Monday, February 14, 2011

60 anak muda serentak sertai PAS, Umno jangan cemburu

PANAS!!!- Pemuda sertai PAS secara beramai- ramai!!



Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah menerima sebanyak 60 keahlian baru. Keahlian baru tersebut terdiri daripada pemuda-pemuda dalam kawasan Batu Gajah khususnya kawasan Dun Sungai Rapat. Satu majlis diadakan semalam.

Majlis Penyerahan Keahlian Pemuda kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin semalam. Dato' Seri bersama-sama pemuda makan beramai-ramai dan berbual mesra.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar memberikan kata-kata semangat kepada pemuda pada majlis tersebut. Selepas majlis tersebut, Dato' Seri Nizar Bersama-sama YB V Sivakuamar, YB Dr Lee Boon Chye dan Ustaz Radzi Zainon telah mengadakan ceramah umum di Kampung Seri Jaya.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Batu Gajah kerana mendapat suntikan baru dengan kemasukan pemuda baru. PAS GANTI U!MNO !!!!!
BatuGajahMari




antara pemuda-pemuda yang menyertai PAS


Dato' Seri bermesra bersama pemuda

Kalungan selendang tertera perkataan PAS for ALL tanda simbolik kemasukan pemuda menyertai PAS




Pemuda bergambar dengan Ustaz Bakar


bergambar bersama Dato' Seri

Dato' Seri menaiki motor ke tempat ceramah

Sdr Razman selaku pengerusi Majlis


Ustaz Radzi Zainon, Calon Pas di kawasan tersebut





Dr Lee Boon Chye wakil daripada PKR

Ikon Rakyat Perak

Read more ...

Saman ekor pun jadi projek kroni Umno

Tengok nii..Kroni UMNO "Kantoi" lagii....ha..ha..

http://pmr.penerangan.gov.my/images/stories/ingin_tahu/pengangkutan/saman-ekor7.pngDua syarikat yang rapat dengan Umno dan BN bakal menerima komisyen RM3.8 billion dari hasil kutipan enam juta saman ekor,kata pengerusi anti saman ekor Datuk Mahfuz Omar.

Syarikat tersebut dilantik akhir tahun lalu untuk menyelenggara sistem penguatkuasa automatik iaitu pengguna kamera yang diguna polis untuk mengesan kelajuan kenderaan.Sebagai balasan katanya,dua syarikat itu akan menerima komisen sebanyak 35% dari kutipan saman yang terkumpul daripada pesalah trafik yang bernilai RM3.8 billion.


RM3.8 billion hanya anggaran minimum,bagi tempoh lima tahun kutipan,kemungkinan untungnya labih banyak.


Sudah pasti syarikat kutipan ini mahukan lebih keuntungan dan keuntungan itu datangnya daripada kompaun saman terhadap kenderaan rakyat Malaysia.Maka sudah pasti mereka akan cuba memastikan lebih banyak saman dikeluarkan untuk mendapatka lebih keuntungan pada syarikat mereka.


Dua syarikat tersebut ialah Beta Tegap sdn. bhd. (No:641884-A) dan Commercial Circle(M) sdn. bhd. (No:140723-V).Saya yakin dibelakang syarikat ini wujud kepentingan pimpinan Umno dan BN yang akan memanfaatkan "Lubuk" duit ini.


Mahfuz juga kesal,kerana kerajaan BN tetap membentangkan pindaan rang undang-undang (RUU) Akta pengangkutan jalan 2010 untuk bacaan pertama pada 18 Okt. yang lalu bagi mengekalkan saman ekor.


Jesteru itu,kempen ANTI saman ekor Fasa kedua akan dilancarkan dalam satu program bersama pimpinan PR pada 16 Februari ini.


Prosedur pemberian saman ekor juga dipertikaikan kerana tiada notis "Saman" dikeluarkan kepada pesalah trafik,sebaliknya hanya diberitahu melalui laman Web atau sms sahaja.


Sedangkan dalam satu kes mahkamah pada 2009,Mahkamah telah memutuskan tindakan JPJ menyenarai hitamkan kenderaan yang membeyar saman ekor,salah disisi undang-undang.

Read more ...

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal akan buat demo bantah Kerajaan Pulau Pinang aniaya guru Kafa

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa

Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.


"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada
rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.

Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.


Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.


Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.


"Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya.

Read more ...

MERLIMAU : Calon PAS sudah diputuskan

PAS sudah ada nama

http://3.bp.blogspot.com/_cHDjiA9EOlg/SHMadlT7N2I/AAAAAAAADDA/ZyjUlYPBNGM/s320/adly.jpgMERLIMAU , 15 Feb. : Jawatankuasa Pas Pusat sudah memutuskan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Keputusan berkenaan telah dibuat semasa mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur, kelmarin.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, nama calon yang terpilih itu hanya akan diumumkan secara rasmi pada 24 Februari ini.

Menurutnya, pengumuman berkenaan dijangka akan dilakukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu majlis yang akan diadakan di sini, pada malam berkenaan.

“Saya tidak dapat memaklumkan siapa calon yang terpilih kerana kami di Pas Melaka pun tidak tahu siapakah calon yang sudah dipilih.

“Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa satu mesyuarat yang diadakan semalam (kelmarin) oleh Jawatankuasa Pas Pusat telah membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, Pas Melaka sudah mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan, iaitu Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik; Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri, Kintan Man; Yang di-Pertua Pas Jasin,

Jasme Tompang dan Timbalan Yang Dipertua Pas Jasin, Yuhaizan Abdullah.SH

Read more ...

Ramainya yang nak mengundi di Parlimen Pekan

Peningkatan pengundi melampau di Pekan

http://www.pahang-delights.com/images/pekan-nama-di-sungai-pahang.jpgTEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.

Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.

“Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan,” katanya.

Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.

“Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi,” katanya.

Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.

Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.

“Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.

“Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun,” katanya.

Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat.

Read more ...

Cerita 3 manusia

Cerita Nazim, Hasbi dan Daim

http://mstar.com.my/archives/2009/8/27/ramadan_berita/juz1.jpg
Ahmad Lutfi Othman

Baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kg Bharu, Mohamed Nazim Abd Razak, yang juga adik Najib.

Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd, yang mana pemiliknya adalah Nazim sendiri. Seorang penduduk Kampung Baru menelefon saya untuk meluahkan pandangannya:

"Memandangkan Nazim adalah timbalan pengerusi masjid, SPRM diminta menjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd, beliau tentu sedar bahawa perlantikannya mungkin atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri."

Selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofil tinggi, iaitu Nazir, Johari dan Mohamed Nizam.

Nazim pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 208, yang cuba mengaitkan nama Najib, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dibunuh secara kejam. Sehari selepas membuat pendedahan itu, Bala secara tergesa-gesa menarik balik akuan sumpah awalnya dan menghilang keluar negara. Bala, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas.

Ekoran itu, tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat dalam satu aduan menggesa SPRM menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya.

II.

Cerita projek-projek besar kerajaan yang dibuat secara rundingan terus tanpa tender seperti pembinaan universiti, hospital dan projek jalan dijadikan seumpama skim cepat kaya oleh para pemimpin Umno-BN bukan kisah baru. Mungkin ramai sudah muak mendengarnya disebabkan tiada langkah berkesan diambil bagi membanterasnya. Dana awam dikaut bagi keuntungan peribadi dan sebahagiannya disalurkan kepada tabung parti, yang digunakan untuk membeli undi semasa kempen pilihan raya.

Kos projek ditingkatkan berkali ganda bagi memungkinkan mereka dan kroni membolot keuntungan secara mudah. Ada yang dirundingkan di "bawah meja" lebih awal dan ia menjadi semacam perkara yang ditetapkan semasa proses rundingan harga dibuat. Para pelobi projek dan kontraktor arif benar tentang siapa perantara bagi pihak menteri dan Umno yang perlu dihubungi.

Kementerian Kewangan dikenali sebagai lubuknya. Disebabkan Perdana Menteri sendiri yang mengetuai Perbendaharaan, tugas "mengutip komisyen" itu selalunya diserahkan kepada pihak lain. Tidak pasti apakah ia termasuk anak, menantu dan isteri PM sendiri?

Ada pihak mendakwa jawatan Menteri Kewangan II juga sering diperhatikan. Peluang boleh diintai termasuk daripada setiausaha sulit ataupun setiausaha politik menterinya. Di antara nama menteri yang disebut-sebut adalah Nor Mohamed Yakcop (2004-2009), kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Justeru, nama orang kanannya, Hasbie Satar, 38 cukup popular di kalangan pelobi.

Hasbie ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Saya tidak begitu arif mengapa SPRM memilih pertuduhan di bawah akta berkenaan. Mungkin penemuan fakta kes dalam siasatan hanya menjurus ke arah itu. Cuma, ramai kenalan saya, yang terbabit dalam dunia perniagaan dan biasa berhubung dengan "perantara" menteri bagi melobi projek, mengharapkan lebih banyak kisah menarik tentang "dana politik Umno" tersingkap semasa perbicaraan nanti.

Bagi saya harapan kawan-kawan saya itu terlalu tinggi dan agak mustahil tercapai. "Segalanya akan ditutup nanti," balas saya.

III.

Semenjak Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dipinda pada 1975, kampus institusi pengajian tinggi tempatan memang bagai penjara. Suara penghuninya dibisukan, gerakan mereka terbatas, dan mungkin angan-angan pun tidak dapat mencecah awan; segala-galanya memerlukan kebenaran naib canselor. Tradisi ilmu dan budaya cendekia dipasung.

Malah, kakitangan akademik yang menyuarakan pendapat dalam hal-hal berkaitan kepakaran mereka juga ditegur jika ia menyinggung "wilayah sensitif" yang sempadannya semakin diperluaskan. Mengambil jalan mudah dan untuk mengelak risiko, maka majoriti warga kampus lebih asyik dengan hal-hal remeh-temeh. Tidak terkecuali yang mengambil kesempatan untuk "membodek" pihak atasan, dan berlumba-lumba "menangkap peluang" untuk kepentingan peribadi.

Pelajar dan pensyarah seolah-olah dipisahkan jauh di menara gading, sedangkan rakyat dan pemerintah amat memerlukan idea serta sumbangan golongan intelektual. Gerakan mahasiswa sekadar berperanan seperti persatuan pelajar sekolah menengah atas. Autonomi yang sudah lama dicabut menjadikan masyarakat terpelajar itu tempang dan cacat. Anehnya, selepas itu bertalu-talu pula kritikan kedengaran, yang mendakwa bahawa perwatakan, keperibadian dan penampilan siswazah kita begitu lemah dan tidak meyakinkan.

Walhal, yang "mencacatkan" mahasiswa secara sengaja, sehingga potensi mereka lumpuh atau tidak dapat dikembangkan dengan baik, adalah pihak universiti sendiri, yang tentunya direncanakan elit pemerintah. Bagi regim yang korup dan menindas, suara independen masyarakat terdidik begitu digeruni. Penguasa seumpama itu hanya mahu memperalatkan orang lain untuk kepentingan diri dan kelompok.

