Monday, November 5, 2012

NAK BERANAK JE PERGI LUAR NEGARA!!! Buktinya 170,000 ribu pengundi Malaysia lahir di luar negara

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQJnjUZQrJBU58S75Rr_mFqXVT9r7Ac-v97nng_jqEjo_yf0ek5LMlEyQCQUDA2J5xvzBaWSBDJBnf9fN-V-KZtMulaV-vFaRkv3q_u-fj1J4xLAWcTu-Icr2I1qVUWOGipUEk_r2P_Mva/s1600/BABI+BABI+BABI+NEGARA+BARISAN+NASIONAL.pngDalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yang telah di hafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yang sering dilaungkan tetapi tidak dihayati. Saya ingin melagukan syair kasar yang tidak akan menenteramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai.

Surah dan ayat songsang ini ialah tentang PRU13 yang akan dijalankan tidak lama lagi. Bila PRU13 ini akan diadakan saya tidak tahu. Saya bukan nujum. Malah tarikh dan saat PRU13 ini untuk saya tidak begitu penting. Untuk saya tarikh PRU13 bukan surah yang akan membawa kita semua ke jambatan yang lurus.

Apa yang sahih, tarikh PRU13 ini hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Logistik telah tersusun rapi. Semua yang wajib dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada BN telah dilakukan.

Pada hemat saya keputusan PRU13 akan menafikan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh ke tangan United Malays National Organisation. Jelas apa yang saya tulis ini adalah ayat-ayat songsang. Ayat-ayat ‘potong stim’ yang ramai penyokong Pakatan tidak akan bersetuju. Bunyi surah ini amat kasar tetapi inilah hakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.

Ayat-ayat songsang dalam tulisan saya ini bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidak saya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedang berlaku di hadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporan yang saya terima sebagai ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.

Minggu lalu Dr Ong Kian Meng dari Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) bersama 2.0 telah membentangkan laporan terakhir ke Parlimen. MERAP ialah satu badan ilmiah yang membuat kajian tentang daftar pengundi. Laporan dari MERAP ini cukup memeranjatkan. Justeru, dari laporan MERAP inilah munculnya sebahagian dari ayat-ayat songsang yang saya tuliskan di sini.

MERAP telah bertemu dengan 59,000 nama pengundi – saya ulangi lima puluh sembilan ribu – pengundi luar negara. Jumlah ini dikenal pasti kerana dalam senarai daftar nama-nama 59,000 ini menggunakan kod 71. Kod 71 ini bermakna bakal pengundi ini lahir di luar negara. Ada dari Afrika, dari Eropah, Vietnam, India dan dan dan…. Awas, Mat Indon dan Mat Bangla bukan di sini nama mereka tercatit.

Nama 59,000 pengundi dengan Kod 71 ini adalah warga negara Malaysia yang lahir di luar negara. Maka Hairan bin Takjublah kita semua. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya ramai orang Malaysia lahir di Uganda, Kenya, Sweden , Jerman, Qatar dan di Itali.

Kita juga telah membaca dan mendengar surah bagaimana nama-nama pengundi yang amat pelik lagi memelikkan telah ditemui dalam senarai pengundi. Bukit bin Batu. Harimau binti Buaya. Kijang anak lelaki Ular. Jintan binti Bawang. Dubai bin Abu Dhabi. Ini hanyalah contoh nama-nama pelik di mana si ayah atau si ibu ketika mendaftar telah hilang akal lalu menamakan bayi yang baru lahir ini Sungai binti Laut.

Untuk pembaca yang tersenyum membaca nama Ular bin Lipan pasti akan terbahak bahak ketawa apabila diberitahu ada juga pengundi yang namanya “bin”. Dan menjadi lawak seram kerana nama ini bukan ditulis dengan ejaan Koma bin Noktah tetapi dengan simbol ‘.

Lebih memeranjatkan apabila MERAP membuktikan bagaimana satu alamat di Jalan Papan Klang telah didiami oleh 46 orang pengundi. Pelik bin hairan – bagaimana rumah teres ini dapat menampung 46 orang penghuni?

