Perkara ini dinyatakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria, kepada Berita Harian sebentar tadi.Ellias dihubungi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara pagi ini. -BH-
Thursday, June 16, 2011
TERKINI : Pilihanraya Masjid di Pulau Pinang batal, tapi kalau guna cara lama UMNO lagi pening
Perkara ini dinyatakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria, kepada Berita Harian sebentar tadi.Ellias dihubungi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara pagi ini. -BH-
Anak muda teruja sertai himpunan Bersih
Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, orang ramai terutama anak muda di Parit Buntar begitu teruja untuk menyertai himpunan yang bertujuan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih ini.
“ Setiap hari kami menerima pangilan daripada orang ramai terutama anak muda yang menyatakan minat dan kesanggupan menyertai himpunan ini.
“ Mereka lebih bersemangat walaupun kerajaan melalui media massa perdana memberi gambaran negatif terhadap himpunan aman ini” katanya
Beliau menolak tanggapan bahawa himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.
“ Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Ini akan menguntungkan penjaja dan peniaga .
“ Bukan semua peserta himpunan berkenderaan ke Kuala Lumpur . Pastinya pemandu teksi , perkhidmatan bas dan LRT akan menerima keuntungan berganda” katanya
Beliau yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman.
“ Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.
“ Himpunan aman adalah halal di sisi undang-undang negara malah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia” katanya
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar Hamndan Fadel Ahmad menyangkal tuduhan Presiden PERKASA Ibrahim Ali bahawa orang ramai yang berhimpun akan membaling batu dan membakar kereta.
“ Beliau membuat tuduhan rambang sebagai alasan untuk turut berarak menentang dan membuat provokasi terhadap himpunan Bersih yang sudah diatur awal.
“ Lebih baik ahli PERKASA berarak memburu pendatang asing yang memasuki Malaysia secara haram kerana pendatang asing ini lebih banyak melakukan kekacauan dan jenayah di Kuala Lumpur” katanya
Hamdan juga berharap pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman supaya tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.
KITA dah mula tiru gaya UMNO
Pemuda PAS hantar memorandum bantahan kepada Utusan
Ketuanya Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu media betapa kartun itu mempersendakan hukum Islam di negara ini dan bakal memberi kesinambungan buruk mengenai persepsi masyarakat terhadap agama ini.
"Dalam hal ini saya lihat (kartun itu) mempersendakan hukum Islam, mempermainkan institusi Islam negara ini dan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini bahawa tokoh agama tidak dapat menyelesaikan kes zina dan rogol negara ini, " tegas beliau kepada media di hadapan pejabat utusan hari ini.
Nasrudin bersama hampir sepuluh delegasi PAS muncul di pejabat Utusan kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan aman walaupun berhadapan dengan hampir 50 polis yang 'berjaga' di hadapan pejabat Utusan sejak jam 8.45 pagi lagi.
Menurut Nasrudin, memorandum telah diterima oleh Wakil Jabatan Pengarang yang juga Ketua Meja Jenayah Utusan, Suffian Abu Bakar yang berjanji untuk menyerahkan memorandum itu kepada peringkat lebih tinggi.
Pada 15 Jun lalu, Utusan telah menyiarkan satu kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang menggambarkan seorang wanita yang mengadu dirogol tidak dibenarkan mengambil tindakan terhadap perogolnya kerana hanya mempunyai bukti video ketika membuat laporan dengan jabatan agama.
Menurut Nasrudin, hal ini disebabkan kekeliruan pelukis dan pengarang Utusan berkenaan perkara ini.
"Saya rasa dia keliru. Kes rogol dengan kes zina peruntukannya berbeza dalam Islam," terang Nasrudin lagi.
Justeru Nasrudin memberi tempoh 7 hari kepada Utusan untuk meminta maaf, mengambil tindakan dan memohon maaf terhadap perkara ini.
