Friday, March 26, 2010

PR ada kelebihan di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Mac : Komposisi kaum yang agak ‘kacukan’ di kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan pengundi Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4), memberi kelebihan pada PKR dan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.

Bagi Pengarah Jabatan Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, pihaknya masih belum memilih calon walaupun tumpuan umum banyak menjangkakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim bakal mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.

“Keputusan berkenaan calon itu, sekarang ini ada ramai yang cukup berwibawa untuk dicalonkan, bagaimanapun saya akan menyerahkan nama-nama mereka kepada pucuk pimpinan untuk dibuat keputusan terakhir,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Pun begitu, beliau berkata, PKR tidak mempunyai banyak masalah dalam memilih calon kerana identiti PKR bukanlah berasaskan pada perkauman, bukan seperti Umno/BN.

Maka, kata beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan membuat ketetapan akhir berhubung persiapan pilihan raya kecil tersebut pada 4 April depan, sebelum dilanjutkan dalam Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat kelak.

Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakilnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan berhubung perkara itu Jumaat depan.

Dalam pada itu, Fuziah sendiri mengakui bahawa Umno tempatan, khususnya di Hulu Selangor cuba untuk meletakkan calon mereka di kerusi terbabit atas dasar majoriti pengundi adalah Melayu, sedangkan kerusi tersebut sebenarnya adalah kerusi tradisi MIC, Datuk G. Palanivel.

“Sesiapa pun (calon BN) yang diletakkan di situ, ia suatu kelebihan bagi kita, calon PKR sudah pun dilihat mewakili semua kaum,” ujarnya.

Ekoran itu, PKR menurut beliau, tidak perlu menganggap kelemahan BN tersebut sebagai kekuatan pada PKR.

Sebaliknya, beliau berkata, PKR serta Pakatan Rakyat seharusnya bersedia membuat persiapan kempen politik yang lebih rasional dan demokratik, bukannya kempen perkauman seperti Umno BN.

“Apabila kita masuk apa-apa pilihan raya, fokus dan persediaan kempen kita adalah apa yang boleh kita tawarkan kepada rakyat, tidak perlu fokus pada kedudukan orang lain (Umno BN),” jelasnya.

Demi menjayakan kempen tersebut, beliau bercadang untuk mengemukakan pencapaian-pencapaian Pakatan Rakyat sepanjang memerintah negeri Selangor supaya rakyat boleh membuat perhitungan dan perbandingan dengan rekod pemerintahan kerajaan negeri di bawah Umno/BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

“Itu lebih penting, apa pencapaian Pakatan Rakyat di Selangor, bagaimana rakyat boleh mendapat manfaat dari kerajaan negeri,” katanya.

Menurut beliau, dengan berbuat demikian, rakyat sekaligus dididik dengan politik yang lebih sihat, anti perkauman, anti kronisme serta anti-kezaliman yang selama ini disinonimkan dengan pemimpin tertentu dalam Umno/BN.Kerengga

Read more ...

Tengku Abdul Halim dilantik YDP MPN Kelantan yang baru



KOTA BAHARU, 26 Mac : Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan pada Jumaat mengumumkan pelantikan Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim sebagai Yang Dipertua (YDP) MPN yang baru bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah.

Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias berkata pelantikan Tengku Abdul Halim itu berkuatkuasa pada Khamis selepas pembatalan pelantikan Tengku Abdul Aziz yang juga berkuatkuasa Khamis.

"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan dengan ini saya memaklumkan bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah dibatalkan pelantikan dan dilepaskan menjadi YDP MPN berkuatkuasa 25 Mac 2010 (semalam)," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Shafie Ismail.

Mohd Aiseri berkata pelantikan Tengku Abdul Halim sebagai YDPM MPN yang baru itu juga telah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan.

Pada Khamis Tengku Abdul Aziz yang bergelar Tengku Seri Utama Raja telah diumumkan sebagai Pemangku Raja Kelantan selepas apa yang didakwa bahawa Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra telah melucutkan jawatan anakandanya Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuatkuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota di sini.