Kalau pun setiap bilik ini ada katil bertingkat-tingkat saya masih musykil dan ingin bertanya ada berapa buah bilik mandi dan tandas dalam rumah teres ini? Justeru saya membuat kesimpulan 46 orang penghuni rumah ini akan tidur tegak berdiri untuk memastikan ada ruang untuk kesemua 46 orang. Untuk berak mereka ke belukar.

Awas! Sikap silaturahim penghuni amat membanggakan. Dalam rumah ini ada Muthusamy, Abdullah, Lim Ah Seng, Gobala, ada Jebeng Bibik, Fatimah dan Maureen Pillay. Inilah contoh rumah Satu Malaysia.

Kes klasik sebuah rumah dengan berpuluh-puluh penghuni ini terjadi juga di Lembah Pantai. Sebuah rumah telah ditemui diduduki lebih dari 20 warga. 

Alhamdulillah, satu lagi contoh Malaysia yang aman permai. Tetapi apabila ditemui lot alamat rumah ini – yang tersergam ialah Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru. Ada 20 pengundi tinggal dalam bilik tol.

Pembaca sering mendengar ‘tuduhan’ tentang Mat Bangla, Mat Filipina dan Mat Indon telah diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Apakah ini ayat-ayat setan? Atau ini surah yang saharah? Mengikut MERAP telah ditemui 170,000 nama pengundi yang berdaftar. Kesemua 170,000 ini adalah pengundi yang dilahirkan di luar negara. Di sini kita temui Bibik, Embak, Jebeng dan Suhail. Mereka semuanya mendaftar dengan kod 71 yang mensahehkan mereka tidak dilahirkan di Malaysia.

Untuk memedaskan lagi tempoyak masam ini – banyak nama-nama ini tidak ada bin atau binti. Hanya ada satu nama sahaja. Tidak diketahui jantan betinanya. Malah banyak nama-nama ini tidak memiliki alamat rumah yang penuh. Contoh yang diberikan oleh MERAP ialah kajian terperinci di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru. Dalam kompang ini ramai Jebeng, Bibik dan Embak yang mendaftar tetapi tanpa alamat rumah dan nama jalan. Yang ditulis hanya Suharto Kampong Majidee.

Surah- surah di atas ini hanyalah sebahagian dari bukti yang telah ditemui oleh MERAP. Ini bukan lagi dongeng atau kesah Haji Desas bin Lebai Desus. Ini sahih dengan fakta dan kajian yang membuktikan ada perancangan untuk menipu dalam PRU13 ini.

Biar saya jelaskan sejelas mungkin. Untuk semua ahli dan penyokong Pakatan mereka wajib sedar bahawa yang mereka lawan bukan parti United Malays National Organisation. Mereka bukan berlawan dengan MIC, MCA atau BN. Penyokong dan bakal pengundi Pakatan bukan melawan polis, raja, Islam atau Perlembagaan Malaysia.

Apa yang dilawan oleh Pakatan ialah satu sistem pemilihan calon yang telah direka khusus untuk menipu. Melawan sistem tipu.

United Malays National Organisation dan konco-konconya telah tidak lagi mendapat sokongan pengundi. Parti ketuanan Melayu ini telah ditinggalkan oleh Melayu sendiri. Tetapi awas. Dalam PRU13 ini nanti United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Hairan?

United Malays National Organisation akan menang dalam PRU13 bukan kerana sokongan rakyat tetapi kerana sistem pemilihan ini telah diatur untuk menipu. Sistem pengundian ini telah disusun khas untuk memastikan penipuan berjalan licin tanpa disedari oleh orang ramai.

Memang betul semua pengundian akan dijalankan dengan mengikut prosedur. Memang tepat semua pengundian dijalankan mengikut peraturan. Tetapi prosedur dan peraturan ini semuanya disusun, semuanya dibuat untuk tujuan menipu.

Contohnya mesin ATM akan mengeluarkan duit sebanyak mana yang kita minta – jika kita memiliki wang simpan dalam bank. Tetapi mesin ATM yang dibuat oleh SPR ini akan memastikan jika kita meminta RM20 maka hanya RM15 akan keluar dan RM25 akan ditolak dari jumlah simpanan kita. Ini bukan satu yang mustahil. Ini penipuan. Sistem penipuanlah yang didakwa sedang disusun oleh SPR.

