Saturday, January 7, 2012

ULAMA MUDA UMNO HIPOKRIT!!! PAS cabar Fathul Bari

http://www.omaq.org/v3/wp-content/uploads/2011/07/www.omaQ_.org042.jpgSIMPANG EMPAT - Pas Perlis mencabar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno Malaysia, Fathul Bahri Mat Jahaya membantah perobohan bangunan Madrasah Al-Islahiyah, Behor Mali di sini oleh Kerajaan Negeri sekiranya ulama muda itu benar-benar ikhlas dalam menegakkan agama.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perlis, Rus'sele Eizan berkata, Fathul Bahri tidak seharusnya memilih bulu dalam memperjuangkan hak Islam sebagaimana dilakukannya terhadap Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar memandangkan kawasan bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang dirobohkan minggu lalu oleh Kerajaan Negeri merupakan tapak tanah wakaf.

Menurutnya, tindakan Fathul Bahri menyertai program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah tempoh hari atas alasan mahu membantu menegakkan jihad Islam, menyerlahkan sikap hipokritnya yang dilihat sekadar mahu mempertahankan politik Umno dan BN.

"Apabila mendengar seorang ulama besar dari Perlis sanggup turun ke Alor Setar semata-mata mahu 'mempertahankan' sebuah madrasah diberi lampu hijau oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah untuk dirobohkan, saya kecewa kerana tindakan sama tidak dilakukan terhadap Madrasah Al-Islahiyah.

"Adakah perjuangan menegakkan Islam turut mengambil kira baju parti? Apabila sesebuah negeri diperintah kerajaan BN, adakah segala tindakannya termasuk merobohkan bangunan wakaf dihalalkan?" katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Rus'sele yang juga Adun Simpang Empat berkata, tindakan merobohkan dua blok bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang terletak di atas tanah wakaf dibuat setelah Kerajaan Negeri memutuskan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang dirobohkan.

Bagaimanapun, tindakan perobohan bangunan itu yang dilakukan minggu lalu tidak dipersetujui lembaga pengurusan madrasah itu yang menyifatkan pelan pembinaan bangunan baru disiapkan tanpa merujuk mereka.

"Perobohan bangunan dilakukan walaupun terdapat bantahan dikemukakan lembaga pengurusan madrasah. Mereka terpaksa akur disebabkan tidak mendapat sokongan pihak lain.

"Saya minta Fathul Bari lebih peka dengan keadaan semasa di negeri sendiri memandangkan terdapat banyak lagi kes perobohan bangunan di atas tanah wakaf yang berlaku terhadap rakyat Perlis tanpa pembelaan mana-mana pihak," katanya.

Read more ...

BODOH PUNYA TUDUHAN!!! Blogger UMNO Mat Indon Mali tuduh Fayad racun diri sendiri

MALAM tadi di dalam satu ceramah yang diadakan di Cheruk Tok Kun, pengiring keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri dipercayai telah disuntik jarum beracun yang akhirnya mengakibatkan beliau terpaksa dihantar ke hospital rujuk sini [jarum beracun].

Laporan tidak rasmi pihak hospital mendakwa Fayad telah disuntik dengan dadah jenis Morphine.

Seperti biasa blogger United Malays No Otak, Umno akan memutar belitkan cerita dan mengelirukan pembacanya dengan hujah-hujah yang tampak benar.




Anda boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Fayad yang sedang sakit terlantar di hospital dikatanya sengaja membenarkan diri beliau disuntik.

Blogger yang mendakwa dirinya seorang doktor itu mengeluarkan hujah bahawa tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!

Mungkin ada benarnya kata beliau, namun penggunaan Morphine Pekat (concentrated Morphine) dan modified syringe (picagari ubahsuai) dengan isipadu yang besar, serta jarum yang lebih pendek memungkinkan masa yang diambil menjadi lebih singkat.

Secara analogi, air gula pekat hanya diperlukan sedikit untuk memberikan rasa manis pada secawan MiLo SuaM.

