Thursday, April 19, 2012

PANAS BERSIH 3.0 SUDAH BERMULA!!! DBKL tidak izin guna Dataran Merdeka, seorang aktivis BERSIH 3.0 ditahan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.


DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka.

Aktivis muda ditahan ketika pasang poster BERSIH
Seorang sukarelawan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia Tan Hong Kai ditahan dan dibawa ke balai polis ketika memasang poster perhimpunan BERSIH di Universiti Sains Malaysia (USM).

NONE
Menurut kakitangan seorang anggota majlis Pulau Pinang, lelaki 21 tahun itu pada mulanya ditahan oleh pengawal keselamatan kampus antara jam 2 hingga 3 pagi kerana sedang melaksanakan tugasnya.

Beliau kemudiaannya dibawa oleh pengawal itu ke Balai Polis Sungai Nibong.


Bekas penuntut koleh itu dipercayai kes pertama melibatkan tangkapan kerana memasang poster BERSIH.

Read more ...

HALANG PONDOK PANAS!!! Mudahkan SPR menipu melalui daftar pemilih berbeza

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengesyaki daftar pemilih yang diberikan kepada parti dan calon bertanding pada hari pengundian tidak selari dengan daftar pemilih asal yang dimiliki Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kecurigaan beliau itu berdasarkan keengganan SPR membenarkan wakil Pakatan Rakyat berada di pondok panas SPR pada hari pengundiaan.


“Sebab itu SPR tidak mahu wakil parti duduk bersama mereka menyemak daftar pemilih. Kalau berani mengapa tidak membenarkan kami duduk di situ?


“Kami ada peranan di sana kerana daftar pemilih yang diberikan kepada calon berbeza dengan daftar pemilih yang digunakan pada hari pembuangan undi.


“Ini antara cara mereka untuk menutup penipuan yang ditaja Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2012, pindaan Sub Seksyen 26.


Pindaan itu melarang ejen parti politik mendirikan pondok panas dalam lingkungan lebih 100 meter dan larangan wakil parti melakukan semakan daftar pemilih bersama wakil SPR.


Selain pindaan turut melarang mana-mana pihak menentukan identiti seseorang untuk mengundi di pusat pembuangan undi.


Menurut Azmin, dalam peraturan 26 (A) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, sebelum ini membenarkan dua wakil parti duduk bersama-sama dengan wakil SPR untuk menyemak daftar pemilih.


Bagaimanapun beliau berkata sangat menghairankan secara tiba-tiba kerajaan mahu meminda undang-undang tersebut dengan tergesa-gesa.


Beliau menggesa supaya kerajaan kerajaan menumpukamn isu-isu pokok iaitu pembersihan daftar pemilih yang dibangkitakan Pakatan Rakyat dalam PSC dan bukannya meminda Sub Seksyen 26,Akta Kesalahan Pilihanraya dalam usaha menambah baik pilihanraya di negara ini.S


Ahli Parlimen Gombak itu berkata Pakatan Rakyat sebulat suara menolak pindaan akta itu kerana ia tidak menepati kehendak rakyat yang diluahkan melalui pendengaran awam.


“Kita telah melakukan penjelajahan di seluruh negara, kita telah mengadakan pendengaran awam, kita juga telah menerima memorandum termasuk daripada gerakan Bersih. Bersih telah memberikan cadangan yang cukup komprehensif tetapi langsung tidak dipeduli dalam pindaan akta kesalahan pilihanraya yang dibentangkan pada hari ini,” katanya.

Read more ...

Program PAS Parit Buntar terus dapat sambutan rakyat

PARIT BUNTAR : Program-program anjuran PAS Parit Buntar terus mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.

Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata , terbaru adalah Karnival Cakna Rakyat PAS Parit Buntar menyajikan pelbagai acara sepanjang hari yang diadakan di perkarangan Surau Sungai Labu Bawah dekat sini khusus untuk penduduk tempatan.