SPR ini bukan hanya dikepali oleh anggota ahli parti United Malays National Organisation. Sistem pengudian tipu yang disusun SPR ini telah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendaftran Negara, PDRM, Majlis Keselamatan Negara dan United Malays National Organisation.

Contoh penipuan yang paling senang untuk difahami ialah pengunaan dakwat kekal. Di negara-negara lain, biasanya sesudah mengundi maka si pengundi akan mencelupkan jari ke dalam botol dakwat.

Kunci ayat songsang ini ialah – SESUDAH. Tetapi dalam sistem SPR Malaysia jari tidak dicelup ke dakwat kekal tapi hanya dicalit halus. Untuk terus menipu calitan halus ini dibuat SEBELUM memangkah.

Kenapa calit dakwat sebelum memangkah? Ini untuk memastikan akan banyak undi rosak terpalit dakwat hitam. Undi rosak ini pastilah undian untuk Pakatan. Penipuan guna dakwat hitam ini diteruskan untuk apa yang dikenali sebagai pengundi awal. Sebelum ini tidak wujud pengundi awal ini. Siapa pengundi awal ini?

Pengundi awal ialah pekerja SPR di hari membuang undi. Dulu ada 100,000 – kini ditambah untuk menjadi 240,000 – saya ulangi dua ratus empat puluh ribu pengundi. Di katakan mereka akan mengundi awal tetapi tidak diketahui seawal mana? Lima hari? Tujuh hari atau tiga hari? Lagi awal mengundi lagi baik kerana tanda telah lama hilang. Mereka boleh mengundi beberapa kali lagi.

Surah dan ayat-ayat syaitan di atas membuktikan bahawa apa yang dilawan oleh Pakatan bukan parti politik. Yang dilawan ialah satu sistem pemilihan yang dibentuk dan direka khas untuk menipu. Sistem penipuan ini diwujudkan untuk memastikan United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Itu saja ayat songsang? Tidak ada lagi minggu depan.

Hishamuddin Rais

Read more ...

BUKAN KURANG RAKYAT TAPI PENGUNDI BN!!! Ribuan warga Myanmar diberi kerakyatan di stadium

SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.


Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

Barangkali pendedahan ini akan merungkai kisah penempatan orang-orang Myanmar yang telah diberi kerakyatan di kawasan Parlimen Pekan, Pahang untuk menyelamatkan karier politik Najib Razak.

Penduduk kampung ini dipercayai telah diberikan hak kerakyatan dan diarah untuk mengundi Barisan Nasional di parlimen tempat Najib Razak bertanding rujuk sini [Pemuda Sarawak]


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/ribuan-warga-asing-myanmar-terima.html#ixzz2BOdSIVlx

Read more ...

KAJIAN UM!!! Pengundi BN merosot disebab integriti buruk pemimpin




 Meremehkan soal integriti menyebabkan prestasi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dijangka bakal mengalami kemerosotan.

Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya (UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti buruk pemipin Umno-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti itu dalam pilihan raya nanti.


Kajian yang dijalankan dari 1 hingga 16 September itu juga menunjukkan
60 peratus responden percaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan menjadi isu duri dalam daging kepada Umno menjelang pilihan raya nanti.

Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi Umno-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation (NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan mengurangkan kadar jenayah.


Kajian yang melibatkan seramai 1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka, percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap Umno-BN.


Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan media terhadap ‘kelemahan’ negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang mendapat kepercayaan masyarakat.

 
“Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa,” menurut ringkasan laporan kajian tersebut.

Dalam isu sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut, menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang nanti.


“Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.


“Ianya bukan soal Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah,” katanya kepada TV Selangor.

Read more ...

SPRM TUNGGU APA LAGI?!!! "Saya bawa duit RM 2 Juta dalam tong, hantar ke rumah MB Kedah." -Lim Teo Huat




Seorang pengusaha udang harimau, Lim Teo Huat mengakui bahawa beliau yang membawa duit tunai dalam tong ikan sebanyak RM2 juta (sebahagian dari keuntungan jualan udang) ke rumah Menteri Besar Mahdzir Khalid. Peristiwa itu berlaku sewaktu hampir dengan PRU12 lalu.