Doktor menyuntik 1 mL (cc) cecair tentulah berbeza dengan pembunuh nak suntik racun. Tidak ada kira-kira sakit atau tidak orang yang disuntik, tidak ada pertimbangan berapa banyak cecair yang mahu disuntik yang penting suntik.

Ditambah dengan keadaan Fayad yang barangkali tidak pernah mendapat rawatan narkotik, boleh mengakibatkan dirinya lebih terjejas. Perlu diingat, orang yang menyuntik juga sudah bersedia memikirkan cara terbaik untuk menyuntik.

Kita tak tahu berapa mL Morphine sudah masuk melalui tangan Fayad, apa yang jelas beliau sudah terlantar di hospital. Logikkah Fayad berpura-pura sakit? Bodohkah doktor di hospital?

Mungkinkah Fayad sengaja meracuni dirinya sendiri? Lagilah tak masuk akal. Gambar kesan tusukan jarum di tangan Fayad juga menunjukkan bahawa beliau tidak dicucuk oleh jarum biasa, lubang di tangannya agak besar.




Kita tak tahu picagari, atau alat bagaimana yang telah digunakan untuk meracuni Fayad. Apa yang jelas tangan kirinya telah berlubang dan keadaannya kritikal.

Sejak dahulu lagi hujah United Malays No Otak, Anwar tumbuk muka sendiri, Anwar cederakan diri sendiri, Teoh Beng Hock bunuh diri, Sarbaini bunuh diri, Mat Sabu jatuh sendiri, and you name it!

Bila ada saja kecelakaan kepada pihak Pakatan Rakyat, belum apa-apa mereka dah simpulkan bahawa kecelakaan itu sengaja dibuat sendiri.

Kini Fayad pula dituduh racun diri sendiri. Kambeng punya orang!


ReJaM© "Teringat kata Tun Mahathir, Harun Din sakit jantung kenapa tak ubat diri sendiri?"

Fayyad ada minta ais sebelum tidak sedarkan diri

BUKIT MERTAJAM, 8 Jan: Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Al Bakqry pada mulanya menganggap darah yang keluar di telapak tangan kirinya hanya cedera biasa.

Menceritakan hal itu, Pengarah LANG GAR 901, Zulkifli Saad berkata, pada mulanya juga Fayyad tidak memberitahu sesiapa tentang kecederaannya termasuk kepada Wan Azizah.

Fayyad katanya ada meminta seorang rakan yang lain mendapatkan ais untuk diletakkan ditangannya bagi menghentikan darah yang keluar.

"Semua orang di atas pentas tidak tahu menahu telapak tangan kiri Fayydh berdarah kerana beliau sendiri menggangapnya perkara biasa kemungkinan terkena apa-apa objek tajam seperti jarum," katanya.

Beliau mengulas kejadian yang menimpa Fayyad malam tadi pada satu ceramah presiden PKR itu sempena pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang.

Ketika itu Fayyadh mengiringi Wan Azizah meredah melalui kesesakan orang ramai yang hadir di ceramah berkenaan pada kira-kira jam 9 malam apabila kejadian itu dikatakan berlaku.

Sambung Zulkifli lagi, selepas ceramah tersebut Fayyadh Afiq kemudiannya mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan dipercayai terkena objek tajam beracun.

"Semasa Pengerusi Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Cikgu Bard sedang berucap tiba-tiba saya dapat panggilan dari Kak Wan dengan nada menanggis memberitahu Fayyadh pengsan dan tidak bermaya ketika berhenti mengisi minyak di salah sebuah stesen di sekitar Nibung Tebal ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, " terangnya lagi.

Rombongan tersebut kemudiannya diarah kembali ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan kecemasan.

Sehubungan itu juga satu laporan polis di buat di Balai Polis Seberang Jaya oleh Saudara Mohd Nurol Sayah sekitar jam 2.00 pagi.