Kini tiba musim pilihan raya kampus bagi memilih kepemimpinan pelajar sesi 2011/12. Proses PRK sejak lama berjalan penuh kepincangan. Ruang untuk anak-anak muda berpatisipasi dalam politik pelajar juga diganggu dengan cukup dahsyat. Pihak universiti jarang bertindak adil melayani semua calon atau kumpulan yang bertanding. Mahasiswa yang dilihat tidak cenderung dengan pemerintah dianggap seperti musuh dan terpaksa berdepan kesukaran yang sengaja dicipta Urusetia Hal Ehwal Pelajar. Masa sama, universiti "menternak" kumpulan yang mendokong aspirasi kerajaan BN.

Tujuh tahun lalu, saya pernah mendedahkan penglibatan aktif Kementerian Pengajian Tinggi -- termasuk melibatkan naib-naib canselor -- melakukan sabotaj terancang bagi mengalahkan kumpulan mahasiswa yang tidak terikat dengan Umno-BN. Mereka mengadakan mesyuarat tetap di ibu pejabat Umno, di PWTC. Peruntukan kewangan universiti diambil bagi membiayai kempen kumpulan pro-BN.

Sungguh menyedihkan apabila pegawai-pegawai universiti sanggup merendahkan (menghina) diri mereka ke tahap menjadi "barua Umno". Apa salahnya dibiarkan mahasiswa bereksperimen dengan bebas dan kreatif bagi memilih pemimpin mereka? Mengapa perlu dikhianati cita-cita, aspirasi dan idealisme luhur pelajar? Sepatutnya disediakan ruang secukupnya agar mahasiswa dapat mengembangkan bakat kepimpinan dan mengungguli idealisme perjuangan tanpa sekatan.

Lebih mengejutkan apabila saya terbaca laporan yang mendedahkan insiden memalukan di Universiti Malaya, 10 Februari lalu. Sekumpulan 20 mahasiswa dihalang secara tidak bertamadun daripada mengadakan sidang media berkaitan peraturan PRK. Cuba bayangkan, seorang pengawal keselamatan universiti bertindak menekap mulut seorang aktivis pelajar pro-Mahasiswa ketika mahu memberikan ucapan!

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut. Kumpulan mahasiswa tadi dapat juga meneruskan sidang media selama 10 minit.

Kes "tutup mulut" yang mengaibkan ini perlu diberi perhatian serius. Reaksi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, yang terkenal dengan kelantangannya mahu melakukan reformasi di IPT, amat ditunggu-tunggu. Dalam suasana dunia menyaksikan perubahan menyeluruh ke arah pemerintahan lebih demokratik dan regim autoritarian tergugat diasak tuntutan anak muda, malangnya situasi di negara kita begitu mengecewakan.

IV.

Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak.

Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU13.

Begitu juga dengan situasi di Kelantan. Bagi Daim, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu disayangi rakyat. Bagaimanapun, pertembungan BN dan Pakatan tetap mendebarkan di Selangor, Kedah dan Perak. Keputusan akhirnya dilihat bergantung kepada calon yang dipilih dan kualiti menteri besarnya.

Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati. Selain Daim, secara terbuka, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menghormati gaya pentadbiran Ustaz Azizan.

Keupayaan Pakatan mempertahankan Selangor dipersoal Daim. Sasarannya lebih tertumpu kepada cara Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri, yang didakwanya lebih mirip seperti seorang CEO sebuah syarikat. Rakyat, katanya, mahu melihat sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bersih dan cekap. Peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri juga dikritik.

Saya tidak pasti mengapa Daim tidak merangkaikan Terengganu sebagai negeri yang juga cukup berpotensi untuk direbut Pakatan. Negeri yang pernah ditadbir PAS (2004-2008) kini menghadapi masalah besar daripada segi kewangan dan juga politik dalaman Umno. Pentadbiran Ahmad Said goyah dan menerima banyak kritikan khususnya daripada penyokong Umno sendiri. Rasanya jika Pakatan berupaya menampilkan calon-calon terbaik, dalam keadaan wibawa menteri besar sekarang dipertikai, Daim perlu memasukkan Terengganu dalam senarai "kawasan panas".

Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali. Kebijaksanaan rakyat dan kesungguhan parti-parti bertanding bakal menentukan keputusan akhirnya. -- lutfi_detik@yahoo.com

Read more ...

Zahid Hamidi merepek sakan

Kematian ADUN Kerdau - Zahid Hamidi merepek

Oleh: wfauzdin_ns

"GELI pula hati aku mendengar komen Zahid Hamidi di dalam berita Astro Awani apabila beliau mengulas kematian Adun Kerdau kelmarin. Beliau menyebut kematian Adun Umno tersebut merupakan ujian Allah terhadap Umno/Bn. Mengapa ke situ pula perginya Zahid Hamidi?

Apa pula kena mengena kematian, ajal dan maut dari Allah terhadap hambanya dengan Umno? Zahid jangan perasan sangat dan menyangka Allah merestui parti sekular yang bersekutu dengan Apco Yahudi Israel laknatullah itu. Apakah Zahid Hamidi percaya dan yakin benar bahawa Allah meredhai Umno yang sentiasa menolak hukum Islam itu? Bukankah tangan pemimpin Umno yang meluluskan lesen judi terbesar di Genting? Lesen kilang arak terbesar di Shah Alam? Lupakah Zahid tentang cita-cita pemimpin besar Umno yang mahu meluluskan lesen judi bola sewaktu kempen Bola Sepak Piala Dunia yang lalu? Masakan Zahid tidak tahu pemimpin Umno jugalah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan memberi amaran agar kerajaan negeri tersebut tidak melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukum hudud? Parti seperti inikah yang Zahid rasa Allah redha?

