Wednesday, November 21, 2012
DILEMA MCA!!! Pengarah urusan The Star, Ho Kay Tat letak jawatan
Pengarah urusan The Star, Ho Kay Tat meletak jawatan dan dijangka menyertai kembali The Edge, memberi tamparan hebat kepada akhbar milik rejim MCA itu kerana gagal mengekalkan khidmat pemberita disegani itu.
Portal pengiklanan Campaign Singapore melaporkan peletakan jawatan Ho dan dijangka menyertai The Edge, disahkan oleh timbalan pengerusi eksekutif The Star, Vincent Lee yang juga veteran dalam industri pengiklanan.
Sumber dari bilik berita juga mengesahkan perkara tersebut, sementara ahli lembaga pengarah The Star masih membincangkan isu ini petang tadi.
"Ahli lembaga pengarah sedang bermesyuarat tetapi kami sudah mengetahui bahawa Ho akan meninggalkan The Star," menurut satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Difahamkan hari ini adalah hari terakhir Ho, walaupun peletakan jawatannya hanya akan berkuat kuasa pada 30 November.
Sumber memberitahu bahawa lembaga pengarah tidak membincangkan pengganti Ho dalam apa digambarkan sebagai "mesyuarat yang menyedihkan".
"Vincent dan Wong Chun Wai akan mengambil alih pentadbiran korporat," sumber memberitahu dengan merujuk kepada pengarah eksekutif akhbar tersebut dan ketua pengarang kumpulan.
Difahamkan bahawa Calvin Kan (pengarah pembangunan perniagaan) dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) untuk cetakan dan Wong Siah Peng (COO perniagaan digital) akan mengawal penerbitan komersil.
Ho ialah pemberita veteran yang pernah berkhidmat di News Straits Times dan Singapore Business Times dan membawa kejayaan kepada The Edge sebelum menyertai The Star pada tahun 2010 sebagai ketua pegawai operasi.
Beliau kemudian dilantik sebagai pengarah urusan The Star pada Julai 2011.
Campaign Singapore memetik sumber dengan menjangkakan Ho akan kembali ke The Edge dan memegang jawatan di atas ketua editor Leslie Lopez.
Tetapi sumber berkata Ho juga mampu memacu cita-cita media dari pemilik The Edge, Tong Kooi Ong, dalam pelaburan peribadinya seperti portal fz.com, yang dilancarkan Oktober lalu tetapi terbantut tiga minggu kemudian apabila ketua pengarangnya meletak jawatan.
MCA memegang saham majoriti akhbar itu melalui sayap pelaburannya, Huaren Holdings yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Presiden, Chua Soi Lek.
MP BN SOKONG AES!!! Video kaunter AES KASE terima sambutan hebat
Terbukti dari dulu, kini dan selamanya, Ahli-ahli parlimen BN terutamanya UMNO memang tak boleh diharap untuk nak membela atau menyelamat rakyat.. Sia-sialah pengundi-pengundi yang mengundi mereka memberi kemenangan pada PRU12 2008 yang lalu...
Sebelum ini kita semua tahu, ramai ahli Parlimen terutamanya UMNO meminta kabinet mengkaji semula perjalanan sistem kamera AES, ini termasuk Ketua Pemuda UMNO yang juga AP Rembau pun senada tak bersetuju...
Tetapi hari ini lain cerita, AP BN terutama UMNO hanya sekadar bercakap di kedai kopi sahaja,, dalam parlimen di depan menteri semua dah kena kapit teluq....
Buat rakyat terima sahajalah atas apa yang berlaku,,, tahniah buat orang-orang UMNO kerana kamu meredhai kezaliman berlaku ke atas rakyat... MM
BN menang ‘pengundian AES’ di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 21 Nov — Barisan Nasional (BN) hari ini menang dalam pengundian untuk melaksankan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Dewan Rakyat walaupun terdapat usaha wakil rakyat pembangkang untuk menghalang sistem itu dilaksanakan.
Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan kemudiannya diluluskan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas proses pengundian menunjukkan 78 ahli Parlimen bersetuju, dan 49 tidak bersetuju.
