Sunday, March 13, 2011

Aziz hilang kelayakan jadi Pengerusi SPR. Kenapa?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Gesaan agar dianjurkan segera perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil buat kali kedua tidak boleh dipandang ringan. Ia memang satu keperluan yang cukup mendesak.

Persiapan rapi mesti dibuat bagi memastikan demonstrasi raksasa kali ini lebih besar dan meriah berbanding himpunan Bersih, 10 November 2007, yang menyaksikan lebih 50,000 orang berarak ke Istana Negara.

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bertukar pengerusi, daripada Abdul Rashid Abdul Rahman kepada Abdul Aziz Yusof (dan juga lupa setiausahanya dulu, Wan Ahmad Wan Omar, yang dikatakan licik mengatur 'komplot' bagi menyukarkan siapa jua saingan BN, kini menjadi timbalan pengerusi), proses pilihan raya di negara kita terus berjalan secara berat sebelah, jauh daripada menyediakan "padang permainan yang sama rata".

Memandangkan pilihan raya umum ke-13 nanti merupakan gelanggang pertarungan "hidup-mati", sudah pasti SPR akan terus diperkudakan dan menjadi perkakas paling efektif untuk BN meraih kemenangan.

Jika pilihan raya kampus, yang langsung tidak memberi kudis buat survival kuasa BN pun dimanipulasi dengan cukup kotor, dengan taktik licik memenangkan kumpulan mahasiswa Aspirasi Pro-Umno, apakah kita begitu daif untuk mengharapkan SPR dibenarkan menjalankan tugas dan fungsinya secara profesional, bagi mengendalikan pilihan raya dengan bebas dan adil?

Imbau sejenak apa yang dilakukan SPR selepas Umno dikejutkan dengan prestasi buruk dalam pilihan raya umum 1999. Proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, khususnya di Kedah, dijalankan menurut kehendak strategis Umno-BN.

Lokasi pengundi bukan Melayu sengaja dimasukkan ke dalam beberapa kawasan Parlimen yang dikuasai PAS, seperti Kuala Kedah, Pokok Sena dan Jerai, dengan andaian mereka tidak akan menyokong calon PAS dalam PRU 2004.

Lebih buruk, empat negeri majoriti Melayu, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis langsung tidak mendapat tambahan kerusi Parlimen kerana dibimbangi ia hanya akan meningkatkan jumlah wakil rakyat PAS di Dewan Rakyat.

Pada 1999, bilangannya meningkat daripada tujuh orang pada 2005 kepada 27. SPR bekerjasama erat dengan Umno yang tersepit ketika itu.

SPR juga didakwa terbabit secara sedar dan aktif dalam memanipulasi senarai daftar pemilih di Terengganu. Pengundi baru didaftarkan dengan jumlah yang luar biasa. Kadarnya langsung tidak selari dengan pertumbuhan penduduk Darul Iman.

Dipercayai sejumlah besar "pengundi hantu" diwujudkan, hasil kerjasama bersepadu di antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain ramai yang mengundi lebih daripada sekali. Targetnya semata-mata untuk merampas kembali Terengganu yang dikuasai PAS pada 1999.

Situasi genting buat Umno di antara tahun 1999 dan menjelang pilihan raya 2004 tidaklah sekritikal apa yang bakal dihadapi BN dalam PRU13 nanti.

Pada 1999, BN masih mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hanya terlepas dua negeri, sedangkan pada 2008, BN buat pertama kali dinafikan majoriti dua pertiga dan tumbang di lima negeri (enam jika termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Realiti BN kini bagai telur di hujung tanduk.

Kalau sekadar bertujuan merampas Terengganu -- negeri yang kaya dengan hasil petroleum itu -- Umno-BN bertungkus-lumus memperalatkan jentera dan kemudahan kerajaan khususnya "SPR serta konco-konco", selain mengamalkan rasuah politik secara berleluasa, maka cuba kita bayangkan apa yang sanggup dilakukannya bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa, terutama di peringkat persekutuan?

Apakah BN tidak merencanakan taktik dan teknik tertentu (pastinya di luar batas undang-undang) bagi merebut kembali negeri-negeri Pakatan Rakyat?

Misalnya, Selangor, negeri termaju di Malaysia, yang selama ini menjadikan menteri besarnya (di bawah Umno) begitu berpengaruh daripada segi politik dan cukup kaya raya melalui amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Apakah anda fikir Najib Razak selaku ketua perhubungan Umno dan Noh Omar, timbalannya, hanya sibuk mengatur ceramah untuk diisi Ezam Mohd Noor, bagi menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan personaliti Anwar Ibrahim?

Beberapa insiden yang sempat dihidu, seperti dirakamkan wartawan Harakah Selangor, Saidah Hairan di pejabat JPN Shah Alam, mengenai proses pendaftaran pemilih warga Sabah untuk "diagih-agihkan" di Selangor, hanya cebisan kecil kisah konspirasi BN-SPR-JPN.

