sememangnya tidak akan bisa memilih Perdana Menteri yang dikehendaki.


Ia ditentukan oleh UMNO melalui pemilihan presiden parti pada Perhimpunan Agungnya.


Najib telah mengumumkan perhimpunan agung UMNO akan diadakan di PWTC dari 28 November hingga 3 Disember ini.


Perhimpunan akan bermula dengan forum antarabangsa UMNO pada 28 hingga 29 November.


Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada 29 November dan berhimpun pada hari berikutnya.


Perhimpunan agung UMNO akan diadakan pada 1 hingga 3 Disember.


Tidak dinyatakan bahawa pemilihan parti akan berlangsung pada masa yang sama atau tidak.


Ini membayangkan, pemilihan parti sememangnya tidak akan berlaku.


Kecuali ada pengumuman dari majlis tertinggi, pemilihan hanya akan berlaku pada tahun 2012 kerana Najib telah mendapatkan penundaan selama 18 bulan yang bererti pemilihan hanya akan berlaku pada suku kedua tahun 2012.


Tahun ini perhimpunan agung dibayangi salah urus tadbir serta kesilapan yang sering dilakukan oleh pengurusan dibawah kepimpinan Najib.


Sama ada ia akan disudahi dengan perubahan dalam tampuk kepimpinan yang menerajui UMNO masih lagi menjadi spekulasi.


Sudah ada cakap-cakap tentang perubahan dan pemimpin yang baru akan diumumkan di dalam UMNO.


Calon-calon presiden


Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan juga Abdullah Badawi dikatakan berminat dengan jawatan Presiden parti.


Mungkin senarai ini kurang dipersetujui oleh rakyat Malaysia amnya, delegasi UMNO akan tetap mencalonkan meraka dan seterusnya mengundi. Mereka tidak akan teragak-agak dalam memilih bakal calon nanti.


Muhyiddin telah berjaya menarik perhatian ramai apabila dia berjanji kepada 100 orang wakil rakyat BN bahawa geran sebanyak RM100,000 akan diberikan kepada konstitusi masing-masing.

Ini adalah sejurus selepas begitu ramai yang mengadu bahawa Putrajaya lebih suka melaburkan wang ke dalam projek berskala besar berbanding memajukan kawasan pedalaman.

Ini kerja senang untuk Muhyiddin, tugas pentadbiran agak mudah baginya.


Di Johor, negeri asalnya, Muhyiddin telah mengembangkan karier politiknya sehingga Berjaya menjadi naib presiden UMNO.


Ini sememangnya akan digariskan kepada para delegasi.


Jika ini diambil kira dalam kriteria pemilihan presiden bagi para delegasi UMNO, maka, Malaysia akan memperolehi seorang pentadbir yang agak efisyen sebagai Perdana Menteri tetapi pada masa yang sama bersifat kejam.


Muhyiddin sememangnya jelas dalam pendiriannya terhadap Malaysia.


“Melayu dahulu Malaysia kemudian” merupakan kenyataannya yang menggambarkan ideologinya tentang bagaimana masyarakat Malaysia sepatutnya disusun atur.


Orang Melayu di atas, yang lain dibawah.


Buah pemikiran Tengku Razaleigh yang terbaru, Amanah dilihat sebagai kuasa ketiga didalam lanskap politik Malaysia.


Kekuatan Amanah akan dinilai dari segi keupayaannya untuk memikat orang muda yang berminat dengan politik dan inginkan perubahan dalam cara pentadbiran Malaysia.


Amanah akan membawa kesan jika benar-benar dilaksanakan tetapi, mampukah Razaleigh menpengaruhi delegasi muda supaya Najib tidak diberi peluang kedua?


Abdullah Badawi tiba-tiba muncul dan membuat perjumpaan dengan Ambiga Sreenevasan sebelum Bersih megadakan perarakan nya pada 9 Julai.


Ia mengejutkan ramai pihak dan dilihat sebagai mengugat Najib.


Pada hari berikutnya dikejutkan pula dengan berita tentang sama ada pegawai yang terlibat dalam skandal rasuah wang ringgit di Australia cuba untuk merasuah Abdullah Badawi.


Badawi telah menafikan khabar itu dan sehingga kini cuma mengambil sikap berdiam diri.


Tidak seperti Najib atau Muhyiddin, Badawi secara peribadinya tidak ada apa yang perlu disembunyikan kecuali seorang menantu lelaki yang bercita-cita tinggi.


Dia juga dalam diam, cuba mengetengahkan dirinya sebagai pilihan yang terbaik selain Najib yang sudah jauh meleset dan ‘Melayu dahulu’ Muhyiddin.


Dan bila Muhyiddin menambahkan tekanan dari dalam UMNO, Amanah bergerak dari luar.


Badawi pula cuba memainkan satu peranan, seorang yang walaupun kurang dari segi kecekapan tetapi bersih.


Bagi Najib pula, rakyat Malaysia telah nampak pembohongan nya dalam menangani isu perhimpunan Bersih. Hasilnya, popularitinya merundum.


Kriteria-kriteria pemilihan para delegasi UMNO


Walau demikian, delegasi UMNO jarang memilih presiden berdasarkan apa yang dikehendaki rakyat Malaysia.


Bila Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang adil dan bertanggungjawab terhadap semua komuniti yang ada, presiden UMNO akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan status Melayu dan memastikan kelangsungan bisnes milik atau berkaitan UMNO.


Konflik kepentingan ini menjadi masalah nasional semenjak Barisan Nasional berkuasa.


Perbalahan dalaman golongan elit UMNO akan melemahkan kekuasaan UMNO sebagai kerajaan.


Konflik dalaman inilah yang mengakibatkan UMNO kehilangan 5 negeri pada pilihanraya umum tahun 2008.


Cara pemilihan presiden UMNO telah melahirkan budaya politik wang dan melobi jawatan didalam sesetengah pecahan dalaman UMNO.


Jauh sekali seperti retorik yang dilaungkan oleh UMNO sebagai parti yang stabil dan jaguh memperjuangkan hak Melayu, UMNO adalah parti berpecah yang sentiasa bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan jawatan tertinggi dan apabila tiba perhimpunan agung 2011, puak-puak ini akan berlawan habis-habisan sesama sendiri kerana inilah perjuangan sebenar mereka, untuk memegang kuasa.


Itupun jika Barisan Nasional menang pilihanraya umum ke-13.JALAN PULANG

Read more ...