Tuesday, February 4, 2014

PRK KAJANG!!! Apa helah SPR? Penamaan calon sebulan lagi, 23 Mac baru boleh mengundi


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas.


Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.
 

Read more ...

PRK KAJANG!!! Semakin ramai calon bebas, tapi semua pro BN untungkan PKR



PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan menyaksikan seorang lagi kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding menentang Ketua Pembangkang itu.
Senator Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK itu nanti.

Pengumuman rasmi mengenai hasratnya itu akan dibuat pada sidang media khas di pejabat MUIP petang Selasa.

"Ya benar (mahu bertanding). Tunggu pengumuman esok (Selasa)," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini.

Read more ...

KERJA MACAI?!!! S. Kesavan nafi keluar parti, akan buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan menafikan laporan beliau menghantar surat pengisytiharan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Yang Dipertua Negeri Perak, hari ini. 
 
“Saya cukup terkejut dengan berita ini. Saya dah baca surat itu, ada nama dan nombor kad pengenalan saya tapi tanda tangan itu 100 peratus tidak betul.

"Malah kepala surat itu pun bukan daripada DUN negeri,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

S Kesavan yang terkejut dengan berita itu berkata, beliau akan menghubungi Speaker DUN negeri, Datuk R Ganesan berikutan terdapat ‘cop terima’ dari Yang Dipertua yang tertera dalam surat yang disebarkan itu. 

Read more ...

ADUN PKR KELUAR PARTI?!!! Ada surat tarikh 2 Januari tapi mengapa Speaker terima 4 Februari?

http://cdn02.mynewshub.my/wp-content/uploads/KeluarParti.jpg

Semuanya bermula daripada gambar sekeping surat seperti di atas yang giat berlegar di alam maya waktu ini. 

Surat tersebut yang bertarikh 2 Januari 2014 daripada YB Kesavan, Adun N54 Hutan Melintang, Perak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berkuat-kuasa daripada tarikh tersebut atas alasan hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti. 

Tetapi, nak tanya sedikit, tarikh surat dan pengisytiharan keluar daripada parti PKR adalah pada 2 Januari 2014, mengapa pula hanya pada 4 Februari 2014 baru Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menandatangani penerimaan surat tersebut?

Sebulan jarak di antara tarikh penghantaran dan penerimaan surat, bolehkah diterima akal?

Read more ...