Kita belum dapat membongkar grand design lebih besar, yang mungkin tidak terfikir oleh kita tentang modus operandinya, seperti pemimpin PAS tidak pernah menjangka usaha licik Umno Terengganu untuk menumbangkan kerajaan PAS pada 2004.

Beberapa hari lalu, di Paya Jaras, Sg Buloh, dikesan satu lagi komplot dalam usaha BN merampas Selangor, yang dipercayai turut membabitkan JPN. Pendatang tanpa izin, termasuk dari Kemboja dikatakan telah diberikan MyKad dan akan didaftarkan sebagai pengundi untuk kawasan terpilih.

Selain itu, difahamkan beberapa universiti tempatan turut "bersubahat" dengan BN bagi mendaftarkan pelajarnya sebagai pemilih, dengan menyasarkan kawasan tumpuan di Selangor. Jentera BN sedang mengenal pasti kawasan pilihan raya tertentu untuk ditempatkan pengundi baru dari kalangan mahasiswa itu.

Minggu lalu, beberapa pemimpin KeADILan mendedahkan peningkatan mendadak pengundi pos di beberapa kerusi Dun Perak. Angka terbesar dicatatkan di Dun, Pangkor, yang diwakili Menteri Besar. Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri tentera ditukar status menjadi pengundi pos walaupun mereka tidak pernah memohonnya.

Faktor undi pos sejak sekian lama menjadi penyelamat BN di kawasan tertentu. Dalam tuntutan Bersih pada 2007, dicadangkan sistem pengundian pos dimansuhkan dengan segera kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.

Ketika wibawa SPR dipersoal secara terbuka, pengerusinya Abdul Aziz Yusof mencetuskan polemik baru. Beliau tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak kurang dari 12 hari seperti dilaksanakan semasa pilihan raya negeri 2006. Utusan Malaysia, 9 Mac, meletakkan tajuk, "Kempen tujuh hari pada pilihan raya di Sarawak?"

Aziz berkata, tempoh kempen terlalu lama dikhuatiri boleh mengundang amalan politik tidak sihat antaranya provokasi yang ditimbulkan oleh parti tertentu.

Ujarnya, kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau dan Kerdau selama lapan hari pun sudah cukup mencetuskan kebimbangan dan kekecohan menerusi kemunculan isu pergolakan politik dari Timur Tengah.

"Semasa kempen pilihan raya kecil Sibu, ramai penduduk tempatan melahirkan rasa terkejut dengan cara pendekatan yang dibawa oleh parti-parti pembangkang dari Semenanjung. Di Merlimau dan Kerdau begitu juga apabila sentimen kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan Libya dikaitkan dengan suasana negara ini sehingga membangkitkan provokasi dalam kempen. SPR sedang mengkaji semua ini. Kita bimbang jika penduduk Sarawak yang dikenali sebagai orang yang sabar hilang kesabaran dengan provokasi ditekankan ke atas mereka, maka ia mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini," kata Aziz.

Mengulas kemungkinan tempoh berkempen dipendekkan di Sarawak, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, yang juga tokoh yang sering bercakap tentang amalan demokrasi tempang di Malaysia menegaskan:

"Dengan tempoh kempen sependek itu, apa yang pembangkang boleh buat? Pembangkang sudahlah tidak diberikan ruang bersuara menerusi media kerajaan dan media arus perdana, tidak banyak wang pula. Jadi kesemua itu adalah untuk memberikan keuntungan dan kemenangan kepada Umno BN yang memerintah dengan cara yang cukup jelas dan terang-terangan."

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap respon Aziz yang mendakwa tempoh kempen terlalu lama boleh mengundang amalan politik tidak sihat dengan mengaitkannya dengan pergolakan politik Timur Tengah sebagai tidak releven.

Katanya, jika diimbas kembali senario Pilihan raya Umum 2008 yang berlangsung selama dua minggu, ia berjalan dengan aman. Tambahnya, ketakutan pihak SPR sengaja diperbesarkan, malah dianggap mempersendakan peranan polis dan pasukan keselamatan yang bertugas siang malam menjaga ketenteraman awam.

Hakikatnya, ujar Ustaz Idris, tempoh kempen pilihan raya singkat sengaja dituntut berikutan rekod kekalahan teruk BN bila mana kempen pilihan raya diadakan dalam tempoh yang panjang.

BN Sarawak, tambahnya, ternyata tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk mengekalkan majoriti besar dalam Dun sekiranya kempen pilihan raya diadakan selama dua minggu atau lebih.

