Thursday, June 7, 2012

KARAOKE MIDAH TIADA SAMBUTAN!!! Nak marah kat PAS, tak dapat pukul orang horn speaker pun jadi

Ipoh : Berlaku satu kejutan yang di luar dugaan sewaktu ceramah Pakatan Rakyat di Taman Maju Rapat malam tadi.

Seorang aktivis Umno bahagian Gopeng telah muncul atas pentas ceramah mendedahkan beberapa perkara mengenai kepincangan Umno Gopeng.

Buat masa ini, saya tidak mahu mendedahkan siapa individu tersebut hingga disuatu masa yang sesuai nanti, insya' Allah. Cukuplah sekadar memaparkan wajahnya di sini (berbaju putih, bersama YDP Kawasan, Hj Rahim).

Perkara ini tentunya akan membuat Hamidah BP semakin meroyan kerana banyak perkara mengenai Hamidah BP akan dibongkar! Siaplah kau Hamidah! Hangitlah kau dibuatnya nanti!

Walau apa pun, kehadiran penyanyi popular era 80-an, Aishah telah berjaya menggegarkan suasana pada malam tersebut .

Rata-rata yang hadir adalah peminat fanatik Aishah, terutamanya para suri rumah yang sebelum ini jarang keluar untuk mendengar ceramah politik.

Namun kerana adanya Aishah, mereka ini beramai-ramai datang untuk menemuinya. Inilah tarikan istimewa Aishah yang mampu mengimbau ramai peminatnya untuk bernostalgia bersamanya.


Kesian melihatkan keadaan karaoke Hamidah Osman @ Hamidah BP yang berlangsung longlai bersebelahan. Tidak ramai yang hadir. Lihatlah gambar karaoke Hamidah BP yang diadakan sempena malam Jumaat tadi ...

Ustaz Huri Alias telah memulakan majlis dengan lagu-lagu ketuhanan menggersik sanubari mereka yang menghayati senikatanya. Antara kata-kata yang memukau pendengar ialah :




Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna menyintai mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri mu yang bertahta

Sebagai tuan rumah, Ust Radzi Zainon dan YB Gopeng, Dr Lee Boon Chye turut menyampaikan ucapan masing-masing dengan mengulas isu-isu semasa.
Ust Radzi telah menyingkap pembohongan Hamidah BP yang menyibarkan fitnah mengenai sekolah agama rakyat. Anda boleh baca mengenainya di sini .

Memang Hamidah BP ni seorang pemfitnah yang tegar! Budak-budaknya pun samseng Kampung Dusun. Lihatlah apa yang diaorang lakukan kepada horn speaker ceramah kami malam tadi sebagai melepaskan perasaan marah kerana karaoke mereka tidak mendapat sambutan. Bak kata pepatah, tak dapat tanduk, telinga dipulas!Alhusseyn

 

Read more ...

MANA PERKASA, JATI, ISMA !!! Mai tengok di Penang DAP bagi tanah untuk kubur orang Islam, di Perak UMNO sentai tanah kubur orang Islam

Sepatutnya aku tak perlu tulis benda ni. Sebabnya..sama ada Zambry terus jadi Menteri Besar lepas PRU ini atau tidak..itu bukan urusan aku. 

 Kalau dia kena tendang pun..mampuih pi la.

Tapi aku kena juga dedahkan benda-benda ini walaupun sudah hampir pasti Zambry akan kena tendang, disebabkan dia sudah jadi liabiliti kepada Umno Perak.

 Aku dedahkan benda-benda ini sebab sapa saja yang jadi MB dari Umno, dia akan buat perkara yang serupa.

Seperti yang banyak kali aku tulis, Zambry jadi Menteri Besar Perak bukan kerana pilihan rakyat ataupun kerana Umno menang pilihanraya. Zambry menjadi MB melalui rampasan kuasa dan bila dia dipilih menjadi MB, dia terpaksa menjadi Pak Turut kepada orang yang melantiknya…bukan rakyat.

Minggu ini, aku akan dedahkan beberapa skandal yang melibatkan Zambry. Dalam posting ini, aku ceritakan hanya dua kes yang sama.

