Thursday, August 11, 2011

JADI MISTERI !!! Gelang oren ditangan Hishamuddin dan Anuar Zain

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinkKDB1GAP0NxGgGnbIBQgDGCzC_erOU3pARQfOZNifIxsgEca6I2Etclun1qLUmA2Ckk31EohMulm-l_jtXv2emvlVoNzKGTR0sWS6fUDT-GRJ1QnhBCmftGhYXigiX0F2eVaQE8l9i8/s400/Hisam.jpg

hishamuddin gelak tak ingat dunia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPQnLDNSjxpezRswcpy1xj7JLKdJIN-s8ukMuDon2Znf7aPGOIK84LWJkLvpBR76DxQzux1_9lzX9eDxug8-rmohVfNhFRwsCc1up_vGyIBtcR14EP5q5-9IoBON4dXg90rxzwK6uMi8Hk/s400/AnuarZain.jpg


anuar zain


kami sekadar bertanya dan mempersoalkan apa motif persamaan gelang mereka. kami tidak tahu mungkin mereka ada kenal-kenal atau pun sekadar tidak sengaja style mereka pakai gelang. kami tahu yang kami tak berapa arif dengan perkembangan fesyen lelaki macam ni dan kami rasa perlu tahu.


tepuk dada tanya iman



Pssstt: kami budak kampung

Read more ...

BONGKAR !!! Bukti Pengundi Hantu guna nama Pemuda dan Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukti pertama

Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Bukti Kedua

Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:

Nama, No Kad Pengenalan, No. Ahli Umno, Negeri, Bahagian, DUN, Cawangan

: SHARINA BINTI MAT ARIFF
: 800727095094
: 02999301
: R – PERLIS
: 001 - PADANG BESAR
: 00105 – SANTAN
: 00105010 - KAMPONG PETAL

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.

Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.

Read more ...

KANTOI!! AirAsia "Telan" MAS: Siapa kroni Mahathir dalang konspirasi??

Kenalkah anda siapa yang tersenyum ini? Ini adalah manusia ke-147 TERKAYA
di dunia. Apa kaitannya dengan bos ASTRO Rohana Rozhan dan bos AirAsia

Tony Fernandes dalam penjualan saham MAS kepada Tune Air??

Tersenyum. Sememangnya Ananda Krishnan boleh tersenyum lebar sekarang.

Terdesaknya Khazanah Nasional yang terpaksa menjual kepentingan dan perniagaan strategiknya yang menjadi milik orang Melayu dan Malaysia rupanya adalah perancangan Mahathir sebelum menyerahkan "baton" kepada Abdullah Badawi.


Dan antara "syarat sulit" yang dikenakan adalah, Penerbangan Malaysia (MAS) MESTI dijual kepada proksinya, T Ananda Krishnan dalam tempoh LIMA tahun selepas memegang jawatan.


Ini bermakna, Abdullah yang tidak sempat menyempurnakan proses "penjualan" tersebut kerana terpaksa berhenti pada April 2009, maka Najib adalah "galang gantinya".


Dan Mahathir yang nampak kelemahan Najib yang semakin ketara kini mengugut mahu mendedahkan skandal demi skandal sekiranya kemahuannya (baca: kroninya) tidak dipenuhi.


Inilah sebabnya mengapa kesemua "orang kanan" Ananda Krishnan berjaya duduk dalam kerusi MAS yang kini sudah tidak lagi dikuasai KERAjaan melalui Khazanah Nasional.


Adalah dijangkakan, lebih banyak ketidak tentuan akan berlaku selepas Ananda berjaya "menempatkan" orang-orangnya yang kini sudah menguasai kepentingan strategik dalam industri penerbangan.


Inilah sebabnya mengapa Mahathir beriya-iya mengatakan bahawa "penggabungan" MAS dan AirAsia sesuatu yang positif!


Kah kah kah...


Kantoi sudah perancangan Mahathir.


Inilah yang dikatakan, mengambil kesempatan dari "kesempitan" orang lain kah kah kah...


Padan muka Najib Altantuya!


Kah kah kah...


JALAN PULANG





Rohana Rozhan, bos ASTRO yang dikaitkan dengan
pembelian MAS oleh Tune Air milik Tony
Pertukaran saham syarikat penerbangan negara dengan Air Asia mula mencetuskan pelbagai reaksi negatif yang meletakkan pentadbiran Najib dalam posisi defensif.

Isu pemilikan kerajaan dan Bumiputera menjadi satu isu yang mendapat perhatian sesetengah pihak, selain kemampuan sebenar Air Asia dari segi modal.

Urus niaga itu juga kelihatan dilakukan secara rahsia dan hanya diberi publisiti setelah persetujuan dicapai, tindakan yang dilihat sebagai bertujuan mengelak daripada debat dan maklum balas terhadap kewajaran urusniaga itu.

