Friday, August 31, 2012

NAJIB TAK BERANI BUBAR PARLIMEN!!! Kehadiran di Stadium Bukit Jalil gagal capai sasaran walaupun kakitangan kerajaan dikerah dan dipaksa


Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran.

Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi.


Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam.


Ada di antaranya, katanya, hanya mundar mandir di sekeliling kawasan stadium selepas diarahkan sebelum itu kerana mereka dipaksa untuk duduk di kerusi penonton dengan tujuan untuk meramaikan bilangan penonton.


Sedangkan katanya sebaik sahaja Najib memulakan ucapan, sudah ramai yang bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar ke anjung belakang walaupun majlis baru sahaja berlangsung.


Menurut gambar yang diambil, jelas tidak ramai penonton yang hadir sebaliknya mereka keluar dan melakukan perkara sendiri kerana kebanyakkannya dikerah atas arahan pegawai atasan mereka yang merekodkan kehadiran mereka seperti yang tersiar di kebanyakkan blog sebelum itu.


Peserta yang ditemui mendakwa menerima RM30 sebagai upah memakai baju yang disediakan, RM50 untuk yang memakai baju dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan RM80 bagi mereka yang memakai baju-T dan menari di tengah-tengah stadium yang diubah suai menjadi sebuah pentas raksasa.


Najib Altantuya yang tidak berpuas hati dengan jumlah kehadiran tersebut seakan terpekik-pekik setiap kali mengulangi skrip yang sama kunun pencapaiannya sejak mengambil alih tampuk kekuasan dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009.


Walaupun Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mengumumkan bahawa sasaran Twtup menggunakan hashtag #merdeka55 berjaya melepasi sasaran sejuta dalama tempoh sejam di Twitter, penonton seakan tidak mengendahkan pengumuman tersebut.


Apalah maknanya jika Rais yang menyatakan bahawa sebanyak 3.6 juta tweet dicatat tetapi kehadiran penonton yang dipaksa sebenarnya mengecewakan Umno-APCO yang bertungkus lumus mahu mengambil hati Najib Altantuya yang semakin tidak popular di mata rakyat Malaysia.


Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga dikhabarkan tidak gembira dengan kehadiran penonton yang majoritinya kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir semata-mata mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno-APCO masih relevan menerajui kerajaan.


Beberapa menteri kabinet juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut setelah banyak pengumuman dan hebahan disiarkan menerusi media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka.


Pada sebelah paginya, sambutan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka juga suram dengan kehadiran rakyat Malaysia apabila hanya 13,000 orang dilihat berada di dataran bersejarah tersebut walaupun dihadiri Yang di-Pertan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Faja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.


JALAN PULANG

Read more ...

BAS JELAJAH MERDEKA DISERANG!!! Puak-Puak Songkok Tinggi amal ajaran Setan

 
Takut Dengan Khadiran Anwar Di Pasar Siti Khatijah Kota Bharu, Bus Jelajah Merdeka Di Pecahkan Cermin Dan Di Simbahkan Cat Merah Jam 5.00 Pagi. 

Kemungkinan Samseng-Samseng Ini di Upah Oleh Parti Yang Tidak Bertamaddun Yang Telah Di Tolak Rakyat Untuk Merosakkan Program Anwar Jelajah Merdeka Bersama Rakyat. 

Jadilah Rakyat Yang Lebih Demokratik Bukan Sebagaimana Parti Yang Hidup Zaman Batu. Agak-Agaknya Siapa Yang menjadi Dalangnya...? Cuba Teka..

Read more ...

MACAM BERUS JAMBAN!!!! Video Adun UMNO kutuk Ustaz Azhar Idrus



video mase bagi ceramoh untuk dana remaja,, ye maross ikut ustaz azhar... jem kreng. hahahha dia kata tengok ustak macam berus jambang, mung dgr guaner?, kahkahkah setuju blaker dok ni undi BN?

Read more ...

PENING NAJIB!!! Pos Laju pun guna logo Merdeka Pakatan


Apakah yang anda nampak dan anda percaya bahawa sebuah agensi separa kerajaan pun sudah iktiraf logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"?

Jelas apabila anda melayari laman sesawang POS Malaysia di
www.poslaju.com.my anda akan perhatikan logo Pakatan Rakyat yang keluar dan bukannya logo tangkap muat serta ciplak yang direka budak-budak upahan Rais Yatim.

Nampaknya 'perang saudara' bakal berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sendiri terutamanya dalam Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang diketuai sendiri Rais dengan agensi di bawahnya seperti POS Malaysia.


Pasti akan ada arahan supaya logo kemerdekaan Pakatan Rakyat tersebut akan digantikan dengan logo 1Malaysia yang sudah mula diketepikan rakyat yang cerdik pengetahuan dan sudah muak dengan janji-janji palsu kerajaan yang kununnya Janji Ditepati.


Rais Yatim yang baru bernafas lega seketika setelah selesai sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka pagi tadi kini berdepan dengan penjelasan daripada Najib Altantuya bagaimana ia boleh berlaku dalam agensi kerajaan sendiri!


Nampak gayanya, lambat lagilah Najib Altantuya nak bubar parlimen ekoran insiden yang memalukan Rais Yatim sendiri?


Hanya Bik yang tahu jawapannya!


JALAN PULANG

Read more ...