Monday, September 5, 2011

Muhyiddin bakal ambil alih jawatan Presiden UMNO tapi bukan Perdana Menteri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwyEyOqcVI3KPLyoclAkg8VSFjLle9c-EUWhbydWiskZM6H_mREPn5UkBbIREfEnAEOjtSx6lp6yPfUjneDRGWXBBOSnk3Q72iAuJr-FdMPjjkgUBesVHBO8IidbDYadhngft5716hULWp/s400/najib-muhyidin_440x.jpgKita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam arus politik yang bakal melanda Negara kita.Politik dalam UMNo semakin memuncak, seolah menjangkakan pemergian perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian.

Orang yang seterusnya bakal mengantikannya,tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertumpu kepada beliau, samada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal di tangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya.


Rumah terbuka hariraya Muhyddin perlu diberi perhatian. Jumlah kehadiran yang mencapai satu rekod mengesahkan banyak pendapat bahawa beliau semakin berjaya meraih sokongan, yang makin merosot bagi ketuanya.


Pemilihan UMNO kemudian pilihanraya umum?


Bagi para pemerhati politik, adalah perlu di beri perhatian bahawa antara yang menunggu giliran menjadi TPM ialah President MC Chua Soi Lek, anaknya Timbalan menteri pertanian dan asas Tan Chua Tee Yong dan lain-lain pemimpin BN tempatan.

Ada spekulasi yang cukup kuat berkenaan perlarasan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Muhyddin ,tetapi juga di kalangan parti-parti komponen BN yang lain.


Terdapat juga khabar yang Muhyiddin mungkin mengambil alih sebelum pilihanraya umum akan datang.Jika hal tersebut berlaku, ia mungkin bermakna penangguhan tarikh pilihanraya ke tarikh akan datang di suku terakhir 2012, manakala pemilihan UMNO dijangka di bawa ke hadapan ke awal tahun hadapan.


Pada ketika ini, hal ini kelihatan mustahil tetapi melihat dari keadaan dalaman UMNO, tidak mustahil dan mungkin tercapai bagi membolehkan mereka-mereka yang berkenaan berpuas hati dan berdiam diri sebelum pilihanraya umum ke 13.

Sesetengah pengkritik berkata peralihan kuasa dalam UMNO sebelum pilihanraya umum ke13 ibarat membunuh diri, tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pemerhati UMNO.


"Tidak semestinya, kerana UMNO hari ini hanya menjaga UMNO. Mereka sedar MCA dan MIC sudah tiada harapan.Apa yang mereka mahu pastikan ialah perpaduan melayu antara 3 juta ahli dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh. Dengan cara itu, mereka boleh mempertahankan kerusi yang sedia ada dan mungkin boleh merebut dari PAS, yang mana kita dapat lihat mereka asyik menyerang Mat Sabu tanpa henti dan menuduh Pas sebagai komunis.” Seorang pemerhati UMNO veteran memberitahu Malaysia Chronicle.


Muhyiddin pow-wow dan William Bourdon


Ada ura-ura mengatakan Najib mungkin terpaksa membuat pelan peralihan kepada timblannya menjelang pemilihan tertinggi bulan Disember ini.

Ini lah yang paling minimum untuk najib dilepaskan, tetapi Muhyddin jelasnya ingin mengukuhkan kuasanya sebelum tarikh pilihanraya umum ke 13 diumumkan


Menurut pihak dalaman parti,salah satu sebab ialah untuk menghalang pertelingkahan sengit dari penyokong najib yang mungkin rasa tidak puas hati jika beliau terpaksa mengundur diri sebelum beliau melengkapkan satu penggal.


Najib,58 tahun telah di kritik hebat akhir-akhir ini dan semakin jelas kebanyakan dari masalah yang dihadapinya berpunca dari rakan-rakan dalam partinya, yang sangat arif tentang kelemahan pucuk pimpinannya terutama semasa rally bersih 9 Julai lepas.

Malahan terdapat berita dalam UMNo yang mengatakan Muhyddin yang merancang mesyuarat UMNO memaksa Najib memendekkan percutian nya ke Italy yang dirancang selepas lawatannya ke Vatican.


Rancangan Muhydin juga kebetulan dengan seminar 3 siri William Bourdon, seorang peguam Perancis yang dijadualkan memberi makluman kepada kumpulan rakyat prihatin berkenaan penglibatan najib dalam pembelian kapalselam scorpene yang bernilai RM7 juta.

Najib dituduh menambil komisen dan imbuhan dari penjual DCN dan bulan satu yang mengejutkan bila Bourdon telah disuir beberapa jam sebelum menghadiri majlis makan malam serta sidang media.


