Tuesday, August 16, 2011

Ada bukti elemen campurtangan UMNO di belakang operasi Jais

S.U Agong Pas ada bukti campurtangan Umno

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.

Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.

“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.

“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.

Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan.

Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.

tmi

Read more ...

Kalut dok tanya pendirian rasmi PAS, pendirian rasmi UMNO apa pulak?!!

Oleh: Saiburi Sudin

Lidah Rasmi UMNO Utusan Malaysia terus menjolok PAS untuk menyatakan pendirian rasmi parti berhubung isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS sudah menyatakan, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Kenyataan itu merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church

“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

"PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut," tegas Mohamad Sabu.


Bila Timbalan Presiden yang bercakap, kira pendirian rasmi PASlah tu. Tak perlulah cop mohor dari penyimpan mohor besar raja-raja pulak.


Aku boleh baca, yang sebenarnya apa yang dimahukan oleh UMNO, bukan setakat kenyataan macam tu. Depa mau PAS isytharkan perang terhadap agama Kristian dan umumkan bahawa PAS akan bakar semua gereja di Malaysia... betul tak UMNO???

Depa provok macam-macam nak bagi PAS melatah. Depa harap bila PAS melatah, keluar kenyataan bukan-bukan maka masyarakat non Muslim yang tak tau apa-apa isu ni akhirnya nanti akan marahkan PAS. PAS bukan kecik anak dalam politik, sekilas ikan di air tahu jantan betinanya.


Manakala di kalangan masyarakat Muslim pula, UMNO berharap PAS keluar kenyataan mempertahankan pihak gereja, supaya nanti umat Islam nampak PAS tak prihatin isu murtad. Betul tak? Betulllll.


Malangnya, kedua-dua kenyataan yang diharapkan itu tidak muncul. Yang muncul ialah kenyataan rasional, berhikmah dan berpijak di bumi nyata. Meroyan UMNO dibuatnya.


Dalam sibuk-sibuk UMNO dok tanya pendirian rasmi PAS, ramai tak perasan rupanya UMNO pun tak pernah keluar sepatahpun kenyataan rasmi mengenai isu tersebut. Yang ada ialah kenyataan kecam PAS, kutuk PAS, fitnah PAS.

Ayuh UMNO, ayuh Najib, Muhyidin.. keluarkan segera kenyataan bahawa pihak gereja tu jahat, puak kristian jahat. Hangpa ada ISA, ayuh gunakan ISA terhadap pihak gereja tu. Awat tak berani? Takut hilang undi? Awat yang hangpa lebih utamakan undi dari 'mempertahankan aqidah' (*mempertahankan aqidah versi UMNO)?


Perangai UMNO ini mengingatkan kita kepada pepatah Melayu Kedah 'Berkukok kok keok kok keok, tapi pungkok penuh taik!'.Kedah La

Read more ...

15 Ramadhan... Bulan Mengambang, UMNO pun Meroyan

Oleh Ust Saiful Bahri

Selama ni PAS jadi alat untuk difitnah. PAS telah diperkudakan DAP!!!. Pelbagai imej buruk yang ditaji oleh BN khususnya dalam kursus BTN. Seolah-olah dunia akan kiamat kalau BN kalah dalam PRU nanti. Umno kalah nescaya DAP akan memerintah!!!. DAP Parti chauvinis cina, anti melayu, anti Islam, Parti Komunis. Apabila DAP berpakat dengan PAS, dengan PAS pulak jadi komunis.


Selama ini Umno masuk kampong keluar kampong demi meraih undi melayu dengan memainkan sentimen melayu. Jalan yang mudah adalah menghentam parti cina iaitu DAP.


Sedangkan parti cina adalah MCA, parti India adalah MIC dan parti melayu adalah UMNO. Kompenan BN. Tapi itu disembunyikan rapi. Padahal Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR adalah parti berbilang kaum, tidak dikhususkan kepada bangsa tertentu sahaja. Politik masa depan pun nampaknya perjuangan assobiyyah bangsa akan lupus ditelan dek zaman.