Bagi saya, Aziz bukan lagi berbicara sebagai Pengerusi SPR, yang bertanggungjawab memastikan proses pilihan raya adil, bebas dan telus. Beliau seolah-olah sudah menjadi kerabat rapat Taib Mahmud, yang sedang memikirkan jalan untuk mempertahankan kuasa BN di Sarawak. Dalam bahasa kasar, Aziz kini berbicara dengan lidah Umno.

Dalam SMS kepada saya, pensyarah media, Dr Abu Hasan Hasbullah memberi respons:

"SPR bukan diktator baru yang menjadi pemerintah bagi negara ini. Kuasa SPR hanya sebagai suruhanjaya yang bekerja menguruskan pilihan raya adil buat rakyat, bukannya senapang Gaddafi yang boleh membuli rakyat sesuka hati. SPR telah menjadi terlalu biadab terhadap demokrasi, perlembagaan dan negara dengan mengambil alih kuasa penentu siapa pemerintah."

Lagi pun, bukankah isu kemudahan perhubungan dan faktor geografi di Sarawak sudah cukup untuk memanjangkan lagi tempoh kempen, sekurang-kurangnya 21 hari seperti dituntut Bersih?

Lebih aneh apabila Aziz cuba mengaitkan dengan corak kempen parti politik di Sibu, yang pastinya ditujukan kepada pembangkang. Dalam pilihan raya kecil Parlimen itu, DAP berjaya merampas kerusi majoriti pengundi Cina berkenaan daripada BN. Najib (yang aktif turun berkempen menabur pelbagai janji dan "ugutan" di sana) dan Taib memang terkedu dengan kemenangan gemilang Pakatan Rakyat itu.

Ia dibimbangi menghasilkan gelombang positif buat pembangkang dalam pilihan raya umum negeri Sarawak yang dijadualkan tidak lama lagi.

Rakyat menyaksikan kempen di sana berjalan baik dan aman. Lalu, mengapa Aziz mahu mempermainkan sentimen pengundi Sarawak terhadap "orang Semenanjung"? Bukankah ada taktik BN yang tersembunyi dalam kenyataan Aziz itu?

Mengenai sentimen kebangkitan Timur Tengah, Aziz sepatutnya menyedari bahaya pilihan raya ala Hosni Mubarak yang nampaknya mula menular di sini.

Rakyat Mesir dan Tunisia turun ke jalan-jalan raya, berdada dengan pasukan keselamatan dan mempertaruhkan nyawa mereka kerana sudah bosan, muak dan marah dengan proses pilihan raya korup sejak puluhan tahun.

Rakyat di Malaysia juga mungkin bangkit "memberontak" jika sistem demokrasi di negara ini turut korup. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat sering menegaskan bahawa mereka tetap memilih untuk melakukan perubahan dengan menukar kerajaan melalui peti undi, dalam pilihan raya yang adil dan bebas.

Saya mengingatkan, sepatutnya Aziz menyedari peruntukan Perkara 114(2) Perlembagaan: "Pada melantik ahli-ahli SPR, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."

Adakah orang seperti Aziz telah mendapat kepercayaan awam? Sekurang-kurangnya bagi saya, beliau belum menepati kriteria yang dijelaskan oleh peruntukan Perlembagaan itu.

Read more ...

First Lady Of Malaysia : Nazri putar belit fakta Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara.

Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

“Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebuah kod amalan seperti yang didakwa, maka saya pasti bahawa isteri Perdana Menteri juga tertakluk dibawah Kod Protokol yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri, dengan mengambil kira beliau hanya sebagai seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Namun, jika demikian, soalnya bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang ‘'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama.

Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah seorang ‘'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia.

“Apakah seorang ‘kakitangan’ juga dibenarkan berkempen dan membuat pelbagai janji secara melampau dengan menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya, yang sehingga kini satu pun tidak tertunai?

“Adakah wujud pula Kod Protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk Isteri Perdana Menteri?” soalnya.

Maka, beliau menggesa agar Mohamed Nazri agar berani untuk segera menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti yang tepat bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.

Read more ...

40 tayar kereta dipancit, kerja puak mana lagi kalau bukan puak tu

Lebih 40 buah kereta dipancitkan malam ceramah Kedah Sejahtera

ALOR SETAR, 13 Mac - Beribu risalah perkauman ditabur di sekitar Stadium Darul Aman dan berpuluh buah kenderaan orang ramai yang hadir mendengar ceramah dipancitkan tayarnya. Begitulah senario malam keempat Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang diadakan di sini.

Ceramah Perdana pada malam ini menampilkan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di dalam Stadium Darul Aman.


Orang ramai yang mahu pulang sebaik sahaja program ceramah berakhir terkejut apabila mendapati banyak kenderaan yang dipancitkan tayarnya. Sehingga berita ini ditulis sekurang-kurangnya 40 buah kenderaan didapati tayarnya dipancitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Kesemua kenderaan tersebut diletakkan di tempat letak kenderaan yang dibenarkan serta tidak menghalang laluan.