Bagi kebanyakan mereka dalam masyarakat melayu, najib telah menjadi sejarah dan Muhyddin ialah tokoh baru. Walaubagaimana pun,ramai percaya beliau akan berjaya mengambil alih tampuk presiden UMNo dari najib tapi tidak menjadi Perdana Menteri kerana pilihanraya umum mungkin dimenangi oleh pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim.


“Saya melihat Muhyddin mampu mengambil alih pucuk pimpinan Umno. Saya rasa ianya telah berlaku. Tetapi untuk menjadi PM Malaysia, beliau perlu bersaing dengan hebat dan inilah sebab kita perlu beri perhatian dan sentiasa berusaha kea rah reformasi pemilihan.” Kata Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


Presiden UMNO tapi mungkin bukan Perdana Menteri


Pada usia 64 tahun,Muhyiddin harus cergas dan segera untuk mencapai cita-citanya ke puncak pimpinan sebelum bersara. Seorang yang berusaha, latarbelakangnya jauh berbeza dengan Najib.

Beberapa persoalan berkenaan nya termasuklah bagaimana beliau akan meletakkan keadaan seperti sediakala dan meredakan UMNo sebelum pilihanraya ke13?


Adakah beliau akan mendapat restu masyarakat? Adakah beliau akan berjaya membaiki keadaan ekonomi dan menjalankan satu pentadbiran yang adil dan saksama?

Bolehkan beliau menstabilkan keadaan Negara dalam hal perkauman dan pertelingkahan agama?


Persoalan2 ini adalah adil terutama nya bila mengambil kira komen beliau, 'Malay First, Malaysian next' yang mana ramai percaya beliau tidak layak menjadi PM dimata pengundi bukan melayu.


Bagaimanapun,memandangkan pengundi melayu adalah jumlah yang terbesar dinegara ini dan dengan bantuan dari Sabah dan Sarawak, penyokong Muhyddin yakin beliau akan berjaya dengan majoriti walaupun mereka berhasrat untuk dua pertiga dari 222 kerusi dalam parlimen Malaysia.


“Sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk UMNO,yang sekarang tidak wujud lagi dibawah najib. Berkenaan ekonomi, agak sukar untuk pemimpin lain berbuat sesuatu yang lebih buruk dari Najib, dan bagi kaum bukan melayu, Muhyiddin pasti tahu bagaimana nak menarik mereka semula apabila beliau memegang kuasa kelak.


Bagi beliau, yang penting ialah beliau membuktikan kepada UMNO beliau ialah seorang yang berjuang, berbanding Najib yang kelihatan lemah dan hanya berminat berbelanja dengan lawatan luarnegara untuk diri sendiri, isteri dan kroni-kroni nya,” seorang penyokong Muhyddin memberitahu Malaysia Chronicle.


Pesaingan tidak sihat telah mengambil alih UMNO, parti dalam keadaan terumbang ambing


Muhyddin berasal dari Johor.beliau menceburi politik dalam tahun 70an, sebelum dipilih sebagai MP Pagoh dalam tahun 1978. Beliau meningkat ke peringkat tinggi dalam UMNO Johor dengan menjadi Ketua UMNO Johor, menjadi Menteri besar dari 1986-1995.


Beliau dilantik ke kabinet sebgai Menteri belia dan Sukan dan kemudian menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna. Muhyddin juga menjadi Naib presiden pada tahun 200 dan menteri Pertanian (2004-2008) dan kemudian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2000).


Dalam tahun 2008, beliau bertanding dan menang timbalan presiden Umno dan dilantik Timbalan perdana Menteri dan menteri pendidikan oleh PM Najib razak pada 2009, dengan sokongan dari bekas PM Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, beliau berhajat kepada kerusi tertinggi dalam UMNO.


Sebagai menteri pendidikan,Muhyiddin menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantara untuk sains dan matematik di sekolah, satu langkah yang menggembirakan segolongan orang melayu tetapi ditentang oleh ibubapa dan tokoh pendidik.

sekiranya sudah berada di kerusi tertinggi, beliau perlu belajar skill baru secepat mungkin-samada sebagai Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang.


“Selama ini ,semua Perdana Menteri adalah dari UMNo dan mereka bukan jurucakap bagi pihak diri sendiri atau Negara. Seperti juga Najib, Muhyddin perlu melapor kepada UMNO dan beliau harus menyempurnakan kehendak parti. Pendapat parti didahulukan, dan beliau hanyalah menjadi suara parti,” kata Jui Meng.


“Jika beliau bertindak tidak mengikut kehendak parti, karier politiknya akan hancur.parti meletakkan beliau di posisi tinggi dan parti juga yang boleh menjatuhkannya jika beliau tidak menunggu giliran,seperti Najib.dan inilah sebab UMNO perlu perubahan. Pesaingan tidak sihat telah menjadi tidak terkawal dan menjadi barah yang memakan dan memusnahkan parti.” JALAN PULANG

Read more ...