Apabila rakyat semakin menolak parti rasis dan perkauman, nampaknya Umno serta kompenan BN seperti cacing kepanasan menunggu saat-saat kejatuhannya. Apatah lagi Umno. Mungkin dah buntu kot? Apa! Dah gila meroyan pulak ke apabila mengajak DAP pulak menyertai BN. Sudahlah diupah dan diumpan pimpinan PKR untuk melompat ke BN. Sebahagian ada yang termakan kahak Umno-BN ni. Berapa upah yang mereka jilat tak tahulah. Tentu banyak, kalau sikit takkan nak lompat.


Sebelum ini PAS dijadikan sasaran politik BN. Berderet-deret rombongan meminang untuk bekerjasama dengan PAS. Kerajaan Perpaduan. Bergelora politik dalaman PAS sehingga berkocak sakan. Apabila mereka gagal, kini meleleh-leleh pulak air-liur nak mengajak DAP pulak agar menyertai BN. Apa punya gila pe? Takkan mereka nak telan ludah mereka sendiri. Apa prinsip perjuangan Umno-BN ni? Atau matlamat mereka hanya untuk menang? Prinsip dah lama dibuang?


Penyokong tegar Umno dan bekas orang kuat BTN, Tan Sri Dr Nordin Kardi juga selaku bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok pula menyokong agar DAP dipelawa masuk BN.


Katanya, bagi DAP pula, tentulah Umno lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan PAS. Dasar Umno yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.


“DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama PAS yang dilihat sangat teologikal.


Nordin juga menambah, pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN, misalnya tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ sudah terangkum dalam ‘1 Malaysia’, dasar semuanya inklusif, mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN.


“Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN,” katanya sambil menambah, jika semua telah ada dalam BN — “sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada”, semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah ‘status quo’.


Apakah sikap DAP. Sejauhmana daya-tahan semangat setiakawan DAP dalam Pakatan. Adakah seperti Ezam dengan kotak-kotak sumpahnya? Atau seperti Ibrahim Ali yang memang pakar lompat? Atau semacam Gobala Krisnan? PAS sudah teruji. Istiqamah dan mempunyai sifat setiakawan yang tinggi. Tak pernah lari apabila berpakat. DAP pernah keluar daripada APU. Apakah kini DAP akan termakan dengan ajakan BN?


DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN


Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN. Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.


"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.


"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Read more ...

UMNO & PERKASA bising terhadap larangan Jabatan Mufti Pulau Pinang tapi membisu bila ahli MCA saman judi di Kelantan


Antara isu hangat yang diperkatakan sekarang adalah larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Pelbagai pihak tampil memberikan pandangan termasuk parti politik sama ada menyokong atau sebaliknya.

Namun dalam memberikan pendapat atau pandangan, kadang-kadang kita seolah-olah terlupa mengenai perkara lain. Oleh kerana keghairahan kita terhadap isu tersebut, ia mengaburi pandangan kita mengenai isu yang lebih besar lagi. Ada ketikanya, pandangan yang kita berikan itu akan menampakkan lagi kebodohan kita.

Memetik laporan sebuah portal, “Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.”

Adakah Menteri tersebut tidak dapat membezakan antara Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Jabatan Mufti Pulau Pinang? Larangan tersebut adalah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang dan bukannya JHEAIPP sebagaimana dakwaannya. Manakala Mufti Pulau Pinang adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Saya percaya bahawa Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negeri dalam membuat larangan tersebut.

Setahu saya, larangan bacaan al-Quran tersebut masih terbuka perbincangan mengenainya serta banyak pandangan dan pendapat ulama yang berbeza-beza dengannnya. Isu ini seolah-olah telah menenggelamkan isu saman judi oleh ahli MCA terhadap Kerajaan Negeri Kelantan padahal judi adalah disepakati secara ijmak tentang pengharamannya jika hendak dibandingkan dengan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara tersebut.

UMNO dan PERKASA yang kononnya menjuarai isu larangan yang dibuat oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang itu diam seribu bahasa mengenai saman yang difailkan oleh tiga orang ahli MCA terhadap Kerajaan Negeri Kelantan itu. Nampaknya mereka seolah-olah cuba melarikan isu dan hanya membangkitkan isu terpilih sahaja. Jika mereka benar-benar memperjuangan agama Islam, kenapa mereka tidak membantah saman tersebut kerana pengharaman judi adalah berdasarkan nas yang qat’ie.