Penglibatan individu tertentu, termasuk yang didakwa berpengaruh semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri juga menjadi persoalan besar.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, DPMM, melahirkan kebimbangan amalan itu menjadi trend sehingga pemilikan kerajaan bagi pihak orang ramai akan terhakis dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, atau GLC.


DPMM turut menyarakan langkah yang lebih wajar ialah perubahan dalam pengurusan Penerbangan Malaysia dan bukan pertukana saham untuk menyelamatkan syarikat yang semakin rugi itu.


Walaupun isu pemilikan Bumiputera menjadi perhatian utama beberapa pihak, soal asas lain seperti monopoli dalam industri penerbangan awam juga ditimbulkan.


Pemuda PAS turut mempersoalkan langkah pertukaran saham, sambil menimbulkan kebimbangan monopoli dan terhakisnya pemilikan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan.


"MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM 243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM 310.60 juta untuk tahun 2010," menurut Pemuda PAS.


"Dengan penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat.

"Sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka.

"Selain itu, apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan."


Beberapa blog mula mempertikaikan urus niaga itu yang didakwa sangat berat sebelah menyebelahi Air Asia dan merugikan bagi syarikat berkaitan kerajaan itu.

Wartawan A Kadir Jasin dalam tulisan di blognya dengan sinis menimbulkan soal kedudukan Bumiputera dalam GLC.


"Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/Air Asia adalah Melayu.

Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.

GRO Melayu pun ramai mereka ambil," tuls Kadir.

"Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan.


Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.


"Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC.


Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus.


Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC."

Read more ...

Utusan Meloya bakal MUFLIS tak lama lagi??


http://inksensei.files.wordpress.com/2011/04/utusan-meloya.jpgLidah rasmi Umno-APCO yang paling banyak menabur fitnah di samping menjadi perosak perpaduan antara kaum di Malaysia kini sedang menghadapi saat-saat bakal "dibail-out" kan oleh KERAjaan Umno-APCO tidak lama lagi.

Berdasarkan prestasi kewangan terakhir, Utusan Meloya tidak mampu lagi menyerap kos operasinya yang semakin meningkat di samping harga bahan mentah seperti kertas dan dakwat cetak semakin tidak mampu ditampung lagi.


Sebagai contoh, harga kertas cetak pada 2008 adalah USD1,050 (RM3,412) setan tetapi kini sudah meningkat sehingga USD1,600 (RM4,816) setan.


Manakala jumlah edaran dan pembaca menunjukkan penurunan ketara, ENAM peratus dengan hanya 170 ribu sahaja pembaca berbanding pesaingnya, Berita Hairan yang turut nazak dengan hanya tinggal 192 ribu pembaca.


Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM9.854 juta bagi tempoh enam bulan pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2011 dengan perolehan sebanyak RM174.619 juta.


Angka itu berbanding kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM12.418 juta yang dicatatkan pada tempoh enam bulan yang sama 2010 dengan perolehan berjumlah RM155.024 juta.


Angka Audit Bureau of Circulation (ABC) bagi tahun penuh yang berakhir pada 30 Jun, 2010, menunjukkan pengedaran akhbar harian kumpulan, Utusan Malaysia, turun 5.9 peratus daripada 181,346 kepada 170,558.
JP

Read more ...

MARI BACA !!! 6 Kisah NKRA Najib (NATIONAL KEY RESULT AREAS)

MENTERI KE 30

Kabinet melantik G.Palanivel, Menteri ke 30, yang rekod kalah. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.

MOMOKAN KRISTINISASI

Menurut presiden SAPP D
atuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".
Dari saya kecil lagi, kalau dekat Pilihanraya, pasti ada ilmu batin dan silat baru untuk bunuh Cina.

AKUAN BERSUMPAH UMMI MIRZA

Akuan bersumpah
Ummi Mirza anak alahyarham Baharudin Ahmad korban kezaliman keatas Bersih 2.0, mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini. Polis Malaysia boleh masuk pertandingan silap mata, lawan dengan David Coperfield.


KG BARU

Suruhanj aya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan kewujudan nama ‘Kg. Baru’ sebagai pengundi berdaftar berpunca daripada kesilapan semasa pendataan Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih).

Status Mismah dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara sebagai penduduk tetap bagaimanapun bertukar pada sebelah petang sebagai seorang warganegara. Pandai P.Ramlee buat cerita"Sumpah Orang Minyak"


NASIB ASRAF

KOTA KINAB
ALU: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam rusuhan di London yang tercetus pada hujung minggu lalu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, rakyat Malaysia sebenarnya tiada sama sekali di kawasan itu.

You Tube menyiarkan seorang pelajar Malaysia Asraf di serang di London pada hari yang sama menteri luar buat kenyataan diatas. Menteri kita asyik main sms kot??