Lim terbabit dengan syarikat yang disubkan kerja penternakan udang oleh Kedah Agro Industrial Marketing Sdn Bhd (KAIMSB). Beliau sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis atau SPRM jika disiasat berhubung isu kehilangan duit keuntungan projek udang Kerpan pada tahun 2007.

"Saya mesti cerita betoi-betoi punya, buat apa saya mau bohong untuk selamatkan orang lain... tak pasai-pasai saya 'masuk dalam' depa (penyonglap) dok syok kat luaq..." kata Lim penuh keberanian.Kedah La

Read more ...

RAKYAT MISKIN, DHAIF!!! Bukan di Kelantan tapi di Parlimen Pekan

Apa la nak jadi.

Korang baca la sendiri apa yang terpapar kat paper bawah neh. Nama jek wakil rakyat. Tapi tak guna satu sen pun. 


Rekod., yang menjadi wakil rakyat kat kawasan neh juga menjawat jawatan tertinggi oke. Bukan calang2 orang. Orang itu hebat dan mempunyai jawatan yang sangat2 hebat juga. Tapi dia tue.. hish.. buat malu aku jekkk..


kah kah kah




Sebagai seseorang yang dah lama gile minta kerja dengan najib iaitu mahu menjadi penasihat najib, berita di atas neh aku boleh sifatkan sebagai memalukan. Kawasan di atas neh kawasan dalam parlimen pekan oke. Kawasan under najib. Apa la nak jadi dengan ko najib. Tak tepati janji sungguh. 


Depan tv kemain ko kutuk pr itu pr ini. Kelantan itu kelantan ini. Macam2 kan bn cakap kat negeri2 under pr. Miskin la haprak takde tak jaga rakyat la tak buat kerja la takde pembangunan la kelantan terdaif la.. apa la..


Ingatkan bila kutuk2 orang mestilah kawasan2 yang ko jaga confirm terbaikkk. Tapi rupa2nya janji dicapati. TIpu jek lebih. Blah la lue najib.


kah kah kah


Sumber : sini

ameno world

Read more ...

ISU NAZRI AZIZ!!! Sebelum Mahathir bersuara, Najib kena bertindak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgS8xWbRPgNtoiP98sldETmGAxgg3FijeHqKND4Gmx0nKrRMWAfPIsKuVhLEtvPUQOP7g03O4CTB2HWvMRIlhCSgrSDAa1ppUD6T_7_Bp9sDVppMNw-Q5KvsUMaqiA_9JRt3uzux1EAybwg/s320/mahathir-mohd-nazri-aziz.jpgIsu yang melibatkan Nazri Aziz, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, Parlimen dan SPRM dengan usahawan balak Michael Chia, terus memanaskan suhu politik negara dengan pelbagai pendedahan baru hari demi hari.

Isu ini bermulanya dengan jawapan Nazri di Parlimen berkaitan Michael yang pernah ditahan di Hong Kong kerana membawa wang tunai RM40 juta yang didakwa untuk diberikan kepada Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Jawapan Nazri di Parlimen yang menyebut Michael tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan kerana wang itu sebenarnya adalah untuk diberikan kepada UMNO Sabah, bukannya Musa Aman secara peribadi, akhirnya mengundang petaka yang tidak berkesudahan.


Jawapan Nazri itu, dan kemudian diikuti dengan kenyataan Najib pula bahawa tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana parti politik menerima sumbangan, walaupun dilihat cuba membersihkan Musa Aman dan Michael Chia namun kekotoronnya berpindah pula kepada Nazri kemudiannya.


Sebelum itu Suaram diserang dengan dakwaan menerima wang daripada Soros tetapi dengan pengesahan Najib bahawa parti politik dibolehkan menerima wang sumbangan, bahkan UMNO Sabah sudah pun menerima RM40 juta, ludahan UMNO ternyata memercik ke muka sendiri.


Kekotoran yang cuba dibersihkan daripada Michael Chia dan Musa Aman mulai berpindah kepada Nazri berikutan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin bahawa Nazri didakwa telah menerima sejumlah wang daripada Michael Chia dan pemberian seebuah kereta mewah untuk kegunaan keluarganya.