“ Program kali ini diadakan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Perak sempena Program Gerak Tawan Perak bagi DUN Titi Serong

“ Karnival Cakna Rakyat ini merupakan salah satu acara dari pelbagai program yang diatur sempena Program Gerak Tawan Perak ini” katanya

Menurutnya, Karnival Cakna Rakyat merupakan aktiviti berterusan PAS Parit Buntar bertujuan merapatkan hubungan di antara pimpinan PAS dengan masyarakat setempat dengan menganjurkan program yang boleh dimanfaatkan oleh mereka.

“ Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di antara penduduk dan PAS Parit Buntar masing- masing melalui acara untuk pelbagai peringkat umur termasuk bagi golongan lelaki dewasa, wanita dan kanak- kanak.

“Dalam masa yang sama juga penduduk dapat beramah mesra bersama pemimpin PAS yang hadir di samping bertemu pemimpin peringkat akar umbi dalam kawasan Sungai Labu Bawah ini,” katanya.

Hairul Nizam berkata, pelbagai pertandingan dan khidmat kesihatan percuma disediakan sepanjang program tersebut yang bermula awal pagi sehingga petang.

“ Antara acara yang diadakan ialah mewarna kanak-kanak, isi air dalam botol , bawa belon dalam sudu dan acara terbaru mencorak abjad.

" Acara dewasa pula melibatkan boling kelapa, gusti lengan dan balin belon air . Manakala acara gubahan, masakan, raut lidi , anyam ketupat dan kupas epal disediakan untuk kaum wanita" katanya

Katanya, semua yang diaturkan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah berkesempatan bersama dalam program bersama rakyat ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang diadakan.

Gambar program di sini Program PAS Parit Buntar terus dapat sambutan rakyat

Read more ...

INFO SAHIH!!! Samseng Taik Minyak yang menyondol di Dataran Merdeka spesis UMNO

INFO SAHIH.....kumpulan samseng yang mengganas merosakkan harta benda dan mencederakan seorang mahasiswi demo aman berkemah dan bantah mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka awal pagi tadi ialah kumpulan menggelarkan diri mereka Waris Malaya, penaungnya Ezam Mat Noor...

kumpulan yang sama mengganas di ceramah ABU/HINDRAF Jalan Kebun tempoh hari....kumpulan yang baru saja dinobatkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai anak-anak muda yang bakal menjadi benteng UMNO merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat...tak mampu berhujah pakai ilmu dan otak para pemimpin UMNO hantar gangster guna otot...BERTAMBAH BENCI LAGI ANAK-ANAK MUDA DIKALANGAN MAHASISWA KEPADA KEZALIMAN UMNO... - KLIK SINI
Kronologi kejadian kumpulan aktivis mahasiswa dan rakyat Malaysia diserang samseng...

- KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA-
Kronologi Serangan Samseng Ke Atas Kumpulan Mahasiswa di Dataran Merdeka (19 April 2012) :

2.30 AM : Diberitakan waktu ketika ini hampir 60-70 mahasiswa dan anak muda serta rakyat berada sekitar Universiti Dataran Merdeka.

2.32 AM : Suasana masih lagi tenang dengan beberapa kumpulan mahasiswa kelihatan berkumpul bagi membincangkan agenda seterusnya dan bergembira.

2.36 AM : Dan tiba-tiba, kelihatan seorang pemuda berbaju t-shirt hitam tanpa kolar berjalan meluru ke kawasan perkhemahan dan disusuli sekumpulan pemuda di belakangnya.

2.37 AM : Semua peserta himpunan tercengang dan tertanya-tanya siapakah mereka. Kumpulan pemuda terbabit sedang memerhati banner dan kain rentang serta keadaan sekeliling.

2.38 AM : Dengan tiba-tiba, kedengaran tepikan 'BANGUN... BANGUN' yang dilaungkan pemuda berbaju hitam tadi, dipercayai 'Hang Kebun' yang pernah muncul dalam satu video ugutan terhadap Adam Adli.