Di Pulau Pinang, Umno menjerit berdemo kerana dikatakan Guan Eng menjual tanah perkuburan, tapi depa diam bila Guan Eng mengeluarkan 20 juta ringgit untuk membeli tanah yang dimiliki oleh orang bukan Islam, dan kemudiannya dijadikan tanah perkuburan Islam.. Orang Umno kena tengok laporan ini.


Kemudian, orang Umno kena tengok pula gambar dibawah ini.
Dalam Daerah Larut Matang, satu lot tanah yang telah dikhaskan untuk tanah perkuburan Orang Islam seluas 1.18 hektar (3 ekar) telah dimansuhwartakan. 

Orang-orang Larut kena check kawasan ini sebab takut nanti, jadi macam penduduk di Redang Sawa, Tualang Sekah. Depa keluar duit untuk bersihkan tanah, tiba-tiba tanah diberikan kepada orang lain.

Pasal apa Zambry ambik balik tanah kubur ini? Bukan satu kes, tapi kat bawah ni lagi satu.
Yang ni lagi berat. Aku tak dapat nak bagi tau secara tepat kawasan ni dekat mana. Minta tolong member-member dari Pejabat Tanah tolong check kat mana kawasan ini.

Seluas 25.69 hektar (63.4 ekar) kawasan yang telah dikhaskan untuk Tanah Perkuburan Orang Islam dalam Daerah Kinta juga telah dimansuhkan baru-baru ini…dan telah diwartakan pada 5 Januari 2012.

Mintak lah kepada orang-orang Umno, cuba tengok balik kat MB hangpa ni apa yang dia dah buat. Yang aku tau, dia tengah sibuk dok menjual tanah sekarang sebab dia tau dia tak akan jadi MB lagi selepas ini. Ni baru dua lot tanah kubur.

Sejak Zambry menjadi Menteri besar pada Mac 2009, dia telah memansuhkan lebih 8,000 hektar (25,000 ekar) hutan simpan. Habih balak di Perak ni Yob dikerjakan oleh Zambry. Yang tu aku akan cerita dalam posting akan datang.

Oleh: MSK (Media Perak)

Read more ...

DARI KEMBOJA HINGGA KANADA!!! Liputan Skandal Scorpene malukan negara ada PM seperti Najib

[Scopene Scandal] Tiada sebab dan siapalah kami untuk menuduh serta meletakkan kesalahan pada yang lain sebelum seseorang benar-benar dibuktikan bersalah.

Setiap negara ada sistem undang-undangnya tersendiri. Tetapi, jika mahkamah mahu memanggil individu yang dirasakan sesuai bagi untuk menjadi saksi dalam membantu siasatan dan dalam pada masa yang sama ruang yang ada nanti semasa prosedur mahkamah nanti boleh digunakan bagi membersihkan namanya pun masih tidak diendahkan, natijahnya yang tidak boleh dielakkan adalah timbulnya pelbagai spekulasi orang ramai dan masyarakat luar yang terus memerhatikan perjalanan kes berprofil tinggi, Scopene scandal ini.

Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kanada (Vancouver Sun)

Scorpene Submarine Najib Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!!
Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya

Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Hong Kong (Ming Pao)

Najib Scorpene Case France Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!!
Pemberita Hong Kong Ming Pao contohnya sudah mulai mengikuti secara dekat perkembangan kes berprofil tinggi ini. Antara butiran yang terkandung dalam laporan berita yang dikeluarkan oleh Ming Pao ini antara lainnya menyebut :
  1. Sebuah syarikat Hong Kong, Terasasi diheret dalam kes ini scorpene scandal ini
  2. Terdapat pengesahan untuk mengatakan Razak Baginda dan juga Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua individu ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.
  3. Syarikat di Hong Kong, Terasasi itu  yang didakwa telah menyalurkan 36 juta Euro kepada Datuk Seri Najib dan rakannya
  4. Sebuah syarikat Perancis, DCNS disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi mendapat kontrak membekalkan 3 buah kapal selam Scorpene ke Malaysia melalui sebuah syarikat Hong Kong (Terasasi) yang ada kaitan dengan Razak baginda

Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kemboja (The Phnom Penh Post) 

Scorpene Scandal Latest Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!!
Terdapat dua ayat yang berjaya menarik perhatian berdasar laporan berita yang dikeluarkan oleh The Phnom Penh Post :
  • And PM Najib may not escape so easily either, since the issue will be raised in parliament next week and will impact the coming general election.
  • If so, Tuya’s gruesome death will not have been in vain
Jikalau di Malaysia liputan berita sebegini, kurang mendapat tempat dikalangan pemberita media arus perdana baik daripada media elektronik mahupun media cetak. Dan, dua kenyataan yang kami petik berdasarkan laporan berita The Phnom Penh Post memberikan satu isyarat yang mana besar kemungkinan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin?

 P/S : Kami berharap saksi yang dipanggil dapatlah kiranya memberikan kerjasama bagi melancarkan penyiasatan kes yang dijalankan mahkamah Perancis ketika ini, apatah lagi ia melibatkan nama dan kepentingan negara. Dipanggil menjadi saksi bukan bermakna seseorang itu bersalah, tetapi apabila nama disebut berkali-kali pun masih tidak diendahkan, itu semua yang akan menimbulkan persoalan dikalangan ramai pihak….

PP/S : Bagi kami tuduhan yang dilemparkan media asing kepada pemimpin no 1 negara Malaysia bagi Scorpene Scandal ini cukup berat. Pertama, didakwa terima rasuah. Keduanya, terlibat dalam kes pembunuhan gadis Mongolia. Kalau di Malaysia, “hayat pemberita” seperti di atas mungkin tidak lama. Tetapi bagaimana pula dengan pemberita media asing ini? Adakah cukup sekadar berdiam diri?

Read more ...

UMNO TERKEJUT BEROK!!! Setiap hari fitnah PAS, tapi PAS tetap kuat mampu himpun lebih 100 000 penyokong


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Malam menjelang 1 Jun pada keesokan harinya, perkarangan Stadium Darul Aman sudah sesak dengan kehadiran orang ramai. Ia mengingatkan kita kepada malam sebelum himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur tempohari. Ramai yang sudah berhimpun lebih awal sebelum perhimpunan sebenar bermula.

Sejak pagi 1 Jun di mana himpunan kemuncak Hijau Ke Putrajaya dijadualkan diadakan pada sebelah malamnya, bandaraya Alor Setar sudah berubah suasana. Kehadiran berbondong-bondong penyokong PAS dari seluruh negara bertamu di ibu negeri Jelapang Padi ini menyebabkan para peniaga merasakan satu kejutan, lebih-lebih lagi di Kompleks Pekan Rabu yang merupakan pusat beli belah terunggul orang Melayu di Alor Setar sejak berdekad-dekad. Kedai makanan dipenuhi di mana-mana oleh kumpulan orang berbaju hijau.

Adatnya, bila ramai orang berhimpun maka peniagalah yang paling banyak mendapat manfaat, kecuali para peniaga di Kuala Lumpur. Mereka ‘rugi besar’ jika kehadiran orang terlalu ramai. Mungkin selama ini pelanggan mereka daripada keturunan jin, bukan manusia. Apabila manusia terlalu ramai maka jin pun melarikan diri.

Semakin masa bergerak ke sebelah petang dan malam, kehadiran umat manusia memasuki bandaraya Alor Setar untuk ke Stadium Darul Aman makin bertambah. Khabarnya kereta yang bertali arus bersesak sehingga ke lebuhraya. Di sekitar bandaraya, kenderaan peserta himpunan terpaksa diletakkan sejauh tiga kilometer bagi yang datang lewat. Ramai yang kecewa pulang begitu sahaja kerana merasa tiada kudrat untuk berjalan dalam jarak yang sangat jauh dengan stadium.