PENAWAR BERACUN

Penawar Menafik
an telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas, dipengerusikan oleh Aziz yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penawar didakwa telah mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Ini dia dikatakan Penawar beracun!!!Sembang Kerja

Read more ...

Najib belum dapat tentu tarikh PRU 13 kerana UMNO hanya 'PONDAN SIAM' yang masih lemah


http://troll.me/images/najib-pening/najib-pening.jpgMOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my

MINGGU lepas saya diundang untuk mengisi program Lujnah Penerangan PAS Negeri Sembilan. Majlis diadakan di Markas PAS Kuala Pilah di bawah pimpinan Yang Dipertuanya, Zaharudin Othman.


Pada majlis tersebut saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa kedudukan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dilihat termasuk dalam kategori 'A' untuk dimenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dipanggil pada bila-bila masa.

Dari segi faktanya, saya melihat potensi Negeri Sembilan lebih baik dari Terengganu untuk dimenangi kerana, Pakatan Rakyat hanya ketinggalan empat kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional.

Di Negeri Sembilan, pada PRU 2008, daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN menang 21 kerusi. PAS menang satu kerusi, DAP 10 kerusi dan KeADILan menang empat kerusi.

Pada PRU tersebut, PAS Negeri Sembilan bertanding 13 kerusi. BN menang hampir semua kerusi majoriti Melayu. Pakatan Rakyat menang semua kerusi majoriti Cina dan kawasan campuran.

Maka di sini, PAS menggalas cabaran yang lebih besar, bekerja keras untuk menang di kawasan Melayu, sekali gus membantu Pakatan Rakyat untuk menguasai Negeri Sembilan.

Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, ia bakal menyumbang undi bagi kerusi Parlimen untuk membantu Pakatan Rakyat di peringkat Nasional menguasai Putrajaya.

Maka saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa menguasai kerusi Melayu di Negeri Sembilan, bukan suatu perkara yang mustahil. Mereka harus melipatgandakan usaha menawan hati pengundi. Yang penting bagi PAS ialah memperkukuhkan saf kepimpinan, supaya ia lebih mantap dan bekerjasama erat dengan DAP dan KeADILan.

Miracle di Perak, boleh berulang di Negeri Sembilan, jika pemimpin PAS Negeri Sembilan berusaha dengan gigih.

Hakikat ini diperakui oleh Umno-BN. Dalam dry run atau pilihan raya olok-olok yang dijalankan BN, mereka memperolehi dapatan yang menggerunkan iaitu mereka bakal kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13 nanti.

Malah dalam pilihan raya latihan yang diadakan itu juga, mencatatkan BN tidak mampu merampas semula Selangor dan bakal kehilangan sehingga 15 kerusi dari 56 kerusi Dun di Johor.

Persekitaran ini memang tidak pernah diduga BN. Pada PRU 2008 di Johor, Pakatan Rakyat menang enam kerusi Dun. Empat DAP manakala dua lagi PAS.

Manakala di Perak, dry run BN menunjukkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dun meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran rampasan kuasa secara haram. Walaupun dilapor pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi.

Hasil dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedudukan dan populariti Menteri Besar Perak lantikan mahkamah, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, terumbang-ambing dan semakin menjunam kerana tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 darpada 59 kerusi Dun di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

"Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Dato' Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,"kata sumber Umno yang dipetik media.

Hasil dapatan BN pada dry run yang dijalankan menunjukkan jentera BN dihambat dengan banyak kelemahan. Antaranya wujud sentimen ketua-ketua Umno yang mahukan nama mereka diletakkan sebagai calon, barulah jentera parti digerakkan.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

"Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diletakkan," kata sumber tersebut.

Masalah timbul di kalangan BN pula didapati jika parti boleh menggerakkan jenteranya, hanyalah Umno. Parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan masih tidak bergerak kerana pengaruh mereka di kalangan kaum yang mereka wakili sudah semakin pupus.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.

Namun hasil dapatan dry run BN amat menggerunkan BN. Jentera Umno yang sudah digerakkan pun penuh dengan kelemahan, manakala jentera komponen lain tidak boleh diharapkan. Maka barangkali dengan sebab itu Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak, masih tidak dapat memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan.

Walaupun timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi PRU dalam waktu terdekat, namun jentera BN masih berada di tahap yang pasif.

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, selama ini pun, dalam banyak pilihan raya, bukan jentera Umno-BN yang bergerak. Mereka hanya berlonggok untuk 'mengabihkan beras' di markas-markas, mengupah mat rempit melalak di jalan raya sambil mengibarkan bendera BN.

Yang bergerak dan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu BN adalah media arus perdana, institusi istana, agensi kerajaan seperti SPR, polis, tentera, mahkamah, jabatan penerangan serta kementerian-kementerian lain.

