Saturday, June 9, 2012

BLOGGER UMNO MAKIN BIADAP!!! Ust. Azhar Idrus ditohmahnya dajjal



Dajal?

Ustaz Azhar Idrus dajal ek? Sebab ? Main gitar? 

Kalau ikut kesimpulan orang2 umno maka ;

Gitar = alatan yang boleh mendajalkan orang.

Individu yang main gitar = dajal.

Jadi ;

Bila UAI main gitar maka dia jadi dajal.

Owhh begitu kah? Lihat gambar bawah neh pula. Lihat baik2 oke.


Ini ialah najib. Dia pun petik gitar. Ini bukan gambar super impose. Bukan stail aku sebarkan gambar2 tak tulen macam bloggers umno oke. So sekarang aku nak tanya.

Adakah najib = dajal juga? Sebab dia pun petik gitar. Maksudnya dia telah pun mengiktirafkan alat muzik dan muzik yang terhasil darinya.

Mohon admin anti dap club jawab. 

Thank You.

Ameno : Apa ke bangang sangat super impose gambar ulama macam tue?

Read more ...

APABILA UMNO TEKAN RAKYAT!!! Inilah jawabnya , biarpun hujan 5000 orang berhimpun sokong Pakatan


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melakukan kesilapan besar apabila membekukan sementara kemudahan pinjaman kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis).

Cubaan dilakukan PTPTN ini jelas menaikkan kemarahan rakyat..


Walaupun dalam keadaan hujan turun renyai-renyai,  ribuan warga Kajang berhimpun di Stadium Kajang malam tadi bagi menyuarakan sokongan padu mereka kepada kerajaan PKR/PR Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Politik dendam kesumat amalan UMNO dari dulu, kini dan selamanya sudah tiada tempat dihati rakyat .

UMNO lupa, dikalangan penuntut-penuntut UNISEL dan KUIS bukan semuanya dari anak-anak penyokong Pakatan Rakyat...jumlahnya bukan sedikit.

Ini yang membuatkan ada dikalangan  penyokong tegar UMNO di Selangor sudah mula sedar permainan politik para pemimpin mereka....Sanggup berlaku zalim keatas anak-anak ahlinya demi politik sempit dendam kesumat yang bertindak mengikut suruhan jiwa yang sedang marah dan kacau.

SAMPAI BILA UMNO MAU BERPERANG DENGAN RAKYAT?..


UMNO IS DEAD... PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN..OMAK KAU

Read more ...

KEJUTAN DI SABAH!!! Ahli Parlimen BN lompat sertai Pakatan petang ini?

The Malaysian Insider melaporkan akan ada kejutan di negeri di bawah bayu, Sabah. Kejutannya adalah akan terdapat ahli parlimen dan senator Barisan Nasional (BN) yang bakal menyertai Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Sabah hari ini. Beliau dikatakan akan menyambut kemasukkan ahli parlimen dan senator tersebut dalam sebuah majlis. 


Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam dikatakan akan turut menyertai Pakatan. Benarkah ini bakal berlaku? 


Minggu lalu, timbalan presiden PKR, YB Azmin Ali dan pasukannya ke Sabah. Hari ini Anwar Ibrahim pula. 


Mungkin kali ini, PKR mengubah strategi agar tidak menghebohkan perkara ini terlebih dahulu seperti kesilapan lalu diambang 16 September 2008. Laporan The Malaysian Insider:

Defections from BN expected as Anwar visits Sabah today

KUALA LUMPUR, June 10 — Datuk Seri Anwar Ibrahim’s visit to Sabah today and recent claim that a “surprise” would shift the state’s political landscape have triggered speculation that Barisan Nasional (BN) leaders there are joining PKR, including at least one MP, a senator and three political veterans.
Leading the list is Tuaran MP and UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation) deputy president Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, whom rumourmongers have claimed is almost certain to shift to the opposition party by this afternoon.


