Sunday, June 5, 2011

Shamsudin dibebas, Khir Toyo tak lepas

http://media1.malaysiakini.com/105/0f70c50819cf8cd5e3465c01611676df.jpgSHAH ALAM : Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


"Pihak pendakwaan tidak bercadang untuk meneruskan pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan terhadap Shamsuddin. Bagaimanapun, pertuduan ke atas Dr Mohamad Khir Toyo akan diteruskan di bawah akta sama. Justeru, saya memohon peruntukan pembebasan dan pelepasan dimasukkan terhadap Shamsuddin," katanya.



Mengikut pertuduhan, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan bekas Menteri Besar itu, untuk melakukan ksalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Dr Mohamad Khir, yang menjawat jawatan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pada perbicaraan kes itu hari ini, Mohtarudin membenarkan permohonan peguam Dr Mohamad Khir, M. Athimulan, untuk menangguhkan perbicaraan itu sehingga Rabu ini atas alasan beliau (Athimulan) terpaksa mendapatkan beberapa dokumen penting daripada pendakwaan berhubung kes itu.

Selain itu, beliau juga berkata pihaknya terpaksa mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya (Dr Mohamad Khir) berhubung tuduhan yang dihadapinya memandangkan ada perkembangan baru dalam kes itu (penarikan balik pertuduhan ke atas Shamsuddin).

Pada perbicaraan hari ini, selain Athimulan, Dr Mohamad Khir diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

Shamsuddin pula diwakili peguam Datuk C Vijaya Kumar dan Tan Hock Chuan.

Perbicaraan hari ini turut dihadiri Dr Mohamad Khir dan isterinya, Zahrah.

--Bernama

Read more ...

Muktamar kukuhkan PAS, laluan Putrajaya semakin mudah




GOMBAK 6 JUN : Gandingan Naib Presiden PAS yang baru dilihat sebagai barisan kepimpinan yang sedia menggempur kubu Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang berdasarkan sikap dinamik dan progresif mereka.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PAS yang mengekalkan jawatan itu pada pemilihan Sabtu lalu, Salahuddin Ayub berkata, tanggapan itu tidak wujud sebaliknya sama ada menang atau kalah, ahli PAS sentiasa komited dalam perjuangan parti.

Malah beliau memberi amaran kepada mereka yang cuba memecahbelahkan PAS dengan pelbagai tohmahan.

"Calon naib seperti Nik Mohd Amar, Idris Ahmad dan Nizar Jamaluddin, bukan kepalang ketokohan mereka.

"Bagi saya, jangan cuba untuk usik PAS, jangan cuba suntik racun. Kami hormat ulama dan akan tentang kamu hingga kamu kecundang," katanya sambil menyifatkan mereka sakit hati lihat perpaduan kita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan perwakilan Perak Dr Muhaimin Sulam yang mengingatkan PAS agar berhati-hati tentang dikotomi ulama dan bukan ulama yang cuba dimainkan oleh media kawalan Umno mutakhir ini.

Salahudin menyatakan semua kepimpinan yang menang dan tewas adalah pilihan perwakilan hasil daripada proses tarbiyah yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS.

Jadi mustahil bagi mereka yang dianggap sebagai bukan Ulama akan menolak golongan itu kerana mereka memahami sepenuhnya perjuangan PAS

"Tak mungkin orang macam saya di sini untuk menjahanamkan PAS. Niat jahat mereka untuk pecah belahkan parti ini," tambah beliau.

Mengimbau sejarah hidupnya, Salahuddin berkata, beliau yang tidak mengetahui apa-apa tentang Islam kerana diasuh di sekolah aliran Inggeris, berubah setelah mendengar ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Satu hari saya diberi kaset ucapan presiden (Abdul Hadi). Selepas saya dengar kaset itu terbuka pintu hati saya untuk berjuang untuk Islam, menapak sedikit demi sedikit ditarbiah PAS dan ulama,"katanya.

Hal itu turut dikongsi oleh seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang turut terbuka hati menyertai perjuangan PAS kerana kaset ceramah Abdul Hadi semasa menjadi pelajar di Universiti Malaya pada 1980-an

"Dari bawah bumbung Masjid di Rusila, antara sedar atau tidak, Presiden telah melahirkan kepimpinan PAS sekarang," terang beliau kepada muktamar.

Husam yang sebelum ini diuar-uarkan media arus perdana sebagai 'tidak sebulu' dengan Hadi, menyeru semua pihak memobilisasikan seluruh kekuatan dan menyediakan model kemenangan termasuk model ekonomi berkebajikan untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

"Media arus perdana memberi satu gambaran yang negatif, dan saya rasa, apa yang Presiden terangkan mengenai negara berkebajikan tepat kerana ia telah menepati sasaran.

"Membangun negara berkebajikan telah terbina daripada cara 'sharing and caring' atau berkongsi dan mengambil berat (antara satu sama lain)," katanya sambil memberi contoh kisah Nabi Yusuf.

Seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar pula berkata hasrat Pakatan untuk sampai ke Putrajaya mestilah dengan cara menguasai hati dan pemikiran rakyat.

Ini kerana katanya, hanya dengan kuasa rakyat mampu untuk PAS dan Pakatan menguasai pusat pentadbiran kerajaan dengan mengetengahkan kejujuran dan keadilan dalam masyarakat.

"Kita bercakap menguasai Putrajaya, buat seminar PAS ganti Umno. Kita tidak boleh kuasai Putrajaya dalam konteks kuasa politik. Kita kena bawa sekali kuasa rakyat.

"Tetapi untuk bawa kuasa rakyat, kita tidak mampu selagi tidak mengetuai hati dan pemikiran rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Read more ...

BN cemas: Realiti PAS ganti Umno di ambang mata

Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS?

Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini?


NONEBenarkah dalam muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu?

Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah! Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.

NONESebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.

Menurut Datuk Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri.
Ulama kalah?
Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia.

NONELantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.

Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep negara Islam dan memilih moto negara berkebajikan.

Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu negara berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

NONERupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar Ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular.

Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini.
Janda politik
Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno.

NONECuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang.
Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh PKR.

NONEEntah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang “meroyan”.
PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang “janda politik”.

ibrahim ali press conference at his home in taman melawatiMungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.
Diterima di akhirat

Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal.
syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 02Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.

Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan negara berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat!

Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran.

dr juanda jaya perlis muftiPandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian negara berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.
Penghinaan dayafikir Melayu-Islam

Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep negara berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep negara berkebajikan itu.

utusan on pas electionNamun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.

Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan PAS dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa.

Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada Umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka.

NONEMaka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS.
Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno!

Read more ...

KES FITNAH II: Pendakwa raya HALANG peguam Anwar temu bual saksi



[KD] KUALA LUMPUR: Peguam Sankara Nair yang mewakili Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu bahawa pihak pendakwa raya tidak membenarkan pasukan peguam Anwar menemu bual kesemua 25 saksi yang dijanjikan kepada mereka.

Menurut Sankara, sehingga ke hari ini mereka hanya dibenarkan menemu bual hanya lima daripada 25 saksi yang dijanjikan pendakwa raya.

Malah mereka juga masih belum dibenarkan menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, yang pernah bertemu dengan Saiful, pengadu yang mendakwa kononnya diliwat Anwar.

Justeru, Sankara melahirkan keraguannya yang Anwar akan menerima perbicaraan yang adil apabila mahkamah kembali bersidang hari ini.

“Tangan kami terikat dalam usaha kami untuk menyiapkan pembelaan yang sempurna buat Anwar apabila pendakwa raya enggan memberikan kami kesemua saksi yang telah dijanjikan mereka,” kata Sankara seperti dilaporkan agensi berita AFP.

Khamis minggu lepas, Anwar turut memfailkan permohonan untuk mengenepikan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar perbicaraan kes Fitnah II atas sebab Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dalam penghakimannya.

Menurut pasukan peguam Anwar, Hakim Zabidin bertindak melakukan pra-penghakiman apabila menyatakan pendakwa raya sudah ‘membuktikan kes mereka melampaui keraguan’.

Tidak cukup dengan perbicaraan yang berat sebelah, keluarga Anwar juga turut diancam nyawa mereka demi menghalang kemaraan Anwar dalam memimpin Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang merupakan anak sulung Anwar menerima ugutan bunuh ke atas anak perempuannya beberapa minggu lalu.

Ugutan itu pada mulanya berupa panggilan telefon yang meminta Nurul Izzah memujuk Anwar agar berhenti daripada politik jika beliau sayangkan nyawa anaknya. Ia kemudian disusuli SMS mengugut Izzah agar mempengaruhi Anwar berhenti daripada politik jika tidak mahu nasib yang buruk menimpa anaknya.

Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berhadapan bahaya apabila kereta yang beliau naiki mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada Chemor, Perak April lalu.