Akhir sekali, sekadar pandangan saya yang tidak berilmu ini mengenai larangan Jabatan Mufti Pulau Pinang tersebut masih terbuka untuk diperbincangkan serta diperhalusi dengan pelbagai pendapat dan pandangan ulama terutamanya dalam menjaga ‘izzah agama Islam itu sendiri.

Read more ...

Laporan pembaharuan sistem pilihanraya boleh siap sebelum Mac 2012



PETALING JAYA 16 OGOS : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 mahu jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi proses pengundian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, untuk mengimplementasikan tuntutan rakyat dalam himpunan aman Bersih 9 Julai lalu.

Justeru, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 membentangkan garis panduan yang boleh diikut oleh PSC terbabit.

Menurut Maria Chin Abdullah, Bersih 2.0 mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas membentangkan dua laporan – pertama berkaitan dengan pembaharuan segera untuk diumumkan sebelum Mac depan manakala laporan jangka panjang dalam tempoh setahun.

"Laporan pertama mengenai perubahan segera mesti dibuat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan jawatankuasa PSC mesti menyiapkan laporan itu dalam tempoh 3 bulan," tegas Maria dalam satu sidang media di Pejabat Sekretariat Bersih 2.0 hari ini.

Semalam, Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak- wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Najib berkata panel itu yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.

Bersih 2.0 sebelum ini mengememukakan lapan tuntutan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Gabungan itu juga turut meminta agar pendaftaran automatik pengundi diadakan kerana SPR dan agensi berkaitan mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.

Malah menurut seorang lagi Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Wong Ching Huat, pendaftaran automatik mampu menyelesaikan masalah SPR sebelum ini berkaitan pendaftaran bertindih dan pengundi hantu.

"Pendaftaran automatik pengundi tiada masalah sepatutnya untuk diimplementasikan. Bila seseorang sudah cukup umur, secara automatik nama dia dimasukkan dalam daftar pemilih mengikut komputer...ini tak bertentangan dengan perlembagaan. Kini ada ramai pengundi tidak berdaftar...ini boleh jadi satu NKRA kepada agensi terbabit," kata beliau.

Bagaimanapun Bersih 2.0 menyeru agar Najib menangguh pilihan raya sehingga implementasi PSC dapat dilakukan sekurang-kurangnya bagi laporan pertama.

"Ia boleh dilakukan sebelum Mac ini. Kalau cadangan PSC tidak dilakukan untuk PRU akan datang, sia-sia apa yang rakyat minta pada 9 Julai lalu," tegas Maria.

Laporan kedua pula menyentuh kepada isu besar lain yang membelenggu Pilihan Raya di Malaysia.

Bersih 2.0 memberi tempoh 2 tahun agar PSC dapat meneliti dan menyelesaikan masalah ini.

Isu tersebut ialah kajian mengenai isu 'gerrymandering' SPR, pembiayaan pilihan raya parti politik, penggubalan akta Neutrality bagi kerajaan 'caretaker', implementasi semula Pilihan Raya Tempatan (PBT) bagi PNT dan penduduk kampung, pengenalan referendum sebagai satu cara demokrasi, review kepada masalah pilihan raya serta petisyen pilihan raya dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti secara penuh isu pilihan raya di Malaysia.

Read more ...

PR Ingatkan Najib jangan mengelak, desak Inkuiri Awam



KUALA LUMPUR 16 OGOS : Lantaran tidak menerima sebarang respon balas dari Perdana Menteri berhubung sidang khas parlimen yang dituntut, Pakatan Rakyat hari ini mendesak supaya Putrajaya mengadakan inkuiri awam bersabit isu pilihan raya.

Bercakap pada satu sidang media, ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkuatkuasa esok selepas beliau gagal memanggil satu sidang tergempar parlimen.