Earlier this week, Anwar had hinted during a dinner function of a “surprise” to be announced soon in Sabah. — file pic
A local PKR leader told The Malaysian Insider last night that Bumburing is expected to launch the Kadazandusun’s annual Kaamatan festival today in Kota Belud, an Umno-held federal seat, and Anwar may grace the event at 3.30pm to make the highly-anticipated announcement.
“Bumburing will launch Kaamatan and Anwar will be there around 3.30pm. He (Anwar) arrives (in Kota Kinabalu) at 1.40pm,” the leader said.
If everything goes according to plan, the leader said, more political conversions may be announced by tonight during a party function at the Star City Convention Hall in Kota Kinabalu.
“But no... it will not be a mass crossover. Very unlikely. We do not want to pre-empt anything big now,” the leader said.
“We are most certain about Tuaran (MP). I believe that he has joined our fight, believes in our struggle. The rest... still dangerous to say.”
Apart from Bumburing, the name of Beaufort MP and Umno supreme council member Datuk Seri Lajim Ukin, who is said to be growing increasingly disenchanted with his party leadership, has also been bandied about of late in the media and within local political circles.
But the PKR source told The Malaysian Insider that there have been much haggling and counter-offers thrown from across the South China Sea as Umno’s top leadership in the peninsula struggle to turn the tide against the opposition in the “land below the wind”.
“So many counter-offers being done since this afternoon. Even as we speak, there are offers being thrown around,” the source said.
The source added that with Anwar’s failed September 16 takeover still hanging over the leader’s head, no one in the party dares to trumpet today’s rumoured mass political conversions, which some have already referred to as “106” (June 10).
“Still dangerous to pre-empt. Four or five? Unlikely. But let’s keep in touch. We will see by the afternoon,” the source told this news portal.
But on micro-blogging site Twitter all yesterday afternoon, talk of the possible crossovers was rife with former Sabah chief minister Datuk Yong Teck Lee openly naming four individuals who may announce their PKR memberships tonight.
“Just name them lah — Osu (the ex-CM), Sen. Maijol (UPKO), Amir Kahar (the son) and Kasitah (ex-minister). Will it happen?” he posted in reply to journalist Philip Golingai (@PhilipGolingai).
Yong, who leads local opposition party Sabah Progressive Party (SAPP), was responding to an earlier tweet from Golingai claiming that “a former Sabah chief minister, a senator, a son of Tun Mustapha, an ex federal minister are on the list of mass political conversion”.
The four individuals named by Yong were former Sabah chief minister Datuk Seri Osu Sukam, UPKO vice-president Senator Datuk Maijol Mahap, former Banggi assemblyman Datuk Amir Kahar Mustapha and former federal minister Tan Sri Kasitah Gaddam.
Osu, who was chief minister from 1999 to 2011, resigned from Umno in 2005 following allegations that he had accumulated gambling debts of up to RM7.14 million from a London casino.
So many counter-offers being done since this afternoon. Even as we speak, there are offers being thrown around. — PKR source
Amir Kahar, the son of one of Sabah’s founding fathers Tun Mustapha Harun, had previously held the Banggi seat for 22 years before he was axed from Umno’s candidates list for Election 2008.
Kasitah was the former land and co-operative development minister who was charged with two counts of corruption in 2004 but was acquitted in 2009.
“For now, it starts with the Tuaran MP. The others may not... they could still be in for the counter-offers. We cannot say for certain what will happen,” the PKR source told The Malaysian Insider.
Earlier this week, a confident Anwar had claimed during a dinner function of a marked improvement in support for the opposition in Sabah, a known BN fortress.
The opposition leader, when predicting that Pakatan Rakyat (PR) would take its seat in Putrajaya after the 13th general election with a “comfortable majority” win, had also hinted of a “surprise” to be announced soon in Sabah.
The “surprise”, he claimed, would change the entire political landscape of the state where in Election 2008, BN had swept up 59 out of 60 state seats and 24 out of 25 parliamentary seats.
Federal seats in east Malaysia’s Sabah and Sarawak are expected to be PR’s focal point come the elections as both states, including the federal territory of Labuan, make up a whopping 57 seats, or 25 per cent of the 222 Parliamentary seats available.
In Election 2008, BN retained power over the Putrajaya administrative capital largely due to wins in east Malaysia and Labuan, where it made a near-clean sweep, winning 55 seats against PR’s two.
But the ruling pact lost its customary two-thirds parliamentary majority after only securing a five-seat margin ahead of PR in the peninsula, winning in just 85 constituencies while PR secured 80 seats.
In Sabah, the deep-seated issue of illegal immigrants will likely be used as a key campaign issue in the coming polls, with the Najib administration holding the trump card for having finally agreed to investigate the issue by forming a Royal Commission of Inquiry (RCI).
 

