Friday, March 2, 2012

PRU 13!!! Pakatan kekal 36 kerusi , mampu rampas 10 kerusi BN

NONEMeskipun pilihan raya negeri tidak semestinya diadakan serentak dengan pilihan raya umum, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja mengekalkan kuasa tetapi juga menambakan jumlah kerusi mereka

"Bancian yang kami terima menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang lebih banyak kerusi daripada apa yang kita ada sekarang, ini bermakna kita boleh dapat majoriti dua pertiga," katanya kepada pemberita dalam satu temu bual denganbeberapa media pilihan.

Menurut Abdul Khalid, (
kanan) jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin BN akan menang pada pilihan raya umum, beliau selaku pengerusi BN sudah pasti akan membubarkan Dewan Rakyat pada November tahun lalu atau semasa Tahun Baru Cina seperti yang dijangkakan senelum ini.


"Sudah tentu di Selangor terdapat penyokong tegar Umno, sekumpulan kecil penyokong MCA dan beberapa penyokong MIC,


"Tetapi kaji selidik menunjukkan bahawa kami mendapat penarafan yang baik, terutama di kalangan mereka dalam kumpulan umur 40 tahun dan ke bawah," katanya.


Menurut Abdul Khalid, Pakatan Selangor "cukup yakin" mampu mengekalkan 30 kerusi, "mudah" untuk mendapatkan enam kerusi dan "kemungkinan besar" merampas 10 lagi.


NONE
Antara satu kerusi yang Pakatan "kemungkinan besar" rampas itu, katanya adalah Kuala Kubu Baru, yang kini dipegang oleh setiausaha jawatankuasa MCA Selangor Wong Koon Mun.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak mahu meneruskan perbincangan mengenai kerusi-kerusi yang mungkin dirampas oleh Pakatan itu dan secara berseloroh berkata "ia akan memberikan orang tertentu serangan jantung."


Pakatan kini menguasai 35 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor , selepas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berpaling tadah daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas mesra BN pada 2009.


Gabungan itu memerlukan sekurang-kurangnya 3 lagi kerusi, menjadikan jumlah mereka 38 bagi mendapatkan majoriti dua pertiga untuk memberi mereka kuasa untuk meminda perlembagaan negeri.


Selangor, menjadi fokus atau tumpuan pemerhati politik sejak pilihan raya umum 2008 apabila BN dikatakan banyak membelanjakan wang dan menggerakan pelbagai jenteranya bagi merampas semula negeri terkaya di negara itu.


NONE
Mengenai jumlah hadirin dan penyokong yang didakwa semakin hari semakin ramai pada majlis dan aktiviti anjuran BN, Abdul Khalid, berkata tidak perlu dirisaukan kerana kebanyakan yang hadir adalah muka yang sama setiap kali diangkut dengan bas dari tempat lain.

"Kami juga lakukan beberapa kaji selidik terhadap orang ramai yang menghadiri majlis PM dan fungsi TPM, dan mendapati hadirin itu kebanyakan mereka adalah orang yang sama," katanya sambil tergelak.

Read more ...

WAHAI UMNO!!! Nak menipu pun biar la nampak logik dek akal


Sayang sungguh PAS Jeli kat Najib nih.. siap buat banner lagi tuh.. Betapa tulus mulusnya hati penyokong PAS Jeli sanggup buat banner semat-mata nak ucap terima kasih kepada Najib.

Yang paling terharu siap dengan logo 1 Malaysia semata-mata sebab bagi RM500. Walhal sepatutnya Najib kenalah bagi RM1,000 atau RM1,500 sebab Kelantan negeri termiskin. Sekelis pandang banner nih memang jaggal, janggal sebab bukan PAS yang buat tapi Umno.

Yang paling bangang Umno nih, banner PAS tak pernah buat patern macam nih.. Tu lah pasal kalau nak menipu, kenalah belajar menipu.. Belajar dari Najib tuh..Addin

Read more ...

