Tuesday, May 8, 2012

MARI TENGOK!!! Video ' HARAM JADAH' makian Najib kepada peneroka

Dalam saat yang ke 55 videoclip ini, kita akan mendengar Najib menyebut perkataan ‘Haram Jadah mereka itu’ yang ditujukan khas buat para peneroka yang menentang penyenaraian Felda.

Adakah ini contoh wassatiyah yang dicanangkan oleh Najib? Peneroka yang tidak sealiran atau tidak mahu menurut kemahuannya dilabelkan sebegitu rupa..

Wajarkah seorang PM melabel rakyat yang telah memberikannya undi untuk berkuasa sebagai Perdana Menteri melabelkan rakyatnya sebagai 'Haram Jadah'?


Jelas disini.. Najib punya dendam yang mendalam terhadap Penerokayang menentang penyenaraian tersebut..


Baca laporan ni ..
ASD

JERANTUT
, 9 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda.

Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.


"Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak lihat muka-muka ini, nak terima durian runtuh atau tidak. "Saya tidak redha mereka ini menerima durian runtuh," kata Najib sambil mendapat sorakan dari hampir 50,000 warga peneroka hadir pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri.


Najib turut menyifatkan pembangkang sebagai sudah kehabisan dan ketandusan modal untuk meracuni pemikiran rakyat sehingga penyenaraian FGVH dipolitikkan.


"Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. "Kalau mereka tidak mampu memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba kaedah mencelarukan pemikiran.


"Yang baik dipolitikkan, yang menguntungkan diselewengkan kenyataan dan fakta supaya pemikiran rakyat bercelaru dan boleh salahkan UMNO," tegas Najib -
KLPos 

Read more ...

PAKATAN RAKYAT!!! 'Kami tak takut, BN makin bimbang'

SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menegaskan perikatan tiga parti itu tidak pernah takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya mendakwa Barisan Nasional (BN) yang bimbang dengan kebangkitan pihaknya dan sokongan yang diterima buat masa sekarang.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu hanyalah satu manifestasi terhadap kebimbangan Umno dan BN menjelang PRU13.

"Mahathir telah menyatakan kami tak yakin menang dalam PRU13 akan datang adalah satu tanggapan yang salah dan itu hanya ingin menutup kerisauan pada ahli Umno dan BN sendiri," kata Salahuddin lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kelmarin, Dr Mahathir dipetik berkata, pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam PRU13 menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.

Dr Mahathir berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.

"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.

"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, masyarakat sudah lebih celik politik dan dapat menilai pemerintah yang layak dalam mengemudi negara ke arah yang lebih baik seperti yang dituntut Bersih 3.0.

"Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan melalui perhimpunan Bersih 3.0 yang berkumpul tanpa mengira kaum pada April lalu jelas menggugat dan memberi ancaman kepada Umno," kata Salahuddin.

Perhimpunan Bersih 3.0 yang dianjurkan oleh NGO, didakwa dihadiri lebih seratus ribu orang dari seluruh pelusuk negara telah mengundang pelbagai reaksi ekoran insiden ganas.

"Kami telah meminta untuk ditubuh satu pasukan suruhanjaya bebas bagi menyiasat siapa dalang di sebalik insiden tersebut dan masyarakat boleh menilai sendiri melalui video yang dirakam dan muat turun dalam mana-mana laman sosial," tambah Salahuddin lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, "kita tidak tahu siapa yang akan menang dalam PRU13 nanti sehingga semua undi dikira dan diumumkan kepada semua."

"Mahathir tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu dan beliau hanya memperlihatkan kebimbangan Umno dalam meraih undi dalam PRU13 akan datang.  

 "Jika benar Umno tidak bimbang mengapa Parlimen masih belum dibubarkan sehingga hari ini dan jika masih mencari masa yang sesuai, Umno akan menjadi seperti telur di hujung tanduk," kata Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua juga melahirkan pandangan yang seiring dengan rakannya.

