Friday, February 11, 2011

Cikgu Mala di Tenang, Hajah Kintan bakal calon PAS di Merlimau

Bawa suara Islam

http://2.bp.blogspot.com/_cHDjiA9EOlg/SFcVLG8I7sI/AAAAAAAAC04/UVnlS2J3B1w/s320/Hajah+Kintan+Man+2.JPGMERLIMAU Bagi Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka, Kintan Man, jika beliau terpilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, ia adalah amanah daripada Allah SWT.

Berikutan itu, menurutnya, jika terpilih, ia dianggap sebagai tanggungjawab perlu dipikulnya.

“Saya bersedia memikul amanah dan tanggungjawab ini sekiranya dipilih (sebagai calon). Bagaimanapun, saya serahkan kepada kepimpinan pusat membuat keputusan,” katanya, semalam.

Kintan juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat adalah salah seorang daripada beberapa nama dikatakan telah dikemukakan Pas negeri untuk pertimbangan kepimpinan Pusat untuk diletakkan sebagai calon PR pada PRK DUN Merlimau.

Beliau telah bergiat lama di dalam Pas, pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Pas Cawangan Serkam sebelum dipilih Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka.

Kintan berkata, masanya sudah tiba untuk Pas mewakili rakyat di DUN Melaka kerana ketika ini cuma DAP berjaya berbuat demikian.

Menurutnya, penting Pas mempunyai wakil di DUN untuk memastikan suara Islam didengari, khususnya berkaitan isu sosial, agama dan penyelewengan.

“Berikutan itu, saya minta pengundi DUN Merlimau supaya keluar memberi undi kepada Pas pada PRK nanti untuk membo-lehkan kita membawa suara Islam di DUN Melaka,” katanya
.

Read more ...

Najib punya masa terdesak, pilihanraya mungkin dalam masa terdekat

Persiapan PRU: Najib jumpa ketua bahagian Umno

NONE
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini memulakan pertemuan secara tertutup dengan ketua-ketua bahagian Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Beliau yang tiba tepat jam 8.30 pagidijangka meluangkan kira-kira 30 minit dengan beberapa kumpulan daripada setiap negeri yang membabitkan 152 ketua bahagian.

Mereka yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno, ahli parlimen, timbalan menteri dan menteri dikecualikan dalam pertemuan ini.

Sebelum ini, Najib berjumpa dengan ketua bahagian parti komponen BN ketika melawat Sarawak baru-baru ini dan beliau dijangka mengadakan pertemuan yang serupa di Sabah.

Bulan lalu, perjumpaan yang sama juga dianjurkan untuk ahli parlimen BN yang juga diadakan di ibupejabat Umno di PWTC.

Meskipun pelbagai pihak melihat tindakan Najib itu ada kaitannya kemungkinan parlimen dibubarkan supaya pilihan raya umum diadakan tetapi pengerusi BN itu telah menafikannya.

Sebaliknya, kata Najib, perjumpaan itu sebahagian daripada rancangan 'transformasi politik'.

Namun keghairahan mengaitkan perjumpaan itu pilihan raya umum terus berlarutan dengan beberapa pemimpin akar umbi Umno berkata najib memberi tumpuan khusus kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Secara kebetulan, ketua-ketua bahagian dari negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan mendahului perjumpaan dengan Najib.
Cantas mencantas
Pengerusi perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perdana menteri mengingatkan beberapa bahagian di Kedah supaya "mengurangkan isu dalaman" termasuk "cantas-mencantas".

Katanya, isu dalaman itu berlaku pada satu atau dua bahagian di negeri itu.

"Perdana Menteri meminta bahagian (bermasalah) untuk menyelesaikan masalah. Jika tidak selesai, padah akan diberikan oleh beliau," katanya.

Ahmad Bashah memberi contoh, bahagian Sungai Petani yang berlakunya insiden cantas mencantas.

Malah, katanya Najib yang juga presiden Umno sempena sambutan Thaipusam baru-baru ini secara khusus meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.

"Beliau (Najib) minta kurangkan isu dalaman dan penyelesaian sudah bermula dengan mengadakan majlis pertemuan...Kita (perhubungan) negeri pun membantu menyelesaikan masalah," katanya.
"Gerakan Anti Ali"

Dilaporkan beberapa bulan lalu, kepimpinan bahagian dan akar umbi itu telah hilang keyakinan dengan ketua jawatan bahagian itu Ali Yahya sehingga mereka menubuhkan kumpulan "Gerakan Anti Ali" (GAA) bagi menentang kepimpinan beliau.

Ditanya bahagian lain yang menghadapi masalah dalaman, Ahmad Bashah yang juga ketua Umno bahagian Alor Setar enggan mendedahkannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 14 ketua bahagian di Kedah memberi komitmen untuk menyelesaikan semua masalah demi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pertemuan tersebut berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 8.30 pagi tadi.

Pada pertemuan itu juga, Ahmad Bashah berkata ketua-ketua bahagian memberi komitmen bahawa peratus keyakinan untuk menawan kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat "memang ada".

Katanya antara yang disarankan oleh perdana menteri adalah supaya kepimpinan Umno bahagian merapati pengundi muda

"Pengundi 21 tahun ke atas, perdana menteri minta kita temui dan rapati mereka.

"Perkara ini sangat mendapat perhatian oleh perdana menteri," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Bashah berkata Umno Kedah telah menyediakan pelbagai program untuk tujuan tersebut termasuk telah menyediakan senarai pengundi 21 tahun yang menjadi sasaran untuk ditarik menyertai Umno.

"Kita telah mengenalpasti seramai 170 ribu pengundi 21 tahun ke atas. Kalau separuh menyokong kita, kita akan menawan kembali negeri Kedah," katanya.

Read more ...

Berubah untuk ganti Umno

KUALA TERENGGANU – Ahli Pas wajib membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, seiring dengan perubahan yang ditunjukkan di negara lain bagi menyelamatkan negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika berucap di program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011, di padang Batu Enam, Manir, di sini, semalam.


"Kita wajib ganti UMNO untuk memerintah negara bagi melakukan perubahan. Kita wajib turun ke seluruh pelosok memberi maklumat. Seluruh dunia juga sedang berusaha melakukan perubahan,” katanya.


Beliau menjelaskan kerjasama antara Pas dan DAP yang menimbulkan kontroversi sebelum ini berbeza dengan kerjasama antara UMNO, MCA dan Gerakan.


Abdul Hadi mendakwa, kerjasama UMNO dengan dua parti itu melemahkan umat Islam di negara ini, sebaliknya kerjasama Pas dengan DAP menghasilkan ikatan yang kukuh.


“Kita berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat (PR) dan melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti dalam negara.


“Apabila DAP dan PKR terima Islam sebagai agama negara, ada hak pada agama lain.


Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ada hak pada bahasa lain, menerima Raja Berperlembagaan dengan menerima haknya sebagai raja mengikut kehendak Islam,” katanya.


Sementara itu, beliau mahu ahli parti itu bergerak segera ke arah perubahan yang disasarkan sambil memberitahu Pas tidak akan berjaya sekiranya tiada kerjasama, walaupun ahlinya mencecah sejuta orang.