Pengadu dalam laporanya menegaskan, semasa perjalanan mengantar Datin Seri Dr Wan Azizah, Nurul Ilham, Fayyadh dan Mohd Reza ke ceramah di Jalan Kilang Ubi, Tok Kun tiba-tiba Fayyadh mengadu kepadanya bahawa tanganya teras kebas dipercayai terkena suntikan beracun.

"Apa pun kami tunggu tindakan polis berhubung perkara itu. Kami minta pihak polis menyiasat perbuatan yang kotor berkemungkinan ada kaitanya dengan hari keputusan penghakiman membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin ini, " kata Zulkifli.

Read more ...

MAI TENGOK GAMBAR INI!!! Siapa sebenarnya Perdana Menteri, Najib atau Ro$mah ?


Belum pernah dalam sejarah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, seorang Perdana Menteri yang dianggap manusia paling berkuasa di negara ini terpaksa menunggu isterinya sendiri di atas tangga pesawat yang bakal dinaiki!

Namun inilah yang terjadi di Kompleks Bunga Raya KLIA semalam apabila Najib yang berjalan menaiki tangga tiba-tiba terperasan bahawa Rosmah Mansor tidak berada di sebelahnya!


Lantas dia memandang ke bawah dan dengan muka separa bodoh terpaksa menunggu Rosmah habis bersalaman dengan Presiden PPP, M Kayveas yang berbaju putih berlogo BN itu.


Gambar ini dirakamkan sendiri oleh jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) semasa rombongan Najib Altantuya berlepas ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang dihoskan presiden negara itu, Jacob Zuma.


Gambar di bawah adalah gambar asal yang dirakam oleh jurugambar NSTP tanpa sedikit edit atau superimpose!


Jika anda merasakan Najib adalah perdana menteri selepas melihat gambar di atas, anda sememangnya sudah SILAP BESAR!


Sebagai perbandingannya, perhatikan gambar di bawah di mana Presiden Amerika Syarikat, manusia paling berkuasa di dunia, Barack Obama dan isterinya Michelle kebanyakannya berada dalam kedudukan tepat dari segi protokol dan Standard Prosedur Operasi (SOP) seorang presiden.



Gambar fail ini dipetik dari laman web USA Today di mana kedua-dua mereka dalam penerbangan ke Arizona pada Mac tahun lalu.

Persoalannya kini adalah, apakah benar kata-kata seorang Timbalan Menteri yang menyatakan bahawa Rosmah sebenarnya sudah lama membomohkan Najib dengan ayat penunduk dan sebagainya hinggakan seolah-olah Najib nampak seperti diarahkan oleh satu kuasa tertentu?


Inilah persoalan yang menghantui rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum akan datang.


Dan untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua, kita pastikan Umno-APCO dan Barisan Najis ditumbangkan terlebih dahulu dari tampuk kekuasaan di Putrajaya!

JALAN PULANG

Read more ...

DOK KALUT DENGAN SALAHIAH!!! Mai tengok perangai puak-puak pembantah masa BN perintah Kedah

Oleh: Tok Senapi

Kalut sungguh Sobri Sudin pasai isu Salihiah Kanchut, ke hulu ke hiliag dok atog budak2 tak tahawan keluloi buat bantahan bukan-bukan. Tok nak alih sat isu pejabat insuran tu, mai tengok isu Sobri Sudin ni pulak.


Menurut fakta yang didedahkan oleh pihak Audit, Sobri Sudin (gambar) telah menerima tunai sebanyak RM1,000 pada 26 Oktober 2005 dari Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC). Baucer bayaran atas nama ‘Dr. Sobri Sudin’. Harap ‘DR’ Sobri Sudin dapat jelaskan ke mana hilangnya gelaran itu sekarang?

Seterusnya pada Januari 2007 Sobri Sudin telah sapu* duit STDC sebanyak RM42,431.64 juga secara tunai kerana tiada rekod keluaran cek pada baucer bayaran. Bayaran yang dibuat terhadap Sobri Sudin adalah di bawah item ‘Sumbangan’. Sumbangan, mudah difahami sebagai pemberian yang bukan membeli pulangan balik kepada syarikat atau pemberian yang tiada kepentingan dengan urusniaga syarikat.