"Saya merasakan kenyataan Mahathir adalah tidak berasas dan tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan demonstrasi Bersih 3.0 sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan.

"Manakala usaha memburukkan imej polis adalah satu klasifikasi yang jauh berbeza dengan untuk menggulingkan kerajaan," kata Ahli Parlimen penggal pertama ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya haruslah telus dan adil dalam setiap PRU dan menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan betul, serta mereka perlulah bebas dari mana-mana badan politik.   

"Kewujudan perhimpunan Bersih bukanlah bertujuan untuk meraih undi dan menjadikannya sesuatu yang boleh menggugat keamanan negara tetapi adalah untuk menuntut lapan perkara yang disebutkan sebelum ini," tambah wakil rakyat kawasan Batu.

Read more ...

PANAS!!! Dato' Shariff Omar ditawar bertanding Parlimen Tasek Gelugur atas tiket PAS ?

Demam pilihanraya sudah semakin hampir, bahangnya amat dirasai apatah lagi bila Bapa Pengumuman Negara semalam telah mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka Felda.

Mungkin esok beliau akan umum pula air percuma untuk rakyat 1 Malaysia tetapi air hujanlah... Kih kih kih


Dua hari lalu ketika sharpshooter ziarah Pak Njang Othman di ICU KPJ Perda Bukit Mertajam, tiba-tiba bertemu mantan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Mohd Shariff Omar yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang.


Beliau bercerita tentang beberapa pimpinan PAS telah menemuinya dan menawarkan untuk bertanding di Parlimen Tasek Glugor atas tiket PAS.


Lalu Sharpshooter bertanya "Dato' setujukah? " Beliau menjawab sedang berfikir dan akan pertimbangkan.


Pada 2008, beliau tidak dipilih mempertahankan kerusi parlimen Tasek Glugor dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008, beliau juga pernah menafikan desas-desus yang beliau akan menyertai PKR.


Beliau juga tidak dipilih mempertahankan kerusinya untuk memberi laluan kepada menteri kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding di situ.


Shariff telah berkhidmat di kawasan berkenaan selama 26 tahun - tiga penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan tiga penggal sebagai ahli parlimen.


Katanya lagi beliau juga rasa kesal dengan apa yang berlaku pd MP Tasek Glugor sekarang terutamanya kes Pembantunya Hasbi yang ditangkap oleh SPRM kerana memiliki wang tunai hampir 2 juta. Rakyat tahu duit siapa dan rakyat ketawa bila baca tuduhan yang dibuat di Mahkamah.


Beliau juga tempelak umno yang guna isu peribadi menyerang Anwar dan Azmin apatah lagi bila umno gunakan Umi Hafilda, Zahit Mat Arip, Anuar Shaari dan yang lain lagi kerana katanya "mereka-kereka ini tidak ada integriti, rakyat tak percaya cakap mereka" katanya rancak berbicara.


Mungkinkah benar desas desus esok Najib akan mengadap Agong dan akan bubar Parlimen pada 11 Mei 2012? Sama-sama kita tunggu...
SharpShooter

Read more ...

TEORI AUTA HASAN ALI!!! 'Pelakon' video murtad dilanggar lori

Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.

"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.

Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.

"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.

Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. -mk

Ulasan GB

Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.


Jika identiti pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam itu tidak didedahkan sejak awal lagi, bagaimana mungkin boleh timbul teori "diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut"?

Siapa yang kenal mereka apabila identiti mereka tidak pernah didedahkan? Kita semua difahamkan dahulu video itu pun hanya menyediakan suara pasangan berkenaan dan tidak didedahkan wajah mereka.

Lebih jahat lagi andaian menyatakan "ia ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut".

Hebat sangatkah video murtad tersebut sedangkan ia lansung tiada kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan sebagai bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai butiran lengkap dan mencukupi untuk mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan murtad?

