Monday, December 17, 2012

SAMSENG TAIK KUCING BACUL!!! Bukan hanya bas Jelajah Merdeka, kereta Adun PAS Perak juga dipecahkan cermin


Sekitar jam 2 pagi tadi, lena seorang YB telah dikejutkan dengan kebisingan bunyi penggera (alarm) keretanya.

Apabila diperiksa, laungan bunyi penggera itu tercetus akibat cermin keretanya yang telah dipecahkan.

Bukan sahaja cermin kereta bahagian depan sebelah kirinya itu dipecahkan, pintu van khidmat Dun-nya juga didapati telah dibuka.

Read more ...

TUDUH AL-QARDHAWI SESAT?!!! Tapi buku seorang Ahli Majlis Syura Ulama Muda UMNO diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan





KL: Pemuda PAS Malaysia menyifatkan pemikiran ulama Qatar, Dr Yusuf Al-Qardhawi (gambar) tidak ada kaitan dengan pemikiran Khawarij sebagaimana didakwa oleh Ketua Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.  
Bagi Pemuda PAS,  kelompok agamawan seperti Ulama Muda Umno adalah pengampu kerajaan dan wujud di mana-mana negara umat Islam yang dibayar upah untuk menghalalkan kebejatan pemerintah.
 
Demikian kata Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor yang mengulas dakwaan Fathul Bari yang mendakwa pemikiran Yusuf Al-Qardhawi sama dengan Khawarij. Fathul mengatakan pemikiran Yusuf Al- Qardhawi cenderung kepada khawarij. 

Read more ...

TERKINI!!! Anak polis mati ditembak ketika cuba merompak


[kosmo] KUALA LUMPUR – Hajat dua penjenayah merompak sebuah kedai serbaneka KK Mart di Taman Sri Rampai di sini dengan mengacukan parang ke arah juruwang tidak kesampaian apabila sepasukan polis tiba-tiba muncul di premis itu dan menembak mati seorang suspek.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, suspek yang maut ditembak merupakan remaja berusia 19 tahun. Remaja itu mati di depan kedai rangkaian 24 jam itu akibat cedera di dada.
Difahamkan, suspek dipercayai anak kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas di Melaka.

Read more ...

SIAPA AKAN TERKORBAN?!!! Deepak, Najib dan UMNO



Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.
Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno di mana Najib berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib .
Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya — sehingga bagi insan waras — Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.

Read more ...

AKUAN BERSUMPAH 2 BALA!!! Seorang peguam kanan dan SPRM mula panas punggung.....

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diheret dengan skandal seks, wang dan pembunuhan penuh dengan persoalan panel operasi yang dikaitkan dengan firma undang-undang dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai kematian Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.


Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) hari ini berkata, lima orang ahli dalam SPRM bertanggungjawab dalam menutup fail tersebut mungkin mempunyai campurtangan secara langsung untuk melakukan sedemikian, menimbulkan persoalan sama ada terdapat percubaan melindungi jenayah tersebut melibatkan dua orang polis komando yang bakal menghadapi hukuman mati dan penyiasat persendirian itu hidup dalam buangan.

Read more ...

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT!!! Tetap ramai walaupun di Perlis, sebuah negeri yang kecil



Ribuan rakyat Perlis hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perlis. Antara kepimpinan  yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS Abang Mat Sabu dan Saifuddin Nasution dari PKR.

Read more ...

SELEPAS DAPAT ANUGERAH PERKASA!!! Harusani isytihar bebas politik, tapi sebenarnya bebas menjadi balaci UMNO


Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat .Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.



Hari ini saya terkejut bila tiba tiba dua mufti  membuka balik cerita lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.



Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC  pun menjadi tanda tanya  dan misteri? seperti ada sesuatu agenda  yang tersembunyi.

Read more ...