Sejurus pengundian dilaksanakan, Pandikar Amin memutuskan untuk menamatkan segera sesi penggulungan apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada ahli parlimen pembangkang yang bangkit mempersoalkan AES sejak tengahari tadi.
Keadaan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat ketika Kong membahaskan penggulungan dan beliau dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian.
Situasi itu kemudiannya semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.
Mahfuz menegaskan, melalui maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik.
Manakala Beta Tegap Sdn Bhd yang didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES.
"Macam mana dua syarikat ini tahu dia boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet luluskan AES pada tahun 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan tahun 2008?
"Dia daftar syarikat semata-mata nak dapat tender ... ini menunjukkan ada perkara yg tak kena ... ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengkayakan kroni, merompak hak rakyat. Ini perompak jalanan.
"Kamu (BN) nak sokong kamu boleh sokong ... kamu pun jadi perompak, kerajaan menggunakan kamera untuk menyelamatkan manusia ... bohong!" tegas Mahfuz beremosi.
Dakwaan Mahfuz itu kemudiannya disambut secara sinis Ahli Parlimen Hulu Terengganu Mohd Nor Othman.
"Memang BN perompak," katanya.
Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dari DAP kemudian bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat terbabit dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum.
Kong turut dilihat tenang menerima asakan-asakan pemimpin pembangkang, dan menepis dakwaan yang dilemparkan kepadanya berkata,"Ahli-ahli Yang Berhormat tak nak dengar jawapan saya ... sengaja nak putar belit dan kelirukan Dewan.
"... tapi tidak mengapa, darah tinggi saya belum naik," katanya.
DEDAH LAGI!!! Projek lembu di Pendang zaman BN rugi RM 3.3 Juta
Kita telah mendengar 10 projek tinggalan BN yang jadi biawak hidup terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan kini. Rupanya terdapat satu ekor biawak hidup lagi yang ditinggalkan BN yang belum disenarai melibatkan kerugian RM3.3 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah pada Persidangan DUN Kedah tadi.
Oleh : SARINA ISMAIL
ALOR SETAR – Akibat salah tadbir dan
perjanjian yang longgar semasa pemerintahan dahulu, kerajaan negeri terpaksa
membayar tuntutan kepada syarikat-syarikat
berkaitan yang mengendalikan beberapa projek.
Demikian didedahkan oleh Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi
menjawab soalan yang diajukan oleh YB Abdullah Jusoh (PAS- Pantai Merdeka) yang
inginkan penjelasan berkaitan nama syarikat, projek yang dikendalikan, nama
agensi dan jumlah tuntutan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.“Antara nama syarikat yang terlibat ialah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) di mana mahkamah telah memutuskan tuntutan sebanyak RM2.16 juta akibat satu projek pengurusan ternakan udang di Kerpan. KAIMB telah menandatangi perjanjian pengurusan ternakan berkenaan bersama Kedah Aquaculture Sdn. Bhd (KASB).
“KAIMB telah melantik sebuah syarikat Agro Shrimp Sdn. Bhd untuk menguruskan kerja-kerja berkenaan dan Agro Shrimp pula melantik syarikat lain iaitu Usaha Fadilat Sdn. Bhd untuk mengendalikannya,” jelasnya.
Tegasnya lagi, apabila hasil
ternakan dijual dan keuntungan diperolehi oleh Usaha Fadilat Sdn. Bhd, amat
malang sekali keuntungan berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun Agro Shrimp
Sdn. Bhd dan ini mengakibatkan ianya dituntut oleh KASB. Tuntutan tersebut
telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan KAIMB perlu membayar kepada
KASB sebanyak RM2.16 juta.
“Kita cuba dapatkan maklumat dengan
Usaha Fadilat Sdn. Bhd tetapi malang sekali tiada perjanjian yang dibuat. Sekarang
pihak kerajaan negeri sedang berusaha memohon perkara ini kepada KASB
memandangkan ianya syarikat yang dikuasai oleh Menteri Kewangan DiPerbadankan
(MKB).
“Ini semua berlaku berpunca dari
salah tadbir pengurusan dan berlaku sebelum kerajaan negeri sekarang
memerintah Kedah,” sambungnya lagi. Selain itu beliau turut mendedahkan projek Feedlot di Pendang yang juga di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.3 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah. Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana sebaliknya ianya hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun dan menuntut kepada bayaran sewaan RM5 ribu sebulan.