Hassan Ali dan crew pembikinan video itulah yang perlu ditahan dan disoal siasat kerana mengeluarkan "teori" dangkal dan tuduhan melulu menyatakan pasangan "pelakon videonya itu dilanggar lori kerana membuat pendedahan isu murtad". Merekalah yang sebenarnya mengenali identiti pasangan berkenaan.Kelab Greenboc

Read more ...

MANA LAGI RM 35 000?!!! Peneroka hanya diberi RM 15 000 sedangkan tanah dipajak


PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000
 

Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja. 

 KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urus niaga yang berikut:
1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:
1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
8 MEI 2012

Read more ...

KOMEN RASIS!!! Adun BN dimalukan pengundi Cina

 
ADUN BN KELANTAN MEMFITNAH KERAJAAN PAS KELANTAN - TOLAK UMNO/BN SECARA TOTAL PADA PRU 13 - BIAR MEREKA MENJADI PEMBANGKANG SELEPAS PRU 13 - ALLAHUAKBAR !!
Rasakan..
note : Mat Yusoff adalah Adun Kawasan Nenggiri, Gua Musang, Kelantan

Read more ...

HARAM JADAH!!! Itulah ucapan maki Najib kepada PAS kerana terlalu marah lihat bendera PAS


Perdana Menteri, Ah Jib Gor benar-benar naik semalam. Ketika menyampaikan ucapannya di Jengka 8, Pahang semalam, Najib dua menyebut perkataan HARAM JADAH, satu perkataan biadap dan kurang ajar. 

Perkataan itu ditujukan kepada PAS yang dituduhnya menjadi pengacau Felda sejak kebelakangan ini.

Kita tidak tahu mengapa beliau naik minyak semalam. Sebagai Perdana Menteri kita harap Najib tidak lagi menggunakan perkataan kurang ajar itu, lebih-lebih lagi ucapan beliau disiarkan secara langsung ke seluruh Malaysia. Sudah tentu budak kecil akan mengikut jejak langkah Najib dengan perkataan itu.


Ada juga pihak memberitahu bahawa Najib naik minyak kerana tidak puashati dengan pemasangan bendera PAS gergasi dan bendera-bendera  PAS bersaiz lain  di kawasan sekolah.


Sebelum sebarang arahan diberikan. Najib begitu elergik dengan bendera PAS dan pimpinan PAS serta Anwar Ibrahim. Sebab Najib tenggelam punca dengan kehadiran boss mereka.Mutaligat

Read more ...

KEJAYAAN BN !!! Lebih 76 000 siswazah menganggur

KUALA LUMPUR - Kira-kira 76,200 siswazah masih menganggur kerana tiada kemahiran mencari pekerjaan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan hari ini.

Katanya berdasarkan kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal JobStreet Malaysia ke atas 1,994 responden, 77.14 peratus menyatakan mereka perlu mentor atau pembimbing dalam usaha mencari kerja.


"Melalui bancian itu juga, kita dapati hanya 42.59 peratus bersetuju, menyatakan sepatutnya lepasan universiti tidak menghadapi masalah dalam mencari kerja, berbanding 57.41 peratus yang mengakui bermasalah untuk mencari kerja.


"Ini jelas menunjukkan tiada kemahiran untuk mendapat maklumat dan membuat carian pekerjaan menyumbang kepada kegagalan lepasan universiti untuk mendapat pekerjaan," katanya menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang di Dewan Negara di sini.


Selain itu, katanya sikap siswazah yang terlalu bergantung kepada orang lain untuk menyampaikan maklumat mengenai peluang kerja serta tidak tahu bagaimana untuk memohon juga menyumbang kepada pertambahan kadar pengangguran.


Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kementerian sedang mengkaji cadangan untuk membekalkan komputer riba kepada pelajar luar bandar bagi merapatkan jurang digital dengan pelajar di bandar.


Beliau berkata antara aspek yang diambil kira ialah implikasi kos, faktor keselamatan dan yang lebih penting pengisian aktiviti dalam memastikan peralatan yang dibekalkan memberi manfaat kepada murid.