Hujan sangat lebat di sebelah petang tetapi ia tidak melunturkan semangat orang ramai untuk berhimpun di stadium dalam keadaan padang yang becak dan bersesak. Ada hikmahnya hujan turun. Jika tidak kerana hujan, mungkin ramai yang akan rasa megah dengan ‘kekuatan’ sendiri akibat kehadiran orang ramai, lebih-lebih lagi konvoi pemuda bermotorsikal yang bertali arus datang dari segenap kawasan dan negeri. Allah lebih mengetahui apa yang Dia lakukan.

Maka kejayaan pertama himpunan Hijau Ke Putrajaya ialah kejayaan mempamerkan kekuatan sebenar PAS kepada rakyat jelata; bahawa PAS makin bertambah kuat dan tidak pernah mundur walaupun berdepan dengan pelbagai propaganda musuh. Orang Kedah merasai kehadiran luarbiasa para penyokong PAS ke negeri ini, mereka melihat kereta yang bersesak di parkir di mana-mana sahaja, orang PAS serang stadium macam kelkatu. Mereka nampak di depan mata kekuatan PAS. Orang ramai yang hadir di stadium juga menyaksikan kehebatan PAS disokong oleh bekas nama-nama besar dalam negara yang beralih menjadi anggota PAS. Sekurang-kurang ia akan menjadi buah mulut untuk beberapa hari.

Di peringkat nasional pun begitu. Kemudahan teknologi maklumat menyebabkan segala catatan kejayaan himpunan tersebar seantero dunia. Mereka menyaksikan bagaimana nama-nama besar seperti Datuk Fauzi Shaari, penyanyi Aishah dan bekas ketua setiausaha kementerian menyertai PAS. Ia akan meningkat imej, sekaligus melonjakkan sokongan terhadap PAS. Kalau lonjakan berlaku sekitar 1 peratus pun ia sudah cukup besar, di saat Pakatan hanya memerlukan lima peratus pertambahan berbanding PRU12 untuk menawan Putrajaya.

Realiti terkini, sokongan dari pengundi Melayu yang berumur melebihi 40 tahun terhadap Pakatan mengalami sedikit ‘kecederaan ringan’ akibat serangan racis yang bertalu-talu dari Umno dan konco-konco upahan mereka. Dengan mengeksploit media yang diletakkan di bawah telapak kaki mereka, mereka semacam berjaya menghitamkan imej DAP dan KeADILan. PAS cuba diberi imej sebagai pak turut kepada DAP dan KeADILan. Ia tuduhan tidak masuk akal tetapi ada yang percaya.

Sebab itu kerja penting PAS sekarang ialah menyerlahkan semula imej PAS di kalangan Melayu Islam. Sekurang-kurangnya biarlah orang Melayu biasa, atas pagar atau Umno yang tidak kuat sangat pegangannya melihat PAS tidak lebih buruk dari Umno.

Pada malam itu Pengarah program Datuk Mahfuz Omar mengumumkan bahawa road show himpunan Hijau Ke Putrajaya akan diadakan di setiap negeri di seluruh negara. Ia idea yang sangat baik.

Demokrasi ialah cara memerintah dengan menggunakan pengaruh. Siapa yang lebih berpengaruh akan menang dan berkuasa. Demokrasi bukan persoalan siapa lebih benar. Justeru melebarkan pengaruh melalui apa cara sekalipun mestilah menjadi keutamaan sekarang. Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang digerakkan di seluruh negara adalah antara kaedahnya.

Read more ...

RM 2 JUTA UNTUK 'SEEKOR KATAK'!!! Sedutan video tawar menawar harga katak oleh agen BN



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.

Bagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.


"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan.


"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.


Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam.


Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.


Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.


"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.


"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.


Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:


Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."


Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."


Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.


Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.

Read more ...

UMNO KHIANATI MELAYU!!! Unisel akan cairkan aset untuk bantu pelajar

Tindakan Kementerian Pengajaian Tinggi membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL memaksa kerana UMNO/Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibubapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.

Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin mengakui sengaja membekukan pinjaman PTPTN untuk para pelajar UNISEL kerana mahu membalas dendam terhadap kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.


