Berucap pada ceramah penerangan isu-isu terkini pilihan raya kecil Hulu Selangor anjuran PAS kawasan di Kampung Paya Kecik, semalam, beliau menjelaskan isu moral calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim sengaja dimainkan Umno bagi mewujudkan suasana serangan balas terhadap isu moral kumpulan Najib yang sekali gus akan menjatuhkan maruah Presiden Umno itu.
“Kita tahu ada perebutan kuasa antara Najib dan Muhyiddin dan kita tahu ada usaha untuk menjatuhkan Najib lebih awal. Pendedahan isu akhlak sengaja dimainkan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor yang diketuai Muhyiddin Yassin,” katanya.
Katanya, mereka sengaja mahu isu akhlak dibangkitkan kerana sedar pihak Pakatan Rakyat akan menyerang balas akhlak pemimpin Umno terutama Najib dan kumpulannya.
”Apabila menyebut soal akhlak, nak tak nak, kita akan menyebut soal Najib. Nak tak nak, orang akan menyebut pemimpin Umno yang kena tangkap basah di Port Dickson, nak tak nak, orang menyebut soal Altantuya dan nak tak nak, orang akan menyebut soal ada menteri yang minum arak bersama isterinya,” ujarnya lagi.
Menurutnya, apabila Pakatan Rakyat mendedahkan perkara itu, kumpulan Najib akan menerima kesan buruk bagi perebutan jawatan di dalam Umno.
“Sebab itu, isu akhlak ini merupakan perancangan jauh Muhyiddin menggunakan pilihan raya kecil Hulu Selangor menjatuhkan maruah Najib dan konco-konconya,” katanya.
Tuesday, April 20, 2010
Isu arak dan judi : taktik Muhyiddin jatuhkan Najib
Pemimpin Umno lebih teruk kaki arak, taik judi
PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.
Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.
"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.
"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.
"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.
"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.
Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.
Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.
"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.
"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.
Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.
Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.
"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.
"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.
Anak Nizar rasmi mesyuarat agung
PARIT BUNTAR , 20 April : Anak perempuan bekas Menteri Besar Perak Nur Fathihah Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar yang dihadiri 170 perwakilan dan pemerhati dari seluruh cawangan PAS di Parit Buntar
Nur Fathihah dalam ucapan perasmiannya menyeru Dewan Muslimat PAS mempelbagaikan aktiviti bersama masyarakat dan sentiasa mendepani setiap isu yang berkaitan wanita.
“ Pelbagai aktiviti yang melibatkan remaja dan wanita muda perlu diatur bagi menarik minat golongan ini mendekati Dewan Muslimat PAS.
“ Saya berkeyakinan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar mampu bergerak aktif seiring dengan muslimin di dalam jemaah” katanya
Fathihah berkata, PAS telah melahirkan muslimat yang mampu memberi manfaat dan menjadi contoh yang baik dalam penghayatan Islam kepada semua golongan masyarakat.
" Dewan Muslimat PAS mesti turun ke gelanggang masyarakat yang sebenar iaitu kesemua peringkat dari golongan pelajar hingga ke warga emas. “ Dewan Muslimat PAS perlu bersiap sedia dalam menghadapi dunia realiti yang begitu mencabar pada masa kini. " katanya. |
Katanya, kini sudah diketahui ramai, dalam PAS terdapat ramai cerdik pandai termasuk dalam Dewan Muslimat sendiri yang bersama-sama membantu perjuangan parti.
"Maka di sini saya berharap, marilah kita melaksanakan amanah Allah dengan bergabung tenaga, orang-orang lama yang berpengalaman dan generasi baru yang sedia membantu memberi bimbingan sebagai mata rantai yang terus menerus melaksanakan amal makruf nahi mungkar,” katanya.
Beliau merakamkan sekalung ucapan tahniah di atas pencapaian Dewan Muslimat PAS Parit Buntar yang kini dilihat telah bergerak ke hadapan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Turut hadir semasa majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah Harun Haji Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan Ahmad Azhar Haji Sharin Naib Yang Dipertua PAS Parit BuntarNazri 'kurang ajar'
SHAH ALAM, 20 April : Inkues Teoh Beng Hock bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai “kurang ajar” kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand 'pembohong'.
Karpal (kiri, berkerusi roda), yang mewakili keluarga Teoh, minggu lalu mengemukakan permohonan bagi mendakwa Nazri menghina mahkamah berhubung kenyataannya itu. Hari ini juga menandakan ulang tahun ke-31 Teoh jika beliau masih hidup. -malaysiakini-
"Ini adalah kesalahan yang serius kerana beliau cuba campur tangan dan pelaksanaan keadilan,” Karpal memberitahu inkues.
"Menteri itu 'bermulut besar' dan ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan yang tidak bertanggung-jawab itu.”
Semasa disoal di Dewan Rakyat, semalam, Nazri bertegas mempertahankan kenyataannya itu.
Kornoner Azmil Muntapha Abas akan memutuskan pada 26 April ini sama ada akan mendengar permohonan Karpal bagi mendakwa Nazri atas tuduhan menghina mahkamah.
Pada perbicaraan hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor memaklumkan inkues bahawa pihaknya telah menulis surat kepada Kementerian Undang-undang Thailand pada 13 April lalu memohon kehadiran Pornthip bagi memberi keterangan.
Inkues juga dimaklumkan bahawa Kementerian Undang-undang Thailand telah memberitahu kerajaan Selangor dalam sepucuk surat bertarikh 8 April yang Pornthip tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugasan lain.