Jika tidak, Nasrudin menyatakan hasrat untuk meneruskan siri bantahan dan mengadakan perhimpunan yang lebih besar untuk mengutuk insiden ini.
"Saya memberi masa 7 hari agar utusan memohon maaf secara terbuka dan mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur berkenaan," katanya.
"Saya harap jangan diperkecilkan perkara ini dan mempersendakan dan merendahkan hukum Islam," tambahnya lagi.
UM-NO: Gambar-gambar bantahan, katakan tidak pada Utusan dan Umno
KOTA BHARU, 17 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan Kempen Boikot Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, sebentar tadi.
Majlis pelancaran kempen itu bermula sebaik sahaja beliau mengakhiri kuliah pagi Jumaat di Dataran Ilmu, di sini pada jam 10.15 pagi.
Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memangkah perkataan Utusan Malaysia pada kain rentang sebagai simbolik pelancaran memboikot akhbar milik Umno itu.
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) dalam ucapan ringkas mengambil perkataan ‘Umno’ sebagai ungkapan kepada pemboikotan akhbar berkenaan.
Katanya, ‘UM’ adalah ringkasan kepada Utusan Malaysia dan ‘NO’ sebagai tidak, justeru 'katakan tidak pada Utusan’ dan ‘tidak pada Umno’.
Beliau yang juga Adun Mengkebang memberikan tiga sebab tindakan memboikot itu dilakukan kerana Utusan sudah menjadi akhbar yang memecahbelahkan perpaduan rakyat, menyebar unsur-unsur lucah dan fitnah.
Menurutnya, kemuncak kepada tindakan akhbar berkenaan sejak mutakhir ini boleh menimbulkan hura-hara di dalam negara ini.
Namun, tegasnya pemboikotan diambil sebagai menyatakan bantahan terhadap akhbar itu yang menyiarkan karikatur mengenai kes rogol yang jelas menghina hukum Allah SWT.
"Kalau dulu, akhbar Denmark yang menghina Islam, tapi hari ini akhbar utama dalam negara kita yang menghina agama Allah yang maha suci," ujarnya.
Justeru, beliau menyeru para pendukung PAS, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat supaya tidak membeli akhbar tersebut.
"Kalau beli bermakna kita suburkan fitnah, lucah dan kita menghina Islam," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau turut mendesak akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya.
Tegasnya, penghinaan terhadap agama Allah yang dilakukan oleh Utusan tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan lebih banyak lagi penghinaan seperti itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
PANAS : Ahli JKKK wanita (UMNO la tu) dicekup sedang main judi
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 10.30 malam ketika kawasan berkenaan dipenuhi hampir 10 pemain sedang leka bermain judi belangkas.HM
Berani melawan pemerintah zalim , bukan pondan berani dibelakang P#####Q Polis macam pemuda UMNO
“Mereka yang tidak berpuas hati hanya merungut di belakang tetapi terus membiarkan diri mereka dipimpin kerajaan sedemikian yang tidak prihatin kepada masalah mereka,” kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata demikian ketika mengadakan sesi dialog PR bersama penduduk dan nelayan di Kuala Perlis, petang kelmarin.
Dalam sesi dialog itu, Mat Sabu berdialog tentang beberapa masalah yang diutarakan penduduk termasuk isu pemansuhan subsidi diesel terhadap beberapa jenis pengangkutan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Antara yang terkena tempias terhadap pemansuhan itu ialah nelayan dan pihak yang pekerjaan mereka berkait rapat dengan laut.
Mat Sabu berkata, sepatutnya rakyat perlu lebih berani membuat perubahan dengan memberi peluang kepada pihak lain tidak kira apa kerajaan yang memerintah supaya mereka boleh menilai mana yang lebih baik.
“Selepas kita lihat kerajaan yang kita pilih itu tidak bagus, kita tukar kerajaan lain pula jika masih tidak bagus kita tukar lagi. Kita mesti berani, jangan terlalu bergantung kepada satu kerajaan sahaja,” katanya.