Ini berikutan ikrar dan janji Pakatan untuk memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar di negara ini jika berjaya mengambil alih Putrajaya pasca Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Kerajaan negeri bertindak mencairkan aset badan pendidikan tersebut bagi membantu pelajarnya yang di aniaya kerajaan pusat.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri PengajianTinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di universiti tersebut.


“Sebagai tindakan jangka pendek, pihak UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM.

“Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar telah menjadi aset UNISEL.” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang di keluarkan sebentar tadi.

Menurutnya,Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini.

“Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN.

“Bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar -pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.” tegas Abdul Khalid.


Katanya, Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri PengajianTinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.

“Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibubapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka.

“Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibubapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.

“Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini.” kata beliau yang juga Adun Ijok.

Read more ...

MENJELANG PRU 13!!! 15 penyokong tegar UMNO nyatakan kesediaan bersama PAS

SETIU – Walaupun PAS tidak menjanjikan apa-apa habuan dunia dan pada masa yang sama Umno terus menawarkan rakyat dengan pelbagai janji kebendaan dan wang ringgit, namun semakin ramai yang nampak ‘kebenaran’ yang dibawa oleh PAS.

Menurut Anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, kerja-kerja penerangan dan dakwah yang dilakukan secara berterusan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS memberikan kesedaran dan membuahkan ‘hidayah’ dari Allah.


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi berkata, semakin ramai yang menyertai PAS termasuk ahli-ahli Umno dalam kawasan DUN Jabi.

“….ada sedikit khabar gembira untuk kita pejuang-pejuang Islam di Dun Jabi ini, semalam kita mengadakan pertemuan dengan kira-kira 15 orang lebih bekas (ahli) penyokong tegar Umno,

“yang menyatakan kesediaan mereka untuk mari bersama-sama dengan kita untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya ketika berucap pada Majlis ceramah Isu Semasa di Kampung Padang Lengkuas dekat sini, Rabu malam 6 Jun.

Beliau berkata, bekas-bekas ahli Umno itu datang dari cawangan Kampung Kerandang, cawangan Kampung Gong Pasir dan lain-lain.

Katanya, mereka datang dengan kerelaan hati untuk bersama-sama dalam perjuangan Islam, walaupun mereka tahu kita tak menjanjikan apa-apa habuan dan keindahan dari segi atas dunia.

“Saya rasa ini rahmat yang besar dari perjuangan Islam….sebab usaha kita nak bagi penerangan, nak jelas, nak sampai(kan) maklumat.

“Ini kerja kita. Tapi hak bagi petunjuk, buka  hati, bagi hidayah. Yang ni hak mutlak Allah. Takdok manusia boleh campur. Bila Allah buka hati sahabat-sahabat yang berada di luar dari kelompok kita, pergi bersama-sama dengan kita,”jelasnya.

Beliau yang ditemui selepas Majlis ceramah itu berkata, satu majlis besar-besaran akan dianjurkan bagi menyambut kedatangan ahli-ahli Umno yang akan menyertai PAS itu.

Menurutnya, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud telah mengesahkan akan bersama dalam majlis tersebut ayang akan diadakan pada 30 Jun ini.

“InsyaAllah, kita akan sambut sahabat-sahabat kita, satu majlis akan diadakan pada 30 Jun depan, (Dato’) Ustaz Nasaruddin Daud sudah ‘comfirm’ akan datang,”katanya.

Turut menyampaikan ceramah bersama beliau adalah YB Ustaz Wan Hassan Ramli ADUN Sura dan Ahli Jawatankuasa PAS Bachok, Ustaz Mohd Nasir.BO

Read more ...

PENDEDAHAN PANAS'!!! Wartawan Roger Mitton dedah Najib jumpa Altantuya di Paris



Dia jatuh cinta, seorang wanita menggoda dan seksi dan bijak - model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu.Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya melancongan ke Eropah dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib


Terjemahan dari berita -ROGER MITTON - The Phnom Penh Post


Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu.


Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagi pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya.