Kemalangan itu disahkan oleh mekanik yang memeriksa kereta itu sebagai berpunca daripada perbuatan khianat pihak tertentu yang mencabut skru pada cakera brek kereta yang dinaiki Wan Azizah.

Hari ini, mahkamah akan kembali bersidang untuk mendengar kes Fitnah II.

Mahkamah dijangka terlebih dahulu mendengar permohonan Anwar untuk mengenepikan Hakim Zabidin daripada mendengar kes ini.

Read more ...

Kepimpinan PAS: Umno BN gigit jari

PADANG SERAI, 6 Jun: Keputusan pemilihan kepimpinan PAS yang telah berlalu baru-baru ini membuktikan bahawa parti tersebut berjaya menangani masalah yang cuba dicipta oleh Umno dan BN dalam isu ulama dan Erdogan yang cuba dikaitkan.

Apa yang telah diputuskan oleh para perwakilan, dilihat menggambarkan aspirasi sebenar mereka yang inginkan pembaharuan dalam organisasi yang diharapkan oleh masyarakat Melayu dan Islam sebagai pengganti kepada Umno yang telah memerintah negara sekian lama.

Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog dan ramah mesra dengan masyarakat di sini, semalam.

Katanya lagi, usaha Umno dan BN melalui media arus perdana untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS terutamanya bagi jawatan timbalan dan naib presiden tidak kesampaian, apabila calon-calon yang tewas tidak pun menunjukkan kekecewaan atas keputusan yang telah mereka terima.

"Sebaliknya Umno dan BN sendiri menggigit jari apabila melihat agenda fitnah yang ingin mereka lemparkan bagi mengeruhkan suasana pemilihan tidak menjadi realiti.

"Ini juga membuktikan kematangan yang ada dalam organisasi tersebut, berjaya menidakkan hasrat menggunung Umno dan BN yang ingin melihat berlakunya kecelaruan dalam pemilihan baru-baru ini," ujarnya lagi.

Malah, katanya gandingan antara muka baru dan muka lama mampu untuk membantu mencapai kejayaan yang diinginkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Syabas juga diucapkan kepada mereka yang berjaya mempertahankan jawatan sebagai naib presiden dan barisan kepimpinan dalam jawatankuasa yang menggandingkan muka baru dan juga lama," tegasnya lagi.

Read more ...

Rakyat Yemen rai langkah Presiden tinggalkan negara

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBhvMY7AKOBt62bbIIr5c7X04Sp4JfORSh2Ace-H6XwgMWOFFIJCxDwqjtbc2DeSqtphA1B62mA25wTpRlluD55y-sCWbrX1Il7MUvJTDsf72TbkL7Ll92jio3IwMWfSWd4jiNwt9Ri8mC/s1600/yaman.jpgSANAA 6 JUN : Beribu-ribu aktivis demokrasi menyanyi dan menari di jalan-jalan di ibu negara Yemen, Sanaa sepanjang hari semalam meraikan tindakan Presiden Ali Abdullah Saleh meninggalkan negara itu sambil berharap ia akan menandakan berakhirnya kuasa tiga dekad beliau.

“Negara ini lebih cantik (aman) tanpa anda,” kata mesej satu sepanduk dibawa oleh seorang penunjuk perasaan.

Kebangkitan menentang kepimpinan Ali Abdullah bermula Februari lalu di Sanaa yang kemudiannya dilabel sebagai “Dataran Perubahan”.

Mereka turun ke jalan-jalan untuk menari selepas mendengar Ali Abdullah meninggalkan negara itu lewat tengah malam kelmarin ke negara jiran Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan mengeluarkan serpihan peluru dari bahagian dadanya.

Presiden itu mengalami kecederaan ekoran serangan roket yang dilepaskan ke atas kediaman rasmi presiden yang dipercayai membunuh atau mencederakan beberapa pembantunya.

Di bandar selatan Taiz, beribu-ribu orang meraikan tindakan Ali Abdullah dengan bunga api.

Sehingga Jumaat lalu, Ali Abdullah enggan tunduk kepada tekanan antarabangsa agar berundur di sebalik kebangkitan rakyat yang dicetuskan oleh pergolakan di Mesir dan Tunisia.

“Akhirnya, kami menang. Revolusi ini berjaya. (Ali Abdullah) Saleh tidak akan pulang!” kata seorang aktivis meskipun ada yang tidak yakin tindakan beliau keluar negara adalah muktamad.