Sementara itu Briged Amal dapat mengumpul kesemua risalah politik yang berbaur perkauman sebelum ia sempat teredar secara meluas kepada orang ramai. Antara isi kandungan risalah itu ialah fitnah jahat terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat.


Menurut Encik Shaharudin Omar dari Pokok Sena, beliau terkejut mendapati dua buah tayar kenderaannya kempis sewaktu menghampiri kereta. "Rupanya sederet empat buah kereta berhampiran saya mengalami nasib yang sama," ujarnya.


Orang ramai percaya peristiwa mempancitkan tayar kenderaan dan penyebaran risalah perkauman adalah angkara pihak yang sama.

"Mungkin sambutan hebat rakyat terhadap program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera telah menggusarkan mereka, sehingga tenggelam punca lalu mengarahkan budak-budak jahat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu," ujar seorang pengunjung dari Jitra.

Read more ...

Tiada lagi lompat parti di Kedah

MB yakin wakil rakyat PR tidak lompat parti

http://i.ytimg.com/vi/AuAt6GcRIjM/0.jpgALOR SETAR, 13 Mac : Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menaruh kepercayaan penuh terhadap empat wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR), yang sebelum ini dilanda kontroversi, kononnya akan lompat parti bagi menggulingkan kerajaan PR Kedah.

Beliau berkata selepas tiga tahun bersama dalam PR, pihaknya tidak lagi ragu terhadap kesetiaan mereka, dan yakin insiden ‘memancing’ wakil rakyat PR tidak berlaku.


“Saya rasa sudah tak ada isu pancing-memancing ni. Saya tak ada pula terima aduan daripada mana-mana wakil rakyat PR,” katanya.


Wakil rakyat terbabit, S Manikumar (PKR-Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR-Sidam), Lim Soo Nee (PKR-Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman) pernah menggemparkan Kedah tahun lalu apabila didakwa akan lompat parti.


Berikutan itu, pada 22 Mei 2010, Kerajaan Negeri mengadakan ceramah khas bertajuk, ‘DUN Kedah Bubar?’ di Kompleks Pas Kedah bagi memperjelaskan khabar angin yang bertiup kencang ketika itu.


Dakwaan itu timbul setelah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan PR di Perak akan berulang di Kedah.


Azizan berkata, mungkin parti lawan yang berhasrat mahu memancing wakil rakyat PR tahun ini kehabisan idea untuk memujuk pemimpin terbabit, setelah pujukan mereka tahun lalu tidak membuahkan hasil.


“Saya rasa orang yang nak pancing wakil rakyat saya pun, sekarang dah habis umpan,” katanya berseloroh.


Azizan turut membayangkan kesetiaan wakil rakyat terbabit tidak mungkin tergugat kerana wujud keserasian yang baik dalam hubungan mereka.


“Kalau mereka nak lompat, sudah lama mereka lompat. Tak perlu tunggu sampai tiga tahun. Cukup-cukuplah pilihan raya kecil!,” katanya.

Read more ...

Awas !!! 'Anjing Garang' Umno sudah dilepaskan

Khabarnya, Chua Soi Lek mahu bertemu dengan TGNA bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi di sini

Bukan main garang lagi salakan anjing itu!Umno, tuan si tuan anjing yang sedang menyalak kuat ini tentu gembira dengan perkhabaran tersebut. Semua orang tahu Umno adalah bapa judi di Malaysia ini. Umnolah yang menggalakan pertumbuhan judi hingga ramai rakyat Malaysia kini menjadi kaki taik judi, walaupun judi bukan satu budaya orang-orang Malaysia.

Chua Soi Lek walaupun mengakui judi bukan satu budaya orang Cina , namun tindakan beliau dengan alasan demi kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan, menggambarkan kepada kita bahawa beliau mahu menggalakan judi menjadi kebudayaan masyarakat Cina.

Soi Lek mendakwa kononnya MCA tidak menggalakan masyarakat untuk berjudi, tetapi apa buktinya?Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh MCA bagi mengekang pertumbuhan judi di Malaysia selama ini? Sebaliknya MCA sangat gembira dengan pertumbuhan judi yang semakin pesat pertumbuhannya kerana mendapat restu dari UMNO, bapa judi di Malaysia.

Mana dia Perkasa dan NGO-NGO Melayu lain? Apa ceritanya Ibrahim Ali? Pasal apa mereka ini membisu dalam isu judi di Kelantan?

Umno tidak mahu menggunakan anjing-anjing Melayu ini dalam isu judi sebab itu anjing-anjing ini tidak berani menyalak.Umno sedang gunakan anjing-anjing Cinanya yang begitu taat kepadanya.Umno lebih suka menggunakan anjing-anjing Melayu ini bagi berdepan dengan isu-isu di Pulau Pinang dan Selangor sahaja.Al-Husseyn

Read more ...