“Pada 8 Ogos lalu kita telah menghantar satu surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memanggil satu sidang tergempar parlimen yang berkaitan isu pemastautin tetap menjadi warganegara dan pengundi dengan kadar segera dan kita telah serahkan surat itu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan tempoh tujuh hari itu telah tamat semalam yang mana Perdana Menteri mengumumkan untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen.

“Tapi beliau (Najib) hanya nyatakan ia (jawatankuasa khas Parlimen) itu hanya fokus kepada pembaharuan pilihan raya, jadi saya tegaskan Perdana Menteri jangan lari daripada tajuk asal, jangan lari dari perkara asas yang kita anggap satu pengkhianatan dan penyelewengan khususnya mendaftarkan pemastautin tetap jadi warganegara dalam tempoh beberapa jam,” katanya.

Semalam Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak-wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Najib berkata panel itu juga akan turut dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.

Walau bagaimanapun kata Salahuddin yang juga naib presiden PAS, kepimpinan Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan mahu Putrajaya mengadakan inkuiri awam.

“Isu ini kita tidak boleh berkompromi dan kita berpandangan Perdana Menteri harus memanggil sidang tergempar parlimen dan bukan mengambil tindakan menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen tetapi perkara yang besar, berlaku penyelewengan yang berlaku dalam urus tadbir yang mana pemastautin tetap bertukar status kewarganegaraan dalam tempoh beberapa jam.

“Kita, hari ini mendesak Perdana Menteri mengadakan inkuiri awam iaitu satu sesi bertemu rakyat di seluruh negara untuk rakyat tampil dan kemukakan bukti-bukti mengenai penipuan dan penyelewengan yang kita anggap mengancam keselamatan negara,” katanya.

Menurut salahuddin, penubuhan jawatankuasa khas ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah daftar pemilih yang jelas bercelaru dan diragui kesahihannya.

“Adakah kita rela orang luar, orang asing yang tidak faham negara kita boleh menentukan masa depan negara yang kita anggap sangat memberi kesan, ini isu sebenar yang gagal di jawab Najib, sebaliknya beliau berdalih untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan Parlimen ini tidak memadai untuk selesaikan isu yang besar.

“Sebab itu, kita desak inkuiri awam diadakan untuk rakyat kemukakan bukti-bukti, kalau tidak dipenuhi kita tidak akan teragak-agak untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong dan kita akan minta suruhanjaya diraja ditubuhkan, ini yang kita mahu...Perdana Menteri jangan lari dari isu sebenar,” katanya.

Dalam pada itu setiausaha publisiti DAP, Tony Pua ketika dihubungi Tv Selangor hari ini berkata, beliau khuatir sekiranya penubuhan jawatankuasa itu hanya helah Najib untuk lari dari masalah sebenar.

"Oleh sebab itu kita harap, penubuhan satu jawatankuasa ini bukan untuk membisukan suara rakyat dalam pilihan raya akan datang. Dan buat masa ini, mungkin mereka hendak tubuhkan jawatankuasa ini supaya kita tidak buat bising lagi dan dalam jangka masa pendek mereka akan panggil pilihan raya sebelum apa-apa rombakan dibuat ke atas pilihan raya kita,"katanya.

Read more ...

Video : MBPJ buat laporan polis terhadap PAPA GOMO kerana cipta dokumen palsu

Majlis Bandaraya Petaling Jaya membuat laporan polis hari ini ke atas seorang penulis blog berhubung dakwaan berkaitan "Ops Sita" ke atas Damansara Utama Methodist Church.

Pengarah bahagian penguatkuasa dan keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop (gambar) berkata, laporan itu dibuat memandangkan pihak berkuasa itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa laporan berhubung Ops Sita, seperti yang didakwa.

Dokumen yang dimuatkan di laman papagomo.com itu juga merupakan "satu dokumen palsu," katanya lagi dalam laporan polis yang dibuat di IPD Petaling Jaya petang ini.

"Laporan palsu itu dipaparkan sebagai kononnya yang dikeluarkan oleh pihak jabatan saya," tambahnya yang turut menafikan wujudnya penyalahgunaan kuasa beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam tulisan yang dimuatkan di laman berkenaan.