“Kita pun tak tahu apa yang syarikat itu buat. Kalau kita nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu kita kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang ini pun mereka telah berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan pun tidak dibayar. Insfrastruktor yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang,” dedahnya lagi.
Lain pula apa yang berlaku kepada
Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed), di bawah syarikat YIKed Pengkalan Kundur
Sdn. Bhd, akibat kecuaian dalam pengurusan ianya di bawa kemahkamah yang
melibatkan pembayaran sebanyak RM11 juta.
“Kita pun tak faham, projek ini
sebahagian berjalan manakala sebahagiannya tidak. Ada tanah yang dikeveat tapi
kemudian dilepaskan, akibatnya berlaku kecuaian dalam pengurusan dan dibawa ke
mahkamah. Orang yang pegang YIKed ketika itu adalah Menteri Besar lalu, Tan Sri
Osman Aroff dan akibat kecuaian, kerajaan negeri (kini) terpaksa membayar
kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd sebanyak RM11 juta,” ujar Amiruddin.
Jawapan itu berikutan bersidangnya
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan
Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) di Wisma Darul Aman.
BUKAN MAT ISA & SHAHIDAN!!! Tapi dua bekas menteri berebut jadi MB Perlis
PETALING JAYA:
Dalam usaha untuk meredakan konflik perebutan jawatan Menteri Besar di
Perlis, dua ahli Parlimen akan bertanding di kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka ialah ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar).
Menurut sumber, Azmi akan bertanding DUN Beseri manakala Radzi di Kuala Perlis.
Kerusi
Menteri Besar menjadi perebutan di kalangan wakil rakyat Umno sejak
`pemecatan’ Datuk Seri Shahidan Kassim dalam pilihan raya umum 2008.
Kumpulan penyokong Shahidan tidak mahu menerima Datuk Seri Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar yang dilantik pada 2008.
Sehingga
kini krisis kepimpinan Umno negeri belum selesai sepenuhnya walaupun
Shahidan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perlis.
Kontroversi jawatan MB
“Dua
muka baru yang dijangka bertanding ialah bekas Ketua Penerangan Umno
negeri, Datuk Hashim Suboh di Parlimen Kangar dan Datuk Zahidi Zainul
Abidin di Padang Besar.
“Hashim dan Zahidi kedua-duanya tokoh berpengalaman dan sudah tentu boleh menang di Kangar dan Padang Besar,” kata sumber itu.
Menurut
beliau, dengan membawa masuk Azmi dan Radzi bertanding di kerusi DUN,
lebih banyak calon Menteri Besar yang boleh diketengahkan.
Katanya,
selain mereka berdua, tokoh-tokoh lain ialah Mohd isa, Datuk Seri Syed
Razlan Putra Jamalullail (Adun Pauh) dan Shahidan (Adun Tambun Tulang).
Hashim ketika dihubungi mengalu-alukan usaha untuk membawa tokoh-tokoh besar itu bertanding di kerusi DUN.
Katanya, langkah itu boleh menyelesaikan keributan merebut jawatan Menteri Besar di kalangan Umno Perlis.
GEMPAR!!! MIC semakin goyang di Pulau Pinang
Ketua
Pemuda MIC Bahagian Batu Kawan, D. K. Devavijayan hari ini meletak
jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta bagi memberi tumpuan
kepada perniagaannya.
Devavijayan,
36, berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada
Presiden MIC , G. Palanivel dan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan, R.
Muthiah hari ini, memaklumkan hasratnya itu.
"Saya
masih anggota MIC dan menyokong kuat Barisan Nasional, cuma saya tidak
boleh memberi komitmen terhadap jawatan itu (Ketua Pemuda MIC Batu
Kawan) kerana dalam masa yang sama perlu menguruskan perniagaan.
"Saya
sudah lama memikirkan perkara ini (meletak jawatan) kerana perniagaan
saya tiada sesiapa uruskan dan saya juga bimbang jika pilihan raya nanti
saya gagal memberi fokus terhadap kerja-kerja parti berikutan urusan
perniagaan," katanya ketika dihubungi, di sini Selasa.