"Kementerian Pelajaran sememangnya amat peka dan prihatin bahawa pembelajaran berbentuk komunikasi teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu cara yang efektif dalam membentuuk modal insan berkemahiran," katanya menjawab soalan Senator Lihan Jok.


Wee berkata inisiatif membekalkan komputer kepada pelajar luar bandar sudah dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di bawah Program Netbook 1Malaysia.


Dalam usaha meningkatkan peluang pelajar di luar bandar dan bandar menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran, beliau berkata kementerian turut melaksanakan Projek Makmal Pengkomputeran Sekolah yang dirancang oleh Unit Perancang Ekonomi sejak 2000.


"Sehingga tahun lepas, sebanyak 70 peratus sekolah di seluruh negara telah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah makmal komputer  dan bagi sekolah yang belum mempunyai makmal berkenaan, ia akan diteruskan dalam pelan Rancangan Malaysia ke-10.
- Bernama

Read more ...

DURIAN RUNTUH FELDA!!!! RM 25 000 atau RM 15 000, itupun nak tipu juga ka?

Broommm... Senjata terakhir Najib untuk PRU13 bernilai RM1.6b



Tah macamana tadi aku boleh tertengok Najib Rosmah berucap live dalam TV. TV1 ada live TV3 pun ada live. Bukan setakat tengok tapi mengikuti ucapan Najib Rosmah tu, benda yang memang dah lama aku tak buat.

Kena pulak ngam-ngam Najib Rosmah umumkan 'durian runtuh' untuk warga peneroka. Najib kata yang ni bukan BR1M tapi BROMMM...


Untuk ketua keluarga peneroka, FELDA akan bagi RM5,000 sorang. Tak cukup dengan tu isteri peneroka pun akan dapat jugak RM5,000 sorang dan yang lagi tak disangka-sangka, generasi kedua peneroka pun akan dapat RM5,000.


Katanya untuk bagi durian runtuh bersempena dengan penyenaraian  FELDA Venture Holding (FGVH) tu, FELDA akan belanjakan lebih 1.6billion.


Memang nampak sangat gila babinya Najib Rosmah punya usaha untuk pastikan kawasan penempatan Felda tetap jadi fix deposit untuk umno BN.

Nampak sangat Najib Rosmah cukup tertekan dengan apa yang ANAK dan Mazlan Aliman punya team dah buat. Nampak sangat yang Najib Rosmah cukup risau undi peneroka Felda beralih ke pada Pakatan Rakyat.


Yang lebih hebat lagi Najib Rosmah siap kata takkan halalkan durian runtuh ni kepada "puak-puak yang tak setia kepada kita."


Lepas ni, jangan harap la kut, ANAK boleh masuk ke kawasan FELDA lagi. Aku yakin dengan umpan RM5,000 ni akan ada ramai yang sanggup sekat Mazlan Aliman di tengah jalan, tak bagi masuk ke kawasan Felda.


Tentu ada punya 'samseng kampung dusun' yang sanggup tunggu Mazlan Aliman dengan kayu 3 tengah 2.Cenangau


Tapi bila baca berita di bawah, lain bula ceritanya......