Katanya, dokumen didakwa palsu itu turut mengaitkan tuduhan ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad barisan exco – Teresa Kok, Ronnie Liu, Elizabeth Wong – serta ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dokumen berkenaan menuduh Pemimpin Pakatan Rakyat berkenaan telah menyalahgunakan kuasa melalui campurtangan secara langsung dalam tugasnya sebagai pegawai MBPJ.

"Saya tegaskan di sini, tiada salah seorang pimpinan yang dinamakan di atas telah membuat panggilan kepada mana-mana pegawai MBPJ (pada 11 Ogos seperti didakwa)," kata Mohd Fauzi lagi dalam laporan polisnya.

Dalam dokumen yang dimuatkan di papagomo.com bertarikh 13 Ogos itu, pemimpin berkenaan didakwa telah menghubungi pegawai MBPJ, antaranya Khalid Samad yang didakwa telah meminta supaya operasi sita ke atas gereja berkenaan dibatalkan.

Seorang lagi pemimpin berkenaan, Ronnie Liu didakwa telah membuat panggilan telefon dan mengancam untuk menukar pegawai berkenaan sekiranya operasi itu diteruskan.

Mohd Fauzi membuat laporan polis berkenaan hari ini dengan ditemani seorang ahli majlis, Latheefa Koya yang berkata, penulis blog berkenaan boleh disiasat mengikut kanun keseksaan kerana membuat dakwaan palsu.

Turut hadir ialah Khalid yang turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan telefon pada tarikh tersebut seperti didakwa dalam dokumen berkenaan.

Bercakap kepada wartawan selepas laporan itu dibuat, Khalid berkata masyarakat sepatutnya dapat menilai bahawa penulis blog yang berkenaan tidak berkredibiliti.

Penulis blog pro-Umno yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa telah menerima "laporan" yang bertanda "sulit" daripada seorang pegawai MBPJ melalui emel pada Jumaat lalu.JP

Read more ...

BONGKAR!!! Skrip sumpah PATI agar menyokong BN!

SEBELUM ini ada disiarkan di MiLo SuaM bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan, rujuk sini [Warga asing]

Di bawah ini salinan skrip sumpah yang dimaksudkan. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana negara ini dijual oleh United Malays No Otak secara terang-terangan kepada warga asing.


Sebelum ini kita sudah saksikan bagaimana pendatang asing menghalau imam bertauliah di Negeri Sabah, rujuk sini [Halau imam]. Tidak lama lagi jangan terkejut, bila imam di semenanjung pula akan dihalau oleh warga asing yang diberikan layanan istimewa oleh United Malays No Otak.


Sumber gambar [KeadilanDaily]

ReJaM©
"Berdirinya Kerajaan Rosmah Mansor kerana sokongan warga asing..."


Read more ...

Yang ada dalam kepala otak UMNO... Sex, Sex, Sex...



Oleh: Tok Non

Tak dak angin tak dak ribut, tau-tau Ustazah Umi Hafilda (penasihat agama UMNO) tiba-tiba bersumpah bahawa dia tak pernah lakukan seks dengan Baginda.


Selama ni dia dok fitnah merata tempat pasai Anwar. Hari ni dia rasa 'kepanasan' dengan tuduhan dia buat kat orang, lalu menafikan untuk diri sendiri. Tok Non tak reti nak pikiag apa kena dengan makcik sorang ni. Hmmfff..tak payah pikiag lahh..
cuma yang Tok Non dok heran, tak bolehkah kalau satu hari puak-puak UMNO tak sebut perkataan sex, liwat atau apa-apa perkataan kotog dan lucah yang depa dok sebut dalam media-media depa, terutamanya media maya?

Sebut benda kotog ni lahir dari pemikiran UMNO yang kotog. Yang depa tau mencarut, maki hamun, gelaq buruk2...entahlah apa nak jadi UMNO ni.

Tok Non nak nasihat UMNO, Bulan posa ni tukaq la sikit wirid tu.. sebut benda2 baik, puji Allah banyak-banyak. Selawat banyak-banyak dan jugak bertobat banyak2...


(Petikan berita Malaysiakini)

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. Kedah La

Read more ...