Beliau berkata, sokongan yang ada perlu diperkukuhkan untuk menghadapi cabaran menjelang PRU akan datang.


“Kita berharap satu perubahan dalam negara, bukan melalui keganasan, tetapi perubahan untuk menunjukkan Islam adil. Kita wajib layar bahtera perjuangan mengikut gelombang untuk menyampaikan matlamat dan tujuan parti,” katanya.







Read more ...

Tahniah rakyat Egypt




KUALA LUMPUR 12 Feb. : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkap tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menumbangkan regim Hosni Mubarak yang telah berada ditampuk pemerintahan selama 30 tahun.

"Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.

Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka," kata Anwar yang dipetik dari blognya.

Tambah Anwar lagi rakyat Mesir yang dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi.

"Saya berharap pengorbanan rakyat Mesir tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus," kata Anwar.

Anwar juga berharap kuasa pemerintahan Mesir akan dikembalikan semula kepada rakyat Mesir.

"Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat," kata Anwar lagi.

Read more ...

Umat Melayu jadi mangsa diperbodohkan pemimpin Melayu rasuah

Umat Islam Melayu Nusantara Perlu Jadi Agen Perubahan


PETALING JAYA 12 Feb. : Umat Islam Melayu khususnya dari Asia Tenggara perlu ke depan dan menjadi ejen perubahan untuk memimpin masa depan mereka.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menganggap proses demokrasi sebenar di rantau ini bermula dengan kefahaman ilmu yang didokong oleh golongan di alam Melayu ini.

Menurut Azmin, kesejagatan dan universalisme Islam mampu membawa umat Melayu keluar dari kepompong pemikiran sempit, baik perkauman atau ideologi.

"Sudah sampai masanya umat Islam Melayu Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Singapura mempunyai keyakinan untuk membangun pemikiran yang asli untuk mendepani cabaran umat, rantau dan dunia," katanya.

Azmin berkata demikian dalam ucaptama Seminar Pembangunan Pemikiran Islam Melayu di sini hari ini.

Seminar anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) ini bertujuan meningkatkan pemikiran kaum Melayu dalam perkembangan wacana negara dan dunia.

Menurut Azmin lagi usaha pembangunan semula pemikiran Islam di masyarakat Melayu perlu bermula dengan merancakkan wacana Ilmu dan pemikiran tanpa melihat pada aspek kaum semata.

Beliau merujuk pandangan sejarawan Arnold Toynbee bahawa kekuatan tamadun Islam berpunca adalah kerana ketiadaan aspek perkauman dan meraikan kepelbagaian antara budaya dengan nilai asasi murni.

"Dalam konteks Malaysia antara peranan penting intelektual Muslim adalah untuk membangun pemikiran politik berteraskan demokrasi. Kita sudah sampai di tahap wacana di mana mempersoalkan demokrasi dari barat," katanya.

Menurut Azmin, pandangan Demokrasi sebagai bertentangan dengan Islam adalah pandangan yang keliru dan wajar difahamkan semula.

Beliau menjelaskan pandangan Tokoh Pemikiran Islam Dunia, Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatawa Muasirah atau Fatwa Kontemporari.

"Menurut Dr Yusuf, demokrasi adalah hak untuk rakyat memilih siapa yang harus memerintah dan juga menolak pemerintah yang tak disuka atau menolak aturan dan sistem yang mereka tak suka...dan hak rakyat untuk menurunkan pemerintahan bila pemimpin menyimpang. Jika ini intipati demokrasi, di mana konflik dengan ajaran Islam?," tegas Azmin.

Justeru beliau menyeru agar umat Melayu dapat melakukan perubahan serta ajakan paradigma pemikiran untuk mengubah keadaan bagi mencipta sejarah dan ketemadunan baru.

"Dalam sistem bobrok, kejahatan pasti menang lantaran orang baik terlalu longlai dan enggan cabar. Pembebasan umat dari kezaliiman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah landasan bagi umat Melayu untuk membangun sumbangan ketamadunan. Ini masa kita cipta sejarah," katanya.

Read more ...

Tuduhan terhadap Anwar , tak pernah ada bukti pakai rambang sahaja

Azmin : Fitnah Terhadap Anwar Tidak Pernah Terbukti


PETALING JAYA 12 Feb. : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menganggap fitnah Umno serta kroni mereka terhadap Ketua Umum PKR langsung tidak pernah terbukti.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa Anwar kini sedang merancang untuk mendapat suaka politik di luar negara.

"Hak mereka untuk buat laporan polis tetapi dah 12 tahun Umno dan (kini) Perkasa untuk memfitnah anwar dan tiada bukti. Mereka tuduh anwar ejen Amerika, ejen teroris Islam, macam-macam," katanya.

Semalam, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifa membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.

Namun bagi Azmin, hal ini remeh dan bukanlah sesuatu yang dipandang berat Pakatan Rakyat.

Azmin menegaskan Pakatan Rakyat lebih menitik beratkan soal kesusahan hidup rakyat dan bukannya fitnah dan cerita bohong seperti ini.

"Ini semua orang yang hiang akal. Kita langsung tak beri perhatian perkara ini. Semua fitnah yang diulang skrip dan watak yang sama.

"Rakyat dah lemas dengan fitnah sebegini. Mereka nak maju ke depan dan ini yang sedang diusahakan PR. Bukan soal kita nak alihkan pandangan. Rakyat sekarang lebih berminat bagaimana nak selamatkan ekonomi. Sebab itu PR perkenalkan pelbagai rancangan ekonomi dalam buku jingga," tegas Azmin.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa turut memberi komen mengenai cara UMNO menggunakan kakaknya Umi Hafilda dan bekas Pembantu Anwar, Rahimi Osman dalam kempen menyebarkan fitnah dan cercaan di bawah nama 'Kempen Selamatkan Selangor'.

Menurut beliau rakyat Selangor lebih bijak dan dapat menilai sendiri kebaikan pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang jauh lebih baik dari kepimpinan selama lebih 50 tahun di negeri ini.

"Apakah dengan mencerca, hamun dan fitnah itu move forward (akan membawa ke hadapan) ? jangan perlekehkan rakyat Selangor. Rakyat cukup matang menilai dan tentukan apa yang berhak, apa yang dusta dan keji. Jangan kita perlekehkan kekuatan rakyat pada hari ini. kalau Umno memilih jalan memaki hamun dan cerca, teruskan. Kalau itu program mereka, teruskan. Tetapi PR di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berusaha untuk mengangkat martabat bangsa dan rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Read more ...

Merlimau : Perkembangan baik untuk PR


MERLIMAU : Lebih ramai kaum bukan Melayu yang hadir mendengar ceramah TG Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada kaum Melayu di Merlimau malam tadi. Ini adalah satu perkembangan yang baik sempena pilihanraya kecil DUN Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti.

TG Nik Aziz di dalam ucapannya menyeru semua penduduk di Merlimau termasuk kaum Cina dan India di Merlimau supaya tidak gentar untuk melakukan perubahan dan tidak termakan hasutan UMNO yang menakut-nakutkan kaum bukan Islam terhadap Islam.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah bukti nyata bahawa Islam tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum kerana Islam dengan keadilannya adalah sesuai dengan fitrah manusia.