Bagaimanapun susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Mohd Aiseri berkata Tengku Muhammad Faris Petra terus kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Mohd Aiseri, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

Tengku Abdul Aziz iaitu abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

Sementara itu satu laporan polis terhadap Wan Hashim telah dibuat di Balai Polis Kota Baharu di sini sebaik selesai sidang akhbar berkenaan.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie pada pukul 10.20 pagi berikutan tindakan Wan Hashim itu pada Khamis.

Pada pukul 9 malam Khamis, polis dilaporkan telah menahan seorang pegawai kanan Istana yang bergelar Datuk di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan itu.

Sumber polis berkata penahanan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua rakyat mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan bagi menyelesaikan kemelut Istana Kelantan sekarang.

Beliau tidak mahu rakyat terikut-ikut dengan mana-mana-mana kumpulan dalam isu itu, tetapi mengikut apa yang dikehendaki oleh perlembagaan kerana kerajaan negeri mempunyai perlembagaan tubuhnya sendiri.

"Saya nasihatkan kepada rakyat semua, masa kekecohan ini supaya patuh kepada perlembagaan, jangan dengar A dengar B, tetapi ikut perlembagaan," katanya.Bernama

Read more ...

Remaja terlanjur kembali kepada agama


PARIT BUNTAR , 26 Mac :
Setiap masyarakat termasuk remaja perlu memainkan peranan membentuk cara dan corak pergaulan yang baik serta cemerlang berteraskan ajaran agama.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar, Norijan Omar berkata, bagi remaja yang sudah terpesong tidak bererti keterlanjuran diri sempadan yang tidak dapat diubah ke arah lebih baik dan sempurna.

“Pergaulan yang dicari ialah pergaulan yang baik, berakhlak dan sentiasa ingat kepada ajaran agama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Norijan berkata, tiada apa akan dapat membantu mengawal diri remaja kecuali bekalan keimanan dan ketakwaan.

“Jika hakikat ini diabaikan, mudahlah segala ancaman dan gejala sosial menembusi pertahanan diri remaja,” katanya.

Menurut beliau, antara masalah yang menimbulkan kebimbangan penduduk di Parit Buntar ialah kelakuan sumbang di tempat awam, minum minuman keras dan merokok dalam kalangan pelajar serta remaja.

Katanya, kerajaan dan bukan kerajaan di Parit Buntar harus memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang kian menular dalam kalangan remaja.

“Walaupun gejala sosial ini masih berada satu tahap keterlanjuran, namun jika ia tidak dibendung dengan berkesan, ia mungkin berubah menjadi kebiasaan yang akan mengheret kita kepada cara kehidupan sosial yang tidak sihat.

“Kita sepatutnya cemas dengan isu seks rambang, penagihan dadah, pembuangan anak, yang melanda negara kerana gejala ini juga berlaku di Parit Buntar,” katanya.

Norijan berkata, tugas menangani gejala tidak sihat ini, adalah tanggungjawab bersama yang harus digalas oleh setiap anggota masyarakat.

“Ia perlu kepada penelitian dan kepekaan bersama kenapa ia berlaku dan siapakah pelakunya. Semua pihak termasuk ibu bapa sendiri harus mainkan peranan,” katanya.SH

Read more ...

Kerajaan Kelantan pegang perlembagaan


KOTA BHARU , 26 Mac : Kerajaan Negeri menyifatkan pelantikan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja adalah sah dan ia mengikut Perlembagaan Tubuh Undang-undang Negeri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, dalam hal tersebut pendirian Kerajaan Negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

“Kita tetap dengan undang-undang di dalam Perlembagaan. Apa pun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan Negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku yang sah walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan.

“Pelantikan ini dirujuk kepada Perkara 22A 1 (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut disampaikan Tuanku Ismail Petra kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota, di sini, semalam.

Sehubungan itu juga, kata Wan Hashim, baginda didakwa telah menitahkan jawatan itu diserahkan kepada Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Wan Hashim berkata, keadaan Sultan Kelantan kini sudah mampu, bertitah, bercakap dan mempunyai ingatan yang bagus.