Katanya
beliau tidak akan menarik balik peletakan jawatan itu walau dipujuk
oleh mana-mana pihak kerana percaya keputusan tersebut adalah yang
terbaik baginya dan MIC.
Beliau juga berkata keputusan itu dibuat bukan atas desakan mahupun pengaruh mana-mana pihak.
Sementara
itu, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, J. Dhinagaran berkata beliau akan
bertemu dengan Devavijayan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca
sebenar peletakan jawatannya.
"Saya
terkejut menerima sistem pesanan ringkas (SMS) Devavijayan yang
menyatakan beliau meletak jawatan serta-merta kerana selama ini beliau
sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya di peringkat
bahagian, negeri dan pusat.
"Lebih
memeranjatkan kerana beliau rapat dengan presiden parti dan saya akan
bertemunya paling lewat pagi esok untuk memberikan nasihat
sertapandangan.
"Selain
itu, saya akan cuba meminta beliau menarik balik peletakan jawatan itu
kerana parti memerlukan pemimpin berdisiplin sepertinya," katanya ketika
dihubungi.
JALAN PULANG
GHAIRAH NAK JADI MB!!! Noh Omar sanggup putar belit fakta
DUN Selangor Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali hari ini
menasihatkan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya
tidak "ghairah" memutarbelit fakta semata-mata kerana mahu menjadi
menteri besar Selangor.
Katanya, dakwaan Noh mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ingin menjual aset dan saham kepada bukan bumiputera, merupakan satu dakwaan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum.
"Dalam keghairahan Noh Omar (kanan) nak jadi menteri besar, jangan putar belit fakta dengan membuat dakwaan seperti ini.
"Berhubung dakwaan Noh Omar dan hulubalang Umno terhadap PKNS yang saya kira melampau, saya berani katakan ini serangan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.
Sabtu lalu, Noh mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad- anak syarikat PKNS untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.
Noh mendakwa syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan Bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.
Sehubungan itu, menjawab dakwaan tersebut, Azmin berkata, sebagai ahli lembaga pengarah PKNS, beliau tidak pernah dirujuk atau berbincang tentang cadangan untuk menjual sebarang aset perbadanan milik negeri itu.
Beliau turut berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac seperti didakwa Noh pula adalah bertujuan bagi memastikan kesemua aset milik PKNS yang bernilai RM4.5 bilion agar dapat berdaya saing.
"Saya nak tegaskan kita tak ada rancangan pun kononnya Wordwide Holding nak menjual kepada mana-mana pihak. Saya juga nak tegaskan Worldwide Holding masih kekal milik penuh PKNS," kata Azmin.
"Nilai aset semasa PKNS ada RM4.5 bilion. Sudah tentu ia menuntut kepada sebuah pengurusan yang lebih progresif dan tidak menggunakan mekanisme cara lama.
"Apa kita nak buat sekarang ialah satu usaha dan inisiatif korporat dengan menubuhkan syarikat milik penuh PKNS. Masih milik penuh PKNS. Namanya PKNS Private Real Estate Company Sdn Bhd (PREC). Syarikat ini bertujuan untuk memastikan aset-aset PKNS yang komersial ini berdaya saing," kata Azmin lagi.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita ketika sidang dewan berehat, Azmin berkata, penubuhan PREC telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Katanya lagi, kelulusan tersebut telah diberi pada 12 September lalu.
"Kementerian Kewangan telahpun membenarkan PKNS untuk menubuhkan satu anak syarikat yang bernama PKNS Real Estate Company (PREC).
"Nak tubuh PREC, kita mesti mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan telahpun memberi kelulusan pada 12 September 2012. PKNS dan PREC ini milikan penuh Bumiputra. Jadi di mana tuduhan Noh Omar dan juga Umno bahawa kita menjual kepentingan orang Melayu kepada bukan Melayu? Itu tuduhan yang jahat," katanya.