APA CERITA !!! UMNO bela polis Bukit Kepong sampai pencen pun tak bagi

Apa cerita ni? Pemimpin dan Pencacai UMNO kata mereka ini adalah 'Pejuang Negara' meskipun ketika peristiwa berlaku mereka yang terbunuh berkhidmat untuk penjajah British..

Kalau dah dikatakan mereka sebagai 'Pejuang Negara' mengapa pencen tidak dibayar kepada Balu mereka??

Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.


Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.

"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," kata Sharifah Aminah.

Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40-an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.

"Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga," kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.

Bernama

Read more ...

KANTOI!!! Pemuda UMNO gagal burukkan Mat Sabu dalam isu bil perubatan


Bila tak dijawab isu Bill Perubatan Mat Sabu ini.. ada pencacai UMNO mengatakan Guan Eng cuba mengelak dari menjawab kononnya Mat Sabu menyelewang dana Perbadanan Bekalan Air (PBA) ini..

Bila dijawab pula.. ada pula pencaci UMNO mengatakan jawapan Guan Eng dalam isu ini mencurigakan..

Kelmarin Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu sidang media mendesak Guan Eng supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu bill bayaran perubatan hospital Mat Sabu yang dijadikan kontroversi oleh UMNO itu.


Sebelum itu Blogger UMNO begitu galak menyebarkan fitnah tentang isu ini..

Beliau membangkitkan dua persoalan iaitu sama ada Mat Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah PBAPP layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos perubatan kerana mengikut perjanjian bersama syarikat berkenaan, pekerja yang tercedera ketika terbabit dalam kegiatan haram tidak layak membuat tuntutan.

Persoalan kedua dibangkitkan ialah mengenai jumlah pembayaran kepada pemimpin Pas itu melebihi daripada jumlah ditetapkan hospital swasta yang merawat Mat Sabu, PBAPP meluluskan pembayaran sebanyak RMRM8,434.05 sedangkan kos perubatan hanya RM5,060.54 iaitu melebihi RM3,373.50.

Untuk persoalan pertama.. Pulau Pinang kini adalah dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat oleh itu secara tidak langsung PBA juga terletak dibawah kuasa Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Yang melabelkan perhimpunan BERSIH 2.0 itu sebagai haram adalah kerajaan Barisan Nasional yang tak ada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukannya Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Jika ianya tidak diharamkan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang, maka tuntutan tersebut adalah layak..

Persoalan kedua pula.. korang tengoklah video penjelasan dari Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa di atas…Anak Sungai Derhaka


Hentikan fitnah, pembangkang digesa tunjuk kesemua resit perubatan Mat Sabu

GEORGETOWN - Pihak pembangkang Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan fitnah ke atas kerajaan negeri serta digesa mendedahkan kesemua resit pembayaran kos perubatan Mohamad bin Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai respons pada fitnah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri reezal Merican bin Naina Merican kononnya kerajaan negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM3,000 dana Perbadanan Bekalan Air (PBA).

"Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk...saya yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak pembangkang)," ujar beliau.

Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan (lihat gambar di bawah) , kos hospitaliti keseluruhannya sebanyak RM5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM3373.50.

Jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga PBA adalah berjumlah RM8,434.05.

Lim berkata, Reezal tidak wajar menuduh Mohamad menyeleweng dana PBA kerana transaksi pembayaran perubatan Mohamad melibatkan PBA dan Hospital KPJ Selangor sahaja.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa pula berkata, pihaknya wajar berlaku profesional membiayai kos perubatan ahli lembaga pengarahnya.

Ditambah dengan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBA yang dijadualkan pada 19 Ogos lepas, beliau berkata pihaknya wajar melakukan tanggungjawab korporat kepada Mohamad.

"Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah 'manfaat perubatan'. Ini adalah keputusan korporat.

"Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku (dalam PBA)," ujar beliau.

Sambil menegaskan bahawa PBA tidak pernah menyeleweng dana rakyat, beliau berkata manfaat yang disumbangkan kepada Mohamad adalah rekod pertama bagi tahun ini.

Beliau turut menjelaskan mengenai status sebenar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu yang sengaja dicetuskan oleh pihak pembangkang.

"Tidak ada sebarang siasatan ke atas saya. Sebab itu, mereka (SPRM) datang ke pejabat kami (PBA). Kalau tidak (jika saya disiasat), saya ke pejabat mereka," ujar beliau lagi.

Lim dalam reaksi spontan turut mengalu-alukan SPRM untuk mengesahkan kedua-dua resit pembayaran yang didedahkan oleh Hospital KPJ Selangor dengan kerjasama PBA.

Pada 9 Julai lepas, Mohamad mendakwa kenderaan polis melanggarnya sehingga mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.

