PAS Kawasan Jerlun mencalonkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
sebagai Presiden PAS bagi pemilihan parti tahun ini. Sementara itu, Naib
Presiden, Datuk Paduka Husam Musa pula dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PAS.
Pencalonan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 52 PAS Kawasan
tersebut yang berlangsung pada 16 September lalu di Markas PAS Kawasan,
Lubuk Pinang di sini.
Dalam mesyuarat agung yang sama, para perwakilan juga bersetuju untuk
mencalonkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen
Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad dan Salahuddin Ayub selaku Naib
Presiden.
Read more ...
KUALA LUMPUR:
PAS Kawasan Kuala Pilah memilih Abdul Karim Shahimi Abdul Razak sebagai
Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan bagi sesi 2013-2015 selepas berlakunya
pertandingan dua penjuru dengan penyandangnya, Zaharudin Osman pada
mesyuarat agung tahunan kawasan tersebut yang diadakan semalam.
Selain
YDP, jawatan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) juga turut berubah apabila
Norazman Mohamad dipilih oleh perwakilan, menggantikan Mohamad Nor Abdul
Rahim.
Semua jawatan dipertandingkan kali ini, melainkan jawatan
Ketua Urusan Ulama PAS Kuala Pilah yang menang tanpa bertanding, yang
disandang Ustaz Fuad Osman.
Read more ...
PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada
pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding.
Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.
Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bekas aktivis kampus USM tahun 80/90an Mohd Sofi Abdul
Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan
YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP).
Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz
(Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu
Bakar (Ketua Muslimat)
Read more ...
ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Mohd Shukri Ramli (kanan) akan
menerajui PAS Kawasan Arau bagi sesi 2013-2015 selepas menang tanpa
bertanding jawatan Yang Dipertua pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39
baru-baru ini.
Sementara itu, penyandang jawatan Yang Dipertua, Rus'sele Eizan pula
beralih tempat ke jawatan Timbalan Yang Dipertua, juga tanpa
bertanding. Jawatan tersebut dahulunya disandang Mohd Shukri.
Read more ...
SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan dirinya
tidak akan bertanding bagi mana-mana jawatan dalam Muktamar Tahunan
ke-59, November depan.
Beliau akui mahu memberi ruang kepada calon muda untuk bertanding merebut jawatan dalam pemilihan tersebut.
“Saya tak bertanding. Pasti saya tak akan bertanding dalam pemilihan
kali ini. Sebab...tak ada apa. Saya rasa bagi orang mudalah bertanding,”
katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, meskipun ditawarkan untuk bertanding, beliau tidak akan menerima tawaran tersebut.
Read more ...