“Dia boleh bertitah, bercakap dan memori dia bagus,” katanya.

Katanya, Tengku Aziz berpendapat bahawa tidak perlu dipanggil Ahli Majlis MPN untuk diadakan mesyuarat MPN bagi memutuskan keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Tengku Muhammad Faris dan Kerajaan Negeri berhubung pengumuman itu.

Dua hari lalu, Tengku Muhammad Faris bertitah ayahandanya, Sultan Kelantan masih gering dan beliau kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan untuk menjalankan tugas hal ehwal negeri sejak beliau dilantik pada 29 Mei tahun lalu berikutan Sultan Kelantan gering dan terpaksa dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Baginda bertitah kesemua laporan mengenai kesihatan Ayahandanya selain daripada pakar doktor-doktor yang dilantik adalah tidak tepat.SH

Read more ...

16 September ikut saluran bukan hasutan


KUALA LUMPUR , 26 Mac : Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) menggunakan hasutan untuk merampas kuasa Kerajaan Pusat dalam peristiwa 16 September ditolak sekeras-kerasnya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, PR sebenarnya menggunakan saluran yang betul pada hari tersebut malah mengutus dua surat kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kiriman kepada Perdana Menteri yang menggunakan kepala surat Pejabat Ketua Pembangkang bertarikh 18 September yang bertajuk ‘Petisyen mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul bahawa dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (ketika itu) sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau’ telah ditolak sama sekali.

“Jika Barisan Nasional (BN) benar-benar berani bahawa kami (PR) tidak mempunyai jumlah yang mencukupi untuk merampas Kerajaan Pusat, mereka sudah tentu akan membenarkan sidang khas ini.

“Saya tahu mereka takut, sebab itu Perdana Menteri tidak berani memanggil sidang khas ini untuk membuat undi tidak percaya, ia bukanlah hasutan seperti yang didakwa Nazri,” katanya kepada Sinar Harian di Parlimen, semalam. SH

Katanya, oleh sebab percubaan untuk membuat undi tidak percaya di Dewan Rakyat gagal, PR mencuba saluran lain iaitu untuk menjelaskan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia, parti yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru.

“Merujuk kepada Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang boleh minta kepada Perdana Menteri membuat sidang khas, seperti dalam surat ini ditulis sidang khas ini akan diadakan pada hari Selasa 23 September 2008,” katanya.

Ditanya kenapa wakil-wakil rakyat BN tidak melompat pada ketika itu, Azmin menjelaskan wakil-wakil rakyat tersebut tidak berani kerana risau dengan keselamatan mereka dan keluarga tetapi menjelaskan jumlah sebenar mereka melebihi dari 30 orang.

“Mereka tidak melompat kerana percubaan kita untuk membuat undi tidak percaya gagal. Kita juga berjanji kepada mereka untuk mendedahkan identiti mereka sehingga sekarang, itu janji kita,” katanya.

Read more ...

Krisis Perak : Nilailah sendiri


LONDON: Muhammad Nizar Jamaluddin meminta agar rakyat Malaysia di UK menilai sendiri krisis politik di Perak secara bijaksana. Beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia menilai secara rasional dan mendapat maklumat yang secukupnya. Krisis politik Perak yang membawa kes ke mahkamah tidak akan menyelesaikan masalah politik. Sebaliknya, isu itu akan berlanjutan dan merugikan pembangunan negeri Perak secara keseluruhannya.

Dalam ucapan beliau yang bertajuk, `The Challenges of Islam and Democracy in Malaysia’ di Pippard Lecture Theatre, Imperial College London, beliau menyeru agar masyarakat Malaysia lebih memahami konsep ketaatan raja dan keluhuran perlembagaan secara lebih terbuka. Konsep pemisahan kuasa dan juga federalisme yang sewewang-wenangnya diceroboh oleh kerajaan BN menunjukkan bahawa jalan demokrasi di Malaysia semakin sempit dan sukar. Keadaan ini bukan sahaja memerlukan kerberanian tetapi kesungguhan dan kecekapan rakyat membuat keputusan tepat di luar musim pilihanraya.