Yang digembleng untuk melawan arus Pakatan Rakyat bukannya jentera Umno, tetapi jentera kerajaan. Umno-BN tidak pernah berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' sebab mereka macam 'pondan siam'.

Jentera pilihan raya Umno-BN, tidak mampu berhadapan dengan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat secara gentleman. Mereka akan kalah jika bertembung one-by-one. Yang mereka tegak berkuasa selama ini hanyalah kerana dibantu seratus peratus jentera kerajaan. Tanpa bantuan jentera kerajaan Umno-BN sudah lama 'bungkus'.

Umno-BN bergantung kepada kejahatan pegawai kerajaan yang berperanan di agensi tertentu, seperti memanipulasi senarai daftar pengundi, pemalsuan kad pengenalan untuk membolehkan pendatang haram menjadi penggundi dan lebih jahat lagi mereka yang bersubahat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing untuk menjadi warganegara. Hanya cara ini sahaja Umno-BN boleh diselamatkan.

Oleh itu pegawai kerajaan seharusnya ingat, bahawa anda bukan hanya berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang sahaja. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat ini mewakili kuasa rakyat yang besar. Sekurang-kurangnya 48 peratus rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat pada PRU ke-12.

Ingatlah Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (sebelum dirampas) dan menang 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi Parlimen dan hampir 200 kerusi Dun. Kuasa rakyat yang besar ini tidak akan membenarkan kerakusan dan kemungkaran berterusan dalam negara.

Justeru, dengan kelemahan Umno-BN yang amat ketara sekarang, didorong kegagalan mereka memulihkan ekonomi negara, maka Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menguasai Putrajaya pada PRU ke-13 nanti dan memperbetulkan segala kepincangan yang diciptakan Umno-BN.

Kepada pemimpin Umno dan pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan mereka, terimalah hakikat bahawa usia Umno-BN sebagai peneraju negara semakin pendek. Muzium dan liang lahad sudah menggamit mereka.

Pada ketika itu mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN, melakukan kejahatan dan pemalsuan, akan menerima hukuman yang setimpal daripada rakyat Malaysia.

Read more ...

'JAHIL' !!! Khalid tak layak jadi Timbalan Ketua Polis

Apakah demonstrasi aman dengan rusuhan mahu disamakan polis yang sememangnya
bacul, pengecut dan terus sokong kezaliman Umno-APCO??

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyelar tindakan Datuk Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di Britain dengan Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Timbalan Ketua Polis Negara itu "jahil."


Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.


"Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.


"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan," katanya.


Malah menurut Nurul Izzah (gambar), kenyataan yang dikeluarkan Khalid adalah sangat tidak bertanggungjawab.

"Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya, ia bukan rusuhan dan apa yang dikatakan Timbalan Ketua Polis itu sangat tidak bertanggungjawab.

"Beliau tidak boleh bandingkan rusuhan dengan demonstrasi, saya terkejut apabila beliau berkata demikian... inilah masalah kalau ikut telunjuk politik," katanya.


Laporan The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan Khalid berkata rusuhan-rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.


Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.


"Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan.


Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya menerusi laman Facebook.


Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.


Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun.

Read more ...

Perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan jika Najib, Rosmah masih enggan ditemubual

Perbicaraan kes Fitnah II yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terpaksa ditangguhkan lagi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih enggan ditemubual peguambela Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, perkara itu secara tidak langsung akan terus melambat-lambatkan lagi bicara kes itu yang sepatutnya memasuki peringkat pembelaan minggu hadapan.


“Jika mereka (pendakwa raya) tidak menyediakan semua saksi seperti dipersetujui sebelum hari Jumaat ini maka, perbicaraan tidak boleh diteruskan pada hari Isnin (depan),” kata Sankara Nair dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Keadilandaily.


Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi-saksi yang mahu ditemubual pasukan peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.


Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan semua saksi yang ditawarkan pendakwa raya kepada peguam Anwar perlu hadir untuk ditemubual peguam Anwar.


Termasuk di dalam senarai itu adalah Najib dan Rosmah serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof.


Selasa lalu merupakan percubaan pertama pendakwa raya untuk melengah-lengahkan perbicaraan apabila enggan meneruskan sesi temubual peguam Anwar bersama Musa Hassan dan Rodhwan Yusof atas alasan Anwar turut sama hadir.


Hakim Zabidin pada hari Rabu kemudian memutuskan Anwar berhak hadir dalam temubual yang berlangsung namun tidak dibenarkan bertanya soalan kepada saksi-saksi.


Sehingga ke hari ini, Najib dan Rosmah masih lagi belum muncul untuk ditemubual peguam.


Peguam mahu memanggil Najib sebagai saksi kerana penglibatannya dalam kes tersebut, apabila mengaku berjumpa dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu membuat laporan polis terhadap Anwar.


Saiful juga bertemu dengan pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar dan beberapa tokoh lain.


Pegawai Penyiasat kes itu, DSP Jude Pereira dalam keterangan di mahkamah pada Mac lalu mengaku mengambil keterangan Najib dan Rosmah berhubung kes berkenaan.


Ia sekaligus mewajarkan Najib dan Rosmah untuk ditemubual sebagai saksi dalam kes itu.JP

Read more ...

MALU & AIB!!! 113 banduan diarah bogel beramai-ramai dalam penjara

Seorang bekas banduan di Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan mendakwa hak asasinya dicabul sepanjang dua minggu penahanannya itu.

NONEAhmad Syauqey Abdul Ghani berkata dia dan 113 banduan lain diarahkan oleh warden penjara untuk berbogel beramai-ramai pada hari dia dihantar ke penjara iaitu pada 23 Jun lalu.

“Saya dalam keadaan takut dan keliru bersama-sama dengan rakan banduan yang lain terus menelanjangkan diri beramai-ramai. Keadaan sedemikian sangat mengaibkan saya.

“Arahan diberi secara berperingkat melibatkan 10-20 banduan pada satu-satu masa. Kami kemudiannya sekitar 20 orang diarah untuk pergi berak. Keadaan ratusan manusia bogel sangat dasyat, memalukan dan di luar perikemanusiaan,” tulisnya kepada Malaysiakini dalam emel.

Bekas sukarelawan dengan pemantau pilihan raya Mafrel itu sempat melakarkan beberapa keping lukisan bagi menggambarkan keadaan di situ.

Katanya, dia dan rakan yang lain kemudian diminta untuk berjalan dalam keadaan telanjang bulat ke kawasan bilik air.

NONE“Kami terpaksa melalui rakan-rakan sel penjara yang lain sepanjang laluan, yang melihat secara jelas keadaan kami yang bertelanjang bulat... Kami (juga) diarahkan untuk berak secara terbuka, secara berbaris di depan satu sama lain,” katanya.

Ahmad Syauqey juga mendakwa tempat kurungan di penjara itu begitu sempit dan berlaku kesesakan.
Hak bersolat

“Keluasan sel ini sekitar 6 kaki x 12 kaki. Kami hanya dibekalkan sehelai selimut, tanpa tilam. Kami juga dibekal satu baldi besar air untuk kegunaan basuh kencing dan berak. Satu bekas kecil air minuman.

“Kami terpaksa berhimpit-himpit dan sebahagian daripada kami terpaksa meletakkan kaki ke atas dinding kerana tidak muat untuk berlunjur. Ramai di kalangan kami tidak dapat tidur kerana kepanasan dan kesesakan,” dakwanya lagi.

Menurut Ahmad Syauqey, sepanjang penahananya itu dia dalam kepanasan kerana hanya ada satu pintu depan dan lubang angin kecil di atas bilik yang menempatkan sepuluh hingga 12 banduan itu.

NONEDakwanya lagi, banduan-banduan yang beragama Islam juga dinafikan hak untuk bersolat dengan sempurna.

“Dengan penyediaan bekas air baldi bulat berukuran melebihi 1½ kaki x 2 kaki, menurut mazhab Syafie secara teori ia boleh digunapakai untuk berwuduk. Namun secara praktikal, hampir mustahil dapat dielakkan daripada air tersebut menjadi air mustakmal, yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan bagi mengambil wuduk,” katanya.

Ahmad Syauqey berkata selepas dibebaskan, beliau telah membuat laporan polis berhubung layanan tidak berperi-kemanusiaan itu di balai polis Kota Bharu dan bercadang mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Hak asasi Manusia (Suhakam) setelah menghantar emel kepada mereka.

azlanKetika dihubungi, pengarah Penjara Pengkalan Chepa Husni Johari berkata siasatan berhubung dakwaan itu sedang dijalankan.

"Buat masa ini, kami tidak mahu mengulas kerana siasatan sedang dijalankan. Ia akan lengkap tidak lama lagi,” kata Husni.

Ahmad Syauqey ditangkap pada 20 Jun mengikut Seksyen 186 Kanun Jenayah kerana menghalang tugas aggota polis dan di bawah Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak sopan di balai polis.

Beliau dikenakan tahanan reman dan dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa dan dibebaskan pada 5 Julai lalu setelah jaminan dibayar di mahkamah majistret di Bachok.RM

Read more ...

PASCA BERSIH 2.0 !!! Beza undi PR dan BN hanya 5%

KUALA LUMPUR: Fenomena perhimpunan Bersih 2.0 yang melanda rakyat Malaysia baru-baru ini, telah memberikan momentum yang cukup besar kepada Pakatan Rakyat, berbanding Barisan Nasional.

Keadaan itu menjarakkan hanya dua peratus perbezaan undi antara dua gabungan parti politik itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, kata pengasas Zentrum Future Studies, Dr Abu Hassan Hasbullah.