KHAIRY DAN PAK LAH!!! Penghujung jalan buat mereka

Rakyat Malaysia kenal Permodalan Nasional Bhd (PNB), penjana wang yang menjadi pemegang saham di dalam kebanyakkan syarikat dan firma pengurusan aset, namun tidak diketahui jika ramai yang tahu akan kewujudan syarikat berkaitan kerajaan yang seakannya iaitu, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebuah entiti yang diamanahkan untuk membangunkan usahawan bumiputra dari segi potensi dalam perniagaan.

Diketuai oleh pengerusi yang berusia lapan puluhan, Mohd Abu Bakar Mohd Noor telah memegang jawatan itu sejak 1998, dan kini, PUNB bakal diserahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diuruskan.

Sudah semestinya ini merupakan jawatan yang paling memalukan bagi ketua sayap pemuda yang juga dikenali sebagai Pemudah.Semua ketua bahagian telah diberikan sekurang-kurangnya jawatan timbalan menteri. Walaupun dia merupakan graduan Oxford, tiada harapan baginya kerana dia telah terlalu banyak menyakitkan hati ramai orang dalam UMNO dan ianya sudah tidak boleh dimaafkan lagi.

Pengakhiran yang pelik buat KJ dan Badawi

Ahli UMNO yang lurus mengatakan ini adalah sebagai tanda terima kasih Najib kepada Khairy kerana tidak mendatangkan masalah kepada pentadbirannya. Walau dari sudut mana pun anda ingin melihatnya, inilah penanda bagi tamatnya kerjaya politik Khairy dalam UMNO kerana ternyata dia bukanlah termasuk dalam senarai ‘calon boleh menang’ Najib.

Khairy masih boleh menolak tawaran jawatan PUNB, yang mengikut kata orang dalaman, adalah tawaran terakhir dari Najib- tidak akan ada lagi tawaran selepas ini.Ini pilihan terakhir buat Khairy.Tidak ada gunanya Najib memberikan dia mahupun bapa mertuanya kerusi kerana takut akan menjadi risiko besar buat Najib. Mereka mempunyai bahagian-bahagian masing-masing yang perlu dijaga.

Inilah sebabnya kem Badawi dikatakan menekan Najib untuk memberi Badawi kawasan Kepala Batas untuk diwakili dan mengekalkan Nor Mohamed Yakcop di Tasik Gelugor.

Tapi, Nor Mohd sudah banyak terlibat dengan dakwaan korupsi yang dengan serta merta tidak memungkinkan spekulasi bahawa kem Badawi cuba memberi tekanan kepada Najib. Jika Nor Mohamad, menteri ekonomi dan bekas ketua perdagangan yang telah kehilangan berbilion ringgit di dalam dagangan wang asing tambahan pula pembatu politiknya yang ditangkap bersama 2 juta dalam bentuk tunai, masih boleh diterima sebagai ‘calon boleh menang’, Najib akan dikutuk hebat oleh panglima Umno yang lain kerana mencalonkan semula orang yang tidak berguna dan bukan mereka.

Bagi si kaki tidur Badawi, jika dia belum tersedar lagi dari lenanya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia tidak kisah sama ada berada dalam arena politik atau tidak. Bagi kebanyakkan orang Malaysia, dia telah ada peluang untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik tetapi tidak melakukannya kerana dia tunduk pada tekanan untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Najib.

Khairy dalam percubaan untuk menyelamatkan maruahnya, tidak mahu dilabel sebagai orang yang dibuang seperti yang lain. Dia mungkin juga akan mengisytiharkan dirinya sanggup berkorban demi UMNO dan orang Melayu kerana tanpa mahukan akan apa-apa sebagai pulangan. Sudah semestinya menjadi pengerusi dengan gaji yang akan diterima itu bagaikan kacang sahaja bagi Khairy. Lelaki 30-an yang bercita-cita tinggi ini mahukan sesuatu yang lebih lagi- seperti jawatan menteri penuh dalam kabinet UMNO-BN. Itu pun jika UMNO-BN menang.

Tiada kuasa

Adakah Khairy akan berjuang untuk mendapatkannya? Dia dilaporkan sebagai mampu untuk merebut jawatan itu namun, dia sudah banyak menyinggung perasaan mereka yang berada di dalam UMNO dan ini tidak mungkin dapat membantunya. Pencabar Khairy seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, dengan mudah boleh menggandakan apa yang dia mampu tawarkan.