Demi kepentingan pendedahan sepenuhnya, biarlah saya mendedahkan bahawa saya bertemu Razak kerap semasa posting saya di Kuala Lumpur pada tahun 1990-an dan terus melihat dia setiap kali saya melawat Malaysia.Apabila dia menjadi pointman untuk pembelian Scorpene, bagaimanapun, saya telah meninggalkan KL dan tidak bertemu dengannya sekali lagi sehingga kita bertemu di Venice, Itali, pada persidangan 2002 ASEAN-Eropah.

Razak menghadiri hanya untuk seketika sahaja dan apabila saya bertanya mengapa dia telah bergegas, beliau berkata beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian pertahanan Penting.


Kemudian, ia telah didedahkan di parlimen Malaysia bahawa "komisen" bagi kontrak sub adalah 114 juta euro, atau kira-kira $ 160 juta pada masa itu.Wang itu dibayar ke dalam akaun bank KL Perimekar, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Tun Razak sejurus sebelum kontrak telah ditandatangani dan yang tidak mempunyai rekod mengendalikan pemerolehan pertahanan.Ia adalah dikatakan bahawa $ 160 juta telah berpecah antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti dominan dalam Barisan Nasional yang memerintah Malaysia.


Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis menyerbu pejabat DCNS dan merampas sebuah timbunan dokumen yang menunjukkan bayaran rasuah besar-besaran.Dan bulan lepas, selepas memeriksa dokumen, Hakim Roger Le Loire mengarahkan penyiasatan jenayah yang akan dilancarkan.Ia hampir pasti akan melibatkan sepina pemfailan untuk kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk hadir di mahkamah.


Walau bagaimanapun, sebelum menimbangkan bahawa prospek dramatik, kita mesti ingat bahawa apabila merundingkan kontrak, sesuatu yang menakjubkan berlaku kepada Razak.Beliau jatuh cinta.Sekarang walaupun Razak, seorang yang berkeluarga dengan imej yang berprofil tinggi awam, sudah lama dicontohi reputasi philandering mentornya Najib, ini urusan terkini adalah berbeza.


Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita - model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu.Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib.


Tuya yang berbilang bahasa, dan mati jatuh cantik, juga pintar dan cepat belajar mengenai rasuah besar bagi perjanjian sub dan sudah pasti dijangka potongan kacak untuk dirinya.Tetapi tunduk kepada "sindrom tarikan maut", dia berpaut lumus Razak, dan dia, takut bahawa indiscretions beliau boleh menjatuhkan karier, cuba untuk menamatkan urusan.


Dia tidak akan ia, dan dalam keadaan terdesak, dia bercakap dengan Najib dan polis telah dipanggil untuk memelihara anak itu.Dua agresif pegawai Cawangan Khas telah mengambil tugasan mereka secara literal dan menculik dia.Kemudian mereka dirogol, ditembak di kepala dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dari kementerian pertahanan Najib - dan langkah yang baik, dipadam masuk ke Malaysia dari rekod imigresen.Kesannya, dia terus hilang.


Tetapi terima kasih kepada tekanan berterusan daripada keluarga yang disambungkan dan Kedutaan Mongolia, jenayah itu akhirnya terbongkar dan mereka yang terlibat telah ditangkap - semua kecuali Najib, sudah tentu.Selepas perbicaraan yang panjang, yg mendebarkan dan electrifying, kedua-dua polis telah dihukum mati dan Razak telah dibebaskan.

Sekarang, bagaimanapun, dengan pelancaran penyiasatan Hakim Le Loire di Paris, ternyata beliau tidak lama lagi mungkin kembali di mahkamah.Dan PM Najib mungkin tidak terlepas dengan begitu mudah sama ada, sejak isu itu akan dibangkitkan di parlimen minggu depan dan akan memberi kesan kepada pilihan raya umum akan datang.Jika ya, kematian mengerikan Tuya tidak akan menjadi sia-sia.





A decision made in Paris last month means that one of this region’s most sensational episodes is going to resurface with a vengeance.


It began a dozen years ago when Malaysia’s Prime Minister Najib Razak held the defence portfolio and ordered two Scorpene submarines from the French shipbuilder, DCNS, for about US$400 million each.