Walaupun Nazri kemudiannya menafikan dakwaan Raja Petra itu tetapi ia kembali panas apabila Rafizi kemudiannya mendedahkan maklumat bergambar berkaitan sebuah kereta mewah jenis Hummer yang didakwa kepunyaan Michael Chia tetapi digunakan oleh anak lelaki Nazri, Mohd Nedim.


Nazri kemudiannya tidak menafikan perkara itu tetapi menyifatkan ianya urusan antara anaknya dengan Micahel Chia dan perlu ditanya kepada anaknya. Dalam masa yang sama Nazri juga mengakui Michael Chia adalah kenalan rapatnya.


Dengan langkah terbaru Rafizi melaporkan kepada SPRM kaitan hubungan Nazri dan anaknya dengan Michael Chia serta isu wang RM40 juta sebelum ini, Nazri kini menjadi sasaran panas lampu sorot pembangkang menjelang pilihanraya umum akan datang ini.


Soal sama ada Nazri bersalah atau tidak bukanlah menjadi isu penting tetapi intergriti kerajaan dan pemimpin UMNO sekali lagi diragui umum. Selepas Shahrizat yang dikaitkan dengan isu lembu NFC, isu melibatkan Nazri ini sekali lagi menghenyak reputasi UMNO sekaligus menguji wibawa Najib selaku Perdana Menteri.


Jika dalam isu Shahrizat, kelambatan Najib bertindak dan membiarkan pendedahan demi pendedahan dibuat melalui media sehingga hampir menjahanamkan nama baik UMNO dan Najib sendiri, isu Nazri ini juga jika dibiarkan pasti memberi kesan buruk yang serupa.


Dalam suasana pilihanraya hampir tiba dan persepsi harus dikawal, meletusnya isu Nazri ini tidak lebih bakal menjadi beban baru kepada UMNO dan Najib jika dibiarkan menjadi perbicaraan di media.


Nazri, seorang peguam dan memang diakui petah berhujah. Logik bicara dalam setiap perkara sentiasa ada. Tetapi dengan pelbagai pendedahan yang dibuat terhadap diri dan anak lelakinya, persepsi umum terhadap beliau sudah sukar diperbaiki. Jika dibiarkan ia pastinya melarat dan memburukkan sama nama UMNO serta Najib.


Walaupun Nazri cuba bersilat dan berhujah, persepsi umum ialah tidak mungkin Michael Chia memberikan kereta mewah itu kepada Mohd Nedim jika dia bukan anak Nazri.


Jika dalam isu Shahrizat, Nazri pernah meminta Shahrizat memulangkan kembali wang RM250 juta yang menjadi isu itu, kini giliran Nazri pula membuktikan keikhlasannya sebagai pemimpin.


Beliau perlu melakukan sesuatu untuk membersihkan namanya, nama UMNO dan nama kerajaan. Mungkin beliau perlu mengambil cuti bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap diri dan keluarganya. Dan dengan Rafizi akan berlepas ke Hong Kong minggu depan untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang penahanan Michael Chia, adalah dijangka lebih banyak maklumat baru akan terdedah.


Dan isu yang melibatkan Nazri ini tentunya akan terus memeningkan kepada bossnya sendiri, Najib Razak. Dengan pelbagai isu sedia ada sudah cukup memeningkan Najib, isu Nazri ini tentu menyebabkannya migrain pula.


Jika Nazri tidak mahu berkorban atau mengambil cuti, Najib pastinya akan didesak untuk mengambil sesuatu tindakan pula. Wibawa Najib sekali lagi akan diuji. Pengajaran daripada isu lembu NFC yang melibatkan Shahrizat akan dijadikan asas serta hujah untuk memaksa Najib bertindak lebih pantas sebelum keadaan menjadi bertambah parah.


Dalam masa yang sama, umum juga tentunya menunggu komen Tun Mahathir mengenai isu Nazri ini. Sejak Mahathir bersara pada 2003, Nazri sudah menjadi musuh tidak rasmi kepada Mahathir terutama dalam kritikannya kepada Pak Lah dulu. Sebagaimana dalam isu AP yang melibatkan Rafidah Aziz dan NFC yang melibatkan Shahrizat, pandangan Mahathir dalam isu Nazri sudah boleh dijangka arah tujunya.


