Monday, November 26, 2012

SAPU TANAH 1MALAYSIA!!! Video Adun UMNO panas bila didedahkan tanah rakyat yang disapu UMNO


SHAH ALAM 20 NOVEMBER: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Sue Lim mendedahkan 23 keping tanah berukuran 1 hingga 7 ekar setiap satu sekitar tahun 2000 hingga 2008 ‘disapu’ pemimpin Barisan Nasional Selangor.

“Sebelum ini, saya dedahkan Umno Bahagian Tanjung Karang dah ambil 2 keping tanah.
“Sekarang semua Ketua Umno bahagian, MCA dan MIC juga memohon dan dapat tanah-tanah di sekitar Selangor,” jelas Ng pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, tanah-tanah tersebut merupakan tanah bernilai tinggi untuk kegunaan komersial dan pemimpin Umno hanya perlu membayar RM1 untuk setiap kaki persegi.

“Dalam dokumen tanah, Umno dapat 14 keping, MCA 5, MIC 3 dan Gerakan 1, dalam 14 yang Umno dapat, 6 keping dimiliki Umno Bahagian Sungai Besar kerana bekas Menteri Besar adalah dari Sungai Besar,” tambahnya.

Read more ...

MAHATHIR RISAU!!! Hanya Najib aktif, pemimpin UMNO Bahagian tunggu siapa calon



MAHATHIR RAMAL UMNO MUNGKIN TEWAS JIKA....

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.

Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah.


"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Read more ...

MENGEMIS UNDI!!! Najib keluarkan kad tarik simpati


Pagi ini, Admin agak terkejut apabila membuka satu sampul surat tanpa nama dan alamat yang dimasukkan dalam peti surat rumah admin.

Apabila dibuka dapati seperti apa yang tertera gambar diatas.

Wajah Najib dengan kanak-kanak sedang memegang Jalur Gemilang tertulis ayat:- " Marilah bersama saya membina masa depan Malaysia yang kita impikan"

Read more ...

APA BEZA DENGAN SAMSENG UMNO?!!!! Remaja di awal usia 15 tahun dijadikan Samseng Sekular Mesir


Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak tadi bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas. Di Iskandariah, lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah, yang terletak dekat masjid tersebut, Jumaat lalu. Bagi mereka, tindakan samseng yang penngecut tersebut dibuat kerana pada hari Jumaat tersebut sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah.


"Hari ini, mereka dapat melihat bahawa masih ramai rakyat di Iskandariah yang bersama Mursi." Himpunan turut diadakan di beberapa lokasi di Kaherah, antaranya di Masjid Rab'ah dan Masjid Khazandar di Syubra.

Selain itu, puluhan ribu membanjiri lokasi utama di Suez, Bani Suwef,Dumyat, Port Said, Mansurah, Fayyum dan Menufiyah.

Read more ...

SERTAI UMNO SEMASA PERSIDANGAN UMNO!!! Blogger UMNO kata Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa ?


Kejutan Dalam Perhimpunan Agung Umno, Bekas Pemimpin Pas Umum Keluar Parti?

Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. 
Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini.

Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

Read more ...

SEMAKIN TUA!!! Semakin nyanyuk dan kuat pembohong



Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini optimis kerajaan Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum ke-13, sekaligus membidas kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang mengatakan PR akan menimbulkan kekacauan jika tewas dalam pilihan raya tersebut.

"Pakatan akan menang, saya optimis Pakatan Rakyat akan terajui kerajaan baru ... jadi  tidak timbul isu Pakatan akan timbulkan keganasan," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, Selangor.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, kenyataan Mahathir itu adalah sifat semulajadi Umno yang mewujudkan budaya "menakut-nakutkan" rakyat ekoran kedudukan parti dominan Melayu itu jelasnya yang semakin "tenat" dan "nazak".

Read more ...

PENGECUT!!! Rejim UMNO halang Peguam Perancis ke Malaysia




Berikutan keengganan kerajaan rejim Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Altantuya membenarkan dua orang peguam Perancis yang akan memberi taklimat berhubung perkembangan siasatan skandal kapal selam kelas Scorpene di Dewan Rakyat, satu taklimat akan diadakan di negara jiran, Singapura esok.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, peguam William Bourdon dan Joseph Breham dijangka akan mengadakan sesi taklimat tersebut yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


Perkara itu disahkan ahli parlimen Batu, Tian Chua serta pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.


Taklimat tersebut dihalang Speaker dewan, Pandikar Amin Mulia atas sebab tiada keperluan munasabah bagi ahli parlimen mengetahui perjalanan dan perkembangan skandal tersebut selain mendapat bantahan rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Read more ...