Sanaa. yang berhadapan dengan pertempuran maut selepas Ali Abdullah dengan enggan menandatangani inisiatif damai Teluk bulan lalu, kelihatan lebih tenang semalam.

Pertempuran antara pasukan keselamatan pro-Ali Abdullah dan puak suku dan unit-unit tentera yang memihak penunjuk perasaan telah mengorbankan lebih 200 orang sejak awal tahun ini. — Reuters

Read more ...

Gambar Lucah dalam surah Yaasin: Puak Songkok Tiga Jengkal semakin berani sebab polis kecut


Pengedaran ini tidaklah mengejutkan kerana apa saja tindakan dan perbuatan mereka semua nya mendapat sokongan dan d0kongan oleh pihak tertentu, seolah-olah mereka kebal dari segala-galanya. Buat kata pepatah " dah terang lagi bersuluh ". Kisah tape lucah ini, dah pun tau siapa yang tanya, di mana di tayangkan, siapa penontonnya cuma pihak polis memberikan kelonggaran kepada mereka bahawa perbuatan mereka itu " dibenarkan ", ianya tidak salah.

Dengan laluan " tidak bersalah " ini, puak ini akan menggunakan apa saja kemudahan untuk memastikan mereka yang " dibenci " terus di benci. Dari para semua sudut penentangan terhadap Anwar jelas kini, sebut saja badan, NGOs, para menteri, para hakim pemimpin UMNO, agensi kerajaan ( Polis, SPRM, SPR ) dan masyarakat kampong ( memang sudah di didik untuk sentiasa di bodohkan ) buruh laku dan buruh perangai Anwar menjadi siulan mereka

Kini kita di kejutkan denagn apa yang berlaku di Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah, para jemaah terkejut surat yassin mereka di sertai dengan gambar lucah. Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan. Apa yang berlaku di sahkan sendiri oleh pihak Masjid dan pihak Polis.

Asisten Komisioner Zulkifli Alias Ketua Polis Daerah Seberang Perai utara mengesakankan laporan. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Walaubagaimana sehingga kini belum ada tangkapan.

Selain itu mereka juga menggunakah perkhidmatan pesanan ringkas untuk memburuk-burukan kepimpinan parti lawan. Nombor seperti 0192982205, 0192268398, 0192093385, 0174225020, 0172383599, 0195951001. Antara sms yang diterima:

0192268398 = PAS Perak jadi Kuda Perang. Kit Siang tak payah pakai perabun malam.. hanuttt..tewas di Sg. Perak.

0192093385 = Mohamamd Sabu, bulu tersekat di kerongkong jadi lawak. Raja lawak setiap majlis ceramah. Mencari publisiti murahan kerjaya terpuji, apa lagi...????

0177425020 = TERTIPU: untuk mencapai hasrat menjadi PM DSAI sanggup guna pertubuhan Yahudi dari USA - International Repulican Institute ( IRI ) PKR mengadakan satu taklimat/latihan/strategi p' raya bersama IRI pada 24/5/2011 di Hotel Sunway. Sbrg Jaya, Permatang Pauh.

Itu beberapa contoh, sms yang dikirimkan oleh mereka yang sudah hilang arah tuju dalam perjuangan. SIAPA MEREKA, kita boleh teka dan agak.

Read more ...

Tu Dia 40 Penyamun Ekonomi UMNO


Ani Arope gelar EPU ‘Unit Penyamun Ekonomi’

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.

Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

“Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

“Bagus EPU — Unit ‘Plundering’ Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.

Read more ...

Awang Adek syok sendiri, berangan ahli PAS masuk UMNO



GOMBAK 5 JUN : Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin sebagai "syok sendiri" apabila mendakwa keahlian PAS semakin terjejas selepas pilhan raya umum lalu.

Awang Adek mendakwa kira-kira 10 ribu ahli PAS dan golongan belia di Kelantan menyertai Umno sejak 2008, malah yakin Umno akan menawan semula Kelantan yang di terajui oleh PAS untuk lebih dua dekad.

"10,000 atau 100,000 dah biasa kita dengar. Dulu pun UMNO cakap orang PAS dah keluar beratus ribu, mungkin dah sejuta dua juta. Jadi saya tak terkejut dan ini bukan taktik baru UMNO, rasanya syok sendiri sahajalah," Husam memberitahu TvSelangor.

Tambah Husam lagi, helah sebegitu sudah tidak laku untuk mempengaruhi rakyat kononnya PAS semakin kehilangan anggotanya.