Dalam hal ini Najib perlu menangani isu Nazri ini sebelum Mahathir bersuara. Jika selepas Mahathir bersuara, yang sudah boleh diagak tidak akan menyebelahi Nazri, kesannya tentu terkena kepada Najib juga.


Najib sekali lagi akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah, tidak tegas dan kurang berwibawa.


Meletusnya isu Nazri Aziz ini tidak lain menunjukkan kepada umum satu lagi bukti bahawa pemimpin UMNO tidak mungkin akan berubah walaupun laungan perubahan itu diucapkan saban hari. Persepsi rakyat berikutan meletusnya isu ini hanya menambahburukkan lagi wajah UMNO dan para pemimpinnya. Harapan UMNO untuk mempertahankan kuasa dengan pemimpin yang sedia ada, tampak menjadi semakin sukar.


Sementara harapan untuk menang dengan bergaya semakin pudar berikutan pelbagai isu dan kemelut yang muncul silih berganti, tetapi wibawa dan keberanian Najib dalam menangani isu Nazri ini tetap dituntut kerana kegagalan berbuat demikian hanya akan menyebabkan kekalahan yang lebih parah bakal diterima. ( SH 05/11/2012)

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Muslimat PAS Parit Buntar anjur Cakna Rakyat dekati masyarakat

PARIT BUNTAR, 5 Nov. : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar terus mengorak langkah mendekati masyarakat dengan mengadakan program Cakna Rakyat di perkarangan Markas MTD Kuala Kurau, Jalan Pantai

Naib Ketuanya Norijan Omar berkata, program Cakna Rakyat itu adalah kesinambungan kepada program PAS Parit Buntar untuk mendekati rakyat yang diadakan di beberapa tempat dalam kawasan Parlimen Parit Buntar.

 “ Seawal jam 8.30 pagi, orang ramai sudah mula membanjiri tapak program. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pimpinan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dan ucapan perasmian oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
“ Sebaik sahaja upacara perasmian berakhir, orang ramai disajikan dengan persembahan harmoni dan bertenaga pelajar Pasti Al Mu’tasim Jalan Terusan.”katanya
 
Norijan berkata, pelbagai acara yang membabitkan penyertaan kaum wanita, remaja dan kanak-kanak telah diadakan.
 
“ Antara acara kanak-kanak ialah corak bentuk plastesin, kolaj, , tiup belon, sambung straw dan isi air dalam botol.
 
“ Manakala acara kaum wanita dan remaja pula ialah masakan berasaskan pisang, gubahan bunga, mewarna dewasa, boling kelapa dan balingan kasih“ katanya
 
Menurutnya, khidmat kesihatan percuma juga diberikan kepada penduduk setempat disamping kaunter jualan yang dibuka sepanjang program
 
“ khidmat kesihatan percuma yang ditawarkan menjadi tumpuan penduduk yang ingin mengetahui tahap kesihatan mereka.

“ Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan meliputi ujian tekanan darah, ujian glukosa,berat badan unggul dan kaunseling kesihatan” katanya
 
Katanya, cuaca yang baik memberi peluang orang ramai untuk terus memberi komitmen bersama-sama sehingga ke akhir program.
 
“ Acara berakhir kira-kira pada jam 1.00 tengahari dengan upacara penyampaian hadiah untuk semua acara yang dipertandingkan.

“ Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan beberapa orang pimpinan PAS Parit Buntar” katanya

Perasmian oleh Ahli Parlimen Parit Buntar

Ucapan aluan Ketua Muslimat PAS Parit Buntar

 
Persembahan pelajar PASTI AL- Mu'tasim

 
Masakan berasaskan pisang

 
Gubahan bunga hidup

Mewarna dewasa

Boling kelapa

Balingan kasih

 
Kolaj

 
Mencorak bentuk plastesin

Tiup belon

Khidmat kesihatan jadi tumpuan orang ramai

Orang ramai yang hadir

YDP PAS Parit Buntar menyampaikan hadiah

Read more ...

