KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini
mengulangi pendirian untuk tidak campur tangan dalam pelantikan menteri
persekutuan yang menimbulkan rasa tidak puas hati anggota Parti Rakyat
Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), dua parti
komponen Barisan Nasional (BN) negeri.
Katanya beliau menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.
"Tidak, ini bukan cara saya. Saya tidak campur tangan dengan apa yang
berlaku dalam Kabinet (Persekutuan)," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17, di
sini.
Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka
Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiraun"
di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.
Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah
menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan
membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum
ini.
"Adalah
dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan
pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik
yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima tahun sebelum ini.