Ia nampak seperti Khairy dengan egonya serta wang berjuta-juta terperangkap begitu sahaja tanpa ada jalan keluar. Cara terbaik ataupun alternatif lain baginya adalah untuk meninggalkan Umno dan menyertai pakatan pembangkang. Malangnya, walaupun dia seorang yang masih bertenaga dan mempunyai rupa yang tidak kurang elok juga, dia masih begitu pengecut untuk meninggalkan Umno.

Sama ada Khairy akan menerima jawatan PUNB, yang sebenarnya adalah tamparan hebat baginya, dan juga bapa mertuanya, berkemungkinan besar, dia akan terus bersama UMNO, menjadi kurang menonjol dan mengikut sahaja arahan.

Khairy tidak mampu untuk bergabung dengan Kumpulan Amanah pimpinan Tengku Razaleigh untuk portfolio politik kerana, nampaknya Khairy tidak akan mampu untuk mempertahankan jawatan ketua pemudanya dalam pemilihan yang dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. Lagipun, kenapa sayap Pemuda perlu dipimpin oleh ketua yang tidak hebat dan tidak pula disukai ramai. Dalam erti kata lain, kurang pengaruh?

Tawaran PUNB sebenarnya tamparan hebat

Akhir sekali, lihatlah PUNB. Untuk mengaburi mata, PUNB masih mempunyai RM400 juta pada dalam simpanannya, peruntukan yang agak banyak bagi sebuah syarikat. Selain daripada pengerusi, terdapat juga naib presiden dan pengarahnya Salleh Sulong, bekas bos Proton, Mohamed Haniffah bin SM Mydin, Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan Dr Rafiah Salim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya yang tidak banyak menyumbangkepada UM.

Bayangkan, UMNO mengamanahkan RM400 juta kepada kumpulan yang kurang meyakinkan. Jika menolak, rugilah Khairy. Dan jika laporan berita tentang Khairy menerima kerusi PUNB adalah benar, 'hidangan utamanya pasti akan mengubah cara pengurusan dana PUNB setakat ini.

Jadi, apakah status RM400 juta itu sekarang? Berapa banyak yang masih tinggal dan tidakkah PUNB memerlukan bailout dari yang lain? Pada hakikatnya, PUNB adalah salah satu daripada institusi yang bersenjatakan dana besar yang ditubuhkan oleh UMNO untuk membantu orang Melayu, namun orang Melayu masih tinggal dalam keadaan yang belum boleh dibanggakan.

Sebenarnya, UMNO tidak berminat untuk memperbaiki kehidupan orang Melayu kerana UMNO mahu orang Melayu sentiasa

bergantung kepada mereka, tetapi apa pula cerita RM400 juta itu?

Sudah pasti jika PUNB begitu berjaya, ia akan dijadikan contoh klasik kejayaan UMNO. Pemimpin UMNO dan panglima mereka semua akan berjuang untuk mendapat nama bagi penubuhan PUNB. Tetapi tidak nampak pula begitu.

Ia akan ditinggalkan kepada mereka yang kurang disukai seperti Khairy, untuk dijadikan mangsa jika apa-apa berlaku di PUNB. Dan Khairy perlu ingat dia tidak akan mendapat manfaat daripada pelantikannya di sana kerana ada kemungkinan sebahagian besar daripada dana yang ada telah digunakan. Tugasan utamanya mungkin ialah sebagai ketua pemungut hutang! Ya, masalah dan tugas utama di PUNB adalah bagaimana untuk memastikan bahawa ia mendapat balik pinjaman yang telah diberikan kepada peminjam "berisiko tinggi" dalam perniagaan, termasuk pinjaman pelajar.

Ketua pemungut hutang! Sesungguhnya ini cukup jauh dari impian Khairy yang mahu menjadi PM sebelum mencapai usia 40 tahun. Walau bagaimanapun, seperti kata pemerhati bola sepak, bola itu bulat dan apa pun boleh berlaku. Jadi untuk KJ yang gila bola, sekurang-kurangnya ini akan memberi anda sedikit harapan walaupun kecil tapi cukuplah buat masa sekarang.