TERKINI!!! PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri




Berikutan pendedahan KEADILAN mengenai hubungan rahsia antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz dengan jutawan balak Sabah, Michael Chia, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebentar tadi membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak kertas siasatan dibuka terhadap Chia dan ketua menteri Sabah, Musa Aman.

Rafizi sendiri akan terbang ke Hong Kong minggu depan bagi meminta kertas siasatan yang didakwa sudah ditutup oleh badan anti rasuah negara itu, Independent Commision Against Corruption (ICAC) seperti yang didakwa Nazri.


Nazri kini didesak bercuti dari kabinet oleh Rafizi, selepas melaporkan dakwaan bahawa menteri itu mempunyai kepentingan melibatkan siasatan derma politik kepada Umno Sabah sebanyak RM40 juta.


Minggu lalu, menteri de facto undang-undang itu mengakui secara peribadi mengenali Michael Chia - orang tengah yang "mengeksport" wang RM40 juta "derma" dalam bentuk matawang dolar Singapura kepada Umno Sabah - tetapi menafikan sebarang konflik kepentingan dalam pembelaan dakwaan lelaki itu di Parlimen, telah tidak disiasat dan seterusnya dibersihkan atas dakwaan rasuah.


Nazri menegaskan bahawa beliau telah tampil untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan kaitan yang didakwa terhadap Musa kerana ia adalah tugasnya sebagai menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.


Tetapi Rafizi berhujah hari ini bahawa kedudukan Nazri sebagai menteri undang-undang menimbulkan konflik kepentingan dalam siasatan komisen oleh SPRM sebagai agensi yang terletak di bawah pengaruh dan bidang kuasa beliau.


Rafizi kepada pemberita hari ini sebelum menyerahkan laporan dengan SPRM terhadap Nazri bahawa dakwaan konflik kepentingan yang melibatkan kedua-dua siasatan "derma politik" RM40 juta yang diterima oleh Umno Sabah, dan pautan antara Nazri dengan Chia melalui anaknya, Nedim.


"Tidak seperti Shahrizat (Abdul Jalil) sebelum ini, Nazri sendiri bertanggungjawab penuh terhadap SPRM," kata Rafizi lagi.


Pada sidang media berasingan minggu lepas, Rafizi telah mendedahkan hubungan antara keluarga Nazri dan Chia melalui bukti bergambar yang menunjukkan bahawa anak Nazri, Nedim, telah telah menggunakan sebuah kereta mewah, Hummer 4WD bernilai hampir RM500,000 dengan nombor pendaftaran WNX 9776 kepunyaan ahli perniagaan Sabah itu.


Chia telah baru-baru ini dibersihkan dari dakwaan rasuah yang melibatkan Musa selepas pihak anti rasuah tempatan dan Hong Kong dilaporkan bahawa RM40 juta itu telah dituduh cuba untuk menyeludup ke Malaysia adalah satu "sumbangan politik" kepada Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.



Menurut laporan sebelumnya, Chia telah ditangkap di Hong Kong pada 2008 kerana cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia. Pada masa itu, beliau dilaporkan telah memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu milik Musa, menyebabkan mereka memulakan siasatan terhadap kedua-dua lelaki tersebut.


Rafizi telah menegaskan minggu lalu bahawa Nazri, yang baru-baru ini mengisytiharkan dirinya "menteri undang-undang No 1 ", mungkin bersalah kerana rasuah kerana beliau telah menjadi menteri tunggal yang memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah.


Dengan mengumumkan Musa tidak bersalah, Rafizi menjelaskan, Nazri telah membersihkan Chia juga, walaupun gagal untuk menyediakan butir-butir siasatan terpeinci terhadap kedua-dua lelaki itu, sama ada oleh SPRM atau Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong.

Read more ...

HINA SULTAN JOHOR!!! Inikah komen di Facebook yang menyebabkan seorang pemuda direman?



Lagi sekali, kecoh satu negara dengan kes penghinaan kepada Sultan.