2.39 AM : Kelihatan dua lagi kumpulan bangun setelah jeritan itu dan berjalan serentak dari dua arah berbeza dengan kumpulan pertama, dikatakan berkumpul lebih awal. Mereka terus meluru ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang berada di Dataran.

2.40 AM : Kedengaran pemuda (kumpulan samseng) berkenaan menjerit 'KAMERA PADAM, JAGA KAMERA, JANGAN RAKAM' ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang tercengang dengan aksi mereka dan ingin merakam.

2.41 AM : Tiba-tiba, beberapa samseng berbaju hitam menarik kesemua khemah dan menggeledah khemah sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera akibat dipukul dan disepak. Namun, siswi terbabit dikatakan tidak mengalami kecederaan serius. Kedengaran jeritan dari kumpulan samseng berkenaan yang mengarahkan semua kosongkan tempat dan menjerit 'BALIK TIDUR RUMAH LAA, JANGAN KECOHKAN MALAYSIA, BANGSA MELAYU APA MACAM NI, KALAU TAK SUKA MALAYSIA PERGI LUAR NEGARA LAA, dan kedengaran juga beberapa perkataan kurang sopan dilaungkan mereka.

2.42 AM : Keadaan mula kelam-kabut, khemah-khemah digeledah dan dicabut, barangan disepak dan dilempar, makanan dibaling ke rumput, dan terdapat mahasiswa berkeliaran melarikan diri bagi menyelamatkan diri. Banyak kamera, handphone dirampas dan diugut supaya tidak dirakam. Empat anggota polis berpakaian seragam yang berada tidak jauh segera dipanggil untuk membantu namun suasana masih kelam-kabut. Polis dikatakan lambat bertindak walaupun kejadian berlaku hampir 10 minit. Tumbuk-menumbuk masih berlaku walaupun terdapat anggota polis kerana terdapat provokasi daripada kumpulan pemuda samseng yang tidak ingin sebarang aksi mereka dirakam. Terdapat dua orang aktivis dilarikan ke tempat lebih jauh oleh kumpulan samseng namun berjaya diselamatkan tidak lama kemudian. Polis masih tidak menahan kumpulan samseng berkenaan walaupun adegan tumbuk-menumbuk berlaku di hadapan mereka.

2.47 AM : Masih tiada sebarang kereta peronda polis tiba namun kelihatan di situ sekumpulan anggota DBKL yang memerhati dari jauh sahaja, tidak berani lakukan apa sahaja. Kekalutan terus berlaku dan kumpulan aktivis terus dikasari, ditumbuk dan dirampas kamera. Sasaran dipercayai ke atas Adam Adli, aktivis-aktivis berbangsa Cina dan individu yang sedang membuat rakaman. Adam Adli berjaya diselamatkan lebih awal.

2.50 AM : Tiba-tiba, kelihatan seorang aktivis rakyat Melayu Islam ditarik ke jalan raya dan dibelasah hampir 15 orang. Ramai datang membantu dan kelihatan tiga buah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Sebelum itu, seorang anggota polis berpakaian biasa mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan berkenaan namun tidak menembak. Kumpulan aktivis rakyat dan mahasiswa sedikit terkejut dengan tindakan anggota preman berkenaan yang tiba-tiba keluarkan pistol. Suasana sedikit reda.

2.55 AM : Kelihatan kumpulab polis yang baru tiba membantu seorang aktivis yang dibelasah sehingga berdarah di bahagian tangan dan muka (kening) di jalan raya. Ambulans dipanggil dan tiba tidak lama kemudian. Polis meluru ke arah kumpulan samseng dan meleraikan keadaan.

3.00 AM : Kelihatan rundingan dijalankan antara kumpulan polis dan samseng di satu sudut berhampiran pancutan air di Dataran Merdeka. Dan diberitakan seorang daripada mereka ditahan untuk diambil keterangan.