Malaysia Chronicle

Read more ...

PANAS!!! Polis keluarkan gambar 29 Samseng UMNO yang membuat kacau


Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan 29 gambar saksi yang terlibat dalam kekecohan di perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang Ahad lalu.

Ia termasuk gambar Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Mohd Asudin dan beberapa orang yang memakai topi Umno.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hari ini bahawa gambar-gambar tersebut dikumpul dari akhbar dan Internet.

Gan berkata pihak polis mahu para saksi membantu siasatan.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menunjukkan lebih daripada 29 orang saksi.

Sambil menyeru mereka tampil tanpa prejudis, Gan berkata, pada masa ini mereka adalah saksi, bukan suspek atau berdepan dengan sebarang tuduhan.

Polis serius menyiasat laporan yang telah dibuat, mendakwa keganasan semasa perhimpunan tersebut, yang mengakibatkan kecederaan terhadap dua wartawan.

Ahad lepas, wartawan akhbar Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew (kanan) dan Lee Hong Chun didakwa diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh penyokong pro-Lynas sewaktu perhimpunan Himpunan Hijau di Esplanade.

Kertas siasatan akan disiapkan untuk Peguam Negara paling lewat Isnin ini, katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah sebuah pasukan petugas akan meneliti butiran berhubung kekecohan tersebut.

Diketuai Timbalan Ketua CID Pulau Pinang, ACP Naser Salleh, tugas utamanya adalah menyediakan kertas siasatan untuk dihantar kepada Peguam Negara.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan, yang juga melibatkan "perhimpunan haram" di pihak penganjur.

Laporan yang dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, katanya, disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada ugutan jenayah.

Setakat ini, tujuh laporan mengenai keganasan semasa perhimpunan tersebut diterima, termasuk laporan oleh Lim, dan 20 kenyataan saksi telah dirakamkan.

Mengenai kes Lim sahaja, kata Gan, 13 kenyataan saksi telah dirakamkan.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/03/wantedsamseng-taik-lembu-mana-mau-lari.html

Read more ...

BIJIH BESI!!! UMNO Kedah pasti terliur



GURUN, 2 Mac: Kedah dijangka meraih pulangan berjumlah RM10 juta setahun hasil daripada pengeluaran bijih besi di tapak berdekatan Gunung Jerai yang telah memulakan operasinya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, operasi perlombongan di tapak seluas 26.091 hektar itu dijalankan secara usaha-sama di antara anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Nacstone Mining Worlwide (M) Sdn. Bhd.

"Sumber baru ini akan memberikan pulangan royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri dan tidak termasuk keuntungan yang diperolehi PKB melalui kerjasama itu," jelasnya pada sidang media selepas lawatan kerja dan majlis pelancaran operasi pengeluaran bijih besi, semalam.

Menurutnya lagi, dianggarkan lebih satu juta metrik tan bijih besi di tapak yang pertama beroperasi, manakala di tapak berdekatan masih lagi menunggu kelulusan untuk dilombong.

"Sepanjang tiga bulan beroperasi, sudah tiga kali bijih besi di eksport ke China melibatkan jumlah sebanyak 100,000 tan dan nilainya bergantung pada pasaran harga semasa.

"Saya yakin kapasiti pengeluaran kita mencukupi bagi menampung permintaan berikutan operasi melombong yang dijalankan sepanjang masa," katanya.

Azizan berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti berbagai lagi hasil bumi lain yang bakal memberikan pulangan kepada Kedah.

"Beberapa tapak lain juga dikenal pasti mengandungi bahan galian bernilai seperti kuart di Bukit Kachi di Sintok yang hanya menunggu kelulusan lesen pajakan melombong.

"Sudah ada pengusaha yang berminat untuk mengeluarkan galian di atas tapak berkeluasan 405 hektar itu, dan saya gembira Kedah kini memperoleh rezeki yang melimpah dari dalam tanah untuk manfaat penduduk di sini," ujarnya.

Turut hadir dalam lawatan kerja dan majlis pelancaran tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail dan pimpinan-pimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

Read more ...