TG Nik Aziz menjelaskan bahawa asal manusia semuanya dari Adam. Islam datang menghapuskan rasisma. Baginda Rasullullah saw, menurut TG Nik Aziz telah berjaya menyatukan penduduk Arab yang terdiri dari pelbagai kaum dan puak seperti Salman dari Parsi dan Bilal dari Habsyi (Afrika) di bawah naungan Islam.

"Tiada kelebihan diantara manusia melainkan yang bertaqwa," jelas TG Nik Aziz.

Sebelumnya, YB Salehuddin Ayub di dalam ucapannya merakamkan rasa gembira kerana melihat ramai kaum bukan-Melayu terutama kaum Cina yang hadir pada majlis pertemuan malam tadi.

Di dalam ucapannya YB Salehuddin telah menyatakan bahawa PAS, DAP dan PKR akan mampu menggantikan kerajaan Barisan Nasional sebagai teraju pemerintahan negara.

Berbeza dengan zaman lampau, kaum Cina terutamanya, takut untuk hadir di dalam ceramah-ceramah PAS, tetapi suasana hari ini sudah berbeza.

YB Abdullah Sanusi, Ahli Parlimen Kuala langat pula meminta kaum bukan-Melayu di Melaka melakukan perubahan seperti yang ditunjukkan oleh kaum bukan-Melayu di Selangor.

"Jika Selangor boleh berubah, tiada sebab Melaka tidak boleh," jelas beliau.

YB Abdullah Sanusi menyeru supaya rakyat Melayu, Cina dan India bekerja bersungguh-sungguh supaya UMNO BN dikuburkan ke dalam Muzium Negara," tambahnya.

Majlis Ramah Mesra ini telah dirancang lebih awal iaitu sebelum penetapan tarikh penamaan calon dan pilihanraya bagi DUN Merlimau oleh Suruhanjaya Pilihanraya, malah sebelum kerusi DUN Merlimau kosong kerana kembalinya Allahyarham Mohd Hidhir ke rahmatullah. Justeru itu tidak timbul soal berkempen lebih awal, jelas pemimpin PAS Kawasan Jasin yang GB temui.KGB

Read more ...

Hanya tinggal Ro$mah : Semua wanita pemboros sudah jatuh bersama suami

Emelda, Farah Diba, Elena, Laila dan Rosmah

Artikel : Presiden Tunisia, Zine el-Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat. Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri keluar negeri. Gaya hidup Laila yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya seorang presiden.

Hari ini apabila isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor tiba-tiba menjadi buah mulut di kalangan rakyat Malaysia kerana berperanan ‘lebih sudu dari garpu’ dalam kepimpinan kerajaan 1Malaysia, ia mengingatkan kita kepada rentetan kisah wanita pertama yang menyumbang kepada kejatuhan suami mereka dan kerajaan yang didokongnya.

ZAMSHA telah menghuraikan watak Laila dalam Harakah keluaran lalu. Saya ingin menyambung dengan beberapa wanita pertama lagi. Antaranya Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986.

Isteri kepada Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan sewaktu menjadi isteri Presiden, Emelda juga adalah seorang ahli Parlimen bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri Pembinaan Insan (1978-1986).

Sebagai wanita pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan?

Bersama suaminya Marcos, Emelda sangat mewah berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli-belah di New York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar.

Membeli hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap kali ke luar negeri.

Setiap kritikan rakyat terhadap tingkahlakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin. Iyalah, mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan melihat kemewahannya.

Selepas kejatuhannya, Emelda menjadi popular dengan pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi di istana tinggalannya.

Seorang lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri dictator Rumania Nikolai Ceausescu.

Sewaktu suaminya sedang menakah karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti Komunis Romania. Pada Jun 1973 Elena muncul sebagai orang kedua terpenting dalam hairaki parti selepas suaminya, menjadi penasihat utama partinya dalam isu-isu antarabangsa.

Pada tahun 1980, Elena menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama, sewaktu saminya menjadi Presiden Romania.

Gandingan Nikolai dan Elena menjadi sangat berkuasa, melakukan pelbagai penindasan terhadap rakyat. Senarionya sama dalam pemerintahan mana-mana diktator, di mana presiden dan kroni adalah kaya raya sewaktu rakyat dihimpit kemiskinan.

Revolusi rakyat Romania 1989 berjaya menjatuhkan rejim Nikolai Ceauşescu. Elena dan suaminya ditangkap di Targoviste, dibicarakan lalu dijatuhi hukuman mati.

Dia dan suaminya sehidup semati, terbukur kaku bersebelahan di sisi bangunan selepas ditembak. Elena semasa hayatnya mungkin tidak seghairah Emelda dalam membelanjakan harta rakyat untuk barangan mewah, tetapi dia sibuk mencampuri urusan pentadbiran suaminya.

Farah Diva Pahlavi adalah permaisuri kepada raja Iran, Shah Mohd Reza Pahlavi. Seperti juga wanita utama bagi mana-mana diktator, Farah Diva muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit negara. Majlis penabalannya sebagai Permaisuri era Iran moden tahun 1967 menelan belanja 10 juta dollar, angka yang cukup besar pada masa itu.

Farah Diba seorang yang sangat meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya itu. Dia mempunyai pekerja yang ramai untuk menjayakan apa-apa program yang selaras dengan kehendaknya.

Kehidupan diraja mereka sangat mewah, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela. Mana-mana rakyat yang bangkit menentang kerajaan akan menerima padah seksaan dari perisik Savak.

Revolusi Islam pimpinan Ayatullah Khomeini 1979 berjaya mengusir Shah, Farah serta seluruh keluarga diraja mereka. Mereka pernah hidup mewah di istana tetapi menjadi pelarian di beberapa buah negara.

Laila, Emelda, Elena atau Farah Diba adalah antara nama-nama besar di sisi suami mereka yang dianggap diktator. Sifat utama mereka ialah boros dan sibuk mencampuri urusan suami selaku ketua kerajaan.

Menarik juga untuk kita persoalkan apakah sifat-sifat tersebut ada pada ‘wanita pertama Malaysia’ Rosmah Mansor?

Hingga setakat ini dialah pemegang watak Perdana Menteri apabila menggantikan Perdana Menteri sewaktu sakitnya, Menteri Luar apabila mengetuai delegasi negara ke beberapa buah negara luar, Menteri Hal Ehwal Wanita dengan projek Permatanya dan Menteri Pertahanan apabila merasmikan program PLKN.

Adakah Rosmah seorang pemboros membelanjakan wang negara? Entahlah, rakyat lebih tahu.

Cuma bezanya setakat ini suaminya Najib belum menyerlahkan watak diktator tulen. Selagi adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mengurung manusia tanpa bicara, selagi tiada kebebasan media sepenuhnya, selagi jentera kerajaan disalahgunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik BN; bermakna sifat diktatornya tetap ada, namun mungkin ia belum setaraf para diktator dunia.

Soalnya, apakah rakyat harus menunggu sampai Perdana Menteri Malaysia menjadi diktator tulen baru rakyat berkira-kira untuk menyahkan Najib dan Rosmah dari persada kuasa?