The deal was brokered by Razak Baginda, who ran the Malaysian Strategic Research Institute, which was funded by Najib and designed to further his political career.


In the interest of full disclosure, let me reveal that I met Razak regularly during my posting in Kuala Lumpur in the 1990s and continue to see him each time I visit Malaysia.


When he became pointman for the Scorpene purchase, however, I had left KL and did not see him again until we met in Venice, Italy, at the 2002 ASEAN-Europe conference.


Razak attended only briefly and when I asked why he was rushing off, he said he was needed in Paris for an important defence deal.


Later, it was revealed in the Malaysian parliament that the “commission” for the sub contract was 114 million euros, or about $160 million at the time.


The money was paid into the KL bank account of Perimekar, a company set up by Razak just before the contract was signed and which had no track record of handling defence procurements.


It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia’s ruling National Front coalition.


Based on this allegation, the French police raided the offices of DCNS and seized a stack of documents indicating the payment of massive bribes.


And last month, after examining the documents, Judge Roger Le Loire ordered a criminal investigation to be launched.


It will almost certainly involve filing subpoenas for both Razak and Prime Minister Najib to appear in court.


Before considering that dramatic prospect, however, we must recall that when negotiating the contract, something amazing happened to Razak.

He fell in love.

Now although Razak, a family man with a high-profile public image, had long emulated the philandering reputation of his mentor Najib, this latest affair was completely different.


He fell hook, line and sinker for the woman – a stunningly beautiful Mongolian model named Altantuya “Tuya” Shaaribuu.


Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib.


Multilingual Tuya, as well as being drop-dead gorgeous, was also smart and quickly learned about the huge bribe for the sub deal and doubtless envisaged a handsome cut for herself.


But succumbing to “fatal attraction syndrome”, she clung relentlessly to Razak, and he, fearing that her indiscretions might bring him down, tried to end the affair.


She would not have it, and in desperation, he spoke to Najib and the police were called in to keep her away.


Two aggressive Special Branch officers took their assignment literally and kidnapped her.


Then they raped her, shot her in the head and blew up her body with C4 explosives from Najib’s defence ministry – and for good measure, erased her entry into Malaysia from immigration records.


In effect, she vanished.


But thanks to continued pressure from her well-connected family and the Mongolian Embassy, the crime was eventually uncovered and those involved arrested – all except Najib, of course.


After a long, lurid and electrifying trial, the two cops were sentenced to death and Razak was acquitted. Now, however, with the launch of Judge Le Loire’s investigation in Paris, it appears he could soon be back in court.


And PM Najib may not escape so easily either, since the issue will be raised in parliament next week and will impact the coming general election.


If so, Tuya’s gruesome death will not have been in vain.


http://www.phnompenhpost.com/index.php/2012060456559/World-news/submarine-deal-resurfaces-to-haunt-malaysias-top-man.html

Read more ...

MANA PERKASA , JATI & ISMA!!! Mai tengok Najib jumpa Joe Lieberman pembela Israel nombor wahid



J
oe Lieberman adalah seorang yang hebat. Kenapa saya kata dia hebat? Sebab Lieberman adalah antara penyokong terkuat negara Israel dalam Kongres Amerika. Mark Vogel, pengerusi ‘National Action Committee Political Action Committee (NACPAC) yang pro-Israel telah menyebut dengan jelas terang bahawa Joe Lieberman adalah pembela Israel nombor wahid dalam Kongres.

“Tidak ada siapa yang lebih banyak memperbuat sesuatu bagi pihak Israel, selain Joe Liberman. Itu sebabnya beliau amat penting kepada komuniti pro-Israel.” Itu kata Mark Vogel.

Lieberman kini berada pada tangga keempat dalam senarai calon-calon yang menerima dana daripada badan-badan tindakan politik pro-Israel pada tahun 2006.

Dalam tahun 2002, Lieberman telah menaja sebuah resolusi pro-Israel di Senat Amerika berkaitan konflik Timur Tengah, secara terus terang menyatakan kebersamaan dengan Israel dalam usaha berterusannya untuk ‘menentang keganasan’.

