Dalam usaha memancing undi golongan muda, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Zumba Perdana Puteri Umno.
Wednesday, March 19, 2014
VIDEO HARI INI!!! Di Perlis Ketua Puteri UMNO didakwa khalwat. Di Kajang , Puteri UMNO punya 'syioq' menari Zumba
Dalam usaha memancing undi golongan muda, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Zumba Perdana Puteri Umno.
WEEK TWO...TWO WEAK!!! Mari tengok kartun memedihkan Profesor Kangkung Kaki Bodek
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque mempertahankan kartunnya yang disiarkan oleh media Amerika, Washington Post walaupun cuba dipertikaikan seorang profesor Malaysia.
The Star Online melaporkan kenyataan Ketua Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak bahawa kenyataan Zunar itu "tidak sensitif dan misleading" serta "hanya spekulasi dan tuduhan liar."
Sementara itu, dalam satu kenyataan Zunar hari ini, beliau berkata pandangan yang diluahkan menerusi kartunnya itu adalah berdasarkan reaksi media seluruh dunia terhadap apa yang berlaku elepas masuk mingggu kedua pencarian pesawat MH370.
"Saya pertahan pandangan saya dalam Washington Post bahawa sidang akhbar Najib itu hanya ‘wayang’ untuk mendapat keuntungan politik. Sikap flip-flop dalam pembatalan di saat akhir satu lagi sidang akhbar yang dijadual tiga jam selepas itu menggambarkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya.
Dalam kartunnya, Zunar menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai lemah dalam menguruskan tragedi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.
"Week two....too weak" adalah dialog yang ditulis Zunar dalam kartunnya yang disiarkan Washington Post semalam.
DI MAHKAMAH SYARIAH HARI INI!!! Ketua Puteri UMNO dituduh berkhalwat dengan pasangan berumur 57 tahun
Kangar: Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri Bahagian Arau,
Zuraidahh Zainal Abidin, 34, bersama pasangannya Burhanuddin Ismail, 57,
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kangar, di sini, pagi tadi
bagi pertuduhan khalwat di Hotel Sri Garden, pada jam 1.30 pagi pada 3
Mac lalu.
Kedua tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan selepas
pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi
Syariah, Jaidi Ahmad.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Zuraidah berasal dari Kampung Changkat
Lada, Mata Ayer, di sini, didakwa bahawa pada 3 Mac lalu pada jam lebih
kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli
Emas, di sini dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang
mendatangkan syak dengan Burhanuddin yang bukan mahram, maka dituduh
melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (2) dalam Seksyen Jenayah
Dalam Syariah Negeri Perlis.
Subscribe to:
Posts (Atom)