Cukuplah Zahid. Setelah kamu menipu orang-orang Melayu berugama Islam dengan perjuangan sekular Umno itu, masakan dengan Allah yang maha mengetahui itu pun kamu mahu tipu? Kita kenal siapa Zahid Hamidi yang dulunya dinaikkan di dalam politik Umno oleh DS Anwar, kemudiannya cuba menunjukkan berani untuk bersama pejuang reformasi, tetapi baru beberapa hari ditahan akhirnya keluar di depan TV membaca skrip memburukkan DS Anwar dan mereka yang berjuang di dalam reformasi. Kedudukan beliau sekarang adalah `upah' yang beliau perolehi hasil dari mengkhianati perjuangan rakyat.

Pada kita yang komited dengan perjuangan, samada berlakunya kematian di kalangan Wakil Rakyat atau tidak, kita tetap terus berjuang kerana Allah sentiasa menguji kita di dalam keadaan senang atau pun susah.

Read more ...

Mari kaji faktor-faktor Si Saiful tak boleh duduk 2 hari

Fitnah II: Saiful tak dapat duduk 2 hari kerana diliwat tanpa rela

Dah lama ReJaM© tak ambil peduli tentang kes liwat yang bangang lagi membangangkan ini. Semakin hari kes ini semakin tak masuk akal. Sebelum ini Saiful Bukhari mengaku dia dipaksa dan diliwat oleh Datuk Seri Anwar, namun di dalam perbicaraan mahkamah, dia membuktikan bahawa dia sendiri yang membuka seluar dan bertuala. Jelas kenyataan bercanggah dan menjejaskan kredibilitinya sebagai saksi utama kes ini.

Dalam perbicaraan terbaru hari ini, seorang saksi yang juga merupakan seorang ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur yang pernah memeriksa Saiful Bukhari, mengaku Saiful memberitahunya bahawa dia dipaksa melakukan seks oral (cium mulut). Sekali lagi kenyataan saksi di mahkamah menggambarkan bahawa Saiful dipaksa apabila dia memberitahu ahli patologi itu bahawa dia tidak dapat duduk selama 2 hari kerana diliwat tanpa rela [Malaysiakini].

Kenyataan terbaru saksi ini menambahkan lagi percanggahan kerana Saiful Bukhari sudah mengaku di dalam mahkamah sebelum ini bahawa dia yang membuka seluarnya lantas bertuala. Tangan yang membuka seluarnya adalah tangannya sendiri.

Percanggahan kedua pula berkenaan situasi duburnya. Saiful telah memberitahu ahli patologi yang memeriksanya bahawa dia tidak dapat duduk selama 2 hari kerana diliwat tanpa rela.

Apa yang menyebabkan Saiful tidak dapat duduk selama 2 hari? Adakah
  1. Bontotnya bisul?
  2. Dubur bernanah?
  3. Kulit punggungnya terbakar?
  4. Rektumnya (Sarung taik) berdarah?
  5. Atau otaknya sudah biol?
Jawapan yang paling sesuai untuk persoalan di atas ialah, jawapan nombor 5 iaitu otak Saiful sudah biol, sebab itu dia suka merapu dan memberikan jawapan-jawapan yang bercanggah. Ini kerana hasil pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur membuktikan bahawa tiada sebarang kecederaan di dubur Saiful. Duburnya segar bugar dan sihat, malah menerima oksigen yang cukup. Sila klik dokumen di bawah untuk membaca.



Jelas sekali dakwaan bahawa Saiful tidak dapat duduk selama 2 hari kerana diliwat tanpa rela sangat bercanggah dengan laporan hasil pemeriksaan doktor.

Jadi mengapakah Saiful berbohong konon-konon dia tak dapat duduk selama 2 hari? Kena tanya Saiful untuk jawapan yang tepat. Mungkin Saiful ingin membuktikan bahawa dia seorang lelaki suci yang masih memiliki dara. Bila ditebuk duburnya, tentulah dia akan tersiksa selama dua atau tiga hari kerana mengalami pendarahan dubur yang serius kah kah kah...


ReJaM© "Mungkin doktor boleh check juga keadaan otak Saiful ni..."

Read more ...

Operasi Lalang : Mahathir kata tak ingat pemimpin pembangkang yang jumpa dia, boleh percaya ka atau mudah lupa

Isu operasi lalang 1987

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/40141000/jpg/_40141725_mahinda.jpg

Ni nak ingat balik sapa yang jumpa ha

SHAH ALAM , 15 Feb. :
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kurang mengingati wajah pemimpin pembangkang yang menemuinya supaya tidak ditangkap dalam Operasi Lalang pada 1987 kerana peristiwa itu telah berlaku lebih 20 tahun lalu.


Dr Mahathir berkata, Pengerusi DAP Karpal Singh bukan seorang daripada mereka, sebaliknya Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menemuinya supaya dijamin tidak ditangkap dalam operasi tersebut.

“Sekiranya mereka tidak pernah berbohong akuilah bahawa memang ada di antara mereka yang menemui saya supaya dijamin tidak ditangkap ketika itu.

“Mereka merayu supaya tidak ditangkap yang menyebabkan saya menemui mereka kerana surat pembelaan perlu ditandatangani oleh saya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Organisasi Kebudayaan Malaysia Palestin, di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Dr Mahathir turut melahirkan rasa kesal kerana walaupun telah diberi jaminan mereka tidak akan ditangkap, mereka tetap ditahan polis dalam kejadian itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal yang mencabar Dr Mahathir dalam tempoh tujuh hari membuktikan pemimpin pembangkang yang menemuinya untuk memberi jaminan tidak ditangkap dalam Operasi Lalang itu.

Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap individu yang didakwa mengeruhkan suasana politik 1987 dan Dr Mahathir bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Seramai 106 ahli politik ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan lesen dua akhbar harian, iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, iaitu The Sunday Star dan Watan, dibatalkan.

Sementara itu, ditanya sama ada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, perlu mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

“Mereka lebih tahu sama ada perlu atau tidak, tetapi perlu mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan itu,” katanya.