Kali ini seorang lelaki berumur 27 tahun bernama Ahmad Abd Jalil ditahan untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
 
Desas-desus mengatakan kes ini berkaitan dengan facebook seorang yang bernama Zul Yahya tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Untuk kes seperti Zul Yahya ini memang patut dihukum kerana ini adalah suatu bentuk penghinaan terlampau.

Begitu juga dengan kes Aduka Taruna, walau pun ada segelintir penyokong Pakatan Rakyat menganggap pemuda ini sebagai wira, tapi admin tetap mengatakan tulisannya yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Johor adalah suatu bentuk penghinaan melampau.

Contoh-contoh di atas adalah penghinaan yang sememangnya layak untuk dihukum.


Admin juga sama sekali tidak bersetuju dengan pelakuan yang tidak melambangkan ketamadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa yang menjijikkan kepada Raja-raja Melayu dan pemimpin.

Selain daripada contoh penghinaan terlampau terhadap Raja-raja seperti di atas, kes memijak gambar Najib Razak, kencing gambar YAB Menteri Besar Kelantan dan kes-kes seumpamanya juga tidak boleh diterima.

Tanpa mengira ideologi dan anutan politik, ini adalah sifat-sifat yang memalukan lagi memualkan dan tiada langsung melambangkan sikap Melayu yang bersopan santun, padahal ke hulu ke hilir bercakap pasal perjuangan Melayu dan Islam, tidak kira sama ada, UMNO, PAS atau PKR!

Persoalan cepu mas yang admin mau lontarkan ialah:-
adakah komen YB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin mengenai pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1 adalah suatu bentuk penghinaan?

Jika tanya admin, sudah pasti admin jawab tidak, ianya menjadi hirok pikok dan gegak gempita bila adanya segelintir juak-juak UMNO mengambil kesempatan cuba mengheret Institusi Raja dengan membuat laporan polis kononnya YB Ir Nizar menghina Sultan Johor sedangkan tiada terungkai pun niat dan kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai menghina Raja?

Begitu juga komen mantan Mufti Perlis ditwitternya..


Adakah komen Dr. Asri seperti di atas  juga dianggap satu penghinaan kepada institusi beraja?.. Sudah pasti tidak!!!!!
 

Suka admin ingatkan, Institusi Beraja itu memang dihormati oleh rakyat. Itu antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, tetapi tidak membawa erti ianya tidak boleh ditegur.
 
Nak tegur pun kena ada adab dan caranya..Gunakan bahasa yang sopan, sesuai sebagai manusia yang bertamadun.
 
Tidak perlu mengunakan bahasa kesat dengan memaki hamun. Beri alasan yang munasabah yang boleh diterima akal supaya rakyat boleh memahaminya sambil Raja tidak terguris hati dan perasaan.
 

APA-APA PUN DIHARAPKAN PIHAK BERWAJIB DAN BERKUASA YANG MENJALANKAN SIASATAN, JALANKAN AMANAH DENGAN TELUS DAN ADIL.
 

KEPADA PARA BLOGGER YANG AMAT GEMAR MENULIS KISAH SENSASI MENGENAI INSTITUSI BERAJA, SUPAYA KAWAL TULISAN JANGAN MELEPASI GARISAN YANG BOLEH DITAKRIFKAN SEBAGAI MENGHINA RAJA.OMAK KAU

Read more ...

MUHYIDDIN KATA MERIAH!!! Sekiranya Presiden PAS tidak bertanding Zaid Ibrahim akan menentang Najib di Pekan



"Bagi perdana menteri lagi ramai lebih meriah," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas hasrat mereka yang mengumumkan untuk berdepan dengan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam piliha raya umum akan datang.

"Apapun ini proses pilihan raya umum. Tak penting buat komen. Perkara disebutkan (oleh) orang politik kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi," katanya dalam sidang media pagi ini.



Muhyiddin merujuk kepada hasrat Presiden Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan mahu menentang Najib di parlimen Pekan yang diwakili perdana menteri sekarang.

Pengumuman itu menyusul selepas sokongan Mursyidul Am PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk Pekan.

Bagaimanapun, Zaid berkata beliau akan berbuat demikian sekiranya Abdul Hadi membatalkan hasratnya itu.

http://www.malaysiakini.com/news/213477

Read more ...