SEMBRONO!!! Kenyataan Donald Lim bukti nyata kebodohan BN mentadbir
Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini
membidas kenyataan semberono dan tidak berintegriti daripada Datuk Dr
Donald Lim yang mengatakan kerajaan Selangor tidak prihatin masalah
rakyat apabila tidak membatalkan kelulusan projek kondominium di Batu
Caves sekaligus menyatakan beban kesalahan itu seharusnya ditanggung
oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Kenyataan Datuk Dr Donald Lim itu nyata tidak bertanggungjawab, apatah lagi sebagai Timbalan Menteri Kewangan, beliau sepatutnya tahu segala prosedur kelulusan yang perlu dilalui sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.
Tindakan beliau menyalahkan Menteri Besar Selangor adalah satu usaha terdesak untuk mengalihkan isu dan tumpuan terhadap kegagalan kerajaan lama Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor.
Tindakan Datuk Dr Donald Lim yang juga Pengerusi MCA Selangor mempersoalkan kenapa Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak membatalkan perlaksanaan projek tersebut yang dibentangkan 26 Jun 2002 dan menunjukkan Pakatan Rakyat tidak sensitif dengan isu rakyat adalah melucukan.
Sedangkan pelan cadangan datang dari Ahli Majlis Perbandaran Selayang ketika itu.
iaitu Senataor A Kohilan Pillay, yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Luar.
Maka jelas sepatutnya pelan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan lama Selangor inilah yang jelas berpaksikan keuntungan semata-mata, tidak sensitif kepada perasaan penganut Hindu sekitar dan sekarang dengan begitu dangkal cuba menyalahkan kerajaan yang mengambil alih selepas itu.
Keputusan-keputusan yang buruk seperti inilah yang mencerminkan kebodohan kerajaan Barisan Nasional terdahulu dalam melaksanakan pembangunan untuk negeri dan rakyat.
AMK Selangor melihat ini sebagai satu simbol bahaya dan penanda aras bagaimana salahguna kuasa boleh berlaku sekiranya kuasa dan tanggungjawab dipikul oleh mereka yang tidak layak.
AMK Selangor mempersoalkan kebolehan Datuk Dr Donald Lim dan Senator A.Kohilan Pillay sebagai dua Timbalan Menteri, yang memegang portfolio penting dalam negara untuk mengurustadbir permasalahan sekiranya inilah tahap pemikiran yang mereka tunjukkan.
Tumpu agenda merakyatkan ekonomi, jangan ikut rentak pembangkang Selangor AMK Selangor percaya kes-kes sentimen dan terpencil seperti ini sengaja ditimbulkan untuk mengganggu kesinambungan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir di Selangor.
Malah kecenderungan Barisan Nasional ‘mencuci tangan’ dengan mudah ini sangatlah dikesali.
Sewenang-wenang menyalahkan pihak lain, sedangkan secara terang-terangan mereka yang terlalu rakus semasa memerintah.
AMK Selangor yakin dengan kemampuan Menteri Besar Selangor serta barisan Exco untuk terus menumpukan kepada agenda merakyatkan ekonomi dalam pusingan akhir sebelum pilihan raya umum ke-13.
AMK Selangor juga meminta rakyat menilai tahap kebolehan wakil-wakil yang dimiliki oleh Barisan Nasional dalam menjalankan urus tadbir negeri.
Jika begitu besar kesilapan yang boleh dilakukan sewaktu menjawat jawatan kecil seperti Ahli Majlis, bayangkanlah kerosakan yang boleh dilakukan ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri.
Keraguan ini AMK Selangor tujukan kepada Senator A.
Kohilan Pillay Natijahnya, Barisan Nasional terlalu memandang enteng keperluan dan kehendak rakyat sehingga mengabaikan perkara yang mendasar.
Mereka tidak pernah menjangka rakyat akan menghukum mereka pada 2008 dan masih tidak sedar rakyat mahu terus menghumban mereka pada PRU ke-13 nanti.
Cuma apa yang menbimbangkan, betapa banyaklah penyelewengan yang harus ditanggung Pakatan Rakyat atas ketidakcekapan Barisan Nasional apabila mengambil alih Putrajaya kelak? Namun demi rakyat, kemaraan diteruskan.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

KRONI UMNO!!!Anak Penasihat Petronas dapat "Anugerah Projek" diseret ke SPRM
Gara-gara anak Penasihat Petronas mendapat
anugerah projek carigali bernilai ratusan juta di perairan Kelantan,
kumpulan anak-anak muda di sini membuat laporan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar fail
SapuraKencana yang ada kaitan dengan Datuk Mokhzani Mahathir dikatakan mendapat projek bernilai RM835.8 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV.