Husam berkata Umno dan juak-juaknya hanya perlu menilai kehadiran golongan belia pada ceramah-ceramah parti itu di Kedah dan Kelantan untuk mengetahui tahap sokongan terhadap PAS.

Tegasnya pemimpin UMNO kini berada dalam kebimbingan sehinggakan terpaksa membuat kenyataan sedemikian bagi memastikan parti mereka kekal memerintah negara.

Semalam Datuk Awang mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, mereka berbuat demikian kerana kononnya kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan.

Read more ...

''Ini bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini PAS''




GOMBAK 5 JUN : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'memaafkan' media massa arus perdana yang memberi laporan berat sebelah dan negatif terhadap PAS sepanjang Muktamar ke 57 yang berakhir sebentar tadi
.
Beliau merakamkan penghargaan PAS kepada wartawan yang bertungkus lumus melakukan liputan sepanjang tiga hari walaupun akhirnya pihak pengawal dan pemilik media tersebut menghalang berita sebenar yang sepatutnya dilakukan.
Hal ini menurut beliau kerana pihak tersebut dikongkong peraturan yang tidak adil dan kuno.
"Walaupun ada media massa yang melaporkan kenyataan yang tak menyenangkan. Kita maafkan mereka. Islam maafkan mereka yang jahil," kata beliau.
"Wartawan melaporkan apa yang ditulis tapi apa yang menyiarkan berita adalah yang disana dan dikongkong dengan peraturan yang sangat jumud," ujar Hadi ketika menggulung perbahasan muktamar di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad di Taman Melewar di sini hari ini.
Media Arus Perdana kawalan UMNO mendakwa kononnya keputusan Pemilihan PAS menunjukkan parti itu menyisihkan kepimpinan ulama.
Ini berikutan kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, mengalahkan penyandang Nasaruddin Mat Esa dan seorang lagi ulama, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Perlantikan Husan Musa, antara pemimpin pelapis PAS, sebagai Naib Presiden baru, juga tidak disenangi oleh juak-juak Umno.
Abdul Hadi menyanggah segala tuduhan itu dan menekankan PAS adalah sebuah parti Islam tulen yang ditunjang oleh pemimpin yang memang memperjuangkan Islam.
"Ada laporkan wujud kumpulan Erdogan. Ini bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini PAS. Ini bukan Turki, ini Malaysia. Turki tidak boleh ada parti Islam," tegas Ahli Parlimen Marang itu.
Abdul Hadi menegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga terdiri dari pelbagai latar belakang tapi semuanya mempunyai pegangan agama yang kuat.
Malah Abdul Hadi menyatakan pemimpin yang tewas dalam pemilihan mempunyai peranan dalam parti.
Sebagai contoh, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah lebih 20 tahun tidak memenangi sebarang pemilihan sehingga semalam tetapi tetap diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya kerana kepimpinan beliau.
Hadi turut merujuk kepada komposisi Jawatankuasa Kerja Pusat PAs yang baru sebagai bukti parti itu memberi ruang kepada semua pihak berasaskan kekuatan mereka, walaupun ada antara mereka yang tewas dalam pemilihan.
"Lapan orang doktor kelulusan agama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam,enam pensyarah, dua orang aktivis. Kita boleh lantik lagi enam ajk pusat, empat ajk harian 14 pesuruhjaya negeri. Jadi bila pihak luar anggap mereka tidak diterima dapat undi tercorot, mereka tetap main peranan dalam parti."

Read more ...

