KUALA LUMPUR:
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusuf hari ini
memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam
Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).
Justeru itu, beliau telah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh lima orang peneroka Felda Jengka, Pahang bagi mencabar keputusan SKM tersebut.
Pada pendengaran pagi tadi, Zaleha bersetuju dengan hujah peguam para peneroka dan memerintahkan perintah deklarasi bahawa keputusan SKM adalah tidak sah dan terbatal.