Soalnya mengapa jumlah duit yang begitu banyak disumbangkan kepada seorang yang bernama Sobri Sudin? Mengapa tidak disumbangkan kepada fakir-fakir miskin yang ramai kat seluruh negeri Kedah?

Tok nak minta Sobri Sudin.. opss silap Dr. Sobri Sudin, tolong jelaskan kepada rakyat Kedah sebab apa hang dibayar sejumlah RM43,431.64 gula duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat tu. Hang kena buat penjelasan berserta sumpah laknat dalam masjid ala Saiful Bukhari (seperti mana yang terkandung dalam ajaran UMNO tuuu..).

Selagi hang tak bagi penjelasan dan bersumpah maka Tok janji (janji bukan sumpah) akan terus serang hang sampai tejelepok tepi guri.

Peristiwa ini berlaku di zaman BN

Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) telah menaja perjalanan dan penginapan MAKAN ANGIN ke Bangkok dan Koh Samui, Thailand kepada Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Syed Unan (gambar) dan isterinya Sharifah Noriza Syed Zainol Rashid.

Pembayaran telah dibuat kepada syarikat pelancongan Zass Holidays Sdn Bhd melalui cek bernombor 660157 bernilai
RM14,840.00.

Jelas, STDC sebagai sebuah GLC telah menyelewengkan duit syarikat untuk pembayaran kepada pihak yang tidak berkepentingan dengan keuntungan syarikat.


Sepatutnya jika STDC ingin melakukan tanggungjawab sosial, mereka hendaklah menyumbangkan kepada badan-badan kebajikan, golongan dhaif, fakir, miskin atau pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Bukannya kepada seorang yang berkedudukan dan kaya.


Jumlah RM14,840.00 yang dihulurkan itu juga adalah terlalu besar untuk sebuah perjalanan makan angin semata-mata.


Layakkan golongan yang menyelewengkan wang rakyat ini terus diberi mandat memerintah Kedah?


'JANGAN SERAH KEDAH KEPADA PENYAMUN'

Kedah La

Read more ...

PAKAT TERIMA KASIH KAT MAT SABU!!! Bekas polis zaman darurat dapat RM 3000



KUALA LUMPUR - Seramai 72,000 bekas anggota polis darurat yang bertugas di antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak bakal menerima sagu hati khas sebanyak RM3,000 mulai esok.

Pembayaran sagu hati khas itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lepas sebagai menghargai jasa mereka kepada negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam (gambar) berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat melalui kaedah yang telah mereka pilih sewaktu membuat permohonan dahulu.

"Bekas anggota atau wakil boleh datang sendiri menuntut di pejabat KDN ataupun memilih bayaran secara pos menggunakan cek," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, pembayaran itu akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout/Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC).

Beliau berkata, bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti.

Read more ...

DAH MELAMPAU!!! Cubaan membunuh Dr. Wan Azizah ?

Dimaklumkan, Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Dari maklumat yang di terima, Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tok Kun.


Addin
berpandangan Fayyah bukanlah sasaran sebenar dalam serangan suntikan racun berkenaan, kemungkinan sasaran sebenarnya ialah Dr. Wan Azizah. Sungguh keji dan jelek permainan golongan-golongan yang tidak berhati perut ini.ADDIN

Pengawal peribadi Dr Wan Azizah pengsan, didakwa diracun

Pengawal peribadi presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital semalam selepas disyaki diserang dengan didakwa dicucuk dengan objek tajam yang beracun. Menurut seorang pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejadian itu berlaku selepas tamatnya satu ceramah di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.

Pengawal peribadi tersebut,
Fayyadh Afiq Albakqry (gambar terbaring), mengiringi Wan Azizah beredar melalui orang ramai yang hadir di ceramah tersebut pada kira-kira jam 10 malam apabila kejadian tersebut dikatakan berlaku. Fayyadh sedang mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan tersebut.