Beliau juga menyentuh tentang kecenderungan pendekatan politik perkauman yang digunakan oleh BN hanya akan menyebabkan memberi tanggapan buruk terhadap Islam dan orang Melayu. Formula politik yang dibangunkan oleh Pakatan Rakyat kini dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni politik perkauman sempit Barisan Nasional.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan haram BN Perak hanya akan melahirkan perkara-perkara haram lain yang menjadikan sistem politik tanahair semakin rumit pada masa akan datang. Sekiranya kegagalan usaha membubarkan DUN Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin berkata bahawa PAS Perak sudah menyediakan jentera pilihanraya bagi pilihanraya umum ke 13.Muhaimin

Read more ...

Hina Nabi : Jenis manusia tiada tamadun

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/MakanMalamPenerangan%20037.jpg









KUALA TERENGGANU– PAS menyifatkan individu atau golongan yang menghina Nabi Muhammad SAW yang diiktiraf sebagai pemimpin agung, adalah golongan tidak bertamadun.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, mereka yang melakukan perkara sedemikian dilihat tidak menghormati agama yang ada di dunia.
Menurutnya, individu terbabit bukan sahaja tidak faham agama lain, malah mereka juga tidak memahami ajaran agama sendiri.

“Kita percaya agama dia pun mengajar yang baik, begitu juga Kristian, Buddha dan sebagainya. Tiada agama yang cuba mengajar untuk hina nabi atau agama lain.

“Orang Islam tidak pernah menghina Kristian, Nabi Musa dan Nabi Isa,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas salah satu lakaran karikatur Nabi Muhammad SAW yang dilukis dengan muka manusia dan berbadan anjing oleh pelukis Sweden, Lars Vilks.

Nik Muhammad Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat turut menyokong sekiranya umat Islam di negara ini memboikot membeli barangan negara itu.

Bagaimanapun, beliau khuatir sekiranya langkah memboikot barangan Sweeden itu tidak panjang kerana kebanyakan pengguna Melayu dan Islam di negara ini tidak tetap pendirian.

“Kita harap orang Islam boikot walaupun tidak tahu sampai bila kerana dahulu ada (kempen) boikot barangan Israel, Amerika dan Denmark tetapi hanya sekejap sahaja,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta agar kerajaan sensitif dan serius mengajar agama lain supaya lebih menghormati Islam, selain memastikan rakyat di negara ini berjaya memboikot barangan negara terbabit, bertujuan memberi kesan ekonomi kepada mereka
.RM

Read more ...

Kenapa Jom Heboh di Kelantan ?

KOTA BHARU, 26 Mac : Penghujung tahun lalu, Karnival Jom Heboh TV3 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 4,5 dan 6 Disember 2009. Seperti biasa Jom Heboh yang dimuatkan dengan acara hiburan, promosi perniagaan dan beli belah. Pun begitu, acara yang sentiasa mendapat sambutan hangat adalah biasa dikenali sebagai rancangan hiburan melibatkan pelbagai lapisan artis. Namun, tidak kurang juga sambutan ribuan orang ramai kepada konvensyen jutawan, gerai promosi Malaysian Biotechnology serta jualan pelbagai jenama perkhidmatan telefon selular.

Sehubungan itu, Jom Heboh lebih popular sebagai karnival hiburan, walaupun kandungannya bersifat berimbang antara matlamat hiburan dengan perniagaan. Dalam menangani soal ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran Sure Heboh (lihat Malaysiakini.com, 30 Julai 2004) sebagai program hiburan yang melampau mengundang pelbagai kesan maksiat.

Dari Sure Heboh ke Jom Heboh

Mungkin atas teguran Mufti Perak, pihak TV3 telah membuat penyesuaian dengan mengurangkan unsur budaya barat dan mengutamakan orientasi hiburan berkonsepkan kekeluargaan dan perniagaan serta mempromosi mesej kerajaan.