Read more ...

TERDESAK SAMBUTAN UST. AZHAR IDRUS!!! Puak-Puak Songkok Tinggi mula jalankan kerja sabotaj

PELIK tapi benar, ceramah agama pun ada juga orang yang tergamak melakukan sabotaj. Difahamkan ada pihak cuba menyebarkan maklumat yang salah tentang lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus melalui sms berantai.

Hal ini didedahkan oleh salah seorang pihak penganjur yang terlibat menguruskan ceramah beliau di seluruh negara (pihak Studio Mukmin).

Beliau memaklumkan melalui akaun facebook bahawa ada segelintir pihak cuba menyebarkan sms palsu mengatakan kononnya ceramah Ustaz Azhar Idrus esok (malam ini) berpindah lokasi ke Masjid Jamek Parit Jawa.

Namun sebenarnya lokasi ceramah penceramah bebas terkenal itu masih kekal akan diadakan di Masjid Jamek Sungai Abong, Muar. Di bawah ini printscreen kenyataan beliau [facebook].



Menyaksikan sambutan anak muda yang sangat luar biasa terhadap ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, nampaknya sudah ada pihak yang busuk hati dan sanggup melakukan perbuatan khianat.

Adakah semua ini rentetan kemunculan Ustaz Azhar Idrus memberikan ceramah agamanya di Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh Parti Islam, PAS baru-baru ini menyebabkan Gerombolan Songkok Tinggi mula melakukan sabotaj?


ReJaM© "Perbuatan jahat akan dibalas jahat... "

Read more ...

PAS GANTI UMNO!!! 54 ahli UMNO sertai PAS , tubuh cawangan baru di DUN Jertih


BESUT - PAS kawasan Besut khususnya DUN Jertih berjaya meranapkan kubu Umno Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Ekoran usaha penerangan dan dakwah yang berterusan, seramai 54 orang ahli Umno telah keluar dari parti itu dan menyertai PAS secara rasminya.


Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bersempena program PAS Ganti Umno (PGU) peringkat DUN Jertih yang diadakan selama tiga hari bermula Khamis 7hb Jun hingga Sabtu 9hb Jun.

Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam kawasan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.

Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.

Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.

Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.

“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.

“Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya’Allah,” jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum “Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.

Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju ‘PAS Ganti Umno’ sebagai simboliknya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Read more ...

BUNUH ALTANTUYA!!! Azilah kemukakan 43 alasan rayuan, siapa arahkan bunuh masih misteri?


GANTUNG SAMPAI MATI...Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibu
.-2009

Azilah tambah alasan 5 Julai


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Ketua Inspektor, Azilah Hadri untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya pada 5 Julai ini.


Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah, N Kanageswari apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di dalamkamarnya semalam.


Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 39, disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Raja antara 9.45 malam pada 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam keesokan harinya.


Rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan dijadual didengar pada 27 dan 28 Ogos.


Terdapat 43 alasan dalam petisyen rayuan Azilah.


Azilah diwakili peguam J Kuldeep Kumar, manakala Sirul Azhar pula diwakili peguam Hasnal Rezua Merican. Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai dan Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan.