JENGKA, 8 Mei - Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkenaan durian runtuh Felda, kami cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda. 
 Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion. Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga. 
Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818. Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000
Walaupun begitu, kita merasakan Najib tidak akan mampu memberikan wang sebanyak itu, menunjukkan bahawa sama ada FGVH tidak memberikan wang pampasan kepada peneroka Felda, ataupun wang yang diterima itu "digelapkan" oleh pihak-pihak tertentu sebelum sampai ke tangan peneroka. 
Malah, mungkin juga jumlah itu ada tetapi peneroka tidak akan mendapat wang tunai atas durian runtuh tersebut. Ini kerana ia akan dijadikan saham yang mana akan dibayar semula oleh peneroka menerusi perjanjian sulit Felda dengan bank-bank terpilih. 
Malah, ada yang mendakwa borang perjanjian pinjaman dengan bank yang diedarkan baru-baru ini juga umpama ada "udang di sebalik mee" yang akan menjerat leher para peneroka. 
 Ia terbukti apabila dokumen yang ditandatangani menunjukkan persamaan tawaran share oleh syarikat kepada pekerja dengan kaedah pinjaman bank seperti yang berlaku kepada Titan chemicals, Telekom dan Petronas Chemical Bhd, dimana selepas 6 bulan mereka perlu membayar semula pinjaman bank berkenaan. 
Bayangkan jika jumlahnya RM50,000 hingga RM100,000?. Felda ketika itu akan "lepas tangan" dan yang akan menjadi mangsa ialah peneroka akhirnya. Inilah dia "grand design" yang akan menjerat mereka. Jangan nanti peneroka "menang sorak kampung tergadai".

Inilah sebahagian daripada dokumen perjanjian kosong yang akan menjerat
peneroka felda seluruh negara tidak lama lagi sebenarnya (klik pada imej)



[Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana tandatangan "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH. 
Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan. Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran? Maka apa agaknya yang telah Felda cagarkan? 
Sudah pastilah tanah ladang milik peneroka terbabit. Memang asalnya penyenaraian FGVH tidak libatkan ladang seperti yg didakwa, tetapi peneroka akan terjerat pada perjanjian ini apabila mereka gagal membayar pinjaman bank terbabit. Felda akan lepas tangan selepas enam bulan dan siapa yang akan jadi mangsa?. 
Sudah pasti peneroka. Maka apa guna durian runtuh, jika untuk merosakkan mereka].PDO

Read more ...

VIDEO TUDUH KAFIR!!!Ulama UMNO sama macam Rahim Noor kafirkan Tuan Guru Nik Aziz


Klik pada imej untuk baca


"FATWA" oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor? Hari ini (8 Mei), dalam News Straits Times pada halaman 6. 

Beliau melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sebagai "BAPA KAFIR" adalah melampau, jijik, tidak matang dan fitnah. Sebagai bekas pesara polis, beliau tidak sepatutnya melabelkan MB Kelantan sedemikian rupa walaupun berbeza fahaman politik...

Saya petik dari NST:

Former inspector-general of police Tan Sri Rahim Noor has labelled Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat the "father of kafir (infidels) for misleading Muslims to believe that it is their religious duty to support Bersih 3.o.Tuk Kiyai


Daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata. (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, Malik, Ibn Hanbal dan Abu Daud). 

Read more ...

PANAS!!! Ong Tee Keat akan sertai DAP?


Mengejutkan, berita tergempar!


Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)!


Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO.


Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.


Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat.


Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA.


Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal tidak akan membawa MCA ke mana-mana.


Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur.


Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini.


JALAN PULANG


Sumber : Portal bahasa Cina, huawiki.com

Read more ...

FATWA DEMO HARAM!!!Kenapa Tok Mufti tak nak keluar fatwa Najib pakai rantai?


Banyak persoalan yang membelenggu keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan kunun bertujuan tidak baik sedangkan hakikatnya rakyat turun ke jalan raya mahukan pilihanraya bebas dan adil.

Sedangkan persoalan mengenai hukum lelaki yang memakai rantai di leher yang terang-terang meniru kaum perempuan tidak langsung disentuh Majlis Fatwa yang dipengerusikan Abdul Shukor Hussin.


Apakah Majlis Fatwa sanggup mengeluarkan 'fatwanya' tentang bagaimana perdana menteri, Najib Altantuya dilihat memakai rantai di leher semasa lawatan ke Batu Pahat, Johor dan Temerloh, Pahang, bulan lalu?


Mengapa diam?


Adakah kerana Najib Altantuya manusia paling berkuasa hingga langsung tidak boleh ditegur atau kesemua mufti yang ada cuma tahu menempelak golongan yang bakal merampas kuasa di Putrajaya dengan jalan pilihanraya?