Anak bekas perdana menteri itu merupakan Naib Pengerusi SapuraKencana.
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti - R) mengesyaki wujud unsur-unsur tidak sihat di atas anugerah projek terbabit.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, R merujuk laporan kenyataan media Petronas yang menyebut Tun Dr Mahathir merupakan penasihat Petronas sehingga sekarang.
Kata beliau projek berkenaan membabitkan pengeluaran gas dari Medan Bunga Kamelia dan Blok PM301 yang terletak 150 km dari pantai Kelantan.
Sapura Kencana Petroleum Bhd dianugerah projek terbabit bermula Oktober 2012 sehingga April 2016.
“Kami serah memorandum kepada SPRM berkaitan isu berkenaan bagi membolehkan badan itu menyiasat skandal minyak membabitkan keluarga Dr Mahathir.
“SPRM perlu menjalankan siasatan ke atas Petronas dan Dr Mahathir kerana kelihatan ada unsur-unsur tidak sihat berlaku,” katanya selepas menyerah memorandum tersebut kelmarin.
Menurutnya R menuntut SPRM menjalankan siasatan dalam tempoh 30 hari kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi dan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan.
Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengeluarkan apa-apa jawapan, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunan SPRM dan membawa kes berkenaan ke peringkat antarabangsa.
Nazri turut diiringi 50 aktivis R menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah di pejabat SPRM di Lundang.
Baru-baru ini Dr Mahathir ketika mengulas isu berkenaan seperti disiarkan Malaysiakini dipetik sebagai berkata, “Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas.
Masukkan itu dalam akhbar awak.
“Saya mempengerusikan segala-galanya.
Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain.
Itulah apa yang saya buat selama ini.
“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.
“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”Kelab Greenboc

KANTOI!!! Kong Cho Ha kena bedal dalam parlimen
Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
"Kenapa
menteri enggan memberi ruang untuk kita bertanya dan saya lihat menteri
seolah-olah takut untuk jawab kerana risau ia akan terbongkar.
"Saya
pasti ini disebabkan semuanya ada kepentingan sebab itu takut," jelas
beliau di Parlimen walaupun Kong Cho Ha enggan memberi laluan.
Sebelum
itu, pada awal sesi penggulungan telah timbul kekecohan apabila menteri
mengatakan akan menjawab isu berkaitan AES pada akhir penggulungan.
Mahfuz ketika itu mengatakan tindakan tersebut adalah alasan menteri untuk tidak menjawab pertanyaan AES.
Mahfuz
yang meneruskan pertanyaan meminta kerajaan memberitahu apakah bukti
kukuh yang mengatakan pemasangan kamera dapat mengurangkan kadar
kemalangan.
"Ada
perkara yang tidak betul dalam pelaksanaan projek ini, dan saya pasti
ia bukannya untuk tujuan menyelamatkan nyawa serta mengurangkan kadar
kemalangan.
"Tetapi
ia adalah sebenarnya untuk kayakan kroni dengan cara merompak duit dari
rakyat," kata Mahfuz sambil ditentang oleh ahli-ahli parlimen Barisan
Nasional.
Tambahnya
lagi, kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana syarikat yang tidak
mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan AES boleh dilantik untuk
melaksanakan projek tersebut.
Kong
Cho Ha dalam jawapan ringkasnya menyatakan apa yang ditimbulkan oleh
Ahli Parlimen Pakatan adalah dengan niat untuk memutar belitkan fakta.
Cho Ha juga merupakan Setiausaha Agung MCA dan ahli parlimen Lumut, Perak.
Namun
kenyataan tersebut disangkal oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan
Ismail yang memberitahu menteri sepatutnya menjawab persoalan yang
dibangkit bukannya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Penggulungan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan bersambung pada jam 2.30 petang.
Mahfuz dan Kong Cho Ha terus menjadi tumpuan apabila kedua-dua mereka terus menimbulkan isu di dalam dewan di lobi parlimen.
JALAN PULANG
Subscribe to:
Posts (Atom)