Siapa pula yang lebih hebat daripada Lieberman?

Pastilah Senator John McCain yang beberapa tahun lalu kecundang dalam lumba menuju Rumah Putih, apabila ditakdirkan bersaing dengan Barack Husain Obama. Kita pastinya akan terus terkenang aksi veteran Perang Vietnam ini apabila beliau ternganga dengan jawapan-jawapan Obama sewaktu siri debat menuju pilihan raya presiden yang lalu.

Kedua-dua insan hebat ini bertamu ke Malaysia beberapa hari sudah. Seorang penyokong tegar negara Israel, dan seorang yang kalah pertandingan presiden. Mereka disambut penuh keriangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO.


Kalaulah saya dapat mencuri dengar perbualan mereka berdua ini dengan Najib yang bakal menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, alangkah terujanya saya.


Mengapa Najib terdesak?


Soalannya, jika benar Najib seorang yang tidak korup, reformis ulung dengan imej dan reputasi politik yang bersih lagi suci, mengapakah beliau kelihatan begitu terdesak untuk menggilap imejnya di mata rakyat?


Atau jika benarlah pujian John McCain ini begitu memberi impak positif, mengapa tidak dibubar sahaja Parlimen untuk diadakan pilihan raya umum sekarang?


Atau, jika kenyataan John McCain ini benar-benar mencerminkan keunggulan pentadbiran Najib, mengapa kesemua lapan tuntutan BERSIH masih gagal ditunaikan? Kita yakin, John McCain sendiri tidak akan ‘tweet’ jawapan ini.


McCain pula tidak datang ke Malaysia berseorangan. Beliau ditemani oleh Senator Joe Lieberman, pembela Israel yang tegas dengan pendiriannya mendesak kerajaan Amerika mengebom Iran jika republik Islam itu enggan menghentikan usaha menghasilkan bom nuklear.


Terpampang di wajah media senyum lebar Najib bertemu dengan dua pemimpin politik Amerika ini yang tegas dengan sokongan mereka kepada Israel.

Read more ...

UMNO BERGEGAR!!! Sultan Kelantan pun sokong Gegar 4 Royalti



Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan...


Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:


"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".


Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti “Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.


Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” Hisahmuddin mengulas.


Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.


Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.


Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.


Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.

Read more ...

WWW1 !!! Kosmo lebih jelas derhaka tapi tak disiasat pun, kebal sebab anak Utusan


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini.

“Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak media perdana, Kosmo sahaja yang terlalu teruja memainkan isu ini.

“Umum mengetahui Kosmo adalah merupakan anak syarikat Utusan dan kami melihat seolah-olah ada seseorang di belakangnya yang cuba bermain api,” katanya ketika sidang media selepas Mohammad Nizar selesai memberikan keterangan kepada polis di Pejabat PAS Perak, semalam.

Dalam Kosmo bertarikh 8 April, akhbar itu telah mula menimbulkan isu ini dengan menggambarkan akan berlaku catatan rekod bidaan tertinggi.

Seterusnya pada 25 Mei Kosmo telah mendedahkan bahawa Sultan Johor telah memenangi bidaan plat kenderaan WWW 1 dan dalam keluaran itu juga Kosmo secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan tersebut.

Pada 28 Mei pula, Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat tersebut dan turut memainkan isu ini pada 30 Mei di mana Dewan Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung keluaran itu.

Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.

“Kenapa pada 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.

Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad Iskandar turut mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak membuat sebarang tindakan dan kenyataan kepada Kosmo yang terang menjurus kepada Sultan Johor.

“Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini.

“Pemuda PAS kesal dengan situasi yang berlaku dan kami sangat kesal dengan sikap pihak Polis yang terbukti tidak adil dan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.

Turut bersama-sama dalam sidang media itu ialah Mohammad Nizar bersama-sama peguam dan pimpinan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat Perak.

Read more ...

BUAT KERAP SIKIT!!! Biar hayat UMNO cepat berakhir


KUALA LUMPUR: “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.

“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.

“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.

Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.

Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.

Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka.

Read more ...