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Majlis Fatwa tersebut hanya berpandukan 'alasan sebelah mata'.


Mengulas kenyataan pengerusinya, Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.


"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.


"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.


"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.


Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.


Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.


Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara


Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.


"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?


"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.


Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.


"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.


Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.


"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.  


"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

 
"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Read more ...

SKANDAL SCORPENE!!! Langsung tak keluar dalam media kerajaan


Sehingga kini, tidak ada satu pun media rejim Umno-APCO yang berani memaparkan berita mengenai skandal komisen dari pembelian kapal selam Scorpene yang dibuat Menteri Pertahanan ketika itu yang kini bergelar Perdana Menteri, Najib .

Baik Utusan, Berita Harian mahupun Sinar Harian yang kunun dianggap akhbar 'neutral' semuanya diarahkan supaya tidak memaparkan berita yang sudah meluas disiarkan di akhbar luar negara termasuk negara jiran, Singapura dan Indonesia.


Adalah menghairankan bagaimana berita sebesar ini yang melibatkan maruah dan imej negara tidak disiarkan hanya semata-mata dalang di sebalik pembeliannya masih lagi berkuasa dan cuba untuk menutup skandal yang terbongkar sejak 2009 lagi daripada mengaibkan rejim yang ketakutan kehilangan kuasa di Putrajaya.


Adalah dipercayai kesemua pengarang akhbar media rejim sudah diberi taklimat supaya tidak mengeluarkan sebarang berita yang mampu menggugat Najib  yang bakal disapina oleh Mahkamah Awam Paris di Perancis tidak lama lagi.


Berdasarkan maklumat terkini, pengarang juga diberikan 'lampu hijau' menyerang pemimpin Pakatan Rakyat dengan fitnah berunsur seks dan skandal bagi mengalih perhatian rakyat daripada terus membicarakan skandal Scorpene yang berkahir dengan tragedi kematian penterjemah Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.


Itulah sebabnya Pakatan Rakyat saban hari dihidangkan dengan 'berita bertaraf biru' walaupun umum mengetahui ia cuma rekaan yang diberi 'penjemanaan semula' semata-mata.


Dengan mensasarkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai beg penumbuk, satu persatu pemimpin Pakatan Rakyat diserang dengan pelbagai skandal yang tak masuk akal.


Terbaru, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali difitnah melakukan aksi 'seks tandas' sebelum terdedahnya keperibadian Azmin kununnya dalang memecah belahkan keluarga Pak Ali.


Tetapi sehingga kini, tiada satu pun bukti dikemukakan oleh jurucakap rejim yang boleh meyakinkan rakyat betapa akhlak Azmin sudah rosak hingga sanggup mengabaikan ibunya, Che Tom Yahaya yang kununnya kecewa dengan tindakan Azmin membelakangkan keluarga demi kerjayanya.


Sebelum itu pun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut difitnah melakukan hubungan seks di sebuah hotel di Puduraya hingga blog Umno-APCO menggelarkan dirinya 'Din Puduraya'.


Sekali lagi media rejim dan pencacai setia mereka langsung tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh untuk membuktikan kesalahan Salahuddin yang kini giat menyerang Johor yang kian terasa bahang penolakan Barisan Nasional di segenap pelusuk negeri di selatan semenanjung itu.


Dengan bahang pilihanraya umum semakin kuat dirasakan terutama menjelang sambutan 66 tahun parti reput itu di Kuala Lumpur minggu ini, media rejim akan terus menyerang tanpa rasa malu jauh sekali bertanggungjawab di atas fitnah mereka.


Skandal Scorpene akan terus disenyapkan media rejim demi memastikan imej Najib  terus muluk dan bersih umpama malaikat yang tidak pernah melakukan sebarang kesilapan walaupun hakikatnya keadilan yang dituntut terpaksa diperolehi nun jauh di benua Eropah.


JALAN PULANG

Read more ...