Dalam pembedahan di Hospital KPJ Selangor, lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.



Read more ...

MARI BACA !!! Bagaimana Khoo Kay Kim, seorang profesor putar belit sejarah

Menurut Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air Mat Indera bukan anak tempatan.

Katanya “Dia (Mat Indera) berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”

Oleh itu tambahnya lagi “Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.”


“Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah,” kata Dr Khoo

Itu kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengenai sejarah Mat Indera, aku tak tahu sumber rujukannya dari mana punya buku sejarah..

Adakah benar apa yang dinyatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim itu bahawa Mat Indera adalah orang seberang?

Cuba baca sebahagian dari artikel XPDC Menjejak Mat Indera dibawah ini..

Menurut Pak Johan (gambar), mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu.

Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau (Mat Indera) dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.

Sepenuhnya sila baca di (SINI)

Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor menurut adik Allahyarham Mat Indera sendiri.. dan kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Mat Indera adalah orang seberang..

Jadi siapa yang memutar belit Sejarah untuk kepentingan peribadi sekarang? Mat Sabu, Pak Johan atau Khoo Kay Kim??


‘Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan’

PETALING JAYA: Seorang tokoh sejarah tampil menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.

“Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme,” jelas tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan latar belakang Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Isu berkenaan Mat Indera sebagai ketua kumpulan Parti Komunis Malaya yang terlibat dalam serangan Bukit Kepong menjadi kontroversi apabila timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Pulau Pinang mendakwa bahawa komunis yang terlibat adalah pejuang kemerdekaan sebenar, lapor Utusan Malaysia pada minggu lepas.

Khoo turut menjelaskan bahawa Mat Indera bukan anak tempatan.

“Mat Indera orang seberang.

Asal Indonesia

“Dia berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”

Khoo turut menyatakan bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik untuk kepentingan diri.

“Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah,” kata Dr Khoo ketika ditanya sama ada sejarah dimanipulasi oleh golongan politikus.

Beliau turut melontarkan persoalan kepada Mohamad Sabu – “Adakah Mohamad Sabu memahami sejarah ketika itu?”

Beliau menambah, masyarakat hanya sedar berkenaan serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong kerana pembikinan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Sebenarnya serangan komunis ke atas balai polis bermula lebih awal. Saya menyaksikan serangan balai polis oleh komunis di dalam tahun 1945 di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Perak.

Free Malaysia Today

Read more ...

Dokumetari RTM 1970an : Yusuf Rono mengaku Mat Indera selamatkan nyawanya dari ditembak komunis

"Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok.

Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok. Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO.

Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi. dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.

Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM.

Apalah yg bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yg dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas.

Pada saya, tindakan YB Mat Sabu itu betul. Kalau nak dikirakan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin telah banyak tidak ditunjukkan kesilapan Polis British pada waktu ini, oleh sebab watak Sarjan Jamal yg sebenarnya beliau adalah anggota terawal kematiannya.

Tetapi dalam filem itu, watak sarjan ini ditamatkan jadi HERO dalam filem tersebut sudah lari dari fakta. Kedua, kenapa ramai polis tidak bersedia pada waktu itu?


Sebilangan besar anggota polis telah dijamu dengan arak oleh masyarakat cina. Orang kampung tidak berani untuk menegur perbuatan ahli yg teribat.

Maklumlah, orang kampung dan polis amat berkuasa, jadi pada masa tu pegangan akidah anggota polis tidak berapa kuat. Jadi polis-polis tersebut telah minum arak sehingga mabuk. Ini tidak pula diterangkan dlm filem tersebut.

KENAPA?? kalau tidak percaya, orang-orang UMNO Lenga boleh tanya di kedai-kedai kampung lama di Bukit Kepong. Untuk makluman semua, pihak RTM ada menayangkan satu slot dokumenteri mengenai sejarah Bukit Kepong melalui program WARISAN pada tahun 1970an.


http://www.anakmuar.com/sejarah/picts/YusofRono.jpgDalam program itu ada diterangkan En. Yusof Rono di saat akhir selepas kominis balik. Apabila En. Yusof Rono telah diarahkan di kepala oleh salah seorang kominis, Mat Indera telah menghalang komunis itu daripada menembak En. Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah, yg dah lepas, biarkan" ini bermakna Mat Indera masih ada perasaan simpati pd Polis British itu. Kalau boleh, pihak RTM tayang balik Dokumenteri tersebut yg dikeluarkan pada tahun 1970an.

Siapa HERO sebenar? Kalau bukan Mat Indera. Dengan ini, kita cuba perbetulkan Sejarah Negara semula yang telah lama dipesongkan.

Al-fatihah buat "HERO SEBENAR MALAYA" iaitu, MAT INDERA. Amin....Siasahkini

Read more ...