Masa itu sudah terlambat. Jadi jangan sampai negara huru hara macam di Tunisia dan Mesir baru nak bertindak. Bertindaklah segera melalui proses demokrasi yang aman.
ZULKIFLI YAHAYA

Read more ...

Peranan Parti al-Nahdah di Tunisia dan Ikhwan al-Muslimin di Mesir selepas kebangkitan rakyat

Tunisia, Mesir dan masa depan pasca-Islamis

Artikel : Akademik Perancis, Olivier Roy dalam satu tulisan mengulas revolusi di Tunisia menegaskan Islam tidak menjadi sebahagian daripada kebangkitan aman di negara Afrika Utara itu.

Menurutnya, siri demonstrasi yang akhirnya menjatuhkan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali itu tidak menampakkan sebarang ciri Islam, tidak ada seruan untuk menubuhkan negara Islam, dan tidak kedengaran jeritan menolak “imperialisme Amerika.”

Rejim memerintah Tunisia itu, menurut Roy, dilihat sebagai lahir dari politik setempat, dan bukan boneka Perancis atau penjajahan baru Amerika Syarikat.

Roy, melalui bukunya The Failure of Political Islam melahirkan wacana yang kini dikenali sebagai pasca-Islamisme, yang antara kandungan utamanya ialah gerakan Islam yang semakin menyesuaikan diri dengan ruang demokrasi dan bahasa semasa sehingga tidak lagi menjadi gerakan Islam seperti yang dikenali sebelumnya.

Secara mudahnya, pasca-Islamisme ditakrif sebagai satu kondisi gerakan Islam bercakap dalam bahasa semasa dan menangani hal-hal semasa yang bukan menurut istilah yang biasa dengan gerakan Islam.

Tetapi pasca-Islamisme pergi lebih jauh lagi, dan ditakrif juga sebagai satu bentuk baru gerakan Islam yang mengambil sepenuhnya wacana baru dan bersifat sebagai demokrat dan menjadi lebih liberal, menjadikan mereka pasca-Islamis.

Bagi penyokong tesis pasca-Islamisme, pasca-Islamis dilihat sebagai fasa atau lekuk seterusnya yang perlu dilalui oleh gerakan Islam, menjadikan mereka lebih inklusif dan bergerak dalam kerangka negara-bangsa masing-masing.

Tesis pasca-Islamisme kelihatan menguasai naratif sebahagian besar media dan akademik Barat dan antarabangsa dalam liputan dan analisis kebangkitan di Tunisia dan Mesir.

Satu pandangan yang hampir mendapat konsensus ialah gerakan Islam tidak berperanan dalam protes di Tunisia dan Mesir, yang dikemukakan sebagai sesuatu yang bersifat “sekular” dan digerakkan sepenuhnya oleh rakyat yang bebas daripada pengaruh politik.

Liputan protes Tunisia dan Mesir tidak mengemukakan wajah mewakili protes terbabit, dengan tumpuan diberikan pada identiti kolektif peserta demonstrasi.

Hal ini sangat berbeza dengan protes antikerajaan di Iran pada 2009, yang wajah mewakili gerakan itu menjadi tumpuan media sejak awal, dan mempunyai pemain-pemain yang jelas.

Gerakan Islam dalam kedua-dua kes dikemukakan sebagai datang selepas protes tercetus dan hanya terlibat selepas kejatuhan rejim (di Tunisia) dan ketika rejim semakin lemah (dalam kes Mesir.)

Banyak isu yang timbul sejurus revolusi Tunisia turut timbul dalam kes Mesir, iaitu peranan gerakan Islam.

Walaupun tidak dapat dinafikan dalam protes terbaru di kedua-dua negara itu gerakan Islam tidak berperanan dominan, perkembangan tersebut tidak boleh dibaca sebagai terasing daripada perjalanan sejarah politik negara terbabit dan perkembangan serantau sejak beberapa tahun lalu.

Isu ekonomi, dasar kuku besi pemerintah dan pelbagai isu lain memang menjadi antara isu yang ditangani oleh gerakan Islam di kedua-dua negara.

Sebarang tindakan politik seperti yang disaksikan itu tidak akan berlaku dalam vakum, terjadi dengan tiba-tiba dan terasing daripada konteks setempat.

Hakikat bahawa kemarahan rakyat tertumpu pada pemimpin yang telah memerintah selama beberapa dekad menunjukkan peristiwa itu tidak dapat dipisahkan daripada sejarah politik kedua-dua negara, yang memang menyaksikan peranan gerakan Islam.

Hujah ini terkait dengan pandangan dominan berhubung bentuk pemerintahan dalam politik baru negara-negara terbabit.

Pemerintah baru yang dibayangkan banyak pihak dan bakal mendapat sokongan masyarakat antarabangsa ialah kerajaan yang mewakili semua pihak (broad-based) dan liberal, dengan peranan gerakan Islam yang tidak besar.

Kebimbangan yang banyak disuarakan kuasa Barat ialah potensi gerakan Islam untuk menguasai dan memonopoli kuasa dalam kerajaan baru nanti.

Kebimbangan ini tidak mempunyai asas kerana realiti politik pilihan raya di negara-negara terbabit dan kemampuan serta hasrat gerakan Islam di kedua-dua negara.

Persoalan tentang peranan Parti al-Nahdah di Tunisia dan Ikhwan al-Muslimin di Mesir selepas kebangkitan rakyat sebahagian besarnya sudah terjawab.

Penglibatan gerakan Islam di kedua-dua negara bergantung pada perubahan yang akan berlaku melibatkan proses demokratik negara terbabit.

Pertama, perubahan perlu berlaku. Ini telah berlaku di Tunisia, tetapi sehingga hari ke-13 protes, belum terlaksana di Mesir.

Kedua, proses pilihan raya dan pembentukan kerajaan perlu berjalan dengan lancar dan bebas. Ini belum lagi berlaku di kedua-dua negara.

Kedua-dua kumpulan akan mempunyai kedudukan yang lebih besar sekiranya proses demokratik yang sewajarnya terlaksana dan mereka menyertai proses itu dan bersedia mengambil tanggungjawab.

Paling jelas, di Mesir, sebagai kumpulan pembangkang yang paling besar dan tersusun, Ikhwan mesti dan akan terlibat dalam kerajaan baru nanti sekiranya proses demokratik pilihan raya berjalan dengan bebas dan adil.

Soal yang utama ialah sejauh mana Ikhwan berhasil menunaikan janji-janjinya sebagai gerakan Islam seperti yang dikemukakan kepada rakyat yang menyokongnya dalam kerajaan baru nanti.

Senario yang paling realistik sekiranya rejim sedia ada di Mesir diturunkan dan proses demokrati baru dijalankan dalam pembinaan kerajaan baru ialah gabungan pelbagai haluan dalam kerajaan.

Tidak dapat tidak, Ikhwan akan bersama dalam sebuah kerajaan menggabungkan kumpulan liberal dan berhaluan kiri.

Dalam kes ini, Ikhwan akan terpaksa bersikap realistik dalam hal melibatkan had peranan dan kuasanya dalam kerajaan.

Dalam bahasa pasca-Islamisme, usaha gerakan Islam menangani isu seperti proses demokratik dan keperluan-keperluan semasa yang lain turut dikaitkan sebagai satu keadaan pasca-Islamisme.

