Friday, June 8, 2012

HIMPUNAN HADAPAN STADIUM RUNTUH!!! (Gambar) Ribuan berhimpun sambil mendengar puisi Sasterawan Negara





Tak perlu banyak bicara....gambar-gambar sudah cukup untuk berkata-kata.


Bantahan rakyat Terengganu kepada Kerajaan UMNO Terenganu yang sering berdolak dalih dalam memberikan kenyataan mengenai punca dan siapa yang harus dipertanggung jawabkan.


Sudah dua tahun lebih berlalu namun tiada nampak sebarang usaha untuk membaik pulih..seolah-olah tiada apa yang berlaku didepan mata.

Pada PRU 13 nanti rakyat akan beritahu kepada UMNO melalui terjemahan dikota undi siapa sebenarnya bos dinegara kita....


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.....UNDI RAKYAT AKAN MEMBUATKAN UMNO TAMAT RIWAYAT..
UMNO MENANG PARA PEMIMPINYA KENYANG... PAKATAN MENANG RAKYAT SENANG..OMAK KAU


Luka Riadah - Puisi Pak Samad Said

Tiga musim tampaknya,
kita membiarkan sahaja lalang-lalang meliar dan tembok-tembok merkah,
genting-genting retak dan parit-parit turut pecah,
kita membiarkan khalayak sukan menderita.

Di Tengah-tengah kemegahan Negara yang sangat marak,
kita seolah lebih bersedia diasuh menjadi perosak.

Tanpa kita membahagiakan mahligai sukan beransur menjadi kawasan yang amat hantuan,
kita seolah tidak pun terasa apa lagi malu malah kita tak langsung rasa terganggu,
kita sedia rela melihat mahligai sukan terus cacat rosak serta sakit tanpa rawatan.

Kita memang mampu,
tapi oleh lagak bermegah tampaknya kita lebih selesa jadi pemusnah,
kerana dalam dendam hasrat yang amat hangat,
kita lebih bang menjadi kuasawan lebih bersiasah,
kita tidak tulus bagi memerintah negeri,
mungkin amat ramai kita dibakar api dengki.

Dan kita sengaja biarkan gedung riadah retak,
malah terus mereput ditengah minyak yang mewah,
kita terus menggerunkan warga penyu yang pilu,
tidak rela bertelur tidak mendamai disitu.

Kita memang mula kurang mampu lagi mencipta resahnya,
kita tak ternampak segak memerintah!

Kita patut malu kepada penyu samudera,
juga wajar segan kepada ikan dikuala,
kita telah lama melukakan perut buana,
dengan keangkuhan peribadi kurang bermakna.

Kini,
kita mula jadi bangsa yang saling berhasad,
teramat sedikit kita cuba menurut hajat.

Kita dengan pilu kini mengenangi pondok sukan,
yang terhindar tersingkir dan terbiar penuh segan.

Kerana di tengah kekayaan minyak Negara,
anehnya kita lebih pintar dan santai memusnah,
kita tak membangun semula mahligai riadah sebab….
sesame saudara kita massih bertelagah!


*** Dideklamasikan oleh penulisnya SN Dato’ A. Samad Said Dihadapan Rutuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Bersama Program ‘Himpun dan Ingat’  Jumaat 8 Jun 2012.

Read more ...

RELA DIPERKUDA (2)!!! Video RELA Karaoke malam Jumaat untuk ganggu ceramah PAS

Jika dilihat kepada banner yang terpampang, jelas nyata pertandingan karaoke anjuran Rela Maju Rapat di Taman Maju Rapat pada 7 Jun lalu bermulanya pada jam 2.30 petang. Tetapi oleh kerana pada hari dan tempat yang sama juga terdapatnya ceramah Pakatan Rakyat yang membawakan penyanyi Aishah, maka Rela yang juga macam komponen BN telah menukar program mereka kepada malam hari. Biarpun malam itu adalah malam Jumaat, karaoke tetap dikumandangkan asal dapat mengganggu ceramah PR disana.