SABAQ SAT NOO!!! Presiden PAS minta ahli bertenang



KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seluruh ahli PAS diminta bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti menyelesaikan isu yang melanda Kerajaan Negeri Kedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin dengan semangat ukhwah yang tinggi.


"Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan untuk menyelesaikan beberapa isu yang melanda negeri Kedah mutakhir ini.

"Insya Allah ia akan selesai sehari dua lagi atas usaha kepimpinan dan semangat ukhuwah seluruh pihak yang mendukung perjuangan ini," katanya dalam kiriman mesej ringkas kepada Harakahdaily lewat petang ini.

Presiden PAS itu kini masih di luar negara dan dijangka pulang ke tanah air esok.

Dalam pada itu, seluruh pimpinan PAS Pusat akan turun ke Kedah esok bagi mengadakan pertemuan mahabbah dengan pimpinan parti di negeri itu berhubung kemelut yang melanda.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat AJK PAS Pusat malam tadi.

Mesyuarat kira-kira empat jam itu yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diadakan bertujuan menyelesaikan kemelut di Kedah selepas Phahrolrazi enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.

Pada sidang media semalam, Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Difahamkan sebelum ini, Mohamad Sabu, Salahudin Ayub dan Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi telah mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Azizan dan Phahrolrazi secara berasingan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Hasil pertemuan tersebut dibawa ke mesyuarat malam tadi.

Pada Selasa lalu, lapan daripada 10 Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dikatakan enggan menyambung jawatannya.

Read more ...

KESIAN!!! Hamidah dan AC Mizal diboikot?


Dalam bulan Mac 2012 ini sebuah program bertemakan Taiping Fest 1Malaysia 1Pelancongan 1Kampung 1Budaya dibuat di Taiping bagi memenuhi aktiviti kalendar pelancongan Tahun Melawat Perak 2012.

Pelbagai aktiviti dan acara dianjurkan oleh pihak penganjur disini.Antaranya memancing di Lake Garden Taiping,pertandingan karoeke,persembahan artis terkenal tanah air dan sebagainya.
(Kalau tiada hiburan melampau…maka bukan UMNOlah nama-nya..hehehe..)

Penulis dimaklumkan bahawa pihak penganjur disini telah memboikot YB Hamidah yang juga exco pelancongan negeri. Khabarnya semua ideal dan buah fikiran YB Hamidah telah ditolak mentah-mentah oleh penganjur disini.

Sehinggakan nama dan wajah YB Hamidah tiada di paparkan di banner sebagai publisiti pelancongan disini. Sebaliknya muka yang Najib,Ng Yen Yen dan Zambry sahaja dipaparkan. Sedangkan YB Hamidah exco pelancongan Perak.

Banner program pelancongan Perak yang tiada wajah exco pelancongan Perak

Yb Hamidah yang syok sendiri dalam memilih Ac Mizal sebagai Duta Pelancongan negeri Perak

Begitu juga dengan nasib Duta Pelancongan negeri Perak yang dipungut sebagai Bidan Terjun oleh YB Hamidah dikatakan tidak akan diundang dalam program disini. Untung Ac Mizal..dapat keistimewaan,dapat imbuhan,dapat gelaran Duta..tapi… ape idak buatnye…

Kisah mereka-mereka yang tidak suka dengan YB Hamidah ini adalah dikalangan orang UMNO juga. Kisah UMNO hentam UMNO,UMNO perjatuhkan UMNO,UMNO boikot UMNO,UMNO kelentong UMNO di-ibaratkan tong sampah yang padat dengan sampah yang membusuk..

sudah tidak boleh disembunyikan lagi dari dihidu ke pengetahuan umum. Semuanya kerana pemimpin UMNO semuanya gila pada kuasa,nama dan glamour.

MB Zambry pula tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu ini…kerana beliau sendiri pun masih lagi di-ibaratkan seperti bayi yang masih menyusu dari botol susu politik Najib.. kalau Najib tarik puting susu itu maka meraunglah Zambry…

Kalau tersedak susu..?? Buruk padahnya…hehehe…Orang ni

Read more ...