Read more ...

Mari tengok macam mana Utusan Meloya putar belit berita

Utusan putar belit tajuk berita BERNAMA

Laporan berita di website BERNAMA, menyiarkan sebuah berita berkaitan isu perjudian dan pelacuran haram yang bersembunyi di Negeri Kelantan yang dikatakan oleh Menteri Besar Kelantan sebagai terlepas pandang atau kurangnya pemantauan pihak berkuasa tempatan. BERNAMA menyiarkan berita tersebut di bawah tajuk "Nik aziz akui kegiatan perjudian, pelacuran di kelantan kerana kelemahan penguatkuasaan"BERNAMA] di bawah ini screenshot yang diambil dari website berita berkenaan. [


Seperti biasa akhbar Utusan Merapu, sudah menjadi tugas wajib mereka memutar belitkan fakta selagi boleh. Lihat di sini, berita yang disiarkan oleh Utusan Merapu 100% bersumberkan berita dari BERNAMA. Kalau dilihat kandungan berita di Utusan, tiada satu perkataan pun yang diubah untuk isi berita. Namun menggunakan tajuk yang berbeza dengan niat untuk mengelirukan pembaca.

Apa tujuan Utusan mengubah berita ini kepada tajuk lain? Adakah tajuk berita yang disiarkan oleh Utusan membawa maksud yang sama dengan berita di Bernama? Dasar akhbar pencacai![Utusan]

Kali pertama ReJaM terbaca tajuk ini dah rasa ada yang tak kena, dan terperanjat seperti seolah-olah Tuan Guru Nik Aziz mahu mempromosikan perjudian dan pelacuran di negeri Kelantan dengan mengeluarkan kenyataan memberitahu orang ramai bahawa Kelantan memiliki kegiatan Perjudian dan pelacuran. Rupa-rupanya akhbar pencacai memang jelas sekali suka memutar belitkan fakta!


Read more ...

Pegawai kerajaan zaman BN perintah Pulau Pinang kena penjara 6 tahun kerana rasuah

Bekas Penolong Pegawai Daerah dipenjara kerana rasuah

http://ceria.my/rakyat/files/images/pertahan_rasuah1.jpgBUTTERWORTH , 15 Feb. : Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Jamil Mohd Noor, 58, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 kerana kesalahan cuba memperolehi rasuah lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu setelah tiga kali menangguhkannya kerana tertuduh menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Pulau Pinang.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun tertuduh diarah menjalani penjara empat bulan kerana gagal
membayar denda.

Mohd Jamil melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2006 jam 11 malam di Kepala Batas.

Dia cuba meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan.-Bernama

Read more ...

Mubarak jatuh sakit setelah dijatuhkan rakyat

Dataran Tahrir tenang, Mubarak pula alami tekanan mental..kat Malaysia ada tekanan jiwa..!!!!


Dataran Tahrir di ibu negara Mesir yang menjadi tempat berkumpul para penunjuk perasaan besar-besaran sebelum ini dilihat kembali tenang dan lalu lintas dilihat kembali seperti biasa kecuali sekumpulan kecil kumpulan penunjuk perasaan yang terdiri daripada kaki tangan awam kerajaan dilihat enggan berganjak menggesa kerajaan menaikkan gaji mereka.


Di satu sudut lain pula, media Mesir mengeluarkan pelbagai laporan berhubung tahap kesihatan presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni Mubarak, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelmarin, sebuah akhbar Bahrain, Alwasat News menyatakan, Hosni kini tidak sedarkan diri. Sebuah lagi akhbar tempatan, Al Masry Al Youm pula melaporkan pemimpin tersebut tidak sedarkan diri sejak Sabtu lepas dan beliau berada di bawah penjagaan perubatan yang rapi.

Sebuah akhbar tempatan lain melaporkan Hosni jatuh sakit tetapi beliau enggan menerima rawatan perubatan.

Agensi berita rasmi Roee Nahmias semalam menafikan bekas presiden Mesir itu kini koma tetapi mengakui bahawa beliau jatuh sakit.

Bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan mental yang teruk dan menolak untuk dirawat walaupun beliau jatuh sakit, lapor sebuah lagi akhbar, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber yang rapat dengan Hosni.

Menurut laporan tersebut, Hosni kini dipercayai berada di resort tepi pantai di Sharm el-Sheikh.

Dalam perkembangan berkaitan, Duta Mesir ke Amerika Syarikat (AS), Sameh Shoukry semalam tidak menolak bahawa kesihatan Hosni semakin terjejas ketika ditanya berhubung laporan media bahawa beliau mungkin diserang strok atau berada dalam keadaan koma.

"Saya mengikuti desas-desus dan laporan media tentang kesihatan beliau (Hosni) dan mendapat maklumat yang menunjukkan kesihatan beliau kini terjejas," kata Sameh dalam satu temu bual dengan program bual bicara Today Show terbitan NBC.

Pada tahun lalu, Hosni berkunjung ke Jerman untuk menjalani pembedahan pundi hampedu.

Hosni meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera Mesir pada Jumaat lalu selepas 18 hari berdepan tunjuk perasaan anti-pemerintah.

Kepimpinan tentera yang baru telah membubarkan Parlimen dan menggantung perlembagaan negara kelmarin.

Sementara itu, pihak tentera yang memerintah negara itu selepas Hosni meletakkan jawatan meminta semua pekerja tidak melancarkan mogok dan protes di Dataran Tahrir.

Semalam, askar-askar membersihkan sampah sarap dan timbunan bangkai kereta serta khemah di Dataran Tahrir yang menjadi tempat para penunjuk perasaan berkampung sejak 25 Januari lalu bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan

ReJaM© "Perompak harta rakyat Mesir dah jadi biol, atau buat-buat biol kerana takut didakwa?"

Read more ...

Dah nak jatuh baru nak sedar

Alaa dan Gamal Mubarak bertengkar



Pertengkaran sengit antara Alaa dan Gamal Mubarak, dua anak bekas presiden Mesir, berlaku di dalam istana presiden Khamis lepas semasa proses rakaman ucapan terakhir bapa mereka untuk seluruh negara, lapor akhbar milik kerajaan Mesir al-Akhbar Ahad lalu.

Hosni Mubarak dilaporkan sepatutnya mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam satu ucapan yang dihantar oleh pihak tentera tetapi Gamal dan pegawai-pegawai kanan menekan beliau supaya menyampaikan ucapan yang berbeza di mana beliau menegaskan untuk kekal berkuasa sehingga September.

Semasa proses rakaman ucapan tersebut, Gamal dan Alaa terlibat dalam satu pertengkaran sengit yang hampir mencetuskan pergaduhan. Menurut laporan tersebut, Alaa menuduh Gamal meletak negara tersebut ke dalam korupsi apabila beliau membantu kawan-kawannya dalam industri perniagaan untuk mendapatkan pangkat dan kuasa politik.

"Daripada berusaha membantu ayah dihormati di penghujung usianya, awak sebaliknya mencemarkan imej beliau dengan cara begini," Alaa dilaporkan sebagai berkata kepada adiknya Gamal, yang merupakan ketua jawatankuasa polisi parti pemerintah.

Pertengkaran tersebut sangat kuat sehingga hampir setiap orang yang berada dalam istana tersebut mendengarnya, lapor akhbar berkenaan, sambil menambah beberapa pegawai kanan kerajaan terpaksa masuk campur untuk mententeramkan mereka.

Akhbar tersebut berkata bahawa Gamal hilang sabar selepas beliau mendengar rakaman ucapan yang sepatutnya disampaikan oleh bapanya malam itu di mana beliau akan mengumumkan perletakan jawatan.

Menurut laporan tersebut, para pegawai Amerika memang telah dimaklumkan tentang rakaman tersebut tetapi tidak pula mengetahui yang Gamal akan menyuruh ayahnya mengabaikannya dan merekodkan ucapan yang berbeza, iaitu seperti yang disampaikan pada malam itu.


Sebelum itu Presiden AS Barack Obama telah memberitahu dalam satu ucapan di Michigan bahawa "kita akan menyaksikan lipatan sejarah dibuka," sebagai tanda Mubarak akan mengundurkan diri. Beberapa jam kemudian, Presiden Obama mendengar sesuatu yang membingungkan: Mubarak tidak berundur. Obama sememangnya tidak tahu yang ucapan perletakan jawatan Mubarak telah dibuang oleh Gamal pada minit-minit terakhir.

Laporan tersebut turut menyebut seorang pegawai kerajaan Mesir sebagai berkata bahawa Mubarak sering mengenepikan "nasihat berguna" dari para pembantunya, sebaliknya menerima hampir kesemuanya dari Gamal, yang sering memperkecilkan gelombang kebangkitan rakyat.

Semasa hari-hari terakhirnya di pejabat, Mubarak menjadi semakin terpencil dalam politik, apabila dilihat sering membuat konsesi ketika tuntutan sudahpun meningkat tinggi.
CAIRO (AlArabiya.net) – beritaislamglobal.blogspot.com

(Translated from Arabic by Mustapha Ajbaili)

Read more ...

TAK TAHU KA!!! Blogger Taiping Mali kena tulah buat fitnah tak ingat dosa


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcDBGNJnEMPc4ofjQb-5Ff3cWEKP262oahanFs9sR54LUitOmfhGdCvSTRGnPf3kzR1bgD6RK0iVpRmIFn_mfX5sIR0kcGkE7KoQF3v10xblVxdIx4K9raIQEYFKdLqET-VggV6uJnf6k/s400/220820119372.jpgTok-tok Guru kata, kalau kita kena bala atau musibah, itu sebagai kifarah dosa-dosa kita, mintak ampun kat tuhan banyak-banyak moga-moga kita dah tak kena azab di akhirat nanti.

Takziah untuk blogger TaipingMali yang kena bala baru-baru ni, nampak gaya macam teruk juga dia kena. Masalahnya nampak macam dia tak anggap bala tu sebagai peringatan dari tuhan atas kerja buat dia selama ni.


Mungkin dia memerlukan bala yang lebih teruk dari tu untuk buat dia berfikir secara rasional, kaji balik betul salah tindakan dia selama ni memusuhi orang yang cintakan Islam.

Andaian aku blogger celaka ni kena tulah pasai kata macam-macam kat orang alim, betul ka dak hanya Allah yang maha mengetahui.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzxsNZuMOtMKwwfITT0T2GFl46oatsQxQVWAmu8_w1gmT3gJpij9XI79IjGl4YqOu3-J_FUNT17zCkuZz_1Kt12zVaT_ZdctYfFjTCoTU0d96wnIx6xM0QWpHrDdNTBtHXjGjNVZ_Z8pc/s400/220820119371.jpg

Aku malas nak tulis panjang-panjang. Kalau nak tau cerita lanjut boleh baca kat blog
Kaki Hentam. Kat blog ManjungMari pun ada cerita pasai ni.
Apa pulak kaitan blogger TaipingMali dengan gambar ni?
Bab ni kena tanya ManjungMari.

CENANGAU

Read more ...

Kalau ada judi dan pelacur di Kelantan, kenapa polis tak tangkap?

Mustapa Mohamed Perlekeh Polis Kelantan? -Idris Ahmad

pas muktamar 130610 idris ahmad


KUALA LUMPUR, 14 Feb. : Jika benar dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar bawah), mengenai berleluasanya perjudian dan pelacuran di sebuah kampung di Kota Bharu, maka secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan "kerana tidak bertindak".

"Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat.

"Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (gambar kiri). Idris juga meyindir Mustapa dengan mengucapkan "tahniah" kerana "baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama.

Mustapa semalam dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal - Kickdefella - bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis - kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan negeri.

mustapa mohamedMustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga dilaporkan berkata cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan media online.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Idris juga menegaskan bahawa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak pernah berkompromi dalam soal itu dan bersedia bertindak tegas sekiranya terbukti terdapat anggota parti Islam itu bersekongkol dalam kegiatan itu. (IH)

Read more ...

Jangan salahkan Pejabat Agama, Majlis Daerah yang beri lesen

Jangan salahkan pejabat agama

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgulTkPJ1twuifIbEL2Ay19JEKrPzQH_s1ybteycRx48hgF5to6MuqOvP8caLel-R1DfbYOHOI8YgfoxvJMKDQ6DMdBY4EHLGlLKIqqqBT261BEkM0qpAoUvnlCYBwcyHpUlvu-cSoIPvM/s1600/DSC_0181.jpgPARIT BUNTAR, 14 Feb. : Ketua Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian Bahagian Parit Buntar, Fakrurrazi Khalid terpanggil menjawab persoalan berhubung kenyataan yang dibuat Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, (JKKK), Idrus Shuib dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Februari lalu.

Fakrurrazi berkata, kerja membanteras gejala maksiat adalah tanggungjawab semua pihak.

Menurutnya, masalah gejala sosial yang berlaku di kawasan Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang pada siang hari bukanlah sesuatu yang baru.

“Kawasan ini menjadi tumpuan orang awam dan apakah beliau sedar ataupun terlepas pandang Ban Pecah adalah tempat maksiat yang sukar di bendung ketika ini kerana ada tangan-tangan tertentu yang memainkan peranan untuk menggalakkan maksiat,” katanya kepada Sinar Harian.

Fakrurrazi berkata, terdapat penyokong kuat kepada aktiviti malam yang ada di Ban Pecah dan pihak penguat kuasa agama tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.

“Cuba perhatian, berapa banyak acara-acara dan majlis hiburan di Ban Pecah ketika meraikan sambutan-sambutan tertentu dan malam-malam tertentu.

“Dalam setiap mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, kami juga sentiasa mengutarakan masalah sosial dalam setiap ceramah dan majlis penerangan yang diadakan terutamanya di kawasan Tanjong Piandang dan juga di Kuala Kurau, tetapi tetap ada bantahan,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa juga berperanan untuk menjaga dan memastikan anak-anak mereka supaya tidak berkunjung ke Ban Pecah terutamanya pada waktu malam.

“Saya dimaklumkan masalah ini selalu dibincangkan di dalam setiap mesyuarat Majlis Tindakan Daerah yang diadakan.

“Sepatutnya utarakan soalan kepada pihak majlis mengapa pusat hiburan karaoke terbuka yang tidak kurang daripada empat buah tidak diambil tindakan oleh pihak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya dalam membanteras gejala sosial pihak berkuasa majlis bertanggungjawab dan mempunyai kuasa menutup atau merobohkan terus pusat hiburan haram.

“Berdasarkan tinjauan yang dibuat pada setiap malam minggu atau cuti umum, ratusan remaja termasuk pelajar sekolah akan berkunjung ke Ban Pecah untuk berhibur tambahan pula ada kalanya disediakan penari dari luar.

“Pihak penguat kuasa agama telah beberapa kali membuat serbuan dan menahan remaja yang melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapunpihak penguat kuasa agama tidak mempunyai kuasa menahan pihak penganjur atau membanteras sepenuhnya kerana mempunyai kuasa yang terhad.

Sementara itu, katanya, pihak JKKK dicadangkan supaya menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan ahli JKKK untuk mencegah gejala sosial di tempat masing-masing.

Read more ...

"Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang,fitnah ini akan lenyap jua," kata Anwar.

Ujian atas saya kecil berbanding para Anbiya

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ujian yang beliau terima sekarang sebagai kecil sahaja berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh para Anbiya.

Justru itu, beliau yakin fitnah yang beliau hadapi ini akan lenyap juga akhirnya.


"Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua," kata Anwar.


Anwar berkata demikian dalam perutusan beliau sempena dengan Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam esok.


Sejak dipecat dari timbalan perdana menteri, Anwar tidak pernah berhenti dari menerima pelbagai tuduhan dari musuh-musuh politiknya.


Ia bermula dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir apabila beliau didakwa meliwat pemandunya sendiri, Azizan Abu Bakar namun ditolak oleh mahkamah.


Menurut rakan-rakan rapat beliau, serangan terhadap Anwar bermula apabila beliau selaku Menteri Kewangan enggan menggunakan duit negara untuk membantu salah seorang anak Mahathir yang ketika itu sangat teruk dilanda masalah ekoran kegawatan ekonomi.


Kini Anwar sedang dituduh lagi meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Menurut sumber, tekanan kepada Anwar tidak akan berhenti sehinggalah beliau meninggalkan pentas politik tanahair.


Ini kerana, Anwar dianggap ancaman paling besar kepada penguasaan Umno dalam politik berikutan keupayaannya menyatu semua penentang Umno.


"Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman.


"Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh.


"Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan," kata Anwar dalam perutusan itu.


Beliau mengingatkan kisah bagaimana isteri Baginda Rasulullah juga pernah difitnah dalam peristiwa Al-Ifk.


"Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T," tegas Anwar.


Anwar memetik ayat Al Quran surah Surah An Nur ayat 19 bagi memberikan peringatan kepada mereka yang gemar membuat tuduhan-tuduhan buruk.