“Perbezaan antara undi Pakatan dan BN hanya 5 peratus hingga 7 peratus sahaja ekoran perhimpunan Bersih tempoh hari.

“Ini kerana gambaran situasi sebenar berlaku dalam perhimpunan Bersih yang memperlihatkan kebangkitan politik generasi baru yang dikuasai golongan muda dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun,” kata Abu Hassan kepada KeadilanDaily.com.

Abu Hassan memberi respon berhubung kajian yang dibentangkan penganalisa politik, Wong Chin Huat dalam satu seminar baru-baru ini yang menyatakan perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu, mungkin melonjakkan kerusi Pakatan Rakyat daripada 75 kepada 100 kerusi dalam PRU akan datang.

Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam seminarnya di Universiti Monash, Sunway berkata, peralihan sokongan itu kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, beliau percaya lanskap politik tanah air boleh berubah berdasarkan demografi dan corak pengundi dalam PRU akan datang.

“Perkara ini lebih jelas apabila Pakatan mula menguasai kawasan semi bandar dan bandar,” katanya yang Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Kata beliau, walaupun pillihan raya diadakan sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan, namun situasi kini memberi lebih banyak kelebihan dari segi undian kepada Pakatan Rakyat.

“Kalaupun PRU diadakan awal tahun depan, peratus pengundi Pakatan tidak banyak berubah, tapi mungkin BN kurang mendapat sambutan,” katanya.

Read more ...

Shuhardi akan saman blogger-blogger UMNO yang menipu

KUALA LUMPUR 11 OGOS : Lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, Shuhardi Md. Isa bercadang menyaman beberapa penulis blog yang memfitnahnya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama mereka buat masa ini.


Menurut Shuhardi, cadangan untuk menyaman beberapa penulis blog itu dibuat kerana beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.

"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya dipetik Malaysiakini.


Sebelum ini, Shuhardi salah seorang peserta himpunan Bersih 2.0 didakwa dimanipulasi sesetengah pihak bahawa beliau adalah allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.


Polis dilaporkan menyiasat perkara itu bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam; dan Seksyen 233 Akta Multimedia bagi kesalahan melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.


Pada 2 Ogos lalu polis telah merakamkan kenyataanya Shuhardi dalam sesi kira-kira 3 jam di rumahnya di Bandar Baru Salak Tinggi.


Jelasnya lagi, peguamnya masih mengumpulkan beberapa bukti berkaitan sebelum dijangka memfailkan saman mereka minggu depan.


"Kita masih tunggu masa yang sesuai (untuk tujuan itu)," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop).


Tambahnya, saman itu akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "prokerajaan".

Link

Namun, jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam.

Sharpshooter - Mungkin video inikah yang dimaksudkan Shuhardi?....sama-sama kita tunggu dan lihat...Cuba kita tonton video tvtmatra bertajuk - BERSIH 2.0 - ANUGERAH PELAKON TERBAIK!! - http://1peluru.blogspot.com - suhardi mohd 2 kali mati... dasatttt!!! citernya anda boleh baca di
sini



Video di bawah ini pula yang telah "diuploadkan" oleh Iltizam TV - BERSIH 2.0: Kematian Palsu Perbuatan Terkutuk & Angkara Siapa?




Hanya yang KOTOR, PENGOTOR dan MENGOTORKAN yang tidak mahu BERSIH...ini hanya sebahagian video yang memfitnah Shuhardi..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Read more ...

PANAS!!! Siapa Menteri Gay dalam kabinet Najib ?

WIKILEAKS mendedahkan maklumat yang dihantar oleh Duta Amerika Syarikat, James R Keith ke Washington melalui kebocoran kabel diplomatik yang berjaya digodam. Pendedahan kali ini melibatkan menteri gay dalam kabinet Najib Tun Razak [TMI].


Kabel diplomatik itu menimbulkan maklumat tentang seorang menteri gay (disebut sebagai non-heterosexual) di dalam kabinet Najib Tun Razak sebagai subjek bagi memahami kes tuduhan liwat ke atas ketua pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim yang disifatkan bermotif politik.

"Tuduhan ke atas Anwar bukanlah satu kempen moral. Kerajaan Malaysia tidak tegas untuk menangani kelakuan non-heterosexual, jika benar, seorang menteri, staff senior yang bersama dengan PM Najib dan lain-lain orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan sepatutnya sudah disiasat (atas tuduhan liwat)" lapor Duta Amerika Syarikat di Malaysia, James R Keith kepada Washington.

Duta Amerika itu menyimpulkan bahawa tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim adalah satu tindakan politik terhadap Ketua Pembangkang.