Umno gelojoh rampas tanah Melayu - Salleh Embong bekas AJK Umno Bahagian

Rampas tanah rakyat tanpa membayar pampasan

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/sallehembong.jpgKUALA NERUS – Isu tanah telah menjadi isu rakyat kerana kerajaan Umno yang memerintah Terengganu hari ini, semakin gelojoh mengambil dan merampas tanah-tanah orang Melayu.

Persoalan yang timbul ekoran tindakan itu adalah, apakah pertimbangan kerajaan terhadap pengambilan tanah orang-orang Melayu sekiranya kerajaan Umno Terengganu adalah sebuah kerajaan orang-orang Melayu?

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pengambilan Tanah Kampung Banggol Donas, Encik Salleh Embong, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata demikian dalam program Dailog Rakyat di Seberang Takir, dekat sini, Sabtu, 12 Mac

“Kalau betul lah negeri Terengganu dipimpin oleh seorang melayu, yang sememangnya mengamalkan ketuanan Melayu, dimanakah pertimbangan kita untuk tolong orang melayu ?

”di akhir-akhir ini , kerajaan semakin gelojoh dalam pengambilan tanah rakyat, ”katanya ketika berucap pada program Dailog Rakyat di Seberang Takir, Sabtu, 12 Mac.

Katanya, hampir di semua tempat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah telah mendapat bantahan dari rakyat.

Ia berlaku, katanya, disebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan prosedur dilaksanakan dan pampasan yang diberikan oleh kerajaan ke atas tanah yang dirampas.

Pengambilan tanah dengan ‘serta merta’ itu menurut Salleh, kerana kerajaan mengatakan ia adalah satu projek ‘terdesak’.

”Dalam pemgambilan tanah rakyat, kalau dulu dia bagi notis dengan boring A, sampai kepada boring B, bagaimana nak masuk tanah orang, proses pembayaran dan sebagainya,

”sekarang mereka tidak mengamalkan (prosedur) itu semua, sebab katanya projek terdesak,”jelas Salleh.


Beliau menempelak kerajaan Terengganu kerana selalu mengamalkan sikap, melaksanakan projek ‘terdesak’ yang tiada perancangan rapi.


Menurutnya, disebabkan amalan pembangunan ‘terdesak’ tersebut, telah menyebabkan bumbung Stadium Sultan Mizan telah runtuh.

”Keruntuhan berlaku kepada stadium negeri (Sultan Mizan) kerana tidak cermatnya kerajaan negeri yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat,”tegasnya

Beliau menyifatkan pengambilan tanah dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda adalah satu rampasan kerana kerajaan mengambil tanah tanpa membayar pampasan kepada pemiliknya.

Katanya, apabila Pejabat Tanah mengeluarkan ‘borang K’ kepada pemilik tanah, tanpa sebarang bayaran, ia bermakna kerajaan telah merampas ketanah tersebut.

Sedangkan, menurutnya, rakyat dilindungi oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

”Dibawah perkara 13 (Perlembagaan Persekutuan) tidak ada sesiapa yang boleh mengambil tanah hatta (walupun) kerajaan atau orang lain, kecuali di bayar pampas an secukupnya,”tegas Salleh lagi.

Oleh itu, beliau berkata, kezaliman itu tidak patut berlaku kerana menurutnya yang merampas tanah adalah orang Melayu dan yang dirampas adalah tanah orang Melayu.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana projek yang dilaksanakan adalah untuk mendapat wang segera dari pembiayaan ‘Dana Khas’ kerajaan persekutuan.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab tidak hadir ke program Dailog yang diadakan itu.

“Tapi sayang, wakil-wakil rakyat yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini, yang sepatutnya hadir pada malam ini,

”(Dato’ Nasir Ibrahim Fikri) sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, (dan pengambilan tanah) berlaku di Kuala Nerus, sepatutnya beliau hadir,”ujarnyaBO

Read more ...

Gerakan untuk Perubahan buat laporan polis terhadap Taib

Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), pimpinan Francis Siah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

MoCS leader Francis SiahBagaimanapun, pelawaannya pada 4 Mac kepada Taib supaya hadir

di balai polis pusat (CPS), tempat Francis membuat laporan polis, tidak disambut - di mana Taib ataupun wakilnya tidak datang.

Siah (kiri - tengah) mahu Taib datang ke CPS jam 1 tengahari supaya mereka sama-sama membuat laporan polis.

Siah secara rasmi membuat laporan itu pada jam 1.15 tengahnya kepada Koperal Norsiti Raffidah. Beliau juga mengemukakan kompilasi siri laporan yang dipetik dari Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan portal berita.

Siah berkata, kenyataannya akan diambil oleh pegawai penyiasat Inspektor Mohd Enzry, minggu depan.