Bagaimanapun kerajaan Selangor belum menerima surat itu.
Menurut Malik, beliau juga tidak dapat mengesahkan sebab sebenar Pornthip tidak dapat hadir memberi keterangan.
Pada 11 April lalu, Pornthip (kiri) berkata dia tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung semula kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.
Pornthip memberitahuMalaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.
Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.
Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.
Di luar perkarangan mahkamah, pemuda DAP juga menghadiahkan keluarga Teoh dengan kek dan bunga bagi meraikan sambutan itu mengikut tradi masyarakat Cina.
Mendapatkan keadilan untuk Altantuya
KUALA LUMPUR 20 April : Tindakan Suaram memohon bantuan tiga peguam kanan Perancis bagi menyiasat dakwaan rasuah dalam urusan jualbelia kapal selam Scorpene adalah berdasarkan kepada prinsip membela hak asasi rakyat Malaysia dan juga Perancis berhubung skandal membabitkan berbilion rinbggit ini.
Pengarah badan pembelaan hak asasi di Malaysia itu, Dr Kua Kia Soong berkata tindakan itu diambil bagi menuntut keadilan bagi Altantuya Shariibuu, rakyat Malaysia dan Perancis di mahkamah Perancis memandangkan mahkamah Malaysia gagal menjelaskan pembunuhan kejam Altantuya dan mengapa beliau dibunuh.
"Walaupun dua pengawal peribadi Perdana Menteri telah didakwa, motif pembunuhan tersebut tidak dibuktikan di mahkamah Malaysia.
"Kami percaya bahawa ada banyak lagi perkara mengenai pembunuhan Altantuya dan apa yang menjadi persoalan terhadap jumlah besar komisen berjumlah RM4.7 bilion berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene. Ini menimbulkan persoalan serius kepada rakyat Malaysia dan juga Perancis," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media semalam.
Beliau menegaskan skandal rasuah Scorpene juga menjadi perhatian pembayar cukai Perancis kerana melibatkan konglomerat pertahanan terbesar Perancis, DCN, serta anak syarikat DCN, Armaris yang menghasilkan kapal selam Scorpene yang telah kesemerata dunia termasuk Malaysia.
Isu pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd sebagai bayaran "koordinasi dan sokongan perkhidmatan" untuk transaksi kapal selam telahpun di bawa ke Parlimen.
Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak Baginda, penasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Isteri Baginda pula, Mazalinda merupakan pemegang saham utama dalam syarikat ini. Perimekar ditubuhkan pada 2001, iaitu beberapa bulan sebelum penandatanganan kontrak untuk pembelian kapal selam berkenaan.
Perjanjian kapal selam yang dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan tidak pernah dibawa ke mahkamah selama perbicaraan pembunuhan dijalankan yang menyaksikan pendakwa, peguambela dan hakim bagi memastikan nama Najib tidak disebut dalam perbicaraan yang dijalankan.
"Suaram berharap sistem kehakiman Perancis akan mengungkap lebih dari apa yang gagal untuk disampaikan setakat ini oleh sistem kehakiman Malaysia dan akan membawa keadilan kepada keluarga Altantuya serta memaksa Kerajaan Perancis dan Malaysia bertanggung jawab terhadap rakyat mereka mengenai isu skandal kontrak kapal selam berkenaan," kata Dr Kua lagi.
Umno cuba ganggu ceramah PKR
Kesalahan tersebut dapat dikesan dilakukan di kawasan Bukit Sentosa, apabila pihak Umno-BN mengadakan ceramah di tempat yang amat dekat iaitu sekitar 50 meter sahaja dengan kawasan ceramah Pakatan Rakyat yang telah mengatur siri ceramahnya terlebih dahulu dari pihak BN di kawasan itu.
Ceramah yang diadakan oleh pihak Pakatan Rakyat itu sememangnya telah menepati peraturan yang ditetapkan. Lebih jauh dari itu, ceramah itu pula diadakan di kawasan premis mereka sendiri iaitu di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2.
Menyedari Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di tempat itu malam semalam, Umno terus mengambil langkah drastik dengan turut mengadakan ceramah di tempat yang sama dan didakwa bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Namun, langkah Umno-BN itu ternyata mengundang aib kepada mereka sendiri apabila ceramah mereka hanya didengari kurang 10 orang, berbanding ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat yang berjaya menarik perhatian ratusan penduduk di kawasan itu.
Ceramah yang diadakan pihak Pakatan Rakyat itu melibatkan beberapa penceramah termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.
Manakala ceramah dari pihak BN pula melibatkan penceramah dari Melaka. Di samping berceramah, mereka turut menyediakan makanan yang diyakini menggunakan wang rakyat, tetapi tetap juga gagal menarik perhatian penduduk tempatan atau pengundi di kawasan itu.
Sebelum itu, pihak polis telah mengingatkan parti-parti yang bertanding serta mereka yang terbabit dengan penganjuran ceramah serta kempen agar tidak mengadakan ceramah di tempat yang berdekatan antara satu sama lain, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Malah, ingatan itu juga turut disuarakan oleh pihak SPR. Ia juga dinyatakan turut digariskan dalam peraturan kempen pilihanraya, sejajar dengan amalan demokrasi.
Namun, segala peraturan dan ingatan itu tidak juga dihiraukan oleh pihak Umno-BN. Mereka didakwa hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja tanpa memikirkan peraturan dan perasaan orang lain.
Snap sertai Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR, 20 April : Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.
Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.
Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.
Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.
Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.
Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.