Pandangan ini agak terlalu mudah kerana tidak ada sebab untuk sebuah gerakan Islam mengabaikan hal tersebut dalam aktiviti politiknya.

Bagi penyokong pasca-Islamisme, pilihan paling jelas bagi Ikhwan ialah mengambil jalan pasca-Islamis, dengan menjadi lebih inklusif, lebih menyantuni hak dan pluralisme, yang secara praktiknya akan bermakna Ikhwan kehilangan sebahagian ciri Islamisnya.

Tekanan terhadap Ikhwan untuk mengambil jalan pasca-Islamis sentiasa wujud, melalui liputan-liputan media, komentar pemerhati dan sebagainya.

Satu contoh dan model pasca-Islamis ialah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki, yang mengambil haluan berbeza daripada parti Islam yang disertai tokoh-tokoh AKP sebelum itu.

Dalam hal melibatkan perbandingan dengan Turki, sekiranya Ikhwan menyertai kerajaan Mesir nanti, isu besar yang akan dihadapi ialah pengiktirafan terhadap Israel.

Hal ini tidak membawa masalah kepada AKP yang memerintah Turki, kerana tidak ada perubahan dalam hubungan Israel dengan Turki.

Apapun yang menanti di penghujung episod ini, Ikhwan akan berdepan satu cabaran terbesarnya apabila terpaksa berdepan cabaran bergelut dalam politik baru Mesir yang mencabar.

Pendirian yang tegas akan memastikan identiti Ikhwan sebagai gerakan Islam terpelihara dalam usaha memposisi diri dan mengambil bahagian dalam politik baru negara yang menjadi perhatian dunia Arab dan Islam itu.

Ikhwan dan gerakan-gerakan Islam yang melalui politik baru yang lebih sofistikated dan mencabar kini mempunyai peluang untuk membuktikan kemampuan gerakan Islam berdepan cabaran-cabaran semasa, dan menegaskan masa depan pasca-Islamis yang cuba dipaksakan oleh pendukung gagasan itu bukan satu pilihan.HARIS ZALKAPLI

Read more ...

Orang asing pun Umno bela kata Melayu, rakyat Malaysia dianggap orang asing

Siapa Kata Hanya Penjaja Melayu di Usir di Pulau Pinang?

Artikel : Selama ini kita sering melihat UMNO cuba untuk menjadi juara dalam mengutarakan sebarang isu berkaitan Melayu yang boleh memperlihatkan UMNO sebagai prihatin tentang nasib Melayu.

UMNO menyalahkan pihak Kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dengan mengatakan hanya gerai peniaga Melayu yang dirobohkan tetapi gerai peniaga Cina dibiarkan..

Hanya UMNO yang berpendapat begitu.. sebenarnya undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MPSP atau MPPP tidak mengenal warna kulit..

Penjaja yang menjalankan perniagaan di Pusat Penjaja Taman Seri Rambai di Jalan Binjai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah diberikan notis Pindah atau Keluar dari kawasan perniagaan mereka oleh MPSP kerana didakwa telah menjalankan Perniagaan tanpa lesen yang sah.

Notis yang memberikan tempoh dua hari untuk mengosongkan premis itu telah diserahkan oleh pihak MPSP pada 06 Ogos 2010 jam 5.35 Petang.

Peniaga-peniaga disitu mendakwa tiada sesiapapun dari Kerajaan Negeri yang datang membantu mereka dan mereka akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meminta bantuan.

Kesemua peniaga-peniaga yang terlibat adalah dari kaum Tiong Hua, mereka diarah berpindah dalam masa DUA HARI kerana berniaga tanpa lesen..



DAP dipersalahkan.. dalam isu ini..biasalah.. kerja MCA.

MCA telah dilihat cuba untuk menjuarai isu ini dengan mengapi-apikan lagi peniaga yang sedia panas, sama seperti UMNO yang cuba menjuarai isu gerai-gerai peniaga kecil Melayu yang berniaga tanpa lesen ataupun mendirikan gerai mereka diatas tanah kerajaan.

Tak pindah.. kami angkut..

Akur kepada undang-undang, mereka memindahkan..

Jadi… Siapa kata hanya Peniaga Melayu dan Gerai milik peniaga Melayu di robohkan oleh MPSP atau MPPP di Pulau Pinang?

Read more ...

Al-Jazeera : Hosni Mubarak dah cabut keluar Egypt

Presiden Hosni tinggalkan Kaherah, Al-Jazeera dakwa keluar Mesir

KAHERAH, 11 Feb.: Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.
Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.

Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.

Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.

Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.

Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.MI

Read more ...

Mahasiswa bukan sahaja tak boleh bersuara siap tekup mulut lagi

Satu sidang media anjuran kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini terganggu
apabila ia cuba disuraikan oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden yang berlangsung selama kira-kira 15 minit itu bermula apabila seorang pegawai keselamatan mula menghampiri kumpulan mahasiswa berkenaan yang berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa.

NONEDalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pegawai berkenaan seterusnya meminta kumpulan mahasiswa seramai kira-kira 20 orang itu supaya beredar.

"Saya minta kepada semua bersurai. Kalau tidak bersurai, saya akan hantar nama kamu ke HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tolong fikir masa depan (kamu) dan emak ayah kamu di rumah," kata pegawai berkenaan.

Selain itu, seramai sepuluh orang pegawai keselamatan yang lain turut berada di situ bagi mengawal keadaan.

Lima orang pegawai berkenaan kemudiannya mula mengambil butiran peribadi mahasiswa yang enggan berganjak daripada lokasi berkenaan.

Pelajar berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan kad pelajar masing-masing.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar berkenaan berkeras untuk meneruskan sidang media walaupun dilarang daripada berbuat demikian.

Ekoran itu berlangsung 'pujuk-memujuk' antara beberapa aktivis pro-M dengan pasukan keselamatan bagi meneruskan sidang media berkenaan.

Kumpulan pelajar berkenaan memberi alasan, sidang media perlu diteruskan memandangkan para wartawan telah hadir untuk membuat liputan.

Di saat itu juga, jumlah pelajar yang menyertai kumpulan itu bertambah kepada 40 orang.

'Semua naik ke atas!'

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

NONEKumpulan pelajar berkenaan bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.

Salah seorang pelajar yang mengetuai kumpulan itu, Mohd Izzuddin Hilmi kemudiannya mengarahkan pelajar berkenaan supaya berpindah ke bahagian atas kawasan aktiviti pelajar itu.

Semua naik ke atas (Gazebo)," kata Mohd Izzuddin dengan muka merah padam.

Akur dengan arahan itu, kumpulan berkenaan mula menaiki tangga Gazebo berkenaan sambil melaungkan "Student Power" dan "Bangkit Mahasiswa" beberapa kali.

Beberapa minit kemudian, barulah bunyi siren daripada kereta peronda keselamatan itu dihentikan dan pelajar berkenaan berjaya meneruskan sidang media berkenaan.

Dalam sidang media itu, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhammad Hasan mengkritik insiden itu sebagai "kematian demokrasi di kampus".

"Ia sebagai usaha untuk menutup kebebasan bersuara. Nak buat sidang media, disekat, malah nombor kad matrik diambil," katanya.