“Saya membuat laporan polis jenayah pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Read more ...

Ini la sebabnya Umno, Perkasa, GAPS sanggup berdemo tuntut Anwar beri DNA

Amaran Ahli Sains: Bukti DNA Boleh Dipalsukan Dan Diletakkan Di Lokasi Jenayah



Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin - yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu - menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul "DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn" tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

Read more ...

Umno Selangor boleh belanja RM 0.5 juta tapi hutang RM 236 ribu tak boleh bayar

SPRM Digesa Siasat Dana Luar biasa UMNO, YKE
13/03/2011 Share


Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat sumber dana Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) yang memperuntukkan lebih setengah juta ringgit sebagai wang saku untuk pelajar di negeri ini yang menuntut di Mesir.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata siasatan itu perlu kerana UMNO Selangor mempunyai kemampuan menghulur wang yang luar biasa sungguhpun masih berhutang RM236,000 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai tunggakan cukai pintu untuk Bangunan Umno negeri itu.

Faekah menengaskan beliau tidak bermasalah dengan usaha UMNO menabur bakti kepada pelajar- pelajar berkenaan, namun SPRM harus menyiasat kenapa UMNO Selangor tidak melangsaikan hutang MBSA, yang memerlukan dana demi kebajikan dan keselesaan rakyat Selangor.

"Memandangkan 'keupayaan kewangan' UMNO Selangor berada pada paras yang baik, kerajaan negeri Selangor akan turut meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menuntut semua hutang parti itu kepada PBT dalam tempoh dua minggu," ujar Faekah.

Tindakan UMNO Selangor memberi wang saku kepada pelajar yang menuntut di Mesir dibuat setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat meluluskan peruntukan RM2 juta untuk menghantar balik pelajar terbabit ke Mesir setelah keadaan politik di negara Arab itu semakin pulih.

Faekah menegaskan, SPRM harus menyiasat Umno Selangor dan YKE seperti mana badan itu bingkas menyiasat apa sahaja dakwaan yang melibatkan Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk kepada siasatan terbaru, SPRM terhadap tuduhan rambang kononnya Perbadanan Menteri Besar (MBI) membazirkan duit rakyat untuk menjadi tuan rumah kepada perwakilan dari Sabah dan Sarawak yang meninjau pembangunan di Sarawak.

Faekah menambah, sebarang keengganan SPRM menyiasat Umno Selangor dan YKE hanya akan merendahkan martabat badan itu di kaca mata rakyat.

Read more ...

Akbar Pencacai UMNO : Sibangang ni dah mintak maaf


BH Minta Maaf Karikatur Atas 'Ultraman'Walau bagaimanapun, setelah diserang melalui laman Twitter, Pengarang Berita Harian melalui laman web Berita Harian petang ini telah meminta maaf dan memaklumkan pihaknya tidak berniat untuk mempersendakan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun. [ lagi ]
-----------------------------
Wakakak .. !!!
Dah masuk ke CNN baru mengelabah .. .
Kartunis bingai ... editor pun samdol ...
Bangang !
Nak belawak guna la akai .. ekor sama macam tuan .. wakakak !!!
Ps : Tahap Bangang Gaban Editor B.Harian Telah Menjadikan Malaysia Sebagai Negara Paling Bangang Dalam Dunia....TSUNAMI PRU 13 makin hampir.. 1 Dunia kutuk Malaysia......

Read more ...

Demo zahirkan Perkasa dan GAPS adalah Umno

Demo Perkasa, GAPS Bercanggah Prinsip NGO

http://3.bp.blogspot.com/_IZchRFjdzkc/StOud5ieiFI/AAAAAAAADEE/PidEGkI4j1k/s320/UMNO+PERKASA.gifSHAH ALAM 13 MAC: Tindakan Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berdemo di hadapan Ibu Pejabat PKR hari ini tidak berasas sama sekali kerana jauh menyimpang daripada perjuangan kumpulan tersebut yang kononnya ditubuhkan memperjuangkan kebajikan rakyat.

Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mempersoalkan kaitan antara demo anjuran dua kumpulan tersebut mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau dengan kebajikan rakyat secara umumnya.

"Pasal DNA, ini apa benda, apa kaitan mereka dengan isu ini? Apakah kebaikannya dari segi kepada rakyat?

"Saya rasa ini tindakan terdesak kerajaan BN dan Umno untuk menutup keburukan sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat sekarang," tegas beliau.

Beliau berkata, sepatutnya Perkasa dan Gaps berarak mendesak kerajaan menyiasat secara telus dan adil kes-kes kematian seperti Teoh Beng Hock serta berdemo menyiasat kehilangan dana awam yang berjumlah berbilion ringgit dari negara ini seperti yang dilaporkan Global Financial Intergrity (GFI).

