Sunday, December 16, 2012

SUDAH TIDAK RELEVAN!!! Big Boss Sinar Harian belasah Brahim Ali


SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (gambar).

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Read more ...

SERANGAN DALAMAN!!! Setelah Deepak, Musa Hassan kini timbul pula sticker tolak Najib mahu Muhyididn

Beberapa ketika dulu poster dengan "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertera "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor.
Poster tersebut bukan saja ditampalkan di banyak pusat membeli belah di negeri Johor negeri asal Muhyiddin beberapa hari lalu.

Malah pengedaranya juga hingga ke utara semenanjung dan ianya juga telah diedarkan di beberapa pasar malam di Pulau Pinang oleh individu yang dipercayai ahli UMNO.

Read more ...

UMNO PENING!!! Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak seru undi PAS



Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Ustaz Misbahul Munir menziarah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak Dato' Ustaz Abdul Majid Abdul Hamid pada 15 Disember lalu. Ahli fatwa tersebut juga sempat mengharapkan dalam PRU13 nanti PAS akan menang.

Dato' Ustaz Abdul Majid juga mengharapkan Umno akan tumbang pada pilihanraya pada kali ini. Ahli fatwa tersebut juga sempat mengharapkan dalam PRU13 nanti PAS akan menang.

Read more ...

SAMBUT HARI JADI!!! Mana satu pilihan Mahathir , cara Fathul Bari atau Shah Rukh Khan

Kedatangan pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang sanggup singgah sebentar dari Jakarta, Indonesia semata-mata menghadiri majlis hari lahir ke-87 bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad rupanya menjadi saat paling tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Mana tidaknya, Shah Rukh Khan yang kononnya 'mengusik' isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali mengajaknya menari sebuah lagu popular dari sebuah filem lakonannya secara spontan mengejutkan hadirin yang diundang khas seramai 300 orang itu.

Diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Mahathir juga dilihat menggoyang-goyangkan badannya menari mengikut irama Bollywood yang sudah menjadi darah dagingnya kerana keturunannya juga berasal dari India.

Read more ...

SIAPA DIA?!!! Peguam bergelar " Tan Sri " terlibat merangka Akuan Bersumpah 2 Balasubramaniam



Aktivis politik, Haris Ibrahim, akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam kanan yang menulis pengakuan kontroversi kedua penyiasat peribadi P Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Haris, yang juga peguam sebelum ini, mengatakan beliau akan membuat permohonan di pejabat Majlis Peguam esok (Isnin), memetik alasan bahawa peguam kanan melakukan “dosa besar” kerana merangka akuan bersumpah (SD) tanpa berunding dengan Balasubramaniam terlebih dahulu.

Read more ...

WALAUPUN HUJAN!!! 30 ribu rakyat seluruh Perak hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat

Lebih 30 ribu rakyat daripada seluruh pelusuk negeri Perak memenuhi tapak program di Seri Iskandar, manjung bermula pada petang tadi walaupun terpaksa berada didalam hujan.
Puluhan ribu rakyat yang hadir ke program ini, jelas menunjukkan kebangkitan sebenar rakyat Perak yang sedang menantikan tarikh PRu 13 dan bersedia untuk menuju ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan ini merupakan penzahiran jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Perak yang bersiap-sedia menerima amanat pemimpin dan memikul amanah parti di semua peringkat.

Read more ...