Pada 30 April tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Sirul Azhar untuk menambah enam alasan kepada sembilan alasan yang sedia ada dalam petisyen rayuannya.


Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu, yang merupakan komando Unit Tindakan Khas, dalam pembunuhan Altantuya.


Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008, tanpa dipanggil membela diri.- Bernama


Minggu ini diseluruh dunia dan banyak media melapurkan Skandal Rasuah pembelian Kapal selam Scorpene dan pembunuhan Jurubahasa model dari Mongolia.

Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kanada (Vancouver Sun)


Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya atau disyaki.Kedahkini

Read more ...

PERINGATAN BUAT WARGA ASING!!! Jangan mengundi jika tidak mahu kena tindakan



Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.


Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.


Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak menugndi dalam usha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.


Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan.

Read more ...

NASIB ' SIAL' UMNO!!! Tujuannya nak kata "Padan Muka Kamu", yang dapat " Padan Muka Aku"


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pribahasa yang sesuai menggambarkan nasib menimpa Umno BN berhubung tindakan mereka membekukan PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Pada mulanya Umno menjangkakan tindakan itu bakal memberi manfaat politik yang besar terhadap mereka sekaligus memberi tekanan baru kepada Pakatan Rakyat Khususnya di Selangor.

Mungkin pada perkiraan awalnya, Umno mencongak bahawa tindakan itu akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat, yang sebelum ini berjanji akan memberi pendidikan percuma jika diberi peluang mengambil alih pemerintahaan negara.

Janji itu yang dicanang berulang-ulang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dibentang dalam debat antara Rafizi dan Khairy, terus mendapat sokongan besar khususnya daripada golongan mahasiswa dan anak muda.
Mungkin kerana gusar dengan perkembangan itu, Umno BN kemudiannya cuba 'menguji' kerajaan Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menyekat pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru di kedua-dua universiti itu.

Pada anggapan mereka, Kerajaan Selangor tidak akan mampu menyediakan dana menggantikan pinjaman kepada pelajar Unisel dan isu itu pada mereka, akan meletup dengan persepsi bahawa 'jangan percaya janji Pakatan Rakyat lagi'.

Orang yang dilihat gembira dan 'mastermind' disebalik pembekuan itu adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang turut disokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam reaksi mereka, seolah-olah mahu berkata 'padan muka kamu' kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun reaksi mereka itu mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuk dari beberapa pemimpin Umno sendiri yang melihat tindakan itu terlalu politik sehingga sanggup menggadai kebajikan pelajar.

Tetapi kedua-dua pemimpin ini akhirnya terpaksa 'menjilat ludah sendiri' apabila tiba-tiba Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Aset tersebut merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM dengan anggaran RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha tersebut.

Belum sampai 24 jam pengumuman itu dibuat, PTPTN semalam mengumumkan pula pembatalan pembekuan pinjaman tersebut kepada pelajar Unisel.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam reaksinya ketika berceramah di Kelantan malam tadi berkata, tindakan u-turn itu dibuat Umno kerana panik dengan kemampuan kerajaan negeri.

“Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.

“Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel,” katanya.

Banyak pihak melihat, pertarungan dalam isu PTPTN ini, menghasilkan keptusan 3-0 iaitu Pakatan Rakyat, 3 dan BN, 0.

Mata pertama diperolehi Pakatan Rakyat apabila tawaran pendidikan percuma yang dilontarkan oleh Datuk Seri Anwar serta janji mansuh PTPTN berjaya menarik sokongan anak muda.

Mata kedua pula diperolehi melalui debat Rafizi dan Khairy apabila ramai melihat mekanisma pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma yang dijelaskan Rafizi benar-banar realistik dan mampu dilaksanakan.

Manakala mata ketiga, baru sahaja diperolehi apabila kerajaan dan PTPTN mengumumkan penarikan balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar Unisel dan Kuis semalam.

Read more ...