Berikutan itu, Wan Azizah mengarahkan pemandunya berpatah balik menuju ke utara untuk membawa Fayyadh ke hospital Jaya Seberang. Menurut ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, pada mulanya, Fayyadh berdarah selepas tangannya cedera terkena objek yang tajam, tetapi mereka memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Parit Buntar.


Bagaimanapun, katanya, selepas Fayyadh sakit, mereka mengesyaki dia mungkin diracun semasa serangan tersebut. Berita mengenai serangan tersebut tersebar dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa Fayyadh mungkin menghalang serangan terhadap Wan Azizah.


Sesetengah tweets mendakwa jantung Fayyadh berhenti berdenyut berikutan dakwaan serangan tersebut, tetapi para pemimpin PKR kemudian menulis melalui tweet menyatakan pengawal peribadi itu dalam keadaan stabil dan telah sedar semula. Juga dilaporkan di twitter bahawa lebih daripada 100 penyokong PKR dan Pakatan Rakyat berada di hospital untuk mendoakan supaya Fayyadh pulih.


Wan Azizah adalah antara puluhan pemimpin PKR yang sedang menjelajah ke negara dalam siri ceramah umum menjelang keputusan perbicaraan kes liwat II Isnin ini. Anwar pula berada di Kuala Terengganu menghadiri satu lagi ceramah umum di negeri itu ketika serangan tersebut dikatakan berlaku.


Fayyadh juga merupakan pengawal peribadi yang sama yang didakwa terkena tembakan kanister gas pemedih mata ketika melindungi Anwar semasa perhimpunan
BERSIH 2.0. Fayyadh dijadual menghadiri pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai dakwaan kekerasan pihak polis semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai. ~jalanpulang

Sumber :
Gempar!! Cubaan Membunuh Dr. Wan Azizah?

Read more ...

NAJIB KE LUAR NEGARA!!!! Adakah petanda Anwar akan dihukum penjara?


Dalam sibuk seluruh negara tertumpu ke arah keputusan paling besar dalam sejarah negara tahun baru 2012 ini berkenaan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, rupanya Perdana Najib sudah cabut lari nun jauh ke bumi Afrika!

Mengulangi sejarah mentor politiknya, Mahathir Mohamad yang culas ke China semasa tragedi berdarah Memali pada 1985, Najib juga dilihat mengambil pendekatan selamat untuk mengelak dari dilibatkan dengan keputusan mahkamah yang dilihat sudah boleh dijangka, dan paling penting siapa dalang di sebalik keputusannya!


Muslihat Najib sudah lama diduga dek kerana apabila sudah berada di Afrika Selatan, kira-kira 12 ribu kilometer dari tanah air, dia dilihat kununnya tidak cuba mempengaruhi keputusan mahkamah yang jelas sekali berat sebelah dan prejudis!


Rosmah Mansor yang mengikuti isterinya juga dilihat tidak mahu dikaitkan dengan keputusan mahkamah dan membiarkan timbalannya, Muhyiddin Yassin terkontang-kanting menjawab apa saja keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah Isnin ini.


Musa Hitam juga tidak terlepas dari serangan bertali arus media semasa ketiadaan Mahathir dulu walaupun dia Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan menyerang Memali di Mukim Siong, Baling, Kedah lama dahulu.


Apa pentingnya menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Johannesburg yang tidaklah begitu penting sebenarnya selain dari mengahbiskan duit rakyat semata-mata!


Alasan hubungan baik yang terjalin semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu tidak boleh dijadikan alasan kerana syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines (MAS) sudah pun menghentikan perkhidmatannya ke Johannesburg dan Cape Town atas alasan kekurangan penumpang selain mengurangkan hutang menimbun yang dialami MAS!


Penganalisis politik berpendapat, tindakan Najib ini lebih didorong oleh rasa takutnya akan apa saja persepsi rakyat yang akan memerhatikan setiap tindak tanduk keputusan mahkamah yang bakal dibuat Zabidin Mohd Diah.


