Thursday, June 21, 2012

UMNO HARAMKAN DEBAT!!! Debat Saifuddin Vs Salahuddin adalah yang terakhir?

Jika belum memiliki buku ini sila email seperti alamat diatas. IMPIAN MUSNAH! Barangkali itulah perkataan yang paling sesuai ditujukan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih menaruh harapan untuk melihat debat terbuka antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim menjadi kenyataan. Hakikatnya, debat itu tidak akan menjadi realiti sama-sekali.

Tidak setakat itu saja, malahan debat-debat lain yang melibatkan pemimpin UMNO juga tidak akan muncul lagi selepas ini.


Debat yang berlangsung pada 19 Julai lalu antara Ahli MT UMNO, Saifuddin Abdullah dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga adalah merupakan debat terakhir yang melibatkan pemimpin UMNO, sekurang-kurangnya di era UMNO berpresidenkan Najib.


Selepas ini, pemimpin UMNO dilarang sama-sekali berdebat dengan pemimpin pembangkang.


Ini berikutan UMNO difahamkan telah mengambil langkah mengharamkan para pemimpinnya daripada berdebat dengan para pemimpin pembangkang atas apa juga isu atau topik.


Sebelum Saifuddin berdebat dengan Salahuddin atas tajuk demonstrasi jalanan, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO juga telah berdebat dengan Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkenaan tajuk piliharaya yang bersih dan tabung pendidikan TPTN.


Khairy dan Rafizi juga pernah berdebat di London di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di sana.


Langkah terbaru mengharamkan debat kepada pemimpin UMNO ini dipercayai atas inisiatif Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Rais Yatim berikutan respon daripada sebahagian pimpinan UMNO yang melihat debat yang telah berlangsung itu lebih banyak memberi kesan buruk kepada UMNO, lebih-lebih lagi kerana ianya disiarkan secara langsung melalui tv.


Ini berikutan ia dilihat telah memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk berkempen dan membangkitkan pelbagai perkara mengenai UMNO dan kerajaan serta ditonton oleh jutaan orang.


Bagi UMNO pula, debat itu tidak memberi kesan yang banyak kepada rakyat kerana tanpa debat pun mereka masih boleh menyampaikan pelbagai perkara berikutaan penguasaan yang meluas terhadap media cetak dan elektronik.


Lebih dari itu, oleh kerana Najib sendiri kelihatan tidak berani berdebat walaupun berkali-kali dicabar oleh Anwar, sudah tentu langkah membiarkan pemimpin lain pula berdebat bagaikan suatu penghinaan dan perlekehan kepada Najib.


Atas asas-asas tersebutlah debat yang melibatkan pemimpin UMNO dengan pihak pembangkang dicadangkan untuk diharamkan.


Dalam hubungan ini, Rais difahamkan telah memaklumkan secara lisan kepada KJ dan Saifuddin, dua pemimpin UMNO yang masih ghairah dengan idea debat, agar tidak lagi menyahut atau terlibat dengan mana-mana debat dengan pembangkang selepas ini.


Dijangkakan Rais Yatim sendiri akan membentangkan langkah megharamkan debat ini dalam Mesyuarat MT UMNO yang akan diadakan pada Jumaat, 22 Jun ini agar ia menjadi peraturan rasmi yang mesti dipatuhi oleh semua pemimpin UMNO.


Langkah ke belakang yang dibawa Rais ini, walaupun mungkin mendapat sokongan ahli-ahli MT UMNO tetapi ianya pasti memberi kesan kepada undi yang bakal diperolehi oleh UMNO dan BN, khususnya daripada pengundi muda dalam pilihanraya umum akan datang ini.


Bagi generasi muda, langkah mengharamkan debat adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara, keterbukaan, keberanian berhujah serta kepintaran bermain dengan hujah dan kata-kata dalam mempertahankan idealisme perjuangan.


Lebih dari itu, dalam usaha Malaysia menuju negara maju juga, langkah UMNO mengharamkan debat ini langsung tidak seiring dengan perjalanan sebuah negara yang sedang menuju kemajuan dan kematangan sebagaimana yang telah terpamer dalam budaya sebahagian besar negara-negara maju yang menghalalkan debat terbuka diadakan.


Di Amerika dan Britain misalnya, debat dalam pemilihan pucuk pimpinan kedua negara itu sudah menjadi budaya yang bukan saja ditunggu-tunggu oleh rakyatnya sebelum mereka membuang undi malahan menjadi perhatian seluruh dunia. (SH 21/06/2012)

Read more ...

GANGGU CERAMAH PR!!! Midah sudah menyerah kalah?

Semalam sunyi je.. langsung tak nampak kemunculan kak midah ular.. Rindu kelibatnya.. ekeke… Deme udah menyerah kalah ke?
 
Aku tau deme teringin nak kacau semalam, tapi xde tempat.. kiri kanan hutan.. depan plak kedai makan… dengo cerita umno nak bayo ribuan ringgit kepada kedai makan tu utk membenarkan ceramah di premis tersebut tetapi ditolak.. haha..
 
Alhamdulillah, best sangat xde kelibat Midah ni.. Hahah…
 
Ke semua penceramah memang power! Yang lebih menarik dan istimewa sekali ialah pelakon, Hairie othman membuat kemunculan pertama di pentas PAS…
 

hairie bersama leman, tarmizi dan dr khairuddin
 

Ucapan bekas calon Bota ini sangat menarik
 

Ucapan Pak Salleh mencuit hati dengan sajak2 menarik
 
Leman Raja Lawak sedang berucap
 
Batu Gajah Mari

Read more ...

BANTUAN BR1M!!! Rupanya duit simpanan rakyat KWSP dipinjam bagi kepada rakyat? bijak!bijak!

Patutlah Kerajaan BN beria ia nak adjust pesara umur 55 adjustkan ke umur 60 baru boleh merasa wang simpanan.. rupa rupanya wang tak ada!! Sape yg izinkn Umno Menyamun duit simpanan Rakyat???

Read more ...

TERKINI!!! Runtuh lagi di Terengganu, 6 orang terperangkap dalam runtuhan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS4pvCamXn9HUSWlyzEQdnI6Q6XiIiza40BBJxRPykncVwl91r-hC607lwO_hyphenhyphenf1Fs8lQE9oxmgqCHQLl-8ogW_Ls7L2mpJ4hy3Hbns4sqr_dvE37oypfqfKCQqP_u_rc42MABEzLdB5FQ/s1600/image.jpgBESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.

Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.


Pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.
SH

Read more ...

TERKINI!! Skandal Shafie Apdal / Zahida Rafik akhirnya ke SPRM


Wanita KEADILAN hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembiyaan kewangan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal sebanyak RM1.5 juta kepada artis terkenal, Zahida Rafik.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wanita KEADILAN Ampang, Salmah Ismail pada jam 10.00 pagi tadi.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Zuraida Kamaruddin tidak dapat hadir kerana sedang menghadiri persidangan Parlimen.


Laporan tersebut berdasarkan maklumat oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi sebelum ini bahawa wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun artis itu melalui lima transaksi (urusniaga) berlainan dari Oktober 2011 sehingga Januari 2012.


“Kami mempunyai bukti yang cukup dan kini bersedia untuk mendedahkan perkara ini secara berperingkat.


“Tujuan pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan atau menggangu hubungan intim Menteri dan artis tersebut tetapi ingin memastikan bahawa Menteri tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi beliau,” kata Zuraida dalam satu kenyataan.


Menurutnya, laporan itu dibuat memandangkan pihak menteri tidak memberikan maklum balas berhubung perkara ini.


Dalam laporan Jalan Pulang pada 22 Mei lalu, skandal seks melibatkan pelakon gebu Zahida Rafik dengan seorang menteri kabinet sedang hangat diperkatakan dan Zahida telah menyelar bekas pemandunya dan menuduh lelaki itu berbohong.


Zahida yang berusia 28 tahun berasa marah terhadap bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mendedahkan hubungan sulitnya dengan Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.


“Saya mahu tahu apa lagi yang akan dia bohongkan. Sudah tentulah semua ini tak benar. Saya tak dapat nak cakap apa lagi, jadi biarlah peguam saya yang uruskan. Kita tunggu dan lihat,” Zahida dilaporkan memberitahu The Star, sebuah akhbar yang dikawal kerajaan.


Hanya beberapa minggu yang lalu, Zahida memanggil Noor Azman yang berusia 38 tahun seorang pencuri dan melaporkan kepada pihak polis bahawa lelaki itu telah melarikan RM200,000 wangnya.


Ini telah menyebabkan pemandu itu melaporkan Zahida kepada pihak polis bahawa beliau sebenarnya ditugaskan Shafie untuk memerhatikan pergerakkan Zahida dan membawa wanita itu ke hotel-hotel ternama untuk melakukan hubungan intim mereka.


RM 1 juta dimasukkan sekaligus!


Shafie adalah seorang Naib presiden Umno dan beragama Islam; sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak maka tidak hairanlah cerita ini menjadi sesuatu yang sensasi.

Rakyat bukan sahaja terkejut dengan tuduhan zina tetapi juga terkejut bagaimana Shafie mampu mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk perempuan simpanannya itu.

Dalam sidang media pada hari Khamis lepas, Noor Azman mendedahkan bahawa pernah mengarahkan dia untuk memasukkan RM1 juta untuk Zahida dalam bentuk tunai- semuanya sekaligus!

Menurut Noor Azman yang meletak jawatan pada 29 Februari, Zahida tidak pernah mendapat kurang daripada RM100,000.

Gangguan dan siasatan berat sebelah

Noor Azman juga mendakwa diganggu polis yang berat sebelah. Semenjak skandal itu tersebar, Noor Azman juga diganggu di rumahnya.

Peguam beliau, Latheefa Koya mendedahkan bahawa pihak polis ada bertanya jika Noor Azman mahu menukar peguamnya apabila mereka member tekanan kepadanya setelah membuat laporan. “Pihak cawangan khas yang menyiasat.


Azman juga bertanya jika motif beliau adalah untuk menamatkan karjaya politik Shafie dengan mendedahkan hubungan sulitnya,” Beritahu Latheefa kepada sidang media.

Dalam laporan polisnya, Noor Azman telah menyatakan bahawa dia ditugaskan mendepositkan wang tunai untuk Zahida yang mencecah RM 1.5 juta dalam jangkamasa 4 bulan.

Dia merupakan anak buah kepada seorang penyanyi, Tengku Intan Tengku Abd Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan.


Sebuah banglo juga? Mengapa SPRM membisu?


Selain daripada pemberian wang yang berjumlah besar, laporan ada menyebut mengenai banglo mewah bernilai RM 3 juta di Ampang yang dipercayai dibeli oleh Shafie untuk Zahida. Rumah itu dipercayai dinamakan atas salah seorang ahli keluarga Zahida.


Sementara itu, terdapat desakan terhadap SPRM untuk menyiasat bagaimana Shafie boleh mampu mengadakan hidup yang begitu mewah.


Shafie dan Zahida juga telah mengugut Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang yang membongkar skandal tersebut.


“Kita mahu tahu dari mana datangnya wang itu,” ujar Zuraida yang juga hadir dalam sidang media tersebut.


Beliau juga menyebut bahawa seks hanyalah sebahagian kecil dalam skandal itu dan bukanlah isu sebenar iaitu rasuah.


Sementara itu, spekulasi bertiup kencang bahawa Shafie telah mengahwini Zahida secara rahsia.


Walaubagaimanapun, pelakon itu tetap tegas mengatakan bahawa dia tidak mengenali Shafie apatahlagi menerima wang daripada menteri itu.


Shafie juga telah menepis dakwaan itu.


GLOSARI:


Spedo - Bahasa di kalangan artis tempatan yang bermaksud ditaja atau disponsor untuk memperolehi habuan tertentu, termasuk hubungan seks yang dibalas dalam bentuk kemewahan seperti rumah, kereta dan tanah.


JALAN PULANG 

Read more ...

BENDERA BN DI KUIL!!! Kerana MIC kawal kuil macam UMNO kawal masjid



Ketua Kuil Sri Mariamman  Taman Dusun Nyiur, Seremban, Negeri Sembilan, Enchik Alagesan, seorang ahli MIC telah mengibarkan bendera BN untuk kepentingan sendiri dan demi menunjukkan kepada rakyat kononnya kaum India di Negeri Sembilan,   menyokong kuat padu kepada UMNO/BN dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak

Gelagat dan kisah ini membuatkan penduduk tempatan khususnya yang beragama Hindu naik marah.

Mereka secara lantang dan tegas menyatakan, apa yang dibuat dan dilakukan oleh penganut MIC/BN ini tidak menepati citarasa dan amalan agama mereka..

Setelah berlaku sedikit pertengakaran mulut antara Ketua Kuil Hindu Sri Mariaman Taman Dusun Nyiur dengan penduduk tempatan, akhirnya bendera-bendera BN diturunkan dengan serta merta.


UMNO/BN DAH TERDESAK...PACAK BENDERA TAK PILIH TEMPAT....PETANDA TALIAN HAYAT UMNO KIAN HAMPIR TIBA....OMAK KAU

Read more ...

BLOGGER UMNO PEMBOHONG!!! Ceramah Anwar tidak ada orang?



Ramai sahabat pembaca menghantar mesej kepada MiLo SuaM bertanya benarkah ceramah Anwar Ibrahim di Stadium Sabak Bernam kelmarin tiada sambutan?

Ini berikutan blogger-blogger Umno menyebarkan gambar-gambar berikut di blog-blog mereka. Menurut mereka orang Sabak Bernam sudah tidak percaya dengan Anwar Ibrahim.

Kalau dilihat daripada gambar-gambar ini memang lengang, tak ramai orang yang datang ceramah Merdeka Rakyat, yang diadakan di Stadium Mini Sabak Bernam, Selangor itu [
Sumber].

ReJaM© telah menghubungi salah seorang sahabat blogger Edyesdotcom bertanyakan tentang hal ini. Menurut beliau pula, ramai hadir di ceramah tersebut sekitar 3,000 orang.

Keadilandaily
pula menganggarkan sekitar 2000 orang hadir di ceramah tersebut. Sebagai bukti, Edyesdotcom menghantar gambar-gambar berikut.


Meskipun ceramah ini diadakan di hari bekerja (malam Rabu), namun sambutan sangat menggalakkan, menyaksikan orang ramai duduk di atas rumput stadium untuk mendengar ceramah.


Bezakan antara dua gambar pertama dan dua gambar-gambar berikutnya, barangkali blogger Umno ambil gambar ketika ceramah sudah selesai. Pelik bin hairan, benda macam ni pun nak menipu, macamlah pengguna internet hari ini tak pandai cari maklumat.



Artikel di cilok dari ~
milosuam

Read more ...