IPOH - Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan akan bertanding
jawatan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat pada Muktamar Tahunan kali
ke-59 yang berlangsung dari 22 hingga 24 Nov.
Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata beliau bersedia memikul tanggujawab itu selepas perwakilan memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding jawatan berkenaan.
"Saya ditawarkan untuk bertanding dua jawatan, iaitu Anggota Jawatankuasa Pas Pusat dan Naib Presiden Pas. Bagaimanapun, saya menarik diri untuk jawatan Naib Presiden dan hanya sekadar bersedia untuk memberi khidmat bakti kepada Jawatankuasa Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak kali ke-30, di sini hari ini.