Dari maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks menggambarkan bahawa Duta Amerika di Malaysia, James R Keith memiliki maklumat yang kukuh bahawa salah seorang Menteri di dalam kabinet Najib Tun Razak adalah seorang gay.

Duta Amerika itu juga dilihat memiliki maklumat kukuh tentang tabiat Gay orang-orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan. Sepatutnya jika ada dakwaan dan bukti, semua gay-gay ini harus disiasat tidak kira pangkat rupa dan harta.

Jika anda masih ingat, kisah menteri Gay dalam kabinet Najib ini pernah didedahkan tidak lama dulu oleh blogger Umno. Blogger Umno tersebut menggesa Najib supaya menyiasat dan memecat menteri tersebut.


ReJaM© "Gerakan yang patut dilakukan oleh Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib ialah, menyiasat Menteri Gay ini!"

Read more ...

‘Ramadan Delights’ The Star!!! Mana PERKASA dan GENG MANGKUK TANDAS tak mahu berdemo ka

Puak puak PERKASAm hangpa pi mana woit…

Tak sensitif dengan hidangan BABI untuk berbuka Puasa ka?

OOOOH…kalu surat habaq BN yang keluaq statement kira HALAL laa kot..

Awang Selamat apa macam…Hang pun lari malam jugak ka?

Babi di juadah Ramadan: Star dipanggil KDN

Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbarThe Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

star pork photo report 110811Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

- Bernama

Read more ...

Nazri tidak boleh arah GLC


KUALA LUMPUR 11 OGOS: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana mengeluarkan surat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli.

Menurut Anwar, jika sesuatu perkara membabitkan GLC, arahan mesti datang daripada menteri kewangan atau Kementerian Kewangan dan bukannya Nazri.

“Arahan seumpama ini sepatutnya datang dari Menteri Kewangan (dan bukannya Nazri) kerana ini membabitkan GLC.

“Kerajaan sebelum ini berkata mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap Tajudin yang membabitkan berbilion ringgit (dalam mengemukakan saman). Ini amat menganggu,” kata Anwar yang juga seorang bekas menteri kewangan yang dipetik dari Keadilan Daily.

Menurut sebuah portal berita, Nazri dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Dalam perkembangan berkaitan, adalah difahamkan semua kes membabitkan Tajudin, kerajaan dan GLC berkenaan sedang dirundingkan bagi mencari penyelesaian pada semua peringkat proses mahkamah tersebut.

Laporan portal berkenaan memetik sumber berkata, sesetengah perkara itu telah dibawa kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Md Raus Shariff, yang juga adalah hakim pengurusan bagi mahkamah perdagangan hari ini.

Kes-kes berkenaan telah ditetapkan pada 29 September bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian.

Antara GLC yang menyaman Tajudin adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.

MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami syarikat penerbangan itu. Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.

Pada 1998, Danaharta menuntut pinjaman tidak berbayar daripada Tajuddin, namun beliau juga gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.

Read more ...

Kes polis tembak tiga remaja, keluarga buat laporan kali ketiga


PETALING JAYA 11 OGOS : Tiga keluarga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam pada November tahun lalu, membuat satu lagi laporan polis hari ini bagi menyatakan bahawa kesemua anak mereka ditembak mati oleh pasukan keselamatan itu.

Malah, ketiga-tiga keluarga mangsa menegaskan bahawa pendirian itu dibuat berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima baru-baru ini.

Sejak kejadian itu berlaku pada November lalu keluarga mangsa telah membuat dua laporan polis dan laporan hari ini merupakan yang ketiga.

Terkini laporan bedah siasat yang melibatkan Muhamad Hanafi Omar menunjukkan remaja berusia 22 tahun itu ditembak tiga kali iaitu di pipi, di bawah cuping teling dan dada.

Berdasarkan laporan bedah siasat dua lagi remaja, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah sebelum ini juga menunjukkan mereka menerima tembakan di kepala dan dada.

Dalam kejadian pada 13 November lalu, kesemua mereka mati di tempat kejadian, namun polis menegaskan ketiga-tiga remaja itu ditembak kerana cuba menyerang dengan parang.

Ketiga-tiga keluarga itu membuat laporan polis hari ini kerana mahu polis membuka semula kertas siasatan dan mendakwa kesemua pegawai yang terlibat dalam kes tersebut.

“Laporan-laporan bedah siasat ini menunjukkan bahawa peluru telah memasuki badan mangsa pada sudut 45 darjah ke belakang, kami percaya ini adalah kerana mereka ditembak oleh penembak yang berada di kedudukan atas mereka iaitu mereka mungkin dipaksa melutut sebelum ditembak mati.

“Soalnya juga kenapa perlu dua das tembakan ke kepala dan dada jika tujuannya kononnya hanya untuk menghalang mereka daripada menyerang polis, kesemua mereka menerima dua tembakan kecuali Hanafi (tiga tembakan),” kata ketiga-tiga keluarga mangsa.