Negara Berkebajikan adalah tuntutan Islam



GOMBAK 5 JUN : Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan konsep negara berkebajikan adalah hasil muzakarah sesama Ulama Majlis Syura serta perbincangan PAS dan rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat.
Hadi menegaskan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS jauh berbeza dengan acuan sosialisme dan atau komunism yang berteraskan kebajikan sosial semata.
"Kita perkenal negara berkebajikan. Bukan seperti komunis atau sosialis. Walaupun ada persamaan jaga kebajikan rakyat, tetapi Islam hormat hak individu. Islam ada konsep dosa dan pahala," kata Hadi ketika menggulungkan Muktamar PAS ke 57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad di sini hari ini.
Muktamar PAS kali ini bertemakan 'Menuju Negara Berkebajikan' yang menitikberatkan sebuah negara yang bebas dari rasuah dan penyelewengan kuasa serta menggunakan kemakmuran negara untuk membela rakyat.
Penubuhan negata berkebajikan adalah antara teras program Pakatan Rakyat yang termaktub dalam Buku Jingga parti itu.
Hadi berkara negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan PR mementingkan kebajikan rakyat dan bukan kroni semata seperti pimpinan kerajaan Pusat sekarang.
Menurut Hadi, konsep negara kebajikan telah lama diceritakan dalam Al-Quran dan wujud sejak zaman Nabi Yusof lagi.
Ketika itu, Nabi Yusof mempelopori konsep cukai dan bantuan sosial yang tidak membebankan rakyat bahkan menambah hasil kepada negara.
"Tuhan tunjukkan contoh negara kebajikan sebelum zaman Nabi Muhammad. Ia pada zaman Nabi Yusof AS. "Menunjukkan bahawa negara kebajikan wawasannya bukan setakat 2020 tapi sehingga akhirat," kata Hadi.
Hadi turut menyatakan kepada para perwakilan - atau Muktabirin bahawa konsep negara sedemikian diperinchi melalui perbincangan Syura Ulama PAS melalui prinsip 'Tahalul Siasi' atau Politik Islam dari sudut Fiqh.
"Kita sampai satu tahap ke hadapan apabila Majlis Syura perkenal Fiqh politik Islam," kata beliau.
Justeru Hadi mahukan ucapan dasar yang menyentuh keperluan negara kebajikan itu dijadikan amalam oleh setiap ahli PAS dalam memperjuangkan politik mereka ini.
"Marilah kita jadikan ucapan dasar yang dibuat, ucapan dasar yang berkobar bukan saja ucapan yang diluah tapi wajib dijadikan amalan," tegas Hadi.

Read more ...

Kerana UMNO , agensi kerajaan jadi TELINGA PEKAK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYh-tdDW2G9FwbkNc7W9xBjfmRl0b5iJpo_Oobd7DNZfk4oCUggtjQFZgHcA2LoYM2S9srHz95QNA2zhYkCEPYMJ1Joiv2CTbpNzMZZ_2SI05VK_kzCO_yw98kJIaHO0Zi5UDycJUsClY/s320/ears.jpg

KUALA LUMPUR: Muktamar PAS hari ini didedahkan bagaimana usaha untuk menyelesaikan isu kad pengenalan palsu hanya jatuh ke telinga pekak sahaja.

Ia berlaku apabila pelbagai usaha melalui pelbagai saluran dibuat untuk menyelesaikannya namun pihak yang prihatin ini hanya ditendang bagai bola sahaja.

Perwakilan PAS kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim memberitahu, beliau menemui 14 keping kad pengenalan bersama dengan kad berlogo BN di satu tempat pembuangan sampah.

Ekoran itu, beliau bersama dengan Dewan Pemuda PAS Johor telah membuat laporan polis mengenainya.

"Akibatnya saya yang disiasat...antaranya mereka tanya, kenapa saya ke tempat pembuangan sampah. Saya kata, memang kerja saya sebagai tukang besi mencari besi buruk untuk digunakan," cerita Zaaba kepada sidang muktamar.

Selepas dua minggu, beliau ke balai polis bertanya apa berlaku kepada laporan polis beliau itu, namun tidak ada sebarang jawapan yang memuaskan dari pihak polis.

"Seminggu selepas itu, saya pergi lagi tanya, tidak ada juga," kata Zaaba ketika menyokong usul Pemuda PAS agar satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat skandal kad pengenalan palsu yang diberikan untuk kepentingan pilihan raya.

Usul yang diluluskan sebulat suara itu juga mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran agar menyiasatnya dengan teliti.

Usul itu juga mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku.

Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011.

Menurut Zaaba, selepas kesal dengan polis, beliau membuat memo ke Parlimen bagi melaporkan perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri namun juga tidak mendapat jawapan yang memuaskan mereka.

"Saya sedia untuk menjadi saksi dan sedia memberikan bukti untuk mendedahkan perkara ini kerana ia masih tersimpan kemas dengan saya," kata Zaaba yang menyokong usul itu.

Read more ...

PAS tidak terpinggir, UMNO pula yang hanyut!!

ANALISIS


Kira-kira empat bulan selepas pemilihan 2009, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetengahkan idea agar diadakan pemilihan khas untuk menggantikan pucuk kepimpinan parti itu.

Ketika itu, tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, mengejutkan banyak pihak khususnya di kalangan ahli parti itu sendiri.