Sementara itu, Mat Sabu berkata, sekiranya PR dipilih memerintah kerajaan, usaha pertama yang akan diambil ialah untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah yang dihadapi penduduk di sini terutama di Kuala Perlis.
Katanya, masalah tanah yang dihadapi di perkampungan nelayan Kuala Perlis sudah lama namun, belum berjaya diselesaikan kerajaan sehingga kini.
“Banyak tanah yang diduduki penduduk sejak berpuluh-puluh tahun lalu tidak mempunyai geran hingga menyukarkan penduduk membuat pembangunan di tempat mereka.
“Kami akan memastikan semua penduduk memiliki hak milik tanah yang diduduki mereka sekiranya PR dipilih memerintah.
“Kami dah buat perkara yang sama di perkampungan Kampung Baru di Perak ketika Pas memerintah tidak lama dulu. Penduduk kena berani berubah untuk menyokong PR,” katanya.
Hukum UMNO : Kes rogol kena 4 orang saksi, Utusan tukang perbodoh orang Islam
Oleh: mazwandi
Hamba terkesan dengan kebodohan orang Melayu tentang Islam apabila terbaca sebuah artikel dari Blog Al-Banjari bertajuk (Aishah, Ketua Srikandi Keadilan diugut rogol ! ).
Baca dahulu artikel itu, nanti anda semua akan tahu, tahap kebodohan umat Melayu tentang Islam. Lagi senang, hamba copy paste ugutan mamat umno ini kepada Srikandi PKR;
Ugutannya berbunyi "kepada perogol2 yang tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn risau k..(AMARAN!!!!! Jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang sahaja buat kerja....sbb apa?????? Kalau anda kena tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4 orang saksi..kalau anda nak rakam pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH. PR???? PARTI ROSAK" dari FB bernama Rango Crew.Tahap kebodohan umat Melayu ini amat ketara mengatakan jika ada minah yang kena rogol, beliau kena cari 4 saksi untuk pertuduhan dirinya dirogol. Kan ke bangang namanya? Jika tidak tahu hukum, janganlah membodohkan diri. Sudahlah bodoh, sombong pula tu, sehingga tahap hendak merogol orang. Apa punya kes puak umno ni?
Mula-mula kome kena tahu, apa dia takrif zina. Kalau hendak tahu, meh hamba beritahu, takrif zina adalah;
"Persetubuhan haram yang SENGAJA antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang SYUBHAH".
Kemudian Rukunnya;
1) Persetubuhan Haram
2) Niat SENGAJA.
Maka janganlah kome menjadi penyambung lidah syaitan, kerana buat apalah kome semua buat kerja susah-susah fitnah dinah ini. Kemudian siap suruh orang rogol orang lagi. Ditambahkan dengan menipu manusia tentang hukuman hudud. Buat apa kome susah-susah buat kerja untuk kompem masuk neraka? Bodoh punya Melayu.
(Artikel ini juga boleh menjawab kartun celaka Utusan Malaysia hari ini).
http://ibnmustaffa.blogspot.com/
FELDA : Untung RM 1 bilion tapi hutang RM 6 bilion, bukan BANKRAP tapi BENGGAP
KOMENTAR : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah “membebankan” peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil olehnya.
Bagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen hari ini bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).
Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.
Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.
Bagaimanapun Ahmad Maslan kemudian mengaku bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.
Namun Ahmad menyifatkan kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.
Dalam ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.
Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.
Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.
“Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini,” kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.
Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.
Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.
Anwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.
Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.
Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.
Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bankrap jika terus menanggung kerugian akibat
pemborosan dan pelaburan yang tersasar.
Pada hari ini Ahmad mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan Mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.
Ribuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.
Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.
Pemuda UMNO pun nak turun berarak belakang P#####Q Polis
Bagaimanapun sayap Umno tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0.