Tambah beliau, tindakan ini jelas untuk mengalih pandangan serta tumpuan rakyat daripada isu yang lebih penting iaitu kenaikan harga barang dan penurunan drastik kuasa membeli rakyat.

"Dia (Gaps dan Perkasa) nak beri gambaran kononnya rakyat Malaysia sedang menumpukan kepada isu Anwar dan rakyat Malaysia berarak sama desak Anwar serah DNAnya. Dia (Gaps dan Perkasa) nak heret rakyat Malaysia, diperbodohkan untuk tujuan Umno.

"Ini tidak boleh diterima dan rakyat perlu faham, yang dibuat ini oleh Umno. Umno nak tunjuk, menggambarkan kononnya dia ini mewakili seluruh rakyat Malaysia. Itu salah. Kita bangkang. Saya bimbang nanti ramai lagi rakyat, Malaysia akan bangkit dan berarak ramai-ramai untuk tujuan menuntut kerajaan menyelesaiakn segera isu kenaikan harga barang," kata belia.

Dalam kes fitnah kedua yang dihadapi Anwar, selain dinafikan hak untuk mendapatkan akses kepada beberapa dokumen penting, malah tipu helah juga dikenakan ke atas beliau untuk mendapatkan sampel DNA.

Ironinya penipuan dan ketidakadilan yang dihadapi Ketua Umum PKR itu tidak pula ditentang oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai pembela nasib rakyat Malaysia.

Read more ...

Umno 'mengamuk' di Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/bannerPGU.jpgKUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu berkemungkinan mengalami masalah 'tekanan' dan 'stress' sehingga alergi terhadap kain pemidang dan poster-poster serta ceramah PAS dan Pakatan Rakyat, sehingga menjadi tidak rasional menghadapi situasi politik yang sedang berlaku masakini.

Ketua Penerangan PAS Rantau Abang, Syed Agil berkata ia jelas apabila Umno mula 'meracau' dan mencabut apa saja yan menjadi syiar PAS serta Pakatan Rakyat sejak PAS melancarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

Ketika menghubungi Buletinonline Sabtu, 12 Mac, beliau berkata kain pemidang PGU (gambar) yang diletakkan di dalam DUN berkenaan telah turut hilang

"Selepas solat Jumaat (11 Mac) 'banner' PAS ganti umno yang terletak dalam DUN Rantau Abang telah dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap demokrasi dalam negeri terengganu.dipercayai penyokong umno menjadi dalang tersebut,

"Kemungkinan MB Terengganu yang akan datang ke Dungun menjadi agenda 'Umno-Apco,"tegasnya.

Beliau mengingatkan semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat agar mengambil perhatian dan memerhatikan kain-kain pemidang yang dipasang, khususnya kain pemidang yang berslogankan 'Pas Ganti Umno''.

Rupa-rupanya, pada masa yang agak sama, kejadian mencabut kain pemidang PAS Ganti Umno bukan sahaja berlaku di DUn rantau Abang.

Syed Agil yang turut memuatkan berita kehilangan pemidang PGU di DUN Rantau Abang dalam laman facebook, telah mendapat maklumbalas dari seorang penyokong PAS yang memaklumkan, perkara yang sama turut berlaku dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/dailogpakatanrakyat%20047.jpgYB Umno kecut!

Dalam pada itu, di Sebearang Takir Kuala Terengganu, dua orang wakil rakyat Umno yang dijemput untuk menjadi ahli panel dalam program Dailog Rakyat anjuran Parti Keadilan rakyat Cabang Kuala Nerus tidak muncul pada waktu yang ditetapkan.

Setelah pihak pengajur menunggu sehingga jam 10 malam, program dailog tersebut terpaksa diubah menjadi program ceramah umum.

Ketua Cabang tersebut, Muzafeq Muhammad merasa terkilan kerana kedua-dua pemimpin Umno Terengganu tidak dapat hadirkan tanpa sebarang pemakluman sedangkan surat telah dihantar ke pejabat masing-masing.

"Saya terkilan kerana kedua-dua YB YB Adun Seberang Takir, Razif dan YB Parlimen Dato' Nasir tidak hadir, sedangkan program ini dianjurkan atas kepentingan rakyat yang mahu berdailog secara terbuka dengan pihak kerajaan, yang mereka wakili,"katanya ketika ditemui selepas majlis berakhir.

Menurutnya, apa yang menjadi kekesalan pihaknya, dan Pakatan Rakyat adalah, ada pihak tertentu yang mewakili ADUN tersebut telah menghebahkan di kawasan berkenaan bahawa program dailog tersebut batal.

"Mereka juga berkata, YB Razif tidak hadir kerana tidak ada surat jemputan, sedangkan kita telah menghantar surat kepada-kepada YB Umno itu, dan salinan penerimaan surat tersebut disahkan dengan cop terima oleh pegawai di pejabat kedua-dua wakil rakyat,"jelasnya sambil menunjukkan salinan tersebut kepada pihak media.BO

Read more ...