Perhimpunan khas yang diusulkan beliau tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kepimpinan pusat memutuskan kaedah kompromi dalaman agar parti itu tidak berhadapan dengan perpecahan dan krisis dalaman.


Nik Aziz dalam blognya ketika itu menimbulkan cadangan itu dipercayai kerana tidak senang dengan beberapa pemimpin parti.


Antara yang disebut-sebut ialah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali serta Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa berhubung isu kerajaan perpaduan.


Meskipun kompromi dibuat tetapi persekitaran protes itu tidak habis di situ.


Menjelang muktamar tahun lalu, isu kononnya Nasharudin tidak sealiran dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul semula.


Beberapa pemimpin mendakwa pihaknya akan membawa usul agar pemimpin kanan ditukar akan dibawa ke muktamar yang diadakan di Kelantan.


The Malaysian Insider
ada membawa tulisan bahawa Hadi sendiri ada memaklumkan sahabatnya dan beberapa pemimpin kanan dalam parti itu bahawa beliau tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada timbalannya.

Hadi menafikan tanggapan sedemikian.


Tetapi, setahun lalu, segelintir pemimpin kawasan menekankan bahawa usaha akan digerakkan bagi memastikan pucuk kepimpinan di tangga kedua mengalami perubahan tahun depan.


Cakap-cakap itu kekal sebutan sebahagian besar perwakilan sehingga ke hari pengundian pemilihan 2011-2013.


Apabila keputusan rasmi diumumkan pagi ini, Nasharudin berada di tempat ketiga dengan 224 undi berbanding Mohamad Sabu 420 undi, yang pernah mencabarnya dua tahun lalu.


Pencabar ketiga, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turun sebagai calon minit-minit terakhir mengumpulkan 399 undi.


Sebagaimana dua tahun lalu, undi dua pencabar mengatasi undi calon yang menang.


Nasharudin berada di tangga kedua sebagai timbalan Hadi sejak 2005.


“Saya menghormati apa yang dipilih oleh perwakilan dan merasakan pemilihan itu adalah yang terbaik,” katanya lagi.


Hari ini, Nasharudin juga berkata, beliau sudah tiga penggal menjadi timbalan presiden dan tiada masalah dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Laporan media tahun lalu menyebut wujud pergeseran antara Hadi dan Nasharudin.


“Selama tiga penggal saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin.


Kepimpinan terbaru ini, dilihat sebagai satu perkara terbaik,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok.


Ditanya mengapa beliau kalah, Nasharudin menjawab: “Perwakilan tidak mengundi saya.”


Mengenai kekurangan pada dirinya yang membawa kepada kekalahan, Nasharudin memberitahu, “saya tidak pasti, mungkin mereka mahukan seseorang yang lebih vokal.”


Pun begitu Nasharudin menolak isu kerajaan perpaduan Umno-PAS yang diperkatakan sejak 2008-2009 sebagai punca kekalahan beliau.


“Isu itu isu basi,” ujar beliau.


Dalam temu bual khas dengan
The Malaysian Insider menjelang hari pengundian, Mohamad ketika mengulas isu puak ulama dan profesional berkata, “namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS.”

Beberapa perwakilan yang ditemui beberapa jam selepas pengumuman keputusan berkongsi pandangan bahawa mereka sememangnya telah menjangkakan perubahan dalam kepimpinan nombor dua parti dan memperkukuhkan semula kedudukan naib presiden.

Perwakilan-perwakilan ditemui menekankan mesej hampir sama – PAS memerlukan pasukan agresif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Mengapa tidak perubahan ini dibuat pada pemilihan 2007 sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-12 tahun berikutnya?


Dan juga, mengapa tidak pada pemilihan dua tahun lalu?


Dua tahun tahu lalu, Mohamad dan Datuk Paduka Husam Musa, yang dilabel sebagai golongan profesional bertanding.


Pada 2009, undi kepada kedua-dua calon profesional berpecah manakala Nasharudin memperoleh sokongan padu perwakilan yang berlatarbelakangkan sentimen ulama.


Kali ini, undi perwakilan yang cenderung kepada ulama berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada Mohamad untuk menang dengan majoriti 21 undi.


“Saya memang sudah menjangkakan keputusan ini kerana kami tahu arah aliran sokongan.


Perwakilan khususnya ahli-ahli mahukan satu pasukan yang boleh membawa PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan kuat,” kata perwakilan dari Kelana Jaya, Abdul Rahman Othman yang menyifatkan barisan kepimpinan kali ini sebagai “pasukan impian.”