Sehubungan itu, keluarga mangsa mendakwa polis cuba menutup penyalahgunaan kuasa oleh pegawai mereka dengan mengatakan kesemua remaja itu cuba menyerang dengan parang dan terpaksa dihalang dengan tembakan.

“Kami menuntut supaya satu penyiasatan dimulakan segera ke atas anggota-anggota polis yang terlibat atas kesalahan membunuh.

“Kami juga mahu pegawai atasan yang mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini disiasat kerana memberikan maklumat palsu, kami menuntut keadilan atas kematian anak-anak kami,” katanya.

Ketika membuat laporan hari ini ketiga-tiga keluarga remaja itu diwakili oleh Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Sementara itu Peguam hak asasi N. Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty menegaskan, laporan bedah siasat terbaru yang diterima beberapa hari lalu menunjukkan ia bercanggah dengan maklumat polis.

“Kami telah menerima laporan bedah siasat Muhamad Hanafi dan ia jelas menunjukkan kesemua mereka telah ditembak dalam jarak dekat.

“Mohd Shamil ditembak di tengah-tengah dahi dan dada, (Mohd) Hairul Nizam di tepi kepala dan dada, dan Mohamad Hanafi menerima dua tembakan di kepala iaitu di sisi pipi dan di bawah cuping telinga selain turut ditembak di dada,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.

Tegasnya lagi, laporan bedah siasat secara jelas membuktikan kesemua remaja itu ditembak dengan tujuan “membunuh.”

“Jika polis nak hentikan (serangan) mengapa tidak tembak di tangan atau kaki? Mengapa mesti di kepala dan dada?

“Tembakan ini bukan bertujuan untuk menghentikan (serangan) tapi bertujuan untuk membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut bersama keluarga mangsa membuat laporan polis berkata, beliau mahu Putrajaya memberikan penjelasan berhubung kes tembakan tiga remaja itu .

Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan penjelasan berhubung peningkatan kes tembakan mati yang melibatkan polis.

“Sudah tentu kita akan bawa perkara ini Parlimen tapi terlebih dahulu kita mahu penjelasan perdana menteri, menteri dalam negeri dan ketua polis negara dalam isu ini,” kata Nurul Izzah.

Read more ...

Jika Gereja sogok wang, UMNOlah pelopor sogok wang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimYbmGYFR4rzVXo89ghM9DsErfzwQHYwYUXGuOMqbcT0_pww55L776v1QCzcB-_eFa1xOEWO1icrPT81Q0YhVlu51rqlZ4c8SEIC65inyifK6DghOkzjsN0335iWSmNTEkrIYSMsCpavQ/s1600/wanita-umno-rasuah.jpgKOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa UMNO mempelopori unsur sogokan kepada rakyat seperti yang berlaku dalam pilihan umum dan kecil.

“Cerita manusia disogok wang ini bukan baru. Bahkan jika disebut tentang kepakaran menyogok wang ini, saya kira ada pihak lain yang lebih mahir dari pihak yang disebut-sebut itu.

“Cuma barangkali yang disebut-sebut sekarang ialah gereja dan pihak Kristian, sedangkan yang lebih hebat bermain wang dan sogokan seolah-olah tidak bersalah,” katanya dalam satu kenyataan mengulas mengenai serbuan di sebuah gereja di Selangor mendakwa ada di kalangan orang Islam yang diberi habuan untuk menukar akidah dan murtad.

Nik Aziz berkata, sogokan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya dalam bentuk wang yang diberikan di gereja.

“Islam tidak tertegak dengan sogokan wang, sogokan boleh datang dalam bentuk projek mee segera. Itu belum dikira penggunaan wang secara berleluasa menjelang pilihan raya, dan bukankah setiap kali pilihan raya, rakyat disogok dengan pelbagai sogokan untuk memancing undi, projek-projek mee segera diumumkan serta merta di kawasan berlakunya pilihan raya kecil, apa namanya ini jika bukan sogokan?” katanya.

“Apa guna ditetapkan umur 21 tahun untuk layak mengundi dengan tujuan pengundi dapat menggunakan pertimbangan akal yang matang untuk memilih pemimpin jika wang ringgit mampu membeli pertimbangan tersebut,” katanya.

Menurutnya, apa yang didakwa berlaku di Selangor tidak kurang teruknya dengan situasi yang berlaku di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

“Di Terengganu, ketika Presiden Pas, Dato Seri Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar, mereka sekat royalti minyak dan ditukar menjadi wang ihsan, dan wang ihsan inilah yang dijaja ke seluruh negeri untuk menyogok rakyat. Begitu juga di Kelantan hari ini, mereka menjaja wang ihsan yang asalnya merupakan royalti yang wajib dibayar,” katanya.

Read more ...