Maksud surah itu adalah:


“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”

Read more ...

PAS jaga kebajikan orang Asli

JK khas dibentuk selesai masalah Orang Asal

KOTA BAHRU, 14 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan satu jawatankuasa khas dibentuk bagi menyelesaikan masaalah yang berlaku dikalangan Orang Asal.

Menurutnya, meskipun penghulu tanpa mukim serta pemimpin masyarakat telah dilantik di kalangan mereka, namun ianya masih belum berkesan khususnya dalam menyelesaian sesuatu masaalah.


“Ini kerana pemimpin masyarakat serta penghulu yang dilantik kerajaan tidak mencukupi untuk tujuan itu, jadi saya cadangkan supaya satu jawatankuasa khas dibentuk khususnya di kalangan mereka.


“Sebelum ini mereka boleh bertemu dengan wakilrakyat di tempat mereka tinggal termasuk Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli, tetapi saya rasa jawatankuasa khas perlu juga dibentuk,”ujarnya lagi.


Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan 30 orang masyarakat berkenaan di JKR 10, di sini tengahari tadi. (
gambar)

Turut hadir pada pertemuan itu, Pengerusi Tanah dan Pembangunan Tanah Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman, termasuk beberapa Orang Asal dari
Perak, Pahang dan Selangor.

Katanya, jawatankuasa ini perlu ditubuhkan di kawasan yang menjadi tempat penginapan Orang Asal untuk berhubung terus dengan wakilrakyat atau pemimpin kerajaan negeri.


“Semoga tiada orang tengah yang tidak bertanggungjawab merosakkan hubungan baik masyarakat Orang Asal dengan kerajaan negeri,”ujarnya.


Pada masa yang sama beliau berharap masyarakat di negeri ini tidak menjadikan ‘media’ sebagai pelepas segala masaalah kerana ianya belum tentu akan selesai.


Pada masa yang sama beliau memberitahu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk untuk mewartakan kawasan tanah yang diterokai oleh Orang Asal kepada mereka.


Bagaimanapun, katanya sehingga kini ianya belum diukur khususnya oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asal.


“Saya berharap Jaheoa menyegerakan pengukuran tanah bagi membolehkan kerajaan negeri mewartakan tanah yang diterokai sebagai milik
mereka,”ujarnya.

Sempena majlis itu juga, Orang Asal menyerahkan memorandum pada Nik Aziz untuk menyelesaikan masaalah penempatan dan tanah adat golongan
terbabit.

Terdahulu Ketua Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi telah menjelaskan projek Ladang Rakyat yang dijalankan di Gua Musang, tidak terbabit dengan kawasan penempatan Orang Asal.


Katanya, masaalah yang timbul di mana proses penebangan pokok yang dilakukan sebelum kawasan berkenaan diukur untuk dijadikan kawasan Ladang Rakyat telah memasuki kawasan mereka, disebabkan syarikat pemaju yang mendahului kerajaan negeri.


“Bagaimanapun kita telah meminta pihak pemaju membayar semula ganti rugi kepada Orang Asal,”ujarnya.


Maaf kerana panggil jakun

Dalam pada itu, Nik Aziz memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asal kerana pernah mengeluarkan perkataan ‘jakun’ sebelum ini.

Menurutnya, walaupun perkataan itu tidak ditujukan kepada masyarakat terbabit, namun beliau memohon maaf memandangkan ianya telah melukakan hati masyarakat terbabit.


Beliau berkata demikian ketika sesi pertemuan dengan masyarakat berkenaan tengahari tadi di JKR 10.


Nik Aziz berkata demikian berikutan salah seorang masyarakat berkenaan sewaktu berdialog dengannya melahirkan rasa kecewa di atas perkataan ‘jakun’ yang pernah diucapkan Menteri Besar itu sebelum ini.


Menurut Orang Asal itu, perkataan jakun dirasakan seperti menghina serta merendah-rendahkan kaum golongan itu.


Menurut Nik Aziz lagi, beliau sendiri tidak mengetahui maksud jakun sebenarnya, malah ianya menjadi perkataan biasa yang turut disebut oleh orang lain tanpa niat untuk menghina sesiapa.


“Saya sendiri tak tahu apa makna jakun, saya selalu dengar orang sebut, jadi sayapun sebut juga.


“Kerana perkataan itu telah melahirkan rasa terhina, kecil hati di kalangan Orang Asal, hari ini saya memohon maaf secara terbuka di hadapan tuan-tuan di sini,”ujarnya.


Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz turut berharap masyarakat itu turut menyampaikan ucapan maafnya kepada golongan mereka yang tidak hadir
pada majlis itu.

Sempena majlis itu juga Nik Aziz dipakaian topi tradisional masyarakat itu sebagai tanda penghargaan dari kaum mereka untuk beliau.

Read more ...

Kuasa Allah jatuhkan Mubarak

Nik Aziz: Mubarak tersungkur kerana campurtangan Allah


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir
Sabtu lalu (waktu Malaysia) disebabkan campurtangan Allah.

"Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini.


NONE
"Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?" katanya.

Nik Aziz berkata usaha
menjatuhkan Mubarak akibat usaha rakyat Mesir berkampung selama 18 hari di Dataran Tahrir di Kaherah bagi memastikan matlamat tercapai walaupun tanpa jaminan makan minum dan pengurusan seharian mereka.

"Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak," katanya.


Menurut mursyidul am PAS itu lagi, sejarah negara itu menyaksikan penindasan terhadap para ulama yang begitu lama termasuk oleh Firaun yang mengaku dirinya tuhan.


"Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim.


"Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh
special branch (cawangan khas) Quraisy.

"Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasa-Nya?" tegas Nik Aziz dalam satu kenyataan.

Read more ...