Malahan Najib kini terdesak untuk meraih sokongan rakyat disebabkan gerakan Bebas Anwar 901 semakin mendapat perhatian dan buktinya lebih 740 laporan polis dibuat pencacai setianya setakat jam 2.40 petang tadi.


Apa yang pasti, Najib , walau berada di mana sekalipun di planet ciptaan Allah SWT ini mesti bertanggungajwab di atas segala keputusannya sama ada penghakiman Zabidin memihak Anwar Ibrahim atau pun tidak!


AYUH TURUN SEMUA RAKYAT!! ASALKAN BUKAN Umno-APCO!!

JALAN PULANG


PM berlepas ke Afrika Selatan hadir sambutan ulang tahun ke-100 ANC


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi berlepas ke Afrika Selatan bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari atas jemputan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang juga Presiden Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).


Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada jam 3 petang.


Turut hadir mengucapkan selamat jalan adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.


Najib yang pertama kali melawat ke Afrika Selatan adalah antara 46 ketua negara yang akan berhimpun di Bloemfontein, kira-kira lima jam perjalanan dari Johannesburg untuk menyaksikan detik bersejarah sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah, ANC.


Menurut kenyataan Kementerian Luar, kehadiran Najib pada sambutan ulang tahun itu melambangkan sokongan Malaysia kepada ANC yang berjuang ke arah pembebasan Afrika Selatan daripada dasar aparteid, yang berjaya dicapai pada 1994.


Sepanjang lawatannya, Najib juga dijangka mengadakan perjumpaan dengan Presiden Zuma serta menerima kunjungan Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo Musyoko dan Ketua Menteri Wilayah Free State, Afrika Selatan, Sekgobelo Elias Magashule.


Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Afrika Selatan mempunyai hubungan akrab yang sekian lama terjalin serta bercirikan kerjasama pelbagai bidang.


Afrika Selatan juga adalah rakan dagang terbesar Malaysia di benua Afrika.


- TIEWNAMA

Read more ...

TERKINI DENGAN VIDEO!! Pembaca Buletin Utama mengaku sebut Anwar Ibrahim Perdana Menteri


Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara!

Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali.

Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya!

Dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi, Nur Jamalina menulis:

@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*

@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata:

@JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan.

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.


Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini.

Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3.

Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010.


Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa!

Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba!

Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu!

JALAN PULANG

Read more ...

(VIDEO) KAMI NAK KIAMULAI!!! Jangan kacau kami, kami ramai. Kita tengok la berapa ramai Pekida nak beribadah?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVWFfY4C0ky-hxiw9ORf9Xm3TStrOhM6WHDSug74tLJPs_XY-160CT58F3pxfrPOElyubm_OgOr3vz5607DL4q0ssJRsuY_WHF0b3LDhYKPZsdLU7-ievXsoll4NYcfJ2EYfIbyL_MkpRa/s1600/pekida2hx4.jpg

Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA,Shahril Abdul Aziz menuju keluar IPK. Bercakap kepada media,beliau menjelaskan Pekida dipanggil polis berkenaan Program Kiamulai iaitu satu program dakwah yang dijadualkan diadakan pada 8hb Jan hingga 9hb Jan di Masjid Wilayah yang berhampiran dengan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan program berkenaan telah lama dirancang dalam jadual aktiviti mereka dan tiada kena mengena dengan perhimpunan 'Bebas Anwar 901'.

Tambahnya lagi, sesiapa sahaja boleh memasuki masjid untuk tujuan ibadat dan amaran keras buat mana-mana pihak yang cuba menganggu mereka.

"Mereka nak buat perhimpunan meraka buatlah tetapi jangan buat kacau. Tolong jangan kacau gangu gugat ahli kami".

Sk@Siasahkini-Hangpa Jangan Kacau Depa ni sebab depa kata depa ramai.Kah,kah,kah...

Read more ...

WAHAI NAJIB!!! Jangan rendahkan taraf kamu sama macam Blogger UMNO


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor.

"Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda." kata Khalid.

Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri

"Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.

"Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor.

Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya

Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.

"Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun," katanya.

Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri.

TVS News

Read more ...