Pelajar berkenaan berjaya mengadakan sidang media selama 10 minit sebelum disuraikan oleh dua anggota keselamatan kampus.

Read more ...

Gelombang baru menolak BN di Serawak

Hadir program KEADILAN: Kakitangan kerajaan Sarawak tolak Taib Mahmud

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/anwaribrahim1.jpgKUALA LUMPUR : Kehadiran ramai kakitangan kerajaan dalam program yang dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sarawak baru-baru ini mencetuskan gelombang baru penolakan rakyat di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha KEADILAN Negeri, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, sokongan itu menunjukkan mereka tidak sabar menumbangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini apabila kakitangan kerajaan di negeri ini kian berani menghadirkan diri secara terbuka ke program anjuran KEADILAN.

“Sebelum ini, kalau (Datuk Seri) Anwar datang, kakitangan kerajaan biasanya agak kurang dan mereka lebih suka berada di belakang-belakang sahaja kerana enggan dikenali.

“Tetapi kehadiran Anwar di Miri pada 5 Februari lalu amat mengejutkan apabila mereka hadir dalam jumlah agak besar dan turut berada di barisan hadapan,” kata Zulkifli kepada Keadilan Daily.com.

Menurutnya, gelombang itu membangkitkan semangat anggota KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk lebih gigih menarik golongan itu agar berani menyokong perjuangan parti.
“Turut memeranjatkan kami apabila kaum Melanau turut hadir malah lebih awal berbanding kaum lain dalam program parti yang menampilkan Anwar sebagai pemidato utama.

“Apabila kami mendekati, mereka berkata, “Bukan semua Melanau senang walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang juga berketurunan Melanau kaya-raya,” ujarnya.

Zulkifli menjelaskan, kaum Melanau semakin bijak kerana ledakan maklumat hari ini memudahkan pemahaman mereka mengenai isu semasa.

“Masih ramai kaum Melanau miskin dan mereka pertikaikan selama lebih 30 tahun Taib memerintah, kekayaan negeri hanya berlegar dalam kalangan segelintir kroni elit yang rapat dengan beliau dan pada masa sama kebanyakan Melanau berterusan dihimpit kemiskinan.

“Langkah pertama yang rakyat perlu buat ialah mendaftarkan diri sebagai pengundi seterusnya memastikan mereka kembali ke Sarawak dan mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang,” tegas Zulkifli.

Read more ...

SPR berdolak alih demi Umno tercinta

Jalankan Pendaftaran Automatik, SPR Jangan Cipta Alasan


SHAH ALAM 11 Feb.: Suruhanjaya Piilihanraya (SPR) perlu berhenti memberikan alasan dan meningkatkan usaha menjadikan proses pendaftaran pengundi dijalankan secara automatik berpandukan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dalam satu wacana 'Daftar Pengundi: Wajarkah diwajibkan?' yang diadakan di Intekma Resort, Shah Alam petang tadi, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata SPR sebaliknya perlu menerima kekangan perundangan dan kekangan persepsi yang wujud sebagai cabaran dalam menjayakan usaha tersebut.

"Maka ini bukan menjadi satu alasan, ia bukan menjadi sebab bagi kita mengatakan 'oleh kerana ini, sikap orang muda begini maka kita tak buat pendaftaran pengundi secara automatik. Malah segala masalah ini harus dilihat sebagai cabaran," jelas beliau.

Fuziah seterusnya berkata, pendaftaran outomatik tidak bermaksud para pengundi tiada pilihan selain membuang undi, dan pilihan samada membuang undi dan mengundi untuk calon pilihan sendiri merupakan hak mutlak seseorang pengundi.

Katanya lagi, sekiranya seseorang pengundi itu memutuskan untuk mengundi, maka adalah tanggungjawab semua pihak terlibat termasuk SPR memastikan proses pengundian bagi pengundi itu berjalan lancar dan salah satu caranya adalah dengan menjalankan proses pendaftaran pengundian secara automatik.

"Saya mintalah SPR pecahkan penjara minda ini, keluar daripada bercakap tentang masalah infrastruktur, ini dan itu, berfikir bagaimana kita nak capai satu keadaan di mana kita mampu melaksanakan pendaftaran pengundi automatik ini. Ini saya rasa satu perkara yag harus kita gabungkan segala pemikiran kita, baik kerajaan, pembangkang ataupun masyarakat umum, semua harus gabungkan pemikiran mencari penyelesaian bagaimana ini dapat diadakan," kata beliau lagi.

Fuziah menjelaskan, rata-rata rakyat menjauhkan diri daripada mendaftar dan memahami proses pilihanraya adalah kerana pilihanraya tidak dijadikan satu daripada aktiviti kehidupan para pengundi.

Kata beliau, kesedaran pentingnya pilihanraya dan proses pengundian perlu diterapkan di dalam minda rakyat sekuran-kurangnya semasa di sekolah menengah dengan membawa budaya pilihanraya kecil-kecilan di sekolah.

"Contohnya di sekolah, kita buat pemilihan pengawas, ktia ada satu hari 'election day' untuk memilih ketua darjah dan juga wakil-wakil kelas. Kita berikan tempoh berkempen, ajar mereka bagaimana mereka harus promosikan apa yang dapat mereka tawarkan. Kemudian mereka dapat melihat kelebihan apabila wakil-wakil darjah itu membantu menjadikan sekolah lebih baik, persekitaran lebih baik, ini mendidik secara langsung sehinggakan itu menjadi kefahaman dalam diri," jelas beliau.

Selain itu, Fuziah juga menegaskan peranan SPR akan menjadi lebih efektif sekiranya diletakkan terus di bawah parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti pada masa ini kerana apa-apa pindaan akan mengambil masa yang lama kerana terpaksa dibuat melalui Jabatan Peguam Negara.

Katanya lagi, itulah cara terbaik bagi memberikan SPR kuasa untuk mengadakan pilihanraya yang adil dan telus.

Turut hadir sebagai panel wacana adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Setiausaha SPR, Nordin Che Ngah dan Pengerusi Institut Perhubungan Awam Malaysia, Datuk Professor Hamdan Adnan.

Read more ...

Egypt : Semakin degil Mubarak, semakin cepat jatuh

Kedegilan Bakal Percepat Kejatuhan Mubarak

SHAH ALAM 11 Feb.: Kedegilan Diktator Hosni Mubarak untuk melepaskan kuasa sebagai Presiden Mesir bakal mempercepatkan kejatuhan beliau.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, ucapan Mubarak malam tadi membuktikan beliau masih tidak mahu menurut konsensus rakyat Mesir dan hanya membangkitkan lagi kebencian mereka terhadap beliau.

Bercakap kepada TV Selangor, Dr Mujahid berpendapat usaha dan janji perubahan Mubarak langsung tidak dipedulikan rakyat Mesir yang berhimpun sejak bulan lalu menuntut Presiden mereka yang telah memegang kuasa selama 30 tahun itu meletak jawatan.

"Malangnya setakat ini, semua yang dibuat (Mubarak) tidak mendapat perhatian termasuk janji untuk letak jawatan bulan sembilan(September) tidak dilayan penduduk Mesir. Jadi kalau dilihat seperti apa yang berlaku pagi tadi walaupun awalnya dijangka letak jawatan tetapi akhirnya tidak, ia membangkitkan lagi kemarahan rakyat Mesir dan menpercepatkan lagi kejatuhannya seorang diktator seperti Hosni Mubarak," katanya.

Semalam, Mubarak berkata peralihan kuasa politik yang dipegangnya selama 30 tahun akan dilakukan sehingga September ini.

Pengumuman terbaru itu menyaksikan Mubarak masih menjadi Presiden Mesir dan memastikan regimnya terus berkuasa dalam proses reformasi pemerintahan negara itu.

Sementara itu, penunjuk perasaan yang masih menguasai Dataran Tahrir hampa dan marah apabila mereka sebelum ini dimaklumkan Mubarak akan mengumumkan peletakan jawatan tetapi sebaliknya.

"Mereka sudah tidak mahu lagi sesiapa yang terlibat dengan rejim terdahulu. Jadi saya lihat Mubarak, Omar Suleiman dan sesiapa lagi yang terpalit dengan rejim terdahulu, rakyat Mesir sudah bosan dan mahukan pentadbiran baru, pembubaran parlimen dan berakhirnya undang-undang darurat yang berlarutan dari tahun 1967," katanya.

Namun bagaimanapun Dr Mujahid menyentuh kemungkinan keadaan bakal menjadi lebih buruk selepas ini.

Hari ini, jutaan rakyat Mesir dilaporkan bakal berkumpul untuk kemuncak kebangkitan ke tiga di seluruh negara walaupun menghadapi risiko pertumbahan darah.

Menurut Dr Mujahid, revolusi kebangkitan rakyat Mesir ini tetap akan menjadi titik tolak pemecahan hegemoni pemerintahan autokratik diktator di negara-negara Arab selama ini.

"Kita tahu negara Arab ini dipenuhi kepimpinan diktator. Kebangkitan di Mesir pasti merebak ke negara Arab yang lain. Kita tengok bagaimana Jordan dah bubarkan kabinet untuk lantik Perdana Menteri Baru.

"Yaman pula sudah beritahu tidak akan teruskan kepimpinan Ali Abdullah Salleh dan saya kira nanti mungkin negara Arab di Afrika Utara akan terjadi sebegini dan lebih teruk lagi mungkin akan merebak ke negara teluk," katanya.

Read more ...

Soi Lek diasak , terdesak

Soi Lek Terdesak Cuba Tunda Pemilihan MCA


SHAH ALAM 11 Feb.: Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahukan pemilihan parti itu ditunda adalah cubaan terdesak untuk memintas cabaran dua bekas presiden parti itu terhadap beliau, kata seorang tokoh masyarakat Cina.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata cabaran Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Ong Ka Ting menyebabkan pucuk pimpinan MCA sekarang cenderung untuk menunda pemilihan parti kepada selepas pilihanraya umum.

Jui Meng berkata perkembangan itu menzahirkan perpecahan dalaman MCA masih serius dan sokongan untuk parti itu semakin terhakis.

MCA kini dalam kemelut apabila dijangka bakal menunda pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun ini.

Malah Soi Lek dilaporkan mahu mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa bagi meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan pemilihan parti ditunda.

Artikel 167 Perlembagaan MCA menyebut bahawa parti hanya boleh menunda pemilihan jika ia dijadualkan selepas 42 bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) terakhir.

Ramai memandang usaha itu dilakukan kerana Soi Lek tidak yakin mendapat sokongan majoriti ahli MCA.

Menurut Jui Meng lagi, Soi Lek memang telah hilang pengaruh seperti yang dibuktikan pada pilihanraya kecil(PRK) Tenang baru-baru ini.

"Dia telah ditolak oleh masyarakat Tiong Hua. Di Tenang ini, patutnya kubu MCA oleh kerana di sana dua presiden pernah jadi ahli parlimen iaitu Ling Liong Sik, Chua Soi Lek dan sekarang bawah anak dia. Tapi saya nampak dalam PRK Tenang, walau kubu MCA, lebih 70 peratus sokong PAS dan PR," katanya.

PKR tidak menolak cubaan bekas Presiden MCA Tee Kiat dan Ka Ting untuk merampas tampuk kepimpinan dari Soi Lek tetapi menganggap ia sebagai terlambat bagi menyelamatkan parti kedua terbesar Barisan Nasional itu.

"Mereka (Tee Kiat dan Ka Ting) boleh cuba melalui pemilihan dalam parti kerana pemilihan patut dijalankan tahun ini juga. Saya nampak dia (MCA) semakin lama semakin tidak relevan lagi dalam politik, terutama kepada masyarakat Tiong Hua, tak relevan lagi," katanya.

Sokongan pengundi Cina untuk MCA, khususnya Soi Lek yang terbabit dalam skandal video seks adalah antara punca kemerosotan sokongan pengundi terhadap Soi Lek.

Setelah menjadi Presiden tahun lalu, Soi Lek menamakan anaknya Chua Tee Yong untuk dijadikan timbalan menteri pertanian dan asas tani dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Soi Lek sendiri menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Tinjauan badan bebas Merdeka Centre tahun lalu menyatakan hanya segelintir masyarakat Cina menerima kepimpinan Soi Lek di MCA.

"Terjunamlah sudah sokongan terhadap MCA. MCA telah jatuh semasa PRU 12 tapi kita nampak (sokongan) terus dihakis. Saya ingat soalselidik merdeka Centre, cuma 9 peratus sokong Chua Soi Lek, bermakna 91 peratus tak sokong dia," kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Read more ...

Roberto Carlos diancam bunuh, ingin tinggalkan Brazil

Roberto Carlos [google]














SAO PAOLO : Pemain veteran Brazil Roberto Carlos mengaku kemungkinan akan meninggalkan negaranya dalam waktu terdekat ini kerana mendapat banyak ancaman pembunuhan dari para peminat Kelab Corinthians.

Ancaman itu terjadi kerana Carlos dikatakan menjadi penyebab menjunamnya Corinthians dari saingan Copa Libertadores minggu lalu. Di pertandingan itu, Corinthians kalah 0-2 kepada Kelab Columbia Deportes Tolima

.“Pada masa ini saya sedang mempertimbangkan beberapa perkara. Saya mendapat ancaman pembunuhan melalui telefon. Bahkan, keluarga saya juga diancam. Tidak hanya itu, saya juga diikuti banyak motor di jalan raya. Saya ingin segera keluar dari sini. Jika ada Kelab Eropah yang mahukan saya, saya bersedia,” ujar Carlos, baru-baru ini.

Carlos mengatakan, ancaman juga dirasai pemain lainnya. Dikatakan, setelah pertandingan, para peminat melempar bas pemain dengan batu, merosakkan kereta pemain, dan menconteng dinding pusat kelab dengan kata-kata cacian kepada Carlos dan striker Corinthins Ronaldo.

Khabarnya, Kelab Amerika Serikat Los Angeles Galaxy akan melakukan perbincangan dengan pihak Carlos dan Corinthians dalam waktu terdekat ini. Carlos yang sudah ingin segera keluar dari Brazil mengaku akan mempertimbangkannya.