“Saya pasti Umno, BN akan gerun dengan pasukan.


Bukan begitu?” katanya lagi.


Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad iaitu perwakilan dari Temerloh, Pahang berkata, barisan baru ini akan memperkuatkan PAS dan Pakatan Rakyat.


“Ia akan memperkukuhkan dan menjadi PAS bergerak dengan lebih berkesan,” kata beliau.


Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, perwakilan menyediakan satu barisan kepimpinan yang berasaskan rekod prestasi.


“Ini adalah pasukan yang berasaskan prestasi, berdasarkan KPI... mereka mahukan pencapaian, menunjukkan prestasi... isyarat yang jelas,” katanya yang turut mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa kerja kali ini.


Sebagaimana diperkatakan oleh seorang ahli jawatankuasa kerja pusat kepada
The Malaysian Insider semalam, kira-kira empat jam sebelum proses pengundian, PAS nampaknya disajikan “pasukan terbaik” di sebalik persaingan sengit dalam memilih pemimpin terbaik.

Husam yang kembali memperoleh kerusi naib presiden berkata, “saya melihat ini pasukan terbaik.


Yang diterima perwakilan dan boleh diterima oleh rakyat semua kaum dan berdasarkan rekod pencapaian yang baik.”


Mengambil kira intipati ucapan dasar Hadi semalam, perwakilan meletakkan satu pasukan kepimpinan yang lebih agresif untuk berhadapan dengan serangan Umno-BN, yang meningkat sejak setahun lalu dan sudah pasti keputusan hari ini akan merancakkan lagi serangan politik menjelang pilihan raya umum ke-13.


Meminjam kata-kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kelmarin, streng “kepimpinan” cuma satu.


Streng sudah diberikan.


Perwakilan akan mengukur prestasi pemegang-pemegang streng ini sebelum muktamar 2012 iaitu pada pilihan raya umum ke-13.

Read more ...

Pelancaran Buku Jingga peringkat parlimen Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 3 Jun : Pakatan Rakyat akan memberi tumpuan terhadap penerangan Buku Jingga kepada rakyat supaya rakyat faham dan jelas terhadap perjuangan yang di bawa Pakatan Rakyat.

Demikian kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain semasa menyampaikan ucapan sempena pelancaran Buku Jingga peringkat parlimen Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.


“Pakatan Rakyat akan adakan penerangan daripada rumah ke rumah secara berkelompok khususnya kawasan pendalaman kampung, Melayu, Cina dan India”.

“Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga ini sehingga ia sangat ditakuti oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN)"katanya

Hadir sama pada majlis itu, Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, Jeff Ooi Ahli Parlimen Jelutung , Badrul Hisham Shahrin Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan Abdul Yunus Jamhari Ketua PKR Parit Buntar.

Sementara itu, Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar yang turut berucap berharap supaya para aktivis Pakatan Rakyat membaca buku Jingga tersebut dan memahami sungguh-sungguh agar dapat menjelaskannya rancangan-rancangan yang termuat dalam buku tersebut yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia kelak.

“ Kita mesti jelaskan kepada rakyat bahawa segala rancangan yang terkandung dalam Buku Jingga itu tidak mustahil untuk dilaksanakan dengan jaya dan berkesan.

“ Penggubalan Buku Jingga dibuat melalui kajian yang mendalam dan teliti oleh beberapa orang pakar dan telah dibentang dan dibincangkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat” katanya

Beliau juga menyeru agar rakyat terus meningkatkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, untuk berganding tenaga bagi memastikan perencanaan dan matlamat yang disasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat dilaksanakan.

“ Setiap anggota masyarakat seperti pimpinan masyarakat, pemimpin agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan perlu membaca Buku Jingga.

“ Negara kita mengamalkan demokrasi, setiap rakyat berhak mendapat peluang membaca Buku Jingga. Baca dulu Buku Jingga , kemudian baru buat keputusan”katanya

Dr. Mujahid juga berharap pelancaran Buku Jingga peringkat parlimen Parit Buntar dapat mengembalikan semula semangat perjuangan aktivis Pakatan Rakyat di Parit Buntar untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.

Pelancaran Buku Jingga peringkat parlimen Parit Buntar dihadiri kira-kira 2000 orang dari pelbagai kaum yang memenuhi setiap ruang dewan.


Pimpinan Pakatan Rakyat Setia Bersama

Dr. Mujahid Ahli Parlimen PAS Parit Buntar

Read more ...