“Pemuda Umno akan menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai (ini) demi perkukuh sistem demokrasi. Tak serta Bersih sebab (ia) bawa agenda pembangkang,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) menerusi mesej Twitternya petang ini.
Kata beliau perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno hari ini.
Facebook RM 1.8 juta, Laman Web RM 1.4 juta, e-mel RM 50 juta : UMNO cipta projek untuk kroni belasah duit rakyat ?
Tetapi mengapa ini pula yang dilakukan?
- Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
- Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
- Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
Rakyat mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta kerajaan menjelaskan dengan terperinci perbelanjaan masing-masing dalam usaha mereka menyertai perlumbaan membina dan menyelenggara laman-laman web dan rangkaian sosial.
Semalam, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke merangkap Ahli Parlimen Rasah telah mempertikaikan langkah Kementerian Pelancongan yang membazirkan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebook kementerian tersebut.
“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian.
“Secara bandingan laman Facebook ‘Visit Penang’, yang mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” katanya dalam siding Dewan Rakyat.
Beliau berkata tidak munasabah jika tidak ada seorang pun di kementerian itu yang mampu mengemas kini akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberi kontrak kepada pihak ketiga.
Dalam jawapan kepada persoalan itu, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit hanya menjelaskan bahawa kontrak RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Awal bulan Jun ini, portal 1pengguna milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dikatakan kena godam.
Mudah sekali digodam laman itu yang bernilai RM1.4 juta yang bertujuan mempamer maklumat harga barangan pengguna.
Pada April lalu pula, kerajaan mempromosikan e-mel 1Malaysia yang dikatakan milik swasta Tricubes Bhd yang mengendalikannya dengan kos RM50 juta bagi perkhidmatan selama 10 tahun.
Walau pun ia dikatakan perkhidmatan percuma, sama seperti e-mel Yahoo atau Google, jabatan atau agensi kerajaan yang menggunakan khidmat itu perlu membayar 50 sen bagi setiap e-mel yang dihantar.
Bayangkan berapa ribu e-mel dihantar oleh jabatan dan agensi kerajaan setiap hari?
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara telah mengkritik projek itu yang akan merugikan rakyat melalui perbelanjaan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan e-mel berkenaan.
Tentunya rakyat ingin tahu dengan jelas dan telus belanja setiap jabatan dan agensi kerajaan yang membina dan menyelenggara laman-laman internet mereka.
Ini hanya belanja kerja-kerja internet. Berapa banyak pula pembaziran dan ketirisan pentadbiran kewangan dalam hal-hal “pembangunan”, “projek” dan banyak lagi program-program yang tidak menjadi keperluan atau keutamaan rakyat. – Roketkini.com
Anwar yakin UMNO dan Polis terlibat lindungi tro ' Datuk T'
KUALA LUMPUR 16 JUN : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau yakin penglibatan pemimpin tertinggi Umno-Barisan Nasional dan polis dalam usaha melindungi trio 'Datuk T' daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan terkini ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dilihat menyepikan diri kebelakangan ini.
"Saya tak tahu tapi (nampaknya)polis masih beri perlindungan. Ini adalah satu negara di mana video seks disebarkan seluruh negara dan polis tidak tahu nak buat apa? Sebab itu saya masih kekalkan (kenyataan) terdapat arahan dari pihak atasan (Umno)," tambah beliau.
Eskay adalah individu yang bertanggungjawab menayangkan video seks fitnah yang dikaitkan dengan Anwar di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Rakaman fitnah itu kemudian disebarkan menerusi Internet, dan diedarkan di pasar malam, dan dari rumah ke rumah selain diletakkan di masjid-masjid untuk mengaibkan Anwar.
Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, mengaku bertanggungjawab ke atas video namun setakat ini mereka tidak dikenakan sebarang pendakwaan kerana mengedar bahan lucah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan juga tidak mengenakan hukum Qazaf terhadap mereka untuk membuktikan dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman.