Sunday, July 10, 2011

Rakyat yang kena, Ro$mah yang cirit

Terimakasih dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh pihak polis terhadap perhimpunan aman Bersih 2.0. Kaki tangan dibawah Kementrian Dalam Negeri yang dipimpin oleh Naib Presiden Umno itu penuh akhlak dan layanan terpuji. memang sesuailah dengan slogan "Rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan".

Ketika umno mengadakan perhimpunan protes di pulau Pinang termasuk himpunan diatas jambatan yang menganggu lalu-lintas, takde apa pulak tindakan yang diambil tetapi apabila melibatkan rakyat yang mempunyai hak untuk menyuarakan rasa hati mereka.. mereka diperlakukan seperti anjing kurap. Siapakah yang membayar gaji-gaji mereka ini semua? Umno ke rakyat??? adakah mereka tidak kenal siapa tuan mereka???

Yang mereka tahu... apabila kleng! kleng! kleng!.. loceng dibunyikan. Hah!! apa tunggu

Rakyat dilanyak secukupnya...Apa mereka peduli wanita ke siapa? Kalaulah ini ayah atau ibu-ibu mereka???
Siapa yang zalim? siapa yang ganas? Siapa yang bikin huru-hara???

Mereka dilayan sebagai penjenayah. Bukan sekadar cedera bahkan seorang meninggal dunia. Allayarham Baharuddin Ahmad 56, yang patah empat tulang rusuk serta 3 batang giginya. Kena gas pemedih mata ke?

Apabila tiada yang mampu mereka lakukan.... kepadaNya sahaja mereka mengharapkan pertolongan dan dipanjatkan munajat


Ish kalau ditanya mereka ini. Siapa punya kerja ini... mereka akan jawab kami hanya ikut arahan. Siapa yang arah? Orang yang mempunyai kuasa yang menang dalam pilihanraya.

alih-alih... ish 3X lain pulak berita yang datang....

Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan

KUALA TERENGGANU 10 JulaiLebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kejadian bermula pada kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom seperti muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini.

Katanya, daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini.
Katanya, punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.

Hah muntah-muntah, tercirit-birit. Banyak-banyaklah berdoa semoga makanan kita dari sumber yang halal. janganlah kita menzalimi, menganayai orang. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi itu tiada hijab. Sebagaimana kata Tok Guru Presiden ... "Itu baru permulaan "

UstSaiful Bahari

Read more ...

Tulang pipi Fayyadh hancur semasa menyelamatkan Anwar dari tembakan polis

Apa Tujuan Anwar diserang di KL Sentral underpass?



Menurut Fayyadh Al-Bakri (gambar),pengawal peribadi DSAI yang mengalami kecederaan di pipi kerana mahu menyelamatkan Anwar dari terkena tembakan gas pemedih mata, kumpulan DSAI telah dikepung oleh pihak FRU ketika mereka sedang melalui di jalan bawah (underpass) KL Sentral.

Sekumpulan FRU telah menghalang jalan dibelakang mereka setelah kumpulan DSAI memasuki jalan bawah itu dan kemudiannya sekumpulan lagi telah menyerang mereka dengan gas pemedih mata dari arah hadapan..

FRU juga dikatakan menggunakan Gas Pemedih Mata dari jenis yang terbaru dalam inventori mereka iaitu bukan saja memedihkan mata malah boleh menyebabkab rasa sakit pada paru-paru..

Tembakan FRU itu disasarkan terus kemuka atau kepala DSAI, tetapi Berjaya ditahan oleh Fayyadh, akibatnya tulang pipi kiri Fayyadh hancur dan terpaksa menjalani pembedahan plastic Isnin ini..

Apa tujuan FRU mengepung dan menyerang DSAI dan kumpulannya ketika mereka berada dalam jalan bawah KL Sentral yang tertutup itu??

Jawapannya ada dalam dua berita dibawah.. korang bacalah..
PKR : Tubuh Suruhanjaya Diraja, Siasat Insiden Tembak Gas Di KL Sentral



PETALING JAYA 10 JULAI : Parti Keadilan Rakyat menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan yang dilakukan pegawai senior polis termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kerana mengarahkan polis melakukan kekejaman dan perbuatan jenayah dalam usaha menghalang hak mutlak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Naib Presiden PKR N. Surendren menyatakan perbuatan jenayah tersebut merujuk kepada perbuatan melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada orang awam di tempat tertutup dan sempit di laluan bawah berhampiran KL Sentral semalam dan ianya berlaku 'tanpa sebarang provokasi'.

Atas kesalahan itu, pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kata Surendran dalam satu kenyataan media.

"Tindakan polis amat melanggari undang-undang dan standard polis antarabangsa. Tindakan itu sengaja dilakukan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan mereka yang berarak dengan aman. Secara spesifiknya, tembakan gas pemedih mata di ruang tertutup di laluan bawah ialah perbuatan jenayah, yang akan menyebabbkan kecederaan serius atau kematian dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Antara mangsa yang terkena serangan tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan di jalan bawah (underpass) KL Sentral ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri mengalami kecederaan di bahagian mukanya ketika menyelamatkan pemimpin itu.

Ironinya, walaupun dirakam lensa kamera media seluruh negara termasuk Reuters akan kejadian di Stesen Sentral Kuala Lumpur itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa Anwar cedera dan menyatakan tembakan gas pemedih mata hanya dilepaskan di sekitar Pudu dan tidak di tempat lain.

Jawatankuasa Penggerak Bersih dan Pakatan Rakyat menganggap Bersih 2.0 semalam sebagai “satu kejayaan besar” dengan lebih 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Setelah kumpulan kami yang aman memasuki laluan bawah itu, kami berhadapan dengan sepasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berbaris dan menghalang laluan di hadapan dan bersenjatakan gas pemedih mata. Naib Presiden Tian Chua kemudian pergi ke barisan polis tersebut untuk berunding tetapi polis terus bereaksi dengan menjerit, mengetuk perisai mereka dan menghalakan senapang pemedih mata ke arah kami," terang Surendren.

Selain Anwar, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut mengalami kecederaaan ekoran insiden itu.


Polis FRU Sasarkan Tembakan Kearah Anwar, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR 9 JULAI : Datuk Seri Anwar Ibrahim ,mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.

"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.

Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan.

"Polis menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat," dedah Saifuddin.

Saifuddin menambah, tindakan polis itu mirip kepada kes tunjuk perasaan di Jalan Kebun, Klang pada tahun 2000.

"Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin.

“Sepatutnya polis melepaskan tembakan pada paras 45 darjah kerah ruang udara, bukannya menembak tepat pada sasaran," tegas beliau. Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Selain Anwar, turut mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sehingga jam lima petang tadi, polis menahan 1401 peserta perhimpunan Bersih termasuk pemimpin kanan PAS, PKR dan jawatankuasa penganjur Bersih termasuk pengerusinya Ambiga Sreenevasan.
Kedua-dua berita dari TVS News

http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Read more ...

Dahulu Memali Sekarang Bersih


Aku bangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia apabila turut serta dalam perhimpunan BERSIH 2.0 baru - baru ini. Bersama - sama dengan 50,000 rakyat di Dataran Maybank dan "bertempur" dengan polis - polis yang menjadi Keldai Umno di Jalan Pudu dan menyaksikan aksi kejam polis dan bodoh apabila menembak gas pemedih mata dan tembakan air kimia ke dalam Hospital Tung Shin.

Tahniah buat rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama. Kita tidak gentar dengan ugutan Perkatak, PakTurot (Patriot), Murahguru Omar Din, Pencacai Ismail Noh dan sebagainya. Kita terus keluar menuntut pilihanraya yang lebih adil dan saksama. Ratusan halangan di lalui. Kita tetap terus mara kehadapan. Bilik hotel digeledah, tetap tidak menghalang semangat aku dan rakan - rakan lain terus mara ke hadapan. Buat kawan - kawan aku yang turut serta, berbanggalah kerana menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia.

Tapi dalam kita menyambut kegembiraan ini, janganlah sesekali kita melupakan pemergian Pejuang Agung Allahyarham Baharudin yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis. Allahyarham dikatakan sesak nafas angkara tindakan polis yang menembak tepat gas pemedih mata di depannya. Malah anak Allahyarham juga memaklumkan, ayahnya telah patah tulang rusuk dan kehilangan 3 batang gigi. Apakah Allahyarham telah dipukul ketika asap putih sedang berkepul naik?

Aku sedih. Sedih kerana kerana ingin mempertahankan kuasa politik Umno sanggup membunuh rakyatnya sendiri. Memali angkara ingin mempertahankan kuasa. Sekarang BERSIH, juga niat yang sama. Kenapa Umno sanggup menggadaikan nyawa rakyatnya? Kerana duit. Mereka ini dahagakan duit. Mereka ini kaki rasuah. Apabila kuasa yang mereka boleh terhakis maka mereka akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan kuasa kembali ke tangan mereka hatta terpaksa membunuh.Link

Aku sedih. Sampai bila kita harus sabar melihat keangkuhan Umno dan Barisan Nasional dengan angkuhnya meragut nyawa rakyat. Kita hanya mampu melihat. Jangan sia - siakan pemergian Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan Allahyarham Baharudin. Mereka berjuang habis - habisan hanya semata ingin melihat negara kita ini lebih berkat dan selamat. Apa gunanya pengorbanan mereka jika kita tidak menyahut harapannya.

Buat rakyat Malaysia, bangkitlah. Bangkitlah selagi nyawa masih ada. Bangkit membangunkan Malaysia yang lebih baik!

http://dragsuperstar.blogspot.com

Read more ...

Empat tulang dada dan tiga gigi patah, mana laporan post mortem arwah Baharuddin ?


Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin

Paling menghairankan ialah laporan perubatan seakan-akan kelam-kabut dan menyuruh keluarga mangsa mengebumikan dengan segera jenazah arwah.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Nampaknya sudah terbukti bahawa ini angkara dari keganasan pihak berkuasa yang menjahanamkan rakyat untuk sesuatu yang baik.

Pada hari kejadian juga ada seorang lelaki dipijak kakinya sehingga patah oleh anggota keselamatan namun dibiarkan meraung kesakitan sehinggalah orang ramai memberi bantuan.

Read more ...

Mari tengok kepala YB Khalid Samad berjahit yang pencacai UMNO kata tipu

Semalam Berita Minggu menipu dengan fitnah peserta himpunan BERSIH 2.0 bawa pisau sedangkan itu adalah bendera Malaysia kecil.

Hari ini, ada pula pencacai UMNO melalui blog mereka menuduh Ahli Parlimen Khalid Samad menipu kepalanya kena 6 jahitan. Di bawah di paparkan apa kata YB Khalid dan kepala beliau yang dijahit .

Percayalah dengan gambar ini pun pencacai UMNO akan tuduh tipu juga sebab memang semua orang tahu bahawa UMNO itu menipu, kalau menipu mesti UMNO .

Apa kata Khalid Samad di dalam twitternya:

"Ada (yang) minta gambar 6 jahitan (kepala) saya. Mungkin biasa dengan ahli politik penipu, ingat saya tipu juga kut? Tu BN. PR tak tipu. Kalau terpalit dengan BN, jadi IGP pun jadi penipu. Buat malu je 1 dunia nampak kamu tipu. Kes Mat Sabu lagi dahsyat. Dilanggar dengan Pajero. Macam nak bunuh! Semoga polis dibebaskan dari cengkaman BN, jadi profesional. Jaga rakyat, bukan BN."



Read more ...

SPR di bawah naugan Yang di-Pertuan Agong bukan di bawah UMNO



SHAH ALAM 11 JULAI: Kuasa eksekutif di negara ini kini dilihat telah melangkaui institusi di-Raja dalam bentuk mengawal keputusan suruhanjaya yang sepatutnya berperanan sebagai badan bebas.

Menurut Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, walaupun secara teori Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) misalnya terletak di bawah naugan Yang di-Pertuan Agong, namun realiti menggambarkan agensi itu lebih cenderung kepada kerajaan.

"Masalah yang kita ada ialah eksekutif terlalu berkuasa sampai ketahap badan yang bukan di bawah eksekutif pun menganggap mereka berada di bawah kuasa eksekutif," jelasnya.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor mengungkap kegagalan kerajaan menyelesaikan tuntutan gabungan Bersih 2.0 dengan kaedah politik mengakibatkan Tuanku Mizan Zainal Abidin terpaksa membuat kenyataan.

Jelasnya, Agong merupakan rujukan terakhir bagi mana-mana pihak jika setiap rundingan menemui jalan buntu.

"Apa yang berlaku ini adalah isu politik dan saya rasa sepatutnya ianya boleh diselesaikan di peringkat politik dahulu sebelum institusi Di Raja.

"Jadi bila Tuanku Mizan buat kenyataan, bagi saya itu menunjukkan kegagalan kita di peringkat politik untuk menyelesaikan," ujar Wan Saiful.

Gabungan Bersih 2.0 yang dianggotai oleh 62 badan bukan kerajaan mengemukakan lapan tuntutan kepada SPR bersabit penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

Gesaan itu timbul setelah menemui pelbagai bukti menunjukkan suruhanjaya itu tidak bebas daripada pengaruh kerajaan memerintah demi mengekalkan kuasa.

Antara tuntutan yang dikemukakan termasuk menggunakan dakwat kekal, penghapusan undi pos, memanjangan tempoh berkempen dan mengekang gejala rasuah dan politik kotor.

Namun SPR berpendirian kesemua tuntutan tersebut tidak munasabah dan menolak sebarang perbincangan lanjut dengan gabungan itu.

Respon daripada kenyataan itu maka Bersih bernekad menganjurkan perhimpunan aman pada Sabtu untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong seperti yang telah diperkenan baginda.

Namun niat murni itu disalah erti oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan mengarahkan polis untuk menentang gabungan yang terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah itu habis-habisan.

Hasilnya seramai 1,677 telah ditangkap dan puluhan penyokong turut cedera akibat kekasaran polis.

Menurut Wan Saiful, kedua-dua pihak harus dipersalahkan kerana memperlekeh perintah Tuanku Mizan yang mencadangkan supaya isu tuntutan itu dibawa ke meja rundingan.

Jelas beliau, setelah baginda bertitah maka Polis di-Raja Malaysia (PDRM) adalah entiti yang harus menggerakkan peranan mengemukakan cadangan berbincang dengan gabungan Bersih yang dipengerusikan Datuk S. Ambiga.

Namun apa yang berlaku, PDRM adalah agensi pertama yang menutup pintu rundingan menurut Wan Saiful.

Malah penganalisis itu menyifatkan kegagalan itu sebagai malang kepada sebuah negara yang berpegang kepada prinsip raja berpelembagaan.

"Ini masalah kita, institusi yang sepatutnya bebas sudah hilang akan kebebasan itu dan akhirnya semua orang ikut apa yang Perdana Menteri cakap dan tidak ada keberanian untuk menyatakan mereka badan bebas untuk mendengar tuntutan daripada masyarakat umum," katanya.

Read more ...

GEMPAR : Baru 10 jam 101,093 sokong laman facebook gesa Najib letak jawatan

Ramai pemerhati berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang beradaan di dalam keadaan tertekan dengan kejayaan penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan aman di tengah bandar Kuala Lumpur.

Najib semalam menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Tiba-tiba gesaan beliau disambut dengan satu laman facebook bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 orang meminta Najib Tun Razak Letak Jawatan).

Didalam masa tidak sampai 10 jam, angka 100,000 itu dicapai dan lawatan pagi ke laman facebook tersebut mendapati angkanya sudah melepas 100K, iaitu 101,093

Gesaan Najib menjadi kenyataan tetapi malangnya kini ia bertentangan dengan apa yang dihajatkan.

Tindakan Najib mengumpul hampir 6,000 orang ahli Umno dan NGO di PWTC pagi semalam di PWTC dilihat adalah semata-mata untuk "memulihkan semangatnya" kembali apabila polis dilihat GAGAL menghalang perhimpunan BERSIH daripada berlaku.

Walaupun penganjur BERSIH telah ditipu oleh Najib dengan menyatakaan kesediaan kerajaan untuk menyediakan stadium jika penganjur BERSIH ingin meneruskan perhimpunan, tetapi kemudian apabila penganjur BERSIH bersetuju setelah menerima nasih Agong, Najib kemudiannya gagal menyempurnakan janjikan, menyebabkan peserta-peserta tiada pilihan lain kecuali ke stadium juga.

Pun mereka dihalang, dengan polis menutup sekalian laluan masuk ke ibu kota. Keadaan ibu kota di pagi 9 Julai lengang selengang-lengangnya seolah-olah KL di ambang perang, KL seperti dalam keadaan darurat. Seolah-olah perhimpunan aman BERSIH tidak lansung akan berlaku di ibu kota.

Tiba-tiba selepas sahaja waktu zohor, muncul peserta BERSIH ini entah dari mana datangnya dan di mana mereka menyorok sebelumnya. Polis tiba-tiba tersentak. Akhbar BERITA HARIAN di dalam satu tulisan utamanya menyatakan semalam:

Penyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 muncul dari pelbagai arah sekitar ibu negara semalam tanpa diketahui lokasi sebenar mereka bersembunyi, sekali gus menyebabkan keadaan sekitar kawasan utama menjadi tegang.

Demikianlah episod BERSIH bermula.

Rakyat walau dikekang bagaimanapun, mereka akan tetap bersatu di dalam satu arus akhirnya.

Perhimpunan rakyat yang pada mulanya senyap-senyap dan berjalan dengan tenang dan aman, tiba-tiba dihuru-harakan oleh polis FRU yang megejar, membelasah, menembak, mengganas, menangkap peserta perhimpunan aman. Maka hancur semua ketenangan dan keamanan, yang timbul ialah kekecohan dan kekacauan.

Yang paling menghodohkan keadaan ialah tembakan gas pemedih mata, apa tah lagi di kawasan perkarangan sebuah hospital swasta.

Dan tangkapan ke atas beberapa pemimpin BERSIH dan Pakatan Rakyat, sekaligus menconteng arang kepada nama baik Malaysia di mata antarabangsa.

Seperti yang GB tuliskan sebelum ini, siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat.

Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Read more ...

Takut kebangkitan rakyat, Najib pusing cerita



PETALING JAYA 10 JULAI : Setelah dunia semalam menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menuntut sebuah pilihan raya yang adil, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya melemparkan tuduhan fitnah bahawa Ketua Pembangkang yang menjadi dalang supaya rakyat bersuara menuntut keadilan.

Malah terdesak untuk menutup tuntutan rakyat, Najib mendakwa ia adalah usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan hasrat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Najib yang juga Presiden Umno turut berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan sehingga sanggup menganjurkan himpunan besar-besaran demi menjatuhkan imej negara di mata dunia.

Walau bagaimanapun hujah Najib itu mudah dipatahkan oleh Anwar yang ditemui media selepas menghadiri Dialog Ekonomi Profesional Muda di Hotel Crsytal Crown, di sini hari ini.

" Itu memang strategi Najib dan Rosmah, mereka tidak lihat pada isu pokok, yang mereka tahu mahu salahkan saya, dan saya adalah orang yang paling awal diserang dan sudah tentu saya orang yang paling awal yang terpaksa berundur, saya sebelum pukul 3 petang terpaksa dibawa ke hospital," jelas Anwar yang ditembak polis menggunakan gas pemedih mata ketika mahu memulakan perarakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Jelas Anwar, kenyataan Najib itu jelas satu reaksi terdesak oleh seorang pemimpin yang merasakan kedudukannya terancam oleh kebangkitan rakyat.

Paling penting, perhimpunan Bersih 2.0 sudah dijelaskan dari awal lagi dianjurkan oleh 62 badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat hanya bertindak menyokong inisiatif Bersih.

Dalam insiden semalam, Anwar mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu.

Tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri bagaimanapun telah menyelamatkan Anwar daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.

Tidak cukup dengan cubaan mengaitkan Anwar sebagai dalang perhimpunan, media arus perdana termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut membohongi rakyat dengan fakta dan berita tidak telus demi kepentingan pemerintah.

"Penipuan angka peserta himpunan yang dilaporkan kononnya hanya 6,000 sahaja, ramai yang sudah tahu, dan pembohongan yang lain ialah laporan tidak ada yang tercedera, saya sendiri ditembak dari jarak dekat dan pengawal saya cuba bantu yang akhirnya mukanya pecah dan kini dia di hospital untuk jalani pembedahan besar esok,"kata Anwar.

Lebih malang dari itu, seorang daripada peserta himpunan Bersih 2.0 juga meninggal dunia ketika polis mengepung laluan perhimpunan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut mencabar Najib membubarkan parlimen disebalik keangkuhan pemimpin kerajaan itu kononnya boleh menang mudah pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya mencabar Najib untuk sama-sama bertanding dalam satu pilihanraya yang adil, dan Najib perlu pastikan ianya dijalankan dengan adil dan bersih, jangan menipu dalam pilihan raya,"tegas Anwar.

Najib hari ini selain meremehkan kuasa rakyat, dengan penuh keyakinan berkata pihaknya akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.

Ironinya, kenyataan Najib itu umpama membuka pekung di dada bahawa gagasan itu masih belum bersedia manakala Pakatan Rakyat pula sedari awal lagi bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

Read more ...

Saya tidak pernah rasai pilihanraya bebas di Malaysia - TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR 10 JULAI : Meneruskan sokongan kepada tuntutan Bersih 2.0, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini.

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan polis menyekat kebebasan demokrasi dengan menghalang Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) daripada mengadakan perhimpunan secara aman di ibu negara semalam menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

“Kenapa polis nak sekat? Yang datang semalam adalah orang yang meminta pilihan raya yang bersih,” kata Mursyidul Am PAS selepas menziarahi keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan Bersih 2.0 petang semalam.

“Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.

“Kerana ada yang berasuah, ada ugutan. Macam kerja budak-budak,” kata Nik Aziz, yang turut memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.

Nik Aziz yang kembali dari Mekah petang ini terus mengadakan kunjungan ke rumah Allahyarham Baharuddin, yang merupakan seorang ahli PAS.

Selain itu, Nik Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 menambah, Bersih 2.0 merupakan satu gabungan yang berusaha untuk mencari orang yang benar-benar layak menjadi pemimpin melalui pilihan raya.

“Kita nak pilihan raya yang bersih... jangan ada rasuah. Kalau dirasuah, menang pun tak boleh dibawa bekal ke syurga. Biarlah kita ini hidup berbeza dengan orang barat yang hidup semata-mata untuk dunia dan tidak memikirkan tentang akhirat,” ujarnya.

Susulan kepada Bersih 2007, Bersih 2.0 merancang mengadakan perhimpunan aman di ibu negara semalam dengan membawa lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya.

Bagaimanapun kerajaan tidak memberikan permit meskipun Bersih 2.0 telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya diadakan di Stadium Merdeka.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang yang hadir pada perhimpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, gabungan itu mengisytiharkan himpunan itu berjaya menarik kehadiran lebih 50,000 peserta di sebalik halangan dan sekatan di seluruh negara.

Seramai 1,401 orang ditahan termasuk 115 wanita, 12 budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Antara tahanan itu termasuklah empat pemimpinan tertinggi PAS iaitu presiden, timbalan presiden dan dua naib presiden.-The Malaysian Insider

Read more ...

Mari tanya Najib terhadap kenyataan angkuhnya - 'Jangan Ragui Kekuatan Umno, Kami Ada 3 Juta Ahli'

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/263464_145163912225995_100001971615614_276496_5210683_n.jpg

3 juta ahli?

siap paksa kakitangan awam supaya tiap kali ada pemimpin umno datang, mereka diwajibkan hadir

3 juta ahli?

siapa yang tak hadir dikenakan tindakan disiplin

3 juta ahli?

tambang bas dan nasi lemak percuma akan diberi kau sesiapa yang hadir

3 juta ahli?

jangan ragui kekuatan kami kata najib?

pppppppuuuiihhhhh la wei

sampai bila umno nak tipu rakyat, sekarang dah zaman moden

umno yang bodoh sampai ke tua

kerabubersuara

Read more ...

Polis buat Kuala Lumpur macam darurat tapi himpunan BERSIH 2.0 tetap berjaya

Macam nak darurat kat K.Lumpur. Semua jalan masuk ditutup. Sekatan jalan raya berlaku disetiap pelusuk negera. Semua kedai-kedai diarahkan tutup.

Yang lawak tu, pihak polis menemui parang yang disembunyi di beberapa tempat di Bandar K.L dan yang peliknya ditemui oleh orang asli. Kelakar ajaib.

Kalu orang asli dah lama dibawak parang-parang baru tu wat menebas dihutan. Ditemui molokov Coctail yang diisi minyak petrol dalam botol mineral plastik dengan sumbu macam pelita minyak tanah empat hari sebelum 9 Julai. Ish-ish mungkin kemaren dah kecut botol tu dan kalau nak cucuh api… nak cari mampus.

Empunya diri dulu yg meletup. Mereka ingat psy-war zaman jepun boleh pakai lagi ke sekarang???


Ingat dah umum darurat. Kuala Lumpur bak diserang garuda dipagi Sabtu Kuala Lumpur. Sunyi. Kosong jalanan. Yang ada polis dan sekatan jalanraya.

Nampak macam perhimpunan Bersih 2.0 telah gagal. Mungkin rakyat takut dengan propaganda kerajaan Umno-BN. tetapi sebaliknya. Pukul 12.30 orang-ramai mula memenuhi Bandar KL seolah-olah semut yang keluar dari sarang.

Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang inginkan keadilan dicelah-celah kezaliman Umno-BN. Tekanan dan sekatan pihak polis yang menjadi alat Umno-BN telah gagal.

Tahniah diucapkan kepada semua para peserta himpunan Bersih. Sebahagian gambar perhimpunan Bersih 2.0 yang berjalan aman. Ganguan polislah menjadi punca kucar kacir.


Presiden bersama orang-ramai dalam perarakan Bersih 2.0dari KLCC peserta berarak

dari Bukit bintang ke Pudu

Jalan Petaling ke Persimpangan PuduMereka bergabung di persimpangan dihadapan Maybank

hotel Angcana menjadi saksi samada puluhan ribu atau 6K lapuran KPN

lalu datanglah pengacau & penghuru-hara dgn menyembur air asid & gas pemedih mata pun ditembak.

Peserta diasak polis ke Hentian bas Pudu

manakala A.samad said dan peserta di halang untuk menyerah memorandum Stadium Merdeka

Tuan Guru Presiden sempat senyum bersama S/u beliau dalam tahanan polis. Sebahagian besar pimpinan ditangkap

Anwar Ibrahim tersadai dihospital akibat dipukulMat Sabu yang cedera dilanggar sengaja oleh kereta polis ketika menunggang motosikal

Meskipun ramai lagi yg terhalang. Yang sangkut diluar K.Lumpur. Di Masjid negara. Yang berterabur di masjid jami'. Yang lekat kat SOGO. Yang ditahan lebih 1,600 orang.

Apapun tahniah kepada peserta bersih. Anda berjaya dan Kezaliman gagal menghalang kebangkitan rakyat. termasuk himpunan bersih diluar negara.


Tiada porak-peranda, tiada bom molokov meletup, tiada keganasan dan tiada ancaman komunis. yang ada adalah provokasi pihak polis. menangkap tanpa mengira siapa.

Menembak gas pemedih mata, menyembur air asid yang menyebabkan seorang meninggal dunia dan dua orang dalam ICU. Ada yang cedera kena tembakan pihak polis dan ada yang cedera kerana dipukul polis. Merekalah sebenarnya pencetus huru-hara.


Ish kemana hulubaya Umno-BN? Mana PEKIDA, Pesilat UMNO maupun Patriot? PESAKA memang pergi bersiar-siar ke tasik titiwangsa. Ibrahim Ali bersungut beliau tidak hadir kerana dilarang isterinya. Yelah!!! Pejuang-pejuang perut dan dibawah perut.

Diharap cukuplah menjadi perkakas Umno & BN. Nak jadi jaguh pejuang Istana & Raja-raja, pingat datuk pun dah ditarik istana. Nak bertemu dengan pihak istana terhegeh-hegeh tidak dilayan.

Diharap golongan ini banyak-banyaklah bertaubat dan marilah Bersama-sama dengan perjuangan rakyat.


Tahniah. 9 Julai baru permulaan !!! UstSaifulBahri

Read more ...

Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid

KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.

Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.

"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.

Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.

Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.

"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.

Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.

"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.

Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.

(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)

"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.

Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.

"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

Read more ...

PAS bangga dengan kebangkitan rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Julai: PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan.

(Penulis merakamkan ucapan Husam di perkarangan Stadium Merdeka)

Walaupun semua pelusok jalan utama telah disekat oleh polis dan FRU yang telah dirancangkan oleh penganjur himpunan Bersih 2.0 untuk semua peserta Bersih berhimpun tetapi telah berjaya dirempuh oleh semua rakyat dengan keadaan aman untuk menuju ke stadium merdeka.

Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada, kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

Husam musa, yang tiba kira-kira dalam 2.30 petang diiringi oleh pengikut-pengikutnya telah memberi ucapan kepada rakyat jelata yang berkumpul di sebuah hadapan kuil Budha menuju ke stadium Merdeka.

Laungan beliau "BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik" disambut dengan penuh semangat dan telah menusuk ke semua jiwa yang hadir dalam himpunan itu di hadapan semua polis yang telah buat sekatan jalan.

"Tahniah kepada semua rakyat jelata, yang saya lihat hari ini merupakan orang-orang muda ramai berkumpul disini dengan bersatu hati untuk membersihkan sistem politik negara kita. Semua bangsa berpegang teguh dengan berazam untuk berhimpun dengan tidak mengambil kisah dan merasa gentar dengan ugutan Najib yang menggunakan kuasa politik BN".

Orang ramai yang berhimpun di situ juga telah telah dimaklumkan bahawa muka pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecederaan yang teruk disebelah kanan akibat ditembak pemedih mata.

"Alhamdulilah DSAI selamat manakala Tok Guru Hadi Awang, Presiden PAS di tahan polis," katanya.

"Saya juga merasa bangga dan terharu apabila melihat sokongan rakyat jelata untuk pertahankan pimpinan-pimpinan kita daripada di heret polis.

"Rakyat jelata nampak hebat dan tidak berganjak disitu walaupun digertak dengan polis dan disembur dengan pemedih mata berulang kali semata-mata untuk pertahankan pimpinan dan menutut kebebasan pilihanraya di Malaysia ini yang telah dikotori oleh pihak tidak bertanggungjawab".

Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata lagi, "polis boleh tahan pimpinan kita, tetapi mereka tidak boleh sekat dan halang kebangkitan rakyat malaysia."

Hari ni merupakan hari bersejarah buat negara malaysia kerana rakyat telah berhimpun dengan aman sekali walaupun diri terpaksa dikorbankan, katanya.

"Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun degan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih," katanya.

"Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgar perintah Agong, Umno-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara".

SPR mestilah menjadi badan kepercayaan awam, tetapi fenomena hari ini menunjukkan perhimpunan rakyat Malaysia telah dihalang.

"Petugas Media juga disekat oleh polis. Ini jelas terbukti sistem pilihanraya negara kita lemah. Rakyat hilang terus kepada SPR yang ada di malaysia ini," katanya.

"Kita memohon kepada Yang di Pertuan Agong agar bubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil," kata Husam.

Dengan berbagai tragedi yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 akibat provokasi daripada polis dan FRU kepada rakyat, Husam percaya Pakatan akan menang dalam PRU ke 13 nanti dengan hapuskan Najib dan semua kuncu pimpinan Umno melalui kuasa rakyat.

"Kita akan campakkan mereka keluar daripada Putrajaya dalam pilihanraya nanti. BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik," katanya dengan sambutan sorakan takbir dengan penuh semangat oleh rakyat jelata yang hadir di himpunan itu.

Read more ...

Video : Jenazah arwah Baharudin Ahmad wira BERSIH 2.0 selamat disemadikan


funeral baharudin crowdJenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.

Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

funeral baharudin bersih protesterTurut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.

Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.

nurul izzah, funeral baharudinSewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.

Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.

Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.

Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.

"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.

funeral baharudin crowd 2Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

"BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.

"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.

Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.

funeral baharudin vanSehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam

Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi.

Read more ...