Sensitiviti itu dijadikan sebab bagi TV3 selaku penganjur menukar nama dan konsep Sure Heboh kepada Jom Heboh. Ia boleh berlaku atas sifat TV3 sebagai saluran televisyen swasta yang dipacu oleh orientasi untung perniagaan. Maka, tidaklah pelik bagi TV3 mengambilnya sebagai pencetus bagi mendapat sambutan lebih hangat pelbagai golongan masyarakat dan tidak sahaja golongan muda yang berwatak “happy go lucky.”

Ketika Jom Heboh dikenali dengan Sure Heboh dulu, boleh dikatakan hampir semua bandar besar telah menerima penganjuran karnival TV3 itu yang dimulakan sejak tahun 2003. Sambutan di Johor Baru melebihi 200,000 orang, Melaka melebihi 300,000, di Kuantan 400,000 dan Pulau Pinang melebihi 450,000 dan paling ramai di Ipoh mencecah 500,000 orang.

Dengan persembahan baru pihak penganjur dijangka lebih berjaya menarik lebih ramai pengunjung kalangan ibu-bapa dan para pelajar, di samping golongan peniaga, usahawan dan peminat hiburan. Oleh itu, Karnival Jom Heboh Kelantan dijangka mendapat sambutan hebat seperti mana sambutan kepada beberapa konsert hiburan alternatif seperti Konsert Tautan Kasih melibat penyanyi popular Mawi satu ketika dulu.

Jom Heboh Kelantan

Kini sudah heboh pula, Jom Heboh memasuki Negeri Kelantan, bumi Serambi Mekah yang dipimpin oleh menteri besar, seorang ulamak. Apa jampi yang TV3 tiupkan kepada kerajaan Negeri Kelantan tidaklah dipastikan. Apa yang pasti, pada 26-27 Mac nanti Kelantan sebuah negeri yang meletakkan panduan syariat sebagai asas pentadbiran menjadi tuan rumah. Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat komited di dalam merealisasikan dasar hiburan berkonsepkan dakwah dan terkawal. Menerusi dasar hiburan itulah diterapkan penguatkuasaan halal dan haram, termasuklah untuk penganjuran Jom Heboh itu.

Kesemua aspek dasar hiburan itu terkandung di dalam enam prinsip dan garis panduan utama Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998. Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.

Menjelaskan perkara itu (TheMalaysiainsider.com, 6 Mac 2010), Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri. Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan, di samping penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.”

“Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.”

“Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.

Kandungan Jom Heboh itu dipastikan memenuhi kehendak Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan. Antaranya, pada malam 27 Mac program hiburan yang diadakan hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Difahamkan ketika Jom Heboh di Bukit Jalil tahun lalu, pihak Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) turut membuka khemah pameran dan penerangan mengenai kemajuan teknologi berasaskan bio itu.

Sebelum itu, pihak BiotechCorp turut menyertai Jom Heboh di Danga Bay Johor, Petrajaya Kuching dan Batu Kawan Pulau Pinang. Sambutannya amat baik dan hangat yang sekali gus telah mendedahkan kepada golongan muda dan generasi awal mengenai teknologi baru untuk kelestarian hidup ummah sejagat. Ini kerana BiotechCorp merupakan peneraju utama industri berasaskan biotechnology yang dikenal pasti sebagai peneraju penting ke arah pembangunan masa depan negara dalam bidang ekonomi yang berkaitan.

Dalam konteks ini, ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menubuhkan Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Bagi Jom Heboh Kelantan kali ini, Kelantan Biotech difahamkan turut sama menyertai BiotechCorp bagi mempromosikan komitmen Negeri Kelantan di dalam perkembangan teknologi bio itu.

Sudah tentu, rakyat Kelantan akan dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Tuhan yang menjadi misi Kelantan Biotech di dalam mempromosikan kejadian-Nya melalui sifat semula jadi serta biologinya. Sehingga kini, Kelantan Biotech telah memproses pelbagai produk menggunakan bioteknologi untuk manfaat pembangunan usahawan, perniagaan dan pengenalan produk biobahan novel (penemuan baru).

Peluang memacu ekonomi

Bukan sekadar itu, difahamkan banyak lagi pameran perniagaan dan bidang keusahawanan akan turut serta di dalam Jom Heboh Kelantan kali ini. Ia adalah peluang bagi agensi negeri menjadikan Jom Heboh sebagai pemacu ekonomi negeri dan pelancongan, kerana bersesuaian dengan cuti Keputeraan Al-Sultan Kelantan. Ia juga merupakan peluang bagi pelbagai syarikat, termasuk produk batik, kraft tangan, kesihatan dan pemakanan asli keluaran usahawan Kelantan yang begitu banyak aktif di negeri ini.

Antara yang mengesahkan penyertaan adalah produk perubatan Islam dan ubat-ubatan tradisional daripada pelbagai jenama. Di samping agensi Kerajaan Negeri Kelantan seperti Urusetia Penerangan sedia mempamerkan kemajuan dasar dan program pembangunan Negeri selama 20 tahun di bawah kepemimpinan ulamak.

Begitu juga, difahamkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menerusi pelbagai syarikat anak sedia mempromosi produk pembangunannya. Antaranya, menerusi Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad akan dipamerkan pelbagai produk Kelantan Best jenis makanan dan minuman; Binaraya mempromosikan produk perumahan, An-Nisa produk klinik bersalin dan Ar-Rahn dengan produk gadaian Islam.

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) dimaklumkan turut memberi kerjasama bagi memastikan Jom Heboh berjalan dengan jayanya. Malah MPKBBRI turut terlibat dengan acara perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan VVIP Negeri Kelantan diketuai Pengerusi Kerajaan Tempatan, Datuk Takiyudin Hassan dengan Pasukan TV3 di sebelah malamnya.

Menyampai misi dakwah

Apa yang penting diambil perhatian, peluang Jom Heboh Kelantan kali ini adalah medan pelbagai kumpulan pengunjung sedia hadir. Paling utama harus dilihat kumpulan pengunjung remaja dan ibu-bapa. Masa itulah pelbagai pihak dari agensi dakwah, Pemuda, Pasukan Amal dan Pasukan Nisa’ serta Muslimat turut menyampaikan risalah penerangan dan seruan keagamaan serta pendekatan terbaik untuk ibu-bapa dan anak-anak mereka. Sewajarnya, pihak penganjur memberi laluan kepada usaha sisipan dakwah itu demi mendapat manfaat bersama bagi keharmonian rakyat Kelantan.

Semoga Tuhan Yang Esa mengawasi dan memberkati perjalanan hidup dan pentadbir Negeri Kelantan sepanjang masa.
**Wan Nik Wan Yussof adalah setiausaha politik menteri besar Kelantan

Read more ...

Tolak calon bermukah

KUALA LUMPUR, 26 Mac : Sekumpulan wanita yang menggelarkan diri mereka 'No Adulterous President' (NAP) hari ini mengadakan serangan aneh terhadap “pemimpin bermukah”, dipercayai ditujukan kepada bekas timbalan MCA, Datuk Chua Soi Lek.

Kumpulan tersebut berkumpul di sebuah restoran di ibu negara dengan memakai topi daripada kad manila, berpakaian hitam dan penutup mulut dengan kertas bertulis: "No adulterous leader' (tidak kepada pemimpin bermukah).

Mereka juga memegang poster bertulis: “If we get an adulterous leader, we lose dignity' (sekiranya mendapat pemimpin bermukah, kita kehilangan maruah) dan "We want clean leaders" (kami mahu pemimpin yang bersih).

Tanpa menyebutkan nama secara langsung, jurucakap NAP Rachel Tan berkata: "Pemimpin tanpa watak moral dan tewas pada godaan nafsu amat dibimbangi dan dipersoalkan".

"Kami mahu pemimpin yang mempunyai reputasi yang bersih, moral yang baik dan personaliti yang menjadi teladan, sebagai tambahan terhadap ciri-ciri pemimpin yang baik," katanya.

Menjelaskan sebab mereka menutup mulut, kumpulan tersebut mengaku mewakili isteri kepada pasangan yang bermukah, yang menderita dalam diam.

Topi hijau adalah simbol penzinaan, sementara pakaian hitam sebagai lambang penderitaan, tambah mereka.RM

Read more ...