Tuesday, February 14, 2012
PRU 13!!! Mei atau Jun 2012?
TALAM DUA MUKA!!! Najib dan Mahathir sama saja
<--more-->
Sehubungan itu, beliau membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "bersifat talam dua muka" kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.
“Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?” soalnya dalam satu kenyataan media, lewat malam tadi.
Sebagai dalilnya, Saifuddin Nasution berkata Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) tetapi anehnya kehadiran Dr Mahmoud Al Zahar selaku Menteri Luar sah kerajaan Palestin yang dilantik oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah dibelakangkan.
Sebaliknya, menurut beliau Putrajaya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum pilihan raya 25 Januari 2006). Malah, pada persidangan tersebut Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.
“Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili Hamas yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas.
“Hakikat bahawa Hamas menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.
“Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan Fatah yang tewas pilihanraya,” katanya.
Pulaukan NAM
Menurut Saifuddin Nasution lagi, Dr Zahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut.
Beliau kemudiannya menemui pimpinan PAS termasuk timbalan presiden ketika itu Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan BN itu kerana menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan Palestin.
Malahan, kata beliau, Nasaruddin pula kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’
“Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.
“Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihan raya.
“Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?” soalnya.
Najib semalam diminta mengulas kekecewaan dan kebimbangan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh yang disampaikan ketika pertemuannya dengan Nasharuddin, selaku Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia di Kuwait, baru-baru ini berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu.
Pendirian berbeza
Menurut beliau ketua umum PKR itu sering membuat pendirian berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu.
Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan majalah Wall Street Journal (WSJ) dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.
Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.
Malaysiakini
GEMPAR!!! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat?
MAHATHIR HIPOKRIT!!! Berhenti jadi PM, Mahathir mengaku berhenti guna kereta nasional
Inilah dia contoh pemimpin yang hipokrit bin munafik bin talam dua muka....
semasa menjadi PM dulu bukan main lagi seru rakyat guna kereta nasional...
dikerahnya semua Jabatan Kerajaan menggunakan kereta nasional sebagai tanda menyokong barang buatan Malaysia lebih-lebih sebagai tanda sifat patriotik....
dihebohkan supaya ikut contoh rakyat Korea Selatan betapa mereka menzahirkan rasa megah dan bangganya memiliki dan memandu kereta buatan negaranya sampaikan para pekerja distesen minyak disana enggan melayan rakyatnya yang datang dengan jenama kereta buatan luar negara untuk isi petrol...
begitu sekali beliau cuba terapkan semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia...
Apabila beliau turun takhta tahun 2003.. langkah pertama dan utama dilakukannya ialah menghumban semua kereta nasional negara dan guna pakai kereta buatan Eropah dan Jepun...
boleh sanggup kutuk giler babi yang kereta buatan Malaysia langsung tidak berkualiti...
Inilah dia rupa dan perangai bekas Presiden UMNO selama 22 tahun lebih nombor ahli 000000001....
kalau bab ini pun dia bersifat munafik dan hipokrit... lidah bercabang dan berpura-pura dalam kenyataan dan kata-kata....
ikut hukum akal logik sudah pasti benda yang samar-samar tanpa bukti lagi dia kuat menipu dan memfitnah...
SEBAB ITU TUDUHAN LIAR TANPA ASAS DAN BUKTI MENGATAKAN PIHAK AS DAN ISRAEL MAU TUKAR KERAJAAN PUSAT YANG DIPIMPIN OLEH NAJIB RAZAK INI DAN SERAHKAN KUASA KEPADA PR PIMPINAN DSAI SUDAH PASTI FITNAH JAHAT DAN TIPU!!!!
PSSTTTTT... MAKIN TERSERLAH NYANYUKNYA ORANG TUA NI...SAMPAI SANGGUP MENGAKU BENDA YANG PATUT DISOROK KEPENGETAHUAN UMUM.OMAK KAU
NOH OMAR AUTA!!! Jika dah ada bukti berilah kepada SPRM
Noh Omar berkata mempunyai bukti berlaku rasuah dalam perlombongan pasir di Selangor...
Datuk Seri Noh Omar mendakwa beliau mempunyai bukti rasuah oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam pemberian permit perlombongan pasir di Selangor dan mencabar kerajaan negeri untuk membuka siasatan ke atas perkara itu.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor berkata, "Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak perlu berpura-pura dan berbohong kepada orang ramai" kerana beliau mempunyai resit, akuan berkanun bersumpah dan dokumen lain dari kontraktor pasir yang mengadu berlakunya rasuah oleh kerajaan pimpinan PKR-.
"Kami ada bukti. Khalid mahu bukti, yang boleh kita berikan kepadanya, " kata Noh Omar kepada pemberita hari ini.
Isu itu ditimbulkan selepas diri penulis blog pelarian Raja Petra Kamarudin menuduh dua wakil rakyat PKR Selangor menerima rasuah dalam projek-projek perlombongan pasir di negeri ini minggu lepas.
Tetapi kedua-duanya, Suhaimi Shafei (ADUN Sri Muda) dan Amiruddin Shari ( ADUN Batu Caves), telah menafikan dakwaan editor Malaysia Today.
INILAH CONTOH TERBAIK BETAPA PEMIMPIN UMNO BILA BERCAKAP MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT....
MEMBUKTIKAN YANG NOH OMAR ADALAH SALAH SEORANG MENTERI KABINET DALAM KERAJAAN UMNO 1M'SIA PIMPINAN NAJIB YANG PALING BANGANG DAN BAGHAL....
WOIT KAWAN!!!!... KALAU KAMU DAH ADA BUKTI MENGAPA TAK SERAHKAN SAJA KE SPRM....
BAWALAH BERSAMA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BERKENAAN SEKALI KEPEJABAT SPRM....
KAMU INGAT RAKYAT BOLEH DIBODOHKAN KE DENGAN KENYATAAN KAMU INI....
KAMU INGAT SPRM DIBAWAH TELUNJUK PAKATAN RAKYAT KE???...
KAMU INGAT KALAU SUNGGUH ADA BUKTI RASUAH BERLAKU DIKALANGAN PEMIMPIN PR, SPRM NAK MENDIAMKAN DIRI KE?....
MEMANG PATUT PUN....BADAN JER BESAR TETAPI OTAK KECIK MACAM KACANG!!!!OMAK KAU
AHLI SEUMUR HIDUP!!!Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali sertai PAS
KOTA BHARU, 14 Feb: Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas di sini sebentar tadi.
Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.
Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10. Pemimpin PAS Terengganu yang turut hadir meraikan penyertaan Abdullah itu ialah timbalan-timbalan pesuruhjaya, Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.
Abdullah yang juga bekas Pewngurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.
“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.
Abdullah juga turut berhasrat untuk turun berkempen pada pilihanraya umum nanti di seluruh negara sekiranya beliau diperlukan oleh parti.
“Insyaallah saya bersedia turun membantu untuk berkempen,” ujarnya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur dengan penyertaan lagenda bola sepak negara itu untuk menyertai PAS.
Tuan Guru berharap, semoga dengan penyertaan Abdullah Ali akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PAS memandangkan tidak ada sebab rakyat di negara ini menolak perjuangan yang berlandaskan Islam itu.
“Saya benar-benar berbangga dan bersyukur,” ujarnya sambil tersenyum.
Abdullah menyertai ahli PAS seumur hidup dan borang keahliannya diserahkan terus kepada Takiyuddin untuk diurus segera di peringkat PAS Pusat.
“Insya Allah bulan hadapan permohonan ini akan selesai,” ujarnya ketika ditemui pada majlis itu.