Pihak penganjur kepada ceramah PR di Taman Maju Rapat itu berasa amat kesal kerana cara gangguan yang digunakan Umno kali ini agak keterlaluan. Nyanyian karaoke dengan dentuman bunyi yang kuat daripada sistem pembesar suara yang mengelilingi padang di taman itu (dihalakan ke tapak ceramah PR) tidak sepatutnya dilakukan pada malam Jumaat di kawasan perumahan orang-orang Islam sepenuhnya.


Tujuan diadakan pertandingan karaoke pada malam itu hanyalah untuk mengganggu ceramah PR, ini jelas  apabila setelah pertandingan itu tamat, nyanyian karaoke terbuka pula untuk terus mengganggu ceramah yang sedang berlangsung.

 



Orang yang menyaksikan pertandingan karaoke itu tidaklah ramai, tetapi ianya tetap berterusan sehinggalah selesai ceramah PR pada malam itu.

Umno yang segan untuk mengenengahkan diri untuk menyanyi karaoke pada malam Jumaat, telah mempergunakan Rela untuk melangsungkan niat jahat mereka. Lokasi karaoke tersebut juga begitu dekat dengan tapak ceramah PR. Cuba lihat video di atas sebagai bukti.


Oleh kerana terlalu hampir dan gangguan yang berterusan, pasti terjadi perkara yang tidak diingini.


Dikatakan seorang pendengar ceramah PR yang tidak berpuas hati kerana gangguan bunyi bising daripada nyanyian karaoke, telah meminta pihak penganjur karaoke tersebut agar memperlahankan sedikit bunyinya dan speaker mereka tidak dihalakan kearah tempat ceramah. Terjadi sedikit kekecohan apabila pihak disebelah karaoke enggan memperlahankan bunyi dan mengatakan itu adalah tugas mereka untuk menghalakan speaker ke arah tempat ceramah.


Nasib baik unit keselamatan PR berjaya mententeramkan keadaan daripada terjadi pergaduhan. Perkara gangguan pada ceramah sebegini jika diulangi lagi, pasti akan berlaku sesuatu yang tidak baik kerana emosi orang ramai yang hadir ke tempat ceramah sudah pasti tidak dapat dikawal oleh pihak penganjur.


Semoga pihak keselamatan tidak hanya melihat kejadian sebegini berterusan berlaku. Keamanan adalah milik semua.



 
Ini adalah speaker ceramah PR yang kemek dipijak.  Ajijoi

Read more ...

RELA DIPERKUDA!!! Mai tengok RELA dah jadi alat UMNO ganggu ceramah PAS

Sangat kesal terhadap RELA yang sanggup diperkudakan oleh UMNO Gopeng dalam usaha mereka menganggu ceramah PAS. 

RELA sepatutnya membantu pihak keselamatan menjaga ketenteraman awam, bukannya menjadi kuda tunggangan UMNO BN yang semakin lesu berdepan dengan PAS.
 
Dalam program semalam, PAS Kawasan Gopeng telah merancang sekian lama bagi menganjurkan program ceramah dengan menjemput bekas artis terkenal Aisyah diperkarangan restoran KJ Gemilang di Taman Maju Rapat. 


Setelah sekian hari kain rentang program itu ada di merata tempat, tiba-tiba RELA pula menganjurkan pertandingan Karaoke di tempat yang jaraknya sangat berdekatan. 

Apa yang dikesalkan, bulan ini bulan Rejab, malam Jumaat pulak tu, RELA sedikitpun tidak menghormati kemulian blan tersebut dengan menganjurkan pertandingan karaoke. 


Berbeza dengan ceramah PAS yang diserikan dengan alunan lagu-lagu memuji ketuhanan dan kerohanian yang disampaikan oleh Ust Huri.

Program mereka pula tidak mendapat sambutan pun dari orang ramai, berbeza dengan kehadiran ceramah PAS, ratusan orang menghadirinya. Sedangkan dalam khemah mereka tak sampaipun 30 orang. 


Niat mereka hanya untuk menganggu sahaja program PAS. Kita tahu di belakang mereka adalah YB Hamidah dan UMNO Gopeng. misabah



Read more ...

TANPA SOGOKAN 6 T!!! 2000 hadir ceramah PAS di Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 9 Jun : Sambutan orang ramai terhadap ceramah Tamrin Ghaffar malam tadi di Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin , Pusat Tarbiyah PAS Parit Buntar, Titi Serong amat memberangsangkan. 
 
Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi berkata, Kehadiran lebih dari 2000 orang itu amat tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Tamrin Ghaffar.

" Ada di antara yang hadir adalah orang-orang UMNO yang ingin mendengar ceramah dari Tamrin yang mengaku masih lagi menjadi ahli UMNO tetapi kini sangat aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat .
 
" Apabila ramai orang UMNO hadir ke ceramah PAS, tandanya mereka sudah mula tidak yakin dengan pembohongan tanpa henti yang dihidangkan setiap hari oleh media massa yang dikuasai UMNO" katanya
 
Dalam ucapannya, Tamrin berkata dalam UMNO mempunyai enam T yang digunakan oleh UMNO untuk mengajak rakyat untuk menyertai sebarang aktiviti atau perhimpunan yang diadakan. Tanpa 6T ini UMNO gagal untuk menarik rakyat bersama-sama mereka.
 
" Antaranya,  T pertama ialah Topi iaitu UMNO akan sediakan Topi percuma kepada orang yang turut serta dalam sebarang program yang dianjurkan.
 
" Begitu juga T kedua ialah T-Shirt percuma. Ini juga akan diberikan kepada mereka secara percuma. 

Dalam himpunan menyambut ulang tahun UMNO baru-baru ini, baju T berwarna merah diagihkan-agihkan secara percuma dengan menggunakan peruntukkan tertentu" katanya
Seterusnya Tamrin berkata, T yang ketiga ialah transport. Pengangkutan disediakan untuk mereka juga secara percuma.
" Tiada orang yang nak pergi jika dikenakan bayaran. Inilah yang didik dalam UMNO dimana semuanya perlu disediakan. Dalam PAS perkara ini tidak berlaku kerana ahli-ahlinya sanggup mengeluarkan duit poket sendiri sebagai jihad dalam perjuangan.

" T yang keempat ialah Token iaitu setiap orang yang turut serta akan diberi duit atau elaun sebanyak RM50, RM100 atau yang cerdik sedikit akan dapat RM1000 ujarnya. Tak hairanlah kalau semua program mendapat sambutan rakyat kononnya" katanya
 
Menurutnya, T seterusnya ialah Tipu. Rakyat telah ditipu dari dulu hingga sekarang dan masih tidak sedar lagi walaupun dah 50 tahun lebih UMNO/BN memerintah. 
 
" Contohnya seperti himpunan UMNO dikatakan lebih 250 ribu sedangkan stadium itu hanya muat 100 ribu sahaja. Macam mana mereka kira pun tak tahu. 
 
" Antara penipuan UMNO kepada rakyat termasuk juga penyelewengan wang negara, rasuah, penyalah guna kuasa dan sebagainya  seperti isu lembu, Felda dan sebagainya."katanya 
 
Melihat kepada himpunan Hijau yang dianjurkan oleh PAS dengan kehadiran melebihi 100 ribu itu, beliau yakin bahawa jalan menuju ke Putrajaya sudah sampai ke ambang kemenangan. 
 
Beliau menyeru kepada orang-orang UMNO supaya sama-sama menyokong PR kerana UMNO sudah tidak relevan lagi. 
 
" Dalam satu program MUBARAK iaitu persatuan bekas-bekas ADUN dan MP BN, apabila ditanya siapa dikalangan mereka yang telan mengundi PR dalam PRU12 yang lalu, saya amat terkejut kerana disangkanya hanya  saya sahaja yang mengundi PR tetapi rata-rata mereka yang hadir juga telah mengundi PR " katanya.
 
Turut memberi ucapan ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar dan Tuan Haji Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar.MKA

Read more ...

BUKAN AUTA MACAM UMNO!!!DAP lantik 2 senator dikalangan orang Melayu


KUALA LUMPUR, 8 JUN: Ahli akademik Dr Ariffin Omar dan aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Syed Mohamud hari ini mengangkat sumpah sebagai senator mewakili negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, negeri pulau mutiara amat bangga atas perlantikan kedua-dua senator tersebut sebagai ahli Dewan Negara.

 
“Dua wakil senator ini mempunyai latar belakang yang cemerlang. Kita berharap Dr. Ariffin dan  Syed Shahir dapat menjalankan amanah mereka untuk menuntut prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, demokrasi dan layanan saksama,” kata 


beliau kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah itu di sini.
Beliau juga berharap agar dua senator dari Pulau Pinang itu dapat menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.

 
Dr. Ariffin Omar merupakan salah seorang pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia dan pakar dalam Sejarah Asia Tenggara dan Sains Politik. Beliau yang juga pengasas dan bekas pemimpin Aliran.

 
Beliau yang juga ahli DAP banyak menyumbang dalam penerbitan buku-buku berkaitan bangsa Melayu, budaya orang Islam dan kini sedang menulis mengenai hubungan antara kaum serta kebebasan beragama di Malaysia.

 
Sementara itu, Dr. Ariffin menjelaskan dakwaan kononnya beliau ‘dipergunakan’ oleh DAP sebagai kenyataan yang tidak masuk akal sama sekali.

 
“Kita perlu terbuka. Saya rasa hairan kenapa apabila orang Melayu menyertai DAP, dia dikatakan alat. DAP adalah parti politik pelbagai kaum yang berjuang atas dasar demokrasi dan hak asasi.

 
Menyifatkan parti-parti berasaskan kaum sudah ‘luput’, beliau berkata, tiada salahnya untuk memilih mana-mana parti, terutamanya yang bersifat pelbagai kaum dan terbuka.

 
“Kita akan ketengahkan usul pendidikan, hak dan kebajikan semua kaum yang terpinggir termasuk soal pembangunan masyarakat termasuk orang Melayu,” ujar beliau lagi.

 
Syed Shahir pula merupakan bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang banyak memperjuangkan hak golongan pekerja di Malaysia. Dalam bidang politik, beliau merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan dan pernah bertanding sebagai calon PKR pada tahun 2008.

 
Bagi Syed Shahir, perlantikan beliau sebagai senator adalah penting untuk pekerja kerana sejak lebih enam tahun Dewan Negara tidak diwakili golongan tersebut.

 
Beliau menyifatkan perlantikannya sebagai senator oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai memberi nafas baru kepada golongan pekerja di Malaysia.
Selain Dr Ariffin dan Syed Shahir, tiga orang Senator lain turut mengangkat sumpah pagi ini adalah Roslin Abdul Rahman, Datuk Lim Nget Yoon dan Toh Puan Zaitun Mat Amin. – Roketkini.com

Read more ...

KOPERAL MUSTAGHNI TABRI!!! Siapa yang menyebabkan kematiannya, Mat Rempit atau Polis sendiri?

Foto Hiasan

Alfatihah buat Koperal Mustaghni Tabri, anggota polis yang menemui ajal setelah cedera parah ketika bertugas di satu operasi lumbaharam baru baru ini.

First of all, wa memang tak suka nak memperkatakan tentang mat rempit, langsung tak berminat kerana walaupun apa kategori diowang, asalkan merempit, wa memang tetap pandang tahap  biawak je la. 

Kedua, takziah  buat keluarga allahyarham dan wa taknak komen lelebih tentang apa saja komen yang timbul dari keluarga allahyarham tentang kejadian dan suspek pelaku yang membawa kepada tragedi atas mangsa lantaran mafhum tentang kesedihan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Apa yang wa nak perkatakan kat sini, adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah :

"Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut."

"Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek," kata Tun Hisan pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, hari ini. Baca lebih lanjut dari sumber

Isu ini pada awalnya telah disebarluaskan dengan meletakkan kesalahan keatas mat rempit yang terbabit yang dikatakan telah memukul mangsa dengan menggunakan helmet ketika cubaan mengelak dari ditahan, namun akhirnya didapati mangsa telah terkena balingan objek dari rakan setugasnya sendiri.

Apakah SOP yang digunapakai oleh polis yang melakukan operasi sehingga perlu membaling objek yang boleh mendatangkan kecederaan malahan boleh membawa maut. Ianya adalah sesuatu perkara yang langsung tidak boleh diterima walaupun keatas nyawa mat mat rempit. Nyawa bukan sesuatu yang murah dan boleh diperlakukan sedemikian rupa. 

Dalam kebanyakan kes, mangsa bukanlah penjenayah berbahaya dan cuma mengelak dari ditahan kerana beberapa sebab kesalahan jalanraya termasuk lumba haram. 

Rujuk 2 kes :


Mungkin ada yang akan mempertikaikan sebaliknya kerana ia juga terkadang ada melibatkan nyawa anggota polis yang nyaris dilanggar ketika melakukan sekatan, namun adakah langkah langkah keselamatan ketika membuat operasi telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Wa percaya, jika sekatan yang dibuat mengikut tatacara panduan yang sah, banyak kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. 

Walau apa pun wa setuju polis hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diperuntukkan undang undang demi keselamatan pengguna jalanraya yang lain, namun wa masih dengan harapan agar polis lebih banyak mempertimbangkan budi bicara berbanding dengan tindakan secara melulu. 

Nota : 


  • Sekali lagi takziah buat keluarga mangsa dan alfatihah untuk Allahyarham
  • Wa tetap tak setuju dengan usaha sesetengah pihak untuk memutihkan kegiatan rempit dengan menubuhkan rempit united - Rujuk Entri
  • Usahlah dipolitikkan tragedi ni wahai chai ameno weyh  ghaflah

Read more ...

NAJIB HILANG ARAH!!! Suara Mahathir lebih didengar



SHAH ALAM 08 JUN : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan terus menyediakan pendidikan yang berpatutan dan berkualiti tinggi kepada pelajar, di samping mengimbangi keperluan rakyat dengan memupuk bakat masa hadapan jelas membuktikan pemimpin itu ‘berseorangan’ dan ‘hilang arah’.


Hal ini kerana kenyataan beliau berhubung perkara itu tidak diikuti oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.


MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata kepimpinan Najib dan Tun Dr Mahathir adalah jauh berbeza kerana setiap perkara yang diarahkan oleh Mahathir akan diikuti oleh Menteri yang lain.


Katanya, daripada itu rakyat melihat pemerintahan yang jelas dan jitu berbanding dengan Najib.


“Najib bercakap seorang diri, beliau pemimpin yang ‘berseorangan’. Tiada Menteri yang mengikut arahan beliau. Perkara ini sudah tertera dengan tindakan Khaled itu, apa yang diterjemahkan, Menteri lain tidak ikut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebelum mengeluarkan kenyataan, Najib perlu sedar bahawa hampir 10 peratus pelajar Sekolah Menengah tidak boleh membaca dan menulis.

“Itu sebab beliau harus membuat kajian sebelum bercakap.


“Sedarkah beliau bahawa pelajar kita tidak bermotivasi dan berinovasi? Banyak pelajar yang keluar Universiti tidak tahu menggunakan ilmu yang sudah dipelajari,” katanya.


Johari menambah lazimnya Ketua Penerangan Umno akan menjadi peneraju kepada Perdana Menteri dan parti mereka.


“Tetapi saya tidak melihat dan agak pelik kenapa tiada siapa yang menasihati Perdana Menteri, lazimnya ketua pnerangan umno akan menjadi peneraju yang melihat bagaimana sokongan rakyat sentiasa padu pada pemerintah tapi zaman Najib ini saya tidak nampak peranaan ini dimainkan oleh ketua penerangan beliau.


“Sebab itu jika dilihat, lagi banyak kerajaan buat silap, maka lagi jauh mereka dengan rakyat,” katanya.


Kenyataan Johari tersebut ekoran kenyataan Najib semalam yang dianggap sebagai kenyataan retorik sedangkan Kementerian Pengajian Tinggi semalam turut memutuskan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL di bekukan.


Sementara hari ini pula kementerian tersebut menarik balik pembekuan kerana keputusan itu dianggap sebagai tindakan yang membelakangkan pandangan perdana menteri itu.

Read more ...

UMNO KENA PENYAKIT GILA BABI!!! Tak percaya mai baca berita ini


Punyalah nak tunjukkan kepada dunia,  kononnya Parti KeADILan Rakyat sudah hilang pengaruh dan sokongan,..UMNO bahagian Beaufort Sabah telah mengadakan majlis masuk UMNO sampai dua kali.

Pada 25hb Mac 2012, 37 ahli "PKR" telah keluar parti dan masuk UMNO kerana kagum, kaget dan terpukau dengan Transformasi Ekonomi yang dibawa oleh DS Najib Razak

Pada 7h Jun 2012, kira-kira 3 bulan kemudian...orang-orang yang sama telah masuk UMNO lagi sekali...kali ini atas alasan percaya amat sangat dengan kepimpinan DS Musa Aman, KM Sabah..

Ertinya mereka telah keluar UMNO masuk semula UMNO.

Dalam 3 bulan saja boleh melompat kedalam UMNO dengan berlainan alasan tapi orang yang sama.


BELUM PERNAH TERJADI DIMANA-MANA NEGARA DI DUNIA HATTA DI NEGARA PALING MUNDUR SEKALI, ORANG MELOMPAT PARTI MASUK PARTI YANG SAMA, TETAPI DI MALAYSIA BOLEH BERLAKU....MALAYSIA BOLEH!

INI BERMAKNA UMNO AKAN BERKUBUR SELEPAS PRU KE-13 NANTI!

Read more ...

UMNO SASAU!!! Konon Kerajaan Selangor tak mampu, hakikatnya takut makan diri


SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Betul (PTPTN telah membatal sekatan bantuan kewangan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

"Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi.

Terdahulu dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa PTPTN menarik semula pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel tengahari, setelah perbincangan dibuat bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi.


Tak payah propaganda

Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) berharap agar mereka tidak lagi terlibat dalam "propaganda" berhubung isu pinjaman mereka yang sebelum ini disekat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Siswa berkenaan, ada antaranya yang bercadang untuk berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman tersebut, hari ini berasa lega dan gembira dengan keputusan PTPTN untuk menarik balik pembekuan pinjaman tersebut.

NONEPelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau berasa tenang selepas mendapat tahu berita tersebut.

“Saya gembira. Tenang nak belajar. Tak payah fikir pasal masalah duit. Lepas ini (PTPTN) tak payah nak buat propaganda sangatlah. Kita pelajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya beliau bimbang kerana pembekuan pinjaman tersebut akan menjejaskan pelajarannya.
“Jangan nak libatkan pelajar dalam politik. Kami tak nak terlibat,” kata Edy, 18, yang sebelum ini merancang untuk berpindah ke institusi pengajian tinggi lain kerana bimbang tidak mendapat pinjaman.

Beliau mengulas keputusan PTPTN menarik balik pembekuan pinjamannya kepada siswa universiti berkenaan dan juga Kolej Universiti Islam Selangor.
NONESeorang lagi siswa Unisel, Bob, yang berasal daripada Johor berkata, beliau gembira dan bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi.

Siswa di Fakulti Komunikasi dan Media itu juga berpandangan bahawa isu seperti ini tidak wajar dipolitikkan.

“Alhamdulillah sebab mereka (PTPTN) masih boleh berfikir lagi. Tak patut politikan benda macam ini. Tapi saya gembira. Apa pun saya masih nak tunggu hitam putih daripada pihak Unisel dahulu,”
katanya.

Pandangan sama disuarakan Kabil, 19, yang berkata beliau dan rakan-rakan lain gembira dengan berita tersebut, walau Unisel masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.
NONE“Saya sangat gembira dengan berita ini. Saya rasa semua pelajar berasa gembira sebab kami dapat membuat permohonan untuk membuat pinjaman dengan PTPTN.

“Terima kasih pada pihak menteri, Unisel dan semua pihak. Jangan risau, kami akan bayar balik pinjaman ini,” katanya lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Khaled Nordin dalam laporan Utusan Online hari ini berkata tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."
Khaled memutuskan demikian susulan keputusan kerajaan Selangor untuk menggunakan hartanah seluas 500 ekar bagi membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

Read more ...