Himpunan 'PAS Ganti Umno' bakal gegar Besut

Angin perubahan bergerak ke Utara setelah berjaya di Selatan

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/PCPGU2.jpgKUALA TERENGGANU - 'Angin perubahan yang bertiup' bersama kebangkitan rakyat akan membawa program 'PAS Ganti Umno' ke sempadan negeri Kelantan setelah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

PAS Terengganu akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Kedua yang akan di adakan di bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, ia adalah antara usaha PAS yang berhasrat untuk kembali memerintah negeri Terengganu sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004.

Dato' Ustaz Harun Taib berkata, bagi tujuan itu, PAS Terengganu terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat.

‘‘Kita berhasrat dan memang berniat untuk merampas semula negeri Terengganu, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang dijalankan sejak tahun 2004 hingga 2008 , dan 2008 hingga sekarang,

"jadi oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menggempur (menawan) hati pengundi, kita nampak mengikut program PAS Pusat ada satu program yang amat menarik iaitu "PAS Ganti Umno","katanya pada sidang media selepas mesyuarat politik di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu, Khamis 10 Mac.

Menurutnya, kejayaan Himpunan PGU kali pertama menyebabkan Umno 'tergamam' dan tidak dapat berkata-kata apabila melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun menyokong PAS.

"Setelah kita buat ini (PGU Kali Pertama) kita gempur Umno untuk kita lihat reaksi dia, tetapi dia senyap (tergamam) tidak (dapat) berkata apa-apa, tak ada jawapan dari Umno, sebab itu kita kena buat ke sempadan Kelantan, kita rasa disini kita boleh gempur (Umno) sekali lagi,"katanya

Justeru, katanya, PAS akan melengkapkan pusingan membawa kebangkitan rakyat ke seluruh negeri Terengganu dengan menamatkan program PGU sebelum pilihanraya umum yang ke 13.

"Saya lihat ada kebenaran (tentang kebangkitan rakyat) dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, (dulu di Selatan) kita akan buat di Utara termasuk Besut dan Setiu, kita bercita-cita untuk buat (Himpunan PGU) diperingkat Tengah pula, sebagai penyudah atau penamat yang mungkin akan sampai kepada garis (tarikh) pilihanraya (umum) yang akan datang,"tegasnya

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut serta Setiausaha Perhubungan PAS, haji Yahaya Ali.BO

Read more ...

Umno Terengganu 'dok rok',lemah

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/ariffindraman.jpgKUALA TERENGGANU - Pas menganggap UMNO Terengganu tidak mempunyai kekuatan sendiri apabila terpaksa ‘membawa’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggempur kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, beliau percaya jentera UMNO negeri ini sudah tidak berupaya untuk menembusi kubu kuat Pas lalu mengambil keputusan meminta bantuan Najib yang juga Presiden UMNO.

“Biasa Perdana Menteri tidak datang, pilihan raya kecil sekalipun hanya Timbalan Perdana Menteri yang turun padang dan ini memberi gambaran jentera UMNO tidak berupaya hingga terpaksa minta bantuan Pusat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun kata Ariffin, Pas Terengganu tidak pernah gentar atau bimbang dengan kehadiran Najib ke kawasan mereka kerana percaya pengundi di DUN itu tidak akan berubah menyokong UMNO dan BN yang banyak melakukan penyeleweng.

Malah menurut beliau, keyakinan itu juga diluahkan kerana DUN dimenangi Pas terutama Manir, Wakaf Mempelam, Batu Burok dan Rhu Rendang mempunyai kekuatan sendiri yang tidak mudah ditembusi UMNO dan BN.

“Kita tidak bimbang dan takut dengan Perdana Menteri, datanglah kita tidak menghalang kerana selain mempunyai kekuatan sendiri di DUN itu, kita juga percaya rakyat tidak akan berubah kepada BN yang banyak menindas mereka.

“Apa pun, kita percaya perkembangan ini memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah semakin hampir dan kita ada strategi sendiri untuk mempertahankan kerusi kita selain sasaran kerusi milik BN,” katanya.

Najib sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu jentera UMNO Terengganu menggempur kawasan DUN Manir dan Bukit Tunggal pada 30 April ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dua kawasan yang diwakili pembangkang itu dipilih untuk digempur dalam usaha UMNO menakluk kembali dua DUN itu yang jatuh ke tangan Pas pada pilihan raya umum lalu.

Selain dua kawasan itu katanya, DUN lain yang dimenangi Pas iaitu Wakaf Mempelam, Batu Burok, Ladang, Rhu Rendang, Bukit Payong dan Sura juga akan turut digempur menjelang PRU-13 yang diramalkan semakin dekat.
BO

Read more ...