“Saya tidak ingin bermain di Kelab Brazil, yang saya inginkan hanya berada di tempat yang jauh dari sini. Saya akan melakukan yang terbaik bagi saya,” ujarnya.

Carlos bermain dengan Corinthians pada Jun 2010 lalu setelah meninggalkan Brazil selama 15 tahun. Sebelumnya, dia pernah memperkuatkan Kelab Turki Fenerbache (2007-2010), Real Madrid (1996-2007), dan Inter Milan (1995-1996). Carlos pernah bermain dengan pasukan Brazil (1996-2002). [WID/L-9]

Read more ...

Operasi Lalang : Kalau arahan polis Najib orang pertama patut ditahan, tapi kerana arahan politik Najib terlepas

Ops Lalang: Najib orang pertama yang sepatutnya ditahan ISA

KUALA LUMPUR: Jika benar polis bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang 1987, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya turut sama ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) ketika itu.

Ini kerana Najib yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada masa itu
merupakan orang pertama yang membuat hasutan mengapi-apikan kebencian sesama kaum.

Najib adalah orang pertama yang harus kena (ditahan). Dia orang pertama yang mengapi-apikan kebencian sesama kaum sewaktu berucap di perhimpunan di Stadium TPCA Kampung Baru,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Mahathir berkata demikian di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M:
Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’.

Johari juga berpendapat kenyataan Mahathir bahawa beliau tidak mengarahkan penahanan tersebut merupakan sandiwara dan lawak terbaik Mahathir pada tahun ini.
“Mahathir ini cuba buat lawak. Ketua Polis Negara tidak akan bertindak tanpa arahan daripada Menteri Dalam Negeri pada masa itu yang dijawat oleh beliau sendiri. Lebih-lebih lagi dalam hal politik yang memerlukan kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri sendiri,” katanya.

Beliau turut meminta agar Mahathir berhenti mencemar nama baik serta menjadikan polis sebagai kambing hitam bagi menulis semula sejarah lampaunya sendiri.
“Mahathir tak boleh cemar nama polis dan Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri pada masa itu,” kata Johari.

Read more ...

“Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?-Pelakon 'Nur Kasih'

Lama tak dengar cerita tentang pelakon wanita kacukan Melayu Ingeris ini. Dengar khabar, pemilik nama sebenar Sharifah Sofia Syed Hussien ini sedang menunggu saat-saat kelahiran permata sulung beliau bersama suami tercinta, Syed Ismail Syed Al-Ali. Mesti excitedkan?

Mengimbas kembali gosip panas yang pernah terpalit kepada wanita kelahiran Liverpool ini, (selain gambar berparti dan bersosial) insiden bergambar ‘mesra’ Sofia dengan beberapa ekor anjing yang tersebar luas di internet sedikit masa dahulu telah mendapat reaksi negatif daripada peminat. Rata-rata berpendapat bahawa Sofia langsung tidak mengambil kira sensitiviti rata-rata umat Islam di negara ini.

Walaupun tindakannya itu dikritik hebat oleh majoriti masyarakat Islam, namun pelakon drama rantaian Nur Kasih ini telah memberikan komen balas bahawa sebagai seorang yang beragama Islam, beliau juga tahu akan halal dan haram sesuatu perkara itu.

Terbaru, Sharifah Sofia dilihat cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day atau hari Kekasih di laman Twitternya. Antara persoalan yang dibangkitkan beliau ialah, “Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?

Namun penulis ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peminat-peminat Sofia yang sudi menjelaskan kepada beliau bahawa sambutan Valentines Day sememangnya haram sejak dahulu lagi, cuma kita-kita ni saja yang kurang peka atau sambil lewa dengan pengharaman tersebut. Harap maklum!
Kusha Basir

..

.

Read more ...

Antara 'Parkir Mat Said dan Parkir Guan Eng' : Parkir mana yang membazir duit rakyat untuk kroni ?


http://buletinonline.net/images/stories/berita38/parkirlawanparkira.gifKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pada 4 Februari lalu telah merasmikan dan melancarkan dua buah bangunan 'kerangka besi', setiap satu setinggi empat tingkat yang dipanggil sebagai 'sistem parkir automatik bertingkat' mengaplikasikan kaedah putaran (rotary type) menelan kos RM9.8 juta.

Di Jalan Tuku atau Jalan Bank, Pulau Pinang, kira-kira tiga minggu lalu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng telah merasmikan sebuah bangunan 'konkrit dan simen' parkir bertingkat juga dengan kos RM9.8 juta.

Kebetulan bukan? Kos yang sama? dan jumlah unit kenderaan yang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa juga hampir sama.

'Parkir Ahmad Said' boleh menampung sebanyak 232 buah kereta manakala 'parkir Guan Eng' boleh memuatkan 204 buah kereta dengan kapisiti penuh.

Ahmad, ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dalam sidang DUN Disember lalu berkata, langkah kerajaan Umno dan Barisan Nasional membangunkan parkir bertingkat itu adalah kerana tanah terhad dan mahal di Bandaraya Kuala Terengganu.

Namun secara perbandingannya, pasti tanah di Pulau Pinang lebih mahal dan terhad berbanding Kuala Terengganu.

Walaupun demikian, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dapat menyiapkan bukan sahaja 'kerangka besi' tetapi bangunan yang dilengkapi dengan ruang niaga dan pejabat.BO

Read more ...

PAS bersama rakyat akan turun ke jalan raya seperti rakyat Egpyt

Sekiranya penipuan terus berlaku dalam pilihanraya

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/himpit2011a.jpgKUALA NERUS - PAS memilih jalan demokrasi dan menyertai pilihanraya secara aman dalam berpolitik di negara ini namun sebaliknya akan turun ke jalan raya sekiranya penipuan terus berlaku dalam pilihanraya.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, rakyat akan turun ke jalan-jalan raya dengan kerelaan masing-masing, sekiranya mereka tidak percaya lagi dengan sistem yang diamalkan dinegara ini.

"Kita memilih pilihanraya, himpunan secara aman, (tetapi) sekiranya tidak adtidak perlu disuruh, sekiranya rakyat sudah tidak ada kepercayaan kepada sistem demokrasi yang diamal (lagi) kepercayaan kepada pilihanraya, tidak perlu disuruh, rakyat akan turun ke jalan raya,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan motivasinya disebelah pagi, dalam program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2011 yang diadakan di padang bola, Pekan Batu Enam, disini Jumaat 11 Februari.

Mohamad Sabu turut memberi peringatan, Malaysia akan menerima nasib seperti Tunisia dan Mesir apabila rakyat telah kecewa dan berputus asa.

Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abas berkata, Himpit 2011 berbeza dengan himpunan pemuda yang dadakan seumpamanya yang diadakan sebelum ini.

"Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan ‘Masa Untuk Berubah, PAS Ganti Umno’,"katanya ketika ditemui.

Menurutnya selain hanya diadakan sehari suntuk sahaja, tema yang dipilih oleh pemuda PAS adalah bagi meneruskan semangat kebangkitan rakyat dari program yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS 15 Januari, 2011.

"Pemuda (PAS) menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman,

"Oleh itu, kita memlih tema tersebut,"jelasnya

Dengar Mohamad Sabu Motivasi HIMPIT 2011 di Buletinonline Radio

Read more ...