3.05 AM : Kumpulan mahasiswa dan rakyat masih kelam kabut kerana kumpulan samseng berkenaan masih berkeliaran dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Diberitakan dua cedera sehingga berdarah, tiga lagi cedera ringan dan seorang dikejarkan ke hospital. Barangan kumpulan aktivis bertaburan, banyak harta seperti handset dan kamera hilang, dipercayai dirampas samseng.

3.15 AM : Keadaan sedikit tenang setelah kehadiran kumpulan polis namun kawasan perkhemahan masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju hijau (dipercayai SB) mengarahkan kesemua aktivis membersihkan kawasan dan menyusun balik barangan. (Setelah perbincangan, dipercayai arahan itu bertujuan supaya polis tidak sempat mengambil gambar bukti tempat kejadian yang bertaburan)

3.20 AM : Kumpulan samseng mula bersurai namun kelihatan masih berada di beberapa sudut sekitar Dataran Merdeka. Mangsa yang dihantar ke hospital, diberitakan bernama Khairul a.k.a. Bobo tidak mengalami luka serius. Keadaaan mula tenang walaupun kesemua yang berada di Dataran masih terkejut dengan apa yang berlaku.

3.30 AM : Sebarang berita mengenai kejadian itu mula dilakukan melalui laman sosial dan kelihatan orang ramai hadir untuk lihat lebih lanjut apa yang berlaku. Keadaan kembali terkawal.

3.45 AM : Keadaan tenang dan kumpulan mahasiswa serta rakyat mula berkumpul untuk menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku. Turut diperiksa barangan yang rosak dan hilang selain memastikan kesemuanya selamat. Diberitakan hampir 10 orang yang kehilangan barang dan rosak akibat kejadian itu.

4.00 AM : Kawasan perkhemahan sudah dibersihkan dan dikemaskan.



http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/kronologi-bongkar-samseng-dataran.html

Read more ...

SIAPA PALING BESAR!!! Nilai sendiri gambar muka depan akhbar harian

(Gambar muka depan sebuah akhbar hari ini)

KUALA LUMPUR: "Siapa paling besar yang hendak ditonjolkan oleh akhbar ini?"

Inilah mesej yang diterima Harakahdaily merujuk kepada gambar muka depan sebuah akhbar harian hari ini.

"Tengok, gambar (Datuk Seri) Najib naik sampai ke atas begitu sekali...gambar Tuanku hanya terperosok ke bawah," tulis mesej itu lagi.

"Kalau gitu, siapa sebenarnya yang menghina Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agung," tulis mesej itu.

Mari kita nilai sendiri.

Read more ...

BERSIH DAFTAR PEMILIH!!! Komponen BN pun minta kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

KOTA KINABALU - Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh berpendapat satu-satunya cara untuk mengatasi kewujudan 22,000 nama meragukan dalam daftar pemilih ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Oleh itu, kata beliau, Kerajaan Persekutuan perlu menubuhkan suruhanjaya berkenaan dengan segera untuk menunaikan tanggungjawabnya dengan berhemah, cermat, teliti serta tanpa takut dan pilih kasih.

"Kami dalam PBS mahu suruhanjaya ini ditubuhkan demi kepentingan kedaulatan, keselamatan negara dan untuk manfaat generasi akan datang kami, rakyat Malaysia

sebenar yang berasal dari Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Radin, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul

Aziz Mohd Yusof semalam bahawa suruhanjaya itu menjangka tugasnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan lebih mencabar kerana persaingan antara parti yang bertanding diramalkan lebih sengit berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Abdul Aziz juga dipetik sebagai berkata 0.3 peratus daripada 12.6 juta pemilih diklasifikasikan sebagai pemilih meragukan setelah pemeriksaan terhadap rekod mereka dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kira-kira 22,000

daripada mereka diklasifikasikan sebagai pemilih meragukan apabila kad pengenalan mereka yang dikeluarkan JPN, tidak